Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum :')
Yeayyy, esok merdeka! hahha, seronok tak? Rasa seronok tu dah kurang kan. Kalau masa sekolah dulu mesti rasa kan. Jom cerita pasal sambut merdeka masa dekat sekolah dulu :D
Dah menjadi adat sekolah aku, bila naik form 4, akan masuk kawad kaki kebangsaan yang akan diadakan pada hari merdeka. Sambutan peringkat Negeri Perak. Lawan kategori sekolah & IPT.
Kami Batch 45 SERATA :')
So, bila dah dekat hari merdeka, aku rasa dua bulan sebelum kot, ada pemilihan kontinjen kawad kaki kebangsaan. Askar yang pilih mehh. Dan yang train pon askar tu. Namun, apakan daya askar-askar tu hanya melatih kami sekejap je. Tak tahu kenapa dia dah takmau nak train kami lagi dah. Tapi takpe, kami tak putus asa. Takde trainer pon boleh berjaya, Alhamdulillah kami kuatkan semangat, berlatih sendiri. Sedihkan.
Kami semakin giat berlatih bila merdeka dah nak dekat. Satu hari tu, ayah kepada senior kami nampak kami berlatih dan offer dirinya untuk jadi trainer. Oh yeahhh, Alhamdulillah, baik sangat hati pakcik. Moga Allah murahkan rezeki. Sejak haritu pakcik bakri yang train kami. Beliau juga seorang polis.
Sementara tunggu persembahan depan pentas diraja selesai. Lama tau. Lenguh diri
Pada hari kejadian, pergghhh sangat bersemangat! Ramai juga yang pelik kami kawad pakai baju kurung. Takda masalah pon pakai baju kurung kan. haha lain sikit. Entah dah memang jadi adat sekolah Taayah. Aku tak ingat kami kena kawad berapa kilometer tapi rasanya jauh jugaklah nak pusing balik dekat padang Ipoh tu. Start dekat padang Ipoh and habis pon dekat situ.
Banyak penyertaan masa hari tu, daripada jabatan kerajaan sampailah ke sekolah sekolah. Bukan kawad je yang ada, banyak lagi. Entah dah tak ingat. Lama dah masa aku form 4, dah 5 tahun dah.
Haha! pandang hormat depan pentas vvip. Gambar dari The Star (paper keesokan harinya)
Masa lalu depan pentas ni aku ingat lagi, Raja puan besar perak, Tuanku Zara (Isteri raja muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah) sangat bersemangat masa kami lalu. Tuanku Zara tepuk tangan sampai berdiri :D wah wah. Alhamdulillah, esoknya keluar paper The Star. Sebab Kami JUARA!! Yeayyyy, Menang No1 komeee!
Petang tu, pasukan yang menang ada majlis minum petang dengan Sultan perak, permaisuri, raja muda perak, raja puan besar perak dan vip lain. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat!
Hard work paid off! :D
Hard work paid off! :D
Hadiah seterusnya kami pergi bercuti di Terengganu, jalan jalan kat sana :)
---------------------------------------------------------------------------------------------
Okay. Cukup dengan kisah kawad masa sekolah. haha, excited sangat nak cerita. Semua tu kenangan. Hurmm, nak tanya apa maksud kemerdekaan yang sebenar?
Ya, Alhamdulillah Malaysiaku dah merdeka sejak tahun 1957. Bebas dari penajajah. Tapi pernah terfikir tak ada sesuatu lagi yang kita belum bebas? Apa dia?
PEMIKIRAN. Ya, serangan pemikiran. Rata-rata rakyat Malaysia belum bebas lagi dari serangan pemikiran. Lihat saja anak anak sekarang, apa yang telah terjadi? Mereka cepat dipengaruhi dengan budaya yang tak sihat. Budaya dari Korea, Jepun, barat, dan entah apa lagi.
Beribu kes buang bayi, zina, minum arak, bunuh, rompak, pecah rumah, apa lagi? Dah macam biasa sangat. Apa nak jadi dengan Malaysia yang akan datang jika pemimpin pelapis rosak akhlaknya? Allahuakbar, lihat di Mesir, Syria, Palestin sana, mereka belum bebas dari cengkaman manusia zalim, tapi hati mereka, pemikiran mereka MasyaAllah, hebat! Al-quran sentiasa di hati. InsyaAllah kemenangan besar akan muncul buat mereka tak lama lagi. Malaysia bagaimana?
Kalau nak tahu, umat Islam zaman dahulu sangat hebat! Umat Islam zaman dulu pernah memayungi 2/3 dunia. Islam sebagai rujukan seluruh dunia. Apa rahsia mereka kalau bukan meletakkan Allah adalah segala-galanya. Semua yang mereka buat adalah kerana Allah. Allahurabbi. Tepuk dada tanya iman kita macam mana.
Terpulang kepada anda semua untuk menyambut kemerdekaan dengan cara yang bagaimana. Fikirkan lah keredhaan Allah. Tanpa redha Allah siapalah kita....
Selamat menyambut hari kemerdakan yang ke 56 & happay holiday :)
selamat hari merdeka :)
ReplyDeleteselamat hari merdeka jugak :D
Deletehihi rindu sambut merdeka kat sekolah :)
ReplyDeletekan nahu kan. haha sekarang sambut bese2 je.
Deletetahniah menang! :)
ReplyDeletehehe thanks. patut la org tu senyap je rupenye dia keje, cepat update pasal keje, nak tahu cerita :D
Deletewahhh bestnye ... rindu sambut merdeka kat sekolah dulu2 ... :')
ReplyDeleteRindu sangat huhu selamat hari merdeka cik yuyu :D
Deletewahh..mmg semangat sekali =)
ReplyDeletesaam merdeka dear
salam merdeka jugak! :D
DeleteSalam Merdeka jua..
ReplyDeleteoh pernah masuk perbarisan.. bagus la.. :D
memang patut pun patriotic dengan negara sendiri..
Alhamdulillah, penah masuk. best :)
Deletesambut time sekolah dulu lebih meriah berbanding skrang :)
ReplyDeleteyeee sangat setuju hehe :D
Deletetringat zaman sekolah..rindunye...=)
ReplyDelete