Thursday, June 28, 2012

Sabar Menanti

Triple K Project
Hampir setahun yang lalu dilancarkan di Mines.
Baru kini menampakkan hasilnya
melalui
G15 dan LOPA.
Sabar menanti.
Baru berbuah.
Insyaallah selepas ini menjadi2.


Syukur Ya Allah.


Hampir Tutup

Seronoknya.
Dah siap transfer G10.
Senyum lebar.
Hati berbunga indah.
Tapak ke LOPA sudah ada.
Fokus untuk Julai pula.
Jayakan. Bawa dia bersama.
Tahniah SM Ziadora dan CDM Hanim.
Hello, hello.
Cepat, kita nak ke LOPA ni.
Folow up jangan tak follow up.
Hari2 kena buat.
Jumpa hari ni, tak masuk lagi tak apa.
kerja kita follow up.
Mungkin bulan depan, dia masuk.
Mungkin lepas tiga bulan, baru dia join.
Wah isi borang ahli nampak?
Tak perlu pengalaman, tak perlu kelulusan,
tak perlu 10A SPM.
Semua layak menjadi ahli jika mahu. Hanya RM50 saja.
Nak berniaga ada modal, terpulang kepada diri sendiri.
Kami bantu apa yang perlu.
Semua layak join jika nak, Akademi Taipana akan membimbing anda.
Anda mahu atau tidak sahaja.
Serius mendengar.
Serius memerhati.
AT sentiasa diamati.
AT sentiasa diperhati.
AT sentiasa dipantau.
AT sentiasa diperkatakan.

SSM Mohd Hadi...pakar IT.
Engineer muzik utk AT.
Semakin memikat video2 yang dipertontonkan.
Semakin menarik slaid2 yang ditunjukkan.
Kejayaan Hadi juga dalam pembikinan.
terima kasih Hadi.
Tanpa anda, BOP Taipan tiada berseri.
Masing2 sudah berusaha.
Masing2 sudah menabur benih.
Siap dibaja dan dijaga.
Siap dibubuh racun bimbang ada serangga perosak.
Maka inilah ganjarannya.
Julai menanti dengan berseri2.
Tahniah semua warga Taipan.
Serikandi2 Taipan.
Bukan sekadar manis di wajah.
Tetapi manis di hati dan kuat pekerti.
Senyum lebar sampai ke pipi.
Siap closing untuk bulan ini.
Dah hampit tutup.
Tapi masih sempat.
Hasil usaha tiada istilah mahu berhenti.
Wow...G10 G15 dan LOPA benar2 memberi momentum
bagai besi berani.
Tahniah semua.

Aku rasa bersyukur.
Doaku bagaikan telah dimakbul.


Tuesday, June 26, 2012

Rancangan Tergendala

Petang ni kena ke Sunway Damansara.
Terpaksa ambik Irah dan Aisyah sendiri.
Selalunya mereka balik dengan teksi khas.
Tapi En wahid balik ke kampung.
Ayahnya sakit.
Rancangan tergendala.
Cuma pagi tadi sempat ke Bukit kemuning
menguruskan dokumen Nor untuk CIMB.
Petang ni sepatutnya aku berjumpa Quraisha di Giant Batu Caves.
dah dua hari berjanji dgn dia, nak pakai PB dan nak dengar tentang LOPA.

Tapi terpaksa dibatalkan.
Anak2 pula semua puasa sunat Syaaban.
Mereka memang rajin puasa sunat.
Aku minta mereka tunggu sampai jam 6 ptg selepas habis demo,
tetapi Aisyah merengek2 minta ambil cepat.
Tak larat katanya.
Jaam 3 petang aku dah ke sana.
Jam 4 petang mereka keluar.
Solat asar pun tak mahu tunggu.

Jam 5.15 baru sampai rumah.
Ke dapur pula bersiap untuk berbuka pulak.


Taipan Kekal Unggul

Akademi Taipan 181
Terus gemilang dalam dunia MLM.
Tetap unggul di Hai O Marketing Sdn Bhd.
Tanpa batasan tanpa sempadan.

Sabah Terus Mara

Taipan Sabah
Terus mara

Bukan sekadar makan
Makan2 sambil sembang niaga.

Bincang apa tu?

Monday, June 25, 2012

GAJI CEO

Bolehkah orang biasa yang sekolah tak setinggi mana,
tak ada kelulusan luar negara,
bekerja biasa2
berpendapatan seperti ini?

Hebatnya graduan2 Akademi Taipan.
pendapatan setahun menjadi sebulan sahaja.
Menyamai pendapatan bulanan seorang CEO sebuah
syarikat besar.

Tahniah Akademi Taipan.
Menjadi sebuah organisasi besar
untuk mengubah kehidupan diri dan keluarga.
Anda usaha anda dapat.

Hubungi saya untuk menjana
pendapatan seperti ini.

Faridah 016 2212181

Wang Itu Energy

Wang itu adalah energy.
Berenergylah dalam usaha untuk mencarinya.

Siapakah Lagi?

Futuristik terbaru
CDM Rizal Ariffin
CDM Rohayu Md Yasin
Tahniah untuk anda berdua.


Siapakah lagi yang akan dipaparkan di sini
sebagai
Crown Diamond Manager?

Saraya Zahret Bootique

Saraya Zahret Bootique
Dulu hanya di Kota Damansara.
Kini dibuka pula di Bandar Baru Bangi.
Outlett yang kedua.
Aku pernah bersembang dengan ownernya.
Berapa modal?
Lebih RM500 ribu untuk satu bootique.
Dua butik, lebih RM1 Juta.
Mak oooi...berapa kerat di kalangan bangsaku yang mampu
berniaga seperti ini?
Aku suka Saraya Zahret.
Patern dan pilihannya sesuai dengan selera aku.
Kebanyakkannya fesyen kasual.
Sesuai utk aku pakai untuk BOP/seminar/pengukuhan dll.
Harga boleh tahan.
Tapi lebih murah jika ada member card.
Dapat 10% diskaun.

Aku banyak beli baju.
Aku suka beli baju.
"Mama ni hantu baju". Kata aisyah
Dua atau tiga kali sebulan aku datang ke Saraya Zahret.
Pilihannya banyak.
Fesyennya terkini.
Warnanya memukau.
Sangat sesuai dengan seleraku.

Saraya Zahret banyak mengiklankan fesyen2 terkininya
dalam majalan Nona, Wanita, Jelita, Intrend, Nur, Keluarga dan lain2.
Untuk kos iklan pun, mereka habis puluhan ribu setiap bulan.
Iklan sangat penting. Jika tidak business tak jalan.

Hiasan dalaman di butik ini memang cantik.
Selesa dan nyaman.
Pelanggannya tak ramai, tetapi mereka mempunyai pelanggan tetap.

Sesiapa nak cuba,  bolehlah gi tinjau
Saraya Zahret Bootique.
Dua pasang, tiga pasang,
skirt, blaus, denim wow.
Aku suka shopping, tapi bukan window shopping.
Jika dulu, hanya window shopping je, sekarang benar2 shopping.

Kat London nanti, nak beli LV.
Wow, tambah koleksi untuk mengganjari diri.
Tiga beg yang aku borong Jumaat lepas.
berapa habis?
Emmm.. 1% je habis pun.
RM700 lebih sikit.

Jika anda suka shopping baju,
handbag, kasut, tudung, aksesori rumah,
maka anda dan saya adalah serupa.
meh, join club kita.
Jalan2 cari makan.
Jalan2 seluruh dunia.
Jalan2 cari prospek.
Jalan2 dan enjoy.
Inilah business yang mudah, simple dan boleh
mengubah hidup anda.

Hubungi Faridah 016 2212181

Sunday, June 24, 2012

Empayar

Networking
Semua orang boleh menjadi jutawan melalui MLM.
Business yang boleh menjadi empayar.
Hanya bermula dengan diri anda sendiri.

Jangan Menafikan Kekuatannya.

ONLINE BUSINESS

Salam.
Jangan menafikan kekuatannya.
Jangan menafikan kehebatannya.
Jangan menafikan kuasanya.
Gunakan sepenuhnya kemudahan teknologi di hujung jari untuk
menguasai pasaran anda.
Untuk mengembangkan network anda.
Untuk melebarkan jaringan anda.
Untuk membina empayar perniagaan anda.

Semakin mudah untuk berbusiness dgn kemudahan ini.
Mau atau tidak sahaja.

Layari http://faridahmohd_ali@yahoo.com
Layari www.akademitaipan181.com

Bintang-Bintang Muda.

Alhamdulillah dapat hadir untuk slot pengukuhan
di kepala Batas Penang semalam.

Ketika aku sampai di dewan Al Saha semalam,
pasanga Dsm Krie Paktam
dan isterinya Haryani baru juga sampai.
Tahniah kerana terus berusaha untuk mengubah kuliti hidupnya
melalui akademi ini.

Dulu bekerja sebagai driver trailler 40 kaki.
Tak pernah tak hadir majlis ilmu dan program2 yang
dianjurkan oleh akademi Taipan.
Sebab itu semangat mereka tak pernah kendur.
Seperti biasa laungan Go Go Go LOPA
memecah kesejukan dewan ini.
Inilah bintang2 muda dari utara.
Peluang untuk sesiapa saja.
Yang muda atau siapapun anda.
Anak2 muda utara, seronok berniaga dengan akademi Taipan.
Sambil buat sambil belajar.
Sepanjang buat itu adalah proses pembelajaran.
DSM Suriati pasangan DDM Lan.
Menjadi mc untuk majlis pengukuhan semalam.
Semakin hebat bicaranya.
Semakin yakin ke depan.
Semakin kuat mencengkam tanah utara
untuk melebarkan businessnya.
Tanpa had sempadan.
Terus gigih berusaha berganding bahu bersama suaminya.
Tahniah sue dan Lan.
SM Emi Rina dan SSM Rozita Hassan dari Jitra.
Sangat positif orangnya.
Pertama kali aku berjumpa.
Wah...lepas ni akan terus bertindak mengatur langkah untuk berjaya.
Tiada yang mustahil.
Matlamat terbarunya ialah London Paris.
Beruntung mereka kerana mendapat peluang ketika usia muda.
Tiada siapa yang mampu menghalang kemaraan anda.
Anda berhak untuk kaya dan berjaya.
Inilah peluang terbaik yang ada di hadapan mata.
Yakinlah kepada potensi diri sendiri.
Jangan terus terperangkap dgn bisikan palsu bahawa kita tak boleh,
kita tak pandai dan kita tak boleh kaya.
Tekun mengutip ilmu.
Sabar mendengar.
Gigih berusaha.
Tiada sebab untuk gagal.
Anak2 muda, andalah pencanang kejayaan bangsa.
Andalah bintang2 yang akan digilap sinarnya.

Bersedia untuk menadah telinga.
Bersedia untuk belajar dan menjadi pandai.
Bersedia pula untuk berperang di medan juang bersama akademi ini.
Jangan bimbang, kerana anda tidak berseorangan.
DSM Ina Azrina dan SM Julia...keyakinanya semakin mantap.
Langkahnya semakin berani.
Selepas ini akan memastikan diri dan semua rakan kongsinya
berjaya dan menapak ke LOPA.
Kejayaan mesti dicari.
Kejayaan mesti ditarik.
kejayaan mesti dikejar.
Kejayaan mesti diusahakan.
Bukan menunggu kejayaan datang menyerah diri kepada kita.
Personal coaching.
SM Suria mengutip ilmu dengan CDM Hasmidar, pemimpin
yang kaya pengalaman dalam Hai O.
CDM Rizal bersama SM Azmi.
CDM Hasmidar, DSM Suriati dan SM Suria.
Kejayaan dan mentor tidak mungkin dipisahkan.
Mentor anda akan memandu anda ke arah kejayaan.
Mentor anda akan menunjukkan anda jalan kemenangan.
Mentor anda membantu membina impian untuk anda.
Mentor yang baik adalah yang sentiasa jujur dan ikhlas untuk menjayakan anda.
Mentor yang baik adalah yang sentiasa berusaha
membantu merealisasikan impian anda.
Mentor yang baik akan sentiasa berbangga dengan kehebatan anda.
Rapatlah dengan mentor kejayaan anda.
Belajar dan mencari ilmu sampai bila2.
Jangan jemu mengutip ilmu.
Jangan mudah berpuas hati pada satu tahap kejayaan kerana kejayaan
yang lebih besar menanti anda.
Ramainya...lebih kurang 50 orang yang datang.
Ramai juga yang dah bagi nama, tetapi tak boleh hadir di saat akhir.
Dengan pelbagai urusan.
Tak apa, insyaallah aku akan datang lagi
selagi diperlukan.
Tekun mendengar.
Serius untuk belajar.
Terus mencari ilmu.
Dah ada ilmu, bertindaklah.
DDM Lan...semakin disenangi oleh rakan kongsi dan sideline juga.
Gayanya berhemah, penampilannya bersahaja.
Kepimpinanya semakin terserlah.
Usahanya mesti digandakan, apalagi sejak sepenuh masa
sebagai trainer di akademi ini.
Masna boleh tahan.
kejayaan mesti digandakan.
Pakej mesti digandakan.
Pendapatan mesti digandakan.
baru berbaloi sebagai usahawan sepenuh masa.
Insyaallah, akan terus berusaha untuk meletakkan dirinya
sebarisan CDM yang lain.

Snap snap snap
buat kenangan sepanjang hayat.
SM Amira..seorang lagi bintang kecil yang semakin
hebat.
Gayanya kecil2 cili padi.
Kreatif dan inovatif orangnya.
Belajar buat sendiri sejak awal lagi.
Strategi menggunakan laman sesawang dan sosialcamnya menjadi.
Dikongsikannya bersama kami semalam.
Tahniah Amira.
Tahniaah ...ini pula beberapa orang geng Taipan dari Parit Buntar dan Jitra.
DSM Ina Azrina, SM Julia, SM Rozita, SM Emi Rina, SM Atirah,
SM Amira, SM Haryani dll.
Sebahagiannya kali pertama bertemuku.
Dah dapat ilmu, apa ditunggu lagi.
Bertindaklah.
Koleksi album kejayaan.
Masukkan dalam profail kejayaan anda.
Inilah sebahagian bintang2 muda yang telah dan akan digilap kilauannya
di utara.
Bangganya menjadi sebahagian daripada keluarga ini.
Bangga juga kerana mampu menyuntik sedikit semangat untuk bekalan
jalan2 perjuangan untuk bintang2 muda.
Tahniah semua.
DSM Ina Azrina, alhamdulillah kali pertama mendekati ku sejak dua menjak ni.
Dah mula buat sendiri.
Demo demo demo, urus dana, urus dokumen dan ke stokis.
Dah mula berdikari.
Tahniah Ina.

Tahniah semua bintang2 muda utara.
Jangan takut untuk mara.
Jangan gentar untuk menggapai jaya.
kerana hanya mereka yang berani sahaja
yang akan mencipta kejayaan.

Membawa Misi Kejayaan

Jam 4 pagi semalam dah tersedar.
Bersiapuntuk ke utara.
Jam 5 pagi terus pecut ke Kepala Batas bersama CDM Hasmidar
yang cekap memandu BMWnya.

Sekali sekala aku terlena, maalum malam tu jam 2 pagi baru
aku terlena kerana baru balik
daripada berjumpa
En Nik Lokman untuk berkongsi tentang AT di rumahnya.
Positif orangnya. Dah biasa sangat dengan
business. Dah masak dengan selok belok perniagaan.
Dah macam2 business, bermula dengan Farmasi, petrol stesyen,  kontraktor,
vendor Perodua, pembekal peralatan Perodua,
kedai alat ganti kereta, kedai pakaian,
sehingga ke restoran dan kedai makan.
Pahit manisnya semua dah tahu.



Perjalanan diteruskan selepas solat subuh di R&R Rawang.
Jam 8.20 kami singgah bersarapan
di Bukit Gantang.
Sambil melihat pelbagai barang dijual di hentian ini.
Pagi2 dah buka kedai.
Baru masuk rezeki.
Nak berniaga kena rajin, selepas subuh jangan tidur.
Itupun petua murah rezeki.
Alhamdulillah, rezeki pagi ni.
Nasi lemak tea panas.
Sedap, boleh tahan.
Sekadar untuk mengalas perut.
Perjalanan balik, kami singgah makan pula di
Hentian Gunung Semanggol.
Orang agak ramai.
Mungkin kerana cuti hujung minggu.
Jam 8.40 malam, kami singgah solat jamak
di hentian rehat El Mina
sebelum meneruskan perjalanan pulang.
Jam 9.40 malam aku sampai ke rumah.
Terima kasih untuk CDM Hasmidar
kerana sedia membawaku bersamanya
untuk membawa misi kejayaan
ke LOPA bersama networknya
di Utara.

Insyaallah, bulan depan kami datang lagi.