Lagi beberapa hari dah nak habis 2022.
Perjalanan baru 2022 memang aku takkan lupa sampai mati. Dan segala perjalanan 8 tahun sebelum tiba 2022 pon aku takkan lupa sampai mati. Kalau tanya aku regret ke? Jawapan aku "tak". Kalau tanya lagi kenapa aku tak regret....
Sebab aku ada aira dan airyn.
Ni kesayangan aku. Juga kekuatan. Mungkin ada orang akan regret dengan apa yang berlaku bila rasa tak cukup kuat untuk hadap dan urus sorang-sorang. Tapi untuk aku, memang aku yakin sangat-sangat ujian ni sesuai untuk aku. Pesan pada diri bersangka baik dengan Allah. Sebab itu satu-satunya kita kene minta adalah kekuatan. Kita tak kuat kalau bukan Allah yang izinkan.
Macam aku sendiri...banyak dah perkara berlaku dalam hidup aku selama ni aku dah regret. Berkali-kali aku dah sampai ke fasa regret sampai aku dah lost hope. Aku tau kau pon ada fasa regret kau. Orang lain pon ada. Sebab tu kali ni aku dah tak ada ruang regret untuk cerita kali ini. Tahun 2022 aku tak ada masa nak sedih lama-lama apatah lagi nak terduduk regret sebab semuanya tak macam apa yang aku bayangkan ke apa. Tak guna nak regret untuk orang yang berjanji itu ini akhirnya mungkiri janji. Dalam dunia ni ramai penipu. Terima kasih untuk semua yang hadir dalam hidup aku sekadar untuk menipu. Dan hari ini aku rasa ramai orang tak boleh dipercayai. Sebab itu aku memilih untuk tidak bercerita lagi pada orang yang aku kenal dan lebih memilih untuk berdiam dan tunjukkan aku happy.
Jangan tanya lagi soalan yang sama dan bercerita sesama kamu tentang aku. Adakah aku ini tidak berduka? Tipu. Duka dan sedih aku dah aku simpan rapi dalam hati. Segalanya untuk aku tunjukkan pada Allah sahaja. Untuk aku tunjukkan pada manusia lain mungkin tidak. Cukuplah jika selama ini kita telah rasa manusia yang kita percaya dan mungkin pelindung itu telah hadir seketika cuma. Aku sudah berhenti untuk percaya manusia apatah lagi bergantung harap.
Jadi kali ini kita jalan terus. Cuba kejar kepercayaan Tuhan pula pada kita.
Balik kerja tadi aku rasa penat sangat. Hari ni merupakan hari terakhir aku kerja bagi semester 1 sesi 2022/2023.. januari 2023 nanti akan mula sem baru. Balik kerja jalan jem teruk. Sampai rumah aira ajak aku main badminton. Aku cakap mama penat sangat.. ntah aku memang betul-betul penat sebab kerja dan sebab uruskan anak itu ini. Terkejar-kejar kesana sini. Aira macam sedih bila aku tak nak main badminton dengan dia. Lepas maghrib aku pesan boleh tak tolong asingkan baju dalam bakul nanti mama turun dan lipat sama-sama. Aku suruh juga dia ambil nasi untuk adik sekali dan duduk makan dulu. Nanti mama turun.
Sudahnya aku tertidur sampai pukul berapa aku tak tau sebab aku terjaga bila airyn datang dan cakap "mama..bangunlah..kami dah mandi..dah makan... Jom lah turun ada suprise untuk mama dekat bawah..jom la tengok.."
"Mama penat la dik.. suprise apa. Kalau esok boleh tak mama tengok.."
"Kalau mama tak turun, kami tak nak bagitau dulu apa suprise tu..jom la mama bangun turun ..". Ntah la aku memang betul-betul tak larat dan penat. Rasa dah lama tak rehat betul-betul. Tapi aku dapat teka apa sebenarnya suprise yang dimaksudkan. Biasalah mak mak mesti ada instinct kuat sikit. Hehe. Sebelum ni pon mereka pernah buat dan aku memang suka suprise ni..aku boleh je nak teka..tapi aku saje buat-buat tak tau..
"Suprise apa..bagitau la.."
Airyn pon mula buka mulut, "kami dah kemas rumah. Dah sapu..basuh pinggan..lipat baju kami..asingkan baju sekolah dan baju mama...da kemas rak buku dan kemas rak mainan..kami dah kemas cantik-cantik kat bawah..jomla turun ma..."
Aku terus peluk dua-dua orang yang sangat aku sayang ni. "thank you anak-anak sebab tolong mama dan jadi anak yang baik..."
Aku tulis sini sebab nak jadikan memori sendiri mana tau satu hari anak terjumpa blog ni. Cuma tak nak anak aku lalui banyak kekecewaan macam aku.
Terima kasih Allah untuk segala ujian.
No comments:
Post a Comment