CafeMom Tickers
Showing posts with label diet. Show all posts
Showing posts with label diet. Show all posts

Monday, January 22, 2018

Cerita seminggu

Assalamualaikum...

Cerita sepanjang minggu lepas... Isnin petang aku ke sekolah Hafiy. Si Hafiy bgtau cikgu suh datang sekolah sbb belum tempah tanda nama lagi. Cerita dia, mcm dia sorang je x tempah lagi, maknye pon cuak la, mmg xde no hp mana2 cikgu lagi since die x masuk kelas tetap lagi. Eh aku je ke x tau ape2 nih...haih. Gigih la tunggu diorang abis perhimpunan pastu jumpa cikgu kelas, cikgu kata belum lagi puan, nnt sekolah akan bagi borang, x perlu datang sekolah...deng...mak kene prank! hahaha...mujo x cuti oiii, bazir cuti mak. Hai la anak. 

Tup tup Rabu mak ko kene EL sbb si Hafiy demam & cirit birit. Punya la tanye makan ape kat sekolah, sbb setahu aku aku bekalkan dia makanan. 2 hari jugak x ke sekolah. Jumaat masa ayah die cek baki duit baru die pecah rahsia bgtau die beli nasi lemak kat sekolah...adoi la anak. Atok ckp teringin agaknye tengok budak lain makan. Bekal licin, pastu tambah beli makanan lain plak... hmmm mak x kisah, tp bila mai cirit birit tu mak risau la nak oii...haih.

so far aku mmg bekalkan hafiy mknn ke sekolah. Sekolah agama la, petang nanny siapkan bekal die. Kalo terlebih rajin, bekalkan jugak utk sekolah petang, mintak maid panaskan je.




Budak demam...berulang ke toilet je...cian die.


Bila dah cuti ni mak ade masa la nak masak...





makan malam, siakap 3 rase, menambah hubby makan... erk nampak merah nau sbb bawah lampu oren =p



Ni masak semalam...


 Diet mak ko ni kemana? laut ke sungai ke laut dalam....hahahhaa... 

jogging jugak, semalam kene bawak budak3 skali sbb xde org nak jage. Terpakse la jogging sorang2, hubby jage budak3.


as usual, shopping penting juga, hilangkan stress dan menambah motivasi =p baju saiz L, next target saiz M....fuhfuhfuh...


Thursday, October 20, 2016

Jom sihat! Jom kurus!

Assalamualaikum...

Sihat ke? Ingat tak mase start puase dulu  aku ade ckp pasal cabaran kurus?

Aku x kurus pon lg...hahaha... Ade la pengurangan, sehingga kini aku baru loss 3.4 kg.... Aritu aku target 8kg kan?! So masih ade 4.6 kilo lg lemak degil. Chaiyyokk... Kali ni mmg lemak degil btol lah. Mase bersalin anak ke2 dulu, aku amik mase 10 bulan je nak kurus blk... Haih... Ni anak no3 dah nak masuk setahun 5 bulan kot. Sadiss.... Umur makin meningkat, metabolisma makin menurun la ye dak... So effort kene berlipat ganda la kan. 

Tp aku xleh diet extreme since masih breastfeed anak no 3. Harapannya kali ni biarlah sampai ke umur 2 tahun, tp dah campur jugak susu tu, bukan sbb x cukup, tp die xmo minum ebm :( kesian die x minum susu langsung siang hari, so mil aku campurkan ebm+ pediasure. Br nak minum...tu pon x  banyak. 

Klah... Matlamat utama aku nak sihat, nak ringan badan...kurang penyakit nak hinggap... aku perlu sihat utk urus keluarga & besarkan anak3.

Kedua nak kurus jugak... At least sampai aku selesa pakai baju2 aku. Maksudnye x nampak gumpalan lemak2... ;p dan self confident!

Ok la meh nak share rutin kesihatan aka nak kurus aku tu... Ni cara aku lah...

Pg sblm breakfast aku akan minum ephyra... Sebagai supplement, tingkatkan metabolisme etc


Lepas tu sampai opis aku akan mkn buah (betik/honey dew/ kiwi), mkn kuih 4 ketul & minum nescafe. Aku perlu minum air manis to boost up my energy, idak le lemau je. Dah la dok dkt bilik bos, kejap2 panggil...dah mcm p.a no2 plak.

Minum air 1.5 liter

Pukul 10.30-11 pg aku makan buah. Pam susu.

Lunch kul 1... Aku mkn ape yg terase nak makan tp limitkan kuantiti utk cukup kenyang. Kadang2 nasi, tp 1/2 mangkuk je or bihun sup/ tomyam or subway

Minum air lg 0.5 - 1 liter...
Pam susu

Ptg kalo lapar otw drive balik aku kunyah biskut oat.

Mlm mkn dgn husband. Mkn ape yg die nak makan...nnt kecik hati aku x teman. Tp aku sebolehnye elakkan nasi. 

Lepas mkn aku mkn omega guard shaklee & jamu sblm tido.

Aku akan pastikan aku membuang air besar setiap hari.

Jogging setiap weekend either sabtu or ahad. Sebelum ni aku jogging dlm 2-3 km je, skrang aku try gandakan ke 5-6km.

Sesekali aku mkn jugak ais krim/ frappe kalau teringin. Balance kan balik dgn air kosong. Calories in, calories out...



Skarang aku dah muat baju2 lama. Inch loss lg banyak dr weight loss. Beli baju pon saiz uk12, L... Ade yg muat M jugak. Syiokkk...!

Next target... Nak loss 4.6 kg by end of this year. Smoga tercapai la misi aku ni. Yg penting xleh stress...relax2 saje!

Jom sihat! Jom kurus!

Tuesday, June 7, 2016

Salam Ramadan

Assalamualaikum...
Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al Mubarak

Alhamdulillah dah 2 hari puase kan...insyaAllah.
Hari ni 1st time puase di opis, amik WP1-->WP 4. berdebar nak tgk keadaan jalan raya balik nnt.
last year, mmg cramp2 badan dok dlm kete selama 2 jam nak boleh sampai ke umah MIL. uwwwaa...smoga tahun ni lebih baik..kurang jem..
azam arini tepat kul 4 kat punchcard...hahahaha...
 
as usual, setiap tahun pon amik tender buka puasa umah family in law. Nak harap buka kat umah sendiri, mmg lauk beli jela, lg pon x meriah. Mil pon offer sbb tau menantu2 die yg keje ni mmg x sempat la kan. Kami bagi duit utk mil beli barang2 masakan. biase, petang tu singgah beli aneka kuih dan air je. Padahal ade je kuih, saje nafsu bazaar ramadan..

dan seperti biase kami kekenyangan buka puase makan kuih dan minum air. Smlm aku minum air 10 gelas kot! kenyang makan kuih. Nasi paling last mkn, smlm abiskan nasi hubby je..adela suku pinggan, pastu ratah lauk kerabu.

menu ramadan: day 1
 
main:
kerabu taugeh kerang
kerutub daging
ikan kembung goreng

kuih:
tauhu sumbat goreng
pengat pisang

lain2:
bubur lambuk dari jiran sblh mil
kuih bazaar - popia goreng, seri muka, kole kacang, tepung pelita

air:
jus mangga
koktel buah sirap bandung
teh o
  

arini, mil x update menu lg...


Azam ramadan tahun ni....smoga aku istiqamah berterawih. kat umah je mampu, dengan anak kecik ber3 ni kan. Smlm alhamdulillah Aiman tido lepas Isyak, so dpt la berterawih dgn aman. Puase dgn jayanye, dan bf lil Aiman. Berharap mampu menghilangkan lelemak degil 8kg yg sgt2 tidak diperlukan ='( huhu...

ni gambar inspirasi...
uwwwaa... smoga berjaya! chaiyok...



Tuesday, February 2, 2016

Cermin menipu!

Uwwwwaaaa.....
This year continue azam...mau kurus!
10kg lagi untuk didermakan...lelong2...
Hahahaha stressss akak tau. Nape la degil bebenor lelemak akak ni...

Start februari... I challenge myself for 30days to loss 10kg. Berjayakah??? 

Result will be view on 3rd march.. 
Wish me luck.... 

Jgn buang mase, Jom squating 60x ;p
Penggsannnn.....,



Wednesday, March 11, 2015

Misi Kurus selepas bersalin

ish ish ish....
patut time ni aku dok memikir persediaan nak bersalin
banyak benda dah lupe... pikir nak hadap contraction mcm mane, pikir tetibe sakit kat opis sape nak antar ke hospital... ni semua pon pikir gak.
tp yg paling aku fokus nak kurus lepas bersalin, boleh...? 
hahahaha... obses sgt!

How i miss my jogging routine ='(
hubby pon since xde partner nak jogging ni die pon dok bela badan mcm bini die.. hihi...

last time mase pregnant kan anak no.2, aku gain weight 92 kg (kalo x silap). naik 22 kilo kau!
lepas 3 bulan melahirkan, aku hanya berjaya turun ke 76.1 kg 
so loss dlm 15.9 kg je

utk pantang time tu, aku start mkn nasi separuh pinggan minggu ke2 pantang, mkn supplement shaklee (omega guard & alfafa) dan  jamu NR on off... 
bile ingat mkn la.
lepas raye (september 2013), aku start jogging routine aku... 
sekali seminggu je pon. mula2 fun run je...
lame2 ketagih, siap bad mood kalo miss jogging. 
Till Disember 2013 aku baru cecah berat 70 kg. 
Berat mase belajar adalah 60 kg, mane kawen 63 kg 
(beza 10 kg kau... nangis!)

aku start consume EPHYRA januari 2014
 sebelum jogging aku minum EPHYRA dulu utk naikkan metabolisme.
lepas lunch mkn omega guard shaklee
lepas dinner mkn alfafa shaklee.

April 2014, aku reach angka 6... berat time tu 67kg.
aku x perasan, tp bile ramai dah tegur aku pi timbang.
67 pada aku masih gemok, tp yg hairan, aku muat balik baju2 lama, baju nikah juge =p
aku beli bj pon saiz M tau tak. yes, ukuran badan mmg banyak kurang.
bertapa hati riang gembira. lepas puase reach 66kg. lepas raye naik blk 67kg.

so in total... termasuk tempoh pantang 
aku amik mase 10 bulan untuk hilangkan 25 kg!
lame giler... dan aku merase jd kurus (xde kurus mane pon, tp utk aku agak kurus la) hanya 5 bulan sblm aku tau aku pregnant balik... nangis!

utk kali ni, aku bertekad nak kurus semula, ke angka 67 pon xpela... (berat sblm pregnant)

strategi?

aku akan try consume EPHYRA, omega guard, lecithin, alfafa & cinch tea SHAKLEE, dan jamu. tp ini semua bergantung pd baby gak, kalo perut die tahan aku telan, kalo tak, aku kene selang2 kan...
aku plan nak mulakan senaman ringan bile rahim dah kecut, badan dan rase kuat, mungkin minggu ke3 atau ke4 pantang.
nasi mkn separuh, 2 kali sehari (tghari & malam).
lepas 44 hari, back to my jogging routine.

wish me luck...

sy mau kurus... 
how i miss me...

ni bj kurung paling kecik penah aku ade slps anak 2. hahaha


TIPS DR KEVIN ZAHARI

Macam mana untuk mendapatkan kembali tubuh yang langsing dan cergas seperti sebelum mengandung dahulu?

Anda tidak keseorangan. Persoalan ini bermain di fikiran kebanyakan wanita yang telah melalui fasa kehamilan dan melahirkan anak. Pelbagai perubahan fizikal dan emosi dilalui di dalam tempoh tersebut. Salah satu daripadanya adalah penambahan berat badan disebabkan kehamilan. Kebanyakan wanita akan mengalami purata kenaikan berat badan sebanyak 15-20 kg semasa mengandung.

Kurangkan berat badan selepas bersalin?

Selepas melahirkan anak, anda akan terus kehilangan lebih kurang 6 kg. Selepas itu, anda akan kehilangan berat air dan apabila rahim telah kembali ke saiz asalnya, anda mungkin kehilangan sebanyak 2 atau 3 kg lagi. Sekiranya anda menyusukan bayi, ini membantu mengurangkan lagi berat badan kerana penghasilan susu badan menggunakan simpanan lemak di dalam tubuh dan mampu membakar lebih banyak tenaga.

Harus diingatkan bahawa kenaikan berat badan semasa mengandung berlaku sepanjang tempoh 9 atau 10 bulan. Maka, untuk mengurangkan kembali berat tersebut dan mengembalikan tahap kecergasan anda juga memerlukan masa. Di bulan-bulan awal selepas kelahiran bayi anda, anda tidak seharusnya berdiet kerana tubuh anda memerlukan tenaga serta nutrien yang lebih untuk memenuhi keperluan anda dan juga bayi anda. Anda juga pasti akan kesuntukan atau sukar untuk mencari masa untuk bersenam kerana masih menyesuaikan diri dengan rutin baru sebagai seorang ibu.

Anda boleh menetapkan tempoh 6 bulan untuk membenarkan tubuh anda kembali ke bentuk asal secara semula jadi sebelum anda membuat langkah untuk mengikuti pelan pemakanan yang terkawal atau rejim senaman yang terancang.

Terdapat pelbagai petua dan kaedah yang mungkin anda pernah dengar tentang bagaimana mengembalikan tubuh yang langsing dan cergas selepas bersalin. Di antaranya mungkin adalah berkenaan pemakaian bengkung, berurut secara tradisional, petua jangan meminum air sejuk dan sebagainya. Apa yang pasti, bersenam dan pemakanan seimbang merupakan komponen yang penting dalam mengembalikan kecergasan tubuh selepas bersalin.

Panduan Senaman Kegel

Mulakan rutin senaman yang ringkas dan ringan. Senaman yang paling mudah dimulakan adalah yang boleh dibuat sendiri di rumah. Tahukah anda bahawa anda boleh memulakan senaman kegel sehari selepas bersalin? Kegel penting untuk mengetatkan kembali otot lantai pelvik selepas bersalin. Ia dilakukan dengan mengetatkan otot yang digunakan semasa membuang air kecil. Senaman ini mudah kerana boleh dilakukan di mana-mana tanpa sesiapa mengetahuinya. Ia juga boleh dilakukan sekali bersama pelvic tilts, yang juga berfungsi untuk mengempiskan perut dan mengerjakan otot punggung. 

Mula dengan berjalan

Senaman yang paling mudah untuk dilakukan adalah berjalan. Ia boleh dilakukan bersama seisi keluarga dan juga bersama bayi anda sekali. Anda boleh berjalan di taman, di sekitar kawasan perumahan anda malah juga di pusat membeli belah! Bayi boleh digendong atau ditolak di dalam stroller. Ini akan menambahkan lagi intensiti senaman anda.

Terdapat pelbagai pilihan senaman untuk anda mengembalikan kecergasan selepas bersalin. Ianya bergantung kepada minat dan juga faktor seperti masa dan tempat yang sesuai bagi anda.

Diingatkan juga, sekiranya anda mengalami sebarang komplikasi semasa mengandung dan bersalin, dapatkan pengesahan doktor dahulu sebelum anda memulakan apa-apa rejim senaman.
 
(sumber:  http://kevinzahri.com/health-fitness/panduan-langsing-selepas-bersalin)



Monday, January 19, 2015

Ujian kesakitan: gastrik mase pregnant

Lame aku x kene gastrik... Even mase aku diet sblm pregnant aritu pon x kene gastrik. 1st pregnancy yes aku penah kene gastrik tp x seteruk kali ni. 2nd pregnancy free from gastrik. Kali ni... Mcm mane bleh kene? Ntah... Tp mmg aku suke mkn pedas2. Nak di jdkan cerita, khamis tghari aku mkn bihun tomyam, ptg x sempat kudap ape2. Ptg time drive blk mmg perut dah start lapar. Lapar giler weh... Puas punggah ape yg ade dlm kete, handbag... Mmg xde dah stok mknn. Lepas amik anak2 terus drive tru mcd... Mmg tahap kelaparan xleh dikawal dah. Kul 7 aku settle mkn mlm. Sampai la kul 9.30 terase lapar blk. Tp mlm aku biase dah mls mkn, selera tekak xde. Kul 10 perut keriuk2 bunyi, gagahkan diri amik roti sekeping. 

Esok pg time bgnn nak gi keje perut rase sakit. Mcm contraction pon ade tp kat atas skit kat ulu hati... Dlm hati "alamak gastrik" tp rase cam bleh tahan... So aku gi keje mcm biase. Sampai opis terus gi beli breakfast.. Beli bubur nasi. Mkn separuh aku dah rase lain mcm... Sakit perut makin kuat. Aku masuk bilik solat dpn workstation aku... Meringkuk aku baring tahan sakit. 8.30 ade meeting, gagahkan diri kuar, capai diary gi bilik meeting. Halfway perut rase sakit sgt, mcm kene pulas..segala rase ade... Nak membuang pon ade. Ade yg tegur aku nampak aku nak pengsan... Aku sedaya upaya bertahan ke tandas.. Beberapa kali membuang, aku masuk bilik meeting. Seram sejuk badan..sambil tahan sakit perut yg mcm contraction tu... Mcm perut kene perah tu. Sakit giler. Muka dah pucat lesi. Aku pegang tisu kot2 termuntah nnt. Tetibe akk qs sebelah aku tanye " farhana, ko ok ke? X sihat ke? Nak muntah?""aah..." Tu jwb aku sepatah. Aku terus bgn gi toilet. Sampai toilet kaki lutut jd lemah...aku terjelepok bersandar kat tempat amik wuduk dgn pintu toilet terbukak...  Bwwwueek berhambur segala isi perut kat tempat wuduk tu... Penuh dr dinding ke bawah. Abis segala... Keluar semua air mata. Ya Allah sakitnye! Mujo ade cleaner indon lalu tegur aku " akk ok ke?, kejap sy amik minyak angin... Sy panggil kawan sy urut ye" aku mampu angguk je. Mujo aku bwk hp... Aku text mama suh amik aku kat opis skrang. Mama kat semenyih dkt skit kalo nak suh hubby amik jauh. Cleaner tu bersihkan semua muntah2 aku tu. Bawak aku gi bilik solat suh kwn die urutkan... Mmg bnyk angin aku. Lega skit. Tp perut still sakit lg. seram sejuk... Aku x join dah meeting. Aku text bos bgtau keadaan aku, telling him aku nak blk gi klinik, mak aku amik. 

Mama amik terus gi klinik kat area umah... Time doc cek mmg perut tgh sakit giler... Die letak steteskop kat perut " mmg sakit kuat ni sampai blakang" cek blakang aku plak. " ni bkn contraction kan? Awk tau beza kan?" "Ye doc, sy tau beza""baby gerak kan?"" Masih gerak" "ok sy bg ubat, sy bg mc... Esok keje tak? Sy bg mc skali""esok sabtu tak keje doc". 
Sampai umah mama aku mkn nasi, mmg x lalu tp pakse gak telan, makan ubat terus tido. Sesekali rase sakit perut tu dtg gak. Asal x muntah aku tahan gak. 
Kul 3 br aku jage... Sakit perut ni x hilang2. Amik wuduk, solat... Suh mama antar blk opis amik kete nak blk umah. Mama suh tunggu adik aku blk keje nnt die antar blk. Aku x nak... Lambat sgt. Sampai umah aku tido lg. anak2 hubby amik. Mlm hubby belikan bubur nasi, aku mkn skit je... X lalu. Mkn ubat tido lg. kul 4 pg aku terjage buatkan susu zafry. Perut lapar... Mkn nestum oat secawan. Pastu tido blk. Pg tu bgn rase ok skit, perut makin kurang sakit. Hubby gi kedai jap... Tghari mkn bubur nasi. mlm aku request nak kueh teaw kungfu sbb x lalu nak telan nasi. Pastu gi umah umi mkn sate 2 cucuk & pizza sepotong. Blk umah perut berangin blk. Aku pakse mkn roti sblm tido. Pg ahad ok je, breakfast roti boom... Tghari mkn nasi, sup & ayam goreng. Ptg aku dah semacam... Perut sakit lg... Hubby plak kene cirit birit, so x lalu mkn gak. Mlm tu mkn bubur nasi lg. tp aku muntah lg... Hubby bwk gi klinik. Doc bg mc lg utk isnin. Pergh... Sakit giler perut aku. Bukan aku sengaja x mkn ke ape... Aku mkn je aku rase ntah nape nak kene gastrik ni. Sakit giler ;( 

aku tanye skali kat doc bleh ke aku naik flight since aku kene gi lahad datu rabu-khamis ni. Doc ckp it is not advisable pregnant lady naik flight kerap kecuali terpakse mcm blk kampung ke... Ape2 jd doc yg akan disalahkan. No worries sy tulis surat kpd bos awak. Sepatutnye die kene ade budi bicara... X perlu la suruh pompuan mengandung travel sana sini... Tq doc! Sy cume risau kalo dlm perjalanan nnt perut aku sakit mcm ni... Huhu... X sanggup ;'(


Tuesday, January 13, 2015

Diet???

Konon pasni nak breakfast oat+nestum je. Jom kite tgk brape lame bertahan... Motif??? Ntah. Kurangkan pertambahan berat badan kot supaya lepas bersalin nnt senang kurus segera. Hahahaha harapan... Xleh blah.





Thursday, August 7, 2014

post-raya

cerita raya x sempat taip lg...
nah..tgk gambar post raya kite yg dah gemok :(
uwwwwaaaa....jom jogging!

Thursday, May 29, 2014

Ayuh sahut cabaran...menurunkan berat badan!

skrang kat kkm tgh ade program pengurusan berat badan
sayangnye aku x terpilih utk join program tuh =(
tp aku nak sibukkan diri jugak join kawan2 yg terpilih
dlm masa 6 bulan diorang kene kurangkan berat at least 10% dr berat skrang
through what? of course ade info2 yg dikongsi untuk membantu, antaranya pemakanan yang betul dan bersenam

they have 6 months.
but aku nak bg diri aku 2 months sampai raya utk aku hilangkan 6-7kg
amacam? ade bran?
kuikui...angan2 setinggi langit.
aku cume nak gambar raya aku nnt aku bleh pakai bj cantik!
jom...

inspirasi?
kalau tanye pasal inspirasi...
aku adalah wanita yg sangat mencintai kecantikan
dunia...dunia...
bukan pikir utk diri sendiri je tp utk en. suami dah kebaikan rumah tangga. ok la kan?
skrang ni aku tgk bnyk sgt pompuan cantik kat luar sana... sape x suke benda cantikkan? sblm apa2 jadi aku kene buat sesuatu...
preventing is better than cure =p

aku suke baju cantik! aku suke gambar aku nampak cantik!
itu inspirasi aku. tgk adik aku yg kurus tu sarung ape pon nampak cantik. aku nih penah satu masa semua baju dah x muat. pakai apa pon x cantik, lemak sana sini =(
ni jdkan aku hilang self confidence!
segan dan jumpe org, segan nak join aktiviti/ bersosial...

Forever21... ye baju2 kat butik ni sgt memikat, tp saiznye...alahai...L pon aku x muat dulu. Saiz paling besar L je mmg jgn haraplakan. lengan pon x muat ok!

jom kawan2... kite ramai2 ke turunkan berat badan.
dan mengamalkan cara hidup sihat
bukan utk org lain, utk diri sendiri juga!

jom kite lihat berjaya tak aku turun 6-7kg tuh..dlm masa 2 bulan nih.
please la boleh....huhuhu... nampaknye bulan puase nnt aku kene jogging malam ler =p



nak tingkatkan metabolisma badan?
jom try EPHYRA...
tgh ade promosi RM180 sekotak, 30 sachet.

jom terjah sini Nuraisy Shoppe

semasa pembelian sila maklumkan kod FJ untuk dapatkan chiffon shawl secara percuma!
(minimum pembelian: sekotak ephyra premium pack RM180 sahaja. 
Hadiah terhad kepada 7 pembeli pertama sahaja!)

Monday, December 2, 2013

Hasil diet

Ha...mesti tertanye2 kan... Dont expect too much...

4 bulan i berjaya kurangkan.....?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
4.1 kg je!!!!! Frust btol i tau :(

But its ok... Diet kene teruskan...selain turun berat bleh kurangkan lemak & kolestrol... Jage kesihatan gak kan. Almaklumlah dah entered 3 series....aiyyo...

Aku versi terkini#without 360camera#selfie

Monday, September 30, 2013

Diet vs menyusu

Kalo ikut hati mesti nak cepat kuruskan...tp mengenangkan masih menyusukan anak, anak lg penting kot...ni beberapa tips yg aku sempat bace kat blog orang...

1. Kurangkan berat badan secara perlahan
  • kurangkan berat badan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak ditambah dengan senaman ringan.. 
  • penurunan berat badan yang cepat akan bahayakan bayi kerana mungkin kita membebaskan toksin ke dalam aliran darah dan seterusnya meningkat jumlah pencemar yang masuk ke dalam susu badan.. toksin ni biasanya disimpan di dalam lemak badan.   


2. Kerapkan Menyusu Badan
Seorang ibu yang menyusui membakar  banyak kalori . Ini bermakna ibu-ibu yang menyusui boleh turun berat setengah kilogram sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu.

3. Minum air dengan secukupnya
bagi ibu-ibu yang menyusu adalah sangat penting untuk meminum air di antara 2-3 liter sehari. ini juga bagi mengelakkan bekalan susu daripada berkurangan

4. Amalkan Pengambilan Supplement yang sesuai

  • terdapat banyak supplemet yang terdapat di pasaran pada masa kini. carilah supplemet yang selamat dan sesuai untuk dimakan oleh ibu yang menyusu. 
  • supplement dalam konteks penyusuan bukanlah untuk membanyakkan susu ibu sebenarnya. tetapi ia lebih kepada meningkatkan kesihatan ibu. 
  • ibu yang sihat tanpa masalah seperti keletihan dan sebagainya akan meningkatkan penghasilan susu badan
tu yg slow je badan ni nak turun. aku consume shaklee...takdela turun sgt sbb aku pon kejap makan kejap lupe kejap malas... pastu en. hubby cadangkan gi berjogging. aku ckp ok je tp en. suami kene teman. asal teman aku ok je, nak ke gym pon boleh. Hmm...best gak. dah lame x jogging ni. Last weekend dah beli kasut jogging baru. aku stop jogging sbb kasut kene curi...dah lame dah, lepas bersalinkan Hafiy dulu...hahha...semangat ok! 

ni sumber inspirasi aku....doakan aku berjaya dalam misi ni k... bestnye kurus =p