3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

01 June 2009

Testosteron dan Pembinaan Otot

Testosteron ialah hormon yang membantu pembianaan otot. Peratusannya dalam tubuh manusia berbeza dari seorang ke seorang yang lain, sama juga seperti kadar metabolisma. Seperti beberapa peratus manusia yang memiliki kadar metabolisme yang lebih tinggi, sesetengahnya memiliki level testosteron yang lebih tinggi dari manusia lain.

Untuk membina tubuh, anda perlu berusaha menjaga kadar testosteron badan dari jatuh, agar diri anda sentiasa dalam keadaan anabolik yang akan membolehkan badan anda berketak-ketak, haha... contohnya, pengambilan makanan yang kaya dengan protein, dan juga pra dan pasca senaman yang bagus.

Jaga juga diri anda selepas bersenam dengan memberi rehat yang cukup (kerana pada waktu inilah badan akan membesar, tapi jangan terlebih!), dan ambil vitamin C secukupnya (bagi menambah penyerapan zink ke dalam badan untuk meningkatkan hormon testosteron.)

[1] JANGAN TINGGALKAN DAGING DARI PINGGAN ANDA.
Kajian menunjukkan, menu diet vegetarian mengakibatkan testosteron jatuh. menu yang kaya dengan lemak sihat, akan menambahkan kadar testosteron. Ini kerana, diet yang mengandungi daging, mengandungi kolestrol, antara element penting yang membina kebanyakan hormon, termasuklah testosteron. Daging merah, tinggi dengan zink, yang sudah semestinya bahan penting untuk membina testosteron. Masukkan steak, daging keping (salai atau bakar) dalam dua daripada 6 hidangan kecil anda setiap hari untuk membantu mengekalkan hormon testosteron.

[2] TAMBAHKAN KARBOHIDRAT SELEPAS SENAMAN
karbohidrat yang mencukupi (5 hingga 6 gram per paun berat anda) membantuk menaikkan kadar insulin, seterusnya menukarkan metabolisme anda mengarah ke pembinaan otot-otot. Untuk sebab lain pula, kadar insulin yang tinggi selepas senaman akan menghalang tindakan hormon kortisol (hormon yang sama muncul apabila anda tertekan) yang akan memecahkan tisu-tisu otot. Hormon kortisol juga menurunkan testosteron.

[3] AMBIL PRODUK PROTEIN GANDUM SEBELUM BERSENAM.
Protein gandum adalah protein yang mudah dihadamkan. ia mengandungi asid amino berkualiti tinggi, yang menjadi batu blok kepada otot.Ambil sekurang-kurangnya 5 g sehari, untuk mengawal kortisol and testosteron. Ambil protein ini bersama makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks, kira-kira 40 minit sebelum senaman bermula.

[4] AMBIL PS
Physphatidylserine (PS) adalah jenis protein yang diperolehi dari soya. Ambil 800 milligrams (mg) setiap hari jika mampu, atau sebaik-baiknya sejam sebelum hari senaman berat anda. Ia membantu menjaga hormon kortisol dari naik.

[5] TINGKATKAN PENGAMBILAN VITAMIN C.
Vitamin C meningkatkan penyerapan zink, dan kalsium, dan seterusnya menaikkan hormon testosteron. Ambil 500 mg vitamin C ketika sarapan, dan 500 mg lagi di waktu malam ketika makan malam.

[6] JANGAN OVERDO SENAMAN ANDA.
Bila terlalu penat, dan tak cukup rehat, testosteron akan turun. Jadi, badan dan otot tidak akan membesar.

[7] KURANGKAN AKTIVITI AEROBIK.
Terkejut? Senaman aerobik berkesan untuk mengurangkan lemak badan, tetapi ia tidak boleh menambah bentuk badan, oleh itu, ia tidak membantu meningkatkan testosteron. Ia sebenarnya akan meningkatkan hormon kortisol.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails