Memaparkan catatan dengan label tsunami. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tsunami. Papar semua catatan

Rabu, Mac 16, 2011

KISAH DI SEBALIK GEMPA DAN TSUNAMI DI JEPUN

Assalamualaikum.....maaf dah terlalu lama menyepi dan tak update blog, sebenarnya sengaja merehatkan diri dari dunia blog....kadang2 penat bekerja langsung tak terfikir nak berupdate....

Berbalik pada kisah gempa dibumi sakura, tak ada benda lain terfikir selain fikiran asyik teringat pada puteriku yang berada di Jepun...sebelum tragedi terbesar, sudah ada beberapa gegaran ditempat puteriku tinggal...gegaran kecil dianggap perkara biasa bagi mereka...

Sehari sebelum tragedi pada 11 Mac 2011, puteriku sempat berlepas ke Tokyo menaiki bas dari Sendai, tempat yang paling teruk dilanda tsunami...nasib nya agak baik kerana tidak berada lama di Sendai....bertolak malam dan sampai pada awal pagi di Tokyo....

Pada waktu tengahari keadaan di Tokyo agak kelam kabut, masa ni puteriku berada di dalam bangunan di Shinjuku sementara menunggu waktu malam nak berlepas ke Korea untuk bercuti bersama kawan2nya...masa inilah terjadi gegaran kuat, bangunan tersebut bergoyang kiri kanan bagaikan nak runtuh, cepat2 mereka turun tangga dan keluar dari bangunan, agak panik jugaklah ketika tu...

Sesampai saja ke bawah, mereka lihat ramai manusia di luar sana, masing2 terpinga-pinga, pengangkutan awam seperti bas dan tren terhenti operasi, puteriku bersama kawan2nya nak ke Haneda Airport untuk berlepas ke Korea, tapi malangnya mereka jugak tersangkut di Shinjuku..(kawasan yang paling sibuk di Tokyo)

Mereka jadi panik dan tak tahu nak buat apa, nasib baik ada seorang Jepun yang baik hati bawa mereka bermalam di Tokyo International Centre,...mereka bermalam di situ dan jugak di Sakura Hotel sebelum pulang ke Malaysia.....alhamdulillah mereka selamat pulang pada 14 Mac hari Isnin lepas....