Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Thursday, December 10, 2009

roti bun..

mlm td wt roti bun.. bersungguh2 ni wt tp x naik2 doh tu, semacam jek tp bakar la gak dlm oven.. lembut je rotinyer tp rupa hancussss... hahahaa

x puas ati ni, pg td wt lg sekali.. boleh la jadik bentuk bun.. hahaha



ok.. ni resepinyer yer puan2..


Bahan-bahannya..
  • 250g tepung roti
  • 160ml air
  • 2 sudu besar mentega/shortening
  • 30g gula
  • ¾ sudu teh garam
  • 1 sudu teh yis kering
  • ¼ sudu teh bread softener
  • ¾ sudu teh bread improver
cara-cara membuatnya :
  1. Masukkan air, kemudian tepung n sume bhn2 tadi dlm mixer.. on kn iyer pd kelajuan 4.. hehe..
  2. Bila dh jadik doh, biarkan selama sejam.. tutup ngan towel dapur.. biar sampai saiz nyer jadik 2 kali ganda.
  3. Pastu, lehla bahagikan pada 9 bhgn. bakar pada 175oC selama 10-12 min.. tp saya masak 20 min, bergantung pada oven msg2 la yer..
  4. Dah siap, lehla mkn.. selamat menjamu selera..

tukang rasa mskn saya...

p/s : hepi birthday to my lovely mama.. :D p langkawi jgn lupa ole2 utk anakanda n cucunda ni yer... huhuhu..

buat warga selangor, selamat bercuti.. Birthday Sultan Selangor gak..

Thursday, November 26, 2009

Puding roti marble...

huhuhu.... cuti sekolah yeahh.... sempena cuti sek ni, azam sy adalah utk mencuba pelbagai resepi br... ahaks... semalam dh berjaya wt puding roti (tq pn emi atas bantuan anda... hehehe)... resepi ni sy dpt dr my kazen nun di jepun.. tumpang letak resepinyer kt sini ek....

Bahan-bahan ( satu loyang )

3 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
7gram agar2 tali
1/2 cawan gula
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air

2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara

  • Didihkan 2 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk. Bila agar2 da larut masukkan lagi 1cwn air.
  • Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  • Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  • Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  • Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk @membeku.
  • Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dimakan ketika sejuk!


tp cam susu cair tu, sy x sukat pn.. main belasah je letakkk....

hasilnyerrr....



wpun x bape jdk marble nyer tp rasenyerrr sedapppp.... sambil dokong amsyar tau wt ni... lenguh giler tgn.... selamat mencuba yerr...