Showing posts with label Alhamdulillah. Show all posts
Showing posts with label Alhamdulillah. Show all posts

19 December 2013

#ResultPMR2013 : Tahniah Zestian, KUPSIS!

Assalamualaikum, Salam Sejahtera. :)
Bismillahirrahmanirrahim..

wohooo! so result pmr dah keluar dahh weeee! macam mana korang punya result?! Kat sini qihah nak wish kat korang yang dapat 1A/2A/3A/4A/5A/6A/7A/8A ataupun tak de A,

Tahniah!

Itulah usaha anda selama 3 years belajar! A tu tak penting, asalkan A yang satu ni kita ada. Apa tu? Allah. :) Ingat, setiap sesuatu tu berlaku ada hikmahnya. mungkin kali ni bukan rezeki korang, esok lusa sapa tahu?

so yeah disini juga qihah nak wish tahniah kat abang qihah, Mohd Fahim yang telah berjaya mendapat straight A's! :)

Tahun lepas, KUPSIS (kubang pasu science school/ sms sains kubang pasu) telah mendapat ranking no. 1 dalam kedah. Tahun ni pula dapat number 2. First SMS Md Jiwa. alah. beza sikit ja pun. dan kupsis ranking 26 dalam SBP. dengan 85 orang straingt A's dan 100% lulus.

Tahniah Zestian!! Zestian juga ada social media ok. follow @ZestGen di twitter, Zest Generation di blogger dan instagram officialzestgen.

Jom layan gambar!

Brother














--------------------------------------------

PROMOTE! GLITTER SHAWL
RM15 JE 
insta : thefaizstore | WhatsApp: +60176791962 | WeChat: norfaiz_nordin | Email: faizkhaldun@gmail.com
ada banyak barang dijual dengan harga murah! Phone casing, baju yang up-to-date, boot inspired Dr. Martens dll! :D



5 September 2013

Focus for PAT

Assalamualaikum, Salam Sejahtera. :)
Bismillahirrahmanirrahim..

apa khabar semuaaaaaaaaaaaaa? :D yay hari ni, 5.9.13 dapat balik rumah balik rumah! Sepatutnya next week tapi diawalkan jadual balik bermalam. So minggu depan boleh outing! yay! Jalan Jalan Jitra! Aneka! lol haha. Ujian Penilaian 2 aka UP2 punya result dah keluar and now tengah focus for Peperiksaan Akhir Tahun pulak.

Result haritu teruk jugalah. Semuanya gara gara soalan HOTS. heh. Nasib baik top 30 lagi dalam batch yang beratus orang tu. agak ah, Soalan form 2, 3 pun naik, mau tak jatuh merudum. pfftt. Yang B tu semuanya sipi sipi ja nak dapat A. cis. sadis sungguh. So lepas ni untuk akhir tahun kena tak mau la main main. T_T

It's been two weeks juga la I didn't post entry. Ha Ha Ha. Kat sekolah sibuk dengan batch punya activities la, homework, group presentation, friends, teachers, competitation itu ini, softball . Tu tak termasuk PBS lagi! Argh!!!! Walaupun di sekolah ada kiosk (tempat online, alah ala ala cyber cafe gitu tapi ada 4 jela computer. 2 lelaki 2 perempuan), guwe tetap tak mau online kat kiosk bukannya apa, nanti kalau melekat di kiosk nanti takut terus ketagih nak online, pelajaran kemana. Tapi lek la, waktu ICTL kan ada. Tak mati pun kalau tak online :p



Tapi jujur qihah katakan, sebenarnya kalau kita acapkali seringkali, selalu sangat melayari internet, facebook, twitter, and other social networks, it will make us kemurungan selain boleh merosakkan akhlak dan kesihatan kita. siyes. semua ni boleh mempengaruhi kita

mesti anda kata "ala asyik study, bosan la. kita perlukan hiburan"

Yes. Memang. kita juga perlu hiburan. pada qihah yang duduk di asrama ni, hiburan kita adalah apa yang ada di sekeliling kita. Cikgu Talib yang suka buat gaya lawak dia tu, kawan kawan yang selalu menggila, cikgu cikgu yang sporting, para senior yang baik baik belaka, TV pun ada kalau nak tengok. Tak perlu social network tak apa. Tak digelar ketinggalan zaman pun. berita-berita terbaru boleh baca paper everyday! MP3 pun boleh dengaq kat asrama.


Hidup ni....
benyak mengajar kita erti kehidupan
banyak mengajar kita menjadi matang
banyak mengajar kita lebih berwaspada
banyak mengajar kita menjadi penyabar
Perjalanan masih lagi jauh

Cita cita masih lagi belum dikecapi
Usah bersedih kawan,
ALLAH ada.

Don't worry, Be Happy :)

gtg homwork tengah menunggu nuh.
Wassalam :)

28 June 2013

Alhamdulillah.. Thank You Everyone!

Assalamualaikum, Salam Sejahtera. :)
Bismillahirrahmanirrahim..

Bila baca balik post title ni macam ala ala artis baru lepas menang award pulak .__.


Huhuhu.. Alhamdulillah.. Syukur sangat sangat.. Blog ni sudah mencapai 10 ribu followers. Serious tak sangka blog yang kosong dan tak kreatif ni mampu menarik minat 10 ribu orang untuk followers. Satu angka yang banyak, yang tak pernah qihah mimpikan sejak mula berblogging 2010 yang lalu.. mula2 berblogging 2010 guna blog lain.. ni blog yang baru bukak 18022011 :)


Terima kasih kepada semua followers dan readers blog ini yang sanggup memeriahkan blog ini. Tanpa anda semua, blog ini tiada maknanya. Qihah amat hargai sokongan padu yang diberikan. Terima kasih sekali lagi....


Qihah tak nak la celebrate followers yang ke 10000 tu sebab nanti rasa macam tak adil bagi yang lain.. Kalau followers yang lain tak ada, macam mana nak ada followers ke seribu ye dok? 


P/S doakan saya menang digi wwwow awards :p (jauh gila angan -.-)


sat. awat rasa ayat macam err.. ok bai. janji mesej dapat disampaikan huhuhu.

4 May 2013

Me featured in Yezz! (Mei edition)

Assalamualaikum, Salam Sejahtera. :)
Bismillahirrahmanirrahim..

Fuhh.. Lama qihah tak update blog. dah sebulan lebih (yang 30 april tak kira ok). Tengok ah BBM sebulan sekali. Kalau untung 2 kali. Outing dua minggu sekali. tu pun qihah ni bukan budak yang suka outing. hehe. So, bilanya nak update? BBM (bukan blackberry messenger ok, tapi Balik BerMalam) pun 2 hari je. Dengan homework gi. mana nak sempat oi.

Ok. stop blabbling.

Back to the topic.

Wei percaya tak wei?

Qihah pun tak caya..

Baru-baru ni..
Di suatu pagi yang hening, aku berjalan bersendirian menuju ke kiosk di sekolah.. Aku 'on' kan komputer.. Dengan satu sentuhan, komputer pun telah berjaya di 'on'kan dalam beberapa minit. Pantas aku tekan icon 'Google chrome' lalu menaip http://www.facebook.com di bahagian address dan tekan 'enter'. Aku mengisi ruangan email dan pasword lalu tekan log in button.. aku check notification dan tertarik dengan notification daripada seorang blogger dari Kelantan, bernama Emas Putih. Katanya..

Aku blur sebentar.

Wargh! Biar betul!!

Pastu aku cepat-cepat log out sebab puan rafeah dah mai. cari nahas dia tau anak muridnya online fb. hahaha

Thanks Allah!



Tak lupa juga kepada kak nabilah, kak emma, kak zizie and other sigma clanzs dan kak-kak senior lain sebab wish. Dan sudah tentu kepada ibu ayah sebab kasi dorongan selalu, kawan dan terutamanya kepada para pembaca sekalian! :D

dah malas malas malas.

minggu depan exam

jaga iman, jaga hati, jaga mata, jaga telinga.

wassalam.

16 December 2012

Semakan Tawaran Ting.1 ke SBP

Assalamualaikum, Salam Sejahtera. :)
Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah masih bernyawa lagi.. harini bangun2 pagi mak kata dapat surat tawaran masuk SBP Sains Kubang Pasu, Jitra, Kedah! Wee! Happy sangat2.. alhamdulillah! ^_^

Haritu memang dah pergi temuduga.. diorang panggil. ada dalam 100 orang kot yang pergi. Lepas tu ada 2 jenis ujian iaitu ujian bertulis, lisan dan kecergasan. yang bertulis tu qihah buat ok la~~ lisan pula kena speak in English sebenarnya sebab Pengetua sekolah tu nak yang boleh cakap BI. Qihah pula pi cakap Melayu. hahahaha. bagus tak? :p dia tanya soalan soalan dan soalan dan alhamdulillah boleh jawab. yang kecergasan tu ja semput time larian tu. kehkehkeh.

kesimpulannya, memang tak harap 100% pun dapat sekolah ni. siyes x tipu! haha




Ramai tanya nak semak kat mana, kalau nak semak nah semak di


ha.. Korang dapat sekolah mana? share lah dengan saya ^_^
Assalamualaikum..
p/s : saya masih darjah 6 dan akan masuk tingkatan 1 next year. ada yang tak percaya. tapi, tu lah kenyataannya.

14 November 2012

Salam Maal Hijrah, 1434h semua :)

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera :)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

fuhh.. fuhh.. Tak tau nak buat muqadimah entry ni macam mana. Bedai je la, Faqihah oit

Sepertimana yang banyak umat Islam dan orang bukan Islam tahu, hari ni merupakan hari Rabu, 14 November 2012. Kan? Mesti semua tahu kan? err. Mungkinlah ada juga yang tak tahu. hehe.

Tapi, korang tahu tak yang hari ini merupakan Awal Muharram? Awal Hijrah? 1434 tahun hijrah? Korang tahu tak? Eh.. Mestilah korang tahu dengan bantuan media massa kan? Dan mesti ada yang tahu melalui rakan-rakan, dan ada yang ketahuinya sendiri. Wah! Bagus-bagus! walau apa pun sumber yang korang dapat tahu, janji korang masih ingatkan Islam..

Sebenarnya, tak ada banyak yang nak diper'kata'kan di entry ini. Eh. 'kata' pulak. Taip. Baru betul. hehehe.

So, apa azam korang tahun baru ni? Nak jadi baik ke jahat? Nak ulangi perbuatan yang sia-sia dan berdosa yang korang pernah buat tahun lalu ke? atau nak buat kebaikan? buat ibadah yang Allah sarankan? Choose one.


Moga tahun baru ni Iman kita semakin kuat, kesabaran dan ketabahan kita semakin tinggi, dan Allah ampunkan dosa-dosa kita tahun lalu. Tingkatkan ibadah, perbaiki akhlak mantapkan iman! Yes! akhirnya! Saya dah ada slogan saya sendiri! yayy! hehhe

ok. Tu je nak abaq. Kalau cheq ada buat salah ke apa ke, tegurlah saya ye. Kalau saya pernah buat salah ke, buat korang benci, meluat kat saya ke, tak reply mesej korang ke (saya baca tapi kadang2 tak jawb sebab saya tak tahu/sebab dah banyak kali saya jawab).. maafkanlah ye..
p/s: mungkin lepas ni saya jarang online. Seminggu dua tiga kali mungkin.. dan.. saya agak gementar untuk mengetahui keputusan UPSR yg bakal diumumkan Isnin, 19.11.12 minggu depan. fuh.. ya allah.. oh oh.. kalau ada pertanyaan boleh je tanya di ask.fm ataupun cbox qihah ataupun fb/fanpage qihah.. kalau kat twitter saya malas sikit nk jawb :) hehe
Insyaallah. Assalamualaikum ^^

14 August 2012

Irma Hasmie disahkan Mengandung

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera :D


Daripada Murai.com.my


KUALA LUMPUR, 14 OGOS 2012: Biarpun menganggap masih terlalu awal untuk berkongsi berita gembira ini dengan peminat, namun pelakon dan pengacara, Irma Hasmie,30, tidak menafikan berita yang mengatakan bahawa dia kini sudah berbadan dua.

Malah, Irma yang ditemani suaminya, Redza Shah, 31, ketika majlis fitrah Ramadan 2012, malam tadi memberitahu keadaannya ketika ini kurang sihat dan menghadapi alahan muntah-muntah.

"Insya Allah, memang betul saya sudah mengandung. Sekarang ini pun saya agak tidak sihat dan banyak muntah-muntah. Usia kandungan saya 4 minggu dan sudah mahu masuk ke 5 minggu.

"Saya selalu muntah-muntah dan tidak boleh menerima makanan. Namun, doktor memberitahu bahawa ini simptom biasa. Saya berharap badan saya cukup kuat menghadapinya.

"Setakat ini itu saja alahan yang saya hadapi. Saya tidak mengindam apa-apa pun hanya suami saya saja yang mengidam lebih. Dia pula yang tiba-tiba jadi kuat makan," katanya kepada murai.com.my.



Gembira bakal bergelar bapa, sebagai suami, Redza lebih banyak meluangkan masa bersama Irma.

"Syukur Alhamdulillah. Sekarang ini kandungan isteri saya masih dalam peringkat awal lagi. Saya harap semuanya mendoakan yang terbaik. Saya harap Irma kuat dan tabah.

"Disebabkan kesihatan Irma tidak berapa mengizinkan, saya lebih kerap menemaninya ke majlis-majlis tertentu. Saya bukanlah bertindak sebagai pengurus Irma tetapi hanya ingin memantau keadaannya. Itu tanggungjawab saya sebagai suami. Lagipun saya bekerja sendiri dan ianya langsung tidak menganggu waktu kerja saya," jelas Redza.

Mempersetujui apa yang dijelaskan suaminya itu, Irma mengakui lebih selesa suaminya bersama dan merasakan sentiasa selamat.


p/s : Alhamdulllah. Rezeki Allah :D Moga berkekalan hingga ke liang lahad. Ameen! :D

7 August 2012

SHILA AMZAH kini sudah BERTUDUNG :)

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera :-)



Bermula 1 Ramadhan yang lalu, Shila Amzah sudah belajar untuk berjinak-jinak mengenakan tudung dalam penampilannya. Ternyata tempoh percubaan yang dilaluinya selama 15 hari telah membuatkan beliau mengambil keputusan untuk terus kekal dengan imej bertudung sehingga ke akhir hayat.

Menerusi mStar online, Shila memaklumkan bahawa keputusannya untuk bertudung telah dibuat pada Sabtu lalu, di mana apabila kekasih hatinya Sharnaaz Ahmad mengajak beliau untuk berbuka puasa bersama peminat-peminatnya dan ketika bersiap secara tidak sengaja Shila telah mengambil tudung dari almari dan menyarungkannya di atas kepala. Pada ketika itulah Shila mula sedar, dan mula mengambil keputusan untuk berubah.



Menurut Shila, Sharnaaz tidak menyangka perubahan drastik yang dilakukan olehnya, namun begitu Sharnaaz tetap gembira dengan imej terbaru beliau.

Kini Shila turut berubah sedikit demi sedikit dari segi gaya penampilannya, di mana beliau sudah memilih untuk gaya yang lebih sopan dan bersesuian dengan imej terbaru beliau.


"Alhamdulillah, Shila jadikan bulan Ramadan ini sebagai permulaan penghijrahan dan insyaAllah Shila akan terus bertudung,"katanya yang memberitahu gambar-gambarnya bertudung yang banyak dimuat naik di laman sosialnya itu adalah imej terkininya dan bukan hanya saja-saja untuk bertudung.



Penyanyi berusia 22 tahun itu meluahkan rasa gembira dan bersyukur apabila para peminatnya menyokong dan mendoakannya supaya dia terus mengekalkan imej bertudung.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Sharnaaz Ahmad serta niat untuk berkahwin, penyanyi yang popular dengan lagu 'Tiga Suara' itu mengambil keputusan untuk tidak mahu mengulas lebih lanjut.

"Macam tak manis pula bila pihak wanita yang bercakapkan pasal ini. Shila rasa soal perkahwinan tu eloklah ditanya pada Sharnaaz,"ujar Shila.

Dalam pada itu, ibunya juga ingin kepastian adakah benar keputusan yang dibuat itu kerana risau jika Shila akan membuka semula tudungnya pada masa akan datang.



"Apabila memberitahu hasrat ingin bertudung kepada ibu, banyak kali dia tanya, adakah saya yakin dengan keputusan ini kerana apabila dah pakai, kita tak boleh nak buka semula tudung sehingga mati.

"Alhamdulillah, memang saya ingin berubah dan mahu menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini. Malah, saya mula berubah sedikit demi sedikit dengan mengubah cara pemakaian yang lebih sopan," ujarnya.

Walaupun sudah bertudung, Shila tetap meneruskan kariernya sebagai penyanyi dan beliau bakal muncul dengan album terbaru pada awal tahun depan. Menerusi pemilihan lagu pula, Shila akan lebih memilih lagu berkonsepkan balada dan pop.


Sumber Gambar : Twitter https://twitter.com/Shilaamzah
Artikel gabungan : Oh Bulan, YahooM dan mStar

P/S : Alhamdulillah! :D #Shilalas

30 June 2012

Tahniah IRMA HASMIE :) GAMBAR #2

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera! :)


Gambar sekitar majlis pernikahan Irma Hasmie dan Reza Syah. Kelmarin kihah juga ada buat satu entry yang bertajuk "Tahniah Irma Hasmie :)" dan ada juga disertakan beberapa keping gambar . Kredit gambar sepenuhnya kepada Facebook The Kliker – Official Photographer for Irma Hasmie’s Wedding.




Sweetnya :*

Kat Sini Juga --> http://bit.ly/KJpS9h


Awhhh :'D


Kenapa muka Redza gituhh? haha



Dupdap dupdap



Alhamdulillah :'D

Klik sini --> http://bit.ly/KJpS9h
Cantik sangat gambar diorang. Pasangan yang amat sepadan. Irma Hasmie bila bertudung sangat cantik! Huhuhu. Moga kekal ke anak cucu :)

EXTRA!!

29 June 2012

Tahniah IRMA HASMIE :)

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera

Irma Hasmie Bernikah Pada Hari Ini. Pada hari ini, Jumaat, jam 3 petang.
Pelakon terkenal Irma Hasmie atau nama sebenarnya Irma Hasmie Bt Haji Ibrahim melangsungkan majlis pernikahannya dengan Redza Syah Azmeer Bin Dato’ Dr Hj Mohd Radzuan di Dewan Persidangan (Dewan Sri Melati) Kompleks Perbadanan Putrajaya, Persiaran Perdana, Presint 3, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Tahniah diucapkan pada Irma Hasmie dan Redza.Semoga perkahwinan mereka kekal hingga ke Jannah dan dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah.. Kak Isma nampak sangat cantik :D

Cantiknya *O*




 Kad undangan yang simple tetapi sangat menarik dan comel.

 Pelamin akad nikah.

Irma dan pengapitnya.Sangat cantik dan berseri irma ni..

 

Irma dan suaminya ..
Cantikkan baju irma..Hasil sentuhan Sopi dolmat dan Hatta Dolmat.

 Antara artis yang hadir ke majlis pernikahan Irma.

 Pengacara majlis Heliza Helmi dan... haha

Ringkas dan menarik.

Irma dan Ezuwan ismail.designer.

Terima Kasih membaca :*

Hahaha. Gambar last tu paling cantik! Sumber from sini dan sini :)