Showing posts with label Hotel. Show all posts
Showing posts with label Hotel. Show all posts

Thursday, April 25, 2019

Dash Box Cyberjaya

Adik aku akan bawak tido hotel time birthday anak-anak dia. Bila dia ajak pergi Dashbox ni laju je masing-masing nak join. Jadinya kami book 5 bilik. Yang syoknya buka-buka pintu dah nampak pool. Budak-budak tak keruan nak terjun tiruk dalam pool. Masa check in dia akan mintak deposit. Ingatkan boleh guna debit or credit card, sekali nak cash je ko. Nasib laa ko ada duit masa tu. Kalau idok terpaksa laa ko mengagau cari bank kat Cyberjaya ni. Bilik semua dapat dekat bawah and sebelah-menyebelah. Sakan budak-budak ni pegi jelajah semua bilik. Sampai bilik letak barang siap sedia nak sambut birthday. Tukar baju siap-siap sebab sure masing-masing tak sabar nak terjun kolam.


Yang best dekat Dasbox ni kolam dia. Ada paling cetek dan jugak paling dalam. Kolam pun luas besar. Walaupun ramai orang tapi masih selesa nak mandi manda. Nampak gambar bawah ni, bukak pintu kolam terus. Nak kate takde privacy aku rasa ok je. Ko nak golek tutup la pintu ngan langsir sikit. Golek la ko dalam tu. Aku memang kat luar ni je laa sebab budak-budak ni sakan mandi manda.

Bilik dia comel je. Cukup la ko anak beranak. Selesa nak tido semua. Aku tengok ada yang jenis kontena. Tapi yang kontena tu nampak kurang selesa laa. Yang ni jugak terbaikkk.

 Nampak, budak-budak ni awal-awal dah  tukar baju mandi. Tak menyabar dah tu.



Esokkan sebelum check out budak-budak nak mandi seround dulu. Pagi-pagi dah pergi breakfast kat cafe dia. Bad service betul laa. Maybe ramai orang, jadinya makanan semua lambat. Ko mintak koko crunch pun tak sampai-sampai. Adik aku siap mintak mangkuk and susu nak letak sendiri, dah ko lambat sangat kan. Masa ni laa ko tengok betapa ramainya orang mengamuk sebab makanan tak sampai. Sian aku tengok budak-budak ni. Tadah telinga je kena maki dengan orang ramai. Sebelum pergi dah baca review, ingatkan idok la teruk sangat. Rupanya teruk jugak laa. Sekarang tak tau laa service macam mana. Maybe dah okey and dah diperbaiki.

Muka-muka kelaparan. Makanan sampai masing-masing dah tak lalu makan sebab makan angin banyak sangat.

Overall aku bagi 4 bintang untuk Dashbox tapi cafe takdok bintang. Kalau aku pergi lagi, kita tengok cafe dia dah okey atau belum.


Monday, October 24, 2016

Hard Rock Hotel Bali

Seperti yang sedia maklum, trip kali ni kami stay di Hard Rock Hotel Bali. Location HRH ni memang best. Berdepan dengan hotel adalah pantai Kuta. Dekat dengan mall and kalau nak ke Legian pun boleh jalan kaki je. Bagi aku, bilik HRH ni aku bagi 5 star, cumanya tandas je takdak hose. Setelah aku riki-riki budak-budak lain, ada setengah bilik ada hose. So bertabah la berak basuh guna gelas. Nasib sinki dekat. Dalam hotel ada peti ais, cumanya kalau ko nak guna, ko kena bayar deposit dulu. Kalau taknak bayar dia akan kunci peti ais tu. Selipar pun ada, selipar jepun HRH tu kalau tak silap aku 67,000 rupiah (sebelum cukai ye). Agak-agak nak buat kenangan, check out nanti bayo je la selipar tu. 

HR hotel ada swimming pool yang bagi aku besar jugak, gym, spa, pub/cafe yang ko boleh goyang paler sambil dengar orang nyanyi. Sediakan duit je nak masuk dalam tu. 

Satu bilik dua orang. Bila masuk dalam tengok katil, wow..sorang satu katil tuuu. Boleh buat kuak lentang atas katil. Bilik aku mengadap garden and swimming pool hotel sebelah. So malam-malam boleh la skodeng orang mandi.



Bilik air macam biasa laa, bath tub and lain-lain. Sayangnya aku tak cukup masa nak berendam dalam bath tub ni. Sedihhhhh. 




Pagi-pagi aku round sekeliling hotel. Tengok garden and swimming pool. Sayang jugak, masa tak cukup nak utilised semua kemudahan yang ada dalam hotel ni. Sampaikan supir cakp " u'oll ni duduk hotel mahal, tapi bukan nak utilised semua yang ada, yang u'oll buat, tido". Nasib badan pak supir. Dah jadual dari pagi sampai malam. Bila masanya nak berendam dalam pool tu.



 Banyak gitar-gitar sekitar HRH.. trademark hotel ni laaa..



Depan hotel ada gitar-gitar macam gambar kat bawah ni. Ramai orang pakat posing kat sini. Dalam hotel, ada satu kedai HR. Kalau guest beli sebelum pukul 11 pagi akan dapat discount 10% tak silap aku. Macam biasa laaa, barang HR ni kebanyakkan around RM70 ke ratus-ratus. Ko pejam mata je la beli and bayar. Bukan selalu beli and pergi Bali pun.



Keluar dari pagar hotel, ko akan jumpe benda ni. Kalau malam sikit punya ramai orang nak bergambo sini. Dekat Bali, tak silap aku ada 3 HR shop, satu dalam hotel, kedai kedua and ketiga, dekat-dekat dengan hotel. Satu dekat dengan HR cafe/pub and lagi satu memang HR shop sahaja. Yang tu memang besar and banyak pilihan compare yang dua ni. Tapinya ko beli kat kedai tu kau tak dapat laa diskaun.


Pantai Kuta. Masa aku tengok, terbayang aku kalau Tsunami mana aku nak lari. Takuit.


Jalan besar depan hotel, pagi-pagi tak banyak kereta and motor lagi.


Hard Rock Cafe, malam-malam kawasan ni meriah laa. Nak masuk rasanya ada dress code dia sendiri. Tak sure sebab ada orang jaga depan pintu. Dekat sini ada satu HR shop. Tapinya kecik je laa. Sama macam dekat hotel. HR shop lagi satu, idok la aku bergambo. Situ pun ok kalau nak bergambar.



#Nak sambung cerita Bali part 2..kemalasan melanda, gambar dah ada dalam draft tapimya nak menulis tu, yang ampunnnnnn...takdak idea and lupa nama tempat. Nak kena rujuk kertas travel agent bagi hari tu.



Erna

Thursday, October 2, 2014

T Hotel Kuala Perlis

Masa pergi Langkawi tu, kami decided dok satu malam dekat Perlis. Bukan ape, takut penat je. Almaklum la dari KL ke Perlis berapa jam kan. Dengan budak lagi. Kami pilih T hotel ni pun sebab hotel ni serba sebrbi dekat. Jeti dekat. Kedai makan dekat. Semua dekat la. 

Nama pun hotel budget kan, bilik dia pun ala-ala budget la. Yang ada dalam bilik katil and TV. Almari yilek pochi. Baju ko gantung je la kat tempat dia sediakan. Bilik air pun ok and bersih. kettel takdak, tapi jangan risau dia ada sediakan tempat ambik air panas and air masak. So far, kalau takat ko nak tido semalaman tu, kira ok la. Kalau nak selesa pi la la cari hotel yang ok sikit. Dari apa yang aku nampak, dekat Kuala Perlis ni banyak hotel yang macam ni la. Harga masa aku book tu dalam RM100-RM200. Ingat-ingat lupa dah.

Breakfast pun ada disediakan. Makanan tak banyak pilihan. Ko takleh nak merungut la sebab ko bukan dok kat hotel 5 bintang kan. Rasanya breakfast dia sediakan nasik goreng, kuih sejenis dua, air panas, tak ingat kopi and teh. Aku nak ambik gambar, tapi segan sebab ramai benor orang dalam tu. Taste, so so and boleh lahhh untuk alas perut.



Abaikan la laki den dok lepak atas katil and layan budak jakun 2 orang tu. Bilik yang aku pilih ada 1 queen bed and 1 single bed. Selesa la dok 4 beranak. Tido pun lena sampai pagi.

Ok. Abis cerita hotel.