Followers

Showing posts with label makan2. Show all posts
Showing posts with label makan2. Show all posts

Wednesday, May 09, 2012

Sejenak di Pasar Siti Khadijah

Hallu bloggers!

Last 2 weeks Eppoe balik Kelantan sebab ada appoiment gigi.
Alang-alang balik Kelantan, Eppoe pon pegi la Pasar Siti Khadijah sebab nak beli makanan sikit.
Adeh.
Rambang mata tengok kuih muih kat sana!
Sedap dan Murah!
Rasa macam nak borong semua.
*nafsu makan*
Kuih kat sana semua 4- RM1. Giler murah kan??
Kalo kat KL, mane nak dapat harga ni?
Kalau murah pun, belum tentu sedap. ekekeekekeke.

Jom jamu mata sikit!

antara kuih-muih yang dijual di pasar

Faveret Eppoe - Buah Tanjung. Time puasa memang laku kuih ni!

Ni pulak, Nasi Tumpang~

Ni pulak namanya ETOK. Sedappp! Tapi Eppoe dah lama tak makan sejak  pakai braces. huhuhuhu

Sape tau nama ubi ni? Kalo orang kelantan, kitorang panggil ni Ubi Keling.

Friday, February 03, 2012

Pengat Nangka untuk Minum Petang

Hallu Bloggers!
sejak eppoe dah tak keje ni, baru la rajin balik nak masak.
hahahaah.
kalo tak, balik keje terus masuk bilik, tido.
hari ni hari ketiga eppoe menganggur.
Pagi tadi makan cekodok pisang. Tengahari plak makan sup ayam dengan terung masak berlada.
So, dah petang ni tekak rasa nak makan benda manis-manis plak.
Kebetulan dalam peti ais ada nangka.
So, eppoe pon buat la pengat nangka.
Ni first time buat pengat nangka!! Main hentam je ni. haahaha.
Nasib baik ada rupa pengat!


Jom kita layan gambar pengat nangka!

Friday, November 19, 2010

Cheesecake lagi dan lagi

hallu bloggers!
hari ni dengan rajin nya eppoe buat ciskek.
ciskek ni siap pukul 11.30pm tadi.
PANAS LAGII!

tujuan?
bukan suka-suka, tapi sebab ayah din dan family nak datang esok, jadi apa salahnya kalau eppoe hidang kek ni. ye dak?

hari tu, eppoe penah buat ciskek kat umah ayah din, tapi x menjadi! Malu giler. huhuh. tatau kenapa. resipi dah sama.. maybe sebab oven lain kot..

ni antara gambar yang eppoe sempat amik tadi.


bahan-bahan.. comel x lembu tu? hahaha


biskut oreo sebagai based









dah kene ngap~

Thursday, November 18, 2010

Pulut Lepa

hallu bloggers!

semalam eppoe dah balik kampung ayah kat pasir puteh. hari ni, eppoe balik kampung mak plak kt machang (still in kelantan). masa on the way balik sana, pemandu jalanan bawak kete macam HARAM. haduiyai..teruk betul..

setiba kat kampung, singgah umah Pak Muda. Naik-naik je nampak ketupat daun palas! oh. sedap nye! pastu eppoe meluru ke dapur lak. heheeh. Mak Muda hidang mee goreng. pastu kebetulan die tengah buat pulut lepa. Lama gile tak makan!!

ekeceli, pulut lepa ni sama je dengan pulut panggang. cuma kami kat klantan je panggil dengan nama ni. ehehee. Mak Muda bungkus pastu bakar atas dapur. Hidang panas-panas! tercapai jugak nak makan pulut lepa ni.

pastu singgah umah Wan dengan Mek plak. Tengok atas meja, ada pulak ketupat pulut dakap! REzeki! tapi ketupat dakap tu eppoe tak sempat nak snap gambar sebab nampak-nampak je terus masuk mulut! hehehe


BURGERmbira

mode: layan AMERICA's NEXT TOP MODEL SEASON 14..

tiba-tiba eppoe rasa lapar malam-malam ni.
jengah ke dapur, bukak peti ais.
ada daging burger.
cun!
apa lagi.
panaskan pan, masak daging burger.
potong tomato, bawang, salad.
taruk sos cili, sos black pepper dan mayonis.

Sedap kot.
ehhehe.
burger orang bujang. simple je.
sila la jamu mata~ \(^,^)/




Thursday, October 21, 2010

Tiramisu lagi




hehe.

ni kali ke tiga saya buat tiramisu.
sonok buat kek ni sebab kita x perlu bakar dalam oven..pastu nak tunggu kek masak..
leceh kan?

kek ni, just letak dalam fridge pastu tunggu kek ni set.
Sedia untuk di nikmati.

kek ni saya buat waktu raya hari tu. kawan saya, Iha order. mula-mula agak takut jugak.. ye la..kalo buat untuk makan2 biase ok la.. ni buat untuk tempahan, so kena lah buat betul-betul and make sure kek ni sedap.
ALhamdulillah.. Iha kata kek ni sedap!

*wink..*wink (^,^)

Chocolate Moist Brownies

SOo long!
dah lama x update blog ni pasal makan-makan.

ehehe.
last week, was my last class for this semester.
then, my beloved lecturer Prof.Madame Raishah treat the whole class!

Madam beli chocolate brownies untuk kitorang.
sangat sedap!
coklat melimpah ruah..pekat likat..manis..
yummy!







sangat menggoda!
p/s: cuti sem nanti, nak try buat kat rumah!

Friday, March 26, 2010

Fettuccine Carbonara

salam.
lama x update blog.
agak busy semester ni.

baiklah.
dalam kesibukan jadual harian, saya sempat lagi untuk mengupdate blog ni.
hanya untuk berkongsi sedikit resipi dengan kawan-kawan.

saya jarang makan nasi.
makanan rugi saya sekarang adalah pasta.

jadi, hari ni saya nak kongsi dengan anda resipi Fettuccine Carbonara.
senang.
cepat.
mudah.
sedap. (hehehe)

BAHAN-BAHAN:

Fettuccine
Alfredo paste (saya beli brand Leggos)
seulas bawang merah yang dihiris @ cincang
Cili padi (kalo nk pedas)
daging kisar

CARA-CARA:
1. rebus fettucinne di dalam periuk yg mengandungi air.
tambah sedikit minyak supaya pasta tidak melekat.



2. bila dah masak, toskan air.



3. Panaskan periuk dengan sedikit minyak.
4. Tumiskan bawang.
5. Masukkan daging cincang.
6. Masukkan alfredo paste.



7. Adjust seasoning.
8. Sedia untuk dinikmati!!





selamat mencuba!!

Saturday, February 27, 2010

Bread and Butter Pudding

Petang Jumaat semalam, my Big Brother, Didi buat makan2 kat umah baru dia. so, die suh aku prepare satu dessert yang murah, mudah dan senang. heehhee..
so, aku pon terpikir la nak buat Bread and Butter Pudding.
di sebabkan dah lama x buat, resipi pon dah hilang, so aku belasah jer. main campak2 jer bahan-bahan dia.
Alhmdulillah.. Kak Na cakap sedap. dari 5 bintang, die bagi 4 bintang! hehehehe
tengs Sis!

bahan-bahan yang diperlukan:
roti sandwich
susu cair/susu segar
telur
gula
kismis
chocolate chip (optional)
loyang untuk membakar

cara-cara:
potong roti menjadi empat segi.
susun dalam loyang yang telah disapu dengan marjerin.
tabur kismis dan chocolate chip.
campurkan susu cair bersama telur dan gula.
kacau hingga sebati.
tuangkan separuh adunan susu ke dalam loyang.
biarkan roti menjadi kembang.
tuangkan lebihan adunan susu ke dalam loyang sehingga habis.
sedia untuk dibakar!
apabila masak, biarkan sejuk di dalam peti sejuk supaya pudding senang untuk di potong.

*enak dimakan bersama custard sauce~
p/s: custard sauce senang je nk buat.
susu cair, tepung custard, gula dan esen vanilla.






Wednesday, February 17, 2010

#5 Meniaga

penat tak hilang lagi.
kenyang tol makan Chim Chum tadi..

preheat oven dulu.
sib bek malam ni buat untuk 30 pieces je.
dapat la aku tido awal.
sok pagi nak buat frosting lagi.
heee..

cupcakes yang ni aku buat perisa oren..nak bagi wangi sikit.
decoration lebih kurang same je dengan yang ari tu..
xde beza sangat.
Kek ni Kak Nurul nak bawa balik Ipoh.
kate nye nak bagi kat kawan-kawan die.
xtau la. dengan Baby Akif yang ganas tu..arap2 kek ni selamat sampai Ipoh.
hahahahah

Saturday, December 19, 2009

Photo Meniaga~

my 1st kapkek yang diorder oleh pokcik onyeng~












Saturday, August 15, 2009

FHM 2009

Date: 11-14 August 2009
Venue: Kuala Lumpur Convention Centre

it's was TOTALLY fun and awesome!
lots of free food testing!
such a waste for those yang tak pergi...













P/s: mereka yang peka terhadap virus selsema BABI.