Lebih 2,000 demo bantah Felda jual minyak ke Israel
Muhamad Faizal, | 23 Nov 2012 |
KUALA LUMPUR:
Biarpun hujat lebat turun sejak jam 2 petang tadi, ianya tidak
mematahkan semangat lebih 2,000 rakyat berarak ke ibu pejabat Felda di
Jalan Semarak di ibu negara.
Perarakan itu bagi membantah tindakan Felda menjual minyak sawit kepada syarikat Yahudi Israel sedangkan negara haram itu sejak berdekad lalu membunuh umat Islam Palestin di Gaza tanpa belas kasihan termasuk terbaru sepanjang lapan hari yang lalu.
Perarakan yang bermula sejurus solat Jumaat dari Masjid Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak itu, turut disertai wakil NGO termasuk Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), para peneroka serta NGO yang memperjuangkan kebebasan Palestin.
Mereka melaungakan slogan, hancur Yahudi!, henti jual minyak!, Felda jangan jadi talibarut Yahudi dan pelbagai lagi sebagai membantah tindakan Felda itu.
Antara pimpinan PAS yang mengetuai himpunan itu hari ini termasuk Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, AJK PAS Pusat Mazlan Aliman dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.
Selain bantahan terhadap penjualan minyak kepada Israel, himpunan itu juga antara lain menuntut penjelasan Felda berhubung RM400 juta saham syarikat judi, Genting Berhad dalam Felda.
Nik Mohd Abduh ketika berucap turut mengecam tindakan Felda yang bertindak meneruskan dagangan dengan Israel walaupun semua pihak memulau negara haram itu.
"Kerajaan jangan mencipta dalam lidah-lidah media mereka mengatakan mengecam Israel tetapi di belakang mereka meneruskan hubungan dagang dengan Israel.
"Kita mahu semalamatkan felda dan mengembalikan ia kelandasan yang benar serta hentikan prosres dagang dengan Israel," katanya.
Mazlan pula berkata, tindakan felda menjual minyak kepada Israel menunjukkan kerajan Malaysia tidak pernah seriaus membela nasib umat Islam di Palestin.
"Pendirian dan sensitiviti kita serta umat Islam perlu diambil kira. Hentikan segera segala urusan dagangan tersebut.
"Jangan kita menjadi penyumbang kepada darah yang mengalir di gaza. Jangan bersekongkol membunuh anak Palestin dan umat Islam," katanya.
Sementara itu, Mohamad Sabu dalam ucapannya pula, mahu Malaysia menghentikan semua hubungan dagang dengan negara haram Israel.
"Saban hari rakyat Palestin dibunuh dengan kejam dan dizalimi.
"Kita bercakap membebaskan palestin, tetapi Felda jual minyak kepada Israel," katanya.
Perhimpunan hari ini adalah ekoran cadangan oleh Mazlan yang juga Presiden Anak pada Muktamar Tahunan PAS yang ke 58 di Putik minggu lalu ketika membahaskan usul mengecam Israel.
Ketika membuat cadangan itu juga, Mazlan turut menunjukkan bukti berupa dokumen invois penjualan minyak sawit tersebut.
Felda tolak memorandum
Sementara itu, deligasi untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Felda itu hari ini tidak dibenar masuk.
Difahamkan wakil Felda menolak untuk mengadakan pertemuan dan menerima memorandum tersebut di dalam pejabat mereka.
"Oleh kerana layanan begitu buruk, maka saya isytihar dalam masa tujuh hari jika felda di Pasir Gudang tidak hentikan penjualan minyak kepada Israel, maka kita akan datang dengan jumlah yang lebih besar," kata Mazlan.
Himpunan tersebut bagaimanapun bersurai kira-kira jam 3.15 petang.
Dalam pertemuan sidang editorial Harakah dengan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, membincangkan isu-isu kritikal Selangor, baru-baru ini, Ahli Parlimen Kuala Selangor itu seperti mengulangi penekanan yang kerap saya catatkan dalam kolum ini: "Pihak yang bakal menang dalam PRU13 nanti adalah mereka yang paling sedikit melakukan kesilapan, dan bukannya parti yang mengemukakan banyak gagasan atau idea yang hebat."
Ingatan dalam nada serupa juga ditekankan oleh ramai pemerhati politik, dengan mengambil kira kesalahan yang kelihatan kecil boleh menyumbang impak yang agak besar dalam pilihan raya umum nanti. Lagipun, dijangkakan tiada perbedaan undi yang menyerlah di antara pemenang dengan pihak yang tewas.
Ya, bayangkan, jika dilihat mampu dieksploit demi kepentingan politik, misalnya hanya berbekal telefon bimbit model lama, rakaman boleh dibuat terhadap kenyataan atau aksi pemimpin Pakatan Rakyat, walaupun berkaitan program dalaman parti, dan kemudiannya secepat kilat disiarkan melalui siaran televisyen ke seluruh negara.
Esoknya akan disambut tanpa tangguh lagi oleh akhbar-akhbar harian, untuk meneruskan propaganda murahan secara bercetak, bagi membentuk persepsi tertentu, dengan satu tujuan: Melanjutkan kuasa BN dan mempertahankan Putrajaya.
Kesilapan kecil oposisi akan diperbesarkan, hatta ucapan bernada seloroh atau jenaka turut boleh dipaparkan sebagai komitmen serius, jika impaknya dirasakan dapat memburukkan penampilan Pakatan. Apatah lagi sekiranya, tanpa sedar, disogok peluang terbentang luas kepada strategis media Umno-BN untuk menghalakan serangan bertubi-tubi, membelasah seteru politiknya.
Saya tidak pula sampai menyimpulkan segala kontroversi terkini, misalnya berkaitan ucapan Nurul Izzah Anwar tentang kebebasan beragama, doa kehancuran Umno di Kota Bharu dan cadangan Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri jika Pakatan menang PRU13 sebagai kesilapan yang membawa padah.
Cuma sekadar mahu menunjukkan bahawa, selepas program Jelajah Janji Ditepati Najib Razak tidak dipedulikan rakyat, tawaran Bajet 2013 kurang membekas, pelbagai insentif one-off mudah dilupakan, kini Umno-BN bertarung seperti parti pembangkang, dengan cuba menyelongkar apa juga yang dilihat sebagai "keburukan atau sisi negatif", termasuk menyiarkan kembali ucapan Anwar Ibrahim, semasa dalam kerajaan dahulu, yang mengecam PAS dan DAP.
(Ustaz Hadi ketika menggulung perbahasan muktamar ke 58 baru-baru ini. Ramai menyifatkan ia terbaik dari beliau)
Semasa menunggu pesawat di LCCT, Sepang, tengahari 14 November lalu, untuk sama-sama ke Kota Bharu mengikuti Muktamar Tahunan PAS Ke-58, saya cuba berkongsi rasa dengan Mahfuz Omar, tentang laporan meluas media mengenai kenyataan Nurul Izzah dan usaha terancang menimbulkan keraguan pengundi terhadap kewibawaan Pakatan sebagai parti yang dapat mempertahankan kepentingan Melayu dan Islam.
Naib Presiden PAS itu tenang saja dan menganggapnya ia siri serangan media bagi menjauhkan orang Melayu daripada Pakatan. "Ini bukan kali pertama, mereka telah mencubanya banyak kali sebelum ini, dan terbukti ia tidak berkesan," tambahnya. "Apa pun," pintas saya, "kita tidak boleh memandang remeh gerak kerja mereka."
Selepas dua tahun berturut-turut tidak menghadiri muktamar, saya -- seperti juga para pemerhati dari seluruh pelosok tanahair -- mengharapkan, daripada perhimpunan terbesar yang sepatutnya diadakan Jun lalu, PAS dapat membuat lonjakan besar, terutama untuk meraih sokongan dan kepercayaan pengundi Melayu.
Keyakinan awal terserlah melalui pesanan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali, disiarkan Harakah, yang dipasarkan sehari sebelum perasmian muktamar. Tokoh berpengalaman itu mahu muktamirin bukan saja tidak terpengaruh dengan usikan nakal media, yang mahu memesongkan tumpuan, malah memanfaatkan perbahasan untuk "mengisi kemenangan" membebaskan Putrajaya.
Meskipun agak penat untuk mendengar Ucapan Dasar Presiden, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, namun saya terasa puas, lega dan beruntung. Teks setebal 27 halaman, 107 perenggan itu, begitu kejap, menyeluruh dan menyentuh hampir semua isu-persoalan penting dan kritikal. Saya kira ia pidato rasmi terbaik yang pernah dihasilkannya sejak 10 tahun lalu. Ia cukup bertenaga, memberikan pengarahan yang jelas dan mampu mempengaruhi.
Difahamkan, Setiausaha Agung KeADILan, Saifuddin Nasution Ismail, yang turut mendengar ucapan berkenaan, menyifatkan banyak penekanan Ustaz Abdul Hadi seperti ditujukan kepada semua parti dalam Pakatan Rakyat sendiri.
Huraian yang memperincikan konsep Negara Berkebajikan cukup jelas dan menarik. Begitu juga singgungannya terhadap persoalan ekonomi, sistem pendidikan dan komitmen PAs untuk kesejahteraan rakyat, yang merangkumi pelbagai golongan termasuk petani, wanita, peneroka bandar, bekas tentera, selain bersikap serius menangani kes FGV, AES, Pengerang dan projek mega yang lain.
Saya lebih teruja dengan penekanan terhadap kesediaan rakyat untuk berubah. "Kepada rakyat seluruhnya, jangan takut untuk berubah kepada yang lebih baik (dalam PRU13). Maka sekiranya kita gagal melaksanakan amanah itu, rakyat boleh menghukum kami dalam pilihan raya seterusnya," tegas Presiden PAS itu, sambil memberi jaminan pegawai kerajaan di setiap peringkat tidak akan dizalimi atau dibalas dendam.
Keuzuran menghalang saya daripada menekuni setiap isi perbahasan para perwakilan. Sepanjang di dalam dewan Putik, secara umumnya saya dapati setiap mereka yang berucap menunjukkan kesungguhan. Bagaimanapun ada pemerhati yang membisik kepada saya: "Sayang sekali, Ucapan Dasar Presiden yang cukup bermutu dan selari dengan mood menjelang PRU13, tidak disusuli dengan perbahasan bernas yang mengungkapkan isu-isu kritikal yang digariskan Tok Guru Haji Hadi."
Beliau merujuk kepada lima bentuk tindakan yang ditekankan Presiden bagi menghadapi PRU13, iaitu persediaan menjaga benteng masing-masing (Parlimen atau Dun), menangani kompleksiti pengundi Melayu khususnya anak muda, cabaran memenangi sebanyak mungkin kerusi, meningkatkan jentera penerangan, termasuk Harakah dan Harakahdaily serta merancakkan persiapan menjuarai perang siber.
"Macam ada kempen tersirat menjelang pemilihan parti tahun depan, aja?" ujar seorang pemerhati, dari Kedah, yang duduk di sebelah saya, berdekatan ruang media. Beliau kemudiannya ketawa kecil tanda hanya bergurau dengan usikannya itu.
Apabila ada perwakilan menimbulkan cadangan Presiden PAS patut dicalonkan sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan menang dalam PRU13 nanti, saya sudah menjangkakan ia akan disensasikan oleh media, terutama TV3 dan Utusan Malaysia.
Sememangnya jentera kempen tidak rasmi Umno-BN itu sentiasa menunggu kesempatan untuk memecah-belahkan persefahaman di kalangan pemimpin dan penyokong Pakatan. Umum mengetahui sebaik saja keputusan PRU12 diketahui, Mac 2008, perang saraf adu-domba untuk memisahkan PAS dengan DAP sudah bermula, tidak terkecuali juga usaha menyuntik kecurigaan di antara PAS dan KeADILan.
"Kalau Najib yakin parti-parti Pakatan berselisih faham hingga memungkinkan mereka bertanding sesama sendiri, pasti Parlimen akan dicadang dibubarkan serta-merta," kata seorang pensyarah politik. "BN sudah tidak ada kekuatan sendiri lagi, mereka begitu harapkan persefahaman Pakatan pecah dan terburai," tambahnya.
Tidak sedikit rakan-rakan yang menelefon dan menghantar SMS, melahirkan kebimbangan isu cadangan ustaz Hadi ke jawatan PM akan menyebabkan BN mendapat keuntungan. "Paling tidak pun, kita akan membuang masa yang cukup berharga ini, bagi melayan karenah dan menjawab persoalan yang bukan pun satu isu buat Pakatan," kata seorang daripadanya.
"Biarkanlah ... setiap perwakilan berhak menyuarakan pandangan dan pendapat. Muktamar adalah medan untuk meluahkannya, inikan demokrasi, dan tanda PAS terbuka untuk ahlinya bercakap," saya menjawab mudah. Saya pasti rakan saya itu tidak berpuas hati apabila dia mencelah: "Jangan sampai masyarakat luar, orang awam yang memerhati muktamar dengan penuh minat, merasakan sesama Pakatan pun tidak sepakat, masing-masing ghairah merebut jawatan besar."
Awal pagi Ahad, pada hari terakhir muktamar, kenalan saya, seorang profesor turut menegur, melalui SMS: "Kajian kami menunjukkan pengundi amat prihatin dengan percanggahan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat. Polemik tentang siapa Perdana Menteri tidak menguntungkan, termasuk kepada PAS. Sebagai parti yeng melewati 60 tahun usianya, PAS harus sedar di mana kekuatan dan kelemahan parti."
Saya kira rakan saya itu memberi reaksi mungkin selepas membaca muka depan The Sunday Star, yang melaporkan perbahasan di muktamar PAS, dengan tajuk "Ulama for Hadi". Hiasan foto Presiden PAS begitu menonjol.
Akhbar yang dimiliki MCA itu sememangnya dikenali menjalankan usaha terancang untuk menakutkan pengundi Cina terhadap Pakatan, dengan mendakwa PAS akan menjadi parti paling dominan jika BN dapat ditumbangkan.
Beberapa kali, Presidennya, Dr Chua Soi Lek bersungguh-sungguh memberikan gambaran bahawa sekiranya Pakatan menguasai Putrajaya, PAS akan menerajui kerajaan baru nanti. Sebagai ahli Parti Islam, saya tentulah gembira dengan pujian itu. Ya, tiada keindahan melebihi kesyukuran melihat Islam didaulatkan dalam sistem pemerintahan negara. Namun, kita tidaklah terlalu naif untuk membaca perangkap musuh.
Kepada audien Melayu, yang membaca Utusan Malaysia dan menonton TV3, PAS digambarkan parti paling corot dalam Pakatan, hanya mengikut telunjuk KeADILan dan diperkudakan DAP. PAS juga ditohmah sudah menyimpang daripada landasan asal perjuangan.
Manakala berdepan masyarakat bukan Melayu, khususnya Cina, seperti sering dilaporkan dalam The Star, PAS tiba-tiba disuntik dengan seribu satu kekuatan. Tujuannya agar pengundi Tionghua teragak-agak untuk menyokong Pakatan; sedangkan realitinya PAS kini didekati komuniti pelbagai kaum dan agama. Dalam muktamar lalu, beberapa aktivis Dewan Himpunan Penyokong (DHPP) berucap mempertahankan prinsip-prinsip Islam yang diperjuangkan PAS.
Selama ini saya beranggapan The Star, walaupun turut menjadi mesin propaganda BN, tetapi masih menjaga profesionalisme pemberitaannya, tidak seperti Utusan Malaysia. Saya terkejut melihat tajuk depan edisi Isnin, 19 November, "Hadi ready to be PM", dengan gambar menarik Ustaz Hadi mengenggam tangannya ke atas. The Star juga sudah hilang kewarasan!
"Dua hari berturut-turut muka depan The Star mengalahkan Harakah, dengan hiasan gambar Presiden PAS yang memikat," saya bercanda dengan rakan-rakan grafik di pejabat. "Tapi, beritanya tidak betul, dah sama macam Utusan."
Walhal sebenarnya, cukup dengan menonton YouTube, anda segera mengesan bahawa apabila Ustaz Hadi mengatakan "syok juga sepintas lalu (dengan cadangan nak lantik jadi PM)", nadanya berseloroh dan wajah ceria tersenyum.
Apatah lagi selepas beliau menyambung: "Tetapi saya kata di sini, saya minta Tuhan jadikan cita-cita saya ini biar menangkan Islam, kemudian kalau nak mati, matilah."
Ustaz Hadi seterusnya memberi satu perumpamaan yang cukup menarik untuk difikirkan: "Saya tak mahu macam cerita saya dengan Ustaz Azizan. Ustaz Azizan tahu saya minat memancing. Saya pergi Kedah, dia ajak saya memancing di laut Yan.
"Sebelum pergi, dia berpaling ke anak buah dia, dia kata, tumbuk rempah siap-siap. Nak masak ikan tenggiri, ikan jenahak. Saya pun pergilah, dia pun pergi juga ke laut. Bila balik, boleh ikan belukang sebesar kelinking je. Saya tak mahu jadi macam itu. Belum apa-apa dah tumbuk rempah."

'Usah tumbuk rempah dulu'
-, | 23 Nov 2012 |

Mangsa gas meninggal di atas sejadah
Harakahdaily, | 23 Nov 2012 |
(Abang Ahmad [tengah] mendengar cerita keluarga mangsa)
PUSA (Sarawak): Peristiwa menyayat hati empat (4) beranak yang meninggal dunia akibat keracunan gas di sini pada jumaat lalu telah mendapat perhatian daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS).
Mangsa kejadian malang tersebut, Zaidi Pandi@ Pendi (62) dan isteri Tiah Sauti (53) yang kedua-duanya adalah pengundi di DUN Beting Maro, Sarawak dan dua (2) anak mereka Atikah (27) dan Kazil (20) ditemui meninggal dunia ketika sedang tidur oleh adik kepada Allahyarham Zaidi, Omar (39).
Dalam kejadian yang telah berlaku pada minggu lepas, mangsa dipercayai meninggal dunia kerana terhidu gas karbon monoksida yang terhasil daripada set generator yang berfungsi sebagai satu-satunya sumber tenaga elektrik kediaman mangsa.
Saudara Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus, AJK PAS Pusat telah menziarahi waris mangsa iaitu Azizan (35), Razif (30), Azizah (41) dan Haida (38) di kediaman mereka bagi mewakili PAS untuk menyatakan rasa simpati dan takziah di atas kejadian yang telah berlaku.
(Azizan menunjukkan tempat ayahnya solat sebelum jatuh di atas sejadah dan meninggal)
Beliau yang juga merupakan Yang Di-Pertua PAS Batang Lupar dan Bekas Calon DUN Beting Maro juga turut melahirkan kekesalannya di atas kejadian yang berlaku.
"Berdasarkan pemerhatian yang dibuat di sekitar rumah kediaman Allahyarham Zaidi dan menurut maklumat yang disampaikan oleh waris, kita mendapati bahawa rumah kediaman mangsa tidak mendapat bekalan tenaga elektrik daripada pihak yang berkenaan.
"Kita dimaklumkan bahawa permohonan telah dibuat sekurang-kurangnya dua (2) kali kepada Sarawak Energy Supply Company (SESCO) namun maklumbalas yang diberikan adalah amat mengecewakan.
"Sedangkan kita boleh lihat terdapat tiang-tiang elektrik yang terletak tidak sampai 50 meter dari kediaman mangsa," kata Abang Ahmad.
Beliau yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Hal-Ehwal Sabah & Sarawak DPPM turut melahirkan kekesalan terhadap sikap tidak proaktif wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di DUN Beting Maro di dalam menangani masalah berkenaan terutama selepas berlakunya kejadian tersebut.
Bercakap mengenai latar belakang mangsa, Azizan, menceritakan bahawa Allahyarham ayahnya merupakan seorang pengusaha kantin, yang juga mempunyai kolam untuk menternak ikan tilapia dan ketam di sebelah rumah mereka.
Rebah di atas sejadah
(Abang Ahmad menyerahkan sumbangan PAS kepada keluarga mangsa)
Menurut beliau lagi, Allahyarham pada kebiasaannya akan sentiasa menunaikan solat fardhu di masjid dan hanya akan solat sunat di rumah.
Menyentuh mengenai suasana kejadian, Azizan berkata lagi keempat-empat jenazah ditemui dalam keadaan yang elok.
Allahyarham Zaidi ditemui dalam keadaan rebah di atas sejadah di ruang tamu rumahnya. Zaidi yang juga merupakan ahli PAS dikenali dalam kalangan penduduk setempat sebagai seorang yang kuat agama dan disenangi oleh masyarakat tempatan.
Justeru, beliau bagi mewakili keluarganya melahirkan kekecewaan terhadap sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang menyebarkan berita atau khabar angin yang tidak tepat terhadap keadaan sebenar telah berlaku.
Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh pimpinan dan ahli PAS di atas sikap cakna kebajikan dan terharu di atas kunjungan tersebut.
Dalam lawatan tersebut, saudara Abang Ahmad Kerdee turut menyampaikan sumbangan kewangan dan barang keperluan harian kepada Azizan bagi mewakili keluarganya.
Jenazah dikebumikan di dua tempat berasingan iaitu jenazah Zaidi Pandi bersama kedua-dua anaknya dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Kampung Pusa manakala isterinya, Tiah dituntut oleh saudaranya dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Saratok.

Majoriti sokong wanita bertudung bekerja
Terjemahan Mohamad Yahya, | 23 Nov 2012 |
Satu laporan yang disediakan oleh Yayasan Pengajian Ekonomi dan
Sosial Turki (TESEV) mendedahkan bahawa 76.3 peratus daripada rakyat
Turki berfikir bahawa wanita bertudung harus dibenarkan bekerja di
sektor awam.
Laporan bertajuk "Definisi dan Jangkaan Berkaitan Perlembagaan Baru," telah disediakan oleh TESEV dengan penyertaan 2699 orang dari 29 wilayah.
Menurut hasil kaji selidik dalam laporan tersebut, 76.3 peratus daripada rakyat telah menyatakan bahawa wanita bertudung sepatutnya mempunyai hak untuk bekerja sebagai pegawai kerajaan. 51.1% dari pengundi Parti Rakyat Republikan (CHP) berpendapat bahawa wanita bertudung tidak harus dibenarkan bekerja di pejabat kerajaan, manakala 95% pengundi parti pemerintah, Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) percaya mereka sepatutnya dibenarkan untuk berbuat demikian .
Kaji selidik itu menunjukkan bahawa 73.3% daripada peserta kajian percaya bahasa pendidikan hanya perlu di dalam bahasa Turki, manakala 26.7% daripada responden berkata rakyat seharusnya dibenarkan untuk menerima pendidikan dalam bahasa ibunda mereka di sekolah-sekolah di Turki. 94% dari pengundi Parti Keamanan dan Demoksrasi (BDP), parti pro-Kurdish percaya orang ramai perlu dididik dalam bahasa ibunda mereka. Bagi pengundi AKP, hanya 25% bersetuju, dalam kalangan pengundi CHP pula hanya 19% bersetuju dan untuk pengundi Parti Pergerakan Nasionalis (MHP) hanya 11% bersetuju.
Dalam respons kepada soalan masalah yang diperlu ditangani oleh perlembagaan yang ideal, 53.4% daripada peserta berpendapat perlembagaan yang ideal perlu mencari penyelesaian untuk masalah lama warga Kurds di negara tersebut, manakala 40.7% dari responden berkata perlembagaan perlu mencari penyelesaian untuk masalah ekonomi.
Apabila ditanya berkaitan prinsip asas yang paling perlu diketengahkan dalam perlembagaan baru, 65.1% menyatakan keadilan, 50.4% menyatakan kesaksamaan, 35.6% memilih kebebasan dan 33.6% menyatakan penerusan kerajaan.
Mengenai sekularisme, 50.6% daripada responden berkata takrif sekularisme tidak harus berubah dan perlu dimasukkan dalam perlembagaan seperti yang asal, manakala 40.7% berkata bahawa definisi sekularisme perlu diletakkan di dalam perlembagaan, tetapi perlu dikaji semula supaya kerajaan tidak dikaitkan dengan mana-mana agama. 8.7% dari peserta percaya sekularisme perlu dikeluarkan dari perlembagaan sepenuhnya.
62.3% daripada pengundi MHP percaya tiada perubahan perlu dibuat kepada takrif semasa sekularisme dalam perlembagaan semasa, sementara 61.8% dari pengundi CHP dan 47.8% dari pengundi AKP mempunyai pendapat yang sama. Ini berkurangan kepada 9.5% dalam kalangan pengundi BDP pengundi.
Dalam respons kepada soalan, "Kaedah manakah yang patut digunapakai untuk mendapat kelulusan dalam perlembagaan baru," 74% daripada peserta berpendapat kedua-dua kelulusan Parlimen dan kelulusan oleh referendum diperlukan. Sejumlah 14.7% berkata kelulusan oleh referendum sahaja adalah mencukupi, manakala 11.3% menyatakan bahawa hanya kelulusan Parlimen diperlukan.
Apabila ditanya mengenai khidmat tentera, 69.% berkata khidmat tentera harus diwajibkan, manakala 17.4% berkata khidmat tentera tidak harus diwajibkan dan kerajaan perlu beralih kepada tentera profesional. 6.7% responden berpendapat khidmat tentera harus diwajibkan, tetapi mereka yang membantah harus dikecualikan daripadanya, manakala 6.2% berpendapat khidmat tentera harus diwajibkan tetapi turut memberi peluang kepada yang enggan untuk melakukan khidmat masyarakat.
Khidmat tentera diwajibkan kepada semua warganegara lelaki di antara umur 20 dan 41 tahun di Turki. Tempoh khidmat tentera adalah 15 bulan tetapi graduan universiti diwajibkan untuk melakukan khidmat tentera untuk tempoh lima setengah bulan bulan sahaja. (todayszaman.com)
Pintasan Iron Dome ke atas roket Palestin semasa pertempuran lapan hari di Gaza melibatkan kos sebanyak $25 juta hingga USD30 juta, lapor kerajaan Khamis lalu, berhujah bahawa sistem yang disokong Amerika Syarikat itu adalah pelaburan yang sangat berbaloi.
"Andai Iron Dome diniagakan di bursa saham (Tel Aviv) atau Nasdaq, harga sahamnya akan naik berlipat kali ganda," ujar Menteri Pertahanan Awam Avi Dichter kepada Radio Israel dalam satu temu bual di mana beliau menerangkan perbelanjaan sistem tersebut.
Menggunakan peluru berpandu pemintas berpandukan radar, bateri Iron Dome yang ditunda menggunakan lima trak menembak jatuh 421 dari kira-kira 1,500 roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza antara 14 Nov sehingga Rabu lalu, lapor pihak tentera.
Ini meletakkan kadar kejayaan Iron Dome pada 90 peratus. Untuk mengurangkan kos, Iron Dome yang melancarkan dua peluru berpandu sekaligus hanya memintas roket yang mengancam kawasan berpopulasi padat.
Serangan roket telah membunuh lima rakyat Israel dan berpuluh-puluh cedera semasa konflik, lapor pihak polis. Tiga terkorban di pantai Ashdod pada hari sistem berkenaan mengalami kerosakan, seperti yang diberitahu Rafael Advanced Defence Systems Ltd, pengeluar Iron Dome milik Israel.
Seorang pegawai kanan kerajaan menganggarkan bahawa peningkatan itu boleh melibatkan kos sebanyak $380juta sehari kepada Israel. Dalam mengekang risiko tersebut, Amerika Syarikat telah membantu pembiayaan Iron Dome. Rabu lalu, Presiden Barack Obama berjanji untuk terus memberi sokongan.
Israel berkata mereka memerlukan 13 bateri untuk pertahanan negara yang memuaskan. Satu sumber industri pertahanan meletakkan kos sekitar USD50 juta seunit.
Fokus serangan udara Israel ke atas Gaza adalah stok simpanan dan silo roket yang diimport atau diubahsuai oleh Hamas dan pihak lain. Pegawai perubatan Gaza melaporkan seramai 162 rakyat Palestin terbunuh dan lebih separuh daripada mereka adalah orang awam.
Roket yang paling berbahaya adalah roket yang direka Iran, Fajr-5S dengan julat 75 km (46 batu) dan 175 kg (385 lb) kepala peledak, walaupun Hamas juga menggunakan versi buatan Gaza, "Qassam M-75".
Iran menafikan membekal senjata kepada rakyat Palestin. Tetapi laman web Iranian Young Journalists Club web pada Rabu lalu memetik komander Pengawal Revolusi di republik Islam berkenaan, Mohammad Ali Jafari, mengatakan “pihak tentera Gaza memiliki teknologi peluru berpandu Fajr-5 dan sekarang beberapa peluru berpandu telah dibuat dan tersedia untuk mereka ". (todayszaman.com)
(Peserta beragama Islam berdoa sebelum memulakan perjalanan)
KUALA LUMPUR: Rombongan jalan kaki membantah projek Lynas yang bermula di Kuantan 13 November lalu yang kini menghampiri Kuala Lumpur disifatkan perjalanan terhebat abad ini.
Rombongan hari ini sampai ke Bukit Tinggi dan akan berjalan menuju ke Taman Rimba hari ini.
(Antara yang menyertai jalan kaki bantah Lynas)
Selepas itu, destinasi mereka adalah Markas Tarbiyah PAS Pusat di Taman Melewar yang kini menempatkan Kolej Universiti Zulkifli Mohamad (KUIZM).
Pagi esok, 24 November, mereka dijangka akan berkumpul di Tol Gombak sebelum berjalan ke Markas Tarbiyah Taman Melewar.
Orang ramai yang ingin menyertai kempen ini boleh berkumpul di Tol Gombak untuk bersama-sama dengan mereka.
Dari Taman Melewar, mereka akan bergerak ke Dataran Merdeka sebelum ke Parlimen pada 25 November.
Berikut adalah kawasan-kawasan yang mereka lalui sehingga kini dan gambar-gambar berkaitan dengan perjalanan hebat ini.
(Muslimat juga menyertai jalan kaki ini)
13hb: Kuantan-Gambang, 30km
14hb: Gambang-SriJaya, 31km
15hb: Sri Jaya-Maran, 16km
16hb: Maran-Kg Awah, 29km
17hb: Kg Awah-Mentakab, 26km
18hb: Mentakab-Lanchang, 19km
19hb: Lanchang-Karak, 25km
20hb: Karak-Bentong, 22km
21hb: Bentong-Kolam Air Panas, 16.5km
22hb: Akan Bergerak dari Kolam Air Panas ke Bukit Tinggi
23hb: Bergerak dari Bukit Tinggi ke Taman Rimba
24hb: Bergerak dari Taman Rimba ke Markas Tarbiah, Taman Melewar (NGO dan Orang Awam digalakkan berkumpul di Gombak Tol)
25hb: Bergerak ke Parlimen (Tempat berkumpul sepanjang jalan akan diumumkan esok)
(Peserta jalan kaki di sambut oleh PAS Kampung Awah di Temerloh)
(Semangat Mat Kilau untuk peserta jalan kaki)
(Membuat senaman pagi sebelum memulakan perjalanan)
(Tidur di mana-mana bukannya hotel berbintang-bintang)
(Tiada bumbung, tepi jalan pun boleh jadi tempat berehat untuk mengumpulkan tenaga sebelum meneruskan perjalanan)
SHAH ALAM: Amalan tender terbuka yang diamalkan Kerajaan Negeri berjaya menjimatkan dana perbelanjaan Selangor sebanyak RM102, 206, 460.
Menteri Besar yang juga Adun Ijok, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, jumlah ini adalah kira-kira 19 peratus melalui sejumlah 63 projek dan tender yang diluluskan.
“Jumlah penjimatan itu meliputi tawaran untuk semua kerja-kerja perolehan dan pembangunan Kerajaan Negeri Selangor.
“Prinsip tender terbuka ini memberi pulangan baik kepada rakyat iaitu ‘value for money’,” jelas beliau ketika menjawab pertanyaan lisan daripada Adun Kampung Tunku, Lau Weng San.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan perbendaharaan negeri juga membenarkan amalan rundingan terus bagi memenuhi keperluan projek-projek tertentu.
“Contohnya, rundingan terus boleh diadakan dalam kes mendesak yang mana jika tidak diadakan akan membawa kemudaratan seperti kes banjir,” ujarnya.
Mengulas soalan tambahan mengenai kegagalan projek akibat harga tender yang terlalu rendah, Abdul Khalid menafikan perkara tersebut.
“Peratus kegagalan projek antara amalan rundingan terus dan tender terbuka tiada beza.
“Jadi, tender rendah bukan alasan menyebabkan kegagalan,” tegas beliau.

Israel belanja USD30 juta pintas roket Gaza

Lynas: Perjalanan terhebat abad ini
Harakahdaily foto Stop Lynas, | 23 Nov 2012 |
(Peserta beragama Islam berdoa sebelum memulakan perjalanan)
KUALA LUMPUR: Rombongan jalan kaki membantah projek Lynas yang bermula di Kuantan 13 November lalu yang kini menghampiri Kuala Lumpur disifatkan perjalanan terhebat abad ini.
Rombongan hari ini sampai ke Bukit Tinggi dan akan berjalan menuju ke Taman Rimba hari ini.
(Antara yang menyertai jalan kaki bantah Lynas)
Selepas itu, destinasi mereka adalah Markas Tarbiyah PAS Pusat di Taman Melewar yang kini menempatkan Kolej Universiti Zulkifli Mohamad (KUIZM).
Pagi esok, 24 November, mereka dijangka akan berkumpul di Tol Gombak sebelum berjalan ke Markas Tarbiyah Taman Melewar.
Orang ramai yang ingin menyertai kempen ini boleh berkumpul di Tol Gombak untuk bersama-sama dengan mereka.
Dari Taman Melewar, mereka akan bergerak ke Dataran Merdeka sebelum ke Parlimen pada 25 November.
Berikut adalah kawasan-kawasan yang mereka lalui sehingga kini dan gambar-gambar berkaitan dengan perjalanan hebat ini.
(Muslimat juga menyertai jalan kaki ini)
13hb: Kuantan-Gambang, 30km
14hb: Gambang-SriJaya, 31km
15hb: Sri Jaya-Maran, 16km
16hb: Maran-Kg Awah, 29km
17hb: Kg Awah-Mentakab, 26km
18hb: Mentakab-Lanchang, 19km
19hb: Lanchang-Karak, 25km
20hb: Karak-Bentong, 22km
21hb: Bentong-Kolam Air Panas, 16.5km
22hb: Akan Bergerak dari Kolam Air Panas ke Bukit Tinggi
23hb: Bergerak dari Bukit Tinggi ke Taman Rimba
24hb: Bergerak dari Taman Rimba ke Markas Tarbiah, Taman Melewar (NGO dan Orang Awam digalakkan berkumpul di Gombak Tol)
25hb: Bergerak ke Parlimen (Tempat berkumpul sepanjang jalan akan diumumkan esok)
(Peserta jalan kaki di sambut oleh PAS Kampung Awah di Temerloh)
(Semangat Mat Kilau untuk peserta jalan kaki)
(Membuat senaman pagi sebelum memulakan perjalanan)
(Tidur di mana-mana bukannya hotel berbintang-bintang)
(Tiada bumbung, tepi jalan pun boleh jadi tempat berehat untuk mengumpulkan tenaga sebelum meneruskan perjalanan)
Tender terbuka: S'gor selamatkan lebih RM100j
Selangorku, | 23 Nov 2012 |
Menteri Besar yang juga Adun Ijok, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, jumlah ini adalah kira-kira 19 peratus melalui sejumlah 63 projek dan tender yang diluluskan.
“Jumlah penjimatan itu meliputi tawaran untuk semua kerja-kerja perolehan dan pembangunan Kerajaan Negeri Selangor.
“Prinsip tender terbuka ini memberi pulangan baik kepada rakyat iaitu ‘value for money’,” jelas beliau ketika menjawab pertanyaan lisan daripada Adun Kampung Tunku, Lau Weng San.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan perbendaharaan negeri juga membenarkan amalan rundingan terus bagi memenuhi keperluan projek-projek tertentu.
“Contohnya, rundingan terus boleh diadakan dalam kes mendesak yang mana jika tidak diadakan akan membawa kemudaratan seperti kes banjir,” ujarnya.
Mengulas soalan tambahan mengenai kegagalan projek akibat harga tender yang terlalu rendah, Abdul Khalid menafikan perkara tersebut.
“Peratus kegagalan projek antara amalan rundingan terus dan tender terbuka tiada beza.
“Jadi, tender rendah bukan alasan menyebabkan kegagalan,” tegas beliau.
Cakap berbelit, Mahathir cuba selamatkan diri
Harakahdaily, | 23 Nov 2012 |
KUALA LUMPUR: Selepas memberi gambaran bahawa Umno
ialah syaitan yang dikenali dan pembangkang pula ialah Malaikat yang
tidak dikenali, tiba-tiba Dr. Mahathir menukar kenyataan kononnya
Presiden PAS pula disokong syaitan.
Bagi AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, kenyataan terbaru bekas Perdana Menteri itu menyerlahkan sikap 'putar belitnya' untuk menyelamatkan diri selepas melabelkan Umno BN sebagai syaitan dikenali sebelum ini.
"Tun terpaksa cakap belit untuk menyelamatkan dirinya yang telah mendakwa Umno adalah syaitan yang dikenali.
"Lebih parah lagi beliau juga membuat kenyataan Malaikat juga membuat salah. Seribu kali malang 3.5 juta ahli Umno tidak menyanggah kenyataan Tun," katanya kepada Harakahdaily.
Menurut Ustaz Idris lagi, PAS sentiasa memerangi syaitan apatah lagi syaitan yang dikenali kerana ia adalah ajaran Islam.
Apa yang pelik kata Ustaz Idris, biarpun Dr. Mahathir memberi jenama syaitan dikenali kepada BN, namun tiada ada seorang pun yang menentang atau marah terhadap beliau.
"Ertinya mereka semua diam dan redha atas jenama tersebut. Tidak ada pula kita kedengaran Ulamak Umno menegur kenyataan beliau, termasuk Datuk Seri Najib selaku Presiden Umno.
"Memang Tun seorang yang kebal, siapa yang berani sanggah alamat gelap masa depan di dalam politik.
"Contohnya Tun Abdullah Badwi yang berani membatal projek Jambatan Bengkok, sampai hari ini beliau dendam dan membelasah Tun Abdullah tidak kira masa dan tempat," jelas beliau sambil menegaskan hanya PAS dan Pakatan yang berani menyanggah Dr. Mahathir.
Iklan TeksBagi AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, kenyataan terbaru bekas Perdana Menteri itu menyerlahkan sikap 'putar belitnya' untuk menyelamatkan diri selepas melabelkan Umno BN sebagai syaitan dikenali sebelum ini.
"Tun terpaksa cakap belit untuk menyelamatkan dirinya yang telah mendakwa Umno adalah syaitan yang dikenali.
"Lebih parah lagi beliau juga membuat kenyataan Malaikat juga membuat salah. Seribu kali malang 3.5 juta ahli Umno tidak menyanggah kenyataan Tun," katanya kepada Harakahdaily.
Menurut Ustaz Idris lagi, PAS sentiasa memerangi syaitan apatah lagi syaitan yang dikenali kerana ia adalah ajaran Islam.
Apa yang pelik kata Ustaz Idris, biarpun Dr. Mahathir memberi jenama syaitan dikenali kepada BN, namun tiada ada seorang pun yang menentang atau marah terhadap beliau.
"Ertinya mereka semua diam dan redha atas jenama tersebut. Tidak ada pula kita kedengaran Ulamak Umno menegur kenyataan beliau, termasuk Datuk Seri Najib selaku Presiden Umno.
"Memang Tun seorang yang kebal, siapa yang berani sanggah alamat gelap masa depan di dalam politik.
"Contohnya Tun Abdullah Badwi yang berani membatal projek Jambatan Bengkok, sampai hari ini beliau dendam dan membelasah Tun Abdullah tidak kira masa dan tempat," jelas beliau sambil menegaskan hanya PAS dan Pakatan yang berani menyanggah Dr. Mahathir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan