Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Wednesday, November 23, 2011

Jogging

Salam.
Lepas solat subuh tadi macam biasa, keluar jogging sekitar Bandar Kinrara.
Jam 7 pagi, kami keluar berdua je.
Satu jam lebih.
Warming up dulu untuk melegakan urat saraf.
Jika tak buat warming up, habis sakit seluruh badan.
Tapi dah buat hari, rasa sihat.
Ya lah, kena kekal cergas.
Apa lagi kerja tak menentu macam kami.
Kadang2 tidur lewat, makan lak semua bedal.
Berat badan pun boleh tahan, so kenalah jaga dgn excercise selalu.
Sekejap pun ok, asalkan konsisten.

Jika konsisten, badan tak cepat letih.
Tulang pun kuat.
Badanpun cergas.
Kena excercise selalu, hari2 lagi bagus.
Jika tak sempat tiga atau empat kali seminggu mesti keluar jogging.
Ya lah, umur akupun dah pertengahan 40an, kesihatan kena jaga, pemakanan kena teliti.
Jangan main sental je semua.
Air kena minum banyak, terutama air bio aura.
Air manis kena kurangkan.
Lemak dan manis sebaiknya dikurangkan dosnya.

Jogging ni jika buat pagi2 lagi selesa, udara masih segar, jalan pun tak sibuk.
Sekolah lak cuti, tak adalah sibuk menguruskan anak sekolah macam biasa.
Appoiment pun tengah hari baru ada.
Hari ni ada  dua je appoiment, satu jam 5 petang satu lagi pada sebelah malam.
Sepatutnya ada satu appoiment jam 11 pagi tapi tangguh ke esok.
Kebetulan lak mak mertua nak datang
tengah hari ni dgn adik ipar.
Elok sangatlah.

Inilah seronoknya bekerja sendiri.
Masa kita atur sendiri.
Kerja kerja jugak.
Masa di tangan kita.
Pagi2 masih di rumah, kadang2 ada appoiment kami keluar.
Jika tak ada, kami buat urusan lain.
Pergi bank, bayar bil, call dwline atau rakan kongsi, baca emeil, lihat blog, buat entry baru,
Bila ada appoiment, baru keluar. Jika free atau dah habis appintment, boleh balik dulu.
Makan, rehat, tengok anak atau urus apa yg patut.
Kemudian keluar lagi bila ada temujanji.
Ada waktu sampai malam, ada waktunya sebelum maghrib kami dah sampai rumah.
Jika sempat kami ke masjid untuk berjemaah maghrib dan Isyak.
Jika tidak, berjemaah di rumah dgn anak2.
Habis jogging, aku mesti minum lacto-lite dan garam buluh.
Aku campur dgn fresh orenge jus.
Sedapnya...lepas tu baru sarapan.
Pagi ni kami makan nasi impit kuah kacang.
Lepas tu makan lak suplement2 lain seperti calsium magnesium, daily, maharani, garlic, bio C,
gorgeos, protein dan lain2.
Untuk penjagaan kesihatan secara menyeluruh.
Makan suplement macam makan nasi bagi aku.
Tak boleh tinggal mesti makan.
Rasa tak lengkap hidup jika tak makan.

Garam buluh...en suami lebih suka minum macam tu je...original rasa.
Minum cam tu je, lebih sedap katanya berbanding dicampur dgn jus orenge.
Tak boleh tak minum, sehari dua sachet.
Badan rasa lebih ringan dan bertenaga, perut rasa lebih selesa, angin pun kurang,
jika memandu jauh pun tak terasa penatnya.

Aku syorkan, makanlah garam buluh dan lacto-lite.
Jogging tu, buatlah jika sempat.
Tiga kali seminggu pun OK, jika pun bukan setiap hari.
Untuk kesihatan yg lebih baik.


Saturday, September 3, 2011

Naik Ke?

waa...naik ke turun?
Berapa kilo naik
berapa kilo turun?

Berat badan...
Wanita selalunya yg lebih sensitif.
Lelaki tak berapa kisah...termasuk en suami.
Naik ke turun ke, biar je lah.
Tapi aku sensitif gak.
Pantang naik, turunnya memang dinanti.

Payah sekali.
Ramadan selalunya turun.
Berapa turun?
2 kg?
3 kg?
4 kg?
6 kg?
atau tak turun2?
Capai matlamat?
Maalum, tak makan tengah hari.
bersahur pun tak berapa lalu.
Berbuka pun ala kadar je.
selalunya turun lah.
Haaa?
Naik ke?
Hari tu turun 3 kg?
Itu hari tu?
Masa bulan puasa?

Lepas habis puasa, nak pula sebulan beraya...
makan sedap segala,
lemang ketupat rendang pulut nasi himpit, lontong satang nasi segala minyak roti jala...
makan tak ingat dunia, semua disental..
mana tak naiknya?
Bulan puasa turun 3kg, bulan syawal naik 4 kg...
dok gitu?

Ada yg selalu nak kurus, nak diet, nak pantang
tapi semua makanan berselera je tekaknya.
ramai lak yg tolong tengokkan naik atau turun.
Dah berumur ni kenalah jaga badan.
jgn dok biar je berat badan naik mendadak, perut pun naik mengembang,
banyak penyakit singgah menumpang.
kata org mencegah lebih baik dr merawat.

kolesterol banyak, lemak banyak, badan sakit.
Mcm2 datang...kencing manis, darah tinggi, jantung, stroke, gaut, kanser,
dan mcm2 lagi.


Yg muda2 pun kena jaga jugak.
Tengok berat badan naik ke turun.
lebih baik beli alat menimbang ni.
hari2 boleh naik.
hari2 boleh tengok.
hari2 boleh tahu sama ada naik atau turun?

Ygni kurus sangat lak..tak cukup berat badan.
kena naik sikit, tapi yg herannya makan banyakpu tak naik2.
Aisyah hanya 19 kg je....biar betul. Sebelah kaki aku je berat badannya tuh.

kalau kurus sangat pun tak bagus gak.
Berisi sikit nampak cun...
Anda macam mana?

Thursday, August 4, 2011

Ini Cara Aku



Salam
Semoga sihat semuanya.
Kekalkan semangat Ramadan kita.
teruskan berterawih secara berjemaah. Tak kisahlah di masjid, di surau atau di rumah.
Banyakkan bersedekah, membaca Al Quran, bertasbih, bertahmid dan berselawat atas nabi.
Kurangkan marah dan banyakkan sabar.
kan ke puasa tu mendidik diri dan hati kita.
Moga kita terus dapat memanfaatkan anugerah Allah ini.
Amin.

Entry ni aku nak share tentang cara pemakanan tambahan yg aku dah amalkan sejak 15 tahun lalu.
Bukan rahsia pun, tetapi aku sangat percaya pemakanan yg baik dan terjaga
mampu memberikan kesihatan yg baik untuk hayat kita.
Aku pilih yg terbaik.


Garam buloh, celgynic, kacima, spirulina dan kalsium aku amalkan sejak aku tau
kehebatan produk2 ini
9 tahun lalu.
Aku amalkan setiap hari.
Semuanya bagus dik.
Satu lagi garlic. Buang angin dlm badan.
Jadi badan tak berhangin lagi le...sejuk je.
Semua ni aku tak pernah tinggalkan.
Puasa atau tak puasa mesti makan.
Mak ooiii...tak matilah kak Faridah punyalah banyak makan supplement.
Ini tak banyak dik...ada lagai yg aku mula ambik sejak 15 tahun lalu sampai sekarang.


Lacto-lite...dulu aku tak makan sbb tak tau kebaikannya.
tetapi dah jadi pemakanan tetap aku sejak 9 bulan lalu.
Setiap malam satu sachet mesti minum, sebaik2nya kena minum 4 gelas air selepas mengambilnya.
Janganlah sekali gus minum 4 hgelas tu.
Alhamdulillah, sangat baik untuk penjagaan usus yg sihat.
bangun pagi, rezeki ke toilet dgn mudah dgn sangat selesa.
Itu pun suatu nikmat dari Allah.

Bila dah tahu kebaikannya, aku tak pernah tak makan lacto-lite.
mesti makan. Nak berpergian pun, aku mesti bawa.
Jika belum biasa, mungkin sedikit terganggu dgn rasa kerap nak ke toilet tetapi itu
hanya sementara.
Lepas tu ok...cun.perut sedap.
Aku ambil juga garam buluh yg sachet.
satu sahcet setiap pagi dan malam. Minum dgn jus.
rasanya tak sedap tapi khasiatnya sangatlah banyak. tak terhitung.
Dulu aku liat nak makan garam buloh ni tetapi bila dah tahu khasiatnya, aku tak tinggalkan lagi.
ini produk yg bagus utk semua sama ada org yg sihat atau yg sudah macam2 sakit.
Sakit apa?
kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, stroke, gaut, lemah2 badan, sakit urat, sakit hati pun bagus.
Sebaiknya makanlah jadikan amalan sebelum kita sakit.

Untuk buat skrab muka dan badan pun bagus. halus kulit muka dan badan.
jika wanita dlm pantang, rendamkan dalam air yg dibancuhkan dgn garam buluh, sgt baik utk luka bahagian bersalin.
Cubalah amalkan...mesti hebat.

herba maharani, tak pernah aku tinggalkan sejak 9 tahun lalu.
bagus untuk seribu satu masalah wanita dan kewanitaan.
Awet muda, cantik halus mulus kulitnya, lambat beruban,
hilang lenguh2 badan dan seribu kebaikan lagi.
apa yg aku boleh kongsikan, makan baru tahu tak makan nak tahu.
herba ni dah popular sejak zaman pemerintahan Maharaja Ming di Cina lagi. Dah berkurun dah.
bagus utk anak dara atau yg dah berkahwin.
yang pasti air wajib minum sebanyak2nya.

Double X...supplement wajib keluaran Amway sejak 15 tahun dulu kekal aku makan sampai sekarang.
3 tablet sehari cukup untuk keperluan seluruh badan.
badan, jadi sihat, kuat dan bertenaga.
tak adalah letih lesu lembik tak bermaya.
Aku tengok budak2 perempuan muda lagi asyik merungut letih letih letih tak habis2.
Makanlah ssupplement. Baru badan kita sihat.


Ya Allah lambat mati le Kak Faridah ni...
patutlah Kak Dah ni tak penat ke hulu ke hilir berniaga.
Rupanya ini yg dia ambik setiap hari.Macam mana makan ni?
Tak mual muntah ke?
Banyak sangat ni..
Akak telan semua sekali ke?

Ini lagi...Bio C plus untuk vitamin C, Daily sebagai pengganti jika aku tak makan Double X,
B Complex untuk menguatkan daya ingatan,  EPO untuk wanita, Lecithin E awet muda dan kulit
serta protein susu untuk asid amino.
protein keluaran Amway ini membekalkan kita sebanyak 22 jenis asid amino yg sangat
diperlukan oleh tubuh badan kita.
Semua keperluan ini tidak dapat kita penuhi dgn menu makanan yg kita makan setiap hari.
sebab itu kita perlukan bekalan asid amino dr pemakanan tambahan lain.
Aku dah makan protein ni sejak 15 tahun lalu.
Faedahnya..org makan saja yg tahu.
Sangat bagus untuk kulit, rambut, penyembuhan luka, pengantian tisu dan sel2 baru setiap hari.
Sel2 lama akan sentiasa digantikan dgn sel2 baru.
Lambat tualah sikit...ceh ceh ceh.
nak awet muda je kau ya..
Eh mestilah, sapa nak cepat tua lak?

Yg ni lak Go Geous..
asalnya aku beli hanya kerana mengambil hati kawan lama.
tapi bila aku makan dan habis satu kotak, aku perasan kulit  tumit kaki pecah hilang,
kulit jadi lebih lembab,
parut2 makin pudar dan kulit muka lebih cerah.
Aku pun beli dan makan secara konsisten.
Mahal gak ni...RM200 lebih.
Tapi sangat bagus.

Satu sachet pagi dan satu sachet malam.
Rasanya sedap...

Minumlah air bio aura.
rasanya manis dan sedap.
Khasiat dan tenaga airnya sangat banyak.
mesti minum paling sikit 10 gelas sehari untuk pencernaan yg lebih baik, pebghadaman yg sihat, tenaga yg berkekalan.
Nak masak nasi, cuci sayur, basuh beras pun aku guna bio aura.
Buat cuci muka pun dgn air bio aura.

Jika nak out station pun aku bawa air bio aura.
Jika nak compare dgn air mineral yg dijual tu, jauh sedap dan puas minum air bio aura.
Anak2 aku sama, minum air lain dah tak sedap.
mesti minta gak air bio aura.

Yang ni jangan tak guna.
Bio zone food berguna untuk membuang segala kotoran, bahan cemar, bahan kimia dan racun2 toksid
yang terdapat di dlm makanan segar seperti ikan, daging, ayam, sotong, udang, kerang, sayur2an dan buah2an.
Dah setahun lebih kami sekeluarga gunakan.
Tak pernah tak guna. semua bahan lauk pauk yg dibeli mesti diozonkan terlebih dahulu.
lepas dibersihkan baru dimasak atau dimasukkan dlm peti sejuk.
So kami memang makan makanan yg segar dan sihat.
Premium Beautiful....selain menjaga pemakanan dgn mengambil banyak pemakanan tambahan,
ini juga satu cara untuk menjaga kesihatan.
Pakaian dalam PB dgn far infra red ray.
Terus terang cakap, aku tak ada baju dalam lain.
tak pakai yg jenama X lain sejak 9 tahun lalu.
inilah pakaian dalam aku.
Jangan lak dah beli, sangkut dlm almari je.
almari lah yg cantik, kita menggelebeh sana sini. Amboi...bahasa sedapnya.
Itulah bahasa menggelebeh...beh beh beh.

bra lain, under ware lain aku tak ada.
bangun pagi selepas mandi dan solat subuh, terus aku sarungkan ke badan sampai malam.
aku dah ada 5 set complete untuk aku untuk aku tukar gantikan.

Bersyukur, walaupun aku dah berusia mencecah 45 tahun, tetapi aku tak ada masalah lenguh2, kebas2,
sakit badan, sakit urat, migrain, fening2, sejuk2, flu, sesak nafas, letih lesu tidak bermaya.
Setakat ini tiada kencing manis, tiada darah tinggi malahan keadaan darah ku sangat bagus, degupan jantung bagus,
tiada kolesterol. Malahan usia dalaman pun makin baik. usia dalaman dah naik, 38 tahun...auuwww.
4 tahun lepas usia dalaman ku 55 tahun berbanding usia sebenar baru 41 tahun ketika itu.
ini yg terkini...
( baru check dgn doktor pakar minggu lalu).
harap terus dilanjutkan kesihatan yg baik.
kekal sihat dan bertenaga.  positif, ceria, happy dan bahagia dgn kehidupan seharian.
Walaupun banyak cabaran dan ujian yg datang silih berganti.


Syukur kepadaMu yg memberikan anugerah ini.
inilah nikmat kesihatan anugerah Allah pada kita.
Aku percaya, penjagaan pemakanan yg baik dan kesihatan melalui pemakanan tambahan
seperti yg aku kongsikan menyumbang kepada kesihatan yg baik.
Moga ia berterusan.
selagi hayat di kandung badan, aku ingin menjadi hamba Allah yg sentiasa memberi manfaat
kepada kehidupan org lain dan masyarakat di sekelilingku.
Khususnya untuk anda warga Taipan.
Sebelum aku menutup mata.
terkadang terasa perjalanan makin hampir dengan penghujungnya....
Entahlah...apa pun aku berdoa agar dipanjangkan usia dan hidup diberkatiNya.
Salam kasih sayang.


CDM FARIDAH
CIKGU DAN MENTOR
016 2212181