Thursday, September 30, 2010

Minum Petang....Macam2 Ada

             Aku di Kelantan saat ini, sampai jam 8.45 pagi tadi dengan firefly. Kepulanganku bukan urusan business tapi urusan keluarga. Adik bongsu ku Nik Norfaizah akan melangsungkan pernikahannya, agak sibuk la aku yang memang dah sentiasa sibuk. Keputusan sudah bulat, persetujuan telah diberi, permuafakatan telah diambil, AJK dah dilantik, perancangan sudah disusun, tempahan catering dan dewan telah dibuat...yang tinggal adalah pelaksanaan.

          Malam ni ada perjumpaan keluarga di rumah bonda di Tanah Merah untuk pembahagian kerja dengan adik beradik di Kelantan. Petang ni hujan turun agak lebat.... perut terasa lapar. Maklum hujan turun mencurah2. Apa nak makan ye?

          Aku ajak adik bongsu ke Restoran Selera Tepi Sungai....waa banyaknya menu. Ada bubur kacang, bubur  jagung, ada biji nangka, ada pengat pisang, ada pulut durian, ada pengat keladi, ada pengat durian, ada pengat keledek, ada rojak buah, ada pesembur, ada laksam, ada laksa lemak, ada nasi ayam, ada segala macam kuih muih, ada pelbagai lauk pauk dan pelbagai jenis air buah... Wah rasa tak muat perut.

          Semua nampak sedap, semua terliur, semua nak makan, semua nak rasa. Mana satu nak pilih? Akhirnya aku pilih untuk makan laksam, pengat biji nangka dan bubur jagung. Sedapnya mak oooi... sesiapa nak mencari menu hidangan Kelantan asli, boleh datang ke sini. Jika tak tahu boleh saya bawakan ya.

          Aku bersembang dengan tuan punya restoran, Kak Yah yang aku kenal sejak lama sebelum dia membuka restoran tersebut. Kak Yah yang juga bekas menantu jiran rumah ma di Jalan Klinik. Katanya jualan untuk sehari  boleh mencecah RM 7 ribu jika hari biasa. Jika musim dapat gaji atau bulan Ramadan, jualan boleh meningkat hingga RM11 ribu sehari. OOhh majunya..

          Jika kembali ke kampung, memang aku tak lepas untuk berkunjung ke restoran ini. Menunya banyak, rasanya sedap dan harganya berpatutan.

         

Upline ku

Uplineku
Terima kasih kerana sudi menaja aku
Terima kasih kerana terus membimbingku
Terima kasih kerana terus menjayakan semua rakan kongsiku
Terima kasih kerana terus sabar dengan karenah aku yang tidak menentu

Kadang2 aku merasa serba tahu
Kadang2  aku begitu ego
Ada kala aku tidak menghormatimu lantaran kesombonganku
Mengata-ngatamu, memburukkanmu lantaran tidak puas hatiku

Tetapi aku tersedar
Tidak ke mana rupanya aku
Merasa hebat sendiri
Kejayaan kecil mengalpakan aku
Puji2an sering melupakan aku


Terima kasih uplineku
Kerana menarik tanganku kembali
kerana mendekati diri ku lagi
Kerana memujukku sekali lagi
Kerana memberi keyakinan kepada ku lagi
Kerana terus menyedarkan ku kembali
Kerana terus memberi harapan untuk kejayaanku
Kerana tak jemu mengambil tahu jatuh bangunku

Uplineku
Kau bagaikan stesen janakuasa
Menerangi alam hidupku
Kau bagai pohon nan rimbun
Menjadi tempat berteduh
Kau bagai akar yang menjalar
Menjadi pengikat tautan bumi
Supaya aku tidak tumbang
Kau bagaikan dahan yang kuat
Menjadi tempat ku bergantung
Kau bagaikan pokok yang besar
Menjadi tempat ku bersandar
Kau bagaikan universiti
Menjadi tempat ku berguru

Uplineku
Tak terhitung kebaikanmu
Tak terkira nasihatmu
Tak termampu ku mengira doamu
Tak habis bimbinganmu
Tak berhenti kau memberiku panduan
Tak tamat pengajian ilmu mu
Alangkah besar jasa dan baktimu

Terima kasih uplineku
Tiada janji mampu ku lafazkan
Tiada ungkapan bisa ku tuturkan
Tiada ayat mampu ku coretkan
Tiada mesej mampu ku sampaikan
Kecuali
Ku akan kekal setia menjadi pendokongmu
Bersama Akademi Taipan 181

Salam...Faridah Mohd Ali

Motivasi Harian

Perjuangan ini umpama bermain bola sepak. Ia memerlukan 5S:


1. Skill (kemampuan atau kecekapan)
2. Speed (kepantasan untuk bertindak)
3. Spirit (Semangat juang untuk mendapat hasil yang terbaik)
4. Space (tempat atau ruang untuk berjuang)
5. System (sistem dan cara bekerja)


AT 181 memenuhi kesemua 5S tersebut. Tinggal lagi ialah MAHU atau TIDAK??

Wednesday, September 29, 2010

Motivasi Harian

Anda lebih mudah memperolehi kawan
sekiranya anda lebih banyak
menggunakan telinga daripada mulut anda

Buat Upline Yang Terhebat

Upline yang terhebat....Dengarlah keluhan mereka

Ambil beratlah tentang downline kita
Banyak bertanya, banyakkan mendengar
Biar dia bercerita meluah rasa tentang semua perkara
Ke mana mereka pergi, apa yang mereka alami
Dengan siapa mereka keluar, susah payahnya mereka berdemo
Apa yang dia rasa,  atau cerita bukan bisnes pun tak pa
Lebih banyak kita mendengar, mereka akan merasa lebih seronok dan excited untuk berniaga

Sekali sekala, ajak mereka keluar makan
Untuk merapatkan hubungan
Jangan berkira soal duit dengan downline kita...Tetapi kena bijak juga..
Jangan sampai downline mengambil kesempatan dari sikap murah hati kita.
Berusahalah untuk mengenali semua network kita walaupun sudah jauh ke bawah.

Ramah, mesra dan senang didekati oleh semua downline kita.
Kita bukan BOSS, mereka bukan pekerja kita
Jangan ada batas sehingga kita sukar dirapati
Kita sepatutnya dihormati bukan ditakuti
Kita sepatutnya disayangi bukan dibenci
Kita sepatutnya disegani bukan digeruni

Apabila downline berjaya, misalnya pada hari anugerah
Jangan sekali2 lupa memberikan hadiah walau sekadar sejambak bunga
Jangan hanya menyerahkannya kepada CDM sahaja
DSM dan DDM pun boleh buat juga
Downline sangat berbangga apabila mereka dihargai
Downline sangat kecewa apabila kejayaan mereka tidak dipeduli

Banyakkan memuji kurangkan kritikan apa lagi mengeji
Jika mereka silap, ambillah pendekatan yang berhemah sehingga mereka langsung tidak berkecil hati
Banyakkan tunjuk cara dan memberi bimbingan dan bukannya memarahi apabila mereka silap
Itu menjadi silap kita yang paling besar

Inilah seni dan halusnya MLM.
Nampak kecil tetapi impaknya sangat besar kepada perkembangan business kita.
Tak tahu, belajar
Jika silap, betulkan
Tak rugi juga andai kita mengalah dengan downline
Kita pun bukan betul semua, downline pun macam kita
Mereka manusia biasa yang jauh dari sempurna

Sayangilah semua network dan downline kita
Tak kira sama ada mereka berniaga besar atau kecil
Kerana sesungguhnya kejayaan mereka adalah kejayaan kita
Kejayaan mereka adalah komitmen kita
Kehebatan mereka adalah kepuasan bagi kita
Kita mahu downline kita yang hebat
Dan bukannya menonjolkan kehebatan kita
Downline adalah nyawa kita dalam MLM.

Downline Mahukan Upline Seperti Anda

           Salam, masih belum jam 8 pagi waktu ini. Anak2ku sudah ke sekolah. Anda yang bekerja mungkin dalam perjalanan ke pejabat, mungkin baru nak keluar rumah, mungkin baru menghantar anak ke tadika, taska atau ke sekolah atau  ungkin sedang merempuh hebatnya jem trafik di KL ini. Wah...nikmatnya tidak bekerja. Solat subuh lebih khusyuk tak tergesa2, doa panjang sikit dan sempat mengaji walau hanya seketika. Nak masuk dapur pun banyak masa jika rajin, menemankan Irah dan Aisyah bersarapan, bermain dengan ikan di kolam di halaman depan rumah, buka note book atau membaca buku2 baru yang dibeli minggu ini. Inilah nikmat kelapangan masa, 'freedom' kata orang putih.

          Pagi ini, aku akan keluar lebih awal. Nak berjumpa dengan Liza di EPF. Lepas tu akan bertolak ke Kulim, sebelah malam aku akan ke Safira Club. Dah lama tak ke sana. Lepas tu akan bertolak pulang kerana pagi2 esok aku akan terbang ke KB.

           Semalam, aku dihubungi seorang downline dari Ampang. Mulanya tak berapa ingat, maklum terlalu ramai tetapi selepas diperkenalkan diri dan diamat-amati, barulah wajahnya menjelma di ingatan. "Lama tak nampak" kataku padanya. Mulalah dia bercerita, katanya dah lama berniat nak bercakap denganku tetapi perasaan segan dan malu menyebabkan hasrat itu sering tertunda. Aku dah kalih, rasa tidak puas hati dengan upline sering menjadi topik di kalangan downline atau rakan kongsi. Inilah dunia MLM. Rencamnya banyak berkisar di antara cerita upline dengan downline. Macam2 hal, yang kecil yang sederhana, yang besar, yang berat, yang parah dan yang bergelora semuanya ada.

          Inilah juga yang seronoknya. Tetapi sebagai orang yang 'lama', aku masak dengan pelbagai karenah manusia baik sebagai upline mahupun sebagai downline. Positif mesti nombor wahid. Apa lagi dengan network yang sangat besar, jika kita tidak matang semuanya boleh hancur. Sedangkan nak membina, mengambil masa bertahun2.

          Untuk semua upline yang hebat, inilah perkongsian saya dengan anda pagi ini. Downline mahukan upline yang bagaimana?

          Ringkasnya kita sebagai downline mahukan:
1. Upline yang baik
2. Upline yang jujur
3. Upline yang ikhlas
4. Upline yang merendah diri
5. Upline yang bersungguh2
6. Upline yang mempunyai sikap yang betul
7. Upline yang boleh memimpin
8. Upline yang boleh membimbing
9. Upline yang menghormati downline
10. Upline yang menyayangi downline
11. Upline yang suka mendengar
12. Upline yang tidak pilih kasih
13. Upline yang boleh dipercayai
14. Upline yang cakap mesti serupa bikin
15. Upline yang prihatin
16. Upline yang menepati janji
17. Upline yang 'smart' dalam kerjanya
18. Upline yang mempunyai matlamat yang jelas
19. Upline yang sanggup bekerja keras
20. Upline yang sanggup turun padang
21. Upline yang menyokong downline
22. Upline yang bertanggungjawab
23. Upline yang tidak lepas tangan
24. Upline yang bersedia berkorban untuk menjayakan semua downlinenya
25. Upline yang tiada agenda peribadi
26. Upline yang melebihkan kerja dari bercakap
27. Upline yang tidak berkira
28. Upline yang mendahului downline lebih dari dirinya sendiri
29. Upline yang pemurah
30. Upline yang boleh menjadi mentor

          Semua downline mahukan upline yang terbaik dan terhebat seperti anda. Jadi marilah kita terus berazam untuk menjadi upline seperti yang kita mahukan daripada upline kita sendiri. Belajarlah, carilah ilmu, bertanya dan bergurulah supaya kita menjadi kebanggaan untuk semua downline kita. salam hormat untuk semua upline yang terhebat.
         

Tuesday, September 28, 2010

Open University

          Open Universiti Taipan 181 akan menjayakan semua warganya kerana tradisi keilmuannya yang hebat. Tanpa mengambil kira siapa anda, apa pangkat anda, siapa ibu bapa anda, apa kelulusan anda, pengalaman anda, pekerjaan anda, di mana anda tinggal, siapa upline anda, siapa downline atau sideline anda, negeri anda, meniaga anda kecil atau besar.

          Yang pasti Universiti ini akan membimbing semua warganya sehingga berjaya selagi anda mahu dijayakan. Itu janji AT 181 melalui open university ini. Kenapa?

1.  Pensyarah2nya mempunyai pengalaman yang luas.
2. Mentor2nya memberikan seratus peratus komitmen. Semuanya sepenuh masa
3. Mentor2nya bukan hanya pandai bercakap atau memberi ceramah atau hanya menyuruh tetapi sanggup turun padang untuk sama2 menjayakan anda.
4. Open university ini telah membuka cawangan kolejnya di seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak dan Indonesia.
5. Slogan Bersama dan Bersatu menjadi slogan yang menggerakkan seluruh universiti ini dengan satu wawasan, satu impian, satu kata, satu modul, satu sukatan, satu bumbung dan sebagainya.
6. Dengan moto 'Setiap Jengkal Tanah Ada Taipan 181', universiti terbuka ini akan terus berkembang tanpa sekatan.
7. Ia telah melahirkan graduan2 hebat yang setanding dengan universiti swasta yang lain.
8. Graduan2 kelahirannya mampu memberikan sumbangan yg besar ke arah menjana ekonomi umat dan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain di Malaysia.
9. AT 181 akan menjadi sebuah kumpulan yang akan menjadi model kepada kumpulan2 lain di dalam Hai O.
10. Ia telah melahirkan graduan gred A yang berasal dari pelbagai latar belakang dan kerjaya sebelum mereka bersama AT 181. Antaranya CDM Yan (kerani kilang), CDM Kuyah (suri rumah), Cdm Siti Rohani (Pembantu Tadbir), CDM Roshila (guru), CDM Zaiton (Peniaga Pasar Malam), CDM Hanim (Pensyarah), CDM Shahril (jurutera), CDM Pok Su Manaf (Petani), CDN Inda(remaja), CDM Muhammad Razali (PegawaI Tinggi Kerajaan), CDM Hj Char (Penggoreng car kuew teow) dan lain2.

          Dengan bukti2 kehebatan AT 181, tiada sebab untuk sesiapapun gagal. Inilah sebuah universiti yang mengalu2kan sesiapa saja menyertainya dan peluang untuk berjaya itu adalah sama rata. Terpulang di tangan kita. Kitalah yang akan menentukannya. Tiada seorangpun yang boleh mengubah kedudukan kita dan keluarga kecuali diri kita sendiri. Salam.

Perihal Pandai

       

         Salam, apa khabar sahabat blog sekelian, agak sibuk sehari dua ni. Jadual penuh dengan hal keluarga dan perniagaan. Anak kedua nak pulang semula ke Cairo pada 4 Oktober ini. Adik yang bongsu pula nak berkahwin. Sebagai anak perempuan sulung, banyak tanggungjawab yang terletak di bahuku. Macam2 tugas sedia menanti.

        Jadual dengan AT 181 pun padat dengan pelbagai program. Hari Selasa ada business talk di Mines, semalam jam 5 petang ada perjumpaan CDM di Taipan USJ. Jam 9 malam tadi ada perjumpaan dengan semua DDM. Besok pagi2 nak bertolak ke Kulim berjumpa dengan network di sana selepas sebulan bercuti kerana Ramadan. Mereka dah bersedia nak melangkah semula. Malam hari Rabu kami di Safira Club, aku dah berjanji dengan CDM Fitri.

          Selepas itu terus pulang ke KL kerana pagi Khamis jam 7 pagi, aku terbang ke KB untuk urusan perkahwinan adik bongsu. Hari Jumaat pula aku di Bicara Niaga AT 181 di Tanah Merah. Tak sempat ke Berek 12, aku terus terbang pulang ke KL kerana petang itu juga aku akan bergerak ke Penang untuk menghadiri Program Aroma Terapi Minda di sana. Sebaik selesai ATM di sana, kami akan terus pulang ke KL kerana Ahad 3 Oktober, aku akan bersama AT 181 akan menjayakan pula Seminar Nur Wanita...Kecantikan, Kerjaya Dan Keusahawanan. Fuh...padat jadual.


          Walaupun dah 8 tahun bersama AT 181, aku masih belajar dan terus belajar. Segala pengalaman jatuh bangun memberikan ilmu, pengajaran dan pengalaman yang tiada nilainya. Dengan downline yang baru masuk melangkah pun aku belajar apa lagi dengan downline atau sideline yang dah berjaya. Dengan mentor dan otai pula, tak jemu aku belajar dan bertanya untuk menjadi lebih baik dari semalam.

          Tetapi aku pun  kadang kala hairan apabila melihat gelagat orang-orang tertentu yang merasa dia dah pandai sangat. Seperti yang pernah ku coretkan dalam memori perjalananku...hari ini ingin ku berkongsi dengan rakan2 sekelian. Mudah2an mendapat input untuk diri anda. Ambiklah yang baik, saya bukan pandai, cuma menumpang orang lain untuk menjadi lebih pandai.

          Peri hal pandai dalam MLM....

Tak pandai tak apa, yang paling penting kita mahu belajar sampai pandai dengan orang yang dah pandai.
Bila dah pandai, busines boleh berkembang, network boleh jadi dan menjadi2.Sebab bila kita dah pandai gi demo, pandai bercakap, pandai urus dana, pandai urus dokumen, pandai pergi meeting, pandai pergi transfer duit, pandai pergi maintain dan pandai segala2nya.
Bila kita dah pandai pula, kenalah berkongsi dan bimbing orang yang belum pandai supaya dia pun boleh menjadi pandai macam kita.
Dublikasi kepandaian kita. Nanti lebih ramai yang pandai macam kita, bila dah gitu lebih besar network kita dan lebih banyak duit kita serta lebih ramai yang hebat dalam group kita.

Tapi awas...
Jangan pula rasa dah serba pandai padahal ramai lagi yang lebih pandai daripada kita.
Yang banyak berlaku ialah bila ramai merasa dah serba pandai dan tidak mahu lagi belajar seperti sebelum mereka pandai dahulu.
Bila dan merasa dah terlebih pandai, lagilah bahaya. Kenapa?
Mereka akan menunjuk2 kepandaian mereka.
Banyak yang berlaku, business dulu besar tetapi jatuh dan hancur kemudiannya,bukan kerana mereka tidak pandai tetapi kerana terlebih pandai sehingga tidak mahu mendengar nasihat lalu memandai2.

Ramai juga yang tidak sedar bahawa mereka sebenarnya belumlah pandai sangat.
Sebaik2nya ketepikan rasa yang kita sudah pandai, terus belajar sampai bila2.
Barulah business boleh bertahan, network terus berkembang, kita semakin hebat disegani lagi dihormati.
Salam kasih sayang.

Motivasi Harian

Keperibadian bagi manusia adalah laksana harum semerbaknya bunga



Sunday, September 26, 2010

Naik Jatuh Ada Sebab

          Salam, anda di mana? Pagi ini kami di TTC 1 untuk Bicara Niaga AT 181. Ahad, ramai orang masih di bilik tidur, jika pun sudah mandi mungkin lepak2 depan TV bersama anak isteri  atau mungkin mahu ke rumah kawan untuk rumah terbuka. Selalunya begitulah kita. Kebanyakan kita hanya mahu melakukan perkara2 biasa, maka hasilnya kita akan mendapat yang biasa2 juga.

          Hari Jumaat kami di Kelantan, jam 12 malam baru sampai di rumah. Semalam jam 5 pagi sudah bangun bersiap untuk ke Kuantan untuk program Aroma Terapi Minda di sana. Wah! boleh tahan ramainya orang di Kuantan. Tahniah warga Kuantan, tahniah juga untuk CDM2 yang tak pernah jemu turun membina group di Kuantan, beruntunglah yang mengambil peluang dan rugilah yang masih berpeluk tubuh.

          Pagi ni di TTC 1, boleh tahan ramainya. Semua nampak lebih cantik dan lawa sebab lepas ni nak gi beraya di rumah CDM Kartini dan CDM Kamaruddin. Orang jauh pun nampak ada. Tahniah untuk CDM Fitri dari Penang dan gengnya yang turun untuk sama2 merasai meriahnya keluarga besar Taipan.

          Yalah, bukan mudah untuk berjaya. Tetapi tidak pula mustahil apa lagi jika bersama AT 181 kerana sentiasa diberi latihan dan bimbingan. Bagaimanpun sebagai orang yang agak berpengalaman, belumpun banyak jika dibandingkan dengan otai2 yang sudah 16 tahun bergelumanag dengan jatuh bangun Hai O. Pahit manis suka duka ku telan semua untuk meraih jaya. Tekad dan nekad mesti betul2 bulat. Kemahuan mesti betul2 datang dari dalam diri. Impian mesti setinggi bintang di langit. Ketahanan mesti seteguhi gunung Tahan. Apa yang mahu dicapai mesti sangat jelas dan terang secerah sinar mentari. Dan bersedialah untuk menempuh kegagalan dalam bentuk penolakan, ejekan, kata2 sinis kawan dan bukan kawan termasuk sedarah sedaging sendiri. Tempuhilah.

          Bagai yang pernah ku ungkap dalam memori denaai kejayaanku suatu ketika dahulu...

Nak mula business bukan mudah
Nak cari downline bukan mudah
Nak cari leader bukan mudah
Nak jadi CDM bukan mudah
Nak kembangkan group bukan mudah
Nak lomjakkan pendapatan bukan mudah

Business naik ada sebab
Business jatuh pun ada sebab
Pendapatan naik ada sebab
Pendapatan jatuh pun ada sebab


Downline seronok ada sebab
Downline menyampah pun ada sebab
Downline sayang ada sebab
Downline benci pun ada sebab

Jaga group jaga network
Jaga cakap jangan terlepas cakap
Jaga hati banyak puji
Jangan marah banyak hargai
Jangan kritik banyak menyayangi
Jangan main hati jangan iri hati
Murahkan rezeki dengan memberi
Kurangkan bercakap banyaklah mendengar
Jika tak suka berdiam saja
Itu lebih baik daripada terlepas`kata

Kena tulus banyaklah fulus
Banyak belajar banyak berguru
Pemimpin hebat mesti serba tahu
Business menjadi kita kembang hati
Senyum melebar network menjadi2
Downline suka hati kita pun happy
Kita disegani bukan ditakuti
Kita dihormati bukan digeruni
Madah ini khas untuk diriku sendiri
Tidaklah rugi saling ingat mengingati

Saturday, September 25, 2010

Motivasi Harian

Sesiapa yang ingin memetik padi yang baik, hendaklah menabur benih yang baik juga

Thursday, September 23, 2010

Ciri-ciri Mentor AT 181

          Salam, apa khabar? Di mana anda hari ini? Saya masih di rumah, pagi tadi menghantar suami CDM Dzul ke airport untuk ke Kota Bharu. Sebentar lagi saya akan ke Kelana Jaya berjumpa stranger di Tabung Haji, jam 12.30 tghari saya akan ke Bandar Puteri dan jam 5 petang pula akan ke Kayangan Height.

          Pagi esok saya akan terbang ke Kota Bharu untuk bersama mereka di Tanah Merah dan Berek 12 pada sebelah petangnya. Jam 8 malam terus terbang semula ke KL. Pada subuh pagi Sabtu pula, saya dan CDM2 lain akan berada di Kuantan untuk sama-sama menjayakan Program ATM di sana. Datanglah.

          Pagi ini saya nak menyentuh tentang mentor dan ciri-ciri mentor yang patut anda pilih untuk business anda bersama AT 181. Di dalam akademi ini, terdapat 90 orang pemimpin berpangkat CDM.  Semuanya boleh dijadikan mentor untuk anda. Tetapi senang saya kongsikan dengan anda, bahawa mentor mempunyai beberapa ciri penting.


          Ciri-ciri mentor yang betul untuk AT 181....


1. Mestilah pemimpin CDM dari AT 181 sendiri dan bukan dari kumpulan lain.

2. Pemimpin CDM itu mestilah yang mengikut acuan, modul dan strategi AT 181 sepenuhnya.

3. Pemimpin CDM itu mestilah yang menjiwai semangat AT 181 sepenuhnya. Dia meletakkan dirinya untuk AT 181 dan menjadikan AT 181 sebagai dirinya.

4. Komited kepada kerjaya sebagai CDM utk AT 181 dan sanggup mengorbankan masa, tenaga, wang ringgit dan segalanya untuk menjayakan AT 181.

5. Pemimpin CDM yang meletakkan kepentingan AT 181 melebihi kepentingan peribadinya. Tepatnya pemimpin yang benar-benar memahami konsep kaya hati dan berjiwa besar demi AT 181.

6. Beretika, berakhlak mulia dan mempunyai sikap yang betul.

7. Telah melahirkan pemimpin-peminpin berpangkat CDM di dalam networknya.

8. Pemimpin CDM yang bukan sekadar pendapatan dan perniagaannya besar tetapi juga mempunyai ilmu kepimpinan MLM yang tinggi.

9. Mentor itu mesti mengota setiap katanya. Cakapnya mesti serupa bikin.

10. Bertanggungjawab, jujur dan ikhlas.

11. Mentor di dalam AT 181 tidak semestinya upline atau barisan upline anda. Ingat, upline tidak mempunyai sebarang karamah. Anda boleh memilih sesiapa sahaja pemimpin AT 181 untuk anda jadikan sebagai mentor anda.


          Carilah mentor yang betul. Lebih penting daripada mencari mentor yang betul ialah, diri kita sikap kita sendiri mesti betul. Barulah kita boleh berniaga besar dengan hati yang senang. Sama ada business kita naik atau turun, kita sentiasa senang hati sebab kita tahu susah atau senang itu adalah ujian daripada Allah untuk kita. Bukannya menyalahkan mentor ketika business kita jatuh dan memuji mentor sampai tak cukup mulut ketika business kita naik. Salam untuk semua warga Akademi Taipan 181. Jumpa lagi.

Motivasi Harian

Jadilah seperti ikan dilaut....walaupun air laut itu masin semasin-masinnya tetapi isi ikan tidak masin. Ia mengekalkan identiti dirinya tanpa terpengaruh dengan persekitarannya.

Wednesday, September 22, 2010

Motivasi Harian

Jadilah seperti garam yang memasinkan ikan. Jangan jadi seperti lalat yang membusukkannya

Tuesday, September 21, 2010

AKADEMI TAIPAN 181

Awal Penubuhannya  Tahun 2006
Konvensyen CDM Pada Januari 2010
           
          Akademi Taipan 181 dilancarkan penubuhannya secara rasmi pada 6 Julai 2010 bertempat di Mines Resort Seri Kembangan Selangor. Majlis pelancaran yang gilang gemilang ini dihadiri lebih 700 orang tetamu. AT 181 pada mulanya dikenali sebagai Kumpulan Taipan 181, diasaskankan oleh tiga orang serikandi hebat iaitu CDM Kartini Mat Yaakob, CDM Faridah Mohd Ali dan CDM Julianie Mohd Bastamam selain CDM Kamaruddin Mamat. Bermula pada awal tahun 2006 sebagai kumpulan kecil, ia hanya mula melangkah dengan menjalankan operasinya di sebuah center yang terletak di USJ 9 yang dikenali juga sebagai Taipan.

          AT 181 menjadikan Hai O Marketing Sdn Bhd sebagai platform untuk menjana pendapatan dan mengubah kehidupan. AT 181 ditubuhkan sebagai suatu wadah untuk melatih dan membimbing usahawan-usahawan berbilang bangsa yang menjadi ahli kepada akademi ini. Ketika memulakan platform sebagai kumpulan Taipan 181, ia hanya mempunyai empat orang pemimpin tertinggi berpangkat Crown Diamond Manager dengan jualan kumpulan tak sampai pun 300,000PV,  tetapi setelah berjuang hampir lima tahun, kumpulan ini telah mempunyai hampir 90 orang CDM dan sebahagian besar daripadanya telah bersama AT 181 secara sepenuh masa. Kumpulan ini juga pernah mencapai jualan kumpulan sehingga RM17 juta sebulan. Luar biasa!!

          Mempunyai slogan hebat 'Setiap Jengkal Tanah Ada Taipan 181, kumpulan ini yang pada mulanya hanya berpaksi di USJ 9, KL dan Selangor tetapi kini telah berkembang di seluruh pelusuk Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak termasuk ke Indonesia. Dan hampir di setiap negeri telah melahirkan pemimpin tertinggi berpangkat CDM.

           Dengan motto yang hebat, 'Bersama Dan Bersatu', AT 181 terus mengorak langkah menyusun strategi berjuang dan berkorban atas kepentingan kumpulan tanpa menonjolkan kehebatan peribadi. Tiada agenda peribadi di dalam AT 181 kecuali untuk sama-sama mencapai matlamat kumpulan. Dengan bersandarkan kekuatan syarikat Hai O Marketing, AT 181 terus melangkah jauh dengan bergerak dengan satu matlamat, satu wawasan, satu strategi, satu suara, satu impian dan satu kumpulan.' Bersatu Teguh Bercerai Roboh'  menjadi kata azimat buat panduan warga AT 181. Setiap pemimpin menjalankan tugas dan tanggungjawab untuk AT 181. Setiap orang bekerja  sebagai satu team yang mantap dan padu.

          Secara ringkasnya AT 181 dibina dengan mempunyai matlamat yang sangat jelas:

1. Membimbing dan melatih usahawan-usahawan yang menjadi warga AT 181 secara sistematik sehingga melahirkan pemimpin-peminpin hebat yang berjaya memacu ekonomi diri dan keluarga sehingga meletakkan mereka sebarisan, duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan usahawan dalam bidang lain di Malaysia.

2. Mempunyai modul-modul latihan yang tersusun dan seragam yang akan diberikan melalui Business Talk, Table Talk, Meeting, Kelas Pengukuhan, Road Show, Seminar, Bengkel Sehari, Latihan Dalam Kumpulan dan seumpamanya.

3. Melahirkan pemimpin-peminpin pelapis muda  sehingga berpangkat CDM yang berketrampilan, berilmu, berwawasan, tahan cabaran dan berdaya saing melalui kerja-kerja 'dublikasi' di dalam MLM.

4. AT 181 mempunyai matlamat jelas untuk mejayakan seramai mungkin warganya sehingga mampu bergelar jutawan MLM tanpa mengira warna kulit, anutan agama, bangsa dan kaum.

5. AT 181 berhasrat untuk menubuhkan setiap negeri dengan 'center'nya sendiri dan ini dilakukan melalui misi menjaya dan melahirkan CDM di setiap negeri. Misi ini hampir terlaksana apabila AT 181 telah membuktikan kejayaan tersebut di setiap negeri.

6. Semua pelaksanaan program, aktiviti dan gerak kerja di dalam AT 181 dibincang dan diputuskan oleh CDM COMITEE yang dianggotai oleh CDM Senior di dalam AT 181 terdiri daripada CDM Kartini Mat Yaakob, CDM Kamaruddin Mamat, CDM Faridah Mohd Ali, CDM Julianie Mohd Bastamam, CDM T. Puziah Tg Chik, CDM Julianah Munaf, CDM Siti Rozana Rozar, CDM Siti Rohani Ahmad Zahari dan CDM Roshila Mohd Saufi. CDM Comitee akan mengadakan menyuaratnya sebulan sekali.

7. Sementara di setiap negeri pula, AT 181 mempunyai comiteenya sendiri yang dianggotai oleh pemimpin tertinggi negeri.

8. AT 181 mempunyai Tabung Kewangan Pusat dan negeri di mana setiap CDM menyumbang sebanyak RM300 sebulan untuk menampung semua aktiviti mingguan, bulanan dan tahunannya.

9. AT 181 telah menubuhkan Yayasan Taipan sebagai platform untuk menyalurkan sumbangan dan kerja-kerja kebajikan kepada masyarakat luar. Sehingga ini, Yayasan Taipan telah memilih Baitul Kaseh yang terletak di Bukit Rahman Putra sebagai Projek Anak Angkat kepada yayasan ini.

10. AT 181 meletakkan matlamat dan visi yang lebih murni untuk melahirkan usahawan-usahawan hebat yang bukan hanya berjaya di dunia tetapi juga di akhirat.

11.AT 181 sedang berusaha untuk menubuhkan Koperasi Taipan 181 yang akan menjadi koperasi penggerak untuk mengembangkan sayap perniagaannya.

12. AT 181 bersedia untuk mengharungi cabaran dan ujian yang lebih besar bagi mendepani gelanggang juangnya. Dan ini mampu dilaksanakan melalui ' Bersama Dan Bersatu' yang diterapkan sejak awal kepada setiap warganya.

13. AT 181 akan terus berusaha untuk memantapkan sistem latihan, bimbingan dan sekolahnya dan suatu hari nanti akan menjadi sebuah Open University Taipan 181 yang akan melahirkan graduan-graduan yang setanding dengan graduan daripada universiti tempatan ataupun luar negara.

          Perjalanan Seribu Batu Bermula Dengan Langkah Yang Pertama. Ayuh Warga AT 181, menari rentak yang sama, menyanyi dengan lagu yang serupa, berdendang dengan irama yang tidak berbeza dalam menuju visi dan misi AT 181. Segalanya mungkin. Dan sekalung penghargaan, seuntai kasih serta segunung budi selaut bakti untuk pemimpin-pemimpin hebat serta seluruh warganya yang telah sama-sama berkorban masa, tenaga dan segalanya demi menjayakan AT 181. Salam

Sembang-Sembang

                                           CDMFaridah@gmail.com

Motivasi Harian

Jadilah seperti lilin yang boleh menerangi sekeliling,
Jangan  jadi seperti duri yang menyucuk orang lain

Monday, September 20, 2010

SEMINAR AROMA TERAPI MINDA

Program 21 Ogos 2010 di KL
Ketahui tips menjadi hebat dengan menguasai minda anda
 ANDA BOLEH MENJADI SANGAT HEBAT DENGAN MENGUASAI KEHEBATAN MINDA ANDA. BAGAIMANA CARANYA? HADIRI DUA PROGRAM HEBAT ANJURAN AKADEMI TAIPAN 181.   TARIKH     : 25 SEPT 2010
TEMPAT     : HOTEL SERI MALAYSIA KUANTAN
MASA         : 9 PAGI HINGGA 1 TGHARI

TARIKH     : 2 OKTOBER 2010
TEMPAT     : SAFIRA CLUB, SEBERANG JAYA PENANG
MASA        : 9 PAGI HINGGA 1 TGHARI

|MASUK ADALAH PERCUMA. DOOR GIFT BERNILAI LEBIH RM200 UNTUK YANG HADIR
SILA HUBUNGI SAYA FARIDAH 016 2212181

Minda Kaya VS Minda Miskin

Minda kaya fikirkan yang besar tetapi minda miskin fikirkan yang kecil

Minda kaya melihat dua pilihan tetapi minda miskin hanya melihat satu pilihan

Minda kaya melihat orang kaya dengan inspirasi tetapi minda miskin melihat orang kaya dengan iri hati dan dengki

Minda kaya melihat cabaran dan masalah sebagai batu loncatan, tetapi minda miskin melihat masalah atau cabaran sebagai batu bebanan yang mnghempap badan.

Minda kaya akan fokus kepada peluang tetapi minda miskin akan fokus kepada halangan

Minda kaya akan bergaul sesama minda kaya tetapi minda miskin akan bergaul sesama minda miskin.

Gerakkan minda kaya kita, pasti tak berhenti kekayaan datang kepada kita.

Bagaimana Bertahan?

         "Masih buat Hai O atau dah buat yang lain"? Banyak soalan seperti itu singgah diutarakan oleh kawan-kawan lama bila sesekali berjumpa. Ketika perjumpaan Reunion pada Hari Raya yang lalu pun, ada kawan-kawan yang membangkitkan soalan itu kepada ku. "Ya tak mungkin berubah atau beralih arah. Kami sudah hampir lapan tahun bersama syarikat ini, pahit manis suka duka berjuang dalam perniagaan ini, dan tak mungkin berpaling kepada yang lain". Jawab ku pantas. "Eh! macam mana kau boleh bertahan sedemikian lama? Ramai kawan-kawan aku yang dulu buat Hai O, tapi aku tengok dia orang semua pun dah kantoi, dulu pakai Wish tapi dah jual rasanya". Katanya lagi.

          Aku tersenyum. Banyak sekali pandangan dan kata-kata sinis seperti itu kedengaran. Jika ditanya aku, bagaimana aku boleh bertahan sedemikian lama, maka inilah jawapannya.

1. Impian mesti cukup besar.
2. Matlamat mestilah sangat jelas
3. Kemahuan untuk berjaya mesti datang dari dalam diri, bukan kerana orang lain.
4. Mesti keluar daripada zon selesa. Kejayaan tak mungkin hadir dalam keadaan serba selesa.
5. Bersedia untuk menempuh kegagalan sebelum kejayaan datang. Ramai orang mahu berjaya tetapi tidak mahu menempuh kegagalan.
6. Mesti mempunyai mentor yang betul, rapat dengan mentor dan setiap hari mesti berhubung dengan mentor.
7. Wajib menghadiri Meeting/kelas/Business talk anjuran AT181
8. Mesti menghadirkan diri semua seminar dan program yang dianjurkan oleh AT 181
9. Mesti menghadirkan diri semua program yang dianjurkan oleh syarikat seperti Hari Anugerah SM SSM, Diamond Night dan seumpamanya.
10. Fokus hanya kepada AT 181 sahaja.
11. Jangan sekali2 memberi peluang kepada MLM/syarikat lain untuk bercerita kehebatan atau peluang yang ada dalam MLM/syarikat lain. Ringkasnya tutup pintu hati anda kepada yang lain sekiranya anda benar-benar yakin kepada Hai O.
12. Bertukarlah sepenuhnya kepada produk keluaran Hai O dan bukan sekadar menjadikan syarikat ini untuk menjana pendapatan sahaja.
13. Nak berjaya mesti mencari ilmu, nak bertahan juga dengan adanya ilmu.
14. Bekerja sebagai satu pasukan, bukannya berseorangan. bekerjalah dengan semua upline dan semua downline kita. Kejayaan downline adalah kejayaan kita. Kita tak mungkin berjaya sekiranya downline tidak berjaya.
15. Padamkan istilah 'PUTUS ASA' dalam kamus hidup anda.
16. Ketahanan anda akan kekal sampai bila-bila selagi anda berpegang kepada impian anda dan terus beusaha untuk mencapainya.

Saya bersyukur impian saya tak pernah padam, semangat saya tak pernah luntur, harapan saya tak pernah kendur, matlamat saya tak pernah gugur. Ini menjadikan ketahanan saya bersam Hai O dan AT 181 seteguh Gunung Tahan, sekuat Gunung Kinabalu dan mantap seumpama Gunung Everest. Salam ketahanan.
         

Motivasi Harian

Menggenggam Janji, Menyimpul Kasih.
Janji ialah suatu komitmen. Komitmen bahawa ia bukan sekadar kata-kata. Komitmen yang membuktikan nilai suatu kepercayaan. Baik kecil mahupun besar, genggamlah janji anda seerat mungkin.Agar tiada insan yang ternanti-nanti.

Sunday, September 19, 2010

Saturday, September 18, 2010

Motivasi Harian

Apakah rahsia kejayaan orang2 yang hebat?
1. Anda harus mempunyai matlamat yang sangat jelas
2. Anda harus percaya kepada diri anda sendiri
3. Anda perlu bekerja keras untuk mencapai matlamat anda

Friday, September 17, 2010

Motivasi Harian

Tidak ada satu kejayaan pun yang akan dicapai
dengan sikap sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh
































Thursday, September 16, 2010

Motivasi Harian

Tidak ada seorang manusiapun yang menjadi
terbaik dengan secara kebetulan

Wednesday, September 15, 2010

Apa Yang Susahnya?

          Salam...Ramai mengeluh "susah-susah" tapi ramai yang tak sedar jika selalu disebut susah, ia akan menjadi lebih susah. Jika kita fikir susah, pasti ia susah. Walaupun tidak mudah, kita tetap kena fikir mudah, kena sebut senang kerana ia sebenarnya akan melekat menjadi minda bawah sedar kita. Kebanyakan orang kita, mahu hidup senang tapi asyik sebut susah. Sudahnya, sampai bila2pun susah tak senang2 sampai mati. Kenapa jadi macam tu? Asyik sebut susah, kan kata2 itu satu doa. Itulah pasal, sapa suruh sebut susah?

         Sebenarnya apa yang susahnya buat berniaga ni? Jika susah sangat, kenapa pula orang lain boleh hidup senang lenang sejak bersama AT 181. Ramai pulak tu!!! semua bangsa kita, dah gitu terpampang di depan mata yang dapat pendapatan puluhan ribu sebulan, pendapatan bulanan mereka mengalahkan CEO2 popular, yang boleh beli kereta mewah macam kereta menteri, yang beli rumah berharga ratusan ribu, yang boleh pergi melancong percuma ke luar negara, yang berhenti kerja menjadi kerjaya dengan AT 181 pun ramai...

          Habis macam mana mereka buat?? Aku tengok senang je mereka mendaki puncak kejayaan hidup. Selalu kita bertanya diri kita, kadang kala kita bertanya sendiri tuan punya badan, maklum mereka semua boleh ditemui dengan mudahnya dalam AT 181. Bukannya perlu protokol macam menteri walaupun kereta mereka macam kereta menteri. Tanya je mesti mereka bagi tau, baik2 pulak dia orang ni. Nak makan satu meja pun boleh, nak bertepuk bertampar boleh, nak bergurau senda boleh, nak bersembang dua tiga jam pun boleh. Pendek kata tak ada sombong langsung, kaya duit, kaya ilmu, kaya pengalaman lak tu.

          Jika tanya saya, senang je jawapannya. "Jika tak buat Hai O, hidup lagi susah. Baik buat Hai O, susahnya tak adalah sesusah mana. Senang cakap, "senang je". Eh mudahnya kak Faridah ni bercakap, dia bolehlah cakap sebab dia dah berjaya, aku ni baru nak bermula. Ya itulah jawapannya. Ringkasnya yang susah tu apa?

1. Orang tak mahu tapi kita mahu, dulu kita pun tak mahu
2. Orang tak nampak tapi kita dah nampak, dulu kita pun tak nampak.
3. Orang tak tahu, tapi kita dah tahu, dulu kita pun tak tahu
4. Orang tak ada impian, tapi kita dah ada impian, dulu kita pun tak ada impian.
5. Orang tak bersemangat, tapi kita sentiasa bersemangat, dulu kita pun tak bersemangat.

 Itu je yang susahnya. Rupanya tak adalah susah sangat. Jika nak senang, kita kena sebut senang. Senangkan! Salam jumpa lagi.

Hasil Yang Baik Bermula Dari Tempat Yang Baik

          Salam, apa khabar sahabat2 lama dan baru? Di mana anda hari ini? Masih sakan beraya? Kami sudah kembali ke KL. Anak ke tiga, Irah akan menduduki UPSR minggu depan. Hari ni dah mula belajar seperti biasa. Biasanya ada van datang ambil, tetapi sebelum raya van tersebut terlibat dengan kemalangan, jadi untuk sementara terpaksalah kami menghantar dan mengambilnya sendiri ke sekolahnya di USJ 25.

          Sebagai ibu, aku sentiasa mendoakan anak2. Ingat, doa ibu sangat mustajab. Inilah anugerah Allah kepada ibu2, bersusah payah mengandung, melahir, menjaga dan mendidik anak2. Jangan mengeluh walaupun penat. Saya bersyukur Allah memberi pinjam rahim yang sihat dan subur, diberi peluang kita mengandungkan zuriat yang menjadi khalifah pilihan Allah. Dipinjamkan kepada kita rumahtangga untuk kita mendidik anak sebagai harta yang tidak ternilai. Merekalah yang akan mendoakan kita setelah kita tiada nanti, merekalah yang akan menjadi benteng kita di akhirat nanti.

         Didiklah mereka dengan sempurna, bersabarlah dengan karenah mereka, banyaklah bersyukur kerana Allah memilih kita memiliki cahayamata yang sempurna. Belajarlah menjadi ibu yang baik. Rapatlah dengan anak2. Banyaklah mendengar cerita mereka, keluhan mereka, apa keinginan mereka. Jangan kita sahaja yang mahu bercakap, Jangan kita sahaja yang mahu anak2 mendengar cakap kita tetapi kita langsung tak memberi peluang mereka meluahkan apa yang ada dalam dada mereka. Biar dada dan fikiran mereka kosong sebaik semuanya dicurahkan kepada kita. Bila fikiran mereka dah kosong, mereka akan ke sekolah  dan semua yang diajar oleh guru akan diterima penuh. Ini pun salah satu tips mudah mendapat anak2 yang berjaya dalam pelajaran.

         Ajak anak2 bersolat berjemaah jika sempat, paling tidak maghrib dan isyak. Solat Suboh pun boleh. Ajak mereka sama2 berpuasa enam di bulan Syawal. Anak tidak suka jika kita berleter, jadi janganlah berleter. Jika ada yang tak kena, panggil mereka sorang2 masuk bilik dan bagi tahu mereka dengan baik. Pasti mereka boleh menerimanya berbanding kita marah2, herdik dan tengking mereka. Ada waktu melilih air mata anak2 bila aku panggil mereka masuk bilik memberitahu kenapa mereka  tak patut buat sesuatu yang aku tak suka. Barangkali tersentuh di hati mereka.

         Aku bersyukur dan bertuah sekali, sejak bersama perniagaan ini, anak2 ku makin bijak dan matang. Walaupun aku agak sibuk, tetapi mereka memahami. Tetapi masaku masih fleksibel bukan terikat jam 8 hingga 5 seperti orang lain. Ketika orang lain sibuk nak ke pejabat, aku masih menemani anak2 bersarapan sebelum mereka ke sekolah. Ketika orang lain bersesak dengan jem, aku menemani anak2 di halaman rumah sementara van sekolah sampai. Anak2 pula mendapat pendidikan yang sempurna,  kemudahan sekolah yang selesa, guru2 yang baik, kawan2 sekolah yang positif, pemakanan di sekolah dijaga sempurna, solat dan ibadah dititik beratkan, pengajian Al Quran, akhlak yang sangat diutamakan. Setahun sekali, menjalani kem bahasa Arab di negara Yaman selama dua minggu dengan kos RM7500, ku sediakan juga insurans lengkap untuk mereka. Inilah hasilnya bersama AT 181.

          Jangan pula kita suruh anak belajar pandai2 tetapi bila anak dah dapat peluang, kita pula miskin tak berduit nak menghantar anak belajar di kolej atau universiti pilihan mereka. Tentu anak2 akan kecewa dengan kita. Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah, limpahan rezeki dari berniaga ini saya berikan kepada anak2. Dulu waktu jadi cikgu lain, walaupun saya cikgu cemerlang tetapi pendidikan terbaik tak mampu saya sediakan untuk mereka. Semuanya perlukan wang. Terima kasih kepada mentor hebat saya CDM Kartini dan CDM Kamaruddin yang menghulur peluang ini untuk kami. Doa dimurahkan rezeki disampaikan melalui dua insan hebat ini.

         Susah ketika mula2 berniaga memang ada. Perit getir hidup, jika tak buat lagilah banyak. Baik aku buat! Susah tak ada wang lagi lah susah berbanding susah ketika ada wang yang banyak. Ada wang atau tak ada wang, cabaran hidup tetap ada. Jadi apa nak takut dengan kesusahan ketika bermula?? Jangan tanya orang lain susah atau senang nak buat Hai O? Baik bertanya kepada yang dah berjaya, tanya pada saya, tanya kepada mentor2 yang ramai dalam AT 181. Semuanya diberi bimbingan percuma.

       Nak berjaya kena masuk sekolah. Nak pandai kena masuk tiusyen. Nak hebat kena berguru. Nak cemerlang kena ada mentor. Nak bertahan kena bergayut pada yang kuat bertahan. Inilah semuanya ada dalam AT 181. Nak hasil yang baik mesti berada dalam kelompok yang baik!

     

Motivasi Harian

Hanya saya yang boleh membuat perbezaan
dalam hidup saya. Tidak ada orang lain
yang boleh melakukannya untuk saya

Tuesday, September 14, 2010

Plan B Untuk Tambah Fulus

         Laporan TV3 pada hari raya pertama, seluruh negara menyambutnya sederhana. Mungkin juga kerana faktor cuaca. Di sana sini hujan turun pada sebelah petang. Ya, kami di Melor pun hujan turun dengan sangat lebat. Hari raya kedua dan ketiga pun sama, hujan lebat dan angin kencang menyebabkan rancangan nak beraya ke rumah saudara mara dan rakan2 terbantut. Semua memerap di rumah je. Jika nak berjalan, mesti keluar pagi2.

         Tambahan pula kat Kelantan, jangan cakapla kalau musim raya. Dikhabarkan 650 000 kenderaan persendirian dari luar masuk ke negeri ini sempena raya kali ini. Kesesakannya luar biasa, apa lagi hujan lebat pula, dari Machang ke Tanah Merah yang biasanya hanya mengambil masa 25 minit perjalanan dengan kereta, tersangkut hampir 4 jam. Pakai baju raya berkilat labuci penuh atas dan bawah tapi dalam jiwa bergelora...sabarlah banyak2.

          Soal fulus juga menjadi faktor yang menyebabkan raya kali ini tak berapa mulus.kenaikan harga barang keperluan yang melonjak setiap masa menyebabkan kuasa membeli semakin kurang. Dulu beli baju raya dua tiga pasang, kali ini sepasang je. Ada juga yang memakai baju lama tak kurang hanya beli untuk anak2 sahaja. Dulu beli kuih raya bukan main banyak penuh meja, sekarang ala kadar sekadar melengkapkan syarat sahaja. Banyak peniaga juga turut mengeluh, jualan tak seperti tahun2 sebelum ini.

          "Poket meleset"...keluh seorang kenalan. Nilai wang semakin berkurangan. Memanglah kakitangan awam dapat 'duit raya' tetapi itu hanya sebahagian kecil sahaja. Tanpa fulus yang melimpah, raya hanyalah takbir yang sayu dan pilu.

          Sama ada setuju atau pun tidak, kita kena akui bahawa nilai wang semakin menurun. Duit raya jika RM1 bagai tak dipandang langsung. Peminta sedekah pun tak mahu yang kecil, apa lagi anak-anak kita. Paling sedikitpun mesti RM5. Nak kata boros tidak juga, memang gaji kita kecil walaupun bunyi beribu. Tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur, basic mesti RM5 ribu pendapatan isi rumah. Itu belum selesa lagi malahan masih 'terseksa'. Nak atau tak nak, mesti cari plan B sebagai pendapatan kedua. macam2 boleh buat jika kita sanggup berusaha.

          Kita sangat bertuah, ketika orang lain tercari2 peluang apa nak buat, peluang itu dah ada dalam genggaman kita. Ketika orang lain masih menadah tangan berdoa supaya didatangkan ruang mencari rezeki lebih, kita dah berada di dalamnya. Ketika orang lain masih terkial2 hala tuju nak buat apa, kita dah nampak terang dan jelas. Ketika orang lain masih mencari mentor dan penasihat untuk membimbing mereka, rupa2nya kita sudah mempunyai mentor yang betul untuk menunjuk ajar kita. Ketika orang lain masih pening kepala mencari perniagaan apa nak diceburi yang modal kecil tapi untungnya besar, nah!!! rupanya dah terbentang di depan mata. ketika orang lain membayar ribuan ringgit mencari ilmu untuk berjaya, AT 181 memberikan ilmu secara percuma untuk kita. Apa lagi yang kurang dengan AT 181?

          Beruntungnya kita berada dalam kelompok yang betul, group yang betul, syarikat yang betul, strategi yang betul, mentor yang betul, bimbingan yang betul, produk yang betul....Apa tunggu lagi??? Buatlah betul2.

          Jika masih ada yang merasa susah nak buat dan berjaya dalam AT 181, cubalah gi tanya yang buat busines lain tu susahnya, senangnya, peritnya, modalnya, masanya, cabarannya, pulangannya, untungnya, jaminannya, bimbingannya, mentornya dan bla.. bla.. bla... Tanyalah yang buka restoran, yang buka butik, yang berniaga pasar siang atau pasar malam, yang buka kedai buku, yang buka farmasi, yang buka kedai kain, yang berniaga tudung, yang buka kedai dobi, yang buka francais, yang berniaga air tebu atau jambu, yang buka klinik, yang buka kedai perabot, yang buka kedai elektrik, yang jadi perunding, yang buat insuran, yang buka tadika, yang buat nursery, yang berniaga tender, yang jadi kontraktor atau apa saja perniagaan lain...Susah atau senang??? Jawapannya "tidak ada senang datang dengan senang".

          Memang, nak berjaya susah tetapi KEJAYAAN BERSAMA AT 181 TIDAK MUSTAHIL. Jika orang lain boleh, aku pasti boleh!! Lagi mudah sebab diberi bimbingan percuma, tak perlu memohon lesen, tak perlu bayar deposit sewa kedai, tak perlu pekarja apa lagi membayar sewa tapak atau lot kedai, tak perlu juga nak mengampu bodek seperti perniagaan lain. Masa pula fleksibel, sejam atau dua jam sehari mengikut kemahuan sendiri. Konsepnya pun sangat mudah...'menjayakan orang lain sebelum diri sendiri berjaya'. Bukti kejayaan pula terbentang di depan mata. Antara mahu atau tidak saja. Tanyalah diri sendiri apa yang kita mahukan dalam perniagaan ini??

Motivasi Harian

Sesungguhnya mulut kita ini
selalu merosakkan diri kita sendiri

Terkejut....Demikian Kesudahannya

Pengajaran untuk kita semua
           Sejak subuh semalam, berita gempar di seluruh negara apabila usaha mengesan kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya, wanita jutawan kosmetik, akhirnya menemukan mayat pengasas dan pakar kosmetik itu berserta tiga yang lain yang turut hilang bersama beliau. Menurut polis, mereka dibunuh, mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjung Sepat berhampiran Pantai Morib.

          Beliau seorang wanita hebat. Sosilawati bangkit dari sebuah keruntuhan dan kegagalan. Pernah  menjadi penoreh getah, kerani dan jurujual produk kecantikan orang lain dari rumah ke rumah sebelum memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Tiada alasan yang mampu diberi oleh wanita gigih ini. Selepas kegagalan rumahtangganya, beliau bangkit bermula sambil membela enam orang anak kecil. Tanpa pendidikan tinggi, tanpa pengalaman dan tanpa sijil berjela, beliau hanya mempunyai impian untuk berjaya mengubah nasib diri dan keluarga. Berkat kegigihan, ketabahan da keikhlasan, beliau berjaya membina rangkaian perniagaan kosmetiknya dengan nilai ratusan jutaan ringgit.

          Difahamkan, bangunan baru empat tingkat yang dinamakan Wisma NV bernilai RM15 juta di Cyberjaya telah dibuka awal tahun ini sebagai mercu tanda kejayaan dan kebanggaan sempena genapnya 15 tahun NV berada di pasaran. Datuk Sosilawati dikatakan mempunyai nilai kekayaan RM100 juta.

         Emosi kita diheret pilu dengan kejadian tragis ini. Dalam suasana meriahnya aidilfitri, simpati masyarakat terhadap kejadian maha dahsyat terhadap wanita hebat ini menghiris hati manusia yang normal. Begitu juga kepada tiga lagi mangsa yang turut dibunuh kejam itu.  Kesudahan hidup yang begitu tragis...Takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa. Apapun marilah kita berdoa agar mereka mendapat gantian terbaik di sisi Allah atas apa yang berlaku. Al Fatihah

Monday, September 13, 2010

Program Aroma Terapi Minda Kota Bharu

Anda Mampu Menjadi  Sangat Hebat Dengan
Mnguasai Kehebatan Minda Anda
Tarikh    : 18 September 2010 Sabtu
Tempat   : Sutera Inn Kota Bharu, Kelantan
Masa      : 9 Pagi Hingga 1 Tengahari
Masuk adalah Percuma
Ada 'DOOR GIFT' bagi terapi yang kali pertama hadir
Bernilai Lebih RM200, sila hubungi saya 016 2212181
Berpeluang Melancong ke PERTH secara Percuma
Program Hebat Dijayakan Oleh Akademi Taipan 181
Hidangan ringan disediakan. Sila hadir beramai-ramai.

Pertemuan Nan Indah

Hampir 45 orang hadir...sungguh bermakna
            Kali ke 7 sejak 1988, pertemuan pagi semalam menghimpunkan hampir 45 orang rakan2 termasuk keluarga dari SRK Sri Suria dan Sek Men Dato' Mahmud Paduka Raja yang lahir tahun 1966, 1965 dan 1967. Terima kasih kepada Saudara Zuraimi Ismail yang sejak dahulu sentiasa berusaha untuk menggerakkan program ini. Terima kasih juga kepada Saudara Razali Kassim yang berusaha menyediakan tempat di dewan PPD Tanah Merah untuk perjumpaan ini.
Anak bujang Norliza dan anak gadis Zarina turut hadir


Anak-anak Saudara Wan Zulkfli tidak ketinggalan hadir
bersama. Di belakang pula isteri Saudara Mohd Fauzi
          Agak tergesa-gesa, tiga hari sebelum hari raya barulah program ini dirancangkan. Mungkin itu sebabnya kenapa tak begitu ramai yang hadir. Pasti lebih ramai yang akan hadir jika ia diatur dan dirancang lebih awal. Pun begitu, ia berjaya mengembalikan nostalgia yang membangkitkan ilusi  tersendiri yang begitu indah di zaman sekolah rendah, kemudian menginjak ke sekolah menengah sebagai remaja yang makin nakal,berani dan ingin mencuba segalanya.
Pn Norliza Mat Salleh dan Pn Zarina Mohd Zin
serta keluarga
Cikgu  Saiful Bahari Zainal
          Begitu pantas masa berlari. Begitu cepat waktu berlalu pergi. Ada yang sudah tidak berjumpa berpuluh tahun lamanya. Ada juga yang sudah tidak mengenali maklum semuanya sudah masuk 4Series. Ada yang masih segak tak dimamah usia, ada yang sudah berambut putih, ada yang sudah punya anak dewasa, ada yang masih mempunyai anak kecil, ada yang masih bersendirian malahan ada juga yang telah kembali menemui Tuhan Pencipta


Bagai satu keluarga besar
          Kehadiran kali pertama Mohd Sanadi Mohd Noor, Mohd Nadzri Hamzah, Kamarulzaman Mamat dan juga Wan Zulkfli Wan Setapa menghangatkan suasana. Agak terkilan juga kerana hanya tiga orang sahaja perempuan yang hadir iaitu Norliza Mat Salleh dan Zarina Mohd Zain selain aku sendiri. Pun demikian, kemesraaan dan silaturrahim berbunga indah dengan kehadiran bersama isteri dan anak-anak Wan Zulkfli, isteri  Mat Fauzi Mohd Noor, Farina iaitu isteri Mohd Nadzri serta isteri dan anak-anak Mohd Sanadi. Alhamdulillah, mudah-mudahan hubungan murni ini akan berpanjangan sampai bila2.


          Satu demi satu nostalgia lama diimbau, dibongkar, dikongsi dan dibangkitkan kembali.  Maka serentak dengan itu juga peristiwa2  lucu, takut, gembira dan duka datang silih berganti di benak fikiran sendiri. Antara ingat dan lupa, antara kabur dan nyata, antara tidak dan ya, semuanya bersatu menjadi sembang gembira yang berjaya mengikat hati dan jiwa. Berjaya pula mengungkap indahnya kenangan lama yang mengusik jiwa di zaman kanak2 dan remaja puluhan tahun yang lalu.

Bersedia  untuk sesi fotografi
Seronoknya...meskipun berjumpa hanya seketika tetapi mampu
mengimbau kenangan yang mengusik rasa


          Sambil berbual, bersembang dan bercerita, tetamu dihidangkan dengan menu roti jala, mee hoon goreng dan mee hoon sup. Ramai juga yang mengambil peluang mengambil gambar, bertukar2 idea. Majlis berakhir dengan sesi bergambar. Insyaallah, mudah-mudahan masih diberi ruang dan kesempatan untuk berjumpa lagi. Meskipun tak lama, indahnya tetap terasa. Meskipun hanya seketika, manisnya meresap ke jiwa. Meskipun tidak lama, pertemuan indah pagi tadi berjaya mengusik kenangan lama. Alangkah indahnya jika ia dapat menghimpunkan lebih ramai rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang sama-sama meniti keindahan zaman kanak-kanak dan  menempuh gelora zaman remaja.

Jika ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Jika ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi.

          Dengan janji untuk terus memberikan komitmen andai majlis ini diadakan lagi pada masa akan datang, majlis pertemuan indah pagi semalam selesai dengan penuh rasa syukur. Terima kasih dan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada semua yang hadir di majlis indah yang cukup bermakna. Salam

Sunday, September 12, 2010

Kunjung Mengunjungi Sanak Saudara



          Selepas menunaikan solat sunat hari raya dan bersalam-salaman serta bermaaf-maafan dengan mak dan adik beradik, aku membawa anak-anak mengunjungi nenek, ibu dan bapa saudara serta saudara mara sebelah Dzul di Melor dan kawasan sekitarnya. Sampai enam buah rumah kami kunjungi. Jam sebelas malaam baru kami pulang ke rumah. Aduh! penatnya.

Seronoknya berjumpa sepupu dan saudara mara
seharian bermain tak pernah jemu
Nenek tua berusia awal 80an
           Ada yang hidupnya agak senang tak kurang yang hidup ala kadar sahaja. Laluan dengan jambatan kecil, melalui tali air, batas sawah padi tentulah sesuatu yang baru bagi anak-anak ku. Melihat pacat dan lintah juga sesuatu yang tidak biasa bagi mereka. Menjerit-jerit Irah dan Aisyah....apa lagi Adib pula kuat menyakat adik-adiknya.

          Anak-anak ku yang hidup seharian agak selesa dan 'senang', bertanya macam-macam soalan. Maklum berkunjung ke rumah kampung dengan cara hidup yang memang kampung di hadapan sawah padi, tali air dengan binatang peliharaan seperti lembu, kambing, ayam dan angsa yang berkeliaraan di sana-sini. Bunyi ledakan mercun yang kuat di sana sini juga agak asing bagi anak-anak ku.

rumah moyang
         Bagus juga anak-anak ku melihat semua ini. Biar mereka tahu asal usul bangsa sendiri. Inilah masa nak berjumpa sanak saudara dan mengeratkan silaturrahim. Aku tak suka anak-anak hanya menunggu depan TV dengan pelbagai program hari raya

           Hari raya kedua, baru ku pulang ke rumah 'ma' di Tanah Merah. Sebahagian adik beradik dah berkumpul dari pagi. Meriahnya...penuh rumah, suasana agak hingar bingar. Ada yang sedang bersembang, ada yang di dapur, ada yang sedang makan, ada yang sedang membaca, dan ada yang bermain. Cucu- cucu ma bukan main gembira lagi dapat berjumpa dan bersua muka. Walaupun sebahagian kami tinggl di KL, tetapi kami jarang berjumpa dan bersembang. Jika tiba musim raya, baru aku berkesempatan bersembang panjang dengan adik beradik ku yang seramai sebelas orang.
Kepuasan tidak terhingga apabila anak cucu beraya bersama
           Pagi raya ketiga, aku membawa anak-anak menziarah kubur aruah ayah. Itulah antara rutin setiap raya.Jika aku tak membiasakan anak-anak menziarahi kubur aruah ayah, mungkin anak-anak tidak akan menziarahi kuburku setelah kami meninggal nanti. Hampir 40 minit di sana, membaca yassin, berdoa dan membersihkan kubur aruah. Anak bujangku Adib yang belajar di Cairo, mengetuai bacaan taahlil dan yassin. Sejuk hatiku mendengarnya. Syukurlah. Sudah 15 tahun ayah meninggal, kasih sayang dan didikannya masih terasa. Semangat dan jiwa kentalnya ditanam dalam fikiran dan jiwa anak-anaknya. Aku bangga. Terima kasih ayah...jasamu tak mungkin terbalas. Moga ayah tenang di sana. Semoga doa anak-anak sampai kepadanya. Salam

Beraya di rumah moyang anak-anak ku