Monday, May 20, 2013

Abah...


Ku mulakan dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

tak tahu tajuk yang sesuai.. sebenarnya penulisan ini buat perempuan juga.

Kalau boleh mahu mengelak bercakap tentang isu ni. Tapi bila ujian Allah datang menguji dan orang yang disamping kita agak goyah, walau diri sendiri pun masih bermujahadah, tetap saya mahu kongsikan.
Bagi yang tidak diuji, beruntunglah kalian..dan duk diam2. =P


WAHAI LELAKI...
Jika kamu seorang ayah.. jaga anak perempuan dan isteri mu dengan baik.

Abah boleh jadi orang pertama yang melambai tangan dan mencium sambil memeluk erat menyambut kepulanganku.
Abah menjadi seperti kanak2 dalam menyampuk perbualan gossip mama dan aku.
"K.ain..... bila k.ain nak balik? abah rinduuu...."
Abah kadang2 penasihat paling lembut dalam menghadapi ujian hidup.


Tapi Abah boleh menjadi pendebat yang paling keras, yang kadang2 membuat hati ni keras pada masa yang sama berderai.
Nasihatnya kadang2 membuat orang lain datang memujuk ku... tak tahan.

Lelaki ini tahu bila mahu menunjukkan kasih sayangnya sehingga lenggok bahasa seperti anak2 kecil,
dan lelaki ini juga tahu bila mahu mematangkan anaknya even dengan suara yang menyinga...

Wahai LELAKI...
jika kamu seorang abang atau adik lelaki,
jaga adik perempuan dan kakakmu..

Abang itu yang menjadi orang pertama memukul sampai lebam lelaki yang mengganggu adik perempuannya.

Adik-adik itu menjadi perisai ketika di pasar malam memastikan kakaknya berada di belakang mereka.
Siap merenung tajam pada mata yang mengganggu.

Adik itu menjadi pencemburu hebat buat mama mengalahkan abah.
Berpesan dalam marah, tapi ada cemburu sayang dalamnya.
Adik lelaki itu juga menjadi orang pertama yang mengalah dalam apa jua demi mama
dan orang pertama yang siap meng 'iya' kan saja walau tak sependapat.

cukup contoh sampai sini. Kalian sambung sendiri dengan famili kalian.
Kita tak akan rasa kalau tak bukak hati tu untuk rasa disayangi.

Semuanya berbalik bagaimana kita interpret sikap2 mereka walau pada pandangan orang lain, itu suatu keburukan.





Tapi itu semua tidak kekal...
sebab kita bergantung pada manusia yang hatinya boleh lupa dan berbolak balik.

Cinta Allah..
Rahmat Allah...
Redha Allah... Ini yang kekal.

Hish! susah bercakap pasal benda ghaib ni.
Masih belum rasa yang aku harus patuh pada laranganNya dan yakin dengan janjiNya.


Women impure are for men impure, and men impure for women impure and women of purity are for men of purity, and men of purity are for women of purity: these are not affected by what people say: for them there is forgiveness, and a provision honourable. (an-nur:26)


ya ukhti, perempuan...

Kalau tak tahu apa kah orang disekelilling kita menyayangi kita, kita fikir tentang bagaimana untuk mencurahkan kasih sayang pada orang yang akan datanglah pulak... =)

Anak itu pencorak masa depan negara... oh tak nak negara saja... tapi agama dan akhirat.
Bagaimana memberi contoh terbaik buat si anak dalam pelbagai segi...

Jika senda gurau kita, ketawanya masih terbahak-bahak,
Jika percakapan kita masih pelbagai nama binatang dan kata2 yang S dan apa sajalah yang terkeluar..

Sambung sendiri apa lagi yang kita suka buat...


Akhir kata, kita semua tak perfect. Tapi kita cuba meraih yang paling rigid buat diri kita.
Kerana nak menakluk constantinopel itu bukan senang.
Nak mewakafkan anak untuk syahid bukan senang.
Untuk mengabaikan dunia, masih terasa berat.

Beruntung bagi orang yang memang mantap gelora hatinya dengan perjuangan. Tapi tak bermakna harus melupakan sahabat yang masih berjuang mencarinya.

Cita2 unstaziatul alam bukan cita2 diri-sendiri,
tapi cita-cita yang memerlukan ramai orang yang bersamanya.

Kerana ... yakin dengan janjiNya dan mahu syurga Firdaus Allah!

p/s: rasa susah nak sambung penulisan ni. Cuma aku berharap, semuanya yang dikongsi adalah kerana kasih sayang dan cinta kerana Allah. inshaaAllah biiznillah.








Saturday, April 20, 2013

Hati ~usrah sumayyah~

 Kerana hidup ini satu perjalanan menuju suatu kehidupan yang lebih abadi menuju  Allah.


Ku mulakan dengan nama tuhan kita yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Antunna beruntung teman-teman usrah Sumayyah, kerana Allah memberi hati yang mampu menangis keranaNya.
Rasailah... Tunduk dalam sujud, dan merengeklah dengan Allah.
Luahkan segala pada Allah.


Dengarkan firman Allah ini:

Hadith Qudsi: "Barang siapa yang mendekat padaKu dengan sejengkal, maka Aku akan mendekat padanya sehasta;
barangsiapa yang mendekat padaKu sehasta, maka Aku akan mendekat padanya sedepa; dan barangsiapa yang datang padaKu dengan berjalan, maka Aku akan mendatanginya dengan berlari-lari kecil"
(HR Bukhari Muslim).

"Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnya ruh (ciptaaan)-Ku, maka tunduk kamu kepadanya dengan bersujud" (Al-Hijr:29)

"Dan Tuhanmu berfirman, 'berdoalah kepadaKu, niscaya akan Aku perkenankan bagimu'" (al-mukmin: 60)

Sabda nabi Muhammad saw: "Allah itu Maha Pemalu lagi Maha Mulia, Dia malu jika hamba-Nya menengadahkan kedua tangannya untuk berdoa, lalu ia mengembalikannya dalam keadaan kosong dan rugi" 

Nabi bersabda: "Sesungguhnya jika Allah mencintai hambaNya, ia akan memanggil Jibril seraya berkata 'Wahai Jibril, Aku mencintai si Fulan, maka cintailah ia' Maka Jibril pun mencintainya, lalu ia-jibril- menyeru penduduk langit, ' Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai si Fulan, maka cintailah ia'. Maka penduduk langit pun mencintainya, sehingga ia pun dijadikan-Nya diterima (dicintai) oleh penduduk bumi"
(HR Bukhari dan Muslim)



Allah juga berfirman:

"... sesungguhnya Allah mencintai orang yang berbuat baik" (Albaqarah:195)

"..Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat" (At-taubah: 4)

"...Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berbuat adil" (al-Maidah:42)

Rasulullah saw bersabda lagi, mengajarkan kita doa:
"Ya Allah, jangan Kau tinmggalkan aku untuk diriku walau sekejap mata atau yang lebih sedikit dari itu, kerana kalau Kau meninggalkanku, maka Kau tinggalkan aku dalam kelemahan, aurat dan kesalahan. Dan aku tidak percaya kecuali pada rahmat-Mu" (HR al-Baihaqi)



ALLAH PUN 'CEMBURU"

Di sisi lain, Allah 'cemburu' pada hati manusia. Apa ertinya? Allah mencintai kalau hati seorang hamba terkait dengan-Nya sendirian ketika ia sedang dalam keadaan taat. Tetapi kekadang, hamba itu disibukkan oleh urusan dunia, maka Allah mengambil dunianya, agar ia tersibukkan oleh Allah saja, dan bertawakal padaNya.

Lihatlah Ibrahim alaihisalam saat tertarik dan sayang pada Ismail as , Allah telah mengambil Ismail dengan menyuruh menyembelih Ismail. Ketika pisau di leher Ismail, yang ada di hatinya hanya kecintaan kepada Allah.


Apakah kita tidak patuh kerana kita belum mengenal Allah?

DI ANTARA PUNCAK CINTA PADA ALLAH, ORANG YANG MENCINTAINYA TIDAK KUASA MELIHAT MANUSIA BERMAKSIAT DALAM HAK ALLAH.
MEREKA INGIN SEMUA MANUSIA MENCINTAI ALLAH, KERANA IA TAHU CINTA ALLAH SANGATLAH INDAH....

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya."( Qaf:16)




Setelah kita menyatakan cinta pada Allah,
setelah kita kenal cinta kita pada Allah,
buktikan melalui perbuatan. 

Nabi Muhammad saw bersabda:
"Tiga hal yang siapa memilikinya, ia akan merasakan kelazatan iman:
hendaknya Allah dan rasulNya lebih ia cintai dari yang lain, ia mencintai  seseorang kerana Allah, dan ia benci kembali kepada kekufuran seperti ia benci dilemparkan ke neraka" (HR Bukhari dan Muslim)

Monday, April 1, 2013

Berbicara soal syurga!

Ku mulakan dengan nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Begitulah, sampai satu saat, nikmat Allah tak tertahankan... aku memilih untuk meluah dari hati paling dalam. Makanya, menulis.

Walau mungkin tak menyelesaikan masalah, tapi berbagi rasa, berbagi nikmat Allah, dan meng'clarify'kan sesuatu bagi diri sendiri...

Aku hanya mampu bersyukur pada Allah atas segaalaaaa nikmat yang Dia beri selama ini.

Nikmat datang ke Bandung, nikmat paling besar! Kerna disini, aku belajar mengerti erti LAILAHAILLALLAH.

Sampai, aku mengaku, aku masuk islam hanya beberapa tahun ini...

Untuk belajar lagi, apa erti Islam, dari sisi pandang Allah, bukan sisi sangkaan ku yang jahil, sangat jauh lagi perjalanannya.


Satu masa, kami duduk berbulat membicarakan tentang syurga...
Tak sedikit yang menjatuhkan air mata... tak sedikit yang sebak, apabila membicarakannya.
Kami ber'pillow talk' bagaimana mengenal tarbiyah.
Aku menceritakan bagaimana diri ini pernah rebel apabila diajak beriman.
Dengan menyangka, cukuplah apa yang aku lakukan selama ini... ini sudah cukup islamik!
Maaf! saya tak terima tarbiyah kamu kerana saya sudah tahu Allah itu tuhan. Itu sudah cukup bagiku pada sangkaan ku...

Tapi aku lupa! lupa dengan kata2 cinta mereka...

Satu kata cinta Bilal:
"Ahad!"

Dua kata cinta Sang Nabi:
"Selimuti Aku....!"

Tiga kata cinta Ummu Sulaim:
"Islammu, itulah maharku!"

Empat kata cinta Abu Bakr:
"Ya Rasulullah, saya percaya...!"

Lima kata cinta Umar:
"Ya Rasulullah, izinkan kupenggal lehernya!"

Kata2 cinta, yang mereka imani bukan sekadar tulisan... bukan sekadar iman biasa-biasa! 

Bagimana mahu syurga Firdaus berjiran dengan mereka, apatah lagi menatap wajah Allah?
Tak layak...



Penting bagimu temanku mengenal islam dengan mengetahui sirah Rasulullah.
Mengetahui perjuangan Rasulullah.

Satu subuh, ada sahabatku bercerita tentang profile Fatimah Az-zahrah. Ya, puteri rasulullah sallahualaihiwassalam.
Kongsinya, sahabiah ini pernah menangis dan tersenyum sebentar saat pemergian ayahandanya.
Menangis kerana Rasulullah memberitahu dia dapat rasakan masanya tidak lama lagi kerna Jibril datang beberapa kali padanya.
Kemudian, tersenyum apabila mendengar ayahnya menyatakan dia  merupakan penghulu bagi wanita di syurga!
Bagaimana kita, aku sendiri yang hidup jauh beribu tahun zamannya dengan rasulullah menyatakan mahu menjadi antara orang yang tersenyum bersama sahabiah ini?


Pagi tadi, sempat membelek facebook.
Satu hal yang dulu kusabarkan adalah gambar2 cantik si adikku. Sangkaan ku dulu, sabar saja dulu. Marah yang sangat akan membuat dia sedih nanti.

Pagi ni, tak tahan! Gambarnya di like JATEY (bahasa kasar membawa maksud lelaki di kelantan) hampir dekat seratus orang. Darah panas naik ke kepala.

Terus call mama... cari adik "Assalamualaikum ma! mana Ira? pegi sekolah dah?"
Mama seperti faham, terus bagi phone ke Ira.
Kesannya, habis semua gambar ku delete. Maafkan kakakmu... Kak Ain cuma sayang semua umat Islam kerana Allah inshaaAllah.

Aku cuma rasa tak aci...

Tak aci, aku bercerita soal syurga kemarin, sedangkan adik sendiri ku biarkan...
Sedangkan surah Tamrin ayat 6 Allah menyatakan jelas disitu
"Pelihara dirimu (fisrt things) dan ahli keluargamu dari apa neraka"


Abah pernah menyatakan "kredit kad abah hanya untuk k.ain, k.ain nak apa cakap ja.."
Kalau ikutkan nafsu, ingin memboros, ingin pulang berehat kononnya..

Tapi rasa tak aci! Tak aci mengenang kisah sahabat yang berhijrah meninggalkan negeri Mekah
atas dasar menyelamatkan agama..
Namun, aku hanya atas dasar melempiaskan nafsu rehat, makan, bermain dan ber 'lalala'??

Rasa tak aci, melepaskan rasa berpenat lelah kerana dunia (walaupun benda baik) dengan mencari keseronokan dunia juga. 

Dalam alquran, Allah telah menyatakan boleh saja Dia memberikan kesenangan dunia,
tapi syurga akhiratmu tidak kamu perolehi.
Banyak ayat itu. Cari sendiri.



Pesan jua si sahabatku,
jika kamu hanya mengenal jalan juang ini atas dasar takut..
Takut kerna azab Allah, kamu akan mudah letih.
Jika kamu hanya mengenal jalan Allah ini atas dasar berharap..
mengharapkan kurniaan senang di dunia, kamu akan mudah putus asa.
Pada waktu yang sama, dua rasa ini tetap akan ada
kerna kita hamba.

Tapi katanya, jika kamu kenal jalan ini dengan rasa cinta...
kamu tak akan letih! Tak akan putus asa!

Nikmat, ditambah rasa syukur dan memberi lagi
Ujian, dirasakan salah satu cara Allah menaikkan martabat hamba-hambaNya.

Persoalannya sekarang.. apa itu cinta di jalan juang Allah?
Bagaimana rasa cinta yang sebenar pada Allah? T_T
Bagaimana menumbuhkannya?

p/s: Perempuan itu fitnah bagi lelaki. Andai entri ini pun mampu membawa fitnah, tinggalkan aku dibelakang. Buang jauh-jauh pesanan ini. Kerna iman kepada Allah, iman sahabat sahabiah zaman Rasulullah, iman yang tak tertandingi dan bukan main-main!

p/s: Kita boleh jadi orang biasa-biasa. Syurga juga ada beberapa tingkat. Cuma, pasangkan niat mahu syurga paling tinggi! Syurga Firdaus si mati syahid.

Dalam banyak-banyak perbuatan kita sehari-hari, cakno menilik niat kamu melakukan sesuatu kerana apa.
Jika bukan kerana Allah, hanya nafsu semata... terngiang-ngiang laungan Rasulullah saw buat sahabat:
"Dalam dirimu masih ada jahiliyyah!"

Sekecil niat mahu cepat pulang Malaysia, niat mahu makan besar, niat berpakaian, niat menonton, dan banyak lagi... semuanya atas dasar apa?

Mungkin nabi Muhammad kenal ini sebagai jalan juang, namun bagaimana pula mengenal sebagai jalan cinta? 
Bagaimana itu cinta padaNya? 

Tuntun kami ya Rabb,



Heppy Belated Bufday buat Mursyida!
Walau tak semua benda dalam gambar ni jadi milikmu =_=

Salah satu sebab rasa yang sangat menulis, kerana
banyak benda terlupakan tentang sahabat seperjuangan...
Banyak hak mu sebagai sahabat muslim yang tak tertunaikan.

Akhir kata, doa pada Allah. =) <3 nbsp="">

wallahua'lam

Tuesday, February 19, 2013

"Berkerjalah..." & Haq (benar)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Tulisan Salim A. Fillah, banyak mengandungi perkataan firman Allah:
"wahai keluarga Daud, berkerjalah.... agar kamu bersyukur"

Simple. Tapi penuh makna!

Rezeki itu Allah yang tentukan. Kita sebagai hamba punya hak untuk berusaha bersungguh-sungguh.
ITQAN. Kerna ini hak antara kita dengan Allah.

Again, ayat yang simple, tapi penuh makna dan susah untuk ditunaikan.
Mungkin bagi pelajar sepertiku, ia memang perlu ada dalam kamus hidup seharian.

Kadang-kadang bermalas-malasan, result tetap hebak, atau mengikut lumrah alam, teruk!
Dan sebaliknya.
Sebab itu rezeki... itu yang Allah tetapkan... dan baik buruknya tetap ada hikmah insyaAllah.

Tapi itqan itu untuk apa? kerja itu untuk apa? Apa yang mahu dibuat itu untuk apa?

Petang tadi, selepas sehari pulang dari Malaysia, habis cuti, setelah 'penat yang tak berapa nak penat pun' memaksa otak untuk faham bagi thesis/ skripsi di tahun akhir, petang masa untuk bermalas-malasan. Rehat jap.
Buntu, sebab baru saja rasa nak excited faham, sekali ligand amino acid yang boleh attach dengan receptor tak diketemui. Harus cari lagi...

Di saat itu juga, kanak-kanak sukawening again seperti yang dulu, datang mengetuk pintu bilik!
"teteh.... teteh....."

Bangun terkejut.., serius tak tipu, aku menyorok!
Malasnya....

...................................................................................................................................................................

Melawat Mesir separuh hari. Melawat peninggalan Firaun. Mesir punya kisah politik tersendiri...

Banyak sebenarnya kisah dan ibrah yang dapat dikutip di tanah haram dan kota madinah yang dicintai Rasulullah.

Banyak kali berfikir untuk menulis dan berkongsi, tapi tak tahu ayat apa yang boleh dikongsi.
"Korang kena pergi dan rasai sendiri!" sungguh, itu jawapan paling tepat dan menjawab segala-galanya yang ingin aku cerita.

Sekarang pun masih rindu, sampai termimpi-mimpi banyak kali tentang tanah berpasir sana.
(angan-angan yang panjang juga boleh jadi dari syaitan)



Masjid Al-Azhar di Mesir. Masuk saja solat kami sang musafir, sudah berkenalan dengan beberapa sahabat dan soalan pertama yang ditanya "kamu dah hafal alquran?"  =_=

Dalam banyak2 pengajaran, mungkin dua benda yang ku ingin kongsi.

1. Baru ku sedar Allah itu wujud!
Allah itu wujud, rasulullah, nabi Muhammad juga benar!
Sahabat dan para syuhadah itu juga benar...

Melihat usaha mereka untuk meraih redha Allah... Allah yang patut disembah.

Alquran dibaca dan dikongsikan sesama mereka.

2. Bila semua orang tunduk pada manhaj Islam, aturan yang Allah tetapkan, hati akan tenang.

Orang kata, bawa balik cerita yang baik-baik saja dari tanah suci. Yang tak enak, disimpan, jangan dikongsi ramai.

Bila lihat kanak-kanak di masjidil haram dan masjid nabawi, ku tersenyum, moga menjadi orang soleh lagi solehah.
Bila lihat yang wanita semuanya menutup aurat, semuanya hanya dengan mahram mereka, hati tertunduk malu.
Bila lihat sang peniaga menjerit 3 bahasa utama, arab, melayu dan india, walau di bawah panas matahari, mereka berhenti bila panggilan solat dilaungkan. Itu yang kubangga.

Satu kata yang dapat aku simpulkan, sepanjang perjalanan musafir ini, benarlah firman Allah:
"Wahai Daud, berkerjalah.... agar kamu bersyukur"
Berkerja kerana Allah.

Masjid Quba, Masjid pertama yang dibina rasulullah di Madinah. Benar,  Rasulullah itu benar..



Gunung Uhud. Ya, perang Uhud itu benar... kisah-kisah sahabat itu benar.
Di bawah kubah hijau itu makam Rasulullah. Sebelah makamnya adalah Raudhah. Kan benar.. Rasulullah itu benar. Sirahnya sunnahnya...

mungkin sudah ramai yang kesana atau berkali-kali sudah kesana,namun, ku percaya Allah bertindak mengikut prasangka hamba-hambaNya masing-masing.
Yang belum, moga mencetus rasa mahu dan diizinkan Allah.
Firman Allah

فَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَٰكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ

Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya – dengan melihat kesan-kesan yang tersebut – mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. [Al-Hajj 22:46]
Pemandangan dari atas Gua Hira. ya, wahyu pertama itu benar! Perjuangan Rasulullah mendaki ditemani angin keras yang berpasir itu benar!
Setelah ku sedar, semua itu benar, jauhnya kita dengan sahabat. Bagaimana mahu berjiran dan sebumbung dengan Rasulullah?
Dulu rasanya, santai saja berdoa "Ya Allah, masukkan aku ke syurga firdausMu.."

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Moga tak lemas dan malas untuk terus berkerja. Atau mungkin berkorban sikit masa tidur tu...

Aku cuma kagum dengan mereka yang berkerja. Dalam facebook, berderet kata2 hikmah dan kebaikan. Tugas ku menge'like'. Tapi bila datang kanak-kanak syurga mengetuk pintu, malas menyelubungi. Bagaimana mahu wujudkan negara islam? Bagaimana nak tersenyum melihat seperti kanak-kanak masjidil haram datang duduk bertasbih...

Belum lagi sentuh hal politik. Hal isu dunia. Hal kecil sekeliling kita. Akhir kata "Ya Allah, ampunkan kami atas apa yang kami tidak tahu, dan atas apa yang kami tidak mampu. Kesempurnaan hanya milikMu"
 
Ku akhiri post ini dengan pengajaran yang tak kurang pentingnya. Dulu pun selalu je bertasbih, sebab di twitter dan fb suka keluar post bertasbihlah!. Tapi tak sedar, ada Allah yang Maha Mendengar.:



تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ وَإِن مِّن شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَٰكِن لَّا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Isra' 17:44)

Bertasbihlah. Kita cuma hamba.
Pertembungan dua waktu, perjalanan melawan masa. Bahagian bumi disebelah sana matahari menyinar, bumi di sebelah sini menunggu sinar. =)
Syurga Allah dan neraka Allah juga pastilah benar...

Monday, January 7, 2013

Permata Dunia

Ku mulakan dengan nama Allah, Tuhanku...
Yang Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Allah mempersembahkan 99 nama diriNya kepada hambaNya. Terpulang mahu berpegang teguh yang mana satu. Ku pilih nama Rahim (penyayang).

Kerna hanya dengan rahmat Allah kita masuk syurga:
Hadith Bukhari no 6463: Sabda Rasulullah saw.
"Amal tidak akan bisa menyalamtkan seseorang dari kalian". Mereka bertanya: "Tidak pula wahai engkau ya Rasulullah?" "Tidak pula aku, kecuali Allah menganugerahkan rahmat kepadaku".

Mungkin kerna mahu balik, ku sigapkan kembali niat awal. Niat yang sentiasa memberi semangat untuk terus berusaha.

Jika dulu, turunnya ayat Allah haramnya arak, maka banjir madinah dengan arak....
Kenapa tidak saya ambil ayat ini, kejap dalam hati dalam2!


Siapa yang tak cintakan famili kan?


Allah berfirman, “Dijadikan indah pada pandangan (pandangan manusia) kecintaan kepada apa-apa yang diingini yaitu; wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup dunia; dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (surga)”. (Ali Imran 14)


Memang itulah fitrah.. namun... Allah berfirman lagi:

“Harta dan anak-anak adalah perhiasaan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi shalih adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik menjadi harapan.” 
 (Al-Kahfi 46)

Teringat buku Ranah 3 Rasa dari bumi wali songo ini, kisah benar zaman kecil-kecilnya, seorang sahabat watak utama yang yatim piatu bermatian menghafal alQuran. Kerna...

Katanya moga itu menjadi hadiah buat ibu bapanya yang sudah jauh meninggalkannnya dengan memperoleh syafaat di sisi Allah di akhirat kelak, dan menyelamatkan mereka dari api neraka.

Hidup kita di sana akhirat kelak adalah selama-lamanya... iya!
selama-lamanya. Bila mendengar perkataan ini, merenung panjang jadinya.....
Tak faham, tak terbayang erti SELAMA-LAMANYA...! kalau di syurga, enaklah.
Kalau di neraka? =(

Wednesday, December 19, 2012

Terhenti

Bismillahirrahmanirrahim.

Kadang-kadang aku bersemangat,
kadang-kadang aku berputus asa.

Sering tertanya, apakah yang selama ini kulakukan benar??

Ahh... panjangnya perjalanan ini.
Andai ujian Mu hadir ya Allah,,,
janganlah untuk menjatuhkan aku.
Diri ini lebih rela Kau menyentap nafasku sebelum aku berpaling dariMu.
Naudzubillah...

Moga ujian-ujian ini untuk menguatkanku...
untuk meningkatkan iman dan taqwa ku padaMu ya Rabb.

Teringat bait-bait puisi itu:
"...dalam hidup ini,
kita berusaha, bukan mencari kesempurnaan..."

Antara akhirat dan dunia,
kuseimbangkan.
Kadang-kadang takut terlebih takut terkurang.
Moga ku berharap dalam cemas.


Belajar.

Diri ini bukan lah yang 'pandai',
sungguh, hanya rezeki Allah memberi diri ini peluang menjadi farmasi.

Segalanya kerna nikmat Allah.
Jika mahu dibandingkan dengan result... =_= tutup mulut saja.

Sehingga kini, ku mencari erti aku menuntut ilmu.
Sia-sia jika ilmu ini hanya untuk diri sendiri.
Sia-sia jika tak mampu mendekatkan aku dengan Allah.
Sia-sia jika tak mampu berbagi manfaat buat penduduk bumi. =(

Semester ini, mengalami keadaan paling stress! hmm
Sejujurnya,  remed subject anfisko (analysis physicochemistry)
Subjek yang berkait dengan analisis sesuatu obat/zat secara kimia dan 
juga analisis menggunakan alat/mesin.

itu tak  mengapa,
cuma aku memilih untuk menjadi asdos (Lab Assistant)
Bayangkan, sambil remed kembali ku harus guide adik-adik
junior tentang teori segala macam.

turun ke lapangan untuk mempraktekkan teori,tak semudah itu.
Time ini lah, aku pernah salah bagi info sehingga seorang junior ku remed test lab.
Time ini lah, aku hanya berdiam diri jika berlaku soal jawab.
Time ini juga mencabar untuk memberi markah lab report dan quiz.
Time ini juga, bermain dengan minyak babi! =_=
sungguh! amanah itu berat!

Salahlah jika diri ini tak mahu menerima kesalahan,
salah jua jika aku tak menerima 'kebodohan' diri,
salah juga jika diri masih ego! =(

Berkerja.

"Hai kaumku, berkerjalah!" Ia adalah bentuk syukur yang indah, atas kurnia ruh, akal, dan jasad 
yang gunanya melimpah.

"Hai kaumku, berkerjalah!" Rezeki kita memang telah tertulis; mari jemput dengan lelah dan keringat agar barakahnya berlapis.

"Hai kaumku, berkerjalah!" Agar kita mandiri dalam bakti, tegak belakang untuk beribadah; 
menetapi wajib, menyusuri sunnah.

"Hai kaumku, berkerjalah!" ialah syukur atas nikmat-Nya; ialah ibadah menjemput rezekiNya; ialah kemandirian; ialah kemanfaatan.



iAllah akan pergi ke Baitullah 24/1/2013.
Perasaannya seperti menunggu hari bahagia. =_=
Benar, setiap hari aku sujud padaNya, setiap masa Allah itu sentiasa dekat dengan hambaNya.

Namun, ini rumah Allah.
Moga kami menjadi tetamu yang benar2 dijemput oleh Allah.
Moga ku susuri sirah nabi, kisah dakwah nabi mekkah madihah.
Ada gua Hira' di sana. Ada makam nabi Muhammad dan makam nabi Ibrahim di sana.
Di sana lah tanah yang menerima derap-derap kuda para anbia.
Bumi yang menjadi saksi kisah dakwah para nabi, rasulullah dan sahabat.

Allahu Allah. Nikmat Nya yang mana harus aku dustakan?!
Doa semoga dipermudahkan segalanya olehNya.

 Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi, daripada Umar bin al-Khatab r.a, beliau berkata: Aku meminta izin kepada Nabi s.a.w untuk menunaikan umrah, lalu Baginda mengizinkan dan bersabda, " La Tansani Ya Akhiyya min Dua'ik" (Jangan lupakan kami, saudaraku ketika engkau berdoa). Umar berkata: Baginda telah mengucapkan suatu kalimat yang aku tidak suka memperoleh seisi dunia sebagai gantinya."

Ramai yang menitip doa.
IAllah segala yang terbaik buat mu sahabat sekalian.
Tak lupa buat saudara ku di Palestin, Syria, Rohingya dan seluruh dunia. =)

"Ibadah haji dan Mekah menjadikan “musafir ke tempat orang” sebagai agenda kehidupan yang paling kurang ia berlaku sekali seumur hidup. Ia menyuntik cita-cita untuk mampu. Ia memberitahu, ada dunia lain selain dunia harian kita. Malah ia menjadi pendorong kepada perkembangan ilmu Geografi dalam legasi keilmuan Islam."~ustaz hasrizal
  

Kebahagiaan bukan terletak pada kurnia yang banyak, tetapi rasa kecukupan, keberkatan dan ganti yang lebih baik pada apa-apa yang luput dan hilang.

Mari sama-sama kita amalkan doa ini :

"اَللَّهُمَّ قَنِّعْــنِيْ بِـمَا رَزَقْــــتَــنِيْ، وَبَارِكْ لِيْ فِيْهِ، وَاخْلُفْ عَلَى كُـلِّ غَائِـبَةٍ لِيْ بِـخَيْرٍ"

“Ya ALLAH, jadikanlah aku merasa qana’ah (merasa cukup, puas, rela) terhadap apa yang telah ENGKAU rezekikan kepadaku, dan berikanlah barakah kepadaku di dalamnya, dan jadikanlah bagiku semua yang hilang dariku dengan yang lebih baik.”

( Riwayat al Hakim )

Ameen, Ya Rabb.