Tuesday, January 1, 2013

Salam 2013


Assalamualaikum
Salam perjuangan
Salam kejayaan
Salam kemenangan

Selamat Tahun Baru 2013.
Selamat tinggal 2012.
Musim berganti, menghembus angin segar dalam perubahan diri dan gaya hidup.
Cabaran dan pengalaman silih berganti.
Memberi injeksi dan semangat baru yang mungkin berbeza daripada biasa.
Setiap daripada kita mempunyai impian dan harapan yang tinggi tatkala tahun baru menyapa.
Pencapaian tahun lalu kita saja yang tahu.
Tercapai atau terbengkalai.

Aku?
Banyak juga yang dicapai meski banyak juga yang tidak digapai.
Suatu yang pasti, aku bersyukur khatam alQuran lagi.
Niat hati nak buat 6 bulan sekali, tapi tak cukup lagi.
9 bulan aku khatam, kena gandakan usaha. Hari2 kena buat.
Persediaan untuk akhirat mesti ditingkatkan.

Hasrat untuk berjemaah solat bagi subuh, maghrib dan isyak sebolehnya aku lakukan.
Meski terkadang ada halangan, tetapi aku tak mahu menyalahkan keadaan.
Semua di dalam kawalan sendiri.
insyaallah tahun ini, aku berusaha lakukan dengan lebih baik.
Syukur.

Business?
ATM?
Kekal sebagai keutamaan dalam perjuangan ku sekeluarga.
Malahan aku begitu bersyukur, business ini mula turun kepada generasi kedua.
Tahniah untuk Aimi, dgn modal hanya satu set PB, dia dah naik SM.
Walau sibuk dengan pengajiannya,
Aimi tetap berusaha.
Dia semakin memahami.
Apa itu Hai O.
Apa itu akademi Taipan.
Bagaimana nak naik CDM.
Kenapa mesti jadi CDM.
Impian dan harapannya dalam perniagaan ini setelah tamat ijazah nanti.

Dan aku sedang berusaha membina beberapa pemimpin baru dalam
network ini.
Leader baru yang akan muncul sebagai CDM baru tahun 2013.
Mereka sedang berusaha.
Aku yakin, pengalaman memberikan banyak kelebihan untuk aku
 terus fokus dan bekerja dengan mereka.

Aku juga bersyukur, Aimi menamatkan pengajian Diploma Pengurusan Perniagaan
di UiTM dengan sangat cemerlang.
Ya..Anugerah Naib Canselornya menjadi contoh untuk adik2nya.
Dan kini menyambung ijazah pula.
Aimi juga dah faham, dia mesti memulakan perniagaan untuk kaya dan berjaya.
makan gaji bukan cita2nya.
Pendedahan yang aku berikan mengenai perniagaan melalui seminar2 dan kursus
banyak membuka minda dan hatinya.
Seminar dan Intensif Jutawan Industri bersama DAO serta
Intensif website dengan Arif Kamal daripada Singapore terus menyemarakkan semangatnya
untuk melaksanakan misi menjadi jutawan sebelum usia 25 tahun.
Selamat maju jaya Aimi.
Insyaallah, mama doakan Aimi dan anak2 yang lain.

Akademi Taipan Malaysia, impian aku untuk terus berusaha bersama
CDM2 yang lain untuk meletakkannya sebagai
sebuah pasukan yang hebat dan unggul
di pentas Hai O.
engan auranya yang tersendiri, ATM akan terus menyentuh hati warganya dan menjadikannya
sebagai platform terbaik untuk mengubah hidup.
ATM akan terus memberi inspirasi kepada semua usahawan yang bernaung di
bawahnya.
ATM dibina untuk menjadikan warganya mentransformasikan diri
untuk lebih kaya, lebih berani, lebih berjaya dan lebih diberkati
demi memiliki hidup yang lebih sempurna dan
bahagia.
Dan aku yakin, kepercayaan kepada keupayaan dan potensi diri, serta sanggup berusaha keras
bersama mentor2 di dalam akademi ini
mampu mejadikan mereka manusia yang LUAR BIASA!
Luar biasa kaya!
Luar biasa berjaya!
Luar biasa bahagia!
Luar biasa diberkati!

Aku pula harus mempersiapkan diri untuk lebih hebat dan berjaya.
Untuk meningkatkan kualiti diri dan terbang lebih tinggi, aku mula melangkah dengan lebih berani.
Syukur pada yang Esa, perkenalan dengan DAO melalui seminar Intensif Jutawan Industri pada 3 Nov 2012 lalu terus menyapa hati aku
bahawa aku wajib melengkapkan diri dengan ilmu yang lebih tinggi.
Aku mendaftar d\untuk hadir program 4 hari
Intensif Jutawan Industri bersama DAO di PGRM
pada 23 hingga 26 Nov lalu.
Meski bayarannya tinggi, namun nilai ilmunya lebih tinggi.
Serentak itu, DAO berjaya menyentap banyak rasa dan pemikiran serta daerah2 sempadan
dalam diri.
Terlalu luas dan begitu banyak potensi diri yang belum aku gali.
Terbiar tidak digilap lantaran merasa selesa dengan keadaan diri selama ini.
Sentapan demi sentapan menyentuh hati.
Aku mampu terbang lebih tinggi.

Mendaftar untuk Program Ekslusif Platinum merupakan keputusan yang tepat
untuk aku melengkapkan diri hasil sentuhan
manusia sehebat Dr Azizan Osman.
Dan program Train The Trainer memberi dimensi baru
yang lebih hebat sebagai persediaan untuk aku
menyambut 2013. Gambang Resort Citi, 6 hari berkampung di sana dari 20 hingga 25 Dis 2012.
Ia menjadi moment yang begitu indah untuk hayatku.
Syukur...sebagai salah seorang pemimpin dan pejuang dalam industri besar
Akademi Taipan Malaysia, aku nampak dengan jelas
hala tuju untuk aku terokai tahun ini.

Program lain akan terus aku sertai.
Aku sudah mendaftar dan menjelaskan bayaran penuh untuk
Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan pada 1 hingga 4 februari 2013.
Juga NLP selama 4 hari pada bulan April nanti.
Juga akan melengkapkan Program Platinum iaitu MYB, RYRR dan IKMJ.
Semuanya menunggu tarikh untuk dipanggil.
Selain itu tak sabar untuk aku dipanggil bagi mendapat personal coaching
daripada DAO sendiri Januari ini.
Syukur pada Allah atas anugerah dan pemahaman ini.
DAO menjadi mentor baru untuk aku terbang lebih tinggi dan
melebarkan sayap kejayaan baru.

Benar, aku masih lagi merangkak dalam mengenali erti erti hidup di dunia realiti.
Kealpaan, kecuaian dan kesilapan tetap ada.
Tetapi itulah proses belajar mencari kejayaan dan kebahagiaan hidup.
Tidak ada yang serba sempurna.
Tidak ada yang serba bagus.
Tidak ada yang serba baik.
Pasti ada silap dan salah.
Kerana aku berurusan dengan manusia.
Dan manusia itu penuh emosi.

Namun aku bersyukur.
Semuanya memberi nilai yang tinggi untuk aku belajar bersabar dan reda serta berusaha
memperbaiki diri.
Aku akan terus berusaha memberi nilai tambah kepada orang lain agar bapat membantu lebih ramai yang di luar sana untuk mengubah hidup mereka.
Inilah universiti kehidupan.


Hati Emas.
Minda Emas.
Bukaan senang untuk menggapainya.
Namun hanya mereka yang sedemikian saja yang mampu terbang lebih tinggi.
Suatu yang aku belajar,
BURUNG TIDAK AKAN TERBANG LEBIH TINGGI
JIKA BERSENDIRIAN MENUNJUKKAN HEBATNYA.
Salam kejayaan.
Selamat Tahun Baru 2013.