sebenarnya semasa peja mula berkecimpung dalam bidang pembiakan ayam serama sejak tahun 1997 dulu..time tu mane ada lagi main serama pakai bedah..semua original..if balung tu besar macam keropok..macam tu la biler bertanding..maner ada istilah trim bulu, jahit ekor..jahit body..
walaupun time tu latihan untuk ayam kecil comei nie sangat lah ekstrem..bayangkanlah kependekan akal manusia..bukan nak marah tapi kesian kat binatang tu..tido pon dalam botol untuk memastikan sentiasa bergaya..
entah..raser berdosa plak tapi peja tak buat la latihan macam tu..sebab dulu kita main baka kapan..tapi yang dah evolusi...ayam dah bergaya tapi disebabkan tak reti jaga..ayam jadi monyok..bukan setakat cicak..lipan..lpas dan macam lagi la serangga panas nak maintain ayam sihat jer..elok2 ayam duk ngan induk..biler dah tahu nak bertanding..
basuh alakadar..terus bawak g bertanding..time dulu jual anak ayam kapan pon dah sedap duduk dah..
menuntut macam2 ilmu laa..tapi sejak kejatuhan serama area tahun 2002-2005, time tu memang ramai orang kampong pakat buat penghapusan etnik..dikatakan ayam serama nie merosakkan baka ayam kampung..
mane tak rosaknya..awak kurung sekali ayam serama jantan sereban dengan ayam kampung..emang laaa...ayam pon ada nafsu jugak..akal memang la takder..
ni peja amik artikel secara detail dari jabatan perkhidmatan haiwan..sebenarnya ni adalah adaptasi dara bela ayam kampung jer..ayam jugak kan...huhuhuh..
tapi sekadar nak biakkan ayam supaya nak jadi ramai as a pets boleh aaa...tapi nak memastikan untuk ayam nie tak menghampakan tuannya apabila di bon..rasernyer takder artikel keluar lagi..yeleer..
takkan peja plak nak tulisnya kan..maybe ada orang lain yang tersohor yang boleh menulis artikel ini..sebab benda nie nasib dan rezeki kan..cuba kalau dah jumpa formula..simpan buku catatan baik2..
kalau dah masuk ayam dari reban orang lain..kene buat formula baru la..hahaha
AYAM SERAMA
Sejarah dan asal usul Ayam Serama
Tiada catatan bertulis mengenai sejarah asal usul Ayam Serama ini.
Maklumat tidak rasmi (perbualan orang ramai) mengatakan ayam serama ini berasal dari Kelantan. Ayam Serama yang ada sekarang adalah hasil daripada kacukan baka itu dengan beberapa ekor burung eksotik seperti Burung Hutan, Bantam dan juga Merpati. Setelah banyak kacukan dilakukan, ayam serama yang asal pun dihasilkan.
Ayam-ayam serama baka asal ini sebaliknya masih belum ditemui di pusat penternakan ayam kami. Ia merupakan cikal bakal kepada baka yang ada sekarang. Ayam Serama yang ada pada hari ini terhasil daripada kacukan baka yang dilakukan secara teliti.
Oleh kerana tren sekarang yang menekankan 1Lebih kecil ukuran ayam, lebih baik', maka para penternak sedang memperbaiki baka yang sedia ada sama ada mengenai ukuran, karaktor, struktur kecantikan keseluruhan ayam tersebut.
Nilai komersil Ayam Serama
Ayam Serama yang ada pada hari ini adalah hasil kacukan dari pelbagai spesis terutama burung seperti burung hutan, ayam kerdil Thai dan juga Bantan. Kecantikan fizikal ayam ini telah menawan pelbagai lapisan masyarakat. Selain menghiburkan hati pemiliknya, ia juga sangat mudah dan murah untuk dipelihara.
Sering dikatakan bahawa ayam serama ini tidak dapat dinilai dengan wang. Ada sebuah kisah yang menceritakan bahawa terdapat seorang penggemar yang menolak tawaran untuk menjual ayam miliknya itu dengan cek kosong. Namun, tawaran tersebut ditolak. Anak ayam dari baka juara boleh dijual pada harga RM1,000 hingga RM2,000 seekor manakala anak ayam yang agak dewasa di antara RM2,000 hingga RM10,000.
Harga pasaran bagi ayam bergelar juara pula berkisar antara RM10,000 hingga RM80,000. Bagaimanapun, tidak ada harga yang tetap dalam urusan jual beli. Semuanya bergantung kepada rundingan antara pembeli dan pemilik ayam tersebut.
Ayam ini juga dapat menjadi binatang peliharaan kesayangan seluruh ahli keluarga.
Kategori umur bagi ayam serama yang sihat ialah seperti berikut:
Grade 3A beratnya dibawah 250gmGrade 1A beratnya dibawah 350gmGrade B beratnya dibawah 500gm
Diharapkan anda tidak keliru dengan baka ayam kecil yang lain seperti Ayam Kapan, Ayam Katik dan lain-lain.
Walau bagaimanapun, harga ayam ini berkait rapat dengan kategori beratnya. Ini kerana lebih kecil ayam tersebut, maka lebih sukar untuk melakukan proses kacukannya. Disamping itu, bilangannya juga sedikit. Berdasarkan faktor-faktor itulah yang menyebabkan harganya menjadi mahal.
Kami menjangkakan dengan peredaran masa dan penggunaan hasil penyelidikan dan pengembangan (R & D) terhadap kacukan ayam serta sokongan pihak korporat dan Kerajaan, maka masa depan ayam serama akan menjadi lebih menarik dan cerah.
Kami juga berharap agar ayam yang memiliki keindahan yang mengkagunkan ini dapat dihasilkan dengan lebih banyak dan murah agar ia mampu dimiliki oleh semua orang. Potensi sebagai haiwan peliharaan keluarga di negara ini juga semakin cerah.
Pengurusan. Anak ayam - Hari 1, 2 & 3
Anak ayam yang baru menetas dapat bertahan tanpa makanan dan air selama tiga hari. Manakala anak ayam yang ditetaskan melalui kaedah inkubator pula akan dibiarkan selama 48 jam untuk mengeringkan bulunya. Kemudian ia boleh dipindahkan ke dalam kotak kayu khusus yang dilengkapi dengan alat pemanas biasana mentol berkuasa 15 watts dan aksesori lainnya.
b. Anak ayam - Hari 4-90
Kotak kayu dapat menampung anak ayam dari umur 3 hingga 90 ahri. Berikut adalah peralatan yang diperlukan:-
i. Sumber panas selama 24 jamLampu/mentolberkuasa 10 hingga 15 watts hendaklah dinyalakan selama 24 jam. Mentol hendaklah digantung dua inci dari paras tinggi anak ayam. Ini untuk mengelakkan pancaran cahaya secara langsung kepada matanya. Pancaran cahaya yang berlebihan akan mengakibatkan stress mata dan masalah-masalah lain kepada anak ayam. Punca panas atau haba selalunya diletakkan di salah satu sudut kotak.
ii. LantaiAlaslah lantai kotak dengan 3 atau 4 helai kertas surat khabar. Sewaktu melakukan kerja pembersihan harian, buanglah lapisan yang atas sahaja. Lapisan yang bawah masih boleh digunakan untuk hari berikutnya. Jangan gunakan kertas yang keras dan licin. Ini berbahaya kepada kaki anak ayam. Oleh itu, gunakanlah kertas yang lembut dan tidak licin.
iii. Cawan makanan dan airAnda boleh membuatnya sendiri. Gunakan botol mineral yang bentuknya persegi berukuran 0.5 liter (500 ml).
Makanan dan air yang dijual di kedai haiwan peliharaan juga boleh digunakan. Namun, ia haruslah disesuaikan dengan ketinggian dan perkembangan anak ayam.
iv. Kebersihan keseluruhanSecara amnya, lebih bersih persekitaran akan lebih sihat anak ayam anda. Oleh itu, jagalah kebersihan kotak tersebut sebersih yang mungkin. Pembuangan najis dan surat khabar hendaklah dilakukan setiap hari. Bekas air haruslah dibasuh setiap dua hari sekali. Ini untuk mengelak jangkitan dari najis itu sendiri. Makanan dan air hendaklah diganti setiap hari.
v. Bentuk binaan kotak kayuBiasanya kotak buatan sendiri ini menggunakan bahan-bahan seperti papan lapis serta dilengkapi dengan sumber haba dan aksesori lain.
Adalah bijak untuk menempatkan sumber haba di suatu bahagian. Ini untuk memastikan haba terpusat dan berkekalan di satu sudut sementara bahagian lain bebas haba dan dingin. Jadi apabila anak ayam membesar, ia mempunyai pilihan untuk berada dekat dengan sumber haba atau menjauhinya. Cara yang paling mudah untuk mengasingkan haba atau sumber haba ini ialah dengan menggunakan kotak kertas yang berukuran 8 inci x 8 inci panjang x 8 inci tinggi di mana dua sisinya dibuat lubang seperti pintu (cukup besar untuk memasukkan tangan) dan mencapai soket mentol yang tergantung.
Sediakan sebatang kayu kecil dengan diameter lebih kurang 1/2" diletakkan mendatar/melintang kotak. Semakin ayam membesar, ia mungkin memerlukan kayu untuk bertenggek sama ada untuk tidur atau sebagai tempat berehat. Ia juga dapat membentuk kaki yang kuat dengan mencengkam kayu tersebut.
Pintu kotak haruslah dibuat daripada besi dan dilapiskan dengan jaring seperti jaring nyamuk untuk mengelakkan penceroboh seperti kucing, tikus atau binatang lain di waktu malam.
Kotak juga hendaklah diletakkan di dalam rumah. Pilihlah satu sudut yang udara di dalamnya beredar dengan baik tetapi jauh daripada pancaran matahari atau hujan.
Berjemur dan bermain pasir
Apabila anak ayam mencapai umur satu setengah bulan dan seterusnya, anda boleh membiarkannya berjemur. Ini dapat merehatkannya di samping pancaran matahari dapat membunuh bakteria di celah-celah bulunya. Ia juga dapat merangsangkan pertumbuhan kebiasaan semula jadinya.
Maklumat lain yang berguna
Apabila anak ayam sudah membesar, anda hendaklah menambah peralatan sedia ada. Selalunya pertumbuhan atau pertukaran pada peralatan anak ayam ini boleh dilakukan apabila anak ayam berusia dua setengah bulan dan seterusnya.
Sumber habaTukarkan mentol 15 kepada 10 watts. Ini kerana anak ayam yang sudah membesar mempunyai banyak bulu. Bulu-bulu ini dapat membantu dengan memastikan anak ayam sentiasa berada pada suhu yang sesuai. Ini dilakukan sehingga usia ayam mencapai dua setengah hingga tiga bulan serta bulu tumbuh sepenuhnya.
Bekas makanan dan minumanApabila ayam serama semakin membesar, anda perlu menukarkan kepada bekas yang lebihbesar bersesuaian dengan ketinggian dan perkembangan serta tabiat makan anak ayam. Pengawasan yang teliti terhadap makan dapat menentuan saiz terbaik bagi anak ayam tersebut.
nak jadi sampai macam nie bukan senang tau..kalau tak sabar boleh bakar reban...