Showing posts with label opinion. Show all posts
Showing posts with label opinion. Show all posts

Tuesday, June 5, 2012

30 Minit Ustaz Don

Assalamualaikum

Saja aku nak bagitahu, sesiapa yang ada Astro dekat rumah tu, kalau boleh cuba-cuba lah tukar dan tengok saluran Al Hijrah (Channel 114). Kalau dapat try tengok rancangan "30 Min Ustaz Don". Aku selalu tengok hari Isnin sampai Rabu jam 930 malam.

Macam-macam yang ustaz Don share information. Sebagai manusia, kita dituntut mencari ilmu dan aku rasa sebab kekangan masa, aku cuba ikut siaran dia. Apa yang aku boleh cakap.. MANTAP. Aku sedih sebab aku baru tahu kekurangan cara solat aku. Ruginya selama 29 tahun ni tapi alhamdulillah Allah bagi aku jalan untuk aku perbaiki solat aku. 

Siaran Ustaz Don memang pelbagai. Dari rukun, muamalat, ilmu tajwid semua ada. Rugi aku sebab baru tahu ada siaran ni tapi alhamdulillah sempat tengok siaran pasal solat. Kupasan dia sangat teliti. Banyak benda yang aku belajar dan tahu kesalahan aku.

Cara penyampaian ustaz Don memang menarik, bersahaja dan sempoi  bagi aku. Yang penting aku faham dan belajar sesuatu daripada rancangan dia. Alhamdulillah.

Bagi aku (ini diri aku, tak ada kena mengena dengan orang lain) rasanya cukup kot mencari hiburan yang keterlaluan. Umur pun makin meningkat, rasanya elok perlahan-lahan melengkapkan diri yang semestinya masih banyak lagi kena belajar.

Aku tak dibayar untuk promote siaran dia tapi aku rasa wajib aku share untuk sesiapa yang belum tahu kewujudan siaran Ustaz Don ni.Cuba-cuba lah tengok, mana tau dapat manfaatnya.

Satu ayat Ustaz Don yang buat aku terkesan "Selagi saya berpegang kepada Al Quran dan Sunnah, ikutlah saya dan bersama-sama kita ke jalan yang benar, tapi jika saya tersasar daripada ajaran Al Quran dan Sunnah, maka jangan ikut atau taat kepada saya"

Wallahualam

p/s: Masa tengok rancangan ni, aku excited macam aku tengok AF masa dulu-dulu. Hehehe


Wednesday, November 11, 2009

need opinion

semalam buat kesekian kali nya kita bergaduh lagi... tapi entry kali ini bukan nak cerita pasal apa kita bergaduh tapi kita lebih nak tanya pendapat orang yang membaca ini apakah sebenarnya yang kita rasa kali ini..

dipendekkan cerita lepas kami bertekak melalui sms, AJ ada memberi 2 sms yang mana membuatkan kita touching. oh..so kita nak tanya pendapat awak semua kenapa kita boleh rasa macam tu.. bukan ke kita dah takde perasaan kat dia lagi? pelik..

1. adakah rasa itu menunjukkan bahawa kita masih mempunyai perasaan terhadap lagi? if yes, kenapa kita rasa tawar aje or senang kata if kita tgk muka dia tak ada pun rasa excited bagai..

2. atau perasaan itu hanya kerana kita terharu. dan apa maksud terharu tu ye?

kita dah tak reti nak faham perasaan sendiri nampaknya..

natijah daripada perasaan touching itu, kita telah membenarkan diri kita supaya memberi peluang lagi kepada AJ utk cuba memperbaiki hubungan kami.. tak tahu la betul atau tidak keputusan ini tapi kita masih sentiasa bersedia untuk apa-apa kemungkinan yang mendatang..