Perjalanan mengambil masa tiga (3) jam setengah. Dan sejujurnya, ini PERTAMA kali aku menjejakkan kaki di Cherating. Aku sudah berpesan pada suami supaya jangan berharap sangat yang kami akan dapat menempah penginapan di sana di saat-saat akhir tanpa early booking, almaklumlah hujung minggu ramai yang keluar berlibur. Memang betul sangkaan aku, SEMUA hotel di Cherating penuh di tempah (termasuk Club Med, gila kan?). Yang tinggal cumalah chalet-chalet kecil sahaja. Of course, bagi tujuan menyambut anniversary, menempah chalet is a NO-NO. Tak romantik kata suami ;P
Aku ingat nak ajak berkelah-kelah sahaja dan selepas tu pulang ke KL, tapi kesian pula bila lihat muka suami mencuka sebab tak dapat hotel. Nak dijadikan cerita, tiba-tiba aku dapat panggilan dari Impiana Cherating, hotel pertama yang kami jejak sebaik tiba di Cherating. Rupanya ada suite kosong bagi tiga (3) hari dua (2) malam sebab telah di cancel booking. YEAY! Punyalah suka kami berdua! RM350 untuk satu malam macam terlari sasaran sikit dari budget asal kami tapi demi anniversary apa salahnya kan? Suite kami dipanggil Jelita Suite. Ada four-poster bed (sayangnya jenis twin, bukan queen), bilik air besar dengan bath-tub, dan ruang santai dengan meja menulis dan kabinet TV (TV kecik!), tapi kami tak kisah sangat sebab ke sana pun main redah je kan, dapat bilik pun dah kira syukur ;)





Tapi yang buat aku tersangat happy dan satu perkara yang pasti, aku sedar yang aku mempunyai suami yang sangat menyayangi aku dan menghargai aku sebagai isteri dan bakal ibu kepada anak-anak dia. Kami dah pun merancang untuk bercuti setiap kali menyambut anniversary mulai tahun 2010 ini. Dengan memikirkan yang kami bakal menyambut kelahiran anak pertama dalam masa dua (2) minggu lagi, aku memang rasa cukup bertuah dan tak pernah puas rasanya berkongsi hidup dengan Mohd Hezrik...
I LOVE U SAYANG! ;*