Showing posts with label Fashion. Show all posts
Showing posts with label Fashion. Show all posts

Tuesday, April 23, 2013

11
Little Secrets

Contest My Casual Style by The Roselle

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


Hari tue, semasa beLogwalking para beLogger, terjumpa contest nie.. Sorry tak ingat beLogger mana yg promote.. Nampak jer terus mata bersinar-sinar! Baca syarat-syarat.. Ok, line clear! Terus menjoinkan diri.. Ahakz!! Hahahaha!! =P

  1. Like dan share page The Roselle.
  2. Penyertaan terbuka pada semua samada lelaki/wanita.
  3. Hantar gambar anda menggayakan pakaian kasual yang paling bergaya
  4. Penggayaan haruslah pakaian kasual sahaja. Pakaian yang menjolok mata dan tak sesuai kami tak akan terima.
  5. Penyertaan yang paling banyak like dan share akan diterima sebagai pemenang
  6. Letakkan caption ni pada gambar anda."Saya suka pakai pakaian kasual kerana..." dan terangkan sedikit mengenai style anda
Due Date : 15 Mei 2013

See! Senang jer syarat-syarat dia.. Korang-korang nak join pon tak apa! So, dgn penuh kesyaduan, saya nak mohon jasa baik para beLogger sekalian untuk LIKE gambar penyertaan di bawah ini.. Kalau korang-korang rasa pakaian saya berstyle, TOLONG LIKE.. Kalau tidak, tiada paksaan yek (^___^)v

click on picture

Bagaimana nak LIKE? Sila klik pada gambar di atas utk ke Contest My Casual Style by The Roselle atau klik SINI.. Kalau nak share pun lagi lar saya berbesar hati.. Jasa baik korang-korang saya ucapkan ribuan TERIMA KASIH! Kalau dah, tinggalkan lar jejak.. Muaxx from beLog FakhRuru!! (^___^)v

Happy beLogging from beLog FakhRuru
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Saturday, April 6, 2013

0
Little Secrets

Panduan Gaya Lelaki | Bahagian 2

Assalamualaikum (^___^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


OLEH: FAIZAL HAMID (PAKAR PERUNDING FESYEN/PENULIS FESYEN BEBAS)

  • Cuba bersikap ingin tahu. Jika anda punyai teman rapat yg punyai gaya hebat & anda kagumi, jgn malu utk bertanya & mendapatkan panduan berpakaian serta gaya drpd mereka. Yg pasti jawapan mereka nanti akan meluaskan lagi perspektif anda terhadap fesyen.
  • Jgn terlalu mencuba. Setiap orang boleh bergaya hebat, tetapi perlu diingat, yg paling penting adalah utk kita bergaya bagi diri sendiri bukannya utk orang lain.
  • Gaya adalah sesuatu yg paling peribadi. Tiada siapa, yg sepatutnya memberitahu anda ttg bagaimana utk berpakaian. Jika anda rasa cukup yakin utk menggayakan sesuatu rekaan, teruskan niat anda itu & bereksperimenlah dgn fesyen. Sememangnya setiap kita punyai gaya individu kita yg tersendiri. Tetapi kadangkala setiap drpd kita perlu utk membuat sedikit perubahan pada gaya kita utk kelihatan lbh menarik. Dan semestinya itulah yg hebatnya ttg fesyen - terdapat terlalu byk pilihan, selagi kita bijak memilih.
  • Apabila kita memperkatakan ttg tren fesyen lelaki, antara aspek yg paling penting adalah kemas, rapi & kebersihan. Berambut panjang adalah tren yg sudah agak lama- sebaliknya cubalah gaya rambut potongan pendek ala David Beckham. Adam Levine atau pelbagai cth ikon lain. Pastikan anda memotong nipis rambut/bulu di wajah anda utk lebih menyerlahkan wajah anda.
  • Pakaian lelaki moden (modern menswear) adalah salah satu cara ekspresi komunikasi individualiti. Perubahan gaya & sikap pengguna lelaki, telah mendorong mereka utk mengambil langkah utk mengelak drpd gaya yg terlalu selaras/mengikut peraturan.
  • Mematuhi manual undang-undang gaya secara total adalah sememangnya bkn kaedah utk menjadi stylish (penuh gaya). Pakaian kontemporari lelaki, menyediakan lelaki peluang utk meyerlahkan individualiti & ia kini menjadi sesuatu kemewahan paling berharga yg blh dimiliki oleh semua.
  • Akhir kata, lelaki tdk perlu lagi utk menjadi bingung apabila memperkatakan ttg aliran fesyen terkini. Dgn mengambil inisiatif utk bereksperimentasi, antaranya dgn memadankan pilihan rekaan pakaian & aksesori yg selesa dipakai serta menarik pandangan mereka yg melihat, sememangnya lelaki juga blh kelihatan hebat bergaya seperti kaum wanita pada tahun ini. Selamat mencuba!

<<< Panduan Gaya Lelaki | Bahagian 1


Happy beLogging from beLog FakhRuru
- lebih AWESOME daripada biasa -
(^___^)v

Sumber : Maskulin

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Tuesday, April 2, 2013

5
Little Secrets

Panduan Gaya Lelaki | Bahagian 1

Assalamualaikum (^__^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*


OLEH: FAIZAL HAMID (PAKAR PERUNDING FESYEN/PENULIS FESYEN BEBAS)

Kini, semakin ramai lelaki yg memberi perhatian terhadap perkembangan tren/aliran fesyen. Anda mungkin telah biasa dgn istilah metroseksual iaitu menggambarkan lelaki yg menumpukan lebih perhatian pada gaya penampilan diri mereka, dari hujung rambut hingga hujung kaki

Pada saya, tiada salahnya. Jika anda pula adalah termasuk dlm golongan lelaki yg perlukan sedikit bantuan dlm gaya berfesyen @ anda kenal seseorang yg sebegitu, saya ada beberapa panduan utk anda bergaya sealiran tren bagi tahun 2013 ini. Lihat diri anda secara jujur di hadapan cermin, pandang secara realistik ttg bagaimana rupa anda secara keseluruhan
  • Setelah anda faham dgn jenis potongan badan sendiri, anda akan mula memakai pakaian dgn potongan rekaan yg paling sesuai & selesa dgn tubuh anda. Semestinya tiada siapa yg akan kelihatan anggun/segak dgn memakai pakaian (contohnya: jaket, seluar dll) yg terlalu ketat/longgar.
  • Utk ke pejabat, adalah tdk salah jika anda gemar memakai pakaian-pakaian dlm rekaan yg serupa (contohnya: Sut dgn tali leher, baju kurung/kebaya, jaket & skirt) dlm rona warna yg seakan sama. Apapun, pastikan anda memakai rekaan tersebut dlm variasi tekstur serta rekacorak yg berlainan dlm jangkamasa seminggu anda bekerja. Sememangnya kebanyakan individu yg berpengaruh punyai gaya individu yg unik dan tersendiri (signature looks)
  • 80% drpd gaya adalah dgn mempunyai pakaian yg sesuai utk pelbagai acara & majlis. Sejak kebelakangan ini kod berpakaian adalah lebih terbuka & fleksibel, tetapi perlu diingat bahawa masih ada etika berpakaian yg perlu diikuti oleh kita semua. Contohnya: Apabila anda kurang pasti ttg etika pakaian formal – sama ada anda akan menghadiri mesyuarat perniagaan/parti koktel, jln yg paling selamat adalah utk anda memakai tali leher ke majlis tersebut.
  • Jgn cuba utk berpakaian/bergaya spt seorang bintang filem, kerana sedarilah bahawa sebahagian besar drpd kita adalah bkn pelakon. Jgn fikir bahawa pakaian yg segak & hebat digayakan oleh Brad Pitt/Johnny Depp, Adam Levine/Justin Timberlake, akan kelihatan hebat juga apabila digayakan oleh anda (kerana ia mungkin akan kelihatan sebaliknya). Sememangnya anda boleh bereksperimen dgn tren, tetapi jgn hanya contohnya: bertopi kerana hanya mahu meniru gaya celebriti tertentu. Cuba cari identiti sendiri.
  • Apabila anda mahu mengayakan sesuatu pakaian berserta padanannya sekali, pastikan anda mlihat ia secara keseluruhan. Jaket, kemeja, tali leher, seluar & kasut anda mungkin berkualiti & drpd jenama hebat, tetapi paling penting adakah ia sesuai dipadankan diantara satu sama lain? Berpakaian penuh gaya (stylish) dpt dicapai jika kita tahu menata gaya secara keseluruhan.
  • Sesuatu yg klasik dianggap/menjadi klasik oleh kerana sesuatu sebab/alasan. Berbeza dgn rekaan pakaian wanita, pakaian lelaki tdk terlalu berubah sepanjang seratus tahun sebelum ini. Dan anda tdk perlu menjadi individu yg mengubah persepsi tersebut.


JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Sunday, February 3, 2013

2
Little Secrets

Kenali Kesesuaian Jeans Untuk Lelaki

Assalamualaikum (^__^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME*

Pemilihan JEANS yg bertepatan dgn tubuh badan & citarasa adakalanya sangat sukar utk ditentukan.. Tambahan pula sekarang nie sudah banyak jenama JEANS di pasaran seperti cendawan tumbuh selepas hujan yg masing-masing berlumba 100m utk menawarkan pelbagai pilihan yg terbaik..

Tetapi untuk membeli JEANS agar bersesuaian dgn diri & tak pelik di mata orang, korang-korang perlu mengikut kriteria-kriteria tertentu.. Di sini beLog FakhRuru nak share beberapa kriteria utama yg korang-korang perlu ikut utk mendapatkan JEANS yg terbaik :-

LOOSE CUT/RELAXED

Potongan ini ternyata popular & sangat sesuai utk semua golongan umur.. Potongan lebih santai & tiada potongan yg khusus.. Ia agak longgar dari bahagian peha, lutut, buku lali & tiada genggaman yg mengecil.. Jeans yg longgar ini sangat sesuai bagi mereka yg bertubuh besar.. Tidak sesuai bagi korang-korang yg bertubuh rendah (^__^)v

STRAIGHT CUT

Potongan ini sangat bersesuaian utk lelaki yg inginkan sesuatu ringkas & classy.. Potongan ini sedikit fit dgn kemas dari bahagian paha & lutut, terus ke pergelangan kaki tanpa tirus.. Jeans ini juga tidak mempunyai bentuk kakinya yg tersendiri.. Amat sesuai dipakai utk lelaki bagi lapisan umur (^__^)V

BOOT CUT

Potongan jeans ini semakin digemari lelaki.. Potongan yg fit di bahagian lutut & sedikit lebar dari bahagian betis hingga ke buku lali.. Sesuai dipakai bagi korang-korang yg mengenakan boots.. Sesuai utk semua peringkat umur & bentuk badan (^__^)v

SUPER SKINNY/EXTRA SLIM

Antara trend pemakaian jeans masa kini.. Terutama sekali bagi para remaja & muda mudi.. Sungguh ketat & fit dari bahagian paha & lutut & kemudiannya sedikit mengecil di bahagian buku lali.. Sesuai bagi lelaki yg langsing, kurus & tidak mempunyai kaki yg besar.. Sekiranya saiz badan korang-korang agak gempal, AWAS! Jangan pakai jeans jenis ini (^__^)v

SLIM LEG CUT

Trend ini juga mempunyai pengikutnya yg tersendiri.. Namun tiada banyak bezanya dgn Super Skinny Cut.. Juga ketat & fit dari bahagian peha & lutut, cuma ia terus tirus ke bahagian buku lali & tidak mengecil.. Sesuai utk lelaki yg bertubuh langsing & kurus (^__^)v

....................

Jadi jangan teragak-agak lagi utk membeli jeans yg sesuai & tepat utk korang-korang.. Benda yg remeh, tetapi smart jika digayakan dgn sesuai..Saya pun ada 3 jenis jeans - Straight Cut, Slim & Skinny - Digayakan mengikut situasi-situasi yg bersesuaian.. Hahahaha!! (^__^)v

...ARIOS AMIGOS...
(^___^)v

JGN SHY-SHY CAT UTK B'KOMEN (^_^)v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright @ boLey paNdAnG-paNdAnG, jGn cUri-cUri : FakhRuru