“Ustaz, biarpun saya ni tak bertudung, pakai seksi dedah sana dedah sini, tapi dalam saya baik taw ustaz. Saya jaga solat, 5 waktu tak tinggal. Saya ni macam suci dalam debu la ustaz..”
Dalam Islam, tiada istilah suci dalam debu. Suci tu suci la. Debu tu debu la. Kalau ada orang datang kat ustaz cakap macam tu, ustaz akan kata :”Kamu debu !! Sebab solat kamu tidak mampu mencegah kamu dari perbuatan keji & mungkar !! Solat kamu tidak mendatangkan faedah buat diri kamu !! “ Ingat !! Hijab ni hukum syarak. Pakai tudung hukumnya wajib. Memang tak semua yang bertudung tu baik. Baik dalam ke tak baik isi hati seseorang, serahkan pada Allah.
Yang penting, hukum tudung tu adalah untuk semua, tak kisah la isi hatinya baik ke buruk. Perintah tu wajib dilaksanakan kepada semua yang mengaku beriman.
Sekian saja perkongsian tausyiah dari Ustaz Fadhil. Semoga bermanfaat buat semua.
[sebenarnya banyak dah intipati ceramah beliau yang saya lupa...mohon maaf sebab tidak dapat dikongsikan di sini]
Mungkinkah kita ? [siri 2]
Label: perkongsian | author: Fareed MujaheedMungkinkah kita ? [siri 1]
Label: perkongsian | author: Fareed MujaheedBerikut adalah mutiara hikmah yang sempat saya kutip melalui seorang ulama’, al-fadhil ustaz Mohd Fadhil, iaitu adik kepada Ustaz Zulkifli Haji Ismail. Penyampaian kuliah beliau yang santai, diselang-selikan dengan alunan ayat Quran & bacaan qasidah oleh beliau sendiri , ditambah lagi dengan perkongsian pengalaman dakwah beliau menyebabkan kuliah dhuha hari ni (14 November 2010) memberi impak ekstra kepada jiwa.
[Maka, saya pun dengan suka hatinya, ingin menggunakan gaya bahasa santai dalam penulisan kali ni…hehe]
Persoalannya, mengapa blogging? Hehe..sudah tentulah sebab exam dah habis. Saya teringin sangat untuk meneruskan minat dalam bidang penulisan ilmiah macam ni. Ok la…tanpa bercakap panjang, jom ikuti tausyiah dari Ustaz Mohd Fadhil, dalam olahan mengikut gaya bahasa saya sendiri :
“Pada fitrahnya, sebenarnya setiap jiwa cintakan kesucian & kebaikan. Nak jadi orang bagus, demikianlah sifat semulajadi jiwa kita. Akan tetapi, maksiat yang dilakukan menyebabkan fitrah ini tercemar. Dosa punca kegelapan hati, lantas menjadikan fitrah ini tidak menyerlah. Seakan-akan suatu sinaran cahaya yang menjadi suram.
Di akhir zaman ni, kalaulah manusia & iman dapat diibaratkan sebagai manusia yang berjalan di malam yang gelap gelita sambil membawa lampu suluh, maka kita akan jumpa pelbagai jenis lampu suluh. Ada yang terang-benderang hingga mampu menyuluh jalan orang lain; ada yang suram jalan tak berapa nampak; ada yang sekejap terang sekejap lesap macam kelip-kelip; ada yang tiada cahaya langsung, tapi tapak lampu suluh ada; ada pula yang cahaya tiada, tapak lampu suluh pun tiada.
Bagi yang suram tak berapa nampak, ni lampu suluh kebanyakan orang. Bateri dah nak ‘kong’, entah pakai bateri jenama apa.
Bagi yang macam kelip-kelip, muncul terang-benderang tapi tiba-tiba lesap tu ibarat orang yang solat Subuh tapi balik terajang isteri. Solat Subuh berjemaah, masya Allah tabarakallah, tapi bila pergi kerja tipu sana sini. Bayangkan, kalau ada lampu yang berkelip-kelip di rumah kita (flickering lamp ~ lampu bakal rosak), adakah kita akan biarkan lampu tu terus hidup atau kita padam suis?
Buat yang tiada cahaya langsung, tapi tapak lampu ada : Ibarat orang yang memiliki sifat ihsan@belas dalam hati, tapi dia kufur kepada Allah. Mereka akan simpati melihat anak yatim, kanak-kanak miskin, budak didera dan sebagainya tapi tak solat, tak buat perintah Allah dll. Orang kafir yang baik2 pun digolongkan dalam kategori ni ~ berbuat baik tapi semua tu tak mendatangkan faedah di sisi Allah sebab dia tak beriman.
Bagi lampu suluh yang terang-benderang, yang bukan sahaja boleh menyinari jalan untuk diri sendiri, malah mampu menerangi jalan utk orang lain, ni diibaratkan sebagai para ulama’. Lampu suluh besar la katakan.
Maka, bila menyedari fitrah tadi telah tercemar, antara cara untuk membersihkannya adalah dengan mendampingi orang-orang soleh. Dengan mendekati ulama’ & orang-orang soleh, mereka mampu “menyuluh” jalan kita dengan “lampu suluh”nya yang terang-benderang. Tumpang cahaya lampu suluh mereka la katakan. Mereka arif tentang jalan kebaikan tersebut, maka dampingilah mereka untuk mendapat petunjuk dalam menelusuri jalan-jalan itu.
Masalahnya, kadang-kadang ada orang yang tidak suka “disuluh” sedangkan dia tahu lampu suluhnya malap. Akhirnya, dia terus duduk bersama kawan-kawannya yang turut malap lampu suluhnya. Pelik tapi benar, dia bertanya kepada kawannya: “Kamu nampak tak? Kamu nampak tak?” Bagaimana nak nampak sedangkan tiada cahaya??
Hakikatnya, jalan kebaikan memang ada & terbentang luas. Cuma kebiasaannya kita tidak nampak jalan ke arah kebaikan tersebut, maka dengan itu dampingilah para ulama’ & orang-orang soleh.
Penghinaan terhadap ulama' Alawiyyin
Label: habib, perkongsian | author: Fareed MujaheedAssalamu'alaikum warahmatullah kepada semua pembaca yang dirahmati Allah sekalian.
Huh...rasanya agak lama sudah saya tidak menulis entry blog dengan ayat-ayat sendiri. Al-maklumlah, semenjak dilanda kesibukan yang tidak dikenal pasti puncanya, saya agak jarang blogging. Kalau ada pun, mesti copy paste dari sumber-sumber lain. Hehe..
Isu ini agak panas jugalah bagi saya. Mungkin isu ni tidak masuk dalam berita utama & saya pasti ramai yang tidak tahu. Namun, bagi saya, selaku seorang yang mempunyai sedikit ilmu & pengalaman berasa agak terpanggil untuk mengulas sedikit sebanyak mengenai isu ini.
Penting untuk para pembaca sekalian tahu, bahawa ulasan ini tidaklah ditulis berdasarkan emosi, bukan juga atas sifat fanatik atau apa-apa sahajalah yang tidak ilmiah. Ulama alawiyyin yang terkenal, al-Allamah al-musnid Habib Umar bin Salim al-Hafidz telah dihina dalam sebuah forum di Malaysia baru-baru ini. Yang sedihnya, penghinaan tersebut dilakukan oleh seseorang yang dikatakan mempunyai fikrah (fahaman, pemikiran) Islam.
Saya pun tidak pastilah dari mana dia mendapat sumber cerita ini, atau suka saya gunakan istilah "fitnah" ini. Seperti yang dikatakannya, Habib Umar konon-kononnya dibawa masuk ke Malaysia oleh pihak lawan dengan tujuan memecah-belahkan kesatuan parti politik. Para pejuang Islam katanya, hanya diajak untuk berzikir menyucikan hati lantas meninggalkan perjuangan menegakkan Islam.
Bagi saya, penulis forum ini seolah-olah menyatakan Habib Umar sama tarafnya dengan Snouck Hugronje. Saya pernah menyentuh mengenai kisah si munafiq Snouck Hugronje dalam penulisan saya terdahulu yang menyentuh isu orientalis (boleh rujuk sini). Rasanya para pembaca sekalian pasti sudah maklum mengenai kisah Snouck, ataupun nama "Islam"nya Abdul Ghaffur. Kisah mengenai beliau yang pura-pura memeluk Islam, menukar nama kepada Islam, mengkaji pasal Islam, melanjutkan pengajian ke al-Azhar sehingga berjaya menjadi seorang "syeikh" di sana, kemudian datang ke Indonesia untuk melemahkan kekuatan umat Islam di sana melalui penganjuran zikir-zikir tertentu hingga akhirnya menyebabkan Indonesia jatuh ke tangan Belanda, disebabkan lemahnya penentangan orang Islam. (apa tidaknya, masing-masing sibuk berzikir?)
Sejauh mana kebenarannya?
Mengikut pengalaman saya, selama saya duduk mengikuti majlis bersama ulama' Alawiyyin, tidak pernah ada satupun yang menganjurkan zikir sahaja. Intipati ceramah mereka adalah mengenai hubungan manusia dengan Allah & Rasulullah, akhlak yang mulia dan sebagainya. Boleh dikatakan pengisian ceramah mereka sama konteksnya dengan ceramah ustaz-ustaz lain di Malaysia, yang mana mereka mengajak manusia kembali kepada agama. Cuma yang menjadi perbezaannya, yang menjadikan ceramah ulama' Alawiyyin ini lebih menarik adalah sebab kemahiran mereka menyentuh hati audiens. Ceramah mereka menyedarkan. Menginsafkan. Malah ada sampai ke tahap membuatkan para pendengar menangis. Rasa-rasanya berapa ramai penceramah di Malaysia yang boleh membuatkan pendengar menangis teresak-esak?
Pengalaman saya bersama Habib Umar al-Hafidz dalam sebuah majlis ilmu, saya berasa terkejut kerana melihat betapa ramainya pengunjung yang hadir. Baitul Qurra' dibanjiri manusia pada hari tersebut. Ada yang datang dari Melaka (tempat tuan rumah), negeri berdekatan seperti Johor & Kuala Lumpur, malah ada yang sanggup datang dari Perak semata-mata untuk bersama ulama' ini. Saya menyaksikan dengan mata kepala sendiri, bagaimana ceramah habib Umar membuatkan sejumlah besar audiens menangis, termasuklah tok sheikh yang datang entah dari mana. Mudir madrasah agaknya...wallahu'alam.
Yang penting, saya tidak pernah pun mendapat fikrah@pemahaman baru, iaitu zikir sahaja tanpa perlu berjuang menegakkan Islam. Malahan, jauh lebih hebat daripada itu, saya dapat memahami cinta Rasulullah berkat bimbingan ulama' tersebut, biarpun pertemuan tersebut biasanya tidak lama. Pendekatan dakwah yang lembut menyentuh hati amat mengesankan jiwa saya, berbanding kaedah tengking herdik maki-hamun & mencaci. Bukankah itu jua kaedah dakwah yang digunakan Rasulullah, iaitu lunak & lemah lembut?
Tolong ceritakan pada saya, apakah dorongan utama anda untuk berjuang menegakkan Islam?
Adakah sebab cintakan Allah & Rasulullah?
Ataupun sebab-sebab lain?
Sukakah anda kalau saya memberitakan satu kaedah untuk mencari cinta kepada Allah & Rasulullah?
Sedikit imbas kembali...
Kenyataan pemimpin gerakan Islam tersebut mengingatkan saya mengenai suatu peristiwa..
Masa peristiwa tidak diketahui..
Yang saya ingat, waktu itu, saya mengikuti kuliah dhuha Ustaz Zulkefli Haji Ismail di Baitul Qurra'.
Tidak semena-mena ustaz Zul meninggikan suara dalam ceramah beliau, membuatkan saya yang sedang mencatat ilmu di buku nota sedikit tersentak.
"Enta cium tangan habib banyak-banyak, nanti enta tinggalkan perjuangan.."Siapa yang celupar mengeluarkan kenyataan begini? Enta kena ingat, habib tu bukan sebarang orang. Mereka tu anak cucu Nabi !! Kenyataan enta seolah-olah mengibarkan bendera perang kepada Nabi !!
Habis tu, macam mana dengan perjuangan kita kalau kita tak buat berdasarkan perjuangan Nabi? Ana ajak habaib ke Melaka ni supaya kita boleh belajar adab-adab mulia daripada mereka.
Para habib (kata jamak : habaib) adalah orang yang ikhlas, zuhud, tawadhu' dalam berdakwah. Ana pernah cuba bagi upah pada mereka, namun mereka enggan menerima. Mereka datang dari jauh (Yaman) ke Malaysia untuk berdakwah, atas duit sendiri. Tidak pernah meminta walau satu sen sekalipun !!
Demikianlah sedikit sebanyak pengalaman saya untuk dikongsikan. Di akhir penulisan ini, ingin saya simpulkan bahawa dakwaan orang tersebut hanyalah fitnah semata-mata. MUNGKIN..ingin saya tegaskan sekali lagi, MUNGKIN memang ada yang futur disebabkan asyik berzikir & kebetulan peminat majlis habaib, tapi majlis habaib tidak wajar dipersalahkan atas sebab kefuturan tersebut. Saya kata, itu silap mereka sendiri. Bukan salah ulama 'Alawiyyin.
Yang penting, satu fakta yang kalian wajib pegangi, golongan habaib (anak cucu Nabi S.A.W) turut berjuang menegakkan Islam. Melalui wadah apa? Melalui wadah ilmu. Melalui majlis-majlis ta'lim. Mungkin pada saat membaca perenggan ini, ada yang terfikir :"Mengapa mereka tidak join politik? Non-partisan? " Hah...pasal tu, kalau ada masa rajin-rajinkanlah membaca. Rujuk sejarah. Banyak darah anak cucu Nabi S.A.W yang tumpah gara-gara mengikuti politik. Disebabkan banyaknya keistimewaan dimiliki oleh anak cucu baginda, mereka sering menjadi sasaran pendengki. Lantas, pembunuhan berlaku. Contoh paling mudah, peristiwa Karbala. Selepas itu, anak cucu Nabi mengambil sikap berkecuali dalam politik.
Satu persoalan - adakah mereka anti-politik sedangkan Islam yang syumul turut mengandungi bab-bab siasah(politik) ? Jawapannya TIDAK. Huraian daripada kitab Tahrid 'ala Jihad fi Islahil Bilaad wal 'Ibaad, tidak salah bagi seseorang untuk bersikap non-partisan dalam siasah & hanya menyampaikan ilmu Islam, asalkan bila tiba kewajipan untuk memilih pihak pemerintah, dia wajib untuk memilih pemerintah yang memperjuangkan Islam.
Akhirul kalam, semoga para pembaca memperoleh manfaat daripada penulisan ini. Maaflah kalau agak panjang. Bukan niat saya untuk berleter...hehe..Sebarang feedback amat dialu-alukan.
Wallahu'alam.
Glosari ringkas :
- Alawiyyin : Keturunan Nabi S.A.W; anak cucu Nabi
- Habib/ habaib(kata jamak) : Gelaran kepada anak cucu Nabi
- al-Allamah : Gelaran kepada seorang ulama' yang amat alim; ulama' yang tinggi ilmunya
- al-musnid : Gelaran kepada ulama' yang berjaya menghafal 100 ribu hadis beserta sanad & matannya
- siasah : politik
- non-partisan : sikap berkecuali
- fikrah : pemahaman, pemikiran
Jom kenali ulama' - Habib Neon
Label: habib | author: Fareed Mujaheed
Nama sebenar beliau adalah Al-Habib Muhammad bin Husein Al-Idrus. Turut dikenali sebagai Habib Neon. Cahaya ilmu & akhlaknya menjadi ikutan buat pengikut ulama' salaf. Mengapa beliau mendapat julukan Habib Neon?? Jom ikuti kisahnya..
Suatu malam, beberapa tahun yang lalu, ketika ribuan jemaah ta'lim berada di tengah sebuah masjid di Surabaya, tiba-tiba bekalan elektrik terputus . Sudah tentu semuanya khuatir ketika itu. Mereka pun keluar dari masjid, satu persatu. Lebih-lebih lagi malam itu bulan purnama. Dari jauh, kelihatan kelibat seseorang berjalan menuju ke arah masjid. Beliau memakai gamis & serban putih, dengan kain selendang hijau muda. Beliau adalah Habib Muhammad bin Husein bin Zainal Abidin bin Ahmad Alaydrus.
Setelah memasuki masjid, anehnya, masjid tiba-tiba disimbahi cahaya neon. Bahkan, habib Muhammad tidak membawa lampu suluh ataupun obor ketika itu. Seluruh jemaah terkejut. Apa yang terjadi? Yang jelas, simbahan cahaya itu berpunca daripada tubuh Habib Muhammad..sungguh ajaib..Subhanallah. Setelah kejadian itu, beliau mendapat julukan habib Neon.
Habib Muhammad bin Husein lahir di Tarim, Hadramaut, Yaman pada tahun 1888. Meskipun beliau seorang wali Allah, karamah beliau kurang dikenali masyarakat umum. Hanya para ulama atau wali yang bijaksana saja boleh mengenali karamah Habib Neon. Sejak kecil, beliau mendapat didikan agama daripada ayah beliau, Habib Husein bin Zainal Abidin Alaydrus. Menjelang dewasa, beliau mengembara ke Singapura selama beberapa bulan kemudian berhijrah ke Palembang, Sumatera Selatan. Kemudian, beliau menikahi sepupunya, Aisyah binti Musthafa Alaydrus. Beliau dianugeri tiga orang putera & seorang puteri.
Tidak lama setelah itu, beliau berhijrah bersama keluarganya ke Pekalongan, Jawa Tengah untuk membantu dakwah Habib Ahmad bin Tholib Al-Atthas. Kemudian, beliau berhijrah lagi ke Surabaya. Semasa Singapura terkenal sebagai tempat perhimpunan ulama' & awliya' seperti Habib Muhammad bin Ahmad al-Muhdhor, Habib Muhammad bin Idrus al-Ethiopia dan Habib Abu Bakar bin Umar bin Yahya.
Selama tinggal di Surabaya, Habib Muhammad berziarah ke makam wali dan para ulama di Kudus, Jawa Tengah, dan Tuban, Jawa Timur. Dalam amalan berziarah tersebut, tampaknya beliau tidak pernah bertemu dengan seorang wali yang berkarisma pada ketika itu, iaiut al-Allamah Habib Abu Bakar bin Muhammad Assegaf, Gresik.
Sepertimana wali-wali yang lain, beliau sangat kuat dalam beribadah. Beliau memanfaatkan setiap saat untuk berzikir & berselawat. Dan yang paling menakjubkan, beliau tidak pernah menolak undangan fakir miskin. Beliau selalu memikirkan dan berbicara tentang hal-hal yang berkaitan dengan kebenaran agama, dan tidak pernah membicarakan perkara yang tidak berguna.
Beliau juga prihatin terhadap perkara yang menimpa orang lain. Maka, setiap hari dari jam 10 pagi hingga waktu Zohor, beliau sentiasa membuka rumahnya untuk menemui tetamu dari segenap pelosok negeri, bahkan dari luar negara. Para tetamu beliau mendapati bahawa beliau merupakan seorang yang senang untuk dibawa berbicara. Waktu antara Maghrib & Isyak pula sering beliau pergunakan untuk mengkaji buku amal ibadah & akhlaq para salaf. Setiap hari Jumaat, beliau akan membaca Burdah bersama jemaahnya.
Jiran beliau sering meminta nasihat daripada beliau, khususnya dalam masalah kehidupan harian, masalah rumah tangga, dan masalah kemasyarakatan amnya. Kesemuanya beliau lakukan dengan gembira & tangan terbuka. Antara mujahadah yang pernah dilakukan beliau adalah berpuasa selama 7 tahun & hanya berbuka dengan 7 biji kurma. Bahkan pernah sekali beliau berpuasa selama setahun, sepanjang tempoh itu beliau bersahur & berbuka hanya dengan gandum yang sedikit.
Habib Neon meninggal dunia pada 30 Jamadil Awal 1389 Hijrah bersamaan dengan 22 Jun 1969 Masihi pada usia 71 tahun. Jenazahnya dimakamkan di Taman Pemakaman Umum Pegirikan, Surabaya, bersebelahan kuburan mentua dan pak ciknya, Habib Mustafa Alaydrus, sesuai dengan wasiatnya. Dakwah beliau diteruskan oleh anak ketiga, Syekh Muhammad Alaydrus dengan pembukaan dalam Majlis Burdah Ketapang Kecil, Surabaya. Haul Habib Neon diadakan pada hari Khamis, penghujung bulan Jamadil Awal.
Rindu Rasulullah pada umat baginda...
Label: perkongsian | author: Fareed MujaheedSuasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.
"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara:
"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah, sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah. Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, " Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman, sedangkan aku berada ditengah-tengah kamu," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.
Begitulah nilaian Tuhan. Bukan jarak dan masa yang menjadi ukuran. Bukan bertemu wajah itu syarat untuk membuahkan cinta yang suci. Pengorbanan dan kesungguhan untuk mendambakan diri menjadi kekasih kepada kekasih-Nya itu, diukur pada hati dan buktikan dengan kesungguhan beramal dengan Sunnahnya.
Pada kita yang bersungguh-sungguh mahu menjadi kekasih kepada kekasih Allah itu, wajarlah bagi kita untuk mengikis cinta-cinta yang lain. Cinta yang dapat merenggangkan hubungan hati kita dengan baginda Rasulullah.
Selawat & salam buat junjungan mulia Rasulullah.s.a.w..."Berselawatlah untukku satu kali, maka Allah akan berselawat untuk nya 10 kali” hadis riwayat muslim(1/288, no.384)
Sabda Nabi SAW “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” (Hadis Riwayat At-Tarmidzi)
Sabda Nabi SAW : “ Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku , maka sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada .“ (Hadis Riwayat Abu Daud)
Ketika berjumpa sahabat handai atau saudara mara sesama Islam . Sabda Nabi s.a.w : “ Tiadalah dua hamba yang saling cinta mencintai kerana Allah yang berjumpa salah seorang yang lain lalu berjabat tangan ( bersalam ) dan berselawat kepada Nabi s.a.w . melainkan Allah mengampuni dosanya sebelum mereka berpisah , baik yang telah lalu ataupun yang akan datang.“ (Hadis riwayat Ibnu Sunni)
Ketika akan memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting . Sabda Nabi s.a.w : “ Setiap pekerjaan yang baik yang tidak dimulai dengan hamdalah (memuji Allah) dan selawat , maka pekerjaan atau urusan itu terputus dan hilang barkahnya.“ (Hadis Riwayat Ar-Rahawi)
Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi s.a.w . Sabda Nabi s.a.w : “ orang yang bakhil itu adalah orang yang tidak mahu berselawat ketika orang menyebut namaku di sisinya.“ (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
Ketika telinga berdengung . Sabda Nabi s.a.w : “ Jika telinga salah seorang dari kamu berdengung , maka hendaklah ia mengingati dan berselawat kepadaku.“ (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)
Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan. Diberitakan oleh Ubay bin Kaab r.a. bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, ujurnya : “ Ya Rasulullah bagaimana pendapat engkau sekiranya aku jadikan selawat untuk engkau semua? Jawab Rasulullah s.a.w “ Kalau demikian Allah akan memelihara engkau baik mengenai dunia mahu pun mengenai akhiratmu.“ (Hadis Riwayat Ahmad)
Setiap waktu pagi dan petang . Sabda Nabi s.a.w : “ Barang siapa berselawat kepadaku waktu pagi sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali , maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat.“ (Hadis Riwayat Thabarani)
Berdasarkan dari hadis-hadis di atas, jelas bahawa membaca selawat kepada Nabi s.a.w adalah suatu dari rangkaian iman dan ibadah yang wajib disempurnakan oleh kaum Muslimin dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan. Semoga dengan sentiasa berselawat ke atas Nabi, Allah akan memberi rahmat dan keberkatan dalam kehidupan kaum Muslimin.
Fadilat Selawat - untuk renungan
Rasulullah SAW telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku. Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."
Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."
Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.
Ayuh jangan kita melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.
Amin Ya Rabbal Alamin.
Nasihat Sheikh Abdul Qadir Jailani
Label: perkongsian | author: Fareed Mujaheed"Diriwayatkan dari Hasan al-Basri rah.a., dia berkata: 'Nasihatilah manusia dengan ilmu dan ucapanmu.' Wahai pemberi nasihat, nasihatilah manusia dengan kesucian nuranimu dan kekuatan hatimu. Jangan kamu nasihati mereka dengan kebaikan lahirmu, sedangkan hatimu buruk."
"Duhai anak, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hatimu. Kamu hanya ...senang bercerita tentang keadaan orang soleh dan berangan-angan mendapatkannya. Kamu seperti orang yang menadah air, kemudian membukanya; maka kamu tidak akan menemui sesuatupun yang tertinggal di tanganmu. Celaka kamu, melamun itu lembah kebodohan. Nabi s.a.w. bersabda: 'Janganlah kamu hanya mengelamun, kerana itu adalah lembah kejahilan.' "
"Wahai orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya, ada antara kamu telah pandai bersyair, merangkainya dengan fasih dan lancar, tetapi tidak disertai amal dan ikhlas. Jika hatimu hilang maka hilang pula anggota tubuhmu. Sesungguhnya hati ad...alah raja bagi anggota tubuh. Jika raja hilang, maka hilang pula rakyatnya."
"Nasihatilah dirimu terlebih dahulu barulah kemudian menasihati orang lain. Kamu harus lebih memperhatikan nasib dirimu. Janganlah kamu menoleh pada orang lain sedangkan dalam dirimu masih ada sesuatu yang harus diperbaiki."
[Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani]
Abdul Qadir al Jaelani dan Iblis
Label: perkongsian | author: Fareed MujaheedSuatu hari Shaikh Abdul Qadir al Jaelani dan beberapa murid-muridnya sedang dalam perjalanan di padang pasir dengan telanjang kaki. Saat itu bulan Ramadhan dan padang pasirnya panas. Beliau mengatakan, "Aku sangat haus dan luar biasa lelahnya. Murid-muridku berjalan di depanku. Tiba-tiba awan muncul di atas kami, seperti sebuah payung yang melindungi kami dari panasnya matahari. Di depan kami muncul mata air yang memancar dan sebuah pohon kurma yang sarat dengan buah yang masak. Akhirnya datanglah sinar berbentuk bulat, lebih terang dari matahari dan berdiri berlawanan dengan arah matahari.
Dia berkata, "Wahai para murid Abdul Qadir, aku adalah Tuhan kalian. Makan dan minumlah karena telah aku halalkan bagi kalian apa yang aku haramkan bagi orang lain!" Murid-muridku yang berada di depanku berlari ke arah mata air itu untuk meminumnya, dan ke arah pohon kurma untuk dimakannya. Aku berteriak kepada mereka untuk berhenti, dan aku putar kepalaku ke arah suara itu dan berteriak, "Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk!"
"Awan, sinar, mata air dan pohon kurma semuanya hilang. Iblis berdiri dihadapan kami dalam rupanya yang paling buruk. Dia bertanya, "Bagaimana kamu tahu bahwa itu aku?" Aku katakan pada Iblis yang terkutuk yang telah dikeluarkan Allah dari rahmatNya bahwa firman Allah bukan dalam bentuk suara yang dapat didengar oleh telinga ataupun datang dari luar. Lebih lagi aku tahu bahwa hukum Allah tetap dan ditujukan kepada semua. Allah tidak akan mengubahnya ataupun membuat yang haram menjadi halal bagi siapa yang dikasihiNya.
Mendengar ini, Iblis berusaha menggodanya lagi dengan memujinya, "Wahai Abdul Qadir," katanya, "Aku telah membodohi tujuh puluh nabi dengan tipuan ini. Pengetahuanmu begitu luar dan kebijakanmu lebih besar daripada nabi-nabi itu!" Kemudian menunjuk kepada murid-muridku dia melanjutkan, "Hanya sekian banyak orang-orang bodoh saja yang menjadi pengikutmu? Seluruh dunia harusnya mengikutimu, karena kamu sebaik seorang nabi."
Aku mengatakan, "Aku berlindung darimu kepada Tuhanku yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Karena bukanlah pengetahuanku ataupun kebijakanku yang menyelematkan aku darimu, tetapi hanya dengan rahmat dari Tuhanku."
Yahudi gerun keturunan Rasulullah
Label: habib | author: Fareed Mujaheed"Ulul Albab" oleh Abdurrahman Haqqi (Berita Minggu 1 April 2007)
"SESUNGGUHNYA hak Rasulullah SAW tidak dapat ditunaikan oleh seseorang. Dan sesungguhnya Rasulullah SAW tidak meminta darimu lebih daripada mencintai kerabatnya! Dengan wajah apa engkau menghadap Nabi SAW ketika Baginda memberi syafaat bagimu di sisi Allah, walaupun balasan salah seorang cucunya, padahal Baginda tidak minta apa pun darimu kecuali hanya mencintainya." (Dr Muhammad Abduh Yamani, Pandangan Ahlussunah Terhadap Ahlul-bait, Terj., 35)
Ketika penulis berjalan di pusat beli-belah Alamanda di Putrajaya tidak lama dulu, penulis terserempak buku bertajuk Ahlul-bait (Keluarga Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu, susunan Tun Suzana Tun Othman dan Muzaffar Mohammad. Demi kecintaan kepada ahlul-bait, penulis membeli buku berkenaan.
Sememangnya ia sangat informatif dan bermanfaat. Semalam, sebagai tanda terima kasih dan kesyukuran atas jasa yang tidak ternilai harganya, kita menyambut dengan meriah dan penuh khidmat Hari Keputeraan Rasulullah SAW di seluruh dunia.
Umat Islam merayakannya dengan pelbagai cara, ada dengan perarakan, zikir maulud, bacaan selawat, malah sebagai bukti negara kita adalah negara Islam, hari berkenaan dijadikan cuti umum setiap tahun.
Satu aspek yang jarang disentuh dalam kita memperingati Hari Keputeraan Rasulullah adalah tuntutan agama Islam dalam mencintai keluarga Rasulullah SAW. Dalam hadis disebutkan maksudnya: "Belum sempurna iman seorang hamba Allah sebelum cintanya kepadaku melebihi cinta kepada dirinya sendiri; sebelum cintanya kepada keturunanku melebihi cinta kepada keturunannya sendiri; sebelum cintanya kepada ahli-baitku melebihi cinta kepada keluarganya sendiri; dan sebelum cinta nya kepada zatku melebihi cinta kepada zatnya sendiri." (Riwayat at-Tabrani).
Hadis ini sebagai perluasan terhadap pemahaman ayat al-Quran yang bermaksud: "Nabi itu hendaknya lebih utama bagi orang Mukmin daripada diri mereka sendiri dan isterinya adalah menjadi ibu mereka." (Surah al-Ahzab: 6)
Dalam sistem khilafah atau kenegaraan Islam sepanjang sejarah, hal ehwal ahlul-bait dimasukkan dalam satu daripada jabatan sistem perkhidmatan awamnya. Ia membuktikan pentingnya mereka dalam Islam kerana mereka adalah titipan dan pusaka Baginda kepada umatnya. Nabi bersabda maksudnya: "Kutinggalkan di tengah kalian dua pusaka (peninggalan): Kitabullah sebagai tali terentang antara langit dan bumi, dan keturunanku. Kedua-duanya itu tidak akan terpisah hingga kembali kepadaku di Haud (Telaga Nabi di syurga)." (Hadis riwayat Ahmad)
Dalam sistem itu, seperti ditulis al-Mawardi (w.450H) dalam kitabnya al-Ahkam al-Sultaniyyah, hal ehwal ahlul-bait di bawah jabatan yang dipimpin seorang Naqib yang bertanggungjawab melindungi keturunan mulia supaya 'tidak termasuk ke dalamnya orang yang tidak sepatutnya dan tidak terkeluar daripadanya orang yang daripada keturunannya'.
Antara tugas Naqib yang terpenting ialah membezakan rumpun ahlul-bait serta memastikan keturunan mereka dilindungi dan tidak bercampur aduk antara satu keturunan dengan keturunan lain.
Seseorang Naqib juga perlu memastikan ahlul-bait Rasulullah SAW di bawah sayapnya mempunyai budi pekerti tinggi selaras kemuliaan keturunan mereka supaya pandangan hormat masyarakat terhadap nama baik zuriat Rasulullah SAW tetap terpelihara.
Ahlul-bait mempunyai kedudukan mulia yang ditetapkan al-Quran seperti dalam ayat bermaksud: "Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa daripada kamu ahlul-bait dan mensucikan kamu sesucinya." (Surah al-Ahzab: 33)
Dalam hadis ada disebutkan maksudnya: "Bintang adalah keselamatan bagi penghuni langit, sedang ahlul-baitku keselamatan bagi penghuni bumi. (Hadis riwayat at-Tabrani)
Kecintaan junjungan kepada ahlul-bait tidak perlu dipertikai. Dalam hal ini Ibnu Taimiyyah ada menyebut hadis yang bermaksud: "Janganlah kalian berselawat untukku dengan 'Selawat Batra'. Sahabat bertanya: 'Wahai Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan 'Selawat Batra?'. Baginda menjawab: "Kalian mengucapkan: Ya Allah, limpahkan selawat kepada Muhammad, lalu kalian berhenti di situ. Ucapkanlah: Ya Allah, limpahkan selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga (ahlul-bait) Muhamad.
Bagaimanapun, ada juga di kalangan umat Islam yang tidak memahami kedudukan sebenar ahlul-bait sehingga mereka memperkecil bahkan menghina mereka.
Aisyah RA meriwayatkan hadis yang bermaksud: "Enam macam orang yang aku mengutuk kepada mereka dan Allah mengutuk juga padahal setiap Nabi itu diperkenankan permohonannya, iaitu orang yang menambah kitab Allah; orang yang mendustakan ketentuan Allah; orang yang mengalah kepada pemerintah sombong dan kejam lalu dengan itu dia memuliakan orang yang direndahkan Allah dan merendahkan orang yang dimuliakan Allah; orang yang menghalalkan larangan Allah; orang yang menghalalkan daripada keturunanku yang Allah haramkan; dan orang yang meninggalkan sunnahku." (Hadis riwayat Tirmizi dan al-Hakim).
Dalam hadis ini disebutkan bahawa antara orang yang mendapat kutukan Baginda adalah orang yang menghalalkan daripada keturunanku yang Allah haramkan atau dengan perkataan lain tidak memberikan hak sepatutnya kepada ahlul-bait, bahkan mengambil hak mereka.
Dalam konteks kegerunan orang Yahudi terhadap ahlul-bait kerana mereka gentar pada potensi ahlul-bait yang bakal menjadi lawan setara, bak 'buku bertemu ruas' protokol cendekiawan Zionisme nombor satu ada menyatakan: "... anda akan dapat melihat kemudian bahawa ini akan membantu kemenangan kita; ia akan memberikan kita kemungkinan untuk mendapat 'kad induk' (iaitu) pembinasaan golongan bangsawan warisan (genealogical aristrocracy) yang juga satu-satunya golongan menjadi pertahanan semula jadi bangsa dan negara daripada serangan kita.
Daripada pembinasaan kelas bangsawan warisan (institusi raja) yang bersifat fitrah itu kita membina golongan 'bangsawan meritrokasi' yang diketuai golongan bangsawan berduit (kapitalis). Begitu pula dalam protokol nombor tiga: "Orang yang kita bimbing berjaya membinasakan golongan (bangsawan warisan) yang (sebenarnya) adalah satu-satunya pertahanan rakyat serta 'ibu angkat' yang memanfaatkan mereka, atas keterikatan dengan kesejahteraan rakyat di bawah golongan bangsawan (warisan) ini.
Pada hari ini dengan pembinasaan golongan bangsawan (warisan) ini, rakyat jelata jatuh kepada cengkaman kapitalis dengan kezaliman mereka meletakkan rantai yang menjerut leher pekerja." Kedua-dua protokol ini diterjemahkan dalam buku yang penulis beli.
Sebagai tanda cinta dan kasih sayang Baginda terhadap umatnya yang datang kemudian, maka dijadikan ahlul-bait Baginda penyelamat di bumi seperti dalam hadis di atas.
Bahkan pada akhir zaman, ahlul-bait yang memimpin dunia ini seperti dikatakan Rasulullah bahawa pada zaman al-Mahdi nanti kambing dan serigala digembala menjadi budak bermain ular dan kala jengking. Ular dan kala jengking tidak membahayakan sama sekali. Umat manusia akan menanam satu mud benih dan akan memetik hasil 700 mud. Riba, perzinaan dan minuman keras menjadi lenyap. Umat manusia berumur panjang, amanah ditunaikan hal yang keji lenyap dan orang yang benci ahlul-bait Rasulullah binasa.
"Dalam pada umat Islam diperdaya untuk menolak signifikan kepentingan peranan dan relevannya golongan ahlul-bait, Yahudi Zionis khususnya amat percaya sepenuhnya dan berasa takut dan tergugat pada potensi mereka. Keyakinan Yahudi Zionis pada potensi ahlul-bait Rasulullah SAW inilah yang menyebabkan mereka mengatur pelbagai perencanaan seperti terkandung dalam Protokol Cendekiawan Zionis untuk menghapuskan potensi ahlul-bait, contohnya mencemarkan nasab mereka, terutama ahlul-bait daripada baka warisan raja umat Islam yang dipanggil sebagai geneological aristrocracy atau 'bangsawan warisan' itu. (Ahlul-Bait.. 442)
Rasulullah sebagai utusan Ilahi yang membawa rahmat menyelamatkan umat manusia dengan mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada terang benderang, daripada kehancuran kepada keselamatan. Dalam tugasnya itu Baginda tidak mengharapkan apa-apa upah daripada manusia kerana diserahkan kepada Allah SWT.
"Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah (imbalan) mengenai ajaran Islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra dalam kekeluargaan." (Surah Asy-Syura: 23).
Satu daripada tafsiran ayat ini adalah seperti dikatakan al-Maqrizi: "Aku tidak minta imbalan apa pun jua atas kalian atas agama yang aku bawakan kepada kalian itu, kecuali agar kalian berkasih sayang kepada keluargaku."
Itulah satu kewajipan yang terabaikan dan ia menambah lagi senarai pengabaian kita ke atas kewajipan agama Islam suci lainnya.
Pendidik Jiwa - Habib Umar al-Hafiz
Label: habib, perkongsian | author: Fareed Mujaheed
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad wa ‘ala alihi
Habib Umar membacakan ayat ini dalam Pengajian Tafsir beliau @ Jilsah Isnin on 3/8/09…
Firman Allah Ta’ala:
مَن قَتَلَ نَفْساً بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِي ٱلأَرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ ٱلنَّاسَ جَمِيعاً
‘…Sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya …
وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعاً
‘…Dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya….’
~Surah Al-Maidah:32
Kata Para Ahlillah:
‘Jika itu ditujukan buat orang yang membunuh jasad manusia,maka betapa dasyatnya jika seseorang itu membunuh jiwa manusia.Maka bagaimana pula jika seseorang itu menghidupkan hati manusia?!seolah-olah ia telah menghidupkan seluruh hati2 manusia.’
Tambahan Al-Habib Umar:
‘Dari sini kita dapat lihat betapa tingginya nilai kedudukan para murabbi yang mendidik hati2 manusia.’
Kaitan dengan diri KITA?
Dalam apapun posisi yang Allah sudah tempatkan buat kita,maka jangan kita pisahkan kerja TARBIYAH.Contoh:kalau kita menjadi seorang guru,maka jadilah,bukan sahaja seorang yang mengajarkan ilmu,tapi mendidik hati anak2 didiknya.
Jika kita tidak mampu menjadi murabbi,maka sedaya upaya untuk menjadikan diri kita itu sebagai asbab (penyebab) hidupnya hati manusia seperti menunjuk dan mengajak kepada kebaikan atau menunjuk kepada ahlinya.Sepertimana kita tahu bahawa kebaikan itu menghidupkan hati manusia dan maksiat pula mematikan hati manusia.Oleh itu,hendaklah kita berhati-hati agar jangan sampai kita menjadi sebab matinya hati manusia.
Firman ALLAH ta’ala:
وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحاً وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ ٱلْمُسْلِمِينَ
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)! [41:33]
Ya Allah,Jadikan kami sebagai penolong Rasulullah dalam menyebarkan risalahnya…
Kisah Cinta Sejati, yang Pernah Ada di Muka Bumi
Label: perkongsian | author: Fareed MujaheedSebuah kisah Cinta Sejati, Kisah Benar yang pernah terjadi di Bumi ini...
Sekian ratus tahun yang lalu...
Di malam yang sunyi, di dalam rumah sederhana yang tidak seberapa luasnya... seorang isteri tengah menunggu kepulangan suaminya. Bukanlah kebiasaan sang suami pulang larut malam. Sang isteri bingung.... hari sudah larut dan dia sudah sangat kelelahan dan mengantuk. Namun, tak terlintas sedikitpun dalam benaknya untuk segera tidur dan terlelap di tempat tidur suaminya. Dengan setia ia ingin tetap menunggu... namun, rasa kantuk makin menjadi dan Sang suami tercinta belum juga datang.
Tak berapa lama kemudian....
Seorang lelaki yang sangat berwibawa lagi luhur budinya tiba di rumahnya yang sederhana. Lelaki ini adalah suami dari sang isteri tersebut. Malam ini beliau pulang lebih lambat dari kebiasannya, kelelahan dan penat sangat terasa. Namun, ketika akan mengetuk pintu... dia terfikir akan Sang istri yang tengah terlelap tidur.... ah, sungguh dia tak ingin membangunkannya. Tanpa berfikir panjang, dia tak jadi mengetuk pintu dan seketika itu juga menebarkan serbannya di depan pintu dan berbaring di atasnya. Dengan kelembutan hati yang tak ingin membangunkan isteri tercinta, Sang suami lebih memilih tidur di luar rumah.. di depan pintu... dengan udara malam yang dingin mencengkam... hanya beralaskan selembar serban tipis. Penat dan lelah beraktiviti seharian, dingin malam yang menggigit tulang dia hadapi.. kerana tak ingin membangunkan isteri tercinta. Subhanallah...
Dan ternyata, di dalam rumah.. persis dibalik pintu tempat sang suami menebar serban dan berbaring di atasnya.. Sang isteri masih menunggu, hingga terlelap dan bersandar sang isteri dibalik pintu. Tak terlintas sedikitpun dalam fikirannya untuk berbaring di tempat tidur, sementara suaminya belum juga pulang. Namun, karena khuatir rasa kantuknya tak tertahan dan tidak mendengar ketukan pintu Sang suami ketika pulang, ia memutuskan untuk menunggu Sang suami di depan pintu dari dalam rumahnya.
Malam itu... tanpa saling mengetahui, sepasang suami istri tersebut tertidur berdampingan di kedua sisi pintu rumah mereka yang sederhana... kerana kasih dan rasa hormat terhadap pasangan.. Sang Isteri rela mengorbankan diri terlelap di pintu demi kesetiaan serta hormat pada Sang suami dan Sang suami mengorbankan diri tidur di pintu demi rasa kasih dan kelembutan pada Sang isteri.
Dan nun jauh di langit....
Ratusan ribu malaikat pun bertasbih....
Menyaksikan kedua sejoli tersebut...
SUBHANALLAH WABIHAMDIH
Betapa suci dan mulia rasa cinta kasih yang mereka bina
Terlukis indah dalam ukiran akhlak yang begitu mempesona...
Saling mengasihi, saling mencintai, saling menyayangi dan saling menghormati...
Tahukah Anda... siapa mereka..?
Sang suami adalah Muhammad bin Abdullah, Rasulullah SAW dan Sang istri adalah Sayyidatuna Aisyah RA binti Abu Bakar As-Sidiq.
Merekalah sepasang kekasih teladan, suami istri dambaan, dan merekalah pemimpin para manusia, laki-laki dan perempuan di dunia dan akhirat.
Semoga rahmat ALLAH senantiasa tercurah bagi keduanya, dan mengumpulkan jiwa kita bersama Rasulullah SAW dan Sayyidatuna Aisyah RA dalam surgaNYA kelak. Semoga ALLAH SWT memberi kita taufiq dan hidayah untuk mencontohi kedua manusia mulia tersebut. aamiin...amiin ya rabbal'alamiin....
Kemuncak yang kian hampir..
Label: perkongsian | author: Fareed MujaheedHuh..posting ni ditulis bukanlah kerana masa yang senggang ataupun kerana tiada kerja untuk dibuat. Cuma sekadar pelepas rindu saya kepada bidang penulisan yang lama ditinggalkan gara-gara sibuk yang bermacam-macam. Kadang-kadang saya pun hairan, apa sebenarnya yang saya sibukkan ni?
Hm...
Sibuk sampai tak ada masa nak baca surat khabar :: banyak isu semasa yang saya tak tau sekarang
Sibuk sampai tak sempat nak baca buku :: Buku "induk penyucian jiwa" yang saya pinjam dari library selama hampir satu semester, saya pulangkan dengan jumlah muka surat yang dibaca tidak sampai 50 (padahal buku tu setebal 700++ m/s)
Sibuk sampai tak terfikir orang lain :: Entah brapa lama tak tanya khabar sahabat2 yang jauh di mata. Bila free, barulah terkenangkan mereka.
***macam2 lagi la busy, namun rasanya semua maklum tentang situasi yang sering berulang ni. Sekarang ni KEMUNCAK semester, time ni kena hantar project, assignment, group work dll. Tidak lama lagi exam akan tiba, sedangkan lecturer masih lagi memberikan projek untuk disiapkan. Kalaulah saya ni robot, saya tak kisahlah juga. Hm...
AGAK2NYA BILA LAGI KELAPANGAN MASA AKAN TIBA??***
Approximate time of writing this entry : 8 minutes ~ Express writing
Cara Mossad bunuh Mahmoud
Label: isu semasa/palestin | author: Fareed MujaheedNEW YORK - Seperti filem di Hollywood mengenai kisah pembunuhan.
Akhbar New York Post kelmarin menyenaraikan cara satu skuad pembunuhan membunuh seorang komander Hamas, Mahmoud al-Mabhouh di sebuah hotel mewah di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada Januari lalu.
Skuad pembunuhan itu sebelum ini dikaitkan dengan agensi perisikan Mossad milik Israel.
Menurut akhbar itu, Mahmoud yang dilahirkan di Kem Jabalia di Genting Gaza pada 1960 pernah menculik dan membunuh dua askar Israel pada 1989 di Palestin.
Selepas pembunuhan itu diketahui oleh umum, Israel berikrar akan membalas dendam manakala Mahmoud melarikan diri tetapi dia tidak keluar daripada pergerakan Hamas.
Mahmoud kemudiannya dilaporkan menyeludup senjata api dan bahan letupan kembali ke Gaza dari Syria yang merupakan tempat tinggalnya yang baru.
Lebih 20 tahun lalu, dia membantu Hamas mendapatkan peluru peluru berpandu buatan Iran yang mampu terbang ke negara-negara jirannya.
Komander Hamas itu hampir dapat ditangkap Israel tetapi dia berjaya menyeludup masuk ke Syria.
Namun, pihak perisikan Israel kemudiannya mendapat maklumat bahawa Mahmoud akan berada di Dubai pada bulan lalu untuk membeli senjata api dari penjual senjata Iran.
Komander Hamas itu kemudian menempah penerbangan menerusi Internet.
Apabila Mahmoud tiba di Dubai, dia menghubungi isterinya dan memberitahu lokasi tempat tinggalnya.
Beberapa pegawai Hamas mengaku tindakan Mahmoud menghubungi isteri itu mendedahkan dia pada bahaya.
Ia merupakan waktu terbaik untuk melakukan serangan.
Berdasarkan bukti yang ditemui menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan pasport yang dipalsukan, pihak berkuasa Dubai memutuskan bahawa terdapat satu skuad elit membunuh Mahmoud.
Skuad pembunuh yang didakwa pihak berkuasa Dubai seramai 17 orang termasuk seorang wanita menggunakan muslihat dan taktik yang biasanya dapat dilihat dalam novel-novel tulisan bekas diplomat Amerika Syarikat (AS), Jason Bourne.
Ketua Polis Dubai, Dahi Khalfan Tamim percaya 99 peratus bahawa Mossad merupakan dalang pembunuhan Mahmoud.
Walaupun mendapat kritikan antarabangsa, Israel tidak mengesahkan atau menafikan melakukan operasi membunuh Mahmoud.
Apa yang diketahui ialah satu pasukan yang mendapat latihan tinggi memasuki Dubai untuk melakukan operasi itu yang berlanjutan selama 10 jam.
Operasi itu bermula lewat malam pada 19 Januari lalu.
Menjejaki komander Hamas itu bermula apabila dua ejen lelaki berlepas ke Dubai dengan membawa pasport yang mengisytiharkan namanya sebagai Michael Bodenheimer dan James Leonard Clarke iaitu masing-masing dari Jerman dan Britain.
Tidak lama kemudian, sebuah lagi pesawat yang membawa seorang wanita kurus lampai berumur dalam lingkungan 30-an, memakai cermin mata dan mendakwa dari Ireland dengan menggunakan nama Gail Folliard tiba.
Wanita itu terbang dari Paris dengan seorang lelaki Ireland, Kevin Daveron berdasarkan nama pada pasport palsu.
Kamera pemantauan Dubai merakamkan imej empat orang berkumpul di sebuah lapangan terbang di bandar raya itu.
Mereka kemudian berpecah.
Wanita kurus lampai itu mendaftar masuk ke hotel Al Bustan Rotana yang didiami komander Hamas tersebut.
Tidak lama kemudian, seorang lelaki yang menggelarkan dirinya, Peter Elvinger mendakwa dari Perancis melakukan perbuatan sama dengan wanita berkenaan.
Dia mendaftar di bilik 237 tidak jauh dari bilik Mahmoud.
Dua lagi ejen yang dapat dilihat pada kamera CCTV itu menuju ke sebuah hotel lain.
Pada keesokan harinya, terdapat 17 orang dari pasukan pembunuh berada di Dubai dengan menggunakan pasport palsu.
Mangsa mereka ialah Mahmoud.
Kamera litar tertutup menunjukkan komander Hamas itu mengembara seorang diri yang dianggap sebagai pilihan yang mencetuskan tanda tanya bagi seorang lelaki sepertinya yang mempunyai beberapa pengawal peribadi dan mengetahui dia berada dalam senarai orang dikehendaki Israel.
Menurut akhbar Daily Mail, Mahmoud yang tiba di Dubai diekori oleh satu pasukan peninjau itu yang dibantu dengan alat pengesan diletakkan di kereta sewanya.
Dia antara anggota pasukan itu ialah Daveron yang menggunakan rambut palsu untuk menyembunyikan kepalanya yang botak.
Di hotel tersebut, wanita yang kurus lampai itu menunggu di lobi.
Dia menghabiskan masa pada waktu pagi dengan membeli-belah di kedai mewah, bermain cinta dengan kerani hotel dan melihat pintu depan hotel.
Pembunuh itu tidak bercakap antara satu sama lain secara terus.
Menurut akhbar-akhbar Israel, mereka berkomunikasi dengan menggunakan telefon bimbit yang perbualannya tidak dapat dikesan.
Apabila Mahmoud mendaftar masuk ke hotel al Bustan, Daveron dan wanita kurus lampai itu berundur dan dua lagi ejen muncul.
Kamera CCTV menunjukkan dua lelaki berambut hitam mengekori komander Hamas itu semasa dia berjalan ke lif.
Dengan membawa raket tenis, seluar pendek, baju T dan kasut sukan dengan stoking putih, lelaki-lelaki tersebut tidak mencetuskan syak wasangka Mahmoud.
Pada pukul 8 malam, semasa Mahmoud berada di dalam bilik hotel, skuad pembunuh itu bersedia untuk bertindak.
Wanita kurus lampai itu dilihat tersenyum menerusi kamera CCTV dengan memakai rambut palsu membuat tinjauan terakhir di depan bilik Mahmoud.
Dia kemudian menghilangkan diri. Empat orang lelaki muda yang mengembara dalam dua kumpulan pergi ke bilik komander Hamas itu.
Namun yang mencetuskan misteri ialah bagaimana ejen-ejen itu memasuki bilik Mahmoud dan apakah yang terjadi pada pintu bilik komander Hamas tersebut.
Itu yang menyebabkan pihak berkuasa Dubai kehairanan.
Adakah lelaki itu mengetuk dan berpura-pura seperti kakitangan hotel?
Atau adakah sebagai suspek mereka memasuki bilik itu dengan menggunakan gajet perisikan yang canggih?
Beberapa minit selepas pukul lapan malam, mereka sudah memasuki bilik Mahmoud.
Empat puluh minit kemudian, komander Hamas itu ditemui mati.
Ejen-ejen itu meletakkan lampu meja tidur berjauhan dan menggantungkan wayar itu pada satu gajet yang membunuh Mahmoud dengan kejutan elektrik.
|
|
Beberapa penyiasat percaya anggota-anggota skuad pembunuh itu cuba untuk mewujudkan seperti serangan jantung sebelum melemaskannya dengan menggunakan bantal.
Terdapat kesan terbakar pada dadanya.
Pada pukul 8.46 malam empat pembunuhnya dengan tenang keluar dari biliknya dan skuad pembunuh itu berkumpul semula di sebuah lif selain meletakkan tanda jangan ganggu di depan bilik Mahmoud.
Empat orang daripada skuad itu meninggalkan hotel tersebut selang beberapa minit dengan memakai pakaian seperti mereka mahu pergi bermain golf.
Wanita tinggi lampai itu dan baki pasukan pembunuh itu keluar dari Dubai dalam tempoh dua jam dengan menuju ke distinasi berlainan serta menaiki penerbangan berbeza.
Kakitangan hotel kemudian menemui mayat Mahmoud pada waktu pagi.
Apa yang anehnya ialah, bilik dikunci dari dalam.
Pihak berkuasa Dubai masih memikirkan bagaimana pembunuh tersebut mendapat kad kredit berpangkalan di AS untuk membiayai operasi pembunuhan tersebut.
Namun, terdapat spekulasi bahawa wujud seorang lagi pembunuh yang memanjat bilik Mahmoud dan keluar dari biliknya.
Bekas penganalisis Asia Barat untuk Jabatan Pertahanan AS, Graeme Bannerman menyatakan terdapat kemungkinan pembunuh itu tidak mengetahui bahawa di Dubai, terdapat kamera litar tertutup yang merakamkan setiap geri mereka.
Secara faktanya, pembunuh itu dianggap amatur kerana gambar mereka dirakamkan oleh kamera litar tertutup sehingga menyebabkan ada tanggapan bahawa Israel dianiayai oleh sebuah saingan perisikan yang mahu pembunuhan Mahmoud dipersalahkan ke atas Mossad.
"Orang ramai boleh berkata bahawa ia bukannya profesional seperti dikendalikan Mossad kerana pada kebiasaannya tidak ada kesan ditinggalkan oleh agensi perisikan itu.
"Namun, apa yang pasti keberkesanan (operasi bunuh itu) telah diperkatakan," kata Bannerman.
"Pada masa ini, dengan terdapat kamera pemantauan, suasana tidak seperti pada 30 tahun lalu.
"Ia sukar untuk melakukan (pembunuhan) pada zaman kini.
"Namun, di Israel, tidak ada sesiapa pun yang mempersoalkan ia (pembunuhan) itu telah dilakukan oleh Mossad," tambahnya.
Pada perkembangan terbaru, Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman kini sedang berunding dengan beberapa pegawai di Eropah bagi meyakinkan bahawa negaranya tidak mempunyai kaitan dengan penggunaan pasport palsu oleh pembunuh Mahmoud.
Pembunuh komander Hamas itu memasuki Dubai dengan menggunakan pasport Britain, Ireland, Perancis dan Jerman. - Agensi
[Petikan daripada akhbar Kosmo! 23 Februari 2010]
*****************************************************************************
Maaf sebab tak dapat mengulas lagi. Sekadar sempat posting topik ni sebelum terlupa. Macam biasa, kerja bertangguh akan jadi terbengkalai kalau tak disegerakan.
Sah ! Mossad bunuh Mabhuh !
Label: isu semasa/palestin | author: Fareed MujaheedGAMBAR CCTV menunjukkan Mabhuh (tengah), menuju ke bilik hotel di Dubai bernombor 230 tempat beliau ditemui mati dibunuh pada 20 Januari lalu. Di belakang beliau adalah suspek ejen Mossad.
DUBAI: Ketua polis Dubai, Leftenan Jeneral Dahi Khalfan, berkata beliau yakin 99 peratus perkhidmatan perisikan Israel, Mossad, bertanggungjawab ke atas pembunuhan panglima Hamas, Mahmud al-Mabhuh, lapor akhbar The National, kelmarin.
"Siasatan kami menunjukkan Mossad terbabit dalam pembunuhan Mabhuh. Ia adalah 99 peratus, jika tidak 100 peratus bahawa Mossad melakukan pembunuhan itu," akhbar berbahasa Inggeris Abu Dhabi itu memetik Khalfan sebagai berkata.
Mabhuh, salah seorang pengasas sayap ketenteraan Hamas dijumpai mati di bilik sebuah hotel di Dubai pada 20 Januari lalu.
Ketua polis Dubai minggu ini mengeluarkan gambar dan nama 11 pemegang pasport Eropah: enam dari Britain, tiga dari Ireland, seorang dari Jerman dan seorang dari Perancis sebagai suspek kumpulan pembunuh itu.
Sementara itu di LONDON, Britain mahu Israel memberi penjelasan berhubung pasport palsu digunakan oleh pembunuh Mabhuh berikutan dakwaan yang menyatakan Mossad bertanggungjawab bagi pembunuhan di Dubai itu.
Duta Israel ke United Kingdom dipanggil ke Kementerian Luar di London kelmarin, beberapa jam selepas Perdana Menteri, Gordon Brown menjanjikan 'penyiasatan penuh' ke atas skandal pasport itu.
Peter Ricketts, ketua perkhidmatan diplomatik, mengadakan pertemuan dengan duta Israel, Ron Prosor bagi membincang isu penggunaan identiti enam warga Britain yang bermastautin di Israel, kata pihak kerajaan.
Pertemuan itu diadakan berikutan ketegangan semakin meningkat pada peringkat antarabangsa berkaitan persoalan siapa mengarahkan pembunuhan Mabhuh.
Ireland juga diheret ke dalam pertikaian itu, dan melahirkan kebimbangan mengenai penggunaan pasport palsu negaranya. Semua negara kecuali Jerman sudah mengeluarkan kenyataan bagi mengesahkan pasport mereka dipalsukan berhubung kejadian berkenaan.
"Pemalsuan pasport Britain adalah isu serius. Kerajaan akan terus mengambil semua tindakan perlu bagi melindungi warganya daripada penipuan identiti seperti ini," kata seorang jurucakap kerajaan Britain.
[Petikan daripada Berita Harian 17 Februari 2010]
***********************************************************************
Maaf sebab tak sempat ulas. Masa tak mengizinkan. Utk info lebih lanjut, bolehlah melawat ke alqassam.ps (laman web rasmi briged Izzudin al Qassam). Ada banyak gambar, cerita susulan dan ulasan di situ.
Di bawah ni saya publish beberapa gambar dari site tu :
Gambar-gambar ni diambil semasa sesi melawat allahyarham. Terharu juga melihat arwah yang tersenyum, jenazah beliau sama seperti keadaan para syuhada yang biasa kita lihat di web site tertentu. Semoga arwah (antara pengasas sayap ketenteraan Hamas) ditempatkan di sisi orang-orang soleh olehNya. Amin..
Al-fatihah..
Berakhirnya Sebuah Penyiksaan
Label: perkongsian | author: Fareed MujaheedKali ni nak buat revision skit pasal ilmu penaakulan. Rasanya semua pernah belajar dulu time form 4 atau form 5 dalam subjek Math Moden.
Katakanlah :
Premis A - Penantian adalah suatu penyiksaan
Premis B - Lama sudah tunggu internet masuk, last2 masuk jugak hari ni =p
Kesimpulan??
Haha..secara logiknya kita akan membuat kesimpulan : Berakhirnya sebuah penyiksaan.
Sekian saja untuk posting hari ni. =p (gurau jer)
Alhamdulillah, masuk jugak internet hari ni.
3 minggu penantian dan 2 minggu menggesa TM. Rasa2nya orang TM Point dah naik muak tengok muka ni di menara PERTAM, Batu Berendam. Asyik2 berulang - alik ke sana. Macam la Durian Tunggal ni dekat sangat dengan Batu Berendam. Operator TM bahagian Melaka pun dah boring dengar suara ni, tak sudah2 mengadu kerosakan di talian bernombor 100. Akhirnya desakan tu berjaya membuahkan hasil.
Saya memang sangat2 bersetuju dengan kata2 lecturer CCNA tempoh hari. Katanya, dia bukanlah pengguna@penyokong P1 WiMAX, tapi kehadiran pesaing2 TM ni menjadikan mereka bukanlah lagi pe'monopoli' internet Malaysia. Dalam masa yang sama, harga bil bulanan akan turun dan TM Staff will definitely work harder in order to ensure their customer stick to their service. Mesti isu macam saya ni mesti tak akan dialami oleh pelanggan2 TM lain di luar sana, andai pesaing tu ada. Yalah kan, nak jaga periuk nasi kenalah jaga hati pelanggan. Hah..baru korang nak menggelabah improve customer service korang !!
[Thanks to my housemate that helped me very much in urging those TM staffs to action !!]
Tahfiz dari Yala
Label: perkongsian | author: Fareed MujaheedAngin timur laut bertiup kuat petang itu. Cuaca cerah, dengan sedikit taburan awan fracto cumulus menghiasi langit biru. Desiran dedaunan pohon dan rumput, ditambah dengan sayup-sayup bunyi unggas menambahkan keindahan petang itu. Simfoni alam ciptaan Allah yang sungguh mempesona.
Beranda pondok menjadi saksi kepada sebuah perbualan yang sukar dilupakan pada petang yang menakjubkan tersebut.
Buku “Bahaya Ancaman Sekularisme” karangan Ustaz Zulkifli Haji Ismail saya katup rapat-rapat. Mata sudah terlalu berat dan otak mencapai tahap tepu. Dinding pondok menjadi sandaran untuk melepaskan lelah. Tamparan angin di pipi terasa ibarat mendodoi diri yang sudah lama menahan kantuk. Kalau tidur, bimbang mensia-siakan masa pula. “Cukuplah dengan tidur tengah hari tadi,” bisik saya sambil melawan nafsu tidur.
Entah bagaimana mulut saya boleh terdorong untuk bertanya: “Adik datang dari mane?” , sambil menoleh kepada seorang adik yang tika itu turut bersandar pada dinding pondok. “Adik dari sekolah tahfiz Negeri Sembilan ke?” saya menambahkan soalan.
Adik itu hanya mengangguk, kemudian menjawab: “Yala.”
“Thailand?”Saya mengajukan persoalan untuk mendapatkan kepastian, bimbang tersalah dengar tadi. Dia hanya mengangguk.
Saya terdiam seketika. Terkejut dengan jawapan tadi.
Yala, Pattani, Narathiwat. Negeri jiran Kelantan yang sedang bergolak. Kisah penuh tragis dalam konflik berdarah itu mula memenuhi ruang fikir. Mudir madrasah yang sedang memberi kuliah di madrasah dibawa pergi secara paksa oleh kumpulan lelaki berpakaian serba hitam. Jemaah surau ditembak secara rambang ketika sedang menunaikan solat Subuh. Imam ditembak mati dalam kereta ketika berada di bandar. Sekolah agama dibakar.
Sebak. Marah. Perasaan saya bercampur baur. Ingin saja saya mengajukan soalan :” Ibu bapa adik masih ade ke?” namun hasrat itu dilupakan atas dasar takut menyinggung perasaannya.
Rupa-rupanya adik itu adalah sebahagian daripada pelajar yang ‘diselamatkan’, dibawa masuk ke Malaysia dengan tiket tajaan MAS dan dihantar mengaji di sekolah tahfiz dengan pembiayaan penuh oleh pihak berkenaan. Mudah-mudahan pengajian agama akan menjadikan mereka insan yang berguna bilamana mereka kembali ke negara tanah tumpah darah mereka, demikianlah harapan pihak penaja menurut hemat saya.
Pihak penaja akan menghantar individu ke negara jiran untuk mencari pelajar tahfiz, sebelum dibawa masuk ke Malaysia. Daripada seorang kenalan kepada yang lain di negara jiran, suatu jaringan pencarian terbentuk lantas usaha pencarian berlaku secara meluas. Lantas, bukan sahaja dari Thailand, malah pelajar tahfiz dari Kemboja pun ada. Akan datang, mereka cuba menembusi Laos. Masih banyak lagi jiwa cinta Islam yang perlu ‘dihijrahkan’, gara-gara keadaan tanah air mereka yang tidak mengizinkan .
Tak sangka, di zaman ini yang penuh dengan kehancuran masyarakat; budaya Barat yang menghanyutkan fityanul muslim melalui media massa; golongan dewasa yang sibuk mengejar dunia sambil membelakangkan agama; masing-masing hanya menjaga ‘periuk nasi’ sendiri; masih terdapat insan yang sebegini. Mereka ambil berat dengan keadaan umat Islam.
Rasanya cukuplah dahulu dengan kita membuat sedikit refleksi diri, sejauh manakah kebersamaan kita dengan rakyat Palestin dalam isu penjajahan negara mereka yang tidak sudah-sudah? Pernahkah kita memberi sedikit sumbangan, hatta dengan sekadar menadahkan tangan membaca doa sesudah solat buat saudara seIslam kita di Palestin? Andai perkara paling basic sebegitu pun tak pernah buat, apatah lagi dengan perkara yang lebih sukar? Sehingga mendorong kita untuk mengorbankan harta, tenaga dan masa buat membela nasib saudara kita yang tertindas?
Fikir-fikirkanlah.
… … … … … …
Agak banyak juga soalan saya ajukan kepada adik tersebut. Dengan loghat Kelantan berbaur loghat ammi, iaitu Thailand, agak sukar buat saya untuk memahami percakapannya. Azan Asar merupakan titik penamat kepada perbualan petang itu.Sebuah perbualan yang sukar dilupakan. Perbualan yang diselang selikan dengan bunyi simfoni alam yang mempesona.
“Allahu yubarik fik !” ungkap hati saya terhadap insan yang melaksanakan perjuangan mulia ini. Moga-moga cahaya Islam terus bergemerlapan di bumi Asia Tenggara amnya, & di Malaysia khususnya melalui jerih perit usaha dakwah kalian. Jangan biarkan sinar itu malap ya akhi, apatah lagi terpadam !
Glosari
- Frakto kumulus ialah awan putih berupa cebisan kain koyak. Awan ini menunjukan kewujudan atmosfera kering
- ammi – tempatan
- Allahu yubarik fik – Allah memberkatimu