HALAMAN UTAMA

Pengalaman Guna J&T Express Servis Paling Teruk Dan Buruk Berbanding Kurier Lain


Pengalaman buruk guna servis J&T Express. Charge RM12 untuk penghantaran lebih 7 hari, daripada Kelantan ke Johor. Sangat mengecewakan dengan customer servis J&T Express yang langsung tak membantu dengan serius.

Aku selalu dengar orang ramai suka guna kurier J&T Express. Katanya cepat sampai, senang dan puas hati. Dalam tahun 2020 ni sebelum PKP pun dah biasa dengar pelbagai keluhan, aduan dan pengalaman tidak puas hati pengguna dengan perkhidmatan J&T Express ni.

Pernah juga ada rakan yang suka guna J&T Express katanya dah biasa cepat sampai. Aku pun macam percaya dan tidak percaya je. Sebab pada pandangan aku, lain tempat lain lah servis dia bagi, sebab bergantung kepada perkerja dan pengurusan tempat tersebut. Tapi bagi aku J&T ni lain macam, sangat lain, seolah-olah tak seragam servis diorang.

Jadi, nak dijadikan cerita. Pada 9/10/2020, aku ada seorang pelanggan aku ni nak sangat aku hantarkan barang kepada dia segera. Waktu ketika tu dah pukul 8 malam dah. Nasib baik ada bawa barangnya dekat Kelantan.

Dah hujung minggu ni, banyaklah tempat yang tak bekerja. Kebetulan Kelantan hari Sabtu 10/10/2020, kurier tu beroperasi. Aku pun usahakanlah nak hantar barang kepada pelanggan tu. Apa lagi dalam sistem yang aku selalu guna tu, ada J&T Express. 


Dalam kepala aku, fikir mesti laju punya J&T Express ni. Aku tak buang masa terus booking dan poskan guna J&T, tempat drop off tu dah ok dah servis dia. Mudah je. Semua ok lah. Aku suka sebab memudahkan urusan.

Keesokkan harinya 11/10/2020 aku semak dalam sistem dia di website nampak laju sebab Ahad dah sampai ke Johor, rasa tak mengecewakan lah. Tapi aku pun beranggapan hari Isnin mesti sampai barang tu.

Tiba-tiba aku check Isnin 12/10/2020 petang dia On Hold status penghantaran. Aku dah rasa pelik sebab kenapa pula tak gerak. Aku terus chat di website dia https://www.jtexpress.my/ dan buat aduan, pertama kali buat aduan, aku rasa dia dah remark dan bagi tahu barang tu urgent. Aku pun biasanya legalah sebab diorang dah take noted, dan dah push untuk penghantaran segera.

Pada hari Selasa 13/10/2020 aku check, barang tak gerak lagi, dalam pukul 4 lebih dia updated on Hold lagi, aku buat aduan semula di website, marah sikit sepatutnya ada remark kena hantar segera. Tapi dia kata masih dalam tempoh penghantaran lagi. Aku boleh bersabar lagi, tapi dah tak percaya dengan kata-kata khidmat pelanggan dia. Aku memang ragu-ragu, kalau dia tipu aku pun bukan aku tahu. Cara jawab macam tak serius dan tak membantu langsung. Sakit hati rasa.

Aku tunggu hari Rabu 14/10/2020, aku check, memang masih On Hold lagi, memang aku chat tanya dan bising lah, janji macam mana, alasan yang biasa digunakan barang banyak, padat, terlalu penuh gudang. Ini yang aku tak faham.

Baik, cuba korang fikir :

1. Kurier servis tu wujud sebab nak dapatkan duit daripada perkhidmatan penghantaran barang.

2. Dah tentulah duit masuk bila ada barang, dan lebih banyak barang logiknya mestilah lebih dapatkan duit sebab makin banyak orang bayar nak guna servis hantar barang dia.

3. Kalau dah tahu barang tu banyak, carilah staff lebih, pekerja tambahlah, waktu ni kebetulan ramai orang hilang pekerjaan, kalau pekerja ramai, barang boleh lah bergerak cepat.

4. Tapi, seolah-olah, ambil remeh perkara ni. Alasan barang banyak. Mustahil sungguh.

5. Rate dah lah mahal, sepatutnya boleh sampai cepat, tapi lambat gila sampai, dah lah customer servis pun tak membantu, pada saya sangat biadap sebab dalam masa kita nak buat aduan boleh dia matikan perbualan.

Aku teruskan pada Khamis 15/10/2020, aku malas nak follow up, aku terus buat penghantaran baru barang pelanggan. Aku dah balik KL hari Ahad lagi, maka Khamis tu aku poskan barang tu guna kurier DHL. Aku hantar dalam petang Khamis barang tu, aku check tracking hari Jumaat 16/10/2020, barang tu dah sampai Johor, memang pantaslah DHL buat kerja. Cuma pengalaman dengan DHL ni, ada masa memang barang banyak tu kita faham dan sekarang pun dah ok dah, cepat sampai. Customer servis dia pun ok kalau buat follow up.

Aku jangkakan Jumaat 16/10/2020 barang dah boleh sampai ke penerima, petang tu dalam pukul 4 lebih pelanggan call kata barang dah sampai dah. Alhamdulillah, lega rasa, DHL cepat je hantar, tak ada pula kata poskod salah lah, pending lah. Tak ada. Semua ok dan baik.

Dan Barang yang aku hantarkan melalui J&T Express masih lagi On Hold hari Jumaat tu, aku buat call sekali lagi nak tanya status, macam biasa jawapan sama, report dah buat. Tapi aku marah sebab tak ada apa-apa tindakan langsung. 

Sampai hari ini aku menulis, barang masih tak bergerak. Korang fikir lah, adakah berbaloi untuk meletakkan risiko kepada syarikat kurier J&T Express ni?

Pada 17/10/2020 aku call lagi, saja nak tanya status, jawapan masih sama, akan hantar secepat mungkin.

Ada beberapa perkara yang aku sangat tak berpuas hati. Tapi mungkin korang pun sama, aku tak tahu lah:

1. Aku call nak dapatkan kata putus dan tempoh penghantaran. Jawapan: Tak janji bila selesai.

2. Aku call tanya siapa in charge, nama dan pihak yang bertanggungjawab. Jawapan: Tak ada nama in charge. Hanya email je yang reply. (Korang rasa boleh percaya ke diorang sensitif dengan aduan?)

3. Aku dah keluarkan kos penghantaran kalau daripada Kelantan ke Johor, RM12 satu parcel bawah 1kg. (Mahal gila, dengan harapan parcel sampai cepat dan selamat sebab diorang buka setiap hari, ini aku paling marah, langsung tak berbaloi dengan customer servis di website dan call)

4. Kos aku follow up di telefon total dua panggilan RM20 sebab lama gila tunggu. (Aku tak perasan dia tolak kredit telefon aku, punyalah aku mendidih nak marah ada, nak maki ada)

5. Tiada jaminan rupanya, tempat aduan pun setakat call dan chat je. Aku yakin pihak J&T tak pandang serius masalah aduan ni.

Walaupun barang yang aku hantar tu dalam nilai RM30 sahaja, disebabkan masalah pihak J&T, aku dah rugi:

Barang pelanggan : RM30
Postage J&T : RM12
Call follow up : RM20
Hantar semula barang kali kedua : RM30
Kos penghantaran semula guna DHL : RM8
TOTAL Kesemua kos : RM100

Dalam waktu sekarang 17/10/2020 aku kerugian RM100 disebabkan J&T Express punya masalah yang lepas tangan.

Aku dah tak tahu nak buat aduan dekat mana lagi. Terasa diri di perbodohkan dengan pihak J&T. Bila dah guna servis dia, usah harap pihak J&T nak dengar aduan kita. Boleh lihat gambar tracking barang aku ni. Aku dah give up buat masa ini. 

Tapi aku akan tengok sejauh mana J&T ni boleh pergi.

Aku dah mula Banned J&T dan akan kongsikan pengalaman ini kepada orang lain supaya tak menyesal. Betul, ada kalanya cepat, sekali kau dah tersalah langkah guna J&T, kau akan sakit hati dan memberikan kesan kepada emosi pada masa depan sebab apa, sebab diorang tak nak dengar dah masalah kau lepas kau dah pos guna servis diorang.

Aku dah buktikan. Selamat bertabah.



Tracking Barang aku di website J&T Express.





Aku sempat chat di website untuk 3 hari. Malang sekali, tak ada salinan chat.
Aku call untuk 2 hari. 


Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang