..hidup utk berbakti..

Monday, June 29, 2009

Kem Pemantapan B.Arab SMK Telok Panglima Garang...MANTAP '09

salam semua..hehehe..jumpe lagi..hm..brapa lama la x update..maklum la sibuk praktikal..sambil praktikal, ada ja aktiviti ujung minggu..sama ja macam kat u.. yang terkini untuk program pemantapan bahasa arab ( MANTAP '09 )SMK Telok Panglima Garang..sekolah tempat praktikal..anjuran Panitia B.Arab dan Pend.Islam dikelolakan oleh guru2 praktikal SMKTPG sendiri.. byk juga pglmn baru jaz dapat..selama ni byk program motivasi jaz jd fasi n urusetia, kami perbezaan kali ni ialah Motivasi B.Arab..ARABIC LANGUAGE CONSULTANT ( ALC) adalah konsultan yang terlibat dalam kem ini...best2..sgt best..terima kasih kepada penceramah Dr. Mohd Rosdi kerana byk ilmu jaz dapat dari Dr...bila kenang2 kan, sikit nya la ilmu jaz dalam bahasa Al-Quran ni..hm..alhamdulillah..program da selesai..tp pengalaman manis xkan jaz lupakan..mohon maaf pada semua jawatankuasa kerana byk bg semangat dan bantuan..mohon maaf juga jika jaz ada wat silap samada sedar atau x..

P/S : JUTAAN PENGHARGAAN KEPADA PIHAK SEKOLAH,PENGETUA TN. HJ NORDIN, KETUA PANITIA B.ARAB USTZH MARIAH, STZH.HASNITA,USTAZ REDUWAN,USTAZ KARIM, CIKGU AZAHARI,CIKGU WAHIDA,CIKGU HELIZA,USTZ. AMIRA,USTAZ. EFFI,USTZ. YATI,DAN SEMUA URUSETIA LAIN SEPERTI NADIA,FATIN,RAZA,NUZUL,SYAZWAN DLL...dibawah disertakan beberapa keping gambar..=)


Wednesday, June 17, 2009

beruk.....volume 2 - TAMAT-

Akhirnya sampai juga. Cikgu Izma terpaksa menyeberangi sebatang titi yang melintasi sebuah parit yang seluas 10 kaki. Adi tidak ada. Berkali-kali Cikgu Izma memanggil tapi senyap saja. Tiba-tiba seorang tua menjenguk dari lubang tingkap. Orang tua itu menjemput Cikgu Izma naik. Cikgu Izma menolak pelawaan itu tapi berkali-kali pula orang tua itu men-jemputnya. Akhirnya Cikgu Izma mengalah bila orang tua itu memberitahu yang ia lumpuh, tidak dapat turun. Sekali lagi sebak menyerang hati Cikgu Izma. Rupa-rupanya kesulitan Adi berbagai-bagai jenis. Terasa mahu dikerat tangannya yang ganas itu.

"Adi ke mana Makcik?" tanya Cikgu Izma.

"Entahlah, dia turun dari rumah tadi pukul sepuluh. Katanya dia nak petik buah kelapa di hujung kampung."

"Dia panjat pokok kelapa?"

"Takkk, dengan beruknya tulah. Itulah pencariannya sejak Makcik lumpuh." Terang ibu Adi dengan hiba. Dia meninjau-ninjau kalau-kalau ternampak Adi. Cikgu Izma memerhati di sekitar rumah Adi. Di atas alang rumah itu terdapat buku-buku Adi. Dindingnya tembus di sana-sini. Tidak ada apa yang boleh di-namakan perhiasan. Cuma satu cermin bulat sebesar tempurung jantan.

"Dah lama Makcik lumpuh?" tanyanya.

"Dah hampir setahun." terang orang tua itu lagi. Cikgu Izma yang duduk di muka pintu saja itu mengangguk-angguk. Rasa simpati kepada Adi semakin tebal.

"Saya datang ni nak tahu, mengapa Adi tak ke sekolah lagi?"

"Entahlah. Katanya dia tak mahu ke sekolah lagi. Telinganya sakit" Cikgu Izma termenung panjang. Wajahnya berkerut. Sedang dia termenung, tiba-tiba dia melihat Adi pulang, beruknya di atas bahu. Adi membimbit dua biji kelapa.

"Haa, itu pun dia dah balik," Kata Cikgu Izma dengan tersenyum. Orang tua itu menjenguk dari lubang tingkap. Dia menyambut kepulangan anaknya dengan pandangan mata saja. lebih dari itu dia tidak berdaya.

"Begitulah kerjanya setiap hari sejak bapanya meninggal," kata orang tua itu dengan sedih.

Adi yang sudah hampir sampai dengan rumahnya itu terhenti seketika bila melihat ada orang di muka pintu rumahnya. Dia macam tidak percaya orang itu Cikgu Izma. Tapi bila dia sudah pasti benar-benar segera melepaskan buah kelapa yang dipegangnya. Beruknya diletakkan di tanah, dia meluru mendapatkan Cikgu Izma. Tersenyum girang. Bersalam tangan. Beruk yang ditinggalnya itu melompat-lompat. Berkereh-kereh bunyinya kerana orang yang berada di muka pintu rumah tuannya itu belum pernah dilihatnya.

"Dah lama Cikgu sampai?" tanya Adi.

"Baru sekejap," jawap Cikgu Izma. Keramahan Adi sungguh mengejutkan Cikgu Izma. Beruk yang ditinggalkan oleh Adi di halaman rumahnya itu melompat-lompat dengan suara garang. Adi menempik beberapa kali supaya diam, tapi beruk itu tetap melompat juga. Dia tidak kenal orang itu guru tuannya. Cikgu Izma terpandang telinga kanan Adi. Telinga itu merah dan bengkak nampaknya. Dari lubangnya meleleh benda putih.

"Dekat sini Adi," kata Cikgu Izma dengan lembut. Adi mendengar kata-kata itu berlainan dengan perintah semasa disekolah. Kata-kata itu macam kata-kata orang yang menyayanginya. Dia mendekatkan kepalanya kepada Cikgu Izma.

"Senget sedikit kepala awak," lagi Cikgu Izma berkata.

Adi menyenget kepalanya. Cikgu Izma memegang kepala Adi dan menekannya sedikit untuk mempastikan sakit itu. Tapi dengan tiba-tiba beruk yang sedang marah- marah dan melompat-lompat di halaman tadi, melompat naik lalu mengigit tangan Cikgu Izma. Beruk itu menyangka orang itu akan menyakiti tuannya. Cikgu Izma mengaduh sakit. Tangannya berdarah. Beruk masih bergelut. Adi menempik beberapa kali supaya beruk itu berlalu. Tapi tempikannya tidak diendahkan oleh beruk itu. Ia terus menyerang Cikgu Izma.

Demi untuk menyelamatkan Cikgu Izma, Adi mencapai sebatang lembing yang digunakan untuk menghimpun buah-buah kelapa. Lalu, dengan sekuat-kuat hatinya dia meradak lembing itu ke perut beruknya. Cuma itulah saja yang boleh menyelamatkan gurunya. Beruk yang garang itu menjadi lemah. Telentang diatas lantai. Sebelum menghembuskan nafasnya yang akhir, mata hitamnya memandang Adi dengan sayu. Kelopak mata berbulu itu tergenang air jernih. Adi terpaku seketika. Ibunya juga tidak berkata apa-apa. Cikgu Izma menahan darah di lengannya dengan sehelai saputangan. Tapi darah yang keluar di lengannya tidaklah sama dengan darah beruk yang telah diradak dengan lembing. Suasana sepi, Cikgu Izma memandang Adi. Adi memandang beruknya seakan suatu mimpi. Dan Ibu tua itu memandang anaknya dengan tafsiran yang asing. Adi melutut di sisi beruknya. Lembing yang masih terpacak di dada beruknya, dicabut. Darah likat berpalut di mata lembing itu. Adi tidak dapat menahannya. Dia menangis tersedu-sedu. Air matanya berderai keluar, jatuh menimpa di atas tubuh beruk kesayangannya. Dia bangun lambat-lambat. Matanya memandang ibunya. Ibu tua tetap membisu. Dia tersedu-sedu. Tersedu-sedu.

"Terimakasih Adi," tiba-tiba dalam kesepian itu Cikgu Izma berkata. Darah di lengan masih juga keluar.

"Cikgu sakitkah?" tanya Adi di antara sedu-sedannya.

"Tak mengapa, sikit saja. Err, saya balik dulu Adi," kata Cikgu Izma lalu turun dari rumah itu.

"Cikgu, saya minta maaf," kata Adi sebaik-baik saja Cikgu Izma memijak tangga bawah.

"Tak apa ... tapi awak mahu ke sekolah lagi?" di tunduk. Kaku. Sedih.

"Lebih baik awak ke sekolah hingga darjah enam." Cikgu Izma memberi nasihat.

"Saya tak dapat ke sekolah lagi Cikgu," tiba-tiba Adi menjawap sayu.

"Kenapa?"

"Beruk ... saya mencari makan dengan beruk itu Cikgu."

Hati Cikgu Izma bagai ditikam lembing berkarat. Perkataan Adi benar-benar menusuk hatinya. Barulah dia sedar, bahawa beruk itu pada Adi merupakan tali penghubung nyawanya selama ini. Dia melangkah pulang dengan hati yang sebak. Tapi Adi yang terpaku di ambang pintu itu lebih pilu lagi.

~TAMAT~

motivasi anak polis N9-PERMANIS UKM dan PDRM N9





salam motivasi =)...2-5 hb mei yang lalu, PDRM N9 dgn kerjasama PERMANIS UKM telah menganjurkan Motivasi anak polis N9 yang mana program ini melibatkan seramai 98 pelajar SPM dan PMR...walaupun program ini dijalankan waktu cuti sekolah dan cuti semester, ia tetap mendapat perhatian dan exco permanis ramai turun padang bagi menjayakannya.. tahniah dan jutaan penghargaan diberikan kepada pihak PDRM kerana bekerjasama dgn PERMANIS bg menjayakan program ini. terima kasih diucapkan juga kepada semua sahabat2 yang terlibat membantu, samada secara langsung atau tidak...
Dibawah disertakan beberapa keping gambar buat tatapan..

Renungan..

Jika Kejahatan Di Balas Kejahatan, Maka Itu Adalah Dendam.Jika Kebaikan Dibalas Kebaikan Itu Adalah Perkara Biasa.Jika Kebaikan Dibalas Kejahatan, Itu Adalah Zalim.Tapi Jika Kejahatan Dibalas Kebaikan,Itu Adalah Mulia Dan Terpuji."

Ads code


I made this widget at MyFlashFetish.com.