Malulah sikit !!

|

Huh...selesai membaca artikel oleh ustaz Mazlee Malik, inilah saja kesimpulan yang dapat saya fikirkan..MALULAH SKIT saudara seagamaku!!



Posting kali ini bukanlah berniat untuk menganalisis karangan ustaz tersebut dari perspektif agama(limu di dada tak cukup lagi), cuma sekadar mengajak para pembaca utk mengambil ibrah (pengajaran) dari sifat prihatin segolongan warga Durham yang begitu gigih dalam memperjuangkan isu Palestin.

"Mereka inilah juga yang berdiri di bandar Durham pada setiap minggu pada hari Sabtu untuk memegang sepanduk dan gambar-gambar kanak-kanak Palestin untuk tujuan memberikan kesedaran kepada warga Durham mengenai isu berkenaan. ‘Vigil’ ataupun tunjuk perasaan tersebut telah berlangsung semenjak serangan ke atas Gaza lagi. ‘Selagi isu Palestin tidak selesai, selagi itu kami akan berdiri di sini pada setiap hari Sabtu untuk menunjukkan solidariti kami terhadap rakyat Palestin!"

"Teringat saya ketika kami ditawarkan dengan minuman Coca Cola, mereka semua menjawab, ‘Kami memboikot Coca Cola semenjak hampir 10 tahun yang lalu, semenjak Intifadah ke-2!"

Malah, lagi menyakitkan hati, rakan pengarang dari Timur Tengah(tanpa nama) memberitahu 'Sheikh' mereka pernah berkata bahawa boikot tidak wajib malah boleh jadi jatuh HARAM kerana menyerupai perbuatan orang kafir ! Yalah, menurut diri yang masih jahil ni, kalau tak nak boikot, nak buat apa? Doa jer, tanpa usaha? Tidakkah mereka tahu bahawa rakyat mempunyai kuasa ekonomi yang dahsyat, kalau rakyat tak beli, muflislah penyokong IsrAeL dan KUTU2nya. Lagipun, pemimpin ulama sedunia hari ini, Dr.Yusuf al-Qaradhawi, ulama komtemporari paling mahsyur masa kini telah mengeluarkan pendapat yg mengatakan bahawa umat Islam sedunia wajib memboikot produk US dan Israel, selagi mampu.

Atau nak harap kerajaan 'Islam' bertindak terhadap IsRaEL? Kalaulah kerajaan prihatin pun, stakat ni apa yg anda nampak mereka buat? Mengutuk, menghentam, mencaci dan mengeluarkan resolusi semata2? Tidakkah ahli politik yg jauh lebih matang tersebut mempelajari sejarah: Bahawasanya IsraEL adalah bangsa yg pekak dan tuli. Kalau mereka nak buat, mereka buatlah. Dunia kutuk, aku apa peduli !!

Bagi sesiapa yg pernah menyertai demonstrasi anti-Israel awal tahun ini, penyertaan anda suatu tindakan yg wajar dipuji kerana sekurang2nya anda MUNGKIN ada walau secebis simpati terhadap nasib rakyat Palestin.Persoalannya, apa tindakan anda pasca-demo tersebut? Tiadakah yang jauh lebih hebat anda boleh usahakan selain daripada titipan doa slps setiap solat? Atau anda adlh mereka yg menghilangkan dahaga dgn Coca-Cola slps menyertai demo hari itu?

Berbalik kpd cerita td, warga Durham tersebut bertekad memperjuangkan nasib rakyat Palestin, jauh melepasi hijab Agama dan propaganda 'Islam Pengganas', hanya semata2 berbekalkan prinsip solidariti. Bagaimana pula dgn kita yg ditautkan dgn rakyat Palestin melalui akidah, suatu ikatan murni yg diungkapkan melalui hadis berikut:

"Seorang Muslim adalah saudaranya orang Muslim yang lain. Janganlah ia berkhianat kepada saudaranya itu dan jangan pula mendustainya, juga jangan menghinakannya - juga enggan memberikan pertolongan padanya bila diperlukan. Setiap Muslim terhadap Muslim lainnya itu adalah haram kehormatannya - tidak boleh dinodai, haram hartanya - tidak boleh dirampas - dan haram darahnya - tidak boleh dibunuh tanpa dasar kebenaran.
Ketaqwaan itu di sini - dalam hati. Cukuplah seseorang itu menjadi orang jelek, jikalau ia menghinakan saudaranya yang sama Muslimnya."
[Hadis riwayat Imam Termidzi, hadis hasan]

Selaku seorang student yg tidak punya apa2, yg paling mudah utk dilakukan adalah dgn boikot brg US dan IsrAeL. Bagi sesiapa yg peka, tahun kebelakangan ini telah muncul pelbagai produk alternatif kpd brg boikot tersebut, misalnya Cola Radix, HPA pun ada jgk rangkaian produk alternatif mereka. Apa lagi yg kita tunggu?
Artikel asal di sini

0 ulasan:

Catat Ulasan

©2009 .:[Biarlah pena mewakili bicara]:. | Template Blue by TNB