Saya tak puas hati dengan cerita kali ini. (Kenapa Fahmi?)
Jalan Cerita
Jalan ceritanya jelas, dan kita tahu apa yang berlaku dari satu babak ke satu babak berikutnya.
Namun, Ombak Rindu versi filem, menghapuskan beberapa babak penting yang saya kira , bakal meruntuhkan perkembangan asal.
Anak yang tidak meninggal, Haris yang tidak tinggal di Kondo tapi di Villa, dan tiga lagi babak penting dalam novel asal Ombak Rindu, dihancurkan.
Benchmark Baru
Ombak Rindu yang dilayarperakkan pula, bagi saya, turut meletakkan satu benchmark baru dalam jalan cerita novel yang bakal difilemkan selepas ini : Adegan Ranjang.
Visual yang Cantik
Dibantu dengan pemandangan yang cantik sekitar Sungai Dua, Pulau Pinang, Ombak Rindu membawakan satu imaginasi yang baru tentang lokasi penceritaannya, meski ia berbeza dari lokasi asal. Bagi saya, ini sajalah yang mampu menenangkan hati.
Ombak Rindu bakal jadi lebih baik andainya:
1) Bukan Sharad Sharan yang mengarahkannya
Sharad Sharan adalah orang yang sama yang turut membantu melayarperakkan Lagenda Budak Setan (LBS). Seperti LBS yang boom di pawagam hanya kerana title Novel asalnya, Ombak Rindu menerima tempias yang sama.
Kesannya, skrip menjadi longgar, dan lokasi penggambaran yang sangat berbeza dengan lokasi asal dalam tulisan.
Kesannya juga, banyak babak yang penting, ditinggalkan, dan babak-babak yang tertinggal adalah babak-babak yang tidak berapa penting.
Saya mengharapkan novel cinta lain yang bakal diterbitkan dalam filem, carilah penerbit + pengarah yang menjiwai novelnya, bukan yang semata-mata mahu mengambil keuntungan atas jenama atau nama novel yang telah kukuh bertapak dalam hati pembaca.
2) Relevan Adegan Ranjang dan Status FB yang sebelum ini
Entah kenapa, tapi saya merasakan Aaron bakal ada masalah. :D #sabajela
p/s: Siapa nak tengok, tengoklah. tapi kalau kecewa , you know that you have been warned~ :P
Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!