saye kerja partime sekarang kat kedai Fotostat Aleeya Husna kepunyaan sepupu.. Saya agak bertuah kerana mendapat peluang mengumpul pengalaman di sana walaupun tidak semasyuk mana.. Cukupla nak berbelanja tanpa meminta kepada mak lagi.. Sebenarnya, saya pun tidak tahu berapakah gaji yang akan saya perolehi kelak kerana saya tidak lagi membincangkannya dengan sepupu. Hari pertama bekerja amatlah menguji kesabaran saya. Penat tidak terasa kerana terlalu asyik untuk melayan pelanggan. Namun, hari pertama kedai tidak mendapat sambutan dan saya berasa amat bosan. Nasib baiklah ade laptop yang menemani saya walaupun line broadband ni sangat slow sekali di sana.
Hari ni hari ke-3 saya bekerja di Sana. Alhamdulillah semakin meningkat jumlah pelanggan yang datang. Namun, pada hemat saya, ianya langsung tidak mencukupi walaupun untuk membayaar gaji saya pendapatan kedai ini. Apatah lagi membayar sewa dan membayar kembali modal yang telah dikeluarkan. Serba salah pula saya rasa. Namun, saya telah melakukan yang terbaik yang bisa saya lakukan. Dari segi promosi, saya telah tingkatkan dengan menambah keceriaan di kedai, dengan menampal segala kertas promosi dan sebagainya. Hurm.. Mungkin ini dugaan orang yang baru memulakan perniagaan Saya sentiasa doakan agar perniagaan sepupu saya ini bertambah maju, dan saya juga doakan agar diri saya sendiri akan mendapat pekerjaan kelak. Amin..
Jikalau kamu yang membaca ini ada idea-idea untuk manarik pelanggan, silalah memberi pandangan di ruangan komen tersebut. Saya buntu apa lagi yang peru dilakukan sedangkan harga yang kami tawarkan sudah sangat murah berbanding koperasi dan kedai fotostat di luar..
Sekadar ingin berkongsi pengalaman kepada semua (◕‿◕✿).. terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan sudi membaca.. bye2.. jumpa lain kali ya!
0 comments:
Post a Comment