Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari
Showing posts with label teknologi. Show all posts
Showing posts with label teknologi. Show all posts

0 Kafe internet khas untuk wanita

Wednesday, July 25, 2012

BEBERAPA wanita menggunakan komputer di kafe Sahar Gul, Kabul pada 22 Julai lalu. - AFP

KABUL - Sebuah kafe internet khas untuk wanita telah dibuka di sini baru-baru ini.  Kafe itu diberi nama Sahar Gul sempena nama seorang pengantin perempuan berusia 15 tahun yang pernah didera dan dikurung oleh suaminya.

Kafe itu dibuka oleh sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Wanita Muda Untuk Berubah.

Menurut kumpulan itu, wanita tidak menggunakan kafe internet yang dikuasai lelaki di sini.

Keadaan itu berlaku kerana wanita berdepan dengan gangguan daripada lelaki, kata kumpulan tersebut.

"Sebagai usaha menyediakan akses internet kepada wanita, kami kerap mengadakan sesi latihan untuk gadis bagi mengajar mereka tentang cara menggunakannya dan pentingnya media sosial sebagai cara meningkatkan kesedaran berhubung hak mereka," kata pengurus kafe tersebut, Tooba Ahmadyar. - AFP

Kosmo
Baca selanjutnya..

0 Salur darah manusia boleh digodam

Wednesday, August 10, 2011


JAY RADCLIFFE menunjukkan sebuah peranti radio yang digunakan untuk menggodam pam insulin semasa dia menghadiri persidangan Black Hat di Las Vegas pada Khamis lalu.

LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS) - Salur darah manusia turut tidak terselamat daripada penggodam komputer selepas seorang penyelidik keselamatan siber mendapati pam insulin alat pengawasan gula dalam darah boleh dikawal penggodam, lapor sebuah akhbar semalam.
Baca selanjutnya..

0 Blogger perlu patuhi undang-undang negara

Thursday, June 16, 2011



KUALA LUMPUR – Penulis blog atau blogger mempunyai kedudukan sama seperti penulis majalah atau surat khabar kerana mereka tertakluk di bawah undang-undang negara.
Baca selanjutnya..

0 Portal kerajaan digodam penjahat Dragon Force

SEBUAH kumpulan penggodam yang menggelarkan diri mereka sebagai Anonymous turut memberi amaran untuk menggodam laman web kerajaan.

KUALA LUMPUR - Portal rasmi Jabatan Pengajian Politeknik dan sebuah portal pelancongan swasta menjadi mangsa pertama sekumpulan penggodam yang dikenali sebagai Dragon Force Malaysia di sini awal pagi semalam.
Baca selanjutnya..

0 D5100 tidak perlu lagi Photoshop

Wednesday, May 11, 2011



PANDANGAN stereotaip mengenai kamera DSLR hanya untuk jurufoto profesional sudah begitu kuat melekat di fikiran kebanyakan kita termasuk penulis. Namun, kesempatan yang diberikan untuk menyertai Bengkel Memperkenalkan Model Baru DSLR Nikon dan Cara Menyelamat Penyu di Impiana Resort Cherating, Pahang baru-baru ini memberi penulis satu persepsi baru mengenai kamera DSLR.
Baca selanjutnya..

0 Yahoo susun semula carian web

Thursday, March 24, 2011


SAN FRANCISCO: Yahoo Inc sudah menyusun semula khidmat carian internet bagi mengesan pertanyaan dan menunjukkan jawapan daripada senarai dari filem hingga ke cuaca walaupun ketika pengguna sedang menaip.
Baca selanjutnya..

0 Iran berjaya cipta piring terbang

Saturday, March 19, 2011

AGENSI berita Fars menyiarkan ilustrasi yang menunjukkan bentuk piring terbang ciptaan saintis Iran yang kelihatan sama dengan gambar piring terbang dalam filem keluaran Hollywod pada tahun 1950-an.


TEHERAN - Para saintis di Iran berjaya mencipta piring terbang yang pada kebiasaannya dikaitkan dengan teknologi makhluk asing, lapor sebuah akhbar semalam.
Baca selanjutnya..

0 Mengapa Internat Amat 'Slow' Sekarang?

Tuesday, March 15, 2011


Bukan saya seorang mengalami masalah ini.

Masalah apa?

Internet connection is too slow!

Mengapa???

Pasti pengguna yang frust tidak dapat guna internet atau broadband di rumah/universiti/kolej akan pergi ke cyber cafe!

Kalau bisnes CC setiap hari intenet connection macam ni, pelanggan pun frust...marah..semua ada!

Perlukah salahkan takdir Allah ke atas bencana alam yang berlaku?

Fikirkanlah perkara ini demi masa hadapan, adakah teknologi lebih canggih daripada internet sekarang ni yang boleh memudahkan segala urusan harian????
Baca selanjutnya..

0 iPad 2 masuk pasaran

Friday, March 04, 2011

WAJAH BARU...Jobs memperkenalkan iPad 2 yang mempunyai pemprosesan lebih laju.

PENGELUAR perkakasan komputer dan telefon pintar Apple Inc secara rasmi memperkenalkan tablet popular iPad versi kedua (iPad 2) selepas kejayaan syarikat menjual produk tablet pertama mereka tahun lalu.
Baca selanjutnya..

0 Beli Kamera

Saturday, November 06, 2010



ANDA menghadiri majlis perkahwinan teman rapat anda.  Selepas menunggu, kedua mempelai yang diraikan pun tiba.  Anda merupakan antara puluhan jurugambar yang sibuk mengambil foto pasangan untuk diabadikan sebagai kenangan hari bersejarah.  Namun, tiba-tiba anda merasa begitu kerdil apabila lensa-lensa lain yang dihalakan ke arah pengantin merupakan lensa Digital SLR (DSLR).  
Baca selanjutnya..

0 Celcom Perkenal Komputer Tablet

Saturday, October 30, 2010

CHEE (empat dari kanan) dan Zalman Aefendy (kanan) bergambar bersama 10 pelanggan pada majlis penyerahan Blackberry Torch 9800 di Kuala Lumpur, semalam.

Syarikat rancang luas operasi dalam segmen peranti komunikasi generasi baru. CELCOM Axiata Bhd bercadang memperkenalkan komputer tablet mudah alih dan peranti komunikasi generasi baru yang berkaitan di pasaran tempatan menjelang akhir November ini dalam usahanya mengembangkan operasi dalam segmen berkenaan.
Baca selanjutnya..

Guna Handphone Untuk Masak Popcorn

Saturday, August 28, 2010






Baca selanjutnya..

0 Kronologi Isu Pengharaman Blackberry di Malaysia

Friday, August 13, 2010


Blackberry Haram


ALGIERS, 6 Ogos — Algeria sedang mengkaji penggunaan telefon BlackBerry dan akan mengharamkan penggunaannya jika boleh mengancam keselamatan negara.

“Kami sedang melihat isu ini. Jika kami mendapati ia mendatangkan bahaya kepada ekonomi dan keselamatan kami, kami akan menghentikannya,” kata akhbar El Khabar yang memetik Menteri Telekomunikasi Moussa Benhamadi semalam.

Algeria muncul negara terbaru memperlihatkan kebimbangan berhubung ciri-ciri Blackberry yang mendapat perhatian ramai sejak awal minggu ini khususnya di kalangan negara Teluk.

Dalam pada itu Amerika Syarikat mahu mengadakan perbincangan teknikal dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan beberapa negara lain berhubung pertimbangan untuk mengharamkan komponen Blackberry Messenger.

Mengumumkan perkara itu semalam, Setiausaha Negara Hillary Clinton memberitahu, pihaknya sedang berusaha untuk mengadakan perundingan dan menganalisis isu itu secara menyeluruh.

“… kami tahu bahawa ada isu yang sewajarnya diberi perhatian, malah terdapat juga kewajaran tentang soaln kebebasan penggunaan dan akses kepada kemudahan ini,” kata beliau di Washington.

Tiga hari lalu, pengeluar BlackBerry, Research in Motion (RIM) menyatakan tekad untuk tidak akan menjejaskan keselamatan pengguna selepas dua kerajaan Teluk mengancam untuk menyekat perkhidmatan pentingnya.

Syarikat yahg beribu pejabat di Kanada menyatakan yang ia “tidak akan mengambil mudah dalam soal integriti dan keselamatan BlackBerry.”

Kerajaan UAE dan Arab Saudi bersedia mengharamkan fungsi ‘Messenger’, e-mel dan web atas sebab keselamatan yang berpunca dari kebimbangan ia mungkin digunakan untuk aktiviti haram.

Dalam kenyataannya, RIM mengakui ia membincangkan isu keselamatan dengan kerajaan tertentu, namun syarat perundangan kerajaan serta keperluan keselamatan dan privasi syarikat dan pengguna turut dipatuhi.

BlackBerry mempunyai lebih 700,000 pelanggan di Arab Saudi dan 500,000 di UAE, sebuah negara yang kini menjadi hab perniagaan terutama sekali di Dubai.

RIM cuba menyakinkan pelanggan perniagaan bahawa rahsia syarikat yang dikawal rapi ketika dihantar melalui e-mel atau messenger tidak berdepan sebarang risiko.

“Keselamatan BlackBerry direka khas untuk membekalkan pelanggan korporat dengan keupayaan menghantar maklumat tanpa wayar selain memberikan keyakinan bahawa tiada sesiapa termasuk RIM sendiri boleh mengakses data mereka,” demikian kata syarikat itu.

Keputusan UAE dibuat ketika pemantau media, Reporters without Borders menuduhnya sebagai “mengganggu dan menahan pengguna BlackBerry Messenger yang cuba mengaturkan protes menentang kenaikan harga petrol.”

Indonesia juga sedang mengkaji soal penggunaan BlackBerry.

----------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR, 8 Ogos — “Kemungkinan pada masa depan, kita kena ada definisi Dunia Ketiga atau negara keterbelakang jika fungsi (aplikasi) BlackBerry diharamkan.” Demikian reaksi seorang pengguna dari Indonesia sebaik sahaja tersebarnya berita negara itu juga akan mengkaji untuk membataskan dan memantau komunikasi menerusi BlackBerry.

Seorang lagi pengguna memberi reaksi bahawa “sudah pasti ia merupakan gurauan hari ini bagi saya.”

Dalam siri reaksi minggu lalu, seorang lagi mengemukakan persoalan apakah Indonesia juga harus bertindak seperti yang dilakukan oleh Arab Saudi, yang bercadang memantau kandungan mesej para pengguna.

Penggunaan telefon pintar BlackBerry dilihat semakin berkembang di seluruh dunia. Lebih 100 juta set telah dijual sepanjang satu dekad lalu.

Namun disebabkan kontroversi peranti itu didakwa berpotensi untuk mengancam keselamatan sesebuah negara, ia mula menjadi dilema di sesetengah negara terutama di Teluk khususnya Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Berdasarkan perkembangan sehingga awal pagi tadi, kerajaan Arab Saudi memberi pengendali telefon bimbit tempoh 48 jam kepada pengeluarnya Research In Motion (RIM) sebelum menutup beberapa aplikasi — antaranya BlackBerry Messenger.

Saudi Press Agency melaporkan, tempoh yang sepatutnya berkuat kuasa Jumaat lalu dilanjutkan sehinga esok ekoran persetujuan awal RIM untuk memindahkan server mereka ke negara itu.

Kini server terletak di Kanada.

Kod khas

Pada 4 Ogos lalu, RIM menegaskan ia tidak boleh memenuhi permintaan kerajaan itu dan beberapa negara lain agar didedahkan kod-kod untuk akses kepada komunikasi para pengguna. Perkhidmatannya direka sedemikian rupa bagi menghalang RIM atau sesiapa sahaja meneliti bahan-bahan komunikasi.

“Dalam sesetengah kes, drama di Arab Saudi diheboh secara keterlaluan memandangkan kerajaan negara itu sudah pun memantau setiap pengeluar telefon bimbit di rantau Teluk yang menawarkan aplikasi SMS, e-mel, yang mana mereka boleh memantau,” kata penganalisis dari MKM Partners Tero Kuittinen.

Persoalan sekarang sama ada RIM akan bertindak mirip pengeluar-pengeluar lain atau hanya akan memenuhi sebahagian permintaan pihak berkuasa negara-negara terbabit, kata beliau dalam laporan dipetik Bloomberg.

Kontroversi bermula apabila larangan penggunaan BlackBerry di Arab Saudi dan UAE akan dikuatkuasakan, mencetuskan kebimbangan di kalangan pengguna. Bukan sahaja di negara-negara itu, malah di negara-negara lain.

UAE adalah negara pertama mengarahkan perkhidmatan BlackBerry Messenger digantung mulai Oktober ini kerana ia menyalahi undang-undang negara itu serta menggugat keselamatan negara sebagai hab perniagaan terkemuka di Teluk.

Keputusan UAE dibuat ketika pemantau media, Reporters without Borders menuduhnya sebagai “mengganggu dan menahan pengguna BlackBerry Messenger yang cuba mengaturkan protes menentang kenaikan harga petrol baru-baru ini.

Badan itu menuntut kerajaan membebaskan pengguna BlackBerry Messenger yang cuba mengumpulkan rakyat untuk menyertai protes itu dan mendakwa seorang daripada penganjur bantahan, Badr Ali al-Dhohori, 18, ditahan di Abu Dhabi sejak bulan lalu.

Tindakan itu diambil kerana kerajaan UAE berpendapat bahawa wujud satu potensi ancaman keselamatan kerana data berkod dihantar melalui peralatan itu dipindahkan ke luar negara, tanpa dapat dipantau untuk membendung aktiviti haram dan keganasan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Teknologi Maklumat (CITC) Arab Saudi menegaskan penyediaan perkhidmatan BlackBerry buat masa ini tidak memenuhi kriteria kawal selia dan syarat pelesenan yang ditetapkan oleh suruhanjaya itu. Ia telah memberi amaran kepada syarikat-syarikat tersebut lebih setahun lalu mengenai keperluan untuk menangani isu yang dibangkitkan.

Pengawal Atur Telekomunikasi UAE mengambil langkah menggantung BlackBerry melibatkan beberapa perkhidmatan iaitu pesanan segera, e-mel dan pelayaran web dan merancang untuk menyekat beberapa perkhidmatan pesanan dan web yang disediakan telefon pintar itu.

BlackBerry kini mempunyai lebih 700,000 pelanggan di Arab Saudi dan 500,000 pelanggan di UAE. Lebih sejuta di Indonesia.

Bulan lalu UAE mengisytiharkan telefon pintar Blackberry sebagai mengancam keselamatan negara itu atas alasan peralatannya berfungsi di luar undang-undang dan boleh disalahgunakan.

Justeru di UAE, pengendali telefon bimbit terbesarnya Etisalat menggalakkan 145,000 pengguna telefon pintar itu memasukkan perisian membenarkan ia diperiksa pihak luar. Pihak Berkuasa Peraturan Telekomunikasi (TRA) UAE bimbang Blackberry boleh disalah guna kerana ia satu-satunya telefon yang menyampaikan maklumat pengguna secara automatik kepada pusat data di luar negara.

Panduan RIM

Ini kerana RIM didakwa memberi panduan pengguna membuang perisian yang membolehkan pihak luar memeriksa pergerakan komunikasi menerusi BlackBerry masing-masing.

TRA dilaporkan menekankan, peralatan BlackBerry beroperasi di luar undang-undang tempatan kerana ia menghantar data ke negara luar untuk diuruskan pertubuhan komersial asing.

Telefon BlackBerry mempunyai ramai pengikut di rantau Teluk dan Asia Tenggara. Bukan sahaja kalangan profesional asing di pusat komersial seperti Dubai dan Abu Dhabi, namun juga belia yang melihatnya sebagai kemudahan berkomunikasi selamat untuk mengelak pemantauan pihak berkuasa.

Namun tidak jelas sama ada larangan itu dilanjutkan kepada pelawat asing yang memiliki perkhidmatan perayauan, termasuk secara kasar 100,000 penumpang yang melalui lapangan terbang paling sibuk rantau itu di Dubai setiap hari.

Malah, kod berahsia yang menyebabkan BlackBerry popular di kalangan pegawai kerajaan dan syarikat termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang masih menggunakannya meskipun selepas dipilih sebagai ketua negara ini. Beliau juga muncul merupakan presiden, di sebalik kawalan keselamatan ketat, pertama menggunakan peranti komunikasi ini.

Dengan berpejabat di Waterloo, Ontario, RIM memfokus pasaran baru di India, Indonesia, Brazil dan UAE selepas pasaran berusia 10 tahun di Amerika Utara semakin perlahan. Pulangan daripada luar rantau Amerika Utara meningkat kepada 37 peratus untuk mencecah AS$15 bilion (RM48 bilion) tahun lalu berbanding 23 peratus pada 2005.

Larangan berkenaan dikatakan berisiko merosakkan reputasi UAE sebagai tempat yang mudah secara relatif untuk menjalankan perniagaan.

Selain Arab Saudi dan UAE, beberapa negara lain termasuk Algeria, India dan Indonesia mula terasa bahang larangan penggunaan BlackBerry apabila dikatakan ketiga-tiga negara itu dilaporkan sedang mengkaji telefon pintar itu dan akan mengharamkannya jika boleh mengancam keselamatan negara.

“Kami sedang melihat isu ini. Jika kami mendapati ia mendatangkan bahaya kepada ekonomi dan keselamatan kami, kami akan menghentikannya,” kata akhbar El Khabar yang memetik Menteri Telekomunikasi Moussa Benhamadi.

Algeria muncul negara terbaru memperlihatkan kebimbangan berhubung ciri-ciri Blackberry.

RIM bertegas BlackBerry tidak akan menjejaskan keselamatan pengguna selepas dua kerajaan Teluk mengancam untuk menyekat perkhidmatan pentingnya. Ia memberi jaminan “tidak akan mengambil mudah dalam soal integriti dan keselamatan BlackBerry.”

“Keselamatan BlackBerry direka khas untuk membekalkan pelanggan korporat dengan keupayaan menghantar maklumat tanpa wayar selain memberikan keyakinan bahawa tiada sesiapa termasuk RIM sendiri boleh mengakses data mereka,” demikian kata syarikat itu.

Bagaimanapun Indonesia menafikan sedang mempertimbangkan larangan ke atas perkhidmatan tertentu telefon pintar BlackBerry.

Pun begitu, menurut Kementerian Penerangannya Gatot Dewa Broto, pihaknya meminta RIM membuka satu pusat data di Indonesia.

“Tidak benar kami merancang untuk melarang perkhidmatan BlackBerry di Indonesia. Kami hanya mencadangkan mereka membuka sebuah pusat data di Indonesia supaya data itu tidak perlu melalui Kanada,” katanya.

Heru Sutadi, seorang pegawai Badan Pemantau Telekomunasi Indonesia memberitahu Jakarta Globe, “kami berkongsi kebimbangan yang sama dengan negara berkenaan.”

Di sebalik populariti BlackBerry, dilema di sebalik bahang yang dirasai di negara-negara Teluk, India, Indonesia dan Algeria, kini mula dikaitkan dengan soal keselamatan global dan aktiviti rangkaian pengganas.

Kini, kemajuan teknologi komunikasi berhadapan dengan cabaran persimpangan antara kebebasan akses dan jaminan keselamatan negara.

----------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Pengguna BlackBerry di Malaysia tidak perlu risau kerana negara akan “kekal bebas” walaupun beberapa negara lain termasuk Arab Saudi sudah mula mengambil langkah memantau penggunan peranti tersebut, kata Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Kementerian itu dijangka mengumumkan pendirian rasmi negara mengenai isu BlackBerry yang menjadi tumpuan global, esok.

Ketika memberikan jaminan “kekal bebas”, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang anak Gandum berkata, kerajaan berharap pengguna di Malaysia akan menggunakan kemudahan ini dengan bertanggungjawab.

“Setiap negara ada keperluan kebudayaan masing-masing.

“Malaysia kekal bebas dan berharap pengguna tidak menyalahgunakan sistem ini,” kata beliau dalam respons ringkas menerusi SMS kepada The Malaysian Insider malam tadi.

Menteri Penerangan, Telekomunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Rais Yatim dijangka menjawab kebimbangan pengguna di negara ini esok.

Laporan Telegraph semalam menyebut Arab Saudi telah memutuskan untuk menggugurkan rancangan melarang komponen BlackBerry Messenger ekoran persetujuan dicapai oleh kerajaan itu dan pengeluarnya Research In Motion (RIM) semalam.

Persetujuan itu melibatkan langkah menempatkan server BlackBerry di Arab Saudi, yang akan membolehkan kerajaan memantau mesej para pengguna, sekali gus menghilangkan kebimbangan pihak berkuasa bahawa perkhidmatan itu boleh digunakan untuk tujuan-tujuan “jenayah”.

Kini servernya terletak di Kanada.

Seorang pegawai kawal sedia Arab Saudi berkata, ujian sedang dijalankan untuk menentukan bagaimana server BlackBerry akan ditempatkan di negara itu.

Penganalisis pula melihat keputusan itu akan membawa implikasi besar ke atas beberapa negara lain termasuk India dan Emiriah Arab Bersatu yang turut mempertimbangkan langkah yang sama.

Pengawal selia industri telekomunikasi Arab Saudi mengarahkan perkhidmatan BlackBerry digantung mulai kelmarin kerana pengeluar peranti tersebut gagal memenuhi syarat-syarat yang dikenakan.

Bagaimanapun itu disambung selepas empat jam terganggu sementara perbincangan diteruskan membabitkan kedua-dua kerajaan dan syarikat pengeluar BlackBerry.

Suruhanjaya Komunikasi dan Teknologi Maklumat (CITC) dalam kenyataannya sebelum ini berkata, penyediaan perkhidmatan BlackBerry tidak memenuhi kriteria kawal selia dan syarat pelesenan yang ditetapkan oleh suruhanjaya itu.

Awal minggu ini, RIM menekankan bahawa perkhidmatan BlackBerry Messenger tidak akan menjejaskan keselamatan.

BlackBerry mempunyai lebih 700,000 pelanggan di Arab Saudi dan 500,000 di UAE, sebuah negara yang kini menjadi hab perniagaan terutama sekali di Dubai.

Indonesia juga sedang mengkaji soal penggunaan BlackBerry.

RIM menguasai pasaran 1.7 peratus penggunaan telefon bimbit di rantau Asia-Pasifik berbanding 48 peratus di Amerika Utara dan 20 peratus di peringkat global.



Baca selanjutnya..

Tutorial Google Docs

Monday, July 26, 2010



Apa kelebihan Google Docs?
Koleksi Artikel



Ada yang tak tahu tentang Google Docs? Kalau tak tahu, ini adalah satu cara alternatif untuk membina dokumen(Seperti Microsoft Word) dan juga lembaran kerja atau spreadsheet (Seperti Microsoft Excel) tanpa perlu menggunakan Microsoft Office.

Kita boleh buat fail berformat .doc,.xls dan juga .ppt dalam Sony PSP, iPod Touch ataupun PDA.


Pernahkah anda terfikir untuk membina fail seperti dokumen untuk menaip surat
menyurat, lembaran kerja untuk pengiraan akaun atau pun membina fail
persembahan (presentation) tanpa aplikasi pejabat seperti Microsoft Office
atau pun Open Office?

Sekarang ini, tanpa perlu memasang aplikasi pejabat seperti yang dinyatakan tadi, anda masih boleh menggunakan kemudahan tersebut secara online. Dan ianya percuma (selagi anda ada sambungan internet).

Pihak Google telah menawarkan perkhidmatan aplikasi pejabat ini secara
percuma yang merangkumi pemprosesan perkataan (word processing), lembaran
kerja (spreadsheet) dan persembahan (presentation) secara percuma.


Aplikasi pejabat online ini telah dilancarkan pada Ogos 2005 iaitu dengan aplikasi pertamanya, pemprosesan perkataan. Pada 10 Oktober 2006, Google telah
menggabungkan dua aplikasi iaitu pemprosesan perkataan dan lembaran kerja.
Aplikasi terakhir ialah aplikasi persembahan yang diperkenalkan pada
17 September 2007.


Google Docs boleh melakukan fungsi-fungsi asas yang tersedia pada aplikasi
pejabat pada komputer anda seperti menaip, meletakkan bullet list, membina jadual, memasukkan imej dan grafik, membuat formula dan pengiraan, dan lain-lain lagi.

Sekiranya anda mempunyai fail dalam komputer anda yang ingin disimpan dalam talian atau ingin berkongsi fail dengan rakan-rakan lain, anda boleh memuat naik fail-fail seperti DOC, XLS, ODT, ODS, RTF, CSV, PPT dan lain-lain lagi.


Simpan Google Docs sebagai fail PDF

Salah satu kelebihan Google docs ialah ia mempunyai fungsi menukar atau menyimpan fail dalam bentuk pdf dan mengeksport beberapa fail lain iaitu format DOC, XLS, CSV, ODS, ODT, PDF, RTF dan HTML.


Sekiranya anda mahu menukar fail seperti Word ke pdf, upload dan simpan sebagai fail pdf. Tak perlu perisian tambahan lain. Mudahkan!

Ingat ya, kena ada akaun google baru boleh guna servis ni. Berkenaan entri pagi ini, semalam aku baru dapat tahu yang Google Docs semakin rancak dengan fungsi barunya iaitu, kebolehan untuk menghasilkan persembahan slaid atau slideshow presentation.

Selamat mencuba!



Baca selanjutnya..

1 Peminat PC Game The Sims 3!

Thursday, February 11, 2010



THE SIMS 3


Adakah anda peminat PC game? Hari ini saya nk berkongsi dengan anda semua tentang salah satu PC game yang amat menarik minat saya iaitu The Sims 3.

Jika anda pernah install and play game The Sims ni, pasti anda akan rasa sangat teruja dan seronok hampir lupa kepada kegiatan harian anda. Game 3D ini boleh dikatakan amat menarik bukan sahaja dari segi gambar grafik, tetapi fungsi game itu sendiri.

Sebelum ini kita pernah melihat The Sims and The Sims 2 di pasaran. Hari ini EA Games telah mengeluarkan The Sims 3. Jika kita lihat dan baca komen di website The Sims 3, ramai memberi komen bahawa The Sims 2 lebih baik dan lebih menarik daripada The Sims 2. Tepuk dada tanyalah hati anda ^-^


The Sims 3: Expansion Pack


Tapi, yang penting game The Sims 2 memang sangat menarik dengan expansion pack yang disediakan. Tetapi anda mesti install semua expansion pack The Sims 2 untuk mendapat rasa dan kelainan daripada feature2 yang disediakan oleh The Sims 2.


Enjoy!



Baca selanjutnya..

0 Masalah Virus Pen Drive atau Thumb Drive

Saturday, December 26, 2009



VIRUS ICON JADI FOLDER


Anda pernah menghadapi masalah VIRUS seperti pen drive, external hard disk, thumb drive kadang kala menjadi icon Folder, atau apabila double click tak boleh? Ini disebabkan virus, yang bersifat menjalankan proses apabila pendrive di cucuk/ diconnect ke PC anda(autorun).

Contohnya: autorun.inf yang popular, terdapat byk lagi jenis2 seumpanya yang kita tidak ketahui. Sila cuba perisian di bawah untuk solve problem ni kay!

Klik sini untuk download.



Baca selanjutnya..

0 Enable Quick Launch Toolbar (Window 7)



ENABLE QUICK LAUNCH TOOLBAR (WINDOW 7)



Ini adalah cara untuk enable kan quick launch windows 7.

1. Right click the Taskbar and select Toolbars > New Toolbar…

Restore Quick Launch Toolbar in Windows 7 - 1

2. Paste the following into the folder field and click Select Folder:

%AppData%\Microsoft\Internet Explorer\Quick Launch

Restore Quick Launch Toolbar in Windows 7 - 2

3. Right click the Taskbar and uncheck Lock the taskbar

Restore Quick Launch Toolbar in Windows 7 - 3

4. Now adjust the Quick Launch toolbar to your tastes.

TIP: To remove the text, right click the toolbar and uncheck Show Text and
Show Title

Restore Quick Launch Toolbar in Windows 7 - 4

5. To enable large icons, right click the toolbar and select View > Large Icons

Restore Quick Launch Toolbar in Windows 7 - 5

****You are now have your beloved quick launch toolbar back!



Baca selanjutnya..

3 MENARIK: Jom Tukar Window 7 Sekarang!



KEBAIKAN WINDOW 7



Kelebihan-kelebihan windows 7

* Lebih Cepat dan Stabil dari pada windows Vista.

* Windows 7 ini memiliki performance yang lebih stabil dari pada windows Vista.

* Windows 7 juga lebih responsif dan lebih jimat dalam penggunaan bateri

* Anda dapat memilih Jaringan Wireless Hanya dengan 1 klik dari system tray.

* System akan menampilkan laporan jika terjadi perubahan terhadap komputer anda.

* Akan menampilkan pesan peringatan saat system komputer anda ada yang berubah dan anda juga dapat mensetting tingkat privasi tersebut.

Screenshot Window 7








Bestkan Window 7 lagi advance dari Window XP dan Vista! Ada lagi kebaikan Window 7, jom baca lagi di bawah:

* Pada windows 7 tidak adanya sidebar, tetapi gadget-gadget tetap ada dan dapat disetting sesuai keinginan anda.

* Adanya Library yang dapat mengorganisasikan dokumen anda berdasarkan type.

* Hampir semua driver untuk Vista biasa digunakan di Windows 7

* Help Tool yang lebih baik.

* Lebih selamat.

* Proses shut down lebih cepat dibandingkan Windows Vista.

Kelemahan:

* Tiada quick launch , tapi ada cara sini.



Baca selanjutnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top