..hidup utk berbakti..

Monday, March 29, 2010

..HATI KAK NGAH..


Cikgu Zalina yang sedang mengajar terhenti tiba-tiba. Pandangannya terarah ke muka pintu bilik darjah. Semua 31 pasang mata pelajar Tingkatan 3 Bestari juga bertumpu ke arah sana. Kak Ngah yang duduk sedikit tersorok di belakang Fauzan segera memanjangkan lehernya. Ah! Berderau darah Kak Ngah. Kenapa tiba-tiba saja emak datang ke sekolah? Mungkin ada sesuatu yang buruk berlaku.


Kak Ngah masih terpaku di tempat duduknya. Dia memerhati tubuh kecil molek Cikgu Zalina berjalan ke arah emaknya yang masih teragak-agak sama ada hendak masuk atau tidak."Ya, kak. Boleh saya bantu?" soal Cikgu Zalina seraya mengukir sebuah senyuman."Saya emak kepada Emilya," sahut emak sambil matanya liar mencari kelibat Kak Ngah. "Saya nak bawa Emilya balik!""Ada perkara buruk berlaku di rumah?" Soal Cikgu Zalina lembut."Tak ada apa yang berlaku. Cuma mulai esok Emilya tak akan datang ke sekolah lagi. Saya dah berhentikan dia!"Kata-kata itu benar-benar mengejutkan Cikgu Zalina. Apalagi Kak Ngah. Beberapa pasang mata menoleh ke arah Kak Ngah yang tergamam."Tapi kak, PMR dah dekat dan...," Cikgu Zalina cuba bersuara."Saya dah jumpa Pengetua. Dah, jangan banyak soal. Saya nak bawa Emilya balik sekarang juga!"Habis saja berkata-kata, emak terus menuju ke arah Kak Ngah.


Emak segera masukkan buku-buku Kak Ngah ke dalam beg kain. Kemudian emak terus menarik tangan Kak Ngah keluar dari bilik darjah. Kak Ngah tidak sempat berkata apa-apa kepada Cikgu Zalina dan kawan-kawan yang lain.


Emak heret Kak Ngah sepanjang perjalanan ke rumah. Kak Ngah cuba melepaskan tangannya, tetapi pegangan emak tambah kuat, tambah erat."Emak, sakit", rintih Kak Ngah."Sakit? Hati aku lagi sakit tau!" tengking emak sambil menjegilkan matanya kepada Kak Ngah."Apa yang kau cerita dekat cikgu kau, hah? Anak tak tahu untung. Sudah dibela dan diberi makan, pandai pula nak mengadu!"Emak bagaikan dirasuk hantu.


Tubuh kecil Kak Ngah berkali-kali ditolak ke dinding sebaik sahaja Kak Ngah menjejakkan kakinya di rumah. Tidak cukup dengan itu, rambut Kak Ngah yang panjangnya paras pinggang itu pun menjadi mangsa amarah emak."Cakap, apa yang kau beritahu kepada cikgu kau, tu?" Emak menggoncang-goncang tubuh kerdil Kak Ngah. Paha Kak Ngah dicubit-cubit. Pipi Kak Ngah ditampar dan telinga Kak Ngah dipulas kasar."Ampun, mak! Kak Ngah tak salah!" jerit Kak Ngah, cuba menangkis serangan-serangan emak yang semakin menggila."Tak salah kata kau? Ambil ni!" Sekali lagi pipi Kak Ngah menerima habuan tangan emak."Aku tak suka kisah rumah tangga aku dijaja ke sana ke mari, jadi bualan orang. Mulut gatal! Kecil-kecil dah pandai mengadu.""Ampun, mak. Kak Ngah tak adu apa-apa pun. Kak Ngah tak salah," rintih Kak Ngah cuba meraih simpati emak."Menjawab, ya? Hei, kalau diikutkan hati, sudah lama kau mati!"


Kata-kata emak benar-benar mengharukan hati Kak Ngah. Kak Ngah tidak tahu mengapa emak selalu marah-marah. Dan mengapa emak selalu mengeluarkan kata-kata kesat kepada Kak Ngah. Kak Ngah benar-benar tidak mengerti. Kalau emak hendak marah Kak Ngah, marah sajalah.Walaupun Kak Ngah sudah lali dengan kata-kata kesat yang emak hamburkan, sesekali hati Kak Ngah tersentuh juga. Kak Ngah pun manusia. Ada hati dan ada perasaan, ada maruah yang perlu dijaga.Tetapi, Kak Ngah tidak pernah ambil hati dengan perilaku emak. Sebaik sahaja lebam-lebam Kak Ngah sembuh dan rasa kecil hati Kak Ngah reda, Kak Ngah akan memaafkan perbuatan emak.


Kadang-kadang apabila Kak Ngah tidak tahan dengan kerenah emak Kak Ngah rasa mahu saja lari dari rumah. Biar Kak Ngah bawa diri. Tetapi apabila diingatkan Kak Ngah tiada siapa di dunia ini selain emak, Kak Ngah pendamkan hasrat itu. Kak Ngah anak emak, buat apalah Kak Ngah hendak larikan diri dari emak yang bersusah payah melahirkan Kak Ngah ke dunia ini.Kadang-kadang Kak Ngah terasa juga kehilangan Mak Tuk. Ketika itu Mak Tuk masih ada, penderitaan Kak Ngah tidaklah sebegini hebat. Apabila emak marahkan Kak Ngah, Mak Tuklah yang menjadi penyelamatnya. Sejak Mak Tuk kembali ke rahmatullah, tiada tempat lagi bagi Kak Ngah hendak mengadu nasib.Semuanya Kak Ngah hadapi sendiri.


Hinggalah Kak Ngah dewasa gadis, emak tetap seperti dahulu walaupun setelah kehilangan kembarnya, Kak Long. Emak tetap akan melebihkan Kak Lang, Kak Teh, dan Kak Cik dalam segala hal. Apa kurangnya Kak Ngah? Apa lebihnya adik-adik Kak Ngah yang tiga orang itu? Kak Ngah juga anak emak. Kak Ngah juga inginkan perhatian daripada emak. Tidakkah emak tahu betapa setia dan kasihnya Kak Ngah kepada emak? Kak Ngah rela (sebenarnya terpaksa) berhenti sekolah supaya adik-adik dapat meneruskan pengajian mereka.


Kak Ngah bekerja dalam usia yang masih mentah semata-mata ingin membantu emak.Memang pada mulanya Kak Ngah membantah keras kerana Kak Ngah masih mahu belajar lagi. Tetapi apalah daya Kak Ngah. Hitam kata emak, hitamlah Kak Ngah terima. Kak Ngah rela berbuat apa saja kerana emak, asalkan kak Ngah dapat sedikit kasih sayang daripada emak.Namun, Kak Ngah tidak pernah mendapat kesempatan itu. Setiap hari ada saja tingkah Kak Ngah yang tidak berkenan di hati emak. Telinga Kak Ngah sudah sebati dengan seranah dan pulasan tangan emak. Pipi Kak Ngah sudah tebal dengan tamparan emak. Paha Kak Ngah sudah mangli dengan cubitan emak.


Mula-mula Kak Ngah berhenti sekolah dahulu, hampir saban malam Kak Ngah berendam air mata. Kak Ngah amat terasa kehilangan kawan-kawan sedarjah Kak Ngah. Kak Ngah tidak lagi dapat mengikuti pelajaran bahasa Inggeris Cikgu Zalina yang amat Kak Ngah minati.Tetapi Kak Ngah tidak menangis kuat-kuat. Kalau emak dengar, tentu tubuh kecil Kak Ngah jadi mangsa lagi.


Selepas subuh Kak Ngah akan intai, Lina, Siti, Mat yang berjalan melepasi rumah Kak Ngah untuk ke sekolah. Kemudian Kak Ngah akan nampak Adli, Saiful, dan Ilham dengan basikal masing-masing. Kak Ngah teringat waktu-waktu yang Kak Ngah lalui. Kalau Kak Ngah terlambat bersaing dengan Lina, Siti, dan Mat, Ilham akan dengan senang hati membonceng Kak Ngah hingga ke sekolah. Dan selalu begitulah. Ilham begitu baik terhadap Kak Ngah.


Kini Kak Ngah kehilangan kawan yang Kak Ngah sayangi. Sejak berhenti sekolah, Kak Ngah bagaikan terkurung. Kak Ngah tidak dibenarkan keluar bermain seperti biasa. Tempat Kak Ngah hanyalah di rumah. Kak Ngah perlu membasuh. Kak Ngah harus mengemas rumah. Kak Ngah mesti memasak dan mengasuh adik-adik. Semua itu Kak Ngah mesti buat. Adik-adik Kak Ngah pula nakalnya bukan main. Jika Kak Cik terjatuh dari buaian Kak Ngahlah yang kena pukul. Kata emak Kak Ngah tidak jaga Kak Cik betul-betul. Kalau Kak Teh terkena seterika panas Kak Ngahlah yang kena cubit. Kata emak Kak Ngah sengaja letak seterika panas dekat dengan Kak Teh. Kalau Kak Lang merayau-rayau ke rumah orang Kak Ngahlah yang kena tarik rambut. Kata emak Kak Ngah suka kalau Kak Lang hilang diculik orang.Sampai hati emak kata Kak Ngah macam-macam.


Macam mana Kak Ngah hendak jaga adik-adik, kalau pada masa yang sama Kak Ngah kena memasak, mengemas, dan membasuh? Apabila Kak Ngah hendak menjawab emak kata melawan, Kak Ngah anak derhaka, Kak Ngah tidak tahu untung, Kak Ngah tidak kenang budi dan macam-macam. Lebih baik Kak Ngah diam. Kak Ngah tidak mahu mengundang amarah emak.


Biarlah kepahitan ini Kak Ngah tanggung sendiri. Adik-adik pula seronok apabila Kak Ngah kena pukul. Kata Kak Lang dan Kak Cik, Kak Ngah selalu kena cubit paha. Kata Kak Teh, Kak Ngah sengaja masak lambat.Sampai hati mereka mengadu yang bukan-bukan kepada emak. Adik-adik tidak pernah menganggap Kak Ngah sebagai kakak mereka. Kak Ngah hanyalah hamba bagi mereka. Kak Ngah perlu buat semua kerja rumah, sedangkan mereka asyik goyang kaki. Kak Lang lebih suka menghadap cermin bertukar-tukar baju mengalahkan peragawati. Kak Teh yang gemuk-gedempol itu selalu bersungut masakan Kak Ngah tidak sedap. Tetapi kalau tidak cukup empat pinggan jangan panggil Kak Teh. Kak Cik pula asyik bercerita tentang teman lelakinya yang silih berganti.


Kak Ngah tidak peduli semua itu. Kak Ngah lebih suka membaca Al-Quran dan tabah dalam hidup. Orang lain tekun belajar, Kak Ngah sudah bekerja di kilang kicap yang baru dibuka di pekan pada usia yang muda. Sebelah malam Kak Ngah mengambil upah menjahit telekung dengan Mak Cik Tipah. Apa yang Kak Ngah buat, semuanya untuk emak dan adik-adik Kak Ngah.


Atas nasihat Cikgu Zalina, Kak Ngah mula belajar sendiri. Selepas habis kerja kilang, Kak Ngah singgah di rumah Cikgu Zalina untuk belajar. Kak Ngah belajar percuma sahaja, tidak perlu bayar sesen pun. Kata Cikgu Zalina dia mahu bantu Kak Ngah. Di kelas tuisyen itulah Kak Ngah bertemu kembali dengan Ilham. Kak Ngah dapat tahu Ilham berjaya ke sekolah berasrama penuh di Bandar. Betapa beruntungnya Ilham. Tentu dia seronok belajar di sekolah yang baik itu.


Setiap kali cuti, Ilham akan balik ke rumah datuknya yang bersebelahan dengan rumah Cikgu Zalina.Selain Cikgu Zalina, Ilhamlah yang banyak membantu Kak Ngah supaya belajar lagi. Ilham banyak membantu Kak Ngah dengan memberi nota dan soalan-soalan peperiksaan yang lepas. Ilhamlah yang meminjamkan buku-buku rujukannya kepada Kak Ngah. Kak Ngah ambil PMR lewat setahun daripada Ilham. Akhirnya Kak Ngah berjaya. Kak Ngah teruskan perjuangan ke peringkat SPM pula. Kak Ngah amat terhutang budi kepada Ilham. Kak Ngah tidak akan lupa budinya, juga budi Cikgu Zalina.


Ketika Kak Ngah berada di tingkatan enam, Ilham telah pun terbang ke Kota London untuk meneruskan pelajarannya. Sebelum berangkat Ilham berpesan kepada Kak Ngah supaya menanti kepulangannya yang mungkin berada agak lama di sana. Kak Ngah tidak faham apa maksud Ilham, tetapi Kak Ngah anggukkan juga kepala. Yang nyata Kak Ngah akan kehilangan seorang kawan baik. Dua minggu lepas itu, Kak Ngah terima sekeping poskad daripada Ilham, dan beberapa pucuk surat lagi selepas itu. Semuanya beralamatkan rumah Cikgu Zalina. Kalau emak tahu tentunya Kak Ngah kena seranah...


Bersambung...

Friday, March 26, 2010

Gagal..

Slm..sedih..sbb gagal jpj test..:-( buang mase n duit la pasni..adeh..doakan sy ye utk ulangan..jangan gagal lagi..xmo2..dah tua ni xde lesen g..takut rase putus asa je..herm..ade sape2 nk bg motivasi kt sy x?? hu3.. da la b4 dis pun takat L juge..pastu biar xsambung2..la ni harap xjadik cmtu la..cecehhh..bg motivasi tuk diri sendiri la gamaknyee...=)

P/S : mlm ni akan jadik fasi tuk program motivasi sampai hari ahad..harap boleh meningkatkan lah motivasi diri nak habiskan dpt lesen ni kan..badan pun rase xbermaye je la..harap jiwa,emosi,mental dan terutama kesihatan tubuh badan jadik lebih kuat pasni..amiinn..

Wednesday, March 24, 2010

..ketenangan satu ANUGERAH berharga dariNya..

Dengan Nama Allah...

hari ni rase letih sgt2..serius..dr pagi keluar xbalik2..ptg ni bru balik..xselesa betul bila seharian ke sana ke mari..belengaih la..hr rabu mmg agak bz bg sy..tp xpe..sy tenang..hari2 yg sy lalui semakin menenangkan..jiwa sy damai..walaupun minda dan tubuh badan rase sakit, tp jiwa yg tenang sudah cukup buat sy tersenyum..mgkin muka sy xde la manis dalam mempamerkan senyuman..tp hati sy..damainya sy rasa ( walaupun muke sy sikit nye serabut laaahhh..hehehehe..)..syukur ya Allah..betullah kata orang..nikmat tenang tu paling berharga..walau kita cukup segalanya, tp kalau xtenang pun..hidup xbermakna..rase xcukup je..tp kalau hidup kita tenang, kita akan rasa cukup dengan apa yg ada..sy nak jadi orang yg tenang..dan menenangkan..tp..ade ke org yg tenang dgn sy errr...ngee...entah la..semoga sy dapat jadi penenang jiwa org2 yg berada disamping sy..amiinn....

Sunday, March 21, 2010

Kemalangan dan QTI...=(

Slm..sayu dan gembira bercampur saat sy menaip ni..kenape lah..pagi tadi berlaku kemalangan pada diri sy..wktu tu sy rase dunia gelap..sy ingat sy dah mati la..sedar2 sy dah terbaring..insafnya sy dgn apa yg berlaku..xsgka sy masih mampu membuka mata..masih hidup rupanya..alhamdulillah..walaupun sy mengalami pitam yg sgt teruk pastu, tp alhamdulillah..sy ok..xde ape2..cuma..sy rase tulang blakang sy mcm nak patah..hampir2 sy nak telefon cikgu asfa ( yg ajar memandu ) supaya batalkan QTI pg td..tiba2 cikgu asfa msg sy dulu..supaya tunda ke petang..alhamdulillah..cikgu mcm tau2 je wlpn sy xbgtau..ptg mgkin sy lebih rileks dari trauma..hu3..nak nangessss...kesannye masih terase..walaupun turn QTI sy lambat tadi, tp cikgu mtk sy punya QTI sy di awalkan dari kwn2 yg lain..thanks cikgu..kerana memahami..maaf kwn2..terpaksa langgar q..bukan sengaja xmo tggu..( patutnya turn sy lambat dan boleh jadi org terakhir kot..)
sy xdpt bertahan lama..sakit sgt..tp sy buat jugak QTI dengan senyuman yg ntah ape2..pegawai yg tester sy tu sempat begurau 'cuba senyummm...sampai nampak lesung pipit..'..' aku suke tgk lesung pipit ko waktu senyum..tu je..' ( dia faham 'keteraumaan' sy dan keadaan sy )..dalam hati sy "kalau nak buat lawak pun agak2 la..ntah bile plak sy ade lesung pipit..sejak lahir xpernah ade pun lesung pipit, tetiba tadi ade plak"..rase nak nangis tau..sy cube senyum n bergenang airmata sy ( cikgu tu xperasan pun )..mgkin saje nak bg sy hilang nervous..sakit di badan Allah je yg tau..tp bila sy fikir, hanya td je peluang sy ade tuk buat QTI..sbb, jumaat dpn sy test JPJ..hu2..nak xnak kena g juge..xsggup sy tunda test JPJ tu..herm..
BTW, alhamdulillah..selesai pun QTI moto n kereta..hu3..niat sy nk balik ptg ni..tp nampaknya keadaan sy masih x ok..so, sy duk diam2 dlm bilik..xleh kemana2..touch-up keje sains kehidupan bagi molek..japgi nk email kat fizah..sy cuma msg walid n gtau keadaan sy..sy xdpt balik hr ni..sbb b4 dis ade ckp nak balik umah pas QTI..hu2..esok la balik nampaknye..
walid mengingatkan sy supaya byk mengadu pd Allah..kena kuatkan diri..walid..puteri walid ni dah selalu sgt di uji..cuba jadi kuat n tabah..bukan walid xkenal kedegilan dan hati batu puterinya sorang ni..keras2 sy pun, dlm hati ade taman ( ish2..mane la sy jumpe ayat nih..)puteri walid sorang ni bukan mcm dulu lagi..dah lain..tp walid mgkin belum dpt rasa bahawa sy dah cukup kuat utk harungi segala dugaan dan cabaran dalam hidup ini..tp..betul ke cmtu??? sy merapu je lebih..nnti nanges jgk bila dah rasa goyah..rasa sedih..herm..ape2 pun, sy amat menghargai segala apa yg sy ada hr ni..Allah,keluarga,guru2 dan sahabat2..alhamdulillah..thanks Allah..thanks u olz..

ALLAH KAN ADA...

Insya Allah-Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go

Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x..Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x...Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x...Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah

Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x

Insya Allah3x..Insya Allah we`ll find the way

P/S : i'm sad rite now..tearing..but i know..U r never far away from me..always wit me..thanks..

http://www.youtube.com/watch?v=-qc9A6VroEM&feature=related

Saturday, March 20, 2010

Ngeri la...ya Allah..

KUANTAN: Seramai 40 penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut apabila bas berkenaan terbabas dan terperosok ke dalam tali air di di KM42 Jalan Kuantan-Kemaman pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Zulkifli Taha, berkata bas berkenaan dalam perjalanan dari Johor Baharu ke Kuala Terengganu apabila terbabit nahas pada jam 3.40 pagi.
"Pemandu bas terbabit dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh di situ. Bas itu kemudiannya terbabas ke kiri jalan dan merempuh papan tanda sebelum terbalik dan menggelungsur serta terjunam ke dalam tali air," katanya.
Pemandu berkenaan dikenali sebagai Mohamad Faizal Abdullah, 52, dari Kluang, Johor. Zulkifli berkata, semua penumpang berjaya dikeluarkan pasukan bomba dan penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam dan polis. "Seramai 34 penumpang dihantar ke Hospital Kemaman dan enam orang ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk menerima rawatan dan sebilangan mereka dibenarkan keluar selepas menerima rawatan sebagai pesakit luar," katanya.
Dalam satu lagi kemalangan, seorang juruteknik Tenaga Nasional Berhad maut apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lagi kereta yang dinaiki dua wanita di KM210 Jalan Kuantan Bypass berhampiran persimpangan Chengkih kira-kira 10.30 pagi tadi. Zulkifli berkata, Mohd Fariz Mohd Nor, 30, dari Kampung Hulu Cheka, Jerantut, yang dalam perjalanan dari arah Pelabuhan Kuantan menuju ke Bukit Ranggin, meninggal di tempat kemalangan. "Kereta mangsa dipercayai terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta yang sebuah lagi itu," katanya. - Sumber : Bernama
P/S : sebenarnye sy ngah blaja kete n moto..so, berita kemalangan2 mcm ni sungguh menakutkan..adeii..sok QTI kete..harapnye ok la..mcm xyakin je..sy slalu berdoa agar kita smua dijauhkan dari malapetaka ini..sama2 la kita berdoa..amiinn...

Friday, March 19, 2010

...erm...bangun la...


...sedapnye bau baby boy ni...sehari baru umurnye...tidur aje die...gerammmmnyee...bangun2...

Thursday, March 18, 2010

MAP KTHO...207/29...ade sedikit senyuman padanya..


slm..aduu..nape ntah nk senyum2 je..sewel ke ape xtau la..sbnrnye td ade diner kolej..Malam Anugerah Pelajar Kolej Tun Hussien Onn( MAP KTHO ) .. patut da leh blik awl.. ingat da mkn nk balik la kan..tp dak2 ni kate nk tggu cabutan bertuah..layan aje la..wlpn xsuke dengar persembahan yg ntah ape2.. kira x mendidik jiwa sgt la..tp layan tanpe feel dan tertidur juge kejap..smpai waktu cbutan bertuah..herm..sy kata dlm hati " aisshh..xpernah bertuah pun slama nih..maleh btul la.." so sy xpernah la mgharap kan.. tetiba dengar no 207..ish2..nasib baik x g naik pentas dengan penuh sopannye..ghopenye 207 utk Felo..haii..hampa lah hati..dlm hati " xbertuah langsung la tggu lame2 ni.."...cabutan diteruskan..ade lagi no 207.. pe lagi..naik la..ngee...alhamdulillah..dpt pun..maklum ni diner last..wlpn xdpt ape2 anugerah tp dpt cabutan bertuah pun ok pe..wlpn hadiah cabutan bertuah tu xdelah mahal mcm kereta kancil..hu3..k..sekian dulu..nk senyum sikit je..xleh lebih2..=)

Wednesday, March 17, 2010

Resah..

Dgn Nama Allah...

Ya Allah...Damaikan hati Rabiatul Adawiyyah ini...

Sy xtau la..perkataan yg paling tepat utk menggambarkan perasaan sy saat ini ialah resah..atau .. xsedap hati, xtenang.. Ni mesti kes byk sgt dosa.. aduh..sy ade buat salah ni.. semoga manusia memaafkan sy.. semoga Allah mengampunkan dosa sy..:'(

Saturday, March 13, 2010

Belum Tahu..

Renungan Diri....

."Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah mereka berjihad (menyuci hatinya) diantara kamu dan belum nyata mereka yang sabar.."

Surah Ali Imran: ayat 142

Allah yg Maha Mengetahui di dlm hati manusia..Bukankah ketaqwaan itu nilaianNya yg utama? nampakkah kita dimana keikhlasan dan ketaqwaan manusia..jgn pandang dengan mata kemudian menilai..jgn dengar dengan telinga kemudian menghukum..tapi..dengar dan pandanglah dengan hati yg adil dan tulus..InsyaAllah..JwpnNya pasti..Allah Rabbul Izzati..^.^

P/S : Tuhan..perbaiki diri hamba kerana hamba mahu hati yg suci dan tulus menyintaiMu..bersihkan hati hamba dari prasangka dan sifat mazmumah..jauhkan hamba dari dendam dan amarah..kerana semua itu boleh mnjauhkan hamba dari jalan keredhaanMu..jangan tinggalkan hamba lagi..walaupun sebelum ini hamba pernah jauh dariMU..pernah melupakanMU lantaran dunia yg mengganggu..jgn biarkan hamba hanyut dengan perasaan yang sia-sia..jangan biarkan hamba lalai dan leka dengan dunia..jadikan hamba kekasihMu yg bakal memasuki syurga..pandanglah hati hamba ini ya Allah..terimalah hamba disisiMU..

Tuesday, March 9, 2010

~: ...Terasa DiSayangi .. Syukur ya Allah..:~


~:Sayangnya ALLAH Pada Wanita:~

Slm...Alhamdulillah..saat ini saya masih diizinkan oleh Allah untuk mencatat dan menulis didalam blog..sy rasa bertuah kerana diri ini dilahirkan sebagai seorang wanita..artikel di bawah sy dapat dari seorang kawan yg menghantar kepada sy melalui email..mgkin juga dihantar dari kawan2 yg lain..suka rasanya ingin berkongsi di sini..harap saya dan pembaca sama2 mengambil ihtimam dan iktibar..kenapa terasa diri di sayangi Allah...^.^


Betapa beratnya menjadi seorang lelaki, di antaranya adalah seperti berikut:-Lelaki
  • Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
  • Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !
  • Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !
  • Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.


Wanita :


~~ Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
~~Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
~~ Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
~~Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
~~ Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
~~ Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya (taat kepada ibunya).
~~ Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
~~Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dgn seorg wanita.


Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini. Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH...


....sayangnya ALLAH pada wanita...

Sunday, March 7, 2010

No Title..

Gambar tiada kena mengena dengan cerita di bawah..sekadar hiasan..
slm..dengan NamaNya Yg Maha Agung..

sbnrnye xtau nk buh title ape..tp byk yg berlaku lately..erm..tp yg terjadi byk nye di luar UKM.. sbb xde mende yg ade kt UKM da nak cerite sgt..permanis sy da pencen..fakulti xde join pape..kolej lagi la..lagipun skrg ni mood da nak abis blaja..tinggal beberapa hari je lagi da nak exam,pastu xlama tu plak grad ( kalau d izinNya, insyaAllah..) .. sayu rasanye.. herm..

pape pun, sy kena hadapinye.. setiap m.siswa kena hadapinye.. sampai bile plak nk duk je dlm u.. kena keluar la jumpe masyarakat..pelajar..dsbg..

alkisahnye..ketiadaan sy d UKM akhir2 ni sbb ape ea.. la.. sbb sy kat luar UKM la..sy g blaja moto..sy g kua jauh2 tenangkan fikiran,sy masuk hutan tgk alam, sy balik kampung..bla2..bla2..

akhirnye sy pulang smula ke ukm wpn hati rasa berat je.. herm..alhamdulillah.. jiwa sy lebih damai..esok sy kena handle program kat tadika sri pelangi..ade program sikit utk2 si comel kite..program ni kena wat utk kursus sains kehidupan yg wajib sy buat bg dapat markah la tuk kursus ni...sikit nye berbelit ayat sy..hu3.. harap smua berjalan lancar, amiinn..

sy suke pglmn masuk utan sensorang kali ni dan lagi suke bile dpt balik kmpung jap..sy dpt borak dgn abg lame2..kt umah ade abg je..yg lain sibuk beno..walid dgn tempahan dia n umi dgn meting pasti..adik kecik dua org duk ikut umi n walid..

sy dan abg byk bincang pasal mase depan..........mcm2..tp sy suke bile masuk bab kahwin............he3..bukan senang tau abg nak tanye mende gini kt sy....................sy pun jwb jujur jela kan....................................abg mcm teruje je...

yg bestnye tu abg ckp.......................................

herm...lain kali lah taip..letih da tgn ni...................................penat rase....



P/S : td da la kena ujan..basah habis...xde sape pun nak amik kt komuter...sedih...sejuk...tggu bas lame..baru baik demam...but..i got fever again!! sabar je la.. herm.. Allah nak uji sy ni.. Sy ni mmg selalu d uji..Semoga ujian yg Allah bg akan menghapus segala noda dan dosa yg pernah sy lakukan..amin ya Allah...semoga Allah pandang hati sy.. damaikan hati sy.. sygkan sy selalu...=)

Friday, March 5, 2010

Siong..

Assalamualaikum..wbt..

Ape khabar la kwn2 sy ea..yg dekat, yg jauh, yg kat ovesea d sbg nye..sy rindukan kalian semua..harap kalian d dalam keadaan ceria dan dalam rahmat Allah selalu..sebelum mengarut lebih jauh, sy nak ingatkan la kpd sesape yg mgkin xsuka dgn kisah atau coretan sy, abaikan je kisah ini..hee..xpaksa bace..

Hari ni, sy saje nak nak posting pasal "SIONG" kt dalam blog sy ni..bukan ape..sejak akhir2 ni sy kerap sgt tgk cerita mistik, hantu, seram, horror dan sbg nya lah... ntah bila ntah sy ter ambil tahu berkenaan cerita siong ni...sy suke penggunaan bahasa didalam cerita ni..banyak yg mendidik,jelas motif dan maksudnya..sy juga suka untuk melihat kepada yg positif agar boleh diaplikasikan dalam kehidupan sy..lumrah la..setiap cerita yg d tonton mesti ada kelebihan dan kekurangannya..tp sy suka ambil yg positif..
Sy sukakan watak RIA..sbg wanita berkerjaya..sy bukan sukakan cara bercakapnya,atau caranya berpakaian,caranya memandang AMZAR,.tetapi sy sukakan sesetengah peribadinya dan keluhuran hatinya..sy cuba menganggap wanita seperti RIA wujud dlm dunia sebenar..alangkah bagusnya..

RIA FAJARINA :

1. Anak yg baik..
2.Kakak yg penyayang..
3.Kekasih yg memahami..
4.Gadis yg tahu menjaga diri..
5.Gadis yg matang..
6.Kata-kata yg berhikmah dan ada nilai keagamaan..
7.Sangat mencintai AMZAR tetapi tidak pernah mengungkapkan ' sy cinta awk '..
8.Pemaaf dan tidak berdendam
9.Pemaaf dan suka meminta maaf
10.Cantik
11.Tidak keterlaluan bercinta dgn AMZAR- xmacam ramai gadis zmn skrg..
12.Tidak mementingkan material tetapi hubungan k.sayang..

(^.^)..actlly, duk tgk cerita siong ni mula2 layan je mitos ni..ingat kan mcm ala2 'dracula' or vampire or smthg like dat la..rupenye ade jugak la nilai positif yg boleh sy ambil..sy suke..wpn RIA xmcm sy langsung pun, tp kebaikan dan keluhuran hatinya sy nak amik la ckit...ngee..

sy doakan semoga pelakon tu same la dgn watak yg dibawaknye tu..atau lebih baik lagi..amiinn..
sekian dulu review sy tentang ssuatu yg sy tonton, yg boleh sy share ngan kwn2..=)
( asignment review book tentang orientalis malas plak nk wat..menda len senang je nak taip..hi3..apolah ijaz nih..xpe2..sy akan terus merajinkan diri sy..)
Ape2 pun, ini hanya pendapat saje..bukan benda yg betul2 dan mesti korang setuju atau percaya..hak individu..kalau xsuke, xpe..hak masing2..yg penting, dalam setiap yg berlaku, apa yg kita tgk,kita lalui, kita kena think positive dan ambil yg positive aje..yg negative to, tinggalkan jauh2..
sekian dulu..wassallam..=)

Wednesday, March 3, 2010

PKMK Diner..

slm..hm,..xtau nak kate pe..ni kali ke-4 g diner PKMK dan mgkin kali yg terakhir..sayu plak rase..huhu..tgk je lah gambar2 jangok dak2 ni..( sy pun tergolong gak la kan..ngee..=D )..
sape rase xnak tgk, xpayah tgk.. kot la sakit mata plak tgk kan.. g tgk menda lain.. hehe..













Tuesday, March 2, 2010

Kuliah Stress..

slm..
dengan nama Allah yg maha Penyayang..

xtau nape..saje nk posting sesuatu kt cini..mlm td hana ckp kak jaz da lame x update blog..eh yeke..rase mcm kerap je kan..herm...

nak cerita semalam kuliah sains kehidupan kt ktams tentang pengurusan emosi n stress..mmg bagus la kuliah ni..rase ade kaitan je dgn kehidupan sy sbg anak,pelajar,kwn dsbg...ade yg betul2 kena kt batang idung sendiri ..bila lect ckp..

part yg paling sy suke tips2 mengawal stress n emosi.. nak highlight kt sini, kita hendaklah mendekatkan diri dgn Allah..muhasabah..zikir..=)

so, pandai2 la kwl stress masing2.. kalau nak tau org tu pandai x kwl dia nye emosi n stress, dia tenang, xmarah2, byk senyum dari berkerut.. hehe.. sy nak jadik cmni tau.. bia senyum plastik pun,.xpe..x elok marah2.. kena sabar.. kurang sikit stress.. kalau marah2, dendam atau pikir menda negativ, tu yg akan meningkan kan stress.. xnak la jadi gitu kan..

stress ni ade kesan dia positiv, ade negativ.. sy harap, stress yg sy lalui akn memberi kesan positiv dlm hidup sy.. sy akui sy stress.. tipu la kalau org ckp dia xpernah stress.. sbnrnye dia bukan xpernah stress, tp dia berjaya kwl stress dia, tu je..

hehe.. byk menda sbnrnye nk ckp pasal stress ni.. tp tgn sakit plak nak taip pnjg2.. ntah terseliuh je.. so, xleh panjang2 sgt.. nnti boring plak org bace..

sy cume nk kita semua mengambil pengajaran dari ape yg sy ckp..percayalah.. setiap org perlu kuat utk menghadapi dugaan dlm hidup agar tidak STRESS..ngee...

sekian dulu..semoga Allah merahmati, menenangkan hati2 kita dan menjauhkan diri kita dari STRESS..amiinn..wslm..

Renungan..

Jika Kejahatan Di Balas Kejahatan, Maka Itu Adalah Dendam.Jika Kebaikan Dibalas Kebaikan Itu Adalah Perkara Biasa.Jika Kebaikan Dibalas Kejahatan, Itu Adalah Zalim.Tapi Jika Kejahatan Dibalas Kebaikan,Itu Adalah Mulia Dan Terpuji."

Ads code


I made this widget at MyFlashFetish.com.