Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Tuesday, March 8, 2011

Hari Minggu di FRIM

FRIM stands for Forest Research Institude Malaysia..Minggu lepas saya dan kawan-kawan berkesempatan ke FRIM..nak berkelah sekaligus merehatkan minda..Pada mulanya just nak pergi Sungai Pisang je..tapi soooo sorry..saya memang takkan jejakkan kaki ke situ lagi disebabkan airnya yang kotor dan membuatkan badan saya gatal-gatal..Jadi,yang terlintas di fikiran hanyalah FRIM yang paling dekat pun..Mungkin satu hari nanti nak ke Sg Gabai pula..teruja tengok pic2 kat blog BroFramestone.




Pada mulanya kami tak jadi pergi ke FRIM. Sebabnya saya ada quiz pada malamnya dan saya perlu study. Serba-salah memikirkan kawan saya, NIk yang begitu beria-ia nak mandi air terjun, fikir punya fikir, saya buat keputusan untuk pergi jugak TETAPI gerak lepas zohor. Masa yang ada saya gunakan untuk study dulu. Lepas je solat Zohor, kami ke kedai makan beli nasi bungkus dan makanan yang lain.( spagetti lain masa ye Nik)..


Lepas je makan, ni lah aktiviti kami...TADAAA...














Air terjunnya biasa-biasa je..tapi OK la..kami tetap puas hati..Memang gembira sangat masa tu. Namun, siapa sangka siapa menduga kan, inilah yang dikatakan beringat sebelum kena. Nik jatuh masa nak turun dan akibatnya, tulang punggungnya bengkok dan terpaksa bercuti. Ini sebenarnya yang nak jadi...Apapun Nik...sabarlah ye...

Nota : gambar boleh tengok kat my Facebook.

Tuesday, November 2, 2010

::Final Exam Mode::

Final exam dah mula...

6/11-Powder Metallurgy.
8/11- Calculus and Material Characterization.
11/11- Polymeric Materials.
14/11- Ceramic Materials
Good Luck to myself and for those who will sit for the examination..

Rabbana najjihna fil imtihan bittafawwuqaq..
Allahummaj'alna minanna jihin wal faizin...fiddunya wal akhirah..



Thursday, October 28, 2010

Bila Malas dan Bila Rajin

Salam buat semua...
Sejak semalam, bermulah Revision Period. Maka, tiada lagi kelas yang perlu dihadiri. Yahoo...Memang saya akui, semester ni merupakan semester yang paling malas untuk saya ke kelas. Tak tahu la kenapa.. Mungkin jugak kerana perasaan rendah diri yang ada dalam diri ni kot..Ditambah lagi dengan kesunyian lagi..Memang rumit untuk diluahkan. But..life must go on...kalau saya asyik fikirkan orang lain pun, tak guna kan?? Belum tentu mereka semua fikirkan saya sebagaimana saya fikirkan tentang meraka..kan?kan?kan? Ish..tak baik betul la saya ni.. Tapi, itulah yang saya rasakan.. Semakin lama saya rasakan saya semakin tak diperlukan. Ish...cukup..cukup..cukup..Bukan itu yang saya nak cakap..

Berbalik kepada topik n3 di atas...
 Bila keMALASan yang melanda, saya tak turun pergi cafe beli makanan untuk makan tengahari pun. Lapar yang teramat sangat perut ni tapi disebabkan malas, saya bancuh air je dulu untuk alas perut. Sambil itu, saya tinjau-tinjau di "dapur" tengok apa yang ada yang boleh dimasak memandangkan beras masih ada. Apa yang saya temui adalah bawang besar, ubi kentang, kiub pati ayam maggi, dan telur. Saya terfikirkan sup kentang yang cincai2 je la kan. So, iniilah jadinya...



TADAA......

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Jadi la kan??? dah malas sangat..sape suruh..saya makan bersama nasi yang masih panas.



Bila keRAJINan melanda pula...
Lepas je makan tadi, saya seperti biasa, angkut semua periuk belanga ( macam banyak la plak kan ) ke sinki. Terpandang la pula baldi hijau ( Zimah punya yang diwakafkan ) yang dipenuhi pakaian saya yang berendam air sabun. Saya baru teringat. Dah 2 hari saya rendam pakaian ni. Terus saya basuh pakaian tersebut. Selesai la sudah bab pakaian.
Bila masuk ke bilik, terasa nak mengemas la pulak.. Kemudiannya, saya kemas la bilik yang memang cam tongkang pecah ini. Saya susun fail2, sapu bilik dan mop lantai.. Sesudah itu, saya bancuh nescafe dan terus capai nota dan study..La La La....

Tuesday, October 26, 2010

Derma Darah

Baru-baru ni saya berkesempatan lagi untuk menderma darah buat kali ke-5. Alhamdulillah...Sebelum ni, saya tak rasa sangat kemeriahan menderma darah. Macam biasa je, sampai ke tempat derma darah isi form, then melalui procedure yang lain seperti check zat besi, timbang berat badan dan sebagainya. Tapi kali ni saya merasakan kemeriahannya bila mana yang datang menderma darah memang ramai sangat-sangat sampaikan sanggup beratur sampai 1jam.











Kali ni saya menderma darah bertemankan seorang sahabat, iaitu Armiza yang begitu bersemangat untuk turut sama menderma darah. Tapi sayangnya, berat badan yang tak mencukupi menghalang niatnya yang suci murni itu.( Lain kali makan lagi banyak-banyak sebelum pergi menderma..OK ). So, dia menjadi peneman saya sepanjang saya menderma darah.Dan kerjanya menangkap pic2 ni la... Thanx ya Miza..



Dan tidak seperti tahun-tahun sebelum ni saya akan penat dan pening selepas menderma darah, kali ni saya agak berkemampuan. Hehe.. selepas rehat dalam lebih kurang 10minit, saya terus menuju ke kelas. Tapi yang tak bestnya, petang tu saya kembali pening dan mual. Hailoh....

Namun, sekarang saya dah kembali OK.. Tunggu lagi 3 bulan lagi untuk kembali derma darah..:)

p/s : saya berdarah O. Makanya saya adalah seorang yang pemurah.kan?kan?kan??


Friday, October 8, 2010

Jemput Datang





Monday, September 27, 2010

Situ Siti Sana Sini


Salam buat semua.. dah lama blog ini tak ber ‘update’ disebabkan tuan rumah bercuti. InsyaALLAH saya akan mula ber ‘blogging’ semula. Dikesempatan ini masih belum terlambat untuk saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua kawan dan juga pengunjung blog saya ni.. AMPUN DAN MAAF dipinta andai ada salah dan silap yang sengaja ataupun tidak disengajakan dan ucapan seinfiniti TERIMA KASIH saya ucapkan kerana masih sudi menjengah ke blog saya ini. Sokongan anda semua amat saya hargai. OK..cukup sudah mukaddimah yang agak panjang berjela ini ye..

Baiklah..sambung cerita sepanjang saya bercuti ini ye..Biarlah kali ini entrynya panjang sikit ye..



Saya mula bercuti seminggu sebelum raya iaitu 4hb September 2010. Kali ini saya pulang bersama Wani dan adiknya. Kami bertolak jam 0645 dan sampai lebih kurang jam 1415. Sampai je di rumah, kelihatan kereta Harrier yang baru sampai dan My Ma sedang mengelap kereta. Wah!! Rajin kan my Ma..Dan saya seperti biasa, selepas selesai mengemas barang-barang mestilah bersembang dengan my ma..
Pada waktu petang, kami berbuka bersama-sama. Menunya tak lain dan tak bukan, tumis nasi kerabu beserta ayam golek yang my ma beli menggantikan ayam percik pemintaanku. Pada mulanya saya nak ke bazaar Ramadhan tapi memandangkan saya ketiduran dan bangun pun dah lewat, niatku itu terpaksa dilupakan. Namun, keesokan hari, saya berpeluang untuk ke Bazar Ramadhan dengan adik bongsu, Shahmi. Bercerita tentang Bazar Ramadhan kali ini di Stadium, menu memang banyak tetapi sayangnya harga makanan yang mahal dan juga layanan kurang mesra dari penjual membuatkan itu kali pertama dan terakhir saya ke sana. Memang tujuan saya ke sana untuk membeli kuih kesukaan saya bila tiba Ramadhan iaitu kuih Jala Mas. Memang dah cari serata KL ( tipu la kan..) tapi tak jumpa..Bila dah jumpa, saya beli agak banyak tapi tak membazir tau..Memang habis saya makan…
 search dari google..


Hari-hari yang lain pun sama. Tiada apa yang saya buat. Rutin yang sama setiap pagi..Lepas Solat Subuh, saya akan tidur dan bangun pun dalam pukul 10 pagi dan saya akan kemas bilik, kemas rumah dan basuh baju. Ada la satu hari yang saya keluar dengan my ma ke Bandar KB untuk membeli baju raya. Kononya nak murah kan..balik beli kat KB tapi…..HAMPEH..Semuanya mahal..Moral of the story..tahun-tahun yang akan dating..saya akan beli siap-siap sebelum balik..hehehe..Akhirnya beli jugak la..KAsihan pula tengok my ma yang dah jemu follow buntut anak dia ni..
Saya pulang ke kampung untuk  solat terawih pada malamnya. Mek ( my grandma ) menyuarakan hasrat di hatinya untuk mengambil tempahan tapai pulut tetapi memandangkan anak-anaknya yang sibuk, dia membatalkan hasrat hatinya itu. Sedih la plak kan..So, saya mengambil keputusan untuk menolongnya membungkus tapai. Gembira tak terperi la orang tua itu..
Bila tiba hari yang dijanjikan, saya menunggu kepulangan adinda saya Mimiey. Dia samapai je terus kami ke rumah Mek. Kesian dia kan tak dapat rehat..Sampai je rumah nenek, kami meneruskan acara membungkus tapai..Sampai ke petang kami membungkus tapai sampaikan Mek menyuruh saya dan adik-adik berbuka di rumahnya. Berbukalah kami dirumahnya. Kebetulannya pula Cik Chik sekeluarga dating. Bertambah meriah la suasan berbuka kami pada hari tersebut.
Saya rasa cukuplah dulu corat-coret saya pada kali ini. Bertemu lagi kita pada entry yang akan datang ye..
Terima kasih kawan-kawan..
p/s: gambar tak de..memang tak sempat nak bergambar...



Monday, August 16, 2010

Ramadhan Datang Lagi

Alhamdulillah..tahun ini dapat lagi kita sama-sama mengerjakan rukun Islam yang ke-3 ini. Meskipun dah pun 6 hari kita berpuas, rasanya belum terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa. Bersamalah kita menggandakan Ibadah di bulan yang mulia ini.








Dalam 6 hari berpuasa ni, Alhamdulillah diri ini masih lagi kuat walaupun kadangkala mahu tersungkur di pertengahan jalan.6 hari ini juga saya bersama roommates cuba sedaya upaya untuk berjimat. Setiap hari kami akan menanak nasi dan lauknya kami beli alakadar sahaja. Kadangkala saya yang akan masak. Tengok keadaan..:) Masak pun cuma lauk-lauk simple je untuk berbuka dan bersahur. Setakat ni untuk berbuka, saya masak hanyalah sardin campur kentang dan sayur goreng dan untuk bersahur sempatlah merasa nasi goreng dan juga scrambled egg. 

Dan semalam saya sempat berbuka puasa bersama adik dan kawannya di Kampung Baru. Ketika berada di sana, saya seolah-olah merasa  seperti berada di tanah kelahiran sendiri. Boleh dikatakan hampir 70% peniaga dan juga pengunjung di sana rata-ratanya berasal dari Kelantan. Alhamdulillah..ore-ore Kelate ni murah rezeki....:)..



 
 Dan inilah menu berbuka kami.




 Pemandangan dari Kampung Bharu..




 InsyaALLAH...di lain masa dapat lagi kami berbuka puasa bersama-sama lagi di tempat yang lain pula...
Selamat berpuasa!!


Tuesday, August 11, 2009

JOM JALAN-JALAN


Sunday, August 9, 2009

HAPPY BIRTHDAY..



Seperti aku yang “kena” masa malam birthday aku dulu, nasib yang sama buat Farhah dan Haizum. Lagi “zalim” la aku kira. Siap dengan tepung lagi. Nasib baik telur dan air dibatalkan saat-saat akhir disebabkan melihat Haizum (my roommate) dah bersiap pakai tudung putih. Tak sampai hati la pulak kan nak kotorkan tudung dia. Tapi tak pe. Asal surprise ni menjadi, ok la tu.(trademark Saida AF6).
Bermula jam 8malam, seperti yang dijanjikan kami semua keluar makan malam(pada mula hanya muslihat). Masa tu siap bawa beg besar( untuk letak kek) dan aku bungkus aiskrim tebal-tebal dengan suratkhabar.(kononnya barang nak beri kepada kawan).
Sementara menunggu pesanan tiba, aku dan syikin ke kedai runcit sebelah kedai makan untuk beli tepung. Bahagikan terus kepada 3 plastik.(aku,zimah dan syikin). Sebaik tiba di kedai makan, makanan sampai dan kami pun memulakan acara potong kek dan makan aiskrim. Kemudian, barulah kami makan. Makan malam kami malam tu Nasi putih( semestinya), Tomyam Campur, Telur Dadar, Ayam masak 3 rasa dan kangkung goreng belacan.(sebab Haizum tak makan Kailan Ikan Masin. Rugi la Haizum..sedap tau..)
Sebaik turun dari kereta, terus kami kepung Haizum dan Farhah. DAN…..tengoklah apa yang jadi pada muka mereka.Haha..aku pun kena juga. Habis memutih depan bilik aku. Nasib baik kak cleaner tu tak bising.hehe…
Apapun yang telah kami buat, harapnya Haizum dan Farhah, jangan ambil hati tau..nak suka-suka je. Buat upcoming birthday lady, Syikin dan Zimah, tunggu…baik punya nanti. Kan farha? Haizum?fikir siap-siap macam mana nak kenakan budak-budak cukup umur ni.haha..