Naluri manusiawi kita pasti tersentuh dan derita apabila berita ini diajukan pada kita, baik Muslim atau tidak jika punya harga diri sebagai manusia yang berperasaan.
Artikel akhbar tiap hari ada sahaja berita ini.
Namun usaha tetap usaha untuk meneliti isu ini. Terbaru adalah pelancaran Fast To Fund for Palestine bermula 1 Rejab 1428H bersamaan 16 Julai 2007.
Pelancaran produk ini bukan hanya di bulan Rejab tetapi berlangsung hingga ke bulan Ramadhan nanti. Ini bermakna ia berlangsung 3 bulan. Pastinya kita akan dapat pelbagai ruang untuk kita berbuat kebaikan kepada yang memerlukan. Ayuh...! Berpuasa untuk menyumbang. Pasti akan terasa nikmat pabila kita puasa, duit hasil berjimat puasa tadi hulurkan pada rakan kita di Palestin.
Entri lalu:
Menurut produk tersebut setiap individu khususnya Muslim dapat menyumbang kepada Rakyat Palestin sehingga RM100 dapat disumbangkan dalam masa 3 bulan bermula 1 Rejab hingga 30 Ramadhan nanti.
Sehari berpuasa = RM2.50 & RM2.00 di Ramadhan
Bulan Rejab = 8 hari puasa x RM2.50 = RM20.00
Bulan Sya'aban = 8 hari puasa x RM2.50 = RM20.00
Bulan Ramadhan = 30 hari puasa x RM2.00 = RM60.00
Hasilnya = RM20.00 + RM20.00 + RM60.00 = RM100.00
Demikian kira-kira untuk menyumbang pada cadangan produk Fast to Fund ini.
Idea ini menarik, lebih teratur. Boleh dipraktis pada bulan-bulan yang lain. Tetapi jika tidak mampu, sumbangkan apa yang terdaya sekudrat ada.
Intipatinya daripada pelancaran produk ini adalah membawa mesej agar kita terus mengingati sahabat kita yang dalam kesusahan. Sentiasa berusaha membela Islam yang hanya kita sebagai pembelanya. Jika kita tidak bertindak, itu bermakna kita telah membunuh sahabat kita yang perlu sangat kepada bantuan kita.
Diantara kita pasti ada sahabat di sekeliling, kerabat terdekat yang telah meninggal dunia. Pastinya kita tidak dapat menahan sebak mengalir air mata. Namun jika kita sedar ada sahabat kita di Palestin mereka terpaksa melihat sahabat-sahabat mereka mati ditembak, dipukul, dihenyak, dihentam tanpa belas malah perkara itu berlaku juga kepada kaum keluarga sendiri sehingga anak dan ibu ditembusi peluru tubuh mereka di depan mata sendiri.
Di seluruh Malaysia saya pasti sudah ramai yang sudah mula menanam azam dan mula bertindak untuk menyumbang sedaya mungkin dalam menjaga sahabat jauh kita di Palestin sana.
Di kejauhan kita terpisah dari benua dan jarak serta sempadan negara. Namun bagi saya, sebagai Muslim hubungan yang terjalin atas dasar nikmat Islam itu lebih luas.
Sesungguhnya mereka amat memerlukan kita dari sudut material kewangan serta doa tulus dari hati kita yang mulus sujud memohon kekuatan dan ketaatan pada Allah agar tiada lagi kekejaman.
Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa. Janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat pedih seksaNya. - Surah Al Maidah ayat 2.
Jadilah kita duta-duta Islam di bumi Malaysia ini malah di mana jua kita berada. Nyatakan pada sesiapa jua bahawa kita Muslim yang membela sahabatnya di Palestin hanya untuk melihat bumi itu aman dan tenteram tanpa ada kekejaman dan penganiayaan.
Menyumbang lah sentiasa, untuk sahabat mu jua. Seiman Seaqidah DenganMu dalam Islam.
LINK: