Showing posts with label Penat. Show all posts
Showing posts with label Penat. Show all posts

13 July 2013

3 cerita ringkas dalam 1 entry

Assalamualaikum, Salam Sejahtera. :)
Bismillahirrahmanirrahim..


Now dah pukul 2.07 (waktu start taip entry). Pukul 1.51 tadi g baru siap folio muzik. tak print lagi. esok dah nak balik dah. lusa ada subjek muzik. huh. penat!

sebenarnya sorry x update blog ni lama. sibuk sangat. kalah perdana menteri (kononnya) padahal pemalas nak update.

ni antara entry yang aku patut buat tapi tak dak masa dan gambaq takdak so tak dibuat. hehe


MAKAN MALAM BERADAB SISTEM RUMAH 2013 
SIGMA

form 1 sigma



KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2013 SMSKP
I got 5 medals. 3 golds (lompat kijang, 4x400m, 4x100m) and 2 silver (1500m and 800m). Yay n_n.
(pehal gambar ko sorang beso)


le boys campuq form tapi tak complete

sila zoom sendiri. top right ( form 1, 2, 3 ), top left ( form 4, 5). bottom (hari sukan)



MALAM GALA MINGGU PUTERI 2013 SMSKP 
Me with kak Anis. (kak anis duduk atas kerusi while I'm standing behind her sambil tundukkan badan so nampak I lagi tinggi hahahahaha ok)






ok assalamualaikum bai!
kalau ada masa entry lagi details akan dibuat.
dont worry kak ainin, kak umi, kak nani (my beloved kakak dorm hehe)
ok bai!


21 June 2013

Random stories | A week at the 'jail'

Assalamualaikum, Salam Sejahtera. :)
Bismillahirrahmanirrahim..


Hello
Halo.
How Are You?
Wie geht es dir?

{Prektis jerman sat}

Huhu. Tadi lepas KAFA tadi dalam pukul 11 abah mai amik. So, I'm at home right now! ^_^
So, I've Spent about 4 Uhr to edit my lovely blog. And I know the worst part ever is the HEADER.

I've lost my creativity hahaha so padan muka to me. tak da ke yang sudi nak design kat saya? :') :p And secondly is the background. I want to find yang nampak ceria ceria sikit tapi tak crowded sangat. tapi tak jumpa. tak mo la polkadot sebab dah selalu guna. Any suggestion? Third part is the blog archieve's widget. Hahaha dia punya scroll terkeluar daripada box but um i dont care :p

Don't ask me about my PPT result cuz I know it is my worst result ever I had. -_-



So hari Ahad haritu (15 06 13) some students form 3 from SMK Hosba datang sekolah qihah. Diorang duduk sini sampai hari Khamis. Diorang datang untuk merasai kehidupan budak budak sekolah sains di asrama, sekolah. Diorang sampai time kami tengah buat aktiviti mandi bunga sempena Minggu Puteri! huhu Best gila! Sejuk oii! Hari ni pun ada HAC untu last year punya

Hari Isnin (16 06 13)
Hari ni adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh pelajar puteri (mungkin?). Hari ni la kita boleh melaram cantik-cantik tapi still menutup aurat dan yang paling best only pelajar puteri je ada! Dah nama pun Minggu PUTERI kan :p So toksah rasa malu malu . Aktiviti terakhir sempena minggu puteri ni adalah malam kemuncaknya iaitu Malam Gala Minggu Puteri 2013 yang bertemakan Blocking Color and Garden. Pelajar boleh pilih antara dua tema tu diorang nak pakai baju ikut tema apa. So i choose blocking color (padahal tak blocking mana pun :p)

Hari Selasa (17 06 13)
Hari ni ada KOKO. Aktiviti dia perlantikan AJK baru untuk 2014. Congrates to kak Siti Nor Sakinah binti Johari aka kak Kinah / Joe sebab jadi naib pengerusi PerBaYu dan juga Pengerusi Pandu Puteri huhu.. memang berbakat kepimpinan habis! dengan prefect lagi.. hehe

Hari Rabu (18 06 13)
tak dak cerita menarik (munkin) (tak ingat)

Hari Khamis (19 06 13)
Habis Kelas pukul 3.30 form 1 and two kena pi surau sebab ada bacaan yassin tapi kihah gi english drama :p yay. Tapi jadi supporters je hahahhahaha ok. Balik drama diorang masih ada kat surau untuk bacaan al mathurat (setiap petang kecuali jumaat, sabtu akan ada) and saya terus naik dorm sebab dah baca doa dah pun. naik mandi pakai baju kurung siap2 diorang kata ada kawad. hm. buang balik pakai baju sukan lak. Congrates to kak Saierah Azmi sebab jadi PKR Sigma 2014 next year! :D

Hari Jumaat (20 06 13)
KAFA. Aku balik rumah pastu dengan kebenaran cikgu talib Sila jeles hehe :p

Ok bai. Nak layan SSID

p/s : Hai kak Syifa (peminat andika putera) (nak jugak haha)

sorry tak dak gambar malam puteri cuz ssaya x dak gambaq nanti kalau ada kami boh

VOTE FOR ME IN WWWOW AWARDS!

25 December 2012

Yay! New Design ^_^

Assalamualaikum, Salam Sejahtera. :)
Bismillahirrahmanirrahim..

Aik. Blog sapa ni? haaaa. Ni adalah blog Faqihah Husni. Jangan tekan pulak close tab. Kot-kot la ingat blog orang lain pulak kan ;p

Yang kiri ni sebelum (coklat/kelabu). Yang Kanan ni selepas (Pink)
gambar kabur sikit. hehe. sorry.. 

Daripada dulu temanya ala-ala vintage, sekarang bertukar menjadi comel-comel gitu. hahaha. Nampak ketidak-matangannya si faqihah ni...

Bukannya apa, jeles tengok blog orang lain comel-comel.. Teringin pulak nak mencomelkan blog sendiri seperti tuan blognya yang comel ni. booo. haha. Ni tak de inspiration daripada mana-mana blog. kononnya :p Sebenarnya inspiration ni dapat setelah berblogwalking blog ke blog. terjumpa pelbagai jenis blog dan bila dicampur tolak bahagi jadilah macam ni..

So, tak payah nak tuduh kata blog ni tiru mana-mana blog ok. Design, template dan susun atur semuanya diri saya sendiri yang buat. Ambil masa dalam 3 jam juga kot. Sebab qihah buat template ni guna teknik try and error. So, kena buat sikit eksperimen (eksperimen sains pun kalah ok).

Header tu pun sama gak. Guna teknik try and error. Buat header tu asyik tukar je. 3, 4 kali juga la tukar sebab nak bagi sama border dia dengan main blog dan sidebar ni.

Doodle perempuan kat header tu amek from blog mana ntah.. Seingat qihah, blog dia ni buat banyak freebies doodle dan dia dah berkahwin kot owner dia. Tak ingat sangat sebab doodle ni qihah save kat dalam folder tu lama dah. ~.~

Dan ya. Masih menggunakan Template Designer ya. Bukan blogskin. Basic codes denim tapi banyak yang qihah ubah --' hahaha..

KENAPA SAYA ASYIK TUKAR TEMPLATE?
Sebab, saya nak orang saya kenal saya dengan personaliti yang tersendiri . Yang design blog sebelum ni kebanyakkannya orang selalu tiru -_- Qihah kurang suka sangat orang suka tiru nih. Nanti bila orang lain blogwalking, design blog semuanya sepesen je. sama je. Rasa bosan. So, qihah tukar la design :3

Ok. Last sekali, nak tanya pendapat readers pulak. Macam mana? Ok?? Blog lambat loading ke biasa-biasa saja? Mestila kena tanya soalan ni sebab kadang-kadang kat laptop kita view ok je, kat laptop/komputer orang lain view dia lain.

Assalamualaikum

16 September 2012

Tutorial : Button Share Twitter, Facebook, dll di Entry

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera

Ramai yang tanya Qihah macam mana qihah buat benda ni :


Benda ni memudahkan readers untuk share entry kita. Sebenarnya, ada banyak lagi yang kita boleh tambah. Macam Like entry dan banyak lagi lah! hehe. Mulakan dengan BISMILLAH dulu ya :)

PILIH DESIGN

1- Korang kena buat account dulu ye. Pergi SINI dan create account. Rasanya dia ada hantar kat email kot. Qihah tak pasti sebab dah lama sangat dan sudah lupa. Apa-apa pun, ikut je apa yang dia suruh. hehe.
2- Lepas dah create account, korang log in dulu.. Lepas tu, pergi SINI ataupun tekan kat atas yang ada tulis 'Get Sharing Tools'
3- Dia suruh pilih Platform kan? Ambil WEBSITE tau! Jangan amik blogger. dah pilih, tekan "NEXT: Step 2. Pick a Style"
4- Tengok bahagian Buttons dan korang pilih je yang mana korang suka.. Kalau korang nak yang di bahagian lain tu, pandai-pandailah ye guna. hehe. Lepas dah pilih, tengok bawah sekali ada tulis "NEXT: Step 3. Customize"
5- Keluar ni kan? Kepada yang tak paham, qihah terangkan ok :)

Korang trylah tengok apa yang ada di sebalik Standard Service dan Add-ons ni. Kalau ada yang korang suka, korang drag ke bahagian Selected services. Paham idok? Drag tu korang klik yang mana yang korang suka, jangan lepaskan tau klik anda tu. Bawa ke bahagian Selected Services. Tapi, korang letak yang perlulah Janganlah terlalu banyak pulak ye ^^

6- Lepas dah habis, korang tekan Finish Get The Code di bahagian bawah tu dan pilih style.

LETAK DI BLOG


1. Korang copy code yang diorang bagi di step KEDUA.
2. Blog > Template > Edit HTML > Proceed > tick Expand Widget Templates
3. Search kod ini dan pastekan di ATAS ye
</head>
CONTOH

4. Korang copy pulak code yang diorang bagi di step PERTAMA.
5. Search code ini pulak
<div class='post-footer-line post-footer-line-1'><span class='post-author vcard'>
6. Pastekan kod yang korang copy tu, di ATAS kod ni. CONTOH

BIRU : kod yang kihah kihah copy from sharethis
OREN : Kod yang dicari.

7. Lepas tu preview dulu. Kalau tak ada apa-apa SAVE :)

Memang tutorial ini agak panjang. Tapi harap-harap anda semua fahamlah apa yang qihah sampaikan.  Dah tak tahu cara mana nak explain dah ni. hihi..

Ohya. Kalau korang buka main blog, memang pelik sikit. Macam ni, cer tengok blog kihah punya share this guna faqihahhusni.com. Nampak beribu-ribu, ratus-ratus kan? Sebenarnya, tu adalah bilangan nombor berapa ramai orang termasuk kihah sendiri yang share blog kihah (termasuk entry dan segala semuanya yang ada faqihahhusni.blogspot.com/ atau faqihahhusni.com/) Kalau ikut entry, kena tekan sendiri tajuk entry tu baru dapat bilangannya. TEETT. Mesti korang tak paham. Tak apalah. Tak penting. Bye, Assalamualaikum :)


8 June 2012

Tutorial : Download Font di Laptop/Komputer Anda

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera


Ada sorang blogger ni tanya Kihah macam mana nak download font dan apa kegunaanya. Bukan apa, bagi nak menarik perhatian pelawat blog korang, mesti diorang tengok header. Sebb, bukak-bukak blog mesti terpampang header korang dulu kan?




Kalau nak bagi header cantik, mestilah kena guna font yang menarik perhatian kan? Nak download font ni bukannya amik masa berjam-jam. Dalam 1 minit je. Paling lama 5 minit. Eh? Alahh. Korang tak jeles ke tengok header orang lain, font dia lain-lain dan bila korang cari kat pc, tak jumpa pun font tu. Mesti jeles kan? Tu sebb diorang download lah :D

Setiap orang guna windows lain-lain kan? So, Kihah buat 2 jenis tuto lah =)

TUTORIAL PERTAMA


1) CLICK SINI dulu :>

*tekan je button yang kihah bulatkan tu. Jangan download semua lak.
Ikut andalah nak font mane untuk di download ye.


2) First of all, korang pergi kat website yang korang tahu untuk download font seperti DAFONT dan lain-lain. Pastu, search je font yang korang minat dan tekan button Download yer. 

3. Lepas download dah habis, cari file font yang korang download tadi, contohnya macam gambar kat atas. Kalau nak senang, tekan start button korang, buka folders DOWNLOAD dan cari macam gambar atas tu. Then, RIGHT CLICK > Choose EXTRACT HERE.

ATAU

4. Automatic terus keluar macam ni kan? Cari file yang berformat TTF atau ttf macam gambar berkotak merah tu. Right Click > Copy file tu :)

5. And then, cari MAIN MENU kat laptop atau komputer korang.


6. Kalau laptop, tekan START tu and ada banyak file kan akan keluar kan? Korang cari CONTROL PANEL.

ATAU
MY COMPUTER > LOCAL DISK C > WINDOWS > FONTS



7. Cari file FONTS and click it. Kat situ, ada banyak jenis font kan? So, korang RIGHT CLICK > PASTE. dan SIAP!




TUTORIAL KEDUA

1) CLICK SINI dulu :>

*tekan je button yang kihah bulatkan tu. Jangan download semua lak.
Ikut andalah nak font mane untuk di download ye.

2) First of all, korang pergi kat website yang korang tahu untuk download font seperti DAFONT dan lain-lain. Pastu, search je font yang korang minat dan tekan button Download yer. 

Google Chrome

Mozilla #1
Pastikan korang pilih macam ni ye dan click Save File.

Mozilla #2

3) Lepas tekan button download ya, mesti naik benda ni kan? Tapi, ejaannya tak sama lah ye. Korang tekan te benda tu okay.


4) Lepas tu, dia naik macam atas ni, korang cari macam yang Kihah bulatkan yang 1 ye. Pastu, akan naik pop-up window cam tu, tekan install macam nombor 2 ye.


Tadaaa! Oh ye, font yang korang download tu, automatic akan ada kat Microsoft Office, GIMP, Adobe Photoshop or Photoscape korang. Tak percaya? Boleh check sendiri :)

Fuhhh, agak pening sikit kan tutorial ni? Tapi tak pe, buat perlahan-lahan. Nanti jadi lah :D Kihah pun pening gak. Bytheway, Tutorial pertama kihah credit to kak Lina, Kak Aesya dan ada 2 gambar je kihah guna from kak lyssa. Penay-penat kihah buat tutorial ni, harap tekan gambar kat bawah ni ye. Thank you ;)