Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Membina Keluarga Sakinah, Mawaddah dan Warahmah

Saturday, May 29, 2021





Assalamualaikum wbt. Segala pujian hanya kepada Allah SWT dan selawat dan salam buat kekasih Allah iaitu baginda Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat baginda.

Hari ini saya terdetik untuk berkongsi sebuah artikel daripada laman web IKIM berkaitan Membina Keluarga Bahagia. Mari kita hayati dan fahami sebahagian daripada isi kandungan artikel di bawah. Semoga bermanfaat buat kita semua, insyaAllah.

Nabi Muhammad SAW amat mementingkan pernikahan dan mewujudkan sebuah keluarga sehingga Nabi SAW bersabda, mafhumnya “Nikah itu sunnahku, dan sesiapa yang enggan terhadap pernikahan maka dia bukan dari kalanganku”. Baginda SAW juga mengatakan bahawa pernikahan itu sebahagian daripada agama. Al-Qur’an turut menyebut betapa perkahwinan itu agar menjadi tempat mawaddah dan rahmah, iaitu tempat manusia mendapatkan ketenangan dan kedamaian dalam hidupnya. Begitulah pentingnya institusi rumahtangga yang ditetapkan oleh ajaran Islam agar manusia dapat hidup aman damai dan berkasih sayang.

Namun untuk membina sebuah rumahtangga yang aman damai ia mestilah bermula dengan rumahtangga yang saling mencintai satu sama lain. Ibubapa yang menyintai anak-anaknya. Suami yang menyintai isterinya dan isteri yang menyintai suaminya. Anak-anak yang menyintai dan menghormati orang tuanya dan begitulah yang lainnya. Peribadi-peribadi yang saling menyintai satu sama lain ini akan keluar ke tengah masyarakat sebagai individu yang saling menyintai orang lain juga, yang membawa ketenangan dan kedamaian kepada masyarakat dan kepada semua tempat yang mereka pergi. Adapun mereka yang gagal menemui kebahagian dalam rumahtangga, jangan terkejut jika mereka mencari kebahagiaan di luar rumahtangga dan mereka ini kemungkinan akan hanyut dan terlanjur dalam pelbagai aktiviti dan gejala mungkar akibat godaan dan hasutan syaitan demi mencari setitis kebahagiaan. Lanjutan daripada itu, mereka  yang tidak bahagian ini yang kemudiannya membina keluarga mereka sendiri terus menerus melanjutkan ketidakbahagiaan itu dalam rumahtangga hingga melahirkan anak-anak yang kemudiannya juga tidak bahagia, mengambil ubat-ubat penenang dan seumpamanya. Lahirlah pencuri, perompak, mereka yang tiada amanah.

Maka oleh kerana itu betapa pentingnya kita mencipta cinta kasih dalam rumahtangga. Lantaran itulah Allah SWT berpesan agar jangan menjadi orang yang keras dan tiada cinta kasih dalam keluarga. Ada beberapa cara untuk melahirkan sebuah rumahtangga yang subur cinta kasihnya. Pertama sekali ialah dengan mencintai keluarga kita kerana Allah SWT. 

Apakah yang dimaksudkan dengan mencintai kerana Allah? Maksudnya ialah kita menyintai seseorang itu samada isteri atau anak-anak adalah kerana mengikut titah perintah Allah SWT agar menyintai mereka ini. 

Sebagai contoh apabila anak-anak menyintai ibubapa adalah kerana menurut titah perintah Allah SWT agar berbuat baik kepada kedua-dua ibubapa “kami mewasiatkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua-dua ibubapanya” (surah Luqman, ayat 14), dan mengasihani mereka berdua, mendoakan mereka walaupun mereka itu dalam penuh keuzuran, kelemahan, kedhaifan. Cukuplah perintah Allah SWT itu sebagai alasan untuk kita mencintai mereka walau apapun keadaan mereka.

--------------------------------------------------------------------------------

Ulasan admin:  Semoga Allah mengurniakan kita semua sebuah keluarga yang bahagia, diberkati, dirahmati Allah dan keluarga yang dibina boleh membawa seluruh ahli keluarga kita, keluarga mertua kita, keluarga ipar duai kita, seluruh kaum kerabat kita dan semua muslimin muslimat, mukminin mukminat ke Jannatul Firdaus, insyaAllah.. Amin Ya Rabb.

Wallahua'lam.

Sumber




Baca selanjutnya..

0 Love You Mr Arrogant | Ending

Thursday, November 07, 2013



Love You Mr Arrogant
Kisah cinta yang amat menarik dan menyentuh perasaan saya

Boleh tonton episod yang lepas-lepas di:

Ending cerita pun best~~~

 
Baca selanjutnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top