Showing posts with label january. Show all posts
Showing posts with label january. Show all posts

Friday, February 1, 2013

first attempt

today is 310113. such a great number ayte?

and hey, we are already in 2013 ok? seriously?

like seriously? 

no. i mean, this is my first attempt to post an entry here.
like seriously? 

eyp, enuf said.

hello 2013. Assalammualaikum pembuka bicara kepada kamu kamu kamu jika ada yag masih menapak untuk mencari huruf huruf yang ditaip oleh penaip ini disini. jika masih ada. silalah jawab salam saya. doakan saya juga sentiasa sejahtera. dengan izinNya jua. =)

tahun 2012 telah saya dan kamu semua tinggalkan. dan pasti segala yang kita lalui pada tahun itu pasti tidak akan kembali lagi. jika masih ada beberapa perkara yang bakal berulang pada langkah awak pada masa akan datang, pastinya tidak akan sama lagi seperti langkah yang lalu.


honestly, i don't know where to start.
and how to describe every single thing happened in this month.
ianya macam masa berlalu sangat pantas. 
dan terasa masa saya telah dicuri. insyaAllah, dicuri dengan lebih banyak perkara yang berfaedah jika nak dibandingkan dengan yang tak berfaedah. manusia biasa macam saya mana boleh lari dari kekurangan yang satu itu. i know, i'm bad. and still kan? i know. i know. (nodding)

ok. why so serious? hihi (ok im trying to put some hihi for u)
why so formal in writing?
mungkin sebab dah kekok nak menulis. alrite. let's start.
ikut saja apa yang jari mahu menulis.
gonna put some random stuffs across my mind right now,
saje nak buang masa kejap dengan blog padahal banyak lagi benda perlu hadap now. 
sigh.

am so busy super duper busy. poyo sangat je kan bunyinya. tapi memang saya pilih untuk menyibuk nyibuk kan diri. buat buat sebok pon ada sometime. eh selalu jugak buat buat sebok. dan perasan sebok. hihi. ok tak perlu kot nak letak hihi tu. tak hilang stress pon kan?

ape ek nak cerita? my life is so boring. tapi rasa bersalah sangat kalau tiap kali nak cakap yang "hey, my life is so boring la". ianya macam seorang yang tak tahu apa hala tuju. mana boleh hidup awak bosan sedangkan kalau awak seorang yang punya matlamat hidup yang satu itu, tidak mungkin keluar perkataan hidup bosan. or hidup yang membosankan. or membosankan sangat hidup. or membosankan ada hidup. or hidupku sudah tidak bermakna lagi. ok over sangat tu awak.

ok. you know what, saje je nak buat buat tanye. konon  rase macam tengah bercakap ngan orang lah kununnye. hihi. ok tak nak tulis hihi da nampak macam stress sangat lettew. haha. 

perkara yang pertama yang terlintas di fikiran saya adalah umur saya sudah mencecah 23 this year? repliey's believe it or not sangat kan? yup, quite a big number. 

aku rasa aku taip entry ni macam bukan aku. kenapa eh? 

ok seriously, let's start:
 SATU
ok ini aleesya. kadang kadang die gedik. perasan semua orang dalam dunia ni bagi attention kat die. kononnya. ini gambar aleesya mase balik cuti lastweek. heaven jugaklah lari balik rumah 5 hari cuti. oh heaven. ok, nak citer ape lagi? cik kah sayang aleesya. =)

DUA
ehem ehem. sape yang sibuk dulu panggil orang loser sebab tak ada lesen tu? see the leg now. hehe.
Alhamdulillah, in early of this month i managed to get my license!! 
rasa time tu nak jogging satu taman perumahan sebab tanda celebrate hari kebahagiaan.
erk apakah? kak, loser sangat tu cara celebrate. haha.
so, sekarang sebut saja tuan hamba semua nak kemana, mari patik tolong drive kan. 
ok riak sangat tu menaip ayat. haha. 

TIGA
ape yang nak diceritakan pasal makhluk di atas? entah. 
ok rasa macam dah malas nak taip. ngantok. tapi tak boleh tidur lagi sebab ade kerja kene siapkan.
sila dapatkan dipasaran ye adik-adik. ni buah tangan dari akak lumut.
lumut dalam english 'moss' kan. just terfikir yang artis nama deja moss dulu tu....
erk. so can call me fika moss. means, fika lumut. haha. 
nasib baik tak ada orang suggest itu jadi nama pena. ohh nama pena katanya. =p

 EMPAT
ok malas nak citer jugak. this is a part of my tasks. film checking namenye.
dah macam steps nak jadik pelakon pulak bunyinye. memang jauh panggang dari ayam panggang. haha.

ok some might feel so curious why i do this stuffs. ok sebenarnya saya sekarang adalah seorang penganggur terhebat. apa yang hebatnye sebab sambil menganggur saya minum air dan berselam selam. erk? ok now kami tengah tunggu untuk panggilan posting. sementara tu this month jugak kami telah dipanggil interview yang kami semua tak sangka kami akan dipanggil untuk interview tu. if saya dapat job tu, saya akan cerita ok the whole story. and if saya dapat kerja tu, maknanya tak ada orang da ke nak panggil saya cikgu fika? sobbbss... takpelah panggil saya cikgu lumut je lah. =p.
doakan saya dapat job tu. saya tahu ramai lagi calon yang hebat. tapi saya telah cuba sedaya upaya saya. jika mahu dipilih guru dengan job tu, honestly saya seronok jugak berada disekolah dan melayan bebudak bebudak. ok back to the topic, sekarang saya penganggur sambil selam selam dan minum air laut. ok merapu. padan muka sape suruh baca. kan dah buang masa. buang masa tu kan amalan syaitan. teladannya janganlah awak semua buang masa. adakah saya perlu stop menaip now?

LIMA
ini hadiah untuk baby adam. my niece yang ke 5. adam lahir bulan disember.
kakak saya tak tengok pon drama adam dan hawa tu.
so  die letak nama adam tu sebab sedap. bukan sebab aaron aziz pon.
aaron aziz jangan nak perasan. haha.

ENAM
ini sahabat dan kakak-kakak namanya. sebab mereka semua lebih tua dari saya. haha. sori terkeji pulak. tapi memang kami nampk macam sebaya. ok fine saya nampak tua kan.. tak kesah pon. saya kawan tak kira umur dan darjat mahupun pangkat. eceh.
hehe. saya sayang mereka. kami kenal di Auckland sana. dan kami cuba untuk meluangkan masa untuk berjumpa setibanya di Malaysia. masing masing sudah terpisah dan punya haluan sendiri. begitulah hidup kita. acuannya luas. pengalaman itu ambil lah. 
ok tak payah nak bermadah, bosan je kan baca. sape suruh.

TUJUH
ini nak menunjukkan betapa saya suka buat buat busy.
manusia ni saiko.
menghantui hidup saya juga sejak kebelakangan ni.
ntah boss sape ntah.bos kamu ker? ke kamu? kamu tu? sume mende nak cepat. ish.
tapi saya bersyukur saya boleh kutip pengalaman dari perjalanan kali ini.
looking forward more to come. =)
but am not looking forward nak kene hadap muka manusia itu. kesian sangat diri ku.

LAPAN
ini pulak baby shana!!! my friend's niece. gamba ni last week punye gamba kot.
hye baby shana! u are so adorable! =)
ape ntah motif letak gamba budak banyak banyak dalam entry ni.
hakhak. hello, diorang comel kot.
tengok pipi shana tu. tak rasa macam nak gigit ker?

SEMBILAN
my highskulmate's wedding in Penang.
was my first time in penang! ye seumur hidup ini pertama kali. tak kesah lah orang nak kate i'm a big L.
seronok, akhirnya dapat cross satu tempat dekat malaysia ni.
perasan tourist sangat kan? =p

SEPULUH
my first and second anak buah.
sibuk tunjuk kehebatan permainan masing masing dekat cik kah.
ok lah cik kah pon buat buat teruja.
miss u both now. sigh.


alamak, cik kah da mengantuk. tapi ada perkara perlu disettle kan. tak boleh dah nak upload pics lagi. cukuplah sampai disini. selamat malam. 

semoga kamu semua yang membaca sentiasa lalui perkara yang baik-baik saja dalam hidup kamu. aku doakan Dia jauhkan kamu semua dari perasaan sedih dan pedih. dan dapat apa yang kamu inginkan. kehidupan kadangkala mengajar kita untuk mengalah dan melepaskan. 

aku bukan sedih, apatah lagi kesal. aku cuma merenung.

jumpa lagi hujung bulan depan blog. =)
Assalammualaikum.