.
Promosi
.
Showing posts with label Isu Semasa Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa Malaysia. Show all posts

Saya Mahu Rancangan Adik & Quran Ustaz Zamri Di TV9 Diteruskan!

Bismillahirrahmaanirrahiim,

Baru-baru ini cuba menonton Tv9 secara online untuk melihat Rancangan Adik Quran Ustaz Zamri (yang dikendalikan oleh Ustaz Zamri) namun agak tertanya-tanya kenapa tiada rancangan tersebut , setelah menunggu beberapa minit akhirnya rancangan Mari Bertaranum pula dikeudarakan di Tv9. Sepatutnya setiap pengubahan rancangan perlu pemberitahuan malah amat mustahil rancangan tersebut telah tamat kerana ia telah di tambahmuat dengan slot Bersama Atuk (Yang dipanelkan oleh Tuan Guru Dato Dr Harun Din). Malah slot penerangan ayat al quran dan kisah di sebalik ayat al quran di slot Ustaz Zamri juga masih belum tamat.

Baru saya sedar bahawa Ustaz Zamri sudah dibanned oleh tv9 kerana gambar yang dikatakan gambar Ustaz Zamri di Himpunan Aman BERSIH 2.0 . Hak berhimpuan dan menyuarakan pendapat adalah hak setiap rakyat di mana ia terkandung di dalam perlembagaan persekutuan dan hak demokrasi di peringkat antarabangsa. Maka tindakan pihak media adalah tindakan yang melanggar sistem demokrasi. Malah menuntut sistem pilihanraya yang adil adalah tanggungjawab setiap masyarakat untuk memastikan pemimpin yang naik adalah pemimpin yang bertanggungjawab dan benar-benar dipilih oleh rakyat.

Ikhlaskah Tv9 membuat rancangan yang berunsur Islam di televisyen? Adakah sekadar mempergunakan Islam untuk mengaut keuntungan penyiaran di televisyen?
Masyarakat sendiri boleh melihat tindakan Tv9 dan Media Prima terhadap Ustaz Zamri untuk mentafsir samaada rancangan yang dipertontonkan pihak media bertujuan untuk dakwah atau keuntungan kerana kerisauan kerugian dan arahan dari parti politik tertentu.


Saya bukanlah menghukum keikhlasan pihak media dalam membuat rancangan yang bertemakan Islam namun pihak media perlu bertindak dengan rasional dan bukannya mengikut telunjuk mana-mana parti.

Wallahua'lam.

Ramadhan : Perbezaan di Kedah dan Melaka

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Menjelang Bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi perbagai isu yang timbul antaranya berkaitan halangan hiburan yang melalaikan. Hiburan bukanlah suatu perkara yang dilarang oleh Islam namun ia perlu mengikut acuan Islam. Segala hiburan yang melalaikan dan berunsur maksiat adalah dilarang oleh Islam. Untuk perbahasan berkaitan hiburan dan alat muzik boleh baca di sini.

Tahniah kepada Kerajaan Negeri Kedah

Tahniah kepada Kerajaan Negeri Kedah yang dipimpin oleh Ustaz Azizan selaku Menteri Besar Negeri Kedah kerana memartabatkan lagi Islam di Negeri Kedah Darul Aman dengan melaksanakan 'Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1997' bagi mewujudkan "Puasa Hiburan di Bulan Ramadhan". Sebenarnya perundangan tersebut telah wujud pada 1997 , ia tidak dilaksanakan oleh kerajaan negeri terdahulu tetapi cuba di laksanakan oleh Kerajaan Negeri Kedah kini.

Berikut adalah Undang-undang Negeri Kedah di 'Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1997' :
Enekmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang mana di dalam dalam Jadual C, muka surat 150 menyatakan dengan jelas syarat am no.8 seperti berikut: Jenis-hiburan yang tersebut di atas tidak boleh diadakan pada bulan Ramadhan atau pada hari Jumaat (iaitu, antara jam 6 petang hari Khamis dan jam 2.30 petang hari Jumaat)kecuali izin bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri diperolehi.

Saya sejujurnya pada awalnya kurang bersetuju kerana pelaksanaan pengharaman tersebut hanya termaktub kepada rakyat beragama Islam saja kerana sedangkan tiada mana-mana agama yang membenarkan hiburan yang melalaikan yang boleh menyebabkan merosakkan akal,jiwa dan kemungkinan keturunan juga. Wujudnya agama adalah untuk mendidik penganutnya menjadi individu yang menjaga akal , jiwa dan keturunan.Cuma dari setiap agama mempunyai perbezaan dari sudut amal dan akidah. Maka ia perlu dilaksanakan secara terkawal , menjaga hak bukan muslim (bersandarkan agama mereka dan bukan kemahuan mereka semata-mata) dan secara menyeluruh.

Selaku muslim dan mukmin ia bukanlah sekadar perlu menjaga diri , keluarga dan masyarakat muslim namun perlu juga menjaga bukan muslim(kafir zimmi). Keharaman hiburan yang melalaikan adalah tanda cintanya Allah kepada manusia supaya manusia menjadi insan yang baik dengan terpeliharanya akal , jiwa dan keturunan. Maka akal , jiwa dan keturunan masyarakat bukan Islam juga perlu dijaga dengan memberi hak mereka (bersandarkan agama yang mereka anuti). Namun hiburan melalaikan bukanlah hak sesiapa kerana tiada mana-mana agama yang membenarkan penganutnya dalam kelalaian.

Bagaimana pun  , Islam adalah agama yang menuntut umatnya berstrategi dalam melaksanakan hukum. Bukan sekadar menghukum atau menjalankan hukum tetapi pemahaman terhadap hukum perlu dituai pada minda masyarakat Islam untuk umat Islam faham dan amal serta kepada masyarakat bukan Islam untuk mereka menghormati undang-undang Islam. Maka adalah wajar sebagai langkah awal Kerajaan Negeri Kedah dalam merealisasikan pelaksaan hukum Islam dan pembagunan berteraskan Islam dengan melaksanakan terlebih dulu enakmen sedia ada dengan menghalang umat Islam memasuki kawasan hiburan melalaikan dan arahan penutupan sertamerta jika pusat hiburan tersebut melanggar enakmen tersebut.

Bagaimana pun , Kerajaan Negeri Kedah perlu memastikan pengawai-pengawai kerajaan ditugaskan untuk melaksanakan enakmen tersebut. Malah pemahaman Islam terhadap masyarakat Islam dan bukan Islam perlu dipergiatkan secara maksimum untuk memastikan pelaksanaan hukum Islam secara menyeluruh mampu dicapai suatu masa nanti.

Larangan hiburan hanya untuk orang Islam sahaja
Kedah bergema kerana mahu puasa hiburan
Kes di Kedah bukti PAS konsisten dengan dasarnya


Bertuahkah negeri Hang Tuah?

Baru-baru ini dikejutkan keputusan mesyuarat Exco Negeri Melaka bahawa pusat hiburan di negeri tersebut akan dilanjutkan tempoh penutupan premis dari 1 pagi ke 3 pagi dan ia dilaksanakan pada hari Jumaat - Ahad. Selaku negeri yang dipimpin oleh individu yang mengaku beragama Islam maka secara rasionalnya adalah tidak wajar keputusan tersebut dibuat malah sepatutnya perundangan berkaitan hiburan diperketatkan dan dikemas kini lagi bagi memastikan masyarakat tidak dicandu dengan hibuaran yang melalaikan,

Mungkin ada yang mengatakan bahawa ia hanya dibuka pada masyarakat bukan Islam , namun melanjutkan lagi tempoh penutupan premis bukanlah jalan menghalang masyarakat Islam dari terlibat namun ia seolah-olah membuka lagi ruangan dan peluang untuk sebilangan golongan yang mengaku beragama Islam yang ketagihkan hiburan melalaikan untuk terus hanyut.

Kerajaan Negeri Melaka perlu mengetatkan lagi perundangan berkaitan pusat hiburan dengan memendekkan tempoh masa penutupan premis dari jam 1 pagi atau 2 pagi ke 12 tengah malam sebagai langkah awal menghalang sebilangan yang mengaku beragama islam dari memasuki pusat hiburan. Dan arahan penutupan serta merta seandai melanggar perundangan.Malah pemahaman Islam terhadap umat Islam perlu dipertingkatkan lagi kerana perundangan tanpa pemahaman ibarat "Teori tanpa Praktikal" dan pemahaman Islam terhadap bukan Islam juga perlu ditambahbaik supaya golongan bukan Islam menghormati perundangan Islam di mana perundangan Islam bukan saja menjaga kebaikan dan kebaijikan umat Islam malah memelihara masyarakat golongan bukan Islam.

Melaka lanjutkan tempoh operasi pusat hiburan
Adakah Melaka mahu tambah Sekolah Harapan?


Perbezaan di Kedah dan Melaka

Perbezaanya adalah Kerajaan Negeri Kedah melaksanakan enakmen sedia ada dan Kerajaan Negeri Melaka pula melanjutkan lagi tempoh masa pusat hiburan dibuka.

Dari segi politik pula.

Umno menuduh PAS tunduk terhadap DAP kerana PAS tidak melaksanakan pengharaman secara menyeluruh iaitu termasuk menghalang bukan Islam memasuki pusat hiburan sedangkan PAS melaksanakan enakmen sedia ada perundangan sedia ada yang membenar golongan bukan Islam memasuki pusat hiburan. Ini bermakna PAS bukan tunduk pada DAP tetapi melaksanakan enakmen yang sedia ada. Adakah Umno Kedah mengalami penyakit amnesia sehingga lupa bahawa Umno Kedah sendiri yang meluluskan enakmen tersebut pada 1997?

Namun , Kerajaan Negeri Melaka pula melalui mesyuarat exconya memutuskan untuk melanjutkan tempoh masa pusat hiburan. Adakah Umno tunduk pada telunjuk Gerakan dan Mca seperti keputusan Hub Hiburan Malaysia?

Wallahua'lam.

Dr Lo’ Lo’ Sekadar Yang Saya Kenali - Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Bismillahirrahmaanirrahiim,

Sebelum ini saya ada membuat catatan berkaitan laporan Dr. Lo Lo telah kembali ke rahmatullah.(meinggal dunia), kini Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula menceritakan perihal sekadar mana ia mengenali Allahyarhamah YB Dr Lo'lo' Bt Mohd Ghazali.



Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini. Hidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang. Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada pula hari perginya.

Apabila saya menerima berita kematian YB Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali, perasaan saya menjadi sugul. Saya teringatkan sikap prihatin beliau kepada saya sepanjang saya mengenalinya. Paling sayu, saya teringat permintaan beliau beberapa minggu lepas ketika saya menziarahi beliau dalam keadaan yang amat uzur. Beliau meminta saya menulis sebuah puisi untuknya. Ternyata saya tidak menunaikan harapan itu sehingga beliau meninggal. Padahal, saya telah sebut ‘insyaAllah’.

Hari ini jenazah beliau dikebumikan, malang sekali lagi saya tidak dapat hadir kerana ada viva student di USM. Namun doa saya untuknya sejak saya mendengar kematiannya. Saya juga harap tulisan ini dapat memberikan manfaat yang lebih dengan saya merayu kepada pembacanya agar berdoa kepada Allah untuk diberikan rahmat dalam keampunan kepada Lo’ Lo’ Ghazali, hamba Allah yang telah pulang ke kehidupan yang hakiki.

Saya ingin mencoret sedikit mengenai beliau dengan kadar sedikit yang saya kenal. Saya mulakan dengan apa yang Nabi s.a.w nasihati kita:

    “Sesiapa dalam kalangan kamu yang terpaksa memuji saudaranya, maka hendaklah dia berkata: ‘aku menilainya demikian, Allah jua yang menjadi penilainya yang sebenar, aku tidak akan memuji sesiapa atas nama Allah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ya, hanya Allah yang mengetahui hakikat kita. Kita menilai apa yang zahir, Allah jua mengetahui apa yang batin. Mungkin apa yang ada di sisi Allah lebih baik dari apa yang kita sangka dan tahu. Demikian juga sebaliknya.

Peringatan Jawatan Mufti

Saya bukan terlalu mengenali Dr Lo’ Lo’. Cuma ada beberapa coretan sekadar yang saya kenal beliau. Saya mula mengenali Dr Lo’ Lo’ sejak sebelum saya menjadi Mufti Perlis lagi. Beliau menghadiri beberapa majlis ucapan saya. Kali terakhir seingat saya di UIA, semasa saya berforum.

Apabila saya ditawarkan menjadi mufti pada tahun 2006, Dr Lo’ Lo’ menghantar email mengingatkan saya tentang bahaya jawatan tersebut. Sebagai anak bekas Mufti Perak, beliau menceritakan pengalamannya. Saya masih simpan peringatan itu.

Antara yang beliau sebut

    “..saya juga seorang manusia yang dhaif tetapi saya ingin berkongsi pengalaman kerana pernah hidup sebagai anak mufti dan berkongsi pahit maungnya serta cabaran seorang mufti bagi kerajaan yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya. Banyak kali arwah bapa saya bersungut dan menyatakan kesal kerana nasihat dan pandangannya tidak dipedulikan, keputusan majlis fatwa yang dianggotainya dibuang dalam tong sampah, bagaimana payahnya berhadapan dengan sultan-sultan yang kehidupan mereka dikelilingi dengan pelbagai adat dan kebiasaan yang tidak selaras dengan Islam. Itu belum kira kerenah MB, exco-exco dan YB-YB lagi…itu cerita 30 tahun lalu, saya percaya kini cabaran untuk seorang mufti kerajaan adalah lebih hebat lagi. Saya berdoa agar Dr Asri dipandu untuk memilih keputusan yang terbaik dunia dan akhirat”.

Itulah antara kandungan email beliau. Lahir dari jiwa yang ikhlas terhadap saya dan naluri yang prihatin terhadap agama. Saya merenung kata-katanya ketika itu. Kali ini apabila saya membaca sekali lagi, saya dapat rasakan indahnya kejujuran yang terkandung dalam nasihat itu. Ya, sering kali sesuatu lebih bernilai kita rasakan, apabila empunya telah pergi. Semoga menimbang kata-kata nasihatnya itu sebagai himpunan amalan soleh beliau.

Apabila saya menjadi Mufti Perlis, saya agak terputus dengan beliau. Hanya sekali-sekala beliau bertanya beberapa perkara. Mungkin beliau rasa ketika itu saya rapat dengan pemimpin UMNO.

Selepas Mufti

Apabila berhenti dari jawatan Mufti, pada hari yang berikutnya saya terus ke UK. Di UK, saya sempat bertemu dan berhubung baik dengan anak beliau Saudara Fawwaz yang ketika itu tinggal Manchester. Layanan baik Fawwaz kepada saya dan keluarga ketika melawat dan berceramah di Manchester tidak dapat saya lupakan. Ini menjadikan kembali saya mengingat sikap baik ibunya kepada saya.

Apabila pulang ke Malaysia, kemudian berlaku peristiwa saya ditahan JAIS dan ke mahkamah, ramai pemimpin politik dan NGOs yang hadir. Dr Lo’ Lo’ yang ketika itu uzur juga turut hadir ke mahkamah di Gombak. Sempat saya bercakap dengan beliau. Saya ingat lagi, beliau kata kepada saya:

    “Ini ada hikmahnya, ujian dan cabaran, Allah mahu ustaz memimpin rakyat, turut ke medan, bersama-sama mengubah keadaan yang ada”.

Saya diam. Saya akur. Saya tahu beliau jujur. Hati nuraninya yang sayangkan kebaikan dan bencikan kezaliman itu tidak dapat disembunyikan sekalipun di sebalik tubuh yang uzur. Selepas hari itu, agak kerap juga kami bertanya khabar.

Masuk UMNO

Kadang-kala beliau bertanya saya pandangan dalam pelbagai isu agama. Beliau fahami pendirian saya. Beliau saya rasa suka dengan cara apa yang saya faham mengenai beberapa perkara dalam Islam ini. Apabila timbul berita saya akan masuk UMNO, Dr Lo’ Lo’ menghubungi saya dengan tegas. Kata beliau:

    “Janganlah ustaz tambahkan sakit saya dengan berita-berita yang macam ini. Saya pernah teramat kecewa apabila Anwar Ibrahim masuk UMNO. Saya harap ustaz tidak mengulangi kesilapan itu. Saya akan amat kecewa jika ustaz membuat tindakan yang sama”.

Saya meminta beliau memberikan masa agar spekulasi itu berakhir lagi dua tiga hari. Beliau terus mengingatkan saya agar jangan tersilap langkah. Keesokannya, barangkali beliau mendengar desus-desas itu makin kuat, maka beliau sms kepada saya dengan tegas, katanya:

    “mati hidup semula saya tidak akan mempercayai ustaz lagi jika ustaz masuk UMNO. Apakah ustaz takut kepada cabaran di dunia ini? Atau mengharapkan kedudukan di dunia sehingga sanggup hendak masuk UMNO? Jika ustaz tidak mahu masuk PAS pun, janganlah masuk UMNO”.

Saya simpati dan rasa bersalah memandang beliau uzur. Saya terus bercakap dengannya dengan memberikan jaminan bahawa apa yang beliau khuatiri itu insyaAllah tidak berlaku. Saya beritahu bahawa pimpinan PAS lain, khusus Ketua Dewan Ulama PAS juga telah bercakap dengan saya dan memberikan nasihat. Namun, apabila 40 orang ulama muda masuk UMNO, Dr Lo’ Lo’ sekali lagi berhubung dengan saya dan berkata:

    “Tergamak ustaz membiarkan sahabat-sahabat ustaz masuk UMNO, sedangkan saya ini bersusah payah hendak memastikan mereka yang berpegang dengan manhaj al-Quran dan as-Sunnah masuk ke dalam PAS. Jika Tuan Guru Nik Aziz tidak ada nanti, macam manalah perjalanan PAS ini. Ini, ustaz pula biarkan kawan-kawan masuk UMNO”.

Saya diam. Ada perkara yang saya tahu yang mungkin beliau tidak tahu. Begitulah sebaliknya. Apa pun, saya amat berterima kasih, sikap beliau yang sentiasa prihatin kepada perkembangan Islam dan masa depan dakwah. Beliau seorang serikandi, seorang mujahidah, seorang yang jujur dengan keyakinannya.

Kritik PR

Saya tahu, ya kadang-kala apabila saya mengkritik tokoh utama PR, Dr Lo’ Lo’ kurang selesa. Dia akan sms melahirkan ketidakpuasan hatinya. Kadang-kala bahasanya ‘tegas’. Saya sering tersenyum apabila membaca smsnya. Ya, bukan semua perkara kita dapat sama dan seiya sekata. Namun, yang pasti ia adalah kata-kata yang datang dari seorang yang prihatin.

Namun, beliau lama-lama biasa dengan sikap saya yang memberikan pandangan kepada kedua belah pihak. Sebelum muktamar PAS beliau memohon agar saya mewar-warkan semula artikel lama saya ‘Ulama atau professional Jadi Pemimpin’ . Beliau kata, beliau ingin meminta supaya Harakah menyiarkannya semula. Saya tahu aliran pemikiran yang ingin ramaikan professional dalam kepimpinan PAS.

Ziarah Hospital

Apabila saya mendapat berita beliau amat uzur dan berada dalam keadaan kritikal di hospital, saya hubungi Fawwaz. Saya pohon untuk menziarahinya. Saya pergi dengan beberapa orang sahabat, sebahagian mereka ustaz-ustaz. Dr Lo’ Lo’ meminta untuk hanya saya sahaja yang masuk dahulu. MasyaAllah, saya melihat seorang serikandi mujahidah dalam kedaan yang uzur terbaring di katil. Wajahnya sudah kelihatan bengkak. Pun, begitu masih lagi dengan pakaian muslimahnya. Beliau menangis ketika itu. Dalam celahan itu saya mendengar indahnya kata-kata beliau:

    “ustaz, saya bimbang saya tidak dapat menjadi hamba Allah yang baik”.

Kata-kata itu menusuk ke dalam jantung saya bagaikan cahaya ruhi yang menyelinap masuk ke dalam urat nadi. Ia adalah kata-kata yang lebih murni dari segala lafaz seni, kata-kata yang lahir dari nurani insani yang mendambakan kasih-sayang Allah. Kata-kata yang tidak lahir di saat- demikian melainkan dari jiwa yang sentiasa berhubungan cinta dengan Allah. Demikian penilaian saya. Hakikat yang sebenar kembali kepada Allah.

Kemudian, sempat beliau berpesan kepada saya untuk terus memberikan pandangan kepada PAS dan beliau bersyukur segala usaha beliau dan sahabat-sahabatnya mula melihatkan hasil dalam PAS. Beliau meminta saya tuliskan sebuah puisi untuk beliau. Saya berjanji insyaAllah. Nampaknya, puisi itu akan lahir selepas pemergian beliau.

Ustaz Sampul

Selepas habis berbicara dengan saya, beliau mengizinkan sahabat-sahabat yang bersama saya masuk. Dalam keuzuran yang amat sangat itu, beliau masih sempat memberikan nasihat. Antara yang beliau kata;

    “Maaflah saya ingin sebut, ustaz-ustaz ini jangan asyik fikirkan sampul sahaja. Ramai yang rasa selesa, hanya dok berkuliah dalam masjid, selepas itu seronok dapat sampul duit tapi tidak mengambil tahu apa yang berlaku kepada umat; khususnya anak-anak muda kita kat luar sana”.

Ya, itulah kata-kata beliau. Ia amat benar. Itu penyakit yang menimpa ramai yang memakai gelaran ustaz atau ‘pendakwah’. Pahit yang terpaksa diakui, bukan sedikit yang fikirannya berlegar kepada wang dalam sampul yang akan menjadi habuan selepas kuliah atau ceramah. Bukan salah. Namun, apabila itu dijadikan buruan, maka ramai yang mengelak diri dari arus dan tribulasi perjuangan. Kata-kata Dr Lo’ Lo’ itu terbit dari hati nurani seorang daiyah (pendakwah). Bukan singkat masa beliau menelusuri pengalaman dan perjuangan.

Ya, beliau banyak di medan politik. Sebahagian ijtihad siyasi dan pandangan politiknya mungkin berbeza dengan saya. Namun, saya tetap hormati jasa dan sumbangannya. Zahir pada kehidupan sebagai seorang muslimah dan mujahidah. Berjuang membela keyakinannya mengenai Islam dan keadilan. Sebagai seorang sahabat dan insan yang masih hidup atas bumi ini, saya hanya mampu berdoa untuknya agar dilimpahi rahmat dan keampunan, kemudian meneruskan perjalanan hidup ini sehingga sampai ke destinasi seperti mana beliau pun telah menamatkannya.

Wallahua'lam.

Dr. Lo Lo telah kembali ke rahmatullah.

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Telah kembali ke rahmatullah YB Dr Lo'lo' Bt Mohd Ghazali pada jam 10.13 p.m (Waktu Malaysia). Solat jenazah di dijangkakan di Masjid al-Akram, Dato Keramat ( hampir dgn rumah Al-Marhumah) esok sekitar jam 9 a.m .

Laporan Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 17 Julai: Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (gambar) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam ini.

Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily.

Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.

Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.

Dalam respons awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamuha seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat.

"Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi.

"Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah.

"PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Faatiihah." tulisnya di Twitter.

Menurut anak allahyarhamuha, Muhd Fawwaz, jenazah akan diuruskan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat pagi esok.

"Insya allah, akan dikebumikan pada waktu pagi di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat," tulisnya melalui sistem mesej singkat (SMS) kepada Harakahdaily.




Laporan The Malaysian Insider


KUALA LUMPUR, 17 Julai — Ahli Parlimen Titiwangsa dari PAS Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali yang menerima rawatan kerana kanser di Hospital Selayang meninggal dunia malam ini.

Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub ketika dihubungi The Malaysian Insider.

“Ya, saya pun baru dimaklumkan mengenai berita ini. Tapi saya belum ada butiran lanjut,” kata seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi.

Wakil rakyat penggal pertama itu (gambar) meninggal dunia kira-kira 10.13 malam tadi, kata seorang anggota keluarga menerusi mesej SMS.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan esok, kata anggota keluarga itu.

“Jenazah akan diuruskan pagi esok, akan dibawa ke Masjid Al-Akram, Datuk Keramat,” katanya.

Maklumat daripada ibu pejabat PAS menyebut jenazah akan diuruskan sekitar 8 pagi esok.

Sejak tengah hari tadi, khabar angin mengatakan Dr Lo’ Lo’ yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat telah meninggal dunia disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas SMS dan laman sosial Facebook dan Twitter.

Bagaimanapun ia dinafikan oleh pemimpin-pemimpin kanan parti yang secara kebetulan mengadakan mesyuarat di Ampang pagi tadi.

Dr Lo’ Lo’, 53, dirawat di Hospital Selayang akibat kanser.

Pada pilihan raya umum 2008, Dr Lo’ Lo’ menewaskan calon BN Datuk Aziz Jamaludin Tahir dengan majoriti 1,972 undi.

Allahyarham Dr Lo’ Lo’ merupakan wakil rakyat kelima dari PAS meninggal dunia selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Sebelum ini PAS kehilangan Ahli Parlimen Bukit Gantang dan disusuli Adun Permatang Pasir, Manek Urai dan Galas.

Kekosongan kali ini tidak akan membawa kepada pilihan raya kecil.


Wallahua'lam.

Pelajar Mesir DiBuang Universiti Kerana Menganjur Bersih 2.0 Mesir?

Bismillahirrahmaanirrahiim,


Baru-baru ini Ustaz Mohd Firdaus Madzlan atau lebih mesra dikalangan mahasiswa Islam di Mesir sebagai Ustaz Alang menerima panggilan telefon daripada doktor kuliahnya, di Darul Ifta' Misriyyah. Bahawa beliau telah dibuang daripada universiti atas alasan beliau adalah penganjur kepada Bersih 2.0 Mesir baru-baru ini.

Ustaz Mohd Firdaus Madzlan adalah penuntut kursus lanjutan untuk menjadi mufti di Darul Ifta' Misriyyah , di mana beliau yang akan menamatkan pengajiannya pada 25 Julai ini. Beliau adalah antara pelajar Malaysia yang cemerlang dengan mendapat pangkat jayyid jiddan(amat baik) di peringkat BA di Universiti Al Azhar. Untuk pengetahuan semua bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 Mesir tidak termaktub suatu perkara yang bercanggah dengan undang-undang Malaysia, malah tidak juga termaktud dalam Akta Undang-undang Kolej Universiti (AUKU) kerana pelaksanaan AUKU hanya untuk pelajar atau mahasiswa di Malaysia dan bukannya diluar negara.


Suatu yang pelik adalah kenapa dan mengapa hanya beliau yang dikenakan tindakan namun mahasiswa lain seperti di negara lain yang turut mengadakan perhimpunan BERSIH 2.0 di negara tempat pelajaran masing-masing tidak dikenakan tindakan ? Adakah pihak kerajaan "play save" dalam mengambil tindakan sedangkan perhimpunan aman BERSIH 2.0 di luar negara mahupun di Malaysia sebenarnya tidak bercanggah dengan undang-undang negara dan perlembagaan negara!

Apa yang dilihat adalah sebenarnya tindakan membuang universiti tersebut bukanlah bersandarkan perundangan yang sedia ada namun mempunyai agenda politik di sebaliknya kerana kerisauan dan kebimbangan pihak tertentu terhadap kebangkitan mahasiswa dan peningkatan pemahaman mahasiswa terhadap 8 tuntutan BERSIH 2.0 terhadap sistem pilihanraya.

Mungkin ada yang berkata "masih belajar nak menentang kerajaan" dan "belajar pun guna duit kerajaan". Mahasiswa bukanlah menentang kerajaan tetapi menuntut pelaksanaan pilihanraya secara bersih oleh SPR Duit pembelajaran di Mesir bukanlah 100% tajaan kerajaan dan ada juga yang menggunakan dana sendiri dalam menampung kos pendidikan malah duit kerajaan adalah hak milik rakyat dan bukan milik mana-mana parti. Maka adalah suatu hujah yang dangkal seandai ada pihak yang mengatakan "belajar pun guna duit kerajaan" untuk membela Umno atau Barisan Nasional kerana duit kerajaan bukanlah milik Umno atau pun Barisan Nasional.

Difahamkan bahawa pembuangan universiti ini diberitahu oleh seorang pengawai hal ehwal pelajar tajaan JAIS, bagaimana pun berharap Kerajaan Negeri Selangor mengambil perhatian terhadap isu ini dan memastikan pengawai hal ehwal tajaan JAIS  bertindak atas kapasiti pengawai Kerajaan Negeri Selangor dan bukannya mengikut telunjuk pihak-pihak tertentu.


Seorang pelajar Malaysia dikhuatiri telah dibuang oleh pentadbiran Universiti Al-Azhar ekoran penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0 di Mesir pada 9 Julai lalu.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman berkata pelajar tahun akhir jurusan usulludin itu dikhuatiri telah dibuang universiti, dikatakan atas arahan pihak kedutaan Malaysia di negara itu.

Pelajar berkenaan, Mohd Firdaus Madzlan, 28, merupakan pelajar tahun akhir bagi pengajian peringkat sarjana di Pusat Pengajian Datul Ifta' di universiti berkenaan dan bakal menghadiri konvokesyen pada 25 Jun.

"Dia dituduh menggerakkan perhimpunan BERSIH 2.0 di Kaherah... Kita sedang siasat lagi, harapnya bukan begitulah (dibuang)," katanya.

PAS khuatir pelajar dibuang kerana anjur perhimpunan di MesirKetika ditanya, Dr Rani berkata, beliau mendapat tahu perkara itu setelah dihubungi oleh seorang pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di negara itu.

Pegawai berkenaan, Farizan Subhi merupakan pegawai hal-ehwal pelajar yang bertanggungjawab ke atas pelajar tajaan JAIS.

Difahamkan, Farizan akan mengadakan pertemuan dengan pegawai kedutaan dan universiti berkenaan, esok, bagi mendapatkan penjelasan.

"Saya minta dia (Farizan) cari surat rasmi yang kata dia (pelajar itu) dibuang. Kita akan cuba dapatkan bantuan menteri besar supaya tanya kedutaan.

"Kalau betul sah dibuang, kita akan minta penjelasan atas dasar apa dia dibuang," kata Rani ketika ditemui media di bangunan kompleks mahkamah Shah Alam hari ini.

Menjawab soalan, Dr Rani berkata, pelajar berkenaan tidak mempunyai masalah akademik dan hanya hanya perlu menghabiskan pengajian tahun akhir.

"Ini adalah tindakan pertama (dilakukan kerajaan) terhadap pelajar. Ini adalah tindakan yang zalim dan tidak berperikemanusiaan kerana pelajar tersebut akan tamat pengajiannya bulan ini dan sedang menghadapi peperiksaan terakhir," katanya lagi dalam satu kiriman SMS kepada Malaysiakini.

Dalam pada itu, seorang abang kepada Mohd Firdaus berkata, pelajar itu telah diberitahu oleh pengarah pusat pengajian tersebut bahawa Mohd Firdaus "ditamatkan pengajian serta merta."

Mohd Farhan berkata perkara itu diberitahu kepadanya oleh Mohd Firdaus melalui perbualan telefon, semalam.

"Alasan yang diberi... Kerajaan Malaysia sudah arahkan kerajaan Mesir untuk tamatkan pengajian dia sebab anjurkan perhimpunan bersih baru-baru ini.

"Kerajaan Malaysia buat arahan itu melalui kedutaan Malaysia di sana," dakwanya lagi ketika dihubungi lewat petang ini.

Beliau yang juga timbalan presiden Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir berkata persatuan pelajar itu akan berusaha untuk membuat desakan melalui kementerian pendidikan tinggi supaya menjelaskan tindakan berkenaan.

Mahasiswa yang cemerlang bukanlah mahasiswa 3K iaitu Kelas(ke pengajian),Komputer(membuat asingment) dan Katil(berehat/tidur) semata-mata tanpa mempedulikan isu semasa, tetapi mahasiswa yang cemerlang adalah menjadi Muslim dan Mukmin yang sejati iaitu ia turut mengambiltahu dan peka(BUKAN PEKAK) serta cakna terhadap isu sekeliling.

Wallahua'lam.

BERSIH : Berhimpun di Stadium Merdeka


http://media1-cdn.malaysiakini.com/377/d46b66d0f257e061013307a4a88e5a0d.gif

BERSIH 2.0 mengumumkan bahawa pihaknya akan berhimpun di Stadium Merdeka pada 9 Julai ini mulai jam 2 hingga 4 petang.

"BERSIH 2.0 bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana jua pihak bagi memastikan perhimpunan ini berjalan dengan aman dan lancar," katanya pada sidang media di ibu negara pagi ini.

Sehubungan itu, Ambiga juga menuntut pihak berkuasa menghentikan segala hambatan dan tekanan pihak berkuasa ke atas penyokong sejak minggu lalu dan berterusan sehingga hari ini.

Tidak kurang 100 orang termasuk wakil rakyat dari Pakatan ditangkap dan ditahan kerana memiliki dan memakai baju BERSIH. Malah ada juga yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat kerana dsidakwa terbabit dengan gejala subversif.

Ambiga juga mahu semua yang ditahan itu dibebaskan pada kadar serta merta.

Bekas presiden Majlis Peguam itu juga berkata pihaknya telah mempersembahkan kenyataan dan pendirian mereka dalam pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong Tuan Mizan Zainal Abidin semalam.

Kenyataan dan pendirian tersebut adalah :

BERSIH 2.0 menerima tawaran kerajaan untuk mengadakan rapat umum di stadium. BERSIH 2.0 berharap polis memberi kerjasama untuk memastikan perhimpunan berjalan lancar. Wakil BERSIH 2.0 tidak melebihi 10 orang akan menyerahkan satu memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Kerajaan mesti menunjukkan 'niat baik' (good faith) dengan membebaskan semua yang telah ditahan termasuk individu-individu yang ditahan di bawah Ordinan Darurat dan memberhentikan tekanan, gangguan serta halangan kepada penyokong BERSIH 2.0

Menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk pembaikan sistem dan proses pilihan raya.

Dalam kenyataan yang dibacanya, Ambiga turut mengulas mengenai tuntutan pihaknya berhubung penubuhan suruhanjaya diraja bagi mengkaji tuntutan BERSIH yang mendesak pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara ini.tersebut.

Katanya suruhanjaya itu ditubuhkan untuk mengkaji secara menyeluruh kelemahan-kelemahan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan mencadangkan penambahbaikan kepada sistem dan proses pilihan raya yang sedia ada.

"Suruhanjaya ini hendaklah dianggotai mereka yang berkaliber dan mewakili semua pihak yang berkepentingan," katanya.

Selain lapan tuntutan utama BERSIH, Ambiga yang juga seorang peguam mendesak agar keenam-enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) mesti dibebaskan serta-merta atau di hadapkan ke mahkamah.

"Pendakwaan terhadap mereka yang ada kaitan dengan BERSIH 2.0 (perlu) ditarik balik atau digugurkan," katanya.


Aku dan BERSIH

Bismillahirrahmaanirrahiim.


Perhimpunan BERSIH
9 Julai 2011
Di Kuala Lumpur
Sogo , Bagunan DBKL , Masjid Kampung Baru


Tuntutan Bersih 2.0:
  • Pendaftaran automatik
  • Reformasi undi pos
  • Penggunaan dakwat kekal
  • Akses kepada media
  • Masa berkempen minima
  • Pengukuhan perbadanan awam
  • Hentikan rasuah


Pandangan Ku

Saya menyokong 8 tuntutan BERSIH iaitu Pendaftaran automatik , Reformasi undi pos , Penggunaan dakwat kekal , Akses kepada media , Masa berkempen minima , Pengukuhan perbadanan awam , Hentikan rasuah.

Sebagai rakyat Malaysia yang di mana Malaysia adalah sebuah Negara Demokrasi adalah wajar tuntutan-tuntutan  tersebut dilaksanakan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Kerana :

1. Bersihnya sistem pilihanraya akan membawa keuntungan kepada rakyat di mana rakyat berhak memilih mana-mana pemimpin dan parti secara adil dan pilihanraya tersebut akan berlaku secara adil.

2. Rakyat bukan saja layak mengundi mengikut kehendak rakyat malah rakyat berhak mendapat informasi secara bebas,adil dan bertanggungjawab untuk memastikan pilihan yang dibuat adalah tepat!

3. Perkara ini bukanlah menguntungkan pihak Pakatan Rakyat (PR) atau Barisan Nasional (BN) malah ia menguntungkan rakyat sebab ia mampu mematangkan lagi pemikiran dan informasi setiap lapisan rakyat.

4. Malah setiap parti politik akan bertanding secara adil dan bertanggungjawab disamping itu ia mematangkan lagi setiap parti.

5. Mengelakkan gejala rasuah kerana gejala rasuah menyebabkan individu yang dipilih oleh rakyat/masyarakat akan melompat parti sedangkan individu yang berjaya di dalam pilihanraya adalah dipilih kerana parti yang diwakilinya.

6. Dakwat kekal merupakan suatu cara yang baik untuk mengelakkan wujudnya "Pengundi Hantu" di mana "hantu-hantu" tersebut kemungkinan akan mengundi menggunakan kad pengenalan individu lain atau "hantu-hantu" tersebut akan menjadi "hantu" di kawasan pilihanraya yang lain.

7. Pengukuhan badan awam amatlah penting untuk mengelakkan wujudnya penjualan atau pemberian warganegara secara tidak mengikut piawai yang telah ditetapkan kerana ia akan menggugat keharmonian dan keselamatan sesebuah negara.

8. Menambah masa kempen minima adalah suatu yang perlu kerana ia memberi peluang kepada rakyat untuk menimbang dan mengkaji manifesto setiap pihak untuk membuat keputusan yang tepat.

9. Undi pos perlulah direformasikan ia untuk bertujuan memastikan keadilan,ketelusan dan bertanggungjawabpan sistem undian kerana untuk mengelakkan ia dimanipulasikan oleh sebilangan pihak yang membawa kesan ketidakadilan didalam sistem pilihanraya.

Saya menyokong tuntutan BERSIH adalah kerana pentingnya keadilan,ketelusan dan bertanggungjawabpan sesebuah pilihanraya untuk memastikan pihak yang dipilih adalah benar-benar layak dan bertangungjawab dalam memimpin dan melaksanakan dasar negara Malaysia untuk memastikan hak setiap rakyat terjaga dengan seadil-adilnya , malah Islam amat menitik beratkan bahawa setiap pemimpin yang dipilih adalah pihak yang benar-benar layak ia bersandarkan firman Allah di Surah An Nisaa' ayat 58 iaitu

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الأمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا (٥٨)

58. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum Dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

Bagaimanapun saya amat berharap setiap aktivis BERSIH menjaga akhlak dan perilaku serta menjauhkan diri dari melakukan provokasi. Saya juga berharap setiap aktivis BERSIH tidak melayan provokasi lebih-lebih dari provokasi dari pihak Anti-BERSIH untuk mengelakkan tercetusnya provokasi yang lain kerana kita perlu sedar dan faham bahawa provokasi yang mereka cetuskan adalah untuk merosakkan tujuan dan matlamat BERSIH serta untuk menimbulkan prasangka buruk rakyat terhadap BERSIH.

Wallahua'lam.

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengecam karikatur Utusan Malaysia.

Bismillahirrahmaanirrahiim.


Laporan media

KUALA LUMPUR 15 JUN : Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengecam karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini sambil menyifatkan ia menghina agama Islam.

Yang Dipertuanya Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir berkata, penyiaran karikatur itu yang menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada pihak dalam dua situasi berbeza secara jelas menghina golongan ulama dan Islam.

Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol.

Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, namun ditolak kerana menurut karikatur itu mangsa memerlukan empat orang saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video.

Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai yang menguruskan kes itu berkata rakaman video boleh dijadikan bukti.

Dialognya berbunyi “Bagus... Alat itu pun boleh jadi bukti!”

Jelas Sheikh Abdul Halim, tindakan Utusan Malaysia melepaskan karikatur itu adalah tidak wajar dan boleh menyebabkan perpecahan antara umat Islam.

“PUM memandang serius penyiaran kartun dalam Utusan Malaysia disiarkan pada yang secara jelas menghina ulama dan Islam ... perkara ini tidak harus dibiarkan.

“Kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.

“Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru beliau mahu Majlis Fatwa Kebangsaan memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan susulan ekoran keberanian pelukis dan Utusan Malaysia menyiarkan karikatur begitu.

“PUM meminta supaya para mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama.

“Sehubungan itu PUM meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara ini,” katanya.

Selain itu, tegas Sheikh Abdul Halim, pihaknya juga mahu pelukis dan Utusan Malaysia didakwa kerana menghina Islam.

“Sepatutnya perkara sebegini sepatutnya mereka perlu mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan.

“Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini di dakwa atas penghinaan ke atas Islam,” katanya yang turut menyarankan agar kerajaan mengadakan lebih banyak program untuk menyelesaikan isu berkaitan agama Islam.

Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Mohd Nor pula berkata sepatutnya pelukis karikatur itu perlu tahu bahawa tindakannya akan mengundang rasa marah umat Islam yang lain.

“Kartun ini hina Islam sebab dalam kes zina memang rakaman video tidak boleh dijadikan bukti tapi dalam kes rogol ia boleh dipertimbangkan dengan rakaman video itu disahkan dulu.

“Kes rogol bukan perbuatan zina, saya rasa pelukis ini silap dan tidak faham,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan juga mengecam sekeras-kerasnya Utusan Malaysia.

“Lakaran kartun tersebut jelas sekali memperlekehkan aspek sistem keadilan di dalam Islam dengan memaparkan seorang wanita yang mendakwa dirogol dan diminta mendatangkan empat orang saksi serta ditolak bukti melalui rakaman videonya,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari dalam satu kenyataan.

Kata beliau, jelas sekali mesej yang ingin disampaikan oleh rakaman tersebut ialah betapa zalim dan primitifnya Islam yang menggariskan syarat empat orang saksi lelaki yang adil dalam penghakiman kes zina serta liwat dan rogol.

“Perlu diingatkan bahawa, penentuan ini bukan dibuat oleh mana-mana pemimpin pembangkang khususnya PAS seperti yang mungkin ingin disampaikan melalui kartun tersebut, tetapi ia dibuat melalui firman Allah SWT,” katanya.

Tambah beliau, akhbar seperti Utusan Malaysia yang mendakwa membela Islam pula yang menjatuhkan maruah Islam dan memperlekehkan aspek penghakiman dalam kes zina dan rogol dengan menyiarkan lakaran kartun seperti ini.

Justeru, kata beliau, pihaknya menuntut supaya Utusan Malaysia menarik balik lakaran kartun ini dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia di atas kebiadapan menghina Islam dan sistem perundangannya.

“Utusan Malaysia juga sewajarnya layak diisytiharkan sebagai akhbar biadap yang paling bangsat di Malaysia di atas penyiaran lakaran kartun ini,” katanya.

 Pandangan saya di sini

Wallahua'lam.

Utusan Malaysia menghina perundangan Islam

Bismillahirrahmaanirrahiim.


Saya cuba untuk bersangka baik dengan lukisan gambar tersebut , namun tiada ruang untuk bersangka baik kerana ianya jelas lukisan tersebut membawa meseg yang menghina institusi perundangan Islam. Meseg di dalam lukisan tersebut juga jelas cuba menunjukkan seolah-olah perundangan Islam yang berlandaskan al-Quran , as Sunnah , Qias dan Ijma' Ulama menzalimi mangsa jenayah rogol.

Menuduh seseorang melakukan zina dan menuduh seseorang merogol dirinya adalah perkara yang berbeza. Dari segi tajuk "Kekeliruan Kes Rogol" sepatutnya ia menyampaikan kedah yang sebenar dan bukannya ia cuba mengelirukan masyarakat dengan lukisan tersebut. Menuduh seseorang berzina adalah perbuatan yang mempertaruhkan maruah orang dituduh , maka dengan itu Islam menetapkan syarat-syarat dalam menuduh zina kerana ianya bukan saja demi menjaga hak yang dituduh dan menuduh tetapi menjaga kemaslahan umum iaitu kesan seandai ianya suatu fitnah. Menuduh seseorang merogol dirinya pula adalah perbuatan menaruhkan maruah dirinya maka Islam juga telah menetapkan syarat-syarat untuk memastikan tiada unsur fitnah dan maruah mangsa terbela. Islam bukan saja memperuntukan hukum untuk mengadili dan menghukum sesuatu pihak tetapi turut menjaga kemaslahan umum.

Seandai pelukis tersebut melukis kerana kejahilannya dan tidak memahami Islam maka pelukis tersebut telah melakukan dosa besar. Seandai pelukis tersebut melukis untuk memperolok-olokkan hukum Islam dan menentang hukum Islam maka ia akan merosakkan akidah pelukis tersebut.

Saya berharap pelukis tersebut memohon maaf secara terbuka dan bertaubat kerana perbuatan tersebut bukan saja boleh menggugat akidah pelukis tersebut tetapi turut akan mengugat akidah pihak yang menyebarkan meseg lukisan tersebut.

~Pelihara Amal , Pelihara Akidah~

Wallahua'lam.

Gerhana Bulan : 2.22 Pagi (Waktu Malaysia)


Bismillahirrahmaanirrahiim



إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَاخْتِلافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لأولِي الألْبَابِ (١٩٠)

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;

(Surah Ali Imran : 190)


Daripada Abi Barkah katanya :
"Rasulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya matahari dan bulan adalah tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada padangan“.
(HR. Bukhari)

Daripada Al-Mughirah bin Syu'bah r.a katanya :
"Matahari telah gerhana pada masa Rasulullah s.a.w di hari kematian Ibrahim iaitu anak lelaki baginda. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkannya. Oleh itu apabila kamu melihatnya berdoalah kepada Allah dan dirikanlah sembahyang sehinggalah gerhana itu hilang."
(Sahih Muslim : No.1522)

Daripada Abdullah bin Umar r.a :
"Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkan seseorang tetapi kedua-duanya adalah termasuk ayat-ayat (tanda-tanda) dari Allah. Oleh itu apabila kamu semua melihatnya maka dirikanlah sembahyang."
(Sahih Muslim : No.1521)

Daripada Abu Mas'ud Al-Ansariy r.a katanya :
"Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya (ketika berlaku
gerhana) digunakan oleh Allah untuk menakutkan (memberi amaran) kepada para hambaNya dan keduanya tidaklah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang di antara manusia. Oleh itu apabila kamu melihatnya maka dirikanlah sembahyang dan berdoalah kepada Allah sehinggalah Allah meneranginya semula kepada kamu."
(Sahih Muslim : No.1516)

Daripada Abu Musa r.a katanya :
"Telah berlaku gerhana matahari pada zaman Rasulullah s.a.w. Baginda bangkit dengan terkejut, bimbang kalau-kalau hari itu adalah Hari Kiamat. Kemudian beliau datang ke masjid lalu mendirikan sembahyang. Baginda berdiri, rukuk dan sujud dalam tempoh yang lama. Aku tidak pernah melihat sama sekali baginda bersembahyang begitu. Kemudian baginda bersabda: Sesungguhnya inilah ayat-ayat (tanda-tanda) yang diutuskan oleh Allah dan berlakunya bukanlah kerana kematian seseorang atau juga dihidupkan seseorang tetapi Allah mengutusnya untuk menakutkan (memberi amaran) kepada hamba-hambaNya. Oleh itu apabila kamu melihatnya maka bersegeralah mengingati-Nya, berdoa kepadaNya dan memohon keampunan dariNya."
(Sahih Muslim : No.1518)


Gerhana Bulan kali ini akan berlaku pada 5.24 petang (Waktu Antarabangsa) 15 Jun 2011 bersamaan 2.22 pagi (Waktu Malaysia) 16 Jun 2011.

P1 : Bulan mula memasuki kawasan bayang penumbra bumi pada jam 1.22 pagi.

U1 : Ketika ini bulan berada di dalam kawasan bayang penumbra bumi dan mula menyentuh bayang umbra pada jam 2.22 pagi.

U2 - U3 : Fasa Gerhana Penuh secara rasminya akan bermula pada jam 3.22 pagi hingga 5.02 pagi.
Kemuncak gerhana ialah pada jam 4.12 pagi.

U4 : Bulan mula bergerak keluar dari kawasan bayang umbra bumi pada jam 5.02 pagi.

P4 : Pada peringkat ini, bulan mula bergerak keluar dari kawasan penumbra bumi pada jam 6.02 pagi.

Fenomena ini berakhir sepenuhnya pada jam 7.02 pagi.

Wallahua'lam.

5 NGO Islam menyerahkan memorandum berkaitan blog yang menghina Islam kepada JAKIM (Video)

Bismillahirrahmaanirrahiim,

 5 NGO Islam menyerahkan memorandum terhadap blog yang menghina Islam kepada JAKIM. NGO tersebut adalah Kumpulan Pendakwah Muda Muallaf Malaysia (KPMM) , Ikatan Siswa Malaysia (ISMA) , Kesatuan Belia Islam Nasional (KBIS) , Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Markas Siswa Siswi Islam Sabah (MARSIS).


Wallahua'lam.

Tabung Bencana untuk membantu mangsa Tanah Runtuh di Bt 14 Hulu Langat

Bismillahirrahmaanirrahiim,

Dewan Pemuda PAS Malaysia melancarkan tabung bencana untuk membantu mangsa Tanah Runtuh di Bt 14 Hulu Langat.

Tabung Kemanusiaan Pemuda :
Jenis Akaun : MayBank
No Akaun : 564025400100

Untuk sebarang pertanyaan di sini

Selaku umat Islam , kita dituntut memberilkan pertolongan kepada orang yang susah dengan bersedekah mengikut kemampuan kita sebagai tanda kita bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah. Malah saling membantu sesama muslim dengan menginfak harta adalah besar ganjarannya,

Wallahua'lam.

TABUNG MZMFC khusus buat mangsa kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa , Hulu Langat.

Bismillahirrahmaanirrahiim,


Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC) kini melancarkan TABUNG MZMFC khusus buat mangsa kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Hulu Langat.

Derma boleh disalurkan dalam bentuk wang ringgit melalui :

Bank : RHB (2621 2000 0047 47)
Atas nama : MUSLIM CARE

Tempoh kutipan derma : 21 Mei 2011 - 31 Mei 2011
*jika ada permintaan untuk dilanjutkan lagi tempohnya, akan dimaklumkan kemudian.

Bagi memudahkan urusan merekod, pihak MZMFC berbesar hati untuk meminta kepada para penderma untuk memberikan maklumat yang berikut sesudah bank in :

a) Nama penderma
b) Jumlah bank in (derma)
c) No telefon
d) Tarikh bank in
e) Masa bank in

Maklumat di atas perlulah di emailkan ke :

tabungmzmfc@gmail.com

Untuk sebarang pertanyaan sila ke MZMFC

Wallahua'lam.

Perhimpunan Aman Membantah LYNAS di Kedutaan Australia

Bismillahirrahmaanirrahiim.


Perhimpunan Aman Membantah LYNAS di Kedutaan Australia

Tarikh : 20hb Mei
Masa : 2.00 ptg - 5.00 ptg
Lokasi : Kuala Lumpur City Centre (KLCC)
Dianjurkan Oleh Jonathan Wong

Maklumat lebih lanjut .

SPECIAL ANNOUNCEMENT:

We are organizing a HUGE Stop Lynas Solidarity Walk on the 20th of May 2011 (Friday, 2pm) from KLCC to the Australian Embassy.

This is a peaceful walk that will end with the handing of a people's memorandum to the Australian Ambassador to Malaysia.
...
We come together united as citizens of Malaysia, regardless of race, religion and social standing, to protest against the Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) -The world's largest rare earth plant in Gebeng, Kuantan. This project endangers the lives of the Rakyat and it violates our rights as Malaysian citizens to determine the destiny of our country. I urge everyone who wants to see a better future for our children and our country join us in this 'once in a lifetime' event!

Bus trips will be arranged on the 20th of May to KL and returning that very same day. For more information about the Solidarity Walk & bus arrangements,

PLEASE CONTACT:

(For Malay speaking participants):
En. Mahmud 012-9571497

(For Chinese speaking participants):
Mr. Loo Foo San 016-9862308

(For English speaking participants):
Mr. Clement Chin 012-9883210

WE HOPE TO SEE EVERYONE THERE ON FRIDAY! TOGETHER WE WILL MAKE A DIFFERENCE!

REGARDS,

The Committee
(KUANTAN ENVIRONMENTAL WATCH GROUP / JAWATANKUASA BERTINDAK ALAM SEKITAR KUANTAN / 关丹环境监督小组)

For more info about the Stop Lynas! Movement, visit the Facebook group: PAHANG DON'T NEED "HAZARDOUS" PROJECT

Wallahua'lam.

Wujudkah Sumpah Lakhnat Dalam Hal Tuduhan Zina?

Bismillahirrahmaanirrahiim,


Baru-baru ini Malaysia telah digemparkan suatu tuduhan zina yang dilakukan oleh "Dato' T" terhadap Dato' Anwar Ibrahim dan sumpah lakhnat yang dilakukan oleh Dato Syazryl Eskay sebagai mewakili "Dato' T" dalam menuduh Dato' Anwar Ibrahim adalah pelaku zina di dalam video seks yang telah disebarkan oleh TV3 dan blogger pro Umno.


Untuk pemahaman pembaca, di dalam kaedah Islam bahawa seseorang itu masih tidak dikira bersalah selagi belum dibuktikan bersalah,ia adalah bersandarkan hadith :

لو يعطى الناس بدعواهم؛ لادعى رجال أموال قوم ودماءهم، ولكن البينة على المدعي، واليمين على من أنكر

Ertinya : Kalaulah diberikan (kebebasan) kepada manusia untuk mendakwa; nescaya akan akan individu yang mendakwa milikya harta satu kaum yang lain dan darah mereka, oleh itu (dalam Islam), Pembuktian menjadi tanggungjawab pertama ke atas pendakwa, dan (apabila telah sabit bukti), sumpah menolak adalah bagi mereka yang mengingkari (bukti tadi). ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Baiklah berbalik kepada isu yang bersandarkan pada tajuk utama iaitu "Wujudkah Sumpah Lakhnat Dalam Hal Tuduhan Zina?". Untuk menyentuh isu ini saya berharap pembaca berlapang dada dan segala hujah perlulah bersandarkan al Quran dan Hadith untuk memastikan pelaksanaan selari mengikut kehendak Islam.


Wujudkah Sumpah Lakhnat Dalam Hal Tuduhan Zina?


Untuk proses penuduhan dan pendakwaan si penuduh kepada situduh , ke 2 belah pihak perlu menjalani proses penuduhan dan pendakwaan bagi memastikan proses dijalankan secara adil.Malah si penuduh perlu mengemukakan bukti si dituduh melakukan zina dan bukti tersebut wajiblah mengikut kaedah yang ditentukan Islam.Maka tidak wujud sumpah lakhnat di dalam hal tuduhan zina selagi belum selesai proses penuduhan dan pendakwaan.


Sumpah lakhnat tuduhan zina seperti Li'an hanya wujud untuk pasangan suami isteri seperti si suami menuduh isterinya berzina atau si isteri menuduh si suaminya berzina , ia adalah bersandarkan firman Allah melalui Surah An- Nur Ayat 6 sehingga 7 :

“Dan orang-orang yang menuduh isterinya (berzina), padahal mereka tidak ada mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka persaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar. Dan (sumpah) yang kelima: bahwa laknat Allah atasnya, jika dia termasuk orang-orang yang berdusta.” (Surah An-Nur : Ayat 6-7)

Sumpah lakhnat untuk tuduhan zina perlu dilakukan ke 2 belah pihak dengan syarat ia dilakukan dimahkamah dan dilakukan selepas disuruh oleh pihak hakim selepas pihak hakim meneliti kesahihan bukti dari pihak penuduh dan pihak dituduh. 


Perbuatan sumpah lakhnat dalam menuduh zina tanpa membawa bukti yang mengikut kaedah perundangan Islam dan tanpa dibawa pertuduhan dan pendakwaan di mahkahamah Islam sebenarnya adalah perbuatan melarikan diri dari pertuduhan dibawa ke mahkamah Islam kerana tuduhan zina tanpa membawa bukti mengikut kaedah perundangan Islam akan menyebabkan si penuduh dibicarakan mengikuk hukuman Qazaf.


Sumpah lakhnat tanpa disuruh oleh pihak hakim di mahkamah dan tanpa proses penuduhan dan pendakwaan terlebih dulu adalah sesuatu yang tidak wajar dan akan mengelirukan masyarakat kerana  ia akan membawa imej seolah-olah si penuduh adalah pihak yang benar dan si dituduh pihak yang bersalah.Islam amat menitik beratkan soal maruah dan setiap proses tuduhan zina perlulah mengikut kaedah Islam di mahkamah dan bukannya semata-mata sumpah lakhnat dalam menuduh zina tanpa membawa bukti yang mengikut kaedah perundangan Islam.


Maka , dengan ini setiap penuduhan zina wajiblah mengikut kaedah yang telah ditetapkan Islam dengan membawa kes tersebut ke mahkamah Islam untuk ia diadili dengan seadil-adilnya dan untuk mengelakkan provokasi dari masyarakat yang tidak memahami kaedah perundangan Islam.


Wallahua'lam.

Tuduhan Zina Eskay Terhadap Anwar Ibrahim dan Sumpah Mubahalah

Bismillahirrahmaanirrahiim,

Catatan kali ini sekadar tayangan video.
Mesti bila terbaca saja tajuk ini mesti pembaca terfikir "Tayangan video seks ke?".
Tayangan video yang di sertakan bukanlah tayangan video seks tetapi tayangan video berkaitan tuduhan zina Eskay terhadap Dato Anwar Ibrahim dan sumpah mubahalah yang dilakukan oleh Eskay.

Harap pembaca melihat dengan lapang dada dan jangan melakukan tuduhan zina selagi mana tiada pembuktian melalui ketetapan Islam kerana ditakuti akan menjadi fasik.
Video rakaman sumpah yang dilakukan oleh Dato' Syazryl Askay.
Pandangan Fatrul Bahri berkaitan tuduhan zina terhadap Dato Anwar Ibrahim dan penayangan video seks.


Pandangan Dato' Dr. Harun Din berkaitan tuduhan zina terhadap Dato Anwar Ibrahim dan penayangan video seks.

Wallahua'lam.

Smartphone : Risiko "privasi" pengguna terdedah.


Bismillahirrahmaanirrahiim,


Perkara ini pernah saya terbaca di beberapa laman web,ia berkaitan risiko rahsia pengguna Smartphone terdedah. Namun pendedahan kali ini adalah berbentuk video,video ini saya jumpa apabila Ustaz Zaharuddin kongsikan video tersebut di page Zaharuddin.net


Untuk sumber rujukan bertulis pembaca boleh ziarah ke dua catatan di bawah.

Have an iPhone/iPad3G? Apple's been recording your location

 Google capturing same location data as Apple's iOS devices

 Wallahua'lam.

Ringankan Beban Adik Muhamad Hairuman Bin Miskan

Bismillahirrahmaanirrahiim,

Ringankan beban adik Muhamad Hairuman Bin Miskan.
Masalah yang menimpa adik ini pernah saya lihat di beberapa media seperti di televisyen.
Sebagai warga prihatin kita wajar turut membantu pihak yang memerlukan dan bantuan semampunya perlu diberikan.Seandai setiap blogger menyebarkan perkara ini dan menghulurkan bantuan sekurangnya RM1,seandai 1000 orang menghulurkan sekurang-kurangnya RM1 maka RM1000 telah berjaya dihulurkan kepada adik tersebut.




Wallahua'lam.

Wacana SiswaRakyat : Tolak Politik Jijik (Video)

Bismillahirrahmaanirrahiim,
Sekadar perkongsian video Wacana SiswaRakyat : Tolak Politik Jijik 

Panel Pertama  : Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Pensyarah USM , Bekas Mufti Perlis)
Panel Ke Dua  : Prof Madya Dr Asyraf Wajdi Dusuki (Naib President PERKASA)
Panel Ke Tiga  : Dr Zuhdi Marzuki (Pengarah Institut Kajian Polisi DPPP)

Moderator : Ahmad Syazwan (Mahasiswa,Mantan YDP PMIUM,President GAMIS)



Wacana SiswaRakyat : Tolak Politik Jijik (Video Siri 1)

Wacana SiswaRakyat : Tolak Politik Jijik (Video Siri 2)

Wacana SiswaRakyat : Tolak Politik Jijik (Video Siri 3)

Wacana SiswaRakyat : Tolak Politik Jijik (Video Siri 4)

Wacana SiswaRakyat : Tolak Politik Jijik (Video Siri 5)

Wacana SiswaRakyat : Tolak Politik Jijik (Video Siri 6)


~Renung-renungkan dan selamat beramal~

Wallahua'lam.

Antara di sebalik kematian adik Saiful Syazani

Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara. Pembawaan carita oleh media telah mengejutkan semua pihak termasuk saya yang menjadi mangsa kepada penceritaan media berkenaan isu tersebut. Peristiwa berlaku apabila seorang guru agama sebuah sekolah dikatakan telah mendera seorang pelajar berusia 7 tahun hingga menyebabkan kematian pelajar tersebut.

Boleh kita baca bagaimana ‘jahat’nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti,

“Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung” – harian metro- (boleh baca lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa )

“Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman” – JPM Malaysia -

Setelah kita mengikuti kes tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut.

Namun disana, saya masih curiga akan kisah yang berlaku. Dengan izin dan kesempatan yang diberikan Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry ) melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah.

CERITA SEBENAR

Setibanya kami di sekolah berkenaan, ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru agama yang dituduh ‘membunuh’)menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah. Kami terus dibawa kerumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km dari sekolah berkenaan. Sepanjang perjalanan, ustaz waqar telah mencerikan kisah sebanar kejadian.

NONE“ adik saiful(arwah) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis(gambar hadiah yang dimenangi). Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal diasrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7. Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang.  Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan. Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan. Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil. Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang. Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.

Pada malam kejadian itu juga ustaz h telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz h pergi kehospotal, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat”.

Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8pagi hari ahad.”

Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz h. Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai kerumah Abang Zamri(ayah angkat adik saiful). Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful. “ dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia” cerita abang zamri.

Setelah setengah jam berbual dengan abang zamri, kami pun memohon izin untuk pulang. GAMIS sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada abang zamri atas musibah yang menimpa. Kami doakan agar abang zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuh ujian yang mendatang. ( gambar Abang Zamri, senyum tanda terima kasih )

Semasa perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi. Beliau turut mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian kerana sekolah berkenaan adalah dibawah parti PAS. Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang timbul. Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah melihat laporanforensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak. Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media. Lihat laporan ini, meniggal akibat kekurangan oksigen.

Kami juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful dikurung oleh warden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur ustaz berkenaan. Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya. (gambar sekolah Al-furqan, tempat kejadian )

Apa yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah ‘menghukum mati’ peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sanga berat sebelah. Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup.

GAMIS bukan membela tindakan ustaz bekenaan, namun apa yang kami harapkan ialah keadilan mesti diberikan kepada mereka yang terlibat. Media jangan cepat mnghukum hingga masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang sangat negatif kepada sekolah agama rakyat. GAMIS juga mendesak agar jangan libatkan politik yang melampau dalam kes ini hinggalah mahkamah yang menentukan siapa yang bersalah dalam kes berkenaan. Kita doakan agar keadialan diberikan kepada mereka yang berhak, dan pembalasan yang sepatutunya kepada yang zalim.

http://kasturi89.files.wordpress.com/2011/04/09042011189.jpg
rombongan GAMIS kerumah arwah adik saiful, bergambar bersama abang zamri

Sumber : Kasturi89

Penulis : Ahmad Syazwan
Blog : Kasturi89


Design by FARISZ@AZ.Com