..hidup utk berbakti..
Tuesday, May 13, 2014
Plantar Fascitis.. Kemanisan dalam Ujian-Nya..
Monday, March 10, 2014
Kembali..
skrg nampaknya sy perlu mengurangkan semua pergerakan.. herm..ujian Allah ni sy terima dengan redha..klu nak cepat baik, kena sabar dan ikut nasihat doctor.. dalam post lain nnt sy tulis sikit pasal sakit yg Allah beri pada hambaNya yg selalu alpa dan lalai ni.. besar hikmahnya.. ada yg kata; a-da ni aktif sgt ni kot..ada juga kata : Allah nak bg rehat tu..sbb tu sakit.. ada kata : entah2 ade gangguan makhluk halus tak? macam kelakar bila ada yg melawak : a-da ni agaknye kena buat dgn org tak..mane la tahu a-da tolak lamaran sesape, pastu org tu dendam ke.. dlm hati : hamboi.. mcm2 pulak andaiannya.. bile pulak sy tolak org..org tolak sy ade la..ngeh2.. :P ape2 jelah.. layan je..
ape2 pun, terima kasih kpd ahli keluarga yg sntiasa memahami dan menyokong sy.. umi, walid, kakak,abang, kakrul dll.. mtk maaf sbb xbanyak bantu kat rumah..hanya baring, makan dan tidur je..tengok laptop.. sy xbuat kerja pun..xmasak, xmengemas, xmembasuh..maaf sgt2...terima kasih jg utk pengetua yg memahami dan selalu tanya perkembangan, gpk1 yg sgt concern dan bagi uat, kaunselor yang memberi sumbangan, cik atikaherma dan rohaima yg selalu membantu sy,membawa sy kesemua destinasi yg sy nak g..hehe..gaya osmet yg memahami dan banyak membantu dirumah, semua guru2 smkbbs yg sgt2 memahami keadaan diri sy yg tidak sempurna buat masa ini..semua guru yg mendoakan kesihatan dan kesejahteran utk sy..smg doa kalian dimakbulkan Allah dan sy jg mendoakan kebaikan utk kalian..thanks jgk utk anak2 murid yg faham, xbanyak songeh bila sy xkuat, xmenyakitkan hati sy..murid yg bagi mcm2 kat sy..selalu tanya khabar..nak dtg melawat bagai..semua pekerja n staff smkbbs yg sgt2 membantu sy..hanya Allah je yg dpt membalas budi baik kalian semua..sy terharu...
saje je menaip ni sbb asalnya mmg rasa xsedia nak masuk sekolah lagi..berat segala2nya..tp cuba positifkan diri..yakinkan diri..bersedia..muhasabah..alhamdulillah bila dah start masuk sekolah, perasaan negatif tu semua hilang.. ^_^ inshaa Allah.. sbb sekolah sbnrnya salah satu tempat yg palig senang bagi seorang guru utk mengumpul pahala.. smg Allah memberkati ilmu dan amalan kita semua hendaknya.. :) so, jom senyum..teringat tadi kat sekolah..banyak betul peristiwa kat sekolah td..tp taip ni je dulu.. :) smg Allah ampunkan sy dan kita semua..
p/s : Lepas lama 'bercuti'..
-Td bersalaman dan berkenalan dgn cikgu baru pindah.. Beliau bertanya ' mudanya ustazah kat sekolah ni..baru posting ke? jwb dgn sopan..' erm xdela baru sgt.. ni tahun ke-4 kat smkbbs ni.. ( dlm hati : agaknye memang dlm mindset ramai org, ustzh tu kebanyakannya dah berumur kot..kot la..)
-Seorang murid tgkatan 4 yg dah 2 bulan xdtg sekolah (xcident), harini bila jumpa sy dengan bertongkatnya, soalan 1st dia tanya' ustazah dah kawin ke? jawab'belum..kenape?' laaaaa... diorang cakap ustzh dah kawin..sy dah kena tipu la ni..kurang assam btol.. (dlm hati sy: xde soalan lain ke? )
Tuesday, November 5, 2013
Pengalaman .. Cuba melihat dengan mata hati..
Sunday, November 3, 2013
Segenggam Tabah diperlukan tatkala Sesekali Diuji .. Alhamdulillah..
Alhamdulillah.. syukur kerana Allah masih memberi sy peluang untuk bernafas di atas muka bumi ini.. jam sekarang menunjukkan angka 11.33 p.m.. sy di PPUM ( Pusat Perubatan Universiti Malaya ) menemani adik sy yang ke-6 di ward 8U bed 22 yg baru selesai pembedahan tulang belakang kerana menghidap Scoliosis ( ni dah minggu ke-2 dia kat wad..xboleh keluar lg..).. penyakitnya dikesan sewaktu dia brumur 16 tahun.. skrg dia sudah berumur 19 tahun.. hampir 4 tahun menunggu, alhamdulillah akhirnya pembedahan selamat dijalankan pada 22/10/13..
Menceritakan detik awal apabila kami sekeluarga mengetahui tentang sakit yg di alaminya, perasaan sy jd tak tentu arah.. sy berfikir panjang.. waktu tu sy masih d UKM.. sy memikirkan apakah keadaan dan nasib yg bakal adik sy hadapi di masa akan datang.. dia masih muda.. sy menangis.. sy tak tahu nak mengadu pada siapa.. sy tak pasti adakah patut sy memberitahu pada teman2 rapat sy.. tp itu semua tak berlaku kerana sy seorang yg sangat2 suka menyimpan perasaan dan memendam sendirian.. mungkin belum masanya.. sy cuma mampu berdoa pada Allah agar adik sy dipermudahkan urusannya.. tidakpernah selepas solat sy terlupa utk berdoa pada Allah agar di beri jalan terbaik dan mengurangkan beban sakit yang ditanggungnya..
Setelah sy tamat belajar, keadaan adik sy semakin teruk.. waktu ni sy mula mnceritakan pasal adik sy kpd beberapa teman rapat.. tp x la ramai.. adik sy mengalami perubahan dalam banyak perkara..kalau dulu tulisannya yg cantik dan kemas selalu dipuji, tapi nampaknua itu semua tiada lagi.. kesan dr tulang belakangnya, sendi2nya juga telah mula membengkak.. tangannya membengkak.. dia hilang upaya untuk memegang.. untuk menulis lama, untuk menyuap, utk menggenggam sesuatu.. waktu tu adik sy didaftarkan perubatannya dibawah HUKM.. disebabkan dia akan menduduki SPM dan hukm yg jauh mnyukarkan walid utk membawanya kesana, rawatan alternatif dicuba.. appointment dgn doktor d HUKM tidak diteruskan..kami berjumpa dan berubat dengan ramai ahli perubatan lain.. ada yg berjaya menyelesaikan masalah sendi, tp tidak pada masalah tulang..kerana itu berkait.. xtahu berapa yg sudah habis utk mendapatkan perubatan yg terbaik bg dirinya.. syukur pada Allah kerana mendidik jiwa kami sekeluarga agar tabah dan tetap berusaha..
selepas SPM.. adik sy berjaya menempatkan dirinya di KISAS.. kami bersyukur..kerana adik sy berusaha yg terbaik walaupun dirinya menanggung sakit semasa menghadapi SPM.. sebenarnya adik sy layak untuk memohon untuk diberi masa tambahan bg menjawab SPM atas sebab sakitnya, tp dia tidak mahu dan mahu mencuba mnjawab sama seperti rakan2 lain...
Di Kolej Islam, keadaan semakin teruk.. dia yg tinggal diasrama telah menyebabkn fikiran sy jd risau.. di asrama, dia tinggal didalam bilik yg asing dari kwn yg lain..pihak kolej memberi keistimewaan utk dirinya tinggal di tingkat bawah.. dia jg tidak pergi prep..apabila ke sekolah, kwn2 yg baik banyak membantu membawa barang2 keperluannya.. adik sy selalu sakit2 dan tidak hadir kesekolah.. apabila tidak sihat, dia hanya terbaring di asrama.. katanya, biasanya setiap minggu mesti 2 atau 3 hari dia tidak hadir disekolah.. dia tidak boleh menggenggam..dia tidak boleh membawa barang yg berat2..dia tidak boleh berjalan atau duduk lama2.. semua itu merunsingkan sy.. apabila dia bercuti dan pulang ke rumah, dia dalam keadaan yg tidak sihat dan membimbangkan.. tidur di sebelahnya menyebabkan sy menangis sendirian apabila terdengar dia asyik mengaduh apabila kesakitan.. saya mengalihkan pandangan sy dan mengiring menghadap arah lain dengan airmata yg tak tertahan..Allah..sy merasa sgt2 sedih dan memohon pada Allah agar di kurangkanlah kesakitan yg diterimanya itu..wktu itu sy terfikir kalau lah boleh sy ambil sedikit rasa sakitnya supaya dia boleh tidur dengan selesa.. keadaan ini terbawa2 ke tempat kerja..sy asyik teringat dan menangis sorang2..
Sy asyik terfikirkannya..sy menanam tekad utk berusaha agar dpt membantunya.. sy perlu kumpul duit utk membantu pembedahannya..sy kumpul maklumat..sy tanya orang itu da ini yg pernah melalui pembedahan yg sama, termasuklah puan saadah dan pemilik al-Birru..akhirnya, kami sepakat menetapkan tempat yg baru untuk adik berubat semula iaitu d PPUM..Setelah kami sekeluarga berbincang, dengan persetujuan adik sy, dia menangguhkan pengajiannya di Kolej Islam untuk menerima rawatan dengan lebih teratur.. agak payah sebnarnya keputusan ini di buat.. tp tidak pernah ada niat lain dalam hati kami semua melainkan untuk melihat adik sy sihat dan ceria seperti biasa..
Setelah semua pahit manis ditempuh, walid,umi,kami adik beradik berulang2 membawa dan menemaninya setiap kali berjmpa doctor, akhirnya tarikh pembedahan ditetapkan.. Alhamdulillah dengan bantuan Alumni KISAS yg banyak membantu di saat2 akhir, semuanya telah dipermudahkan oleh Allah.. thanks jugak kat Abang yg selalu drive berulang alik membawa kami apabila kami nak melawat ct di wad dan apabila kami nak tukar2 shift jaga ct..yang sanggup ambil sy disekolah dan hantar di ppum sedangkan dia pun mengajar jg.. thanks..wlpn adik sy belum sihat sepenuhnya dan masih di wad lg, tp sy sangat bersyukur kepada Allah kerana Ujian ini menjadikan diri sy insaf.. sy masih lg menatap wajah adik sy ini yg sedang tidur..wajahnya berkerut mungkin sbb masih ada sisa2 sakitnya kesan pembedahan.. tp sekurang2 dia tidak mengeluarkan suara mengaduh yg memilukan hati.. sy berdoa pada Allah agar dia cepat sembuh seperti biasa..
sy walaupun hanya seorang kakak, sy selalu marah adik sy bila dia xnak dengar cakap, tp sy xpernah fikir apa sy buat adalah untuk keburukkannya.. sy hanya mahu adik sy jd yang terbaik..dapat yang terbaik.. kepada adik sy siti hajar bt mohd nidzar ( kalau terbaca), kak ngah mtk maaf klu kak ngah ade buat silap dekat ct..cakap yg menyakitkan hati ct.. tp kngah buat semua yg kngah mampu utk tengok ct sihat, senyum, jd yg terbaik.. mgkin kadang2 kita emosi, tp kita cuba utk fikir positif..
Kepada semua yg selama ini memahami dan cuba utk meredakan tangis dalam hati sy, sy ucapkan jutaan terima kasih yg tidak terhingga..yg memahami renungan mata sy - kerana tatkala lidah xmampu berbicara kuasa mata menceritakan segalanya.. terima kasih krn sangat sabar mendengar luahan hati sy.. sangat setia memujuk dan meniupkan kata semangat serta membantu meringankan beban yg xnampak dek mata, tetapi terpikul di lubuk hati paling dalam.. ( kawan2 baik, guru2 SMKBBS, ALKIS dan semua yg tahu..) hanya Allah shj yg dapat membalas jasa kalian.. terima kasih sekali lg.. sesungguhnya airmata yg mengalir skrg adalah airmata terharu, syukur dan gembira.. Allah...
Sekian dulu catatan ringkas tengah malam ikhlas dari hati yang mengharapkan agar Allah memberkati dan merahmati hidup sy dan keluarga sy..amin...
p/s : perjalanan hidup mmg kita xpasti, tp janji Allah itu PASTI..
Monday, October 7, 2013
SEBELUM HUJUNG TAHUN 2013 ..
Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. dapat lagi menaip kat cni.. pantasnya masa berlalu.. dah bulan 10.. umur pun dah meningkat.. tp risaunya amalan je ntah meningkat ke taknye..huuu.. *_* ape2 pun, syukur kpd Allah krn masih memberi ruang kpd hambaNya yg kerdil ini terus bernyawa di bumi yg dah tua ni.. smg sy dpt berbakti dan beramal sementara masih hidup ni..amin..
Saje nak taip sedikit kelegaan setelah hampir setahun mengajar 2 kelas tingkatan 3.. rasa sedikit lega sbb sy rasa dah buat yg terbaik utk mereka dan subjek p.islam utk PMR 2013 pun dah berlalu.. sy mendapat respon yg positif.. tp tak boleh terlalu yakin.. sy terus berdoa agar Allah mengurniakan kejayaan utk semua anak didik.. xpernah lepas solat terlupa utk mndoakan kejayaan mereka, akademik dan sahsiah.. usaha sudah, berdoa pun sudah, skrg sy hanya bertawakkal.. jika mereka bersungguh berikhtiar, inshaa Allah kejayaan milik mereka.. amin..
Lepas ni program lepas PMR pulak.. bulan 11 nnt kena jaga spm inshaa Allah..sbnrnya sepanjang tahun ni mcm2 berlaku.. tp kebizian ( kononnye ) membataskan tangan sy utk bercerita panjang lebar dlm blog.. tp kenangan manis tetap akan disimpan dalam kotak memori sy sendiri.. apa yg sy pasti, saya cinta dan sayang dgn kehidupan sy disini, sekarang.. sy rasa bahagia.. tipu kalau tiada apa2 ujian dr Allah utk sy.. Tipu kalau sy kata sy xmenangis dlm sebulan dua ni... ujian hati itu mendidik jiwa sebenarnya.. peringatan utk sy agar muhasabah diri.. inshaa Allah.. so, fikir positif, jangan marah2 dan cuba utk tersenyum.. keluarkan perkataan yg baik2... hehehe.. cuba, jangan xcuba adawiyah..
Bulan ni ade rase debar semacam.. mgkin sy akan lalui peristiwa yg sukar nak dikongsi perasaannya.. tidak dpt sy ceritakan disini.. bila dah berlaku nnti,inshaa Allah sy cuba utk menaip pengalaman itu.. yg sy tau, sy mcm kurang bersedia utk m'hadapinya.. namun setiap kali lepas solat juga, sy selalu berdoa agar Allah mudahkan urusan dan tenangkan hati sy.. dan keluarga sy..amin..
Macam xsangka jgk la hampir setahun sy menjadi guru kelas Tingkatan 4 Aula.. sy sayang mereka.. mereka racun, dan mereka penawar hati sy.. mereka buat sy marah, menangis dan juga ketawa.. mereka buat sy risau.. mcm2 karenah.. pelik sebenarnya bila jd guru kelas yg pelajarnya semua lelaki.. tp tahun depan mereka akan tukar guru kelas.. mereka akan duduki SPM tahun dpn.. sy doakan mereka berjaya dan jd insan yg baik akhlaknya..amin..
Herm.. ini la coretan akhir tahun.. ( belum habis sekolah lg sbnarnya ).. tp dah terasa mcm nak habis sekolah pulak.. skrg sedang berlangsung PMR dan Peperiksaan Akhir Thun di SMKBBS.. lepas ry haji sy kena g kursus seminggu.. pastu jg SPM pulak..so, rasa macam lepas ni mgkin masa sy dengan murid2 tahun ni agak terhad.. ape2pun, tahun 2013 memang best!! tiap2 hari BEST!! hehehe.. semua dlm kehidupan sy adalah BEST!! ( family, kawan2, murid2, jiran2 dan semuaaaaanya.. ) sayang semua <3 :="" ade="" assalamualaikum="" dulu="" lagi..="" masa="" nbsp="" ni="" p="" sambung="" sekian="" setakat="" wbt..="">
Tuesday, April 30, 2013
Akhir Zaman Yang Membimbangkan..Jom Bertindak..
Sunday, September 9, 2012
..saya nak lebih masa utk KELUARGA..
p/s- tempat kerja sy dgn kmpung sy xjauh pun.. 30 minit sampai la..tp..xsanggup nk g jauh.. bila terkenangkan keluarga, air mata mula nk mengalir.. ya Allah berilah aku masa tambahan untuk bersama mereka..
Saturday, February 11, 2012
Dua Ribu Dua Belas.. Wah.. Dua Puluh Enam la.. ^_^
Bismikallah.. Dengan Nama Allah Yg Maha Agung..Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.. penghulu sekalian nabi.. syafaatmu kami damba di akhirat nanti..
Monday, November 14, 2011
Rancangan manusia tiada jaminan..
Bismikallah..
Sunday, October 30, 2011
Jgn tua sebelum waktunya..
Wednesday, August 17, 2011
Kisah Ada@Eyjaz dengan Blog beliau yang...
Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah sy mulakan curahan rasa dlm blog yg sederhana ni..Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad pemberi syafaat buat seluruh ummat,insyaAllah..
Alhamdulillah..dpt juge sy menaip dlm blog ni..dlm kebizian yg melanda ( xperlu sy detailkan bz part mana), sy masih diberi ruang utk bernafas dan syukur Allah masih memberi pinjam nyawa yg sementara n bila2 masa je akan diambil semula..smg masa yg ada ni dpt sy manfaatkan sebaiknya, berusaha utk mncapai kebahagiaan akhirat dan dunia, amin..
Mcm biase, blog jadi wasilah sy utk menulis diary yg tidak istiqamah..bila meluah disini rasa damai je..xtahu la kenape..=P padahal xde org bace pung..klu nk org bace, baik buh fb ke..
Sy rase ok meluah kt cni sbb ini blog sy..tntg sy..xramai yg tahu..klu cikgu2 kt bndar baru hanya tahu tentang bintang selatan..segelintir je yg tau blog ni..murid2 pun xbyk tahu..sy bukanlah blogger yg aktif.. bile susah cari blog..bile terlalu gembire pun cari blog..senang kate, blog ni kire mcm kekasih gelap sy la..sbb, blog ni paling byk tahu pasal sy..ade pape sy ngadu kat blog..sy kate kekasih GELAP sbb 1st die mmg gelap..2nd sbb hanye insan tertentu je tahu tntg kewujudan blog ni..xmungkin blog ni akan TERANG..sy harap klu sy berjumpa jodoh nnti,suami sy xmarah sbb sy ade kekasih gelap ni..sy akan pastikan sy inform DIA dulu sblum sy meluah perasaan kt kekasih gelap sy..hehehe..ape2 pun, sy bersyukur sbb selain Allah, skarang ni blog adalah tmpt sy meluah perasaan n menjadikan sy seorang yg bersemangat!!! Syg blog..ngeh3.. nasib baik blog ni xboleh bercakap..klu x agaknye mesti die kate gini ‘time susah baru nk carik kite..syg konon..klu syg msti la slalu jumpe..mesti la slalu singgah..mesti la slalu update..huhhh..’ hehehe..
Sbnrnye saje merapu sni..xde sape peduli..nak catat peristiwa yg sy xnak lupe..
1.Program ihya ramadhan kt sekolah..bz amat2 sgt rase..sbb plus dgn trial PMR..dgn kelas tmbahan n drilling..nasib x killing skali budak2 ni..huu..
2.Balik kmpung amik rambutan..teringat zmn kanak2 yg suke sgt pnjat pokok..kt kmpung tu, semua pokok sy pnah pnjat kecuali pokok durian je..huu..nostalgia betul..
3.Balik buke puase kt rumah..tiap2 minggu balik..sy rase xsabar2 nk balik rumah je..klu kt jelai dulu jgn harap la dpt balik slalu..kt cni dekat dgn abg,.ape lg..hehe..
4. Perjumpaan guru2 pendidikan Islam daerah Jempol..waahh..sy dpt jmpe semula dgn guru2 sy..ramainya..yg pernah mengajar sy dulu..syok jmpe diorg..mcm2 pengalaman dikongsi..yg xsyok pulak bile tanye pasal kawin..mule la nak kenalkan dgn org tu la..org ni la..huu..tp sy menolak dgn baik sambil tersengih2 mcm kerang busuk..sy hargai sgt keperihatinan diorg..tp..sy xmmpu nk mikir saranan diorg tu..takut nk melukakan hati org n hati sndiri..
4.G senawang buke puase dgn ima dan ekin..wah syoknye..rase bestnye..tp yg agak kesal, baru2 ni iftar permanis xdpt la nk g..herm..taun depan pulak la..xde rezeki..( atau Allah x izinkan sy pergi?? Wallahua’lam.. ade hikmah sy x pergi..takut melukakan hati seseorang..lebih baik sy xpergi kot..herm..sy rela berkorban asalkan orglain bahagia..)
Hee..saje catat peristiwa ni..sy nk kenang perkara ni slagi hayat dikandung badan..mane tahu bile sy boring2 waktu dah tua nnti ( klu pnjg umur ), sy belek2 blog ni n boleh kenang kembali peristiwa muda2 yg xmatang ni..hehe..klu org yg syg sy, harap diorg xlupekan sy n boleh tgk blog sy klu rindukan sy bile sy dah tiade nnti..( perasan betul..mcm la ade org yg syg n rindukan sy..huu.. ) okay lah..sekian dulu.. sy akn tinggalkan kekasih gelap sy setakat ni..sekialn slm alaik..
P/S : laaaaaaaaaaaa..ape adawiyah merapu ni..rasenye adawiyah nk taip bnda lain asalnya..herm..sokmo gini..lain yg plan, lain yg jadi..xpe..lain kali plak la..muak la ngadap lame2..hihi..~ mode : menaip blog smbil dengar nasyid INTEAM ’sutera kasih’.. J
Monday, April 11, 2011
..Cemburu..
Erm..xtahu kenapa..ade insan yg cemburu sgt dgn sy ni..sy yg xde ape2 ni..kalau diikutkan jiwa dan raga, sy nak je tanya sendiri..suruh list kan ape yg dicemburukan dengan sy ni..nk kate kaye, miskin je..harte xde..nk kate cantik, biase2 je..nk kate pndai, sy ni ustazah yg biase2 je..ngaji takat SM je..nk kate baik, lagi lah x..xde klbihan..kalau bg markah, semua paras "cukup2 makan" je..xpaham betul kenape ade je yg nak cemburu..ke ade yg ingat sy ni terhingin sgt dgn lelaki diorg agaknye..ingat sy ni nak sgt duit2 yg diorg ade ke..ingat sy ni suke sgt ke dgn publisiti2 murahan ni..mintak maap laaa..sy ni paling xsuke la kalau...
1st : berebut harta atau hal2 keduniaan..
p/s : ayat yg agak emosional ye hr ni..sabo jelah..tetibe teringat nk balik kmpung..mak lang.. :"(
Saturday, January 22, 2011
Menunggu Calon Cinta dari Allah..
Alhamdulillah... sy masih menikmati hidup dgn nikmat iman dan Islam yg tercinta insyaAllah..
Bicara CINTA nampaknya sy hr ni..suasana dingin di Felda Jelai sgt mendamaikan..walaupun dah tghari, tp nampaknye sy masih belum mampu nk on kan suis kipas.. xtau la kalau orglain panas tp sy sorg je sejuk..siap stokin lg..huu..wallahu a'lam..
Keadaan sy kebelakangan ni menyebabkan sy terdetik nak menaip pasal calon cinta..cinta sy..cinta dia..cinta mereka..entah.. yg penting Allah adalah cinta TERAGUNG...wajib meletakkan dalam hati..insan biasa yg banyak dosa mcm sy mmg xlayak nk bcakap pasal ni sbnrnya..herm.. kerana cinta itu sangat mulia..Cinta itu xberdosa..tapi?? cinta jadi kotor setelah disalahguna oleh manusia mcm sy..ngee...
sama sprti insan2 lain, sy juga pernah mengalami simptom2 cinta n k.syg manusia yg sy sndiri pun xfaham nk tafsirkan mcm mane..kononnye la..sblum sy blajar d peringkt tinggi, dugaan cinta manusia itu hadir..swaktu blajar d peringkat tinggi. ia juga hadir.. selepas belajar, pun hadir juge.. dah masuk alam pekerjaan, ia hadir lagi.. dugaan smakin hebat..
yg pasti, setiap kali ia hadir, mula perasaan jd xsedap..bila ade insan yg mengkhabarkan cinta, rase sedih..jd murung..nk nanges..bharap agar berita itu hanya gurauan..sy xfaham perasaan sbnr sy..( ayat mcm org sakit jiwe pulak ).. sy pun pening..perasaan berbaur..terharu pun ade..rase bersalah pun ade juge..siapelah sy..tp,sy ni xpndai mengekpresikan perasaan sebenar sy..org kate hipokrit..ntah..sy xnk sakitkan hati sape2..tp itu la yg sy buat kesudahannya..sy xpndai nk mghargai n menyelami cinta yg org bg..knape?? ntaaahh..
tp..apakah cinta manusia itu?? sy jd keliru.. adakah cinta manusia itu berkasih syg sesama manusia, berkahwin, melahirkan keturunan dan bahagia brsama tersayang?? erm.. sy belum perrnah rasakan itu..itu semua terlalu bersifat luaran..mmg bnarlah cinta Allah tiada tndingan.. bila sy teruji dgn cinta manusia, barulah sy sedar hakikatnya...
calon cinta dr umi sy tolak 'seikhlasnya.'.sy xmmpu laksanakan pmintaan umi..kwn2 sy ade calon utk sy..calon yg hebat2..masa dpn cerah..ilmu agama cukup..sdp mdipandang..tp entah..hati sy kosong..xde perasaan..belum boleh suke..rase xde jiwa nk berkahwin..maka sy mmberi terlalu byk alasan..( alasan mmg ade byk ..huu.. ) w/bgm pun, sy menghargai jasa baik dan kprihatinan orglain trhdp sy..yg memikirkan ms dpn sy..yg mendoakan serta menemukan sy dgn calon yg baik..syukran jazilan..
kwn sy kate: memilih sgt.. erm yeke..mmg sy pemilih...sbb...sy pun fikir...knape org tu pilih sy?? masing2 memilih... jgn nak tipu la kalau ade org kate dia xmilih..paling2 pun, mesti ade 1 sbb knape dia memilih pasangan hidupnya selain cara2 memilih pasangan spt yg disebutkan dlm hadis ( agama dll)..contohnya>> Org dekat..atau...guru..atau...mude dr die..atau..sedap mate mandang.. mcm2 sbb lagilah..milih la jugak namanya tu..
(yg simple bila sy ckp calon pilihan sy adalah : lelaki biasa yg memilih sy kerana sy wanita biasa)
kwn tanye sy.. knape menolak?? dah ade calon sndiri ke? kriteria yg mcm mane yg jaz nak?? erm..entah.. yg sy tau, klu xde feel, tolak.. erm..calon cinta dr Allah belum hadir.. sy anggap Allah belum membuka pintu hati sy.. suami sy nnti adalah keajaiban dlm hidup sy.. walau mcm mn pun dia, dialah yg mnjd pilihan Allah utk sy.. dialah yg akan mengajar sy tntg kehidupan, kebahagiaan dan cabaran hidup.. dia yg akn terima keburukan sy n bimbing sy..
menunggu calon cinta dr Allah ini mnyebabkan sy terasa damai seketika..walau sy xnmpak siapa orgnya, bagaimana bayangnya..tp sy terasa yakin dalam penantian..( ayat ni mcm dah ade pilihan hati je ) hahahahaha... jujurnya xda.. b4 dis mgkin ade jg terfikir seorang muslim yg sgt baik, tp nmpaknye perasaan tu dah lame ditiup angin..mgkin xde jodoh.. kesalahan atas setiap kegagalan itu sy letakkan atas bahu sy sndiri...bkn salah orglain..
erm..knape sy terfikir nk menaip hal ni yee..sbb..sy baru bercakap dlm telefon dgn kakak sy..tentang calon yg hadir..calon dari kakak pun ade juge..calon yg baik2..yg mmbuat hati sy tersentuh..kerana memilih sy insan serba kekurangan ini..tp nmpaknye..sy bukan calon yg layak utk mereka.. mereka berhak dpt yg terbaik dari sy.. itu je..sy menolak bkn sbb xsuke..bkn bnci..tp sy pun xtahu knapa..
bila mengenang hal ni, sy mengakui.. mmg ujian dan fitnah bg yg berkahwin lmbat ni banyak.. nk2 dgn mulut org sekeliling..pandangan masyarakat..tp xpe..andai calon cinta dr Allah itu hadir, maka sy dgn penuh redha akn menerimanya..dismping redha Allah, redha umi ,walid dan kakak sgt2 sy harapkan..sy ingin bahagia dlm doa semua org..amiinn..
org kate : terimalah die..die baik..rugi kalau tolak..susah nk jumpe laki baik mcm die skrg ni.. sy senyum.. sy tersenyum kerana sy juga ada pglmn..pglmn mengajar sy.. ikut kata hati, bukan kata org..kita yg akan merasa akibatnya nnti, bukan mereka yg berkata2...jgn smpai nk jg hati org lain, hati kita terkorban.. rasa cinta akan hadir jua.. xperlu dipaksa.. jgn dibuat2..saat rasa itu hadir tnpa sbb, itulah yg sbnrnya..
sungguh..menunggu calon cinta dr Allah ini juga buat hati jd lapang..tenang..sy ingin calon ini hadir umpama angin..sy juga ingin dia rasa benda yg sama.. walaupun dia xnampak sy, tp dia dpt rasa cinta sy..begitu juga dia..walau sy xnmpak dia, sy rasa kehadirannya..xperlu ucapan manis atau tindakan yg berlebih2an..cukup doa yg mghubungkan hati agar terikat erat..itu calon cinta dr Allah yg sy tggu..smg penantian sy ini akan terlihat hikmahnya suatu hari nnti..Amiinn..
sekian dulu..bicara Hamba yg Sedang Menunggu Calon Cinta dari Tuhannya..wallahu a'lamu bissawab...smg Allah ampunkan sy..
Sunday, September 19, 2010
RAMADHAN YG PERGI..
alhamdulillah...hr ni dpt lagi sy mengadap internet ni..hehe..bukan hr2 sebelum ni xdpt..dpt..tp xmenaip je...rase nk berdiam diri sekejap..sempena ramadhan yg dilalui...rase sebulan lebih jugak la xmenaip blog..usang je rase..saje xnk terlalu beria2 ketika ramadhan..utk menceritakan betapa tingginya harapan sy utk ramadhan kali ni...smg sy dpt sesuatu yg baru..begitu juga syawal..ternyata, apa yg sy doakan..apa yg sy harapkan telah dimakbulkan Allah...subhanallah... ramadhan kali ni berkali ganda ketenangan dan penghayatan sy padanya berbanding tahun sebelum ini..sy merasakan berkat ujian yg telah Allah timpakan pada sy mnjadikan hati sy semakin kuat..hati sy smakin tenang..wlpn kdg2 ada lg ujian yg cuba dtg mengganggu dan menggugat redha yg sy cuba semaikan dlm hati...sabar yg cuba sy pupuk dalam jiwa..tp smua itu...sy cuba lalui dgn tenang..syukran kluarga dan shbt yg memahami..xjemu mmberi kata motivasi..
bukan mahu meninggi diri mengatakan sy seorng yg bagus atau hebat..tp ramadhan kali ini mmberi banyak sekali ilmu2 baru ( bukan ilmu baru, ilmu lama, cuma amalannya yg baru..sbb telah terlupakan..astaghfirullah..)..sy telah banyak mengaplikasikan ilmu2 sy slama sy blajar dikuliah sebelum ini..(terutama ilmu dhabt,fawasil dan tajwid..)syukran alaik kpd bos tmpt sy mngjr skrg...krn mmberi sy satu tmpt lindung yg dingin..yg indah sekali..yg nyaman..yg didalamnya ada hati2 yg baik..wlpn ahli2nya tidaklah bijak atau hebat2..ttp semuanya dpt sy lihat sbg seorang insan yg sgt2 ingin belajar..byk bertanya tntg agama..sudah tntu tggjwb sy utk menerangkan perkara yg telah sy pelajari..bila sy tidak faham atau musykil,sy hubungi ustaz dan sahabat yg lebih arif..sy rasa bersalah bila tidak dpt menyelsaikan permasalahan agama yg diutarakan kwn2 sy..teruknya sy..=(
bila sy didalam tmpat ini, berat skali tggjwb sy..sy mnjd rujukan..sy tmpat pertanyaan..sy kena menerangkan..rupa2nya, ramai kwn2 sy slalu musykil dgn banyak perkara..inilah yg mmg patut sy hadapi bila sy bergaul2 dgn org2 yg kurg pndidikannya tntg agama..yg dahagakan ilmu agama..sy smakin menyedari kecetekan ilmu2 sy..cuma setitis dari lautan yg luas..masyaAllah..sy smakin mgkaji ilmu2 yg pernah sy pelajari yg slama ini sy tidak ambil kisah sgt malah melupakannya..ya Allah..Kau temukan hambaMu ini dgn insan2 yg mengujiku..tanda teguranMu atas kelalaianku slama ini..krn mengambil ringan trhdp ilmu2Mu..smg selepas ini sy lebih byk mmpelajari dan mndkatkan diri dgn Mu..dgn ilmu2Mu..amiinn..
byk sungguh perkara manis spnjg ramadhan..slain dpt mmbuat amal ibadat dgn tenang, keletah anak2 juga slalu mencuit hati dan mnjadi penawar..walaupun kdg2 pening jugak la dgn mereka ini ( puasa pun mcm xpuasa aje lagaknya..malah mnjadi2..=) , tp alhamdulillah..sy tgk smua ada kesungguhan yg luarbiasa.. nk dibandingkan zaman sy dulu yg sgt teruk..herm...
ape2pun, sy syg berharap agar sy dpt lagi menemui ramadhan yg lebih bermakna utk tahun akn dtg..amiinn...raya tahun ini juga rasanya berbeza..lebih tenang..fresh..xtau lah knape..=) smg ia berkekalan, dan berterusan..smg sy istiqamah dalam amalan..spt yg slalu walid tekankan..amalan yg sedikit tp berkekalan adalah lebih baik...=)
letih dah menaip...sy rasa td nk menaip lain..tp lain pulak yg sy taip..herm...lain kali la nmpaknye...ape2 perasaan sy waktu ni benar2 gembira..alhamdulillah...syukur ya Allah..Kau pnjamkan nikmat gembira ini padaku buat sementara,,,,alhamdulillah..
Tuesday, July 13, 2010
Di sini PERMATA ku..
Alhamdulillah... minggu ni minggu ke-3 di Tadika Elit Permataku... byk improvement kot..sbb mule2 dulu byk benda xtahu..kerja pun mcm kelam kabut..skrg sy dah boleh ingat semua nk nama siap dgn pe'el budak2 ni skali.. kerja jaga budak2 ni pun semakin buat sy selesa..setakat ni, tempat kerja dan kerja yg sy buat, sy sgt berpuashati dan seronok... ke sy ni mmg mcm ni xtahu la... sblum ni sy pernah je kerja mcm ni, tp agak letih... kt sini, xletih pulak walaupun jadual kerja 6.30 pagi-6ptg sharp..sharp ok..ini tadika elit..bukan tadika biase..hehe..sistem pembelajaran pun ala2 universiti..murid yg dtg ke bilik kuliah... budak2 ni mane ade bilik darjah khas... hanye ade 4 waktu belajar.. selebihnya, nasyid,zikir,solat,makan,tidur dan menonton... aduhai..damainya...
cabaran paling besar mestilah nk mengawal pelajr yg pling nakal tahap dewa... nk2 pulak student paling nakal ialah dari kelas sy.. mcm2 pe'el... mcm mane lah sy nk mengawal nye.. bila suruh bace, ' cikgu, abg xpndai bace'..suruh tulis pun mcm tu juge..yg tahunye, kacau org,buat bising,main air,xnk dengar cakap.. tp sy xkisah sgt..sbnrnye byk lagi pe'el budak2 lain yg mencuit hati dan menghiburkan.. maka sy lalui hari2 disini dengan perasaan gembira dn tenang..
apa yg sy nampak spnjg sy disini, ramai yg mengaku suka budak2, tp xsuka dan xpndai nk jaga budak2..tp, ada yg xsuka budak2, expert menjaga budak2.. yg sy msudkan termasuklah bayi..tp yg ada keduanya baguslah kan...yg xsuka budak, akan buat kerja dgn tension, marah2 dan nampak letih dgn karenah..tp tugas tetap dijalankan mcm biasa...
walau apa pun, yg palin sy xsgka,kelmarin sy baru tahu rupanya owner ( ustazah ) punya suami adalah lecture sy d UKM..pernah mengajar sy B.Arab.. ust juga baru perasankan sy.. ingat juge ust pd sy..herm..kecik dunia ni rupanya...yg sy suka, mgkin cara islami yg diterapkn disini..alhamdulillah...sy nk tulis pasal perangai anak2 kt sini sbnrnye..tp dah melalut plak..lain kali jelah...sbb sy tengah buat rancangan mengajar utk minggu hadapan..kena hantar setiap hari jumaat..dah rase mcm ngajar sekolah menengah dah ni..herm...tp kaedah dan pndekatannya sgt berbeza...
sape yg mengaku sukakn kanak2, cubalah ceburi kerja ini..waktu tu boleh menilai diri samada kita ni betul2 sayangkan anak2 utk mendidik mereka jadi insan yg berguna...samada kita ikhlas menjalani hari2 dgn mereka...sehari, 12 jam dengan mereka..tp ibu bapa, bukan 12 jam dgn mereka..balik rumah pukul 6,mereka akn mandi,solat,mkn dan tidur,( mungkin 8jam )..
pagi esoknya, mereka akn bgun semula, mandi solat dan bersiap utk pergi sekolah..seawal 6.30 mereka sudah bersama kita semula..maka amanah yg dipikul sgt berat utk mendidik,menjaga dan menerapkan akhlak mulia dan kegiatan dan amalan harian mereka..semua bermula dari kita..itulah yg sy sedari...betapa guru utk peringkat pra, sek rendah, menengah dan IPT sgt2 berbeza...
p/s : semoga Allah ampunkan sy...
Sunday, June 20, 2010
HASRAT YANG TIDAK LAGI TERPENDAM...
rase rindu nk menaip..herm..saje nk menaip pasal hasrat..ini bukanlah impian utama hidup sy..tp sy kerap juge memikirkannya..andailah satu hari sy dpt lakukannya..alhamdulillah..kalau xdpt buat...pun xpe...tapi...hasrat hati sy ni..sy xpernah bagitau sesiapa..sy mmg selalu begini..sy jarang bercerita tentang keinginan sy pada org keliling sy..tp sy akan taip..hanya org yg membaca blog sy akan tahu...kalaupun sy taip dilaptop, maka ia akan kekal dalam folder..melainkan ade org yg gatal tgn buke folder tu dan bace..hehe...
hasrat sy yg pertama...1
nak tunggang kuda..kenape sy nk tunggang kude ye..mungkin sbb kecik2 dulu sy pernah naik kude..sekitar 19 tahun yg lalu..rumah sy betul2 bersbelahan dgn owner tmpat latihan kuda..padang yg sekangkang kera bersebelahan rumah sy tu, tempat kude rehat2..bersiar2..kdg2 tempat latihan berkuda..sy selalu pergi kekandang2 kude secara senyap2 walaupun umi ngan walid melarang sy pergi kesana..tempat tu bahaya..tp..sy ni kan degil...ngee..pokok nagka dpn umah pak ali owner kude tu pun sy pnah pnjat..tp alhamdulillah...sy xpernah dilanyak kude..cume kdg2 kena kejar ngan anak kuda tu ada la..rumah sy tu..kuda pernah je nk masuk..
satu hari tu, sy duk bg mkn kude..sambil ckp2 dgn kude2 kt kandang..pekerja pak ali tu tgk, sy mcm suke je..dia pun suh sy try naik..mule xnak, pastu nak plak..hehe..peluang tu..bila sy naik ( tanpa pedana dan alas ) sy rase gerun..takut..sbb kude tu bgerak2 sesuka hati dia je..wlpun pkerja tu pegang talinya, tp sy mintak turun..takut jatuh...waktu tu la sy tanamkan azam bahawa satu hari nnti, bila sy dah dewasa sy pasti akan kembali smula kekandang tu dan memilih kuda yg sy suka utk ditunggang..masalahnye....sy dah berpindah ..jauh dari kuda2 tersebut..huuuu...xpe2..satu hari nnti sy akan tunggang kuda jugak..amiinn..
hasrat yang kedua.... 2
nak duduk atas bumbung wktu mlm tgk bulan dan bintang..melihat ciptaan Allah..pandang langit..tgk roket...tgk kapal terbang yg sy pun xtahu destinasinya...duduk dan bersandar dibahu org yg sy syg sambil mengadu itu dan ini..berckp2..berbual2..bercakap tentang masa depan..( wahh..semacam je ..) cuaca sejuk dan sy pakai baju sejuk..( xnak salji..dah rase mcm dlm filem pulak..)..tp sy suke nk lalui pengalaman mcm ni...sy nak duduk atas bumbung dan tgk byk bumbung lain..kalau sorng2 pun ok jugak..janji dpt duduk atas bumbung...melihat alam..tp kalau ade nyamuk, sy kena la stndby ubat nyamuk..pastu, sy xboleh la duduk atas bumbung lame2..berembun lame2 ni xbaik utk kesihatan..sy kena pasang alarm takut alpe plak..herm...harap2 sy dpt la duduk atas bumbung..bukan ape..bumbung umah sy skrg xsesuai..nnti jatuh dari bumbung xpasal2 je..sy nak duduk atas bumbung yg selesa dan selamat la..manelah tahu..satu hari nnti sy punye rumah ade jalan yg mudah utk naik kebumbung..boleh la sy duduk atas bumbung kan..lagipun nnti senang juge kalau nak betulkan arial tv ke..hi3...ade2 je kan..ape2 pun..inilah hasrat..hasrat..tp bukan berangan..sekali sy sudah berhasrat, maka bila tiba wktunya yg sesuai, sy akan berusaha keras utk mencapainya..amiinn...
gambar hiasan : ini bumbung ye..
Bersambung..
Tuesday, May 18, 2010
IBU dan GURU...
Walaupun dah lewat, tp belum terlambat....utk..mngucapkan SELAMAT HARI IU dan SMT HARI GURU buat ibuku sendiri...hehe...dan....buat....semua guru serta ibu2 di dunia....seemoga impian,usaha,dan segala yg dicitakan mndpt keredhaan Allah dan dpt dicapai..amiinn..
Saturday, April 3, 2010
..sy hamba Allah yg berdosa..
astaghfirullah..
xingin lagi hmba meminta pd manusia saat hmba tahu manusia tidak akan dpt memberi..
kerana ramai manusia mmg langsung xboleh dipercayai..malah manusia selalu memburuk2kan manusia lain..kenapa lah ini terjadi dlm hidup hambaMu yg lemah ini..ya Allah..tolonglah...
mungkinkah ini balasanMu terhadap apa dosa2ku selama ini? andai ini dpt menghapus dosa hamba, hamba redha..aminn..semoga terus jadi iktibar selagi hayat dikandung badan...
pedoman diri dimasa akan dtg..hmba merayu..jgn biar hamba lagi ya Allah..hamba bersalah..=(