Friday, December 30, 2011

Optimis...2012

Selamat Datang 2012
Selalunya org buat azam baru.
Bagi aku setiap hari penuh dgn azam baru.
Setiap saat aku cuba berazam menjadi lebih baik.
Bukan hanya berazam baru pd awal tahun sahaja.

Azamku...
Setiap hari mesti lebih baik dari semalam.
Setiap minggu mesti lebih baik dr minggu sebelumnya.
Setiap bulan mesti lebih baik dr bulan sebelumnya.
Dan setiap tahun ini msti lebih baik dr tahun sebelumnya.

Aku sedar
tahun baru 2012 menanti dgn cabaran yg lebih sengit.
Persaingan semakin hebat.
Dugaan dan ujian yg lebih besar sedia menanti.
Bersediakah kita untuk menempuhnya?

Apapun aku sambut kedatangan
tahun baru 2012
dengan penuh harapan.
Dengan doa yg tidak pernah putus, demi kehidupan yg lebih
sejahtera dan bermakna
untuk kehidupan peribadiku bersama suami
Untuk kehidupan anak2ku
Untuk kehidupan ibu, mak mertua dan adik beradik serta seluruh keluarga tercinta
Juga untuk rakan2 seperjuangan di AT181
Juga tentunya kepada seluruh warga taipan di mana
jua mereka berada.
Juga kepada seluruh saudara seagama.


Aku mahu mengerjakan haji dan umrah lagi
Angkatlah aku dan suami serta anak2 menjadi tetamuMu yg paling istimewa.
Sebagaimana istimewanya Rasulullah SAW di sisiMu.
Itu cita2 yg tak pernah padam.
Walaupun sudah beberapa kali dipilih ke tanah suciMu.

Kembalikan ku kepadaMu dgn kembali dan kematian yg baik.
Mati dlm keadaan yg baik.
Kembali ku menghadapMu dalam redaMu,
reda suamiku dan reda ibu bapaku.
Itu doaku yg tak pernah terlepas setiap kali bersujud padaMu.

Moga aku terus diberi kekuatan untuk menaburkan kebaikan
dan memberikan manfaat kepada orang lain.
Hidup untuk memberi.
Harta dan kekayaan bukanlah matlamat hidup tetapi
memberi segala kebaikan adalah cita2 dalam hidup.
Dan ia pasti lebih bermakna andainya kita mempunyai harta
untuk disebarkongsikan dgn orang lain.
Insyaallah, yg ini aku letakkan harapan melalui
AT 181.

Selamat tinggal tahun 2011.
Ku lalui penuh syukur.
Ku harungi penuh reda.
Ku tempuhi penuh sabar.

Penuh warna warni.
Penuh dgn pelangi.
Penuh suka duka.
Penuh hitam putih.
Penuh dgn pahit manis.
Penuh dgn ranjau berduri.
Penuh dgn jatuh bangun.
Penuh dgn dugaan tak terjaangkau dek akal fikiranku yg terbatas
selama ini.
Penuh cabaran besar dan kecil.

Begitu kerdilnya diri ini.
Begitu terbatasnya ilmu pengetahuanku.
Aku tidak mengetahui, hanya Engkau jua yg mengetahuinya.
Aku tidak mengerti, hanya Engkau yg lebih memahami.
Fikiran ku terbatas, hanya pengetahuanMu yg lebih agung.
Engkau yg menyusunnya.
Engkau yg mengatur segalanya.
Engkau yg merencanakan semuanya.
Engkau yg maha merancang atas segalanya.

Cukup indah bagi yg memahami.
Cukupa manis bagi yg mengerti.
Segalanya  penuh hikmah bagi yg berfikir.

"MAKA NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH
LAGI YG HENDAK KAMU DUSTAKAN"
[aR rAHMAN:13]


Tidak Engkau jadikan segalanya bukan sia2.
Aku bersyukur dgn segala nikmatmu
dan aku bersabar dgn segala ujianMu.

"DAN JIKA KAMU MENGHITUNG2 NUKMAT ALLAH,
NESCAYA KAMU TIDAK AKAN DAPAT MENGHITUNGNYA
DAN MENGIRA JUMLAHNYA. SSUNGGUHNYA ALLAH
BENAR2 MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG".
[AN-NAHL:18]

Kesabaran ketika diuji dengan kesusahan
menjadi suatu bahtera besar yg membolehkan aku bertahan
di tengah gelombang air mata dan tsunami kehidupan.
Ia menjadi aku lebih kuat mental dan jiwa.
Lebih pasrah di samping terus berusaha untuk menguatkan diriku.
Tidak gelabah malahan terus tersenyum.
Aku yakin, setiap cabaran akan berlalu pergi.
Apapun cabarannya, sekuat manapun gelombangnya,
ia pasti akan berlalu.

'DAN SUNGGUH AKAN KAMI BERIKAN UJIAN KEPADAMU,
DENGAN SEDIKIT KETAKUTAN, KELAPARAN, KEKURANGAN HARTA,
JIWA DAN BUAH2AN.
DAN BERKANLAH BERITA GEMBIRA KEPADA ORG2
YG SABAR. ORG2 YG APABILA
DITIMPA MUSIBAH, MEREKA MENGUCAPKAN,
'INNALILLAHI WA INNAA ILAIHI RAAJI'UUN.
MEREKA ITULAH YG MENDAPAT KEBERKATAN
YG SEMPURNA DAN RAHMAT DARI TUHAN MEREKA
DAN MEREKA ITULAH ORG2
YG MENDAPAT PETUNJUK".
[al-Baqarah: 155-157].

Bacalah buku
*Bila Allah Menduga Kita
Oleh Syed Alwi Alatas


*Jangan Bersedih
Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan
Oleh Dr 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni

* Senyumlah
Apapun Masalahmu Ia Pasti Akan Berlalu
Oleh Syed Alwi Alatas

Insyaallah, aku lebih memahami erti kehidupan ketika dilanda
kesusahan dan keperitan hidup.
Itulah tanda Allah masih mengasihi diri ku.


Penuh optimis...
Tahun baru 2012 ku sambut dgn penuh harapan.
Ku sambut dgn penuh kesyukuran.
Apa lagi setiap kali sambutan Januari dan tahun baru,
ia bermakna bertambah lagi usia kematanganku.
Menginjak ke usia baru yg lebih mendewasakan.
Syukur Ya Allah.





Semarak Vietnam

Ahad 1 Januari 2012
Jom kita penuh aktiviti tahun baru 2012
bersama AT 181.

Jam 10 pagi
TTC 1, USJ 9
Business Opportunity Presentation (BOP)

Hanya sebulan lagi untuk fight ke
VIETNAM VIETNAM VIETNAM.

Semarakkan BOP kita dgn semangat
VIETNAM.

Taipan Bowling Tournament

Wah ....pasti best.

TAIPAN BOWLING TOURNAMENT
Sabtu 31 Disember 2011
Jam 10.30 pagi
Summit Superbowl USJ



Terbuka untuk semua warga Taipan.
Boleh bawa anak2 dan keluarga
Satu team 4 orang
(Akan diundi di sana)
Boleh walk in

Bayaran RM30 seorang untuk bayaran bagi 4 games
RM7 untuk satu games dan kasut RM2.
(Sorang RM30)
Sila bawa stokin.


Thursday, December 29, 2011

Senyumlah

Buku baru...Senyumlah.
Apapun masalah mu ia pasti akan berlalu.

Insyaallah, malam ni mula baca.
Besok target habiskannya.

Members(181)

Members (181)

Hari ini 29 Disember 2011.
Mula berblog Ogos 2010.

Suka2.
Menulis je.
Berkongsi.
Jika suka boleh join members.
Tak nak pun tak apa.

Yg dah join, TQ atas sokongan anda semua.
Ambillah yg baik dan bermanfaat sahaja.
Moga aku akan terus berkarya dan berkongsi di ruang blog ku ini.
Ia akan terus hidup selepas kematianku nanti.
Dah setahun lebih berblog.
Jadi blogger.
Mengasah bakat.
Dulu aku ni nak buka laptop pun tak reti.
Maklum,belajar di sekolah atap.

Tapi semangat mahu berjaya.
Tak reti belajar.
Tak tahu kenalah bertanya kepada yg tahu.
Tak pandai belajarlah dgn yg pandai.
Nak berjaya bergurulah dgn yg pandai.

Sekurang2nya aku mahu hari ini jadi lebih baik dari semalam.
Lebih baik dari minggu lepas.
Lebih baik dari bulan lepas.
Lebih baik dari tahun lepas.

Sekarang, kalau tak buka internet sehari terasa macam tempang hidup.
Mesti buka walau sebentar cuma.
Macam mengaji Quran, kalau tak baca rasa tak sempurna hidup sehari.
Mesti baca setiap hari walaupun sehalaman saja.

Ulat Buku

Aisyah...tersenyum sorang2 berada dalam dunia khayalan bukunya.

Salam.
Ke Mana hari ni?
Aku cuma ada satu appointment jam 4 petang ni,
nak pakaikan customer PB.
Alhamdulillah, rezeki hujung bulan.
Orang bayar cash.
So aku bolehlah maintain 200 BV sahaja.
Syukur, sikit2pun duit gak.
Sikit2 pun business gak.
Sikit2 pun PV dan BV juga.

Pagi ni aku dan anak2 ke IOI Mall Puchong.
Bersama Aimi, Irah dan Aisyah. Bawa anak2 nak membeli pelbagai barang mereka.
Ada yg nak beli buku, ada yg nak beli baju, ada yg nak beli beg,
ada yg nak beli kasut, ada yg nak baiki jam tangan,
ada yg nak tengok hp baru.
Dan macam2 lagi.
Jika bukan aku ibunya, siapa lagi yg nak bawa?
Sampai jam 1.30 tghri di sana.

Jumpa pulak dgn CDM Kartini dan Aiman.
Beli barang2 anak sekolah gak nampaknya.
Yalah, sekolah dah nak buka Rabu ni.
Aisyah...jika dah dapat hajat dia tak peduli dunia lagi.
Buku buku buku.
Beli lima buah bukunya di Popular.
Juga beberapa kelengkapan persekolahannya.

Aimi beli baju, dia duduk baca buku.
Irah beli kasut, dia terus tatap buku.
Kami singgah kat samsung, dia masih baca buku.
Aku dah bergerak ke stor lain, dia masih dgn buku.
Inilah ulat buku.
5 buah buku...dua hari boleh dihabiskannya.
lepas tu minta buku lagi.
Lepas tu merayu beli buku lagi.
Merayu nak ke kedai buku lagi.
Popular, MPH, Amcorp Mall, PKNS Shah Alam dan macam2.

DSM Nik Hafiza

DSM Nik Hafiza
Selasa lepas hadir meeting dari jauh.
Datang dr Kuala trengganu semata2 hanya untuk hadir
meeting di USJ 9.
Jam 4 petang bertolak dt KT bersama suami dan dua orang anak kecil.
Yg sulong berusia 3 tahun dan 8 bulan.

Beliau memulakan business bersama AT181 di Penang di bawah tunjuk ajar
Rizal...Kini CDM Rizal.
Mendapat bimbingan drpd CDM Hasmidar.
Tetapi taklama kemudian berpindah kerja ke KT, balik ke kampung halamannya
di sana.
Dah dua tahun berehat, katanya dia tak tahan membaca
blog aku yg setiap hari yg setiap hari dilayarinya.
Dia mesti bermula kembali.
Lama berdiam diri pun tak dapat apa.
Alang2 buat, baiklah berterusan.
nak ke Penang, jauh pula.
Jadi, baik terus ke KL, boleh berjumpa lebih ramai CDM.

Lepas meeting habis di TTC malam tu, aku minum dan sembang lagi dgn
Nik bersama CDM Hasmidar.
Tunjukkan cara demo baru.
Strategi baru.
Insentif baru.
Cara buka marketing plan, nak buka minda.
Wah...terbakar kata Nik.
tak tahan...dan Nik sanggup datang dua kali seminggu ke USJ 9
untuk belajar.

Lepas minum, terus Nik nak bertolak pulang ke KT.
Aku ajak bermalam di rumah, tapi katanya esok jam 7 pagi dah kerja.
Mau tak mau, dia kena balik segera.

Inilah semangat mahu berjaya.
Tiada alasan bagi yg mahu.
Jauhnya jarak, anak kecil atau kerja atau tak ada masa
hanyalah alasan yg direka cipta oleh diri sendiri
untuk menggagalkan diri sendiri.

Tirulah semangat DSM Nik Hafiza.
Tahniah Nik.
Teruslah berusaha dan berjuang.
Pasti kejayaan akan hadir.


Apa Kata Mereka 2?

Meeting/BOP di USJ terus diadakan sebagaimana biasa.
Terus berjalan.
Cuti atau tak cuti, sentiasa ada kelas ilmu.
Walaupun tak penuh dewan, tetapi tetap bersemangat bagi yg hadir.
tambahan lagi bagi orang baru.
Orag lama kadang2 dah tak rasa apa.
Tapi bagi org baru, semangatnya.

CDM Che Mat...tak asing lagi utk slot membuka minda
mereka yg hadir, terutamanya org baru.
Tahniah CDM Che Mat.
Terima kasih CDM Che Mat.
Terus berusaha memberikan yg terbaik utk AT181.

CDM Haryati...MC malam itu.
Tahniah kepada semua yg hadir.
Inilah platform terbaik untuk saya, untuk anda dan untuk kita semua.
Mari kita bersama2 bekerja sebagai satu team untuk
misi dan impian kita yg masih belum terlaksana.
Tahniah SM Zakaria dr Seri Kembangan.

"Seronoklah, belum buat apa2 lag dah masuk duit.
Saya dapat RM4500 lebih sebelum buka mulut pun.
insyaallah, saya berjanji untuk terus melangkah ke depan
bagi mencapai impian saya bersama akademi ini.
Terima kasih kepada upline direct saya DDM Rozita Johari."

SSM CC Hamid...Apa kata beliau
"Saya dah kerja lama di sektor awam Putrajaya, gaji hanya naik RM50 setahun.
Bersama AT181, saya seronok sbb bulan pertama pun dah dapat
Rm4500. Banyak tu.
Terima kasih kepada upline saya DDM Azhar."

DSM Mohd Azza
" Dulu saya sangat negatif tentang MLM, perkara yg paling saya tak suka
ialah MLM, malahan saya cukup menyampah dgn org MLM.
Saya juga suka bercerita tentang negatif MLM, tengok hal2 yg negatif untuk melepaskan saya drpd org MLM.
Tetapi luar biasa, sikap saya berubah apabila saya hadir ke akademi ini.
Terima kasih kepada semua CDM dan upline saya
yg terus membuka minda saya untuk positif dgn MLM dan menjadikan saya
semakin jatuh cinta kepada MLM.
Dan saya akan terus berusaha untuk berjaya bersama Akademi Taipan 181."
DDM Rozita Johari.
"Saya berazam untuk naik sebagai CDM tahun 2012 nanti.
ini bukan kerja sorang2.
Berbezanya di akademi ini, kita tidak akan berjaya jika kita melakukannya
secara berseorangan, malahan syarat untuk berjaya mestilah berkumpulan.
Hebat sungguh akademi ini."
Tahniah DSM Nik Hafiza.

Datang Nik, jauh datang dr Kuala
Trengganu semata2
untuk hadir ke meeting ini.
Jam 4 petang dia bertolak bersama suami dan dua orang anak kecil.
Nik memulakan businessnya di Penang bersama CDM Rizal, tetapi
berpindah ke Kuala Trengganu atas tuntutan kerja.
Dah dua tahun berehat.
katanya..."Saya tak tahan bila setiap hari membaca blog CDM Faridah.
Saya mesti kembali berjuang.
saya akan buat semula.
Mahu tak mahu saya mesti datang belajar dan mengambil semangat di KL.
Itu yg saya hadir ni."
Kata Nik lagi.

Berkongsi saja...bercakap lagi...selagi diperlukan.

Ada bezanya antara...
Saya ingin kaya.
Saya mahu kaya.
Saya wajib kaya.

CDM2 Masih Buat?

Inilah hebatnya AT181.
Satu pasukan.
Satu hati.
Satu impian.
Satu semangat.
Kerjasama antara warganya.

CDM Hanim, CDM Haryati dan CDM Hasmidar.
Mereka bertiga merupakan CDM Taipan.
Mereka bertiga merupakan sideline dlm Taipan.

Semalam, kami menyusuri bangunan2 pejabat di  PJ.
Banyak pejabat kat sana.
Macam2 pejabat ada.

Buat apa kat sana?
Buat kerja asas untuk MLM. Bina kaki baru.
Cari network baru. Lahirkan leader baru.
Menaja menaja menaja.

Berkongsi dgn orang lain, mencari prospek, edar flyers, edar pamplet,
cari contact...buat sama2.
Walaupun semua dah CDM, masih buat kerja macam SM baru.
CDM2 masih buat?
Ya CDM2 masih buat.
Selagi buat MLM, ia tak boleh berhenti.
Apa lagi yg baru SM atau SSM.
DSM dan DDM tidak terkecuali.
Singgah minum di MTC dulu selepas solat Zohor.
Lepas tu buat lagi. Jalan lagi.
Edar lagi.
Sampai semua ofis tutup jam 5 petang baru kami beredar.
Alhamdulillah, dapat pula offer buka booth.
Percuma lak tu.
Nak buat program pun boleh.
Wah lagi bagus.
Ada aktiviti baru ada produktiviti.
Ada aktiviti baru ada PV dan BV.
Ada aktiviti baru dapat bonus.

Eh eh...CDM faridah pun ada?
Tabur flyers lagi?
Cari contact lagi?
Sponsor kaki baru lagi?

Mana masuk? Mana pergi?
Jabatan Kimia, Mahkamah seksyen, bangunan Persekutuan, MTC dan lain2.
CDM Haryati...
Jumpa prospek, ambil no hp, ambil alamat.
terangkan serba sedikit sebelum dapat buat appointment seterusnya.
Sebelum bercerita lanjut tentang akademi ini.
Sebelum masuk pakej.


Inilah latihan untuk mereka yg mahu berjaya.
Inilah pendedahan berhadapan dgn pelbagai ragam manusia.
Inilah tindakan untuk mengembangkan network.
Inilah usaha yg tak pernah jemu.


Anda berani?
Anda buat?
Anda lakukan?
Jika mereka lakukan, kenapa kita berdiam diri?
Jika mereka sanggup turun padang, mengapa kita lihat saja.
Pemimpin2 anda melakukannya, maka tirulah mereka.
Buatlah seperti mereka.
Bukankah jika kita mahu berjaya, maka kita mesti mengikut
langkah dan jejak org yg telah berjaya?

Selamat maju jaya.
Salam Taipan.

Tuesday, December 27, 2011

Kena Proaktif

Ada aktiviti baru ada produktivi.

Salam bahagia.
Esok dah ada aktiviti?
Untuk business maksud aku???
Ada aktiviti baru ada PV.
Ada aktiviti baru ada BV.
Ada aktiviti baru ada business.
Ada aktiviti baru ada produktivi.

Apa aktiviti business MLM macam kita ni?
Macam2 aktiviti boleh buat?
Mesti proaktif untuk menggerakkan business masing2.
Jgn tunggu saja.
Mengharap business berjalan sendiri?
Mana mungkin begitu.


Ken ada aktiviti
?Apa aktivitinya?
Meeting, BOP, kelas ilmu.
Bengkel, WAB atau pengukuhan.
Menghadiri kelas produk
Menghadiri majlis anugerah.
Mengikuti semua program group.
Demo...yg paling penting.
Cari prospek.
Senyum, buka mulut,  tegur orang.
Edar flyers.
Edar pamplet produk pun boleh.

Kongsi kehebatan produk atau demo produk.
Masuk ofis keluar ofis, berkongsi peluang.
Jumpa rakan kongsi atau service group
Tetapkan matlamat untuk rakan kongsi.
Tunjuk cara demo kepada rakan kongsi.
Buat senarai nama baru.
Buat buku impian hidup.

Follow up rakan kongsi lama.
Follow up prospek baru.
Follow up prospek yg tak lepas dana.
Sampaikan maklumat terkini kepada rakan kongsi,
ttg produk baru, insentif baru, katoalog baru,
majlis anugerah dan lain2.

Jumpa up line.
Jumpa mentor.
Registre keahlian ke stokis.
Punch sale kat stokis.
Maintain.

Ambil barang dan hantar barang kepada rakan kongsi.
Service produk yg customer beli.
Menghantar sms.
Menelefon prospek, rakan kongsi.
Melihat dan meneliti level sales.

Turun padang jika ada group yg jauh2.
Buat perjumpaan group kecil.
Bagi ilmu, bagi semangat, tetapkan matlamat.
Buat perbincangan dgn leader.
Untuk lahirkan dublikasi.
Dan macam2 lagi.

Kena kreatif.
Kena proaktif.
Kena bergerak.
Banyaknya aktiviti boleh buat dlm business ni.
Jika mahu group berkembang, kenalah buat.
jangan dok saja.

Lebihkan demo, mesti cari satu demo sehari.
Mesti rajin berkongsi.
Rajin buka mulut.
Sama ada org baru atau org lama, inilah tugas kita jika mahu terus menjana
pendapatan besar di dalam Hai O.
SM kena buat, CDM lagi kena buat.

Banyakkan aktiviti, banyaklah produktiviti.
Selamat maju jaya.

Monday, December 26, 2011

Summit Superbowl

Summit USJ Superbowl.
Bawa anak2 main bowling.
Makin kerap main bowling.
Anak2 makin minat bowling.
Asyik ajak ke bowling je.
Juara hari ini...beberapa kali strike.
Boleh laa...lawan dgn isteri dgn anak2.
Dulu juara Hulu Selangor...he he he.
Masa jadi cikgu kat Rawang dulu dok latih budak2 sekolah.

Pagi2 lagi dah ajak aku gi main bowling.
Dah gian..asyik2 ajak main bowling.
Kalau tak gi, masam lak mukanya.
Sekali sekala, kena penuhi permintaan anak2.
Irah, makin baik permainannya.
Dah kurang masuk longkang.
Balingannya makin tajam.
Ada juga dapat strike.
kalau hari2 berlatih,boleh jadi pemain bowling profesional.
Yg penting mahu. Dah minat, kemahuan mesti datang.
Kena asah bakat, kena ada skills.
Aimi dan Nina pun ada sekali.
Nina pun makin bagus permainannya.
Walaupun kecil je orangnya.
Tahniah Nina.
Eh eh...jumpa pulak dgn Nik Mohd Shafiq anak sedara aku.
Anak abang yg sulung.Tinggal di USJ 6.
Datang summit main dgn geng2nya.
Masih belajar kat KL...apa entah bidangnya, maklum anak sedara ramai.
yg aku tau kursus profesional kejuruteraan penerbangan.
Senang cite utk baiki kapalterbang.
Tak lama lagi habislaa.
Gaya Aisyah dan Aimi.
Rasanya kat Summit lagi best main berbanding dgn IOI Puchong, Shah Alam
dan Alamanda serta beberapa tempat yg lain.
Lapang dan tak ramai orang. Nak parking pun mudah.
Lebih selesa.
Sempat main 3 set games.
Tak berpeluh pun. Tp enjoylah dgn anak2.
Lepas tu makan dan terus balik.
Bagus gak jika dijadikan aktiviti dgn Taipan sekali sekala.

Aku Terus Follow Up

Kat Kg Malaysia Raya, Sg Besi.
Dua hari lepas aku ke sini, rumah raan kongsi baru.
Dah isi borang ahli. Aku followup je, hantar starter kit.

As dan suaminya Jani dah hadir BOP kat USJ 9
sebanyak dua kali sebulan lepas.
Dan pernah hadir program WAB beberapa kali.
Mereka excited sangat dan masih kekal positif sewaktu aku
berjumpa dgnnya dua hari lepas. Sayang sekali dananya masih sangkut.

As seorang guru, masih muda lagi.
Belum pun 30 tahun.
Jani seorang engineer, baru berpindah dari K. Trengganu ke KL.
Dah 4 tahun berulang alik KT-KL-KT kerana isterisnya berseorangan di KL.
Baru mendapat kerja baru di Damansara.
Gajinya pun belum dapat.

Itulah...yg excited nak buat, tak lepas pulak.
Yg dah dapat dana, lari tak jawab panggilan lagi.
Macam2 pengalaman berjumpa org sepanjang 9 tahun
buat business ni.


Kata Jani, inilah peluang bersama AT181,
yg dia nampak untuk mengubah hidup mereka sekeluarga.
Tapi dana tak lepas.Sangkut pulak.
Masih bersemangat. Katanya kenalah tunggu gaji naik
bulan Januari 2012 nanti, baru boleh submit dana lagi sekali.

Kata As pada aku...
"Hebat betul pemimpin Taipan ni, walaupun dia tak boleh buat,
masih lagi followup. Masih lagi nak bimbing.
Tak sangka Kak Dah dan abang dzul sanggup turun padang macam ni
datang ke rumah kami. Insyaallah, As akan buat.Tunggu masa je.
Terpaksa settle tunggu gaji dulu."

Sebagai upline, aku akan terus follow up.
Semoga ada sinar untuk mereka, untuk aku dan untuk AT 181 juga.


Sunday, December 25, 2011

Menziarah

Minum petang.
Kebetulan Aimi ada kat rumah.
Aku pun tak ke mana.
Aku masakkan nasi goreng special dan martabak diraja dari Kelantan.
Sukalah anak2 kalau mama yg masak.

"yummmi...sedapnya, bestnya mama masak lagi hari ni" sorak Aisyah.
Walaupun simple je, tapi anak2 suka jika aku masak.
Ya lah...air tangan ibu.

"Wah...sedapnya nasi goreng mama buat"...Kata Irah.

"Mama, besok buat spagheti yg selalu mama masak tu, dah lamala tak makan".
Kata Aimi.

Anda menikmati sajian apa petang ni?
Goreng pisang, keropok goreng, ubi rebus?
Teh O panas atai kopi O panas.
Jika ada ubi kemili lagi best.
Itu ubi kegemaran aku.
Tapi kat KL ni mana la nak cari ubi kemili ya?
Ada sapa tau kat mana ada?
Nanti inbox kat aku ya.

Sebenarnya jam 4 ptg tadi baru je sampai rumah.
Kami dari Putraajaya.
Selepas BOP di USJ 9, kami menzirahi CDM Che Mat Razali di rumahnya
di Precint 18 Putrajaya.
CDM Haryati dan CDM Jai pun hadir sama.

Alhamdulillah nampak kakinya dah baik dah.
Dah kering, dah boleh jalan.
Hari tu tengok imej mms, uuuuu... menakutkan aku.
Memang tak boleh nak jadi misi, apa lagi nak jadi doktor aku ni.
Penakut...

Selasa nanti dah mula kerja katanya.
Waktu kami sampai, keluarganya pun ada.
Mak, ayah dan adik2 CDM Che Mat dari Kelantan yg baru tiba.
Lupa lak nak  snap snap snap.

Katalog Produk

Hanya RM18.00
Katalog produk serba lengkap.
Semua tentang produk2 yg ada di dalam Hai O.

Sgt berguna.
Sgt besar manfaatnya bagi yg tau menggunakannya.
Untuk melariskan jualan.
Untuk mengembangkan network.
Untuk melebarkan sayap.
Untuk menambahkan pendapatan.
Untuk mendapatkan untung runcit.
Untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang kehebatan produk.
Semua pengedar patut memilikinya.
Setiap produk akan disertakan dgn gambar.
detail tentang kandungan, bahan, faedah dan cara menggunkannya.

Dalam dua bahasa utama..BM dan BI.
Dapatkan segera untuk anda dan untuk semua rakan kongsi anda
drpd stokis berhampiran anda.

Anda sudah memilikinya?
Dapatkan segera.
Hanya RM18 sahaja.

Macam Biasa

CDM Haryati...MC untuk BOP hari ini.

Walaupun hari ni cuti krismas, besok pun cuti tetapi BOP tetap diadakan.
Alhamdulillah, ramai gak yg hadir.
Ramai gak prospek baru.
Terima kasih kepada pemimpin2, cikgu dan mentor yg sudi hadir
memberikan komitmen mereka kepada AT 181.

Syukur, BOP berjalan seperti biasa.
BOP diadakan sebagaimana biasa.
BOP dibuat seperti biasa.

CDM Lin memberikan kata2 aluan.
Tahniah Lin, sentiasa hadir dan menyokong AT181.
CDM Jai...pakar strategi.
Membentangkan kaedah dan cara menjana pendapatan berganda
serta bagaimana untuk membuat simpanan RM100 000
dalam masa setahun bersama AT181.
Bimbingan diberikan percuma.
Hebat bagi yg merebut peluang.
Alhamdulillah, terus hadir memberikan komitmen yg
tak berbelah bagi.
TQ TQ TQ
CDM Shila dan CDM Norita...
Bincang2, sembang2, bertukar2 fikiran.
Beri semangat, ambil semangat, hulur semangat barulah bersemangat.
Personal couching dgn cikgu Norita.
Beginilah anda akan dijayakan.
A sampai Z, kita akan dibimbing.
Apa nak takut, apa nak bimbang.
Business kat luar lagi tak ada bimbingan.
Pandai2 lah kau jika nak berjaya.

Cukup ke dgn rajin saja jika tiada bimbingan?
Cukup ke dgn usaha keras saja jika tiada bimbingan?
Cukup ke dgn buat2 tak berhenti jika tak ada bimbingan?

Dgn akademi ini,bimbingan diberi percuma.
Dari mula anda masuk sampai dah jadi CDM pun masih dibimbing.
Itulah hebatnya akademi ini.

Saturday, December 24, 2011

Pendapatan Kerja Sambilan

Kerja Sambilan?
Tak ramai yg sanggup melakukannya
kerana banyak sebab
dan alasan.
Tetapi ada waktunya pendapatan kerja sambilan lebih besar
pendapatannya dari kerja tetap.
Malahan pendapatan kerja sambilan, bagi setengah orang..100 peratus hasilnya
dimasukkan ke dalam tabungan tanpa langsung mengusiknya
untuk kegunaan harian.

Jangan sempitkan cara berfikir kita tentang pendapatan dari kerja sambilan.
Lihatlah potensi diri kita.
Bukan sekadar membayangkan kerja sambilan itu ialah
mencuci pinggan di kedai mamak
atau di KFC sahaja.
Setiap orang mempunyai potensi dan kemahiran yg dapat ditukar menjadi wang.
Setiap orang juga mempunyai lebihan masa yg
dapat ditukar kepada wang.
Dan setiap orang juga mempunyai lebihan tenaga untuk
menukarkannya menjadi wang.
Apa yg perlu ialah untuk mencari peluang dan bertindaklah untuk menukarkannya
kepada wang.

Pengalaman aku  dahulu ketika buat Hai O sebagai kerja sambilan
pada tahun 2003 dahulu.

Kesempatan untuk menjana wang melalui minat menjual, kelebihan produk, lebihan masa dan tenaga yg aku miliki, aku tukarkan kepada wang,
dan aku gunakan sepenuhnya.
Mata duitan?
Ya, memang aku sukakan wang.

Kerja tetap aku Guru Penolong Kanan Sekolah Menengah Gred DG41.
Gaji aku ketika itu RM3540.25

Tetapi bandingkan pendapatan hasil kerja sambilan aku
ke hulu ke hilir berkongsi kehebatan produk dan menjual Premium Beautiful.

Bulan pertama.....RM3000.00
Bulan kedua...RM5100.00
Bulan ketiga...RM7200.00
Bulan keempat...RM8600.00
Bulan kelima...RM14 900.00
Bulan ke 12...RM33 000.00


Dan bulan itu juga aku terus meletakkan jawatan dgn notis 24 jam
sebagai pendidik yg telah disandang selama 15 tahun.

Ini itulah hasil kerja sambilan.
Syukur aku terpilih untuk merebut peluang yg datang.
Anda bagaimana?
Mahu mencari pendapatan dari kerja sambilan?
Boleh hubungi saya
016 2212181

5 Tahun Akan Datang!!!

* Yg cukup hari ini menjadi kurang pada masa akan datang

* Yg mewah hari ini menjadi sekadar cukup pada masa akan datang.

* Yang tidak cukup hari ini akan menjadi fakir pada masa akan datang.
Betul ke demikian?
Semaklah hidup kita 5 tahun lepas.

Mungkin dgn gaji RM3000, 5 tahun lalu, sudah boleh dikira cukup
untuk menampung keperluan kita sekeluarga pd waktu itu.
Tetapi kini, RM3000 jika tinggal di KL, sudah dikira kategori miskin.
Barang serba mahal, inflasi naik tak pernah turun, nilai wang semakin kecil.

Jika 5 tahun dulu, RM50 dikira cukup untuk pergi ke pasar malam.
Tapi kini jika ada RM50 saja, hanya cukup untuk beli sayur saja.

Bayangkan di mana kita 5 tahun akan datang?
Bayangkan di mana kita 10 tahun akan datang?

Masihkah kita di takuk lama?
Masihkah kita mendiami rumah yg sama?
Masihkah kita bekerja di jabatan yg sama?
Masihkah kita dgn jawatan yg sama?
Masihkah kita dgn hutang yg sama?
Masihkah kita dgn tak ada simpanan sampai bila2?
Masihkah kita dgn kedudukan kewangan yg sama?
Masihkah kita menunggu gaji sahaja sebagaimana biasa?
Masihkah kita dgn kehidupan yg biasa2?

Apa yg akan anda nikmati 5 tahun akan datang adalah
hasil tindakan anda hari ini.
Bertindaklah.


Mencari sesuatu yg baru yg akan mengubah hidup anda?
Hubungi saya 016 2212181





Friday, December 23, 2011

Powerful Inspirational true story...Don't give up!

Jika Mahu Berjaya?


Jika mahu berjaya....

*Bersedialah untuk mengorak langkah.

*Persiapkan diri kita dr segi mental dan fizikal.

*Jangan berkata TIDAK selagi kita belum melangkah.

*Tolak alasan ke tepi walau apapun alasannya.

* Keluar dari zon selesa.

* Tetapkan matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang.

* Mempunyai matlamat mesti sgt jelas.

* Mulalah menggali ilmu.

* Bergurulah dgn orang yg berjaya.

* Mulakan langkah utuk menuju ke matlamat anda.

* Jangan mengalah walau apapun cabarannya.

Selamat maju jaya.
Selamat berjuang.