Sunday, September 30, 2012

Majlis Menyambut Menantu

Selamat pengantin baru.
Wah...berbaju putih dan purple.
Manis sekali.

Muhammad Falahi Hamdan dan pasangan.
Pengantin lelaki adalah anak sulung kepada CDM Hamdan dan CDM Zainon.
Orang lama Hai O.
Mereka berdua dah jadi otai dalam syarikat ini.

Majlis ini diadakan di Dewan Hamzah, MPK Klang.
Selepas habis seminar, kami singgah solat zohor dulu.
Kemudian terus menuju ke Klang.
Majlis sederhana tetapi meriah ini untuk meraikan kedua pengantin.
Majlis menyambut menantu. itu disebut orang Kelantan.

Jan 3 petang baru kami sampai di dewan ini.
Tetamu masih ramai.

Jalan pun jem gak, hari Sabtu.
Mungkin banyak kenduri.
Akupun dapat empat jemputan hari ni.
Tapi sempat datang dua majlis je.
Satu di Klang  dan satu lagi di Puncak Jalil.
Tak nampak CDM2 Taipan lain.
Mungkin mereka datang lebih awal atau mungkin tak datang.
Tak pasti pula.

Aku sempat berjumpa En Tan Kai Hee.
Serta beberapa CDM yang lain.
Sempat pula bersembang ringkas dgn CDM Ali Bachik.
Orang lama dalam syarikat ini.
Suasana di dalam dewan.
Taak ada majlis persandingan.
Hanya hidangan makan beradab untuk meja pengantin.
Dan sesi bergambar.

Hanya hidangan dan jamuan untuk tetamu.
Pengantin berbaju purple kali ini.
Keluarga pengantin juga berpakaian dr tema yg sama.
Majlisnya ringkas tetapi tetap meriah.
Baguslah, yang sederhana dan ringkas itu lebih diberkati.
Bahagia dan berkekalan ke hujung nyawa.
Jangan kawinnya meriah, inai masih dijari dah berantakan pengantin dan rumahtangga.
Nasi minyak, karipap dan bubur kacang.
Sedap...maalum perut tengah kosong.
Belum makan lagi.
Eloklah, sedap boleh tahan.

Dua Kali Sebulan

Salam.
Bondaku Hjh Nik Kalthum Nik Ismail.
Dua kali sebulan datang ke KL.
Lepas raya hari tu dah datang KL, rumah anak2.
Dua minggu di KL.

Balik ke Tanah Merah selama seminggu,
kemudian datang lagi.
Kali ni dua minggu lagi.
Anak2 seramai 6 orang di KL, dua tiga malam setiap rumah anak, baru habis untuk 6 orang.
Semalam baru balik ke KB.

Aku dan Nor hantar ma di subang airport.
Balik dengan firefly.

Begitulah keadaan ma.
Senang hidupnya hasil kejayaan anak2nya seramai 11 orang.
Didikan, doanya, kesabarannya,kebijaksanaannya mendidik kami 11 beradik.
Anak2 berjaya dalam bidang masing2.
Kejayaan itu turut melimpahkan kesenangan pada ma.

Setiap bulan datang berjumpa doktor pakar, yang meneliti dan
memantau kesihatannya.
Walaupun dia sihat, anak keduanya Dato' Azmi begitu prihatin.
Sehingga setiap bulan dibawa berjumpa Dr Ishak di KBMC.
Itu semua limpahan rezeki untuk ma.
Hidupnya sangat bahagia di hujung usia.
Kesihatannya juga sangat baik.
Masih boleh memandu ke hulu hilir berseorangan dgn viva kesayangannya.
Terbang ke sana sini dengan flight juga berseorangan sentiasa.
Sampai ke London pun berseorangan.
Sangat berani orangnya walaupun sudah 73 tahun usia ma.

Dia ibu yang baik.
Dia ibu yang beriman.
Mengajinya setiap masa.
Duhanya jadi amalan.
Tahajjudnya juga sentiasa dilakukan.
Doanya panjang2.
Sangat makbul akan doanya.
Sangat mustajab akan doanya.
Sangat banyak pula doa dan amalannya.
Banyak pula petua dan tipsnya.
Sentiasa memberikan contoh dan didikan terbaik untuk anak2nya.
Malahan ma juga sangat disayangi oleh sanak saudara, kaum keluarga, jiran tetangga
dan sahabat handai kerana kepandainnya dalam berkomunikasi.

Aku berazam mahu menjadi ibu dan wanita sekuat ma.
Tabah, sabar, kuat amalan, bijak dan berani.
Semoga terus sejahtera dan sihat.
yang memayungi keharmonian dan kejayaan hidup anak2nya.
Demi keberkatan doa seorang ibu.



Friday, September 28, 2012

Tuah Badan!!!

Tuah ayam nampak di kaki.
Tuah orang siapa yang tahu.

Tahniah...rezeki2.
Melimpah ruah rezeki datang.
Datang  BOP nak ambik ilmu.
Datang BOP nak ambik semangat.
Datang BOP nak berkongsi kejayaan.
Tapi pulang bukan sahaja dapat semangat, dapat ilmu dan dapat tips kejayaan.
Malahan bawa balik handbag Coach.
Wow..inilah rezeki namanya.

Tahniah DDM Mazlina.
bergaya dengan handbag baru la nampaknya.
Makin bergaya gi demo, gi meeting dgn handbang baru.
Dapat lucky draw...pemberian CDM Kartini.
Tahniah.
Tahniah juga.
Ni lagi sorang...Syarifah Syahirah namanya kalau tak silap aku.
Luck orangnya.
Dua kali datang BOP kat ATM.
Dua2 kali dapat Gucci.
Wow sakan murah rezeki.
Seronok laa, sapa nak bagi kan!!
Tahniah juga.
Penuhkan purse Gucci anda dgn bonus ATM.

Order Lagi

Premium Beautiful.
BBplus.
Terus hangat.
Sana order. sini order.
Sana call, sini call.
Sana inbox, sini inbox.


Semalam gi stokis lagi.
Ambik barang lagi.
Punch lagi.
Alhamdulillah...hari ni punch lagi.
Hari ni transfer lagi.
Hari ni demo lagi.
hari ni fitting PB lagi.
Hari ni orang ambik BBplus lagi.

Syukur alhamdulillah.
Nak order lagi?
Meh call saya 016 2212181

Menggempur Sabah

Dok buat apa tu?
Tengok fb?
Tengok movie?
Tengok blog?

Mereka sedang view tiket untuk ke KK melalui internet.
Tiket Mas?
Tiket Firefly?
Atau Air Asia?

Setiap bulan terbang ke KK.
CDM Kuyah dah jadi rutin sejak 5 enam tahun lepas, amalahan sejak 2004 lagi.
CDM Roshila sejak dua tiga bulan ni juga dah nak jadi macam CDM Kuyah.
Hampir setiap bulan terbang ke KK.


Kira baru balik tu dari Sabah.
Ni nak gi Sabah lagi.
Cari tiket lagi.


Buat apa kat sana?
Apa lagi kalau bukan berniaga.
Apa lagi kalau bukan ATM.
Apa lagi kalau bukan demo?
Buka kaki baru, buka rangkaian baru.
Bina group.
Bina leader?
Turunkan ilmu.
Turunkan strategi.
Tetapkan matlamat untuk orang baru.
Turunkan motivasi.
Turunkan dublikasi.

Aku dengar hebat. dan sangat hebat.
Ramai yg menanrti2 kehadiran mereka.
Ramai yg nak berniaga.
Banyak yg cvlose.
Banyak bawa balik pakej.
Banyak bawa balik dokumen dana.
Yang bayar cash pun banyak.
Banyak bawa balik sales.
banyak bawa balik PV/BV.
Ada juga dah nampak bayang leader hebat di sana.
Senyum meleret2. Hati berbunga2.
Tunggu bonus 10 Oktober nanti.
Dah terbayang banyaknya.
Wow...itulah hasilnya jika kita berusaha.


Sabah luas terbentang.
Tak habis lagi orang nak berniaga.
Tak habis lagi orang nak pakai PB.
Ramai lagi tak tau tentang ATM.
Ramai lagi tak pernah dengar Hai O.
Ramai lagi yang nak guna produk.
Apa lagi produk2 baru yg sedang menyusul sekarang ni.
BBPlus, Bio Velocity yang sedang meletup2 dan akan terus meletup.

Tahniah CDM Roshila.
Tahniah CDM Kuyah.

Orang2 Sabah...jom angkat diri.
Bangun, jangan lama sangat lena.
Bangkit...jangan lama sangat diulik mimpi.
Orang sedang menggiler menjana income.
Orang sedang menggiler bekerja dan berusaha.

Orang semenanjung datang mengganas di Sabah.
Orang Semenanjung datang menggempur Sabah.
Bukan KK sahaja,,, malah sudah merebak ke Lahad Datu, Sandakan, Tawau dan tempat2 lain.
Ayuh berpadu tenaga.
Bangkit.

14 Oktober ini ada seminar.
CDM Kartini dan CDM Kamarudin juga akan turut serta dengarnya.
Jom...datang ramai2.



Thursday, September 27, 2012

Bekas Anak Didik

Bersama Sharifaj Syahirah.
Seorang guru.
Dulu anak murid aku masa kat SMK Seri Indah Serdang.
Kini dah bekerja, dah berjaya.Tak lama lagi akan menyambung pengajian peringkat PhD lak.
Wah tahniah...bangga aku tengok.

Bersama Elza Nadiah, sekolah yg sama/
Kami berjumpa Isnin lalu di Taman Tasik Seri Serdang.
Wah syukurlah...mereka dah jadi warga ATM.

Tahniah juga untuk bakal SSM Elza.
Dah mula convince sendiri.
Sebab2 kena buat Hai O.
Sebab2 kena ikut akademi Taipan.Ada ilmu, sistem, strategi dan mentor untuk berjaya.

Elza join Hai O kali kedua.
Dulu dengan group lain.Kini ikut bekas cikgu pulak.
CDM Kartini pun mengajar gak mereka ni dulu.
Aku ajar BM, cikgu Tini mengajar subjek Bio.


Alhamdulillah, Elza nampak sangat yakin, mungkin kerana pengalaman yg lama.
Dia sangat bersemangat.
Saerah juga sama.
Mereka akan pasti dijayakan.
Mereka pasti akan dibimbing untuk naik CDM.
Kehidupan mereka pasti akan berubah.


Mengiringi Pemergian Bakal Haji Khairul Nizam

Lewat tulis entry ni.
Maalum, saat akhir fight ke Lopa.
Jadualpun penuh. demo sana sini.


Baru nak tulis ni.
Isnin lepas ke rumah CDM Yan dan DDM Khairul Nizam Ishak.
Bakal hj.
Dah berangkatpun pun pagi semalam.
Kami datang ramai2.
Suka2 sambil menziarah bakal haji Khairul Nizam Ishak dan ibu mertuanya.


Yang full time datang.
Yang bekerja kat ofis, kami datangpun jam 9 pagi.
Ada CDM Kartini, CDM Kuyah, CDM Hanim, CDM Haryati, CDM Zana,CDM Hasmidar dan jiran lamanya.

Sudah makan bergambar...apa lagi.
Cerita business tetap mengisi topik utama.
Produk baru, program baru, perkembangan terbaru...wow semuanya hangat dan menghangatkan semangat juang kami.


Haji Khairul Nizam dan ibu mertuanya berangkat dengan KT37.
Akan berada di sana selama 47 hari.
11 November 2012 baru berangkat pulang.
Insyaallah, inilah perjuangan yang paling suci.
Apa lagi membawa ibu mertua yang semakin lanjut usianya.
Semoga dipermudahkan segala urusan.
Dan mendapat haji yg mabrur.Selamat pergi dan selamat kembali.


Doa kami mengiringi oemergian ini.
Semoga selamat semuanya.
Kita doakan bersama2.
Dan semoga lebih ramai warga Taipan akan segera menyusul tahun depan.
Sama ada umrah mauhupun haji.
Pergi muda2 lagi bagus.
Buat business betul2, dan tunaikan haji ketika usia muda.
Bawa keluarga, mak ayah dan pasangan dengan duit business.

Aku pun rindu nak ke sana lagi.
Umrah pun rindu.
Hajipun rindu.
Siang malam berdoa akar diterima lagi untuk menjadi tetamuMu.
Amin.




Tuesday, September 25, 2012

Tak Kenal Mana Nak Suka?

Starbucks.
Sukanya.
Paling digemari.

Dulu tak pernah minum starbucks.
Dulu tak pernah beli starbucks.Malahan tak pernah peduli.
Tak suka pun ya.
Anak2 ajak pun tak layan.
Dzul ajak masuk pun tak mau.
Sebab tak pernah cuba.
Belum merasai sedapnya.
Belum merasai nikmatnya starbucks.

Kini berbeza.
Suka sangat.
Dah kemaruk pula dengan kopinya.
Hari2 pun tak apa. Macam ketagih lak rasanya.

Macam tu juga aku dengan ATM ni.
Mungkin anda pun sama>
Dulu menyampah dengan MLM.
Dulu benci dengan orang MLM.
Dulu tak suka dengan Hai O.
Dulu takut dengan akademi Taipan.

tetapi benarlah kata pepatah...
"tak kenal maka tak cinta".
Dah tahu, baru suka.

Jadi tengok dulu Akademi Taipan ni macam mana.
Jangan terus dengar cakap orang, tak suka  dengan Taipan.
Jauh2 dan tutup telinga dengan peluang terbaik ini.
Beri peluang untuk berjumpa dan berjumpa dulu.
Nanti anda buat penilaian sendiri.
Jika tak mau, tak apa.
Jika rasa boleh ikut, ada keserasian, boleh buat bersama2.


Macam aku...hidup mati adalah bersama akademi ini.
Dah jadi darah daging kami sekeluarga.
CDM Faridah dan ATM...berpisah tiada.
Insyaallah.

Nak jumpa? Nak order barang?
Nak dengar peluang?
016 2212181
Hellow2 ya.

Berkongsi Semangat

Kat stokis Ahad lalu.
Buat apa tu?
Kira PV?
Kira BV?
Kira saiz PB?
Kira bonus?
Kira sales?
Kira pakej?

CDM Kuyah dan DSM Ku Ani.
Sama ATM.
Tapi sideline.
Seminggu dua kali berjumpa kat USJ 9.
Boleh kongsi2 pengalaman.
Macam mana boleh kembang network?
Macam mana boleh jual?
Macam mana boleh dapat prospek?
Mavam mana nak follow up?
Macam mana nak bawa orang datang BOP?
Macam mana nak tahan lama?
Macam mana nak kuat semangat?

Walaupun sideline, mereka dengan senang hati akan berkongsi semangat dan tips dengan anda.
PV tak dapat, tapi hati seronok dan puas
kerana dapat berkongsi ilmu dengan semua warga ATM.
Rezeki lagi banyak apabila kita berbesar hati untuk berkongsi.


Monday, September 24, 2012

Tak perlu berlawan dengan sesiapa.
Lawanlah dengan diri kita sendiri.

Seni Follow Up


Follow up adalah paling penting.
Mesti follow up.
Alhamdulillah.
Dah siap tranfer G15 setelah aku follow up pagi tadi.


Jangan mendesak prospek sehingga mereka benci
tetapi berusahalah
dengan halus seninya
sehingga mereka
jatuh hati dan menyerah diri.
Nak tahu?
Meh call 016 2212181.

BBPlus Kolagen...Dah Ada Stok

Wah....DSM Kuani.
Dah mula minum BBplus kolagen.
Rasanya sedap macam ribena.
Mudah dibawa.
Masukkan satu sachet dalam handbag, minum je dengan kosong.
Sebaiknya sebelum sarapan atau sebelum tidur.


Aku dah jual banyak dah.
Semalam dapat order lagi.
Semua melalui fb.
Salwa pun order terus 4 kotak. Dapat satu kotak free.
Jimat lah RM180.
Dapat lak sebuah cristal tumbler percuma.

Senang nak jual.
Sebab BBplus kolagen sangat murah berbanding kolagen yang lain.
Kualiti standardnya tinggi.
kesannya menakjubkan.
Belum habis satu kotak pun dah rasa perbezaan kulit dan kehalusannya.
Awet muda gitu.
Fuza pun dah minum BBplus kolagen ni.
Dan dah mula share kebaikan produk dengan kawan2nya.
Dah buka mulut, dah promo dalam fb, dah mula dapat order.
Tahniah Fuza.

Semalam lak bawa adik iparnya untuk try PB.
90% close insyaallah.
katanya hari ni nak gi punch.
Tahniah Fuza.

Wow...CDM Kuyah apa kurangnya.
Dah minum juga.
Dah cuba juga.
Dah promo juga.

Barang baik, barang bagus, barang panas.
Mesti promo jangan tak promo.
Senang je jika mahu.
Kita minum dulu dan berkongsilah dengan kawan2.
Lagi senang dengan fb, dengan blog, dengan internet, dengan flyers pun boleh.
Fokus kita tetap kepada pakej.
BBplus memberi peluang untuk mendekati prospek baru.
Ada benda baru nak dikongsikan.

SSM Farah Helmy.
wow...kerana BBplus, dia muncul kat stokis semalam.
ak ambik barang, nak ambik pesanan, nak punch.
Nak buka bill.
Nak jumpa kawan, nak hantar barang.
Nak minum sendiri.
Dan nak promo  pada rakan kongsi baru.

Sekotak mengandungi 20 sachet.
RM180 untuk CP.
RM150 untuk DP.
Satu sachet sekali sebelum sarapan atau sebelum tidur.

Jika beli 4 kotak, dapat satu kotak percuma.
Dapat juga sebuag cristal tumbler.
Anda jimat RM180.
Baik order terus 4 kotak.
Satu set aku kira.
Untung untung.
Orang berniaga, mesti kira untung.
Tapi service kena bagus.
Tip top, baru boleh maintain customer.

Bio Velocity Sleep Mate

Bio Velocity sleep mate
Produk baru lagi.
Belum keluar lagi. Tapi untuk bulan Oktober baru boleh beli dan jual.
Kini promosi dan bermula.
Produk hebat.
Produk baik dan panazzz.
Belum keluar dan sibuk orang bertanya dan order.

Kepelbagaian produk berkualiti membolehkan pilihan
yang banyak untuk pengedar dan pembeli.
Senang nak berniaga.
macam2 pilihan ada di company.

Tak boleh jualBio Aura, boleh jual Premium Beautiful.
Rasa dah jemu dengan PB, boleh fokus pada Bio Zone Food.
Dah tak mau buat Bio Zone, boleh buat Bio Velocity.

Ia dijangka memberi momentum baru utk anda.
Lebih kencang.
Lebih boooommmm.
Lebih lonjak.
Lebih hebat.

Terpulang kepada pilihan sendiri.
Staretgi kita tetap sama...terus SM 21% dengan 20K PV.
Terpulang bagaimana caranya.
Terpulang nak fokus kepada produk apa.
Nak guna semuapun OK.
Nak simpan dulu pun OK.
Nak terus jual lagi bagus.
Produk bagus, mesti ada permintaan.
Tiada istilah barang melonggok.
Atau simpan bawah katil.



Bio Velocity dijangka meletopsss.
Pelapik tilam yg menggunakan teknologi Korea melalui solar energy.
Merupakan terapi untuk tidur yang sempurna.
Membuang segala radiasi di dalam badan.
Memberi kekuatan, tenaga  dan kesihatan yg baik.
Menghilang sakit saraf dan lenguh2 badan.
Juga dikatakan boleh memperkasakan tenaga dalaman lelaki.
Tak guna lagi...dah baring atas tu nanti...baru boleh cerita.

Pada 13 Oktober nanti, ada majlis pelancaran Bio Velocity
di branch Melaka.
Jam 8 malam.
Jom warga Taipan Melaka, Negeri sembilan, Johor dan Pahang.
Orang KL, orang Selangor juga.
Jom turun sama2.
Sahut cabaran, sahut seruan untuk terus menggilap bintang bersama Akademi Taipan 181.
Ramai pemimpin hebat akan turut serta...
CDM Kartini, CDM Kamarudin, CDM Dzul, CDM Haryati, CDM Jai, CDM Hanim, CDM Hasmidar,
CDM Dhila, CDM Zaifrey, DDM dan DSM2 juga akan turut bersama.
Kami semua dari KL.
Jom 2...

Orang baru yang nak order Bio Velocity
boleh call 016 2212181.
Faridah.



Springville

SpringVille
Esklusif lifestyle
Persiaran Equine Perdana,
Taman Equine
Seri Kembangan Selangor.
Boleh registre jika bercadang mencari unit sendiri.


Jika ada niat nak beli kondo, bolehlah gi tanya unit ni.
Harga kondo melambung2.
Baik beli jika ada niat nak beli.
Jangan tangguh2 beli rumah, aset terutamanya.
Harga bukan semakin tinggi. Semakin ditunggu semakin melambung.
Tak pernah turun.
Terus naik dan naik.

Tak rugi beli rumah.
Tak rugi beli appartment.
Tak rugi beli kondo.
Boleh tinggal sendiri, boleh juga bagi sewa, atau boleh untuk dijual jika rumah kediaman dah ada.
Kondo Permai yg aku beli di KB tahun 2009 dgn harga RM225 000 sekarang dah melonjak naik RM320 000.
Dulu aku plan nak buat guest house, tapi banyak sangat karenahnya.

Belum jual lagi. Plan nak jual tu.
Tapi ada penyewa.
Sewa pun dah RM1600 sebulan.
Aku bayar hanya RM1020 sahaja.
Untung kan.
Disewa untung, dijual juga untung.
Duit buat duit.
Inilah cara melebarkan keuntungan bagi orang berniaga macam aku ni.

Kemahuan Nisa

Salam.
Syukur aku buat business ni.
Hari2 jumpa orang baru.
Hari2 datang tempat baru.
Hari2 jumpa prospek baru.
Hari2 pasang impian baru.
Hari2 nak jayakan orang bari.

Citta Mall kat Subang Airport.
Pertama kali aku masuk sini.
Ehhh...tak pernah sampai sini.
Dengan ATM aku sampai sini.

Tempat ni baru lagi kak.
Saya dah dua kali singgah sini, untuk makan je lepas settle kerja.
Kata Nisa, waktu aku jumpa dia.
Nisa pun orang baru.
Kenalan fb je.
Dia teruja dgn post aku tentang ATM.
Terus Nisa bertanya dan buat appointment.

Semalam Jumat jumpa kat Citta mall ni..
Kongsikan apa yang baik tentang ATM.
Alhamdulillah...Nisa seorang engineer yang sangat positif orangnya.
Hanya org positif yang akan berjaya.
Hanya orang berani yang akan berjaya.


Nisa terus join ahli.
Duit ahlipun dah bayar.
Aku dah registrekan keahliannya.
Dan Nisa juga terus uruskan dokumen untuk dana.
Insyaallah, Nisa pasti akan dijayakan.
Nisa pasti akan dibimbing oleh semua trainer dan mentor di akademi ini.


Matlamatnya pun sangat jelas.
Nak saving sebanyak mungkin.
Pasti boleh.
Ada orang boleh saving RM100 000 dalam masa setahun je.
Ada orang boleh saving RM22 000 dalam masa 4 bulan je.
Ada orang boleh kumpul RM21000 dalam masa sebulan je.
Ada orang boleh kumpul RM75 000 dalam masa 4 bulan saja.

Tanyalah CDM Ahmad Shahril, tanyalah CDM Hanim, tanyalah DSM Zuraidi,
tanyalah DSM Lin, DSM Yus, tanyalah CDM Haryati, tanyalah CDM Roshila, CDM Zaifrey,
CDM Fitri, CDM Siti Rahmah,
DDM Kepet, DDM Mazlina, dan lain2.
Semua mereka boleh ditemui kat ATM.
Bukan hanya cakap kosong, ada bukti pendapatan mereka.
Ada statement income yg disahkan oleh bank lagi.
Kemahuan mereka sangat kuat.
Dan mereka tidak pernah menghiraukan sesiapa yg mencuba merosakkan impian mereka atau memberikan
pandangan negatif kepada mereka.

Ramai orang baru bermula seperti Nisa.
Tak tahu apa2.
Bermula dari zero.
tetapi kemahuan yg kuat akan menolak mereka ke puncak.
Jika orang lain boleh, mereka juga pasti boleh.

Jangan berkata tidak kepada diri sendiri.
Jangan mengaku kalah sebelum mencuba.
Jangan tewas dengan diri sendiri.
Jangan benarkan sesiapa mencuri impian kita.
Jangan benarkan sesiapa menghancurkan harapan jaya kita.
Orang hanya boleh beri pendapat, tetapi mereka tidak boleh membantu kita
mencari pendapatan.




Jangan Takut

Salam...

Dua tiga hari lepas aku datang demo kat sini dengan Pn Aida.
MMU kat Cyberjaya
Bantu DSM Ku Ani atau Kak Engku Mansor tu.
Dia kat ofis.
Inilah bagusnya ATM ni.
Yg buat full time macam aku ni gi bantu rakan kongsi yg buat part time.
KEM tak boleh keluar tapi ada prospek nak tahu tentang PB.
Aku bantulah.
Jangan fikir  downline hanya tahu suruh je.
Kita bantulah network kita.
Mereka sediakan prospek pun dah kira bagus.
Business mereka adalah business kita juga.
Mereka adalah rakan niaga kita.

Bantu semua rakan kongsi kita tanpa syarat.
Jangan pilih2 kasih.
Atau hanya pilih yg banyak bagi sale je.
Atau hanya gi bantu yang hebat saja.
Tak kira siapa, tak kira barang apa, tak kira pangkat apa.
mereka berniaga besar atau kecil, semua kita wajib gi bantu.


Sebelum menyarungkan PB.

Pn  Aida nak tengok PB.
Dia pun ada masalah sakit belakang dan belakang semakin membongkok.
Itu yang dia minat dengan PB.

Orangnya masih muda.
Selalunya masalah kegemukan selepas melahirkan.
Masalah kesihatan pun ada.
Nah tu dia....selepas disarungkan di badan dengan PB.
terus nampak perbezaan yg sangat ketara.
Badan yang bongkok dah hilang.
Kontur badan nyata berbeza.
lemak2 yang bertaburan dialihkan ke tempat yang betul melalui penyusunan lemak .
Jika konsisten menggunakannya, sakit pinggang sakit belakang juga akan hilang.

Lepas tu aku kongsikan cara dan strategi menjana pendapatan berganda melalui ATM.
Aida minat, nak dan teruja sangat dengan PB.
nak juga berubah hidup.
Nak juga mencari pendapatan sampingan.
mahu juga merasa hidup lega sedikit.

Dulu pernah buat juga MLM lain.
Tapi katanya sekerat jalan kerana tak ada sokongan suami.
Upline pun tak follow up.
Upline2 pun semua diam, akhirnya semua senyap dan lenyap termasuk dia sekali senyap.

Aabila aku kongsikan tentang ATM, ada perbezaan.
Akademi menyediakan ilmu, strategi dan sistem serta mentor untuk semua warganya.
Ini yang berbeza dgn MLM yg diceburi dulu.
Sangat berbeza.

Tetapi ada sedikit ketakutan di hatinya.
Bukan takut pada siapa, kecuali takut tak dapat sokongan daripada suaminya.

Aku kata...jika nak cerita kat husband...jangan cerita sendiri.
Meh aku datang dgn hubby aku jumpa hubby dia.
Biar aku yang share macam mana ATM punya cara, macam mana mereka akan dibimbing, apa strateginya, apa
peranan mentornya,

Kan selalu pesan...
* Jangan buat sorang2.
* Jangan jadi jurujual
* Janagan ketuk pintu rumah orang.
* Kena buat teamwork.

Jangan takut.
Alahai...mudahnya nak berjaya.
Jika mudah kenapa masih takut???

Jom...jumpa dan dengar.
Call aku ya 016 2212181.
Cikgu dan mentor.
CDM la katakan!!!



Friday, September 21, 2012

Perniagaan Kepimpinan

Kenangan....coretan buat tatapan anak cucu cicit nanti.
Biar mereka tahu bahawa ibu dan nenek mereka telah berusaha keras untuk sampai ke sini.
Kejayaan ini tidak dibina dalam masa sehari.
Kehebatan tidak diraih hanya sebulan dua.
Bukan juga setahun dua.
Aku teruskan misi.
Demi perubahan hidup anak dan cucuku.
Generasi demi generasiku yang akan datang
MLM ialah perniagaan kepimpinan.
MLM ialah perniagaan berasaskan perhubungan.
MLM ialah perniagaan dublikasi.
MLM ialah perniagaan rangkaian.
MLM ialah perniagaan berbilang tingkat.

Dalam Hai O, nak capai pangkat apapun sangat mudah.
Dalam Hai O, nak capai level manapun sangat senang.
Nak gi melancong sangat mudah.
Nak dapat tabung kereta atau wawasan pun sangat mudah.
Nak dapat pencen pun mudah.
Memang semua boleh capai.

Sebab ada yang boleh naik CDM dlm masa 4 bulan, 5 bulan.
Ada yg dapat RM30 000 dlm masa sebulan saja.
Ada yg dapat melancong hanya dua bulan selepas join.
Ada yg tiba2 je naik DSM, naik DDM.
malahan ada yg terperanjat kerana tiba2 menerima surat dari company,
mengucapkan tahniah kerana dia dah naik CDM.
Terperanjat beruk kawan tu...dalam Taipan pun ada.
Pada hal meeting sekali sekala je nampaknya.
Inilah bukti2 bahawa mudahnya berniaga dgn company ini.

Tetapi bukan mudah nak menjadi pemimpin.
Bukan mudah nak menjadi ketua.
Bukan mudah nak menjadi mentor.
Bukan mudah nak menjadi motivator.
Bukan mudah nak menjadi inspirasi untuk orang lain.
Bukan mudah nak menjadi idola.
Bukan mudah nak menjadi ikutan.

Ada orang dah jadi CDM, tetapi langsung tak nampak kepimpinannya.
Ada orang dah jadi DDM, tapi langsung tak nampak networknya.
Ada orang boleh gi melncong, tetapi keseorangan je.
Ada orang boleh menjadi hebat, tetapi rakan kongsinya biasa2 je.
Taak ada yang dublikasi kehebatannya.
Walaupun dia dah CDM.
Walaupun dia dah memandu BMW atau Mercedes Benz.

Mungkinkah kita?
Jika kita dah menjadi idola,pemimpin, ikutan, leader...maka hargailah.
Sayangilah rakan kongsi kita.
Hargailah network kita.
Kerana pengharapan mereka setinggi Everest.
Kerana impian mereka ingin sehebat anda.
kerana  cita2 mereka seluas lautan tidak bertepi.

Galilajh ilmu kepimpinan.
Andai memang anugerah Allah bahawa anda sememangnya pemimpin,
bersyukurlah akan anugerah itu.
Di dalam ATM segalanya dicungkil.
Ya Allah...terima kasih Ya Rabbi.
AnugerahMu tak terhitung untuk diri ku ini.






26 Soalan.


A tanya aku....
LOPA  tu apa?

B tanya aku...
G15 tu apa?

C tanya aku...
ATM tu sama ke dengan ATM yang tut?

D tanya aku...
Pakej tu apa benda?

E tanya aku...
Macam mana u buat sampai boleh dapat macam ni?

F tanya aku...
Betul ke ATM ni?

G tanya aku...
Berapa lama company ni boleh bertahan?

H tanya aku...
Sampai bila saya nak aktif?

I tanya aku...
Syarikat ni halal ke haram?

J tanya aku...
Halal ke produk2nya?

K tanya aku...
Ini skim cepat kaya ke?

L tanya aku...
Kalau i tak buat, boleh dapat bonus ke?

M tanya aku,
Saya nak bagi modal je, tapi u boleh masukkan orang bawah i
sampai i naik cdm, boleh?

N tanya aku...
Jika saya tak hidup dalam business ni, apa jadi dengan business ni?

O tanya aku...
Jika semua rakan kongsi tak hidup,
saya masih hidup ke?

P tanya aku...
Apa jadi kalau company tutup, saya boleh dapat balik modal saya ke?

Q tanya aku...
Kat mana nak cari orang yang 4 tu?

R tanya aku...
Betul ke Hai O ada jual najis arak?

S tanya aku...
Berapa ramai yang berjaya, berapa ramai yang gagal?

T tanya aku...
kenapa ramai yang mati?

U tanya aku...
Jika saya tak dapat cari orang, macam mana pulak?

V tanya aku...
Boleh ke Hai O bertahan lama?

W tanya aku...
Ada ke orang nak masuk ni?

X tanya aku...
Jika tak mahu datang meeting, OK ke?

Y tanya aku...
Boleh ke orang bawah potong orang atas?

Z tanya aku...
OK semua bagus. ATM terbaik.
Saya memang nak buat sangat2.tapi saya nak tanya orang lain dulu?

Thursday, September 20, 2012

BBplus Kolagen Paling Laris

Wow...BBPlus Kolagen.
Produk baru Hai O.
Hangat, permintaan tinggi sampai habis semua stok di HQ dan semua stokis.
Sana sini promo BBPlus.
Apa tak habisnya.

Untuk kecantikan kulit.
Rasanya sedap.
Boleh tahan.
Tak habis lagi sekotak, dah nampak beza kulit wajah dan badan.
Kulit kian halus dan mulus. Serinya berbeza walaupun tanpa makeup.
Aku nipun mana make up sangat.
Tepek bedak je, layang lipstik sikit.
letak syarat je.
Tapi dgn BBPlus nyata ketara berbeza.
Wow...lain lah. memang berkualiti produk ni.
Aku sangat berpuas hati.
Sebab sebelum ni aku banyak makan kolagen.
Rasanya setakat ni BBPlus terbaiklah.
Payah nak cerita, minumlah sendiri.
Sekarang ni lak ada promotion.
Beli 4 kotak, dapat sekotak percuma bersama cristal tumbler.
Jimat RM180. wow untung tu.
Aku dok promo sakan dalam fb ni.
Banyak dapat order, sms dan inbox.
Tapi stok habis lah pulak.
Licin dengarnya.
Kat hq habis, kat branch habis, kat stokis pun habis.
Hujung bulan baru sampai.
Tak apa...ambik order dululah.

Sapa yg nak BBPlus, nak jadi rakan kongsi juga dialu2kan.
Bonus besar dik,
mana tahu boleh dapat dua tiga ribu sebulan?
Boleh gak gi melancong percuma ke Korea nanti.
meh call ya...016 2212181

Tak Ke Mana? Tersadai?

Sambil bersarapan di Kenari Cafe Bandar Kinrara.
teringat lak dua hari lepas ketika berjumpa seorang prospek ni.


Katanya...
"Adik saya dah join kak, buat PB tiga tahun lalu dengan group  mana saya tak tau,
tetapi tak ke manapun.
Akhirnya tersadai macam tu je.
Padan muka, saya dah cakap jangan buat.
Benda ni sekejap je hangatnya, lepas tu semua mampus termasuk uplinenya sekali mampus"

Amboi marah betul dia.
Dalam hati aku...
Betul ke tak ke mana?
Betul ke tersadai macam tu je?
Betul ke upline mampus?

Dia yang tak ke mana.
Orang lain tak berhenti, sampai ke seluruh dunia.
Jika berhenti, memanglah tak ke mana.
Aku ni, dah 10 tahun tak pernah berhenti, dah 28 destinasi sampai ke seluruh alam.
Apalak tak ke mana.
Bukan aku je, sesiapa saja yang tak berhenti akan
sampai ke merata dunia dengan business ni.

Tersadai?
Kenapa pilih nak tersadai?
Kenapa pilih nak berhenti?
Kenapa pilih nak koma?
Kenapa pilih nak mampus?
Kenapa ikut upline yang tersadai?
Kenapa pilih upline yang mampus.

Carilah upline yang masih ada jika upline direct kita mampus.
Carilah CDM yang tak berhenti buat walaupun upline dan tersadai.
Banyak yang macam tu dalam business ni.

CDM yang masih berniaga boleh jaga direct semua rakan kongsi yg masih nak berniaga.
Walaupun semua uplinenya mampus.
Cari balik CDM upline yg masih aktif.
Tanya stokis tempat ambik barang.
Siapa CDM yang boleh rujuk.
Minta no telefon CDM uplinenya.
Cari dan jumpalah mereka.
Bukannya meratap sayu kerana upline direct mampus.
Lebih malang jika kita ikut mampus.
Lepas tu menyalahkan upline, menyalahkan CDM, menyalahkan stokis, menyalahkan company.
Buat surat, jaja cerita negatif, jumpa company,
buat apa macam tu.

Hai O boleh ubah hidup.
Tapi sebelum Hai O ubah hidup kita, kita kena ubah dulu cara pemikiran kita.
Ubah dulu sikap kita.
Ubah dulu pandangan kita.
Tukar negatif kepada positif.
Berguru, buat tak berhenti, berusaha bersungguh2, fokus betul2,
banyakkan bertindak kurangkan menyalahkan orang lain.
bertanggungjawab pada kejayaan dan kegagalan sendiri.
Bukannya menuding kepada orang lain.

Jika ada yang senasib macam kes di atas, meh call saya.
Kita sembang niaga.
Dah 10 tahun saya dalam MLM ni.
tak pernah nak berhenti.
Terus buat dan terus berusaha membina kejayaan yang lebih hebat.
016 2212181.



Wednesday, September 19, 2012

Demo Cancel, Apa Nak Buat?

Salam.
Hari ni punya appointment semua tak jadi.
Satu di Damansara Damai.
Satu lagi di Hulu Langat Batu 9.
Dua2 cancel.

Tapi business tetap jalan.
Jika dah appointment cancel, apa nak buat?
Balik tidur ke?
Lepak2 kat Starbucks ke?
Atau buka FB je memanjang?

Macam2 cara boleh buat.
Boleh gi tabur flyers kat mana2 shopping mall atau kompleks2 kerajaan.
Mana tahu boleh dapat prospek yang berpotensi.
Boleh juga follow up prospek yang dah kita demokan
sehari lepas, dua hari lepas atau seminggu lepas
atau sebulan lepas.
Yang dah demo setahun lepas pun kena follow up lagi.
Jangan lak dia masuk dengan orang lain, padahal kita yang membuka jalan
untuknya dulu.

Boleh juga kita follow up dokumen atau dana kat bank.
Lihat level sales pun boleh.
Tengok2 jika ada downline kita yg masih nak aktif atau masih
boleh digerakkan.
Mungkin mereka koma sebentar kerana masalah atau situasi semasa.
Mungkin mereka dah bersedia untuk aktif kembali.

Atau kita gi service rakan kongsi yang aktif.
Tunjukkan produk baru.
Tunjukkan insentif baru.
Tunjukkan program2 baru taipan atau majlis2 baru company.
Atau boleh juga kita gi jumpa upline atau mentor,
duduk berguru atau berbincang dengan mentor kita yang dah berjaya.
Ingat..mentor anda tidak semestinya upline direct anda.
Tak semestinya CDM direct anda.
Rujuklah kepada yang lebih senior.
Yang dah berjaya.
Yang masih kekal bertahan.

Macam2 boleh buat.
Inilah yang selalu aku sebutkan,
"Tak habis kerja kita di dalam ATM selagi kita berusaha".

Jangan Mendesak

Sharing.
Tentang peluang yang kita ada bersama akademi taipan.
Orang tak mau atau orang tak mau, itu tak perlu fikir.
Yang penting kita berkongsilah dengan sesiapa je.

Dua tiga hari lepas, aku dibawa berjumpa dengan Fazli dan isterinya Ain.
Masih muda belia.
Bekerja dengan Simply Siti.
Gajinya boleh tahan, lebih RM8000.
Beliau masih mencari2 pendapatan tambahan.

Beliau pernah terlibat dengan macam2 MLM termasuk lamberger.
Buat sekerat jalan, dah slow katanya.
Tapi dah dapat balik modalnya.
"Kiranya berbaloi la, saya join company tu". Kata Fazli.
Bila aku tanya
"kenapa berhenti buat lamberger?"
Katanya...:Entahlah, upline slow saya pun slow, saya dengarlak kata main skim"
"Saya pun tak faham kak, yang upline saya tu pun dah stop, buat benda lain lak"

Kan bagusnya kita kongsikan ATM.
Orang senior masih ada.
orang lama masih buat lagi.
Otai2 dalam ATM masih aktif berniaga.

Ada yang dah 12 tahun, ada yg dah 10 tahun, 9 tahun, 7 tahun atau 6 tahun, tetapi
mereka masih konsisten membina kejayaan bersama akademi ini.
Tanyalah CDM2 lama seperti CDM Kartini, CDM Kamarudin, CDM Dzul, CDM Kuyah, CDM Yan
atau CDM Siti Rozana Rozar.
Mereka terus buat dan gigih berusaha.
Tak ada istilah berhenti.
Tak ada istilah give up.
Tak ada istilah tak boleh buat.
Tak ada kata dah habis orang.
Tak ada istilah barang tak leh nak jual.
Tak ada istilah, market dah tepu.
Tak ada istilah game over.
Kerana ini bukan money game tetapi benar2 merupakan suatu perniagaan.
Ada urus jual beli.
Ada produk.
Ada modal.
Ada company, ada penjual dan ada pembeli atau pelanggan.


Fazli tetap positif.
Respondnya bagus.
Kawan2nya pun ada yang join business ni.
Katanya nak datang tengok BOP kat Taipan dulu.
Apapun tahniah untuk Fazli dan isteri
kerana memberi peluang untuk diri sendiri.

Mungkin hari ini, Fazli menggelengkan kepalanya kepada akademi Taipan.
Tetapi mungkin pula esok hatinya terbuka untuk bersama akademi ini.
Tugas kita berkongsi saja.
Jangan mendesak atau memaksa.
Tetapi follow up lah.
Bukan mendesak sehingga prospek benci tetapi pujuklah
sehingga prospek jatuh hati.

Tuesday, September 18, 2012

BBplus Colagen

BBplus Kolagen
Produk terbaru syarikat
Terhangat di pasaran kini.
Ramai yang inbox nak tahu tentang BBplus.
Nak tahu harga, nak tahu bahan kandungannya, nak tahu jumlah sachetnta, nak tahu cara makan,
nak beli, nak order.
Malahan ada juga yang nak jadi pengedarnya.
Syukur alhamdulillah.

Produk baru ini terbaik.
Sambutan sangat hebat.
Permintaan tinggi.

Ramai wanita yang menggunakan kolagen.
Ia bagaikan aliran kecantikan wanita masa kini.
Innovasi untuk kecantikan memang sentiasa dinantikan oleh wanita, malahan lelaki juga.
Wanita dan kecantikan tak mungkin dipisahkan.
Mereka sanggup berhabis banyak untuk kelihatan cantik.
Tepat pada masanya apabila company mengambil langkah berani
untuk mengeluarkan produk hebat ini.
Satu kotak mempunyai 20 sachet.
Cara minum satu sachet sehari sebelum sarapan.
Bancuhkan satu sachet BBplus dengan 150 ml air sejuk.
Air panas/mendidih tidak boleh digunakan bersama BBplus.
Rasanya....emmmm sangat sedap. Perasa ribena.
Aku dah minum kotak yang pertama dah nak habis.

Sebelum ni aku banyak menggunakan kolagen jenama lain.
Antaranya gogeous, poisse dan prom colagen.Ternyata sejak menggunakan BBplus, ia lebih berkesan.
Rasanya lebih sedap dan mudah untuk diminum.
Ia juga mudah sebati serta tidak berketul2 seperti jenama yang lain.

Bagi anda yang nak cuba, bolehlah buat pesanan.
Nak jadi rakan kongsi pun boleh.
Boleh call nanti ya...016 2212181.

Monday, September 17, 2012

Tempat Jatuh Lagi Dikenang.

Salam.
Jumaat lalu berkesempatan menjenguk SMK Bandar Sg Buaya Rawang.
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat mencari rezeki ku dulu.

Tempat aku bertugas dulu.
Sempat dua tahun di sini sebelum aku mendapat peluang berniaga.
Dah 10 tahun meninggalkan kerjaya sebagai pendidik yang aku sandang selama 15 tahun.
Mana mungkin aku lupa kenangan dan pengalamannya.
Mana mungkin aku lupa rakan2 sejawatan dulu.
Semuanya indah dalam memori.

Datang bukan dijemput.
Tetapi gerak hati sendiri.
Aku datang menyerahkan sedikit sumbangan wang.
PIBG sekolah ni menganjurkan
Malam Semarak Budi
pada 22 September nanti.
Maaf tak dapat bersama.
Hanya sumbangan sebagai sokongan untuk
guru2 dan pelajar2 sekolah ini.
Semoga berjaya dan terus berjaya.
Pn Roseminah.
PK Kokurikulum.
Guru yang dedikasi.

Kawan lama di sini.
Seronoknya berjumpa Kak Rose.
kekal seperti dulu.
Kasih ku tertumpah kembali.
kenangan menggamit ketika aku di bilik ini dulu.
Ahhh...begitu pantas masa beredar.
Terus berlari meninggalkan sisa kenangan yang terpaut dalam album lipatan peribadiku.
Ini pula Pn Rosmani Salleh.
Dulu kami bersama2 bertugas di SMK Bukit Sentosa kemudian
berpindah pula ke SMK Bandar Sungai Buaya.
Pn Rosmani ikut bertukar juga.
Orangnya simple, tetapi semangat mengajarnya luar biasa.
Meski tak dapat anugerah cemerlang, mereka tetap cemerlang.
Merekalah guru terbilang.
Bukan penghargaan manusia yang mereka dambakan.
Cukuplah Allah meletakkan mereka di sisi yang paling baik pada pandanganNya.

Dah menetap di sana.
Rumah pun dah beli di sana.
Anak2 pun berlajar dan bersekolah di sana.
Waktu aku masuk ke bilik guru...wah semua cikgu sedang sibuk.
dengan pelbagai urusan dan persiapan untuk Malam Semarak Budi pada 22 September nanti.
Pn Aida, Pn Salmi, Pn Fauziah dan Pn Hazita yg sibuk dengan urusan protokol.
Maklum..ada orang besar nak turun katanya.

Kesian gak cikgu2 ni.
Aku tahu bidang tugas guru.
Serba kena buat.
Serba kena pandai.
Serba kena tahu.
Serba kena pikul.
Semoga terus tabah sahabat2ku.
Maaf aku tak dapat bersama lagi mengharunginya.
Bidang dan dunia kita sudah berbeza sama sekali.

Seronok berjumpa kawan2 lama. Setia dengan komitmen sebagai pendidik.
Setia dengan tugas guru yang serba mencabar.
Pn Hamidah Rohaya, Pn Aida, Pn Fauziah dan Pn Anita.
Bangga dapat bersama mereka.

Guru sejarah dan BM...Pn Mariam.
Emmm dapat melepas rindu dengan mereka sekali sekala.
Tapi masyaallah...cikgu2 ni semua sangat sibuk.
Nak bersembang lama pun tak sempat.
Masing2 nak siapkan kerja mereka.

Rasa syukur dan seronok yg amat sangat
kerana aku menikmati kebebasan masa dan kewangan setelah
buat business sendiri dan meninggalkan kerjaya perguruan 10 tahun lalu.
Tak adalah sibuk dengan buku rekod mengajar, dengan nak habiskan silibus pendidikan,
dengan buku2 latihan pelajar, dengan kertas peperiksaan, dengan fail2 persatuan dan laporan tahunan.
Ohhhh nikmatnya bekerja sendiri.
kepuasan tidak terhingga.

Jika dulu aku berperang dgn anak2 didik supaya mereka cemerlang dalam PMR, SPM dan STPM.
Kini aku sibuk dengan jadi cikgu, trainer dan mentor
di Akademi taipan untuk membimbing warga Taipan
menjadi usahawan hebat dan terbilang.
Masih mendidik.
Syukur alhamdulillah.
Bersama Pn Noraini Ishak dan Pn Salmi.
Masih setia dengan SMK Bandar Sungai Buaya.
Tahniah sahabat2...jadilah guru yang cemerlang.
Aku tahu memang mereka sangat cemerlang.
Aku tahu memang mereka sangat komited.
Aku tahu mereka sentiasa berkorban untuk anak didik.
Aku tahu mereka sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk tugas mereka.
Sungai pahala mengalir berterusan buat mereka semua.
Semoga Allah memberikan ganjaran yang berlipat ganda atas segala usaha dan pengorbanan mereka.
Aku bangga kerana pernah menjadi sebahagian daripada mereka, walau hanya selama 15 tahun cuma.
Sebelum pulang, aku singgah di rumah sahabat lama
Pn Sukainah Ismail di Bukit Beruntung.
lama tak jumpa.
Ini juga seorang pendidik yang sangat dedikasi.
terus cemerlang, terus komited dan memberikan komitmennya 100% untuk dunia pendidikan.
Selamat maju jaya sahabat2 sekelian.
Bagi aku...dunia pendidikan hanya tinggal kenangan.
Pun demikian terlalu banyak pengajaran hidup yang mampu aku manfaatkan
untuk aku terus berjuang bersama
Akademi Taipan Malaysia.

Jika ada kawan2 lama terbaca entry ini...jangan segan untuk call aku
016 2212181.