Apakah aku lelaki yang gagal?
Dan apabila kita tengok balik definisi gagal itu sendiri bermaksud tidak berhasil, tidak tercapai keinginannya sendiri.
Gagal apabila kau meletakkan satu period masa untuk menyiapkan tugas tapi kau tak laksanakan, kau meletakkan suatu sasaran tapi kau tak capai, kau mengharap kau dapat peluang tapi bila ianya sampai kau tak rebut dengan erat.
Itupun sebenarnya sesuatu kegagalan.
Jadi asas gagal ialah "tidak mencapai" "sesuatu dalam "tempoh masa tertentu"
Tanpa tiga asas ini kau tidaklah gagal.
Jadi yang selama ini kau ungkitkan yang kau gagal adakah benar kau gagal?
Kadang-kadang kau pun sendiri tak tahu apa yang kau mahukan dalam hidup kau kan? Berapa umur kau? Cuba kau tengok balik bila kali terakhir kau ada impian? Bila kali terakhir yang kau rasa haritu kau nak buat sesuatu yang lain sikit dalam hidup kau?
Kalau kau tak pernah ada impian untuk kecap sesuatu dalam hidup kau, hati kau mati. Tapi kau tetap gagal. Tapi gagal yang jatuh ke kelas yang tercorot. Gagal untuk berimpian.
Dan jika kau melakukan sesuatu yang bukan kau mahu atas suruhan orang lain dan gagal. Itu bukan kegagalan kau. Kegagalan sipolan yang mahu kau jayakan impian.
Ok impi sesuatu sekarang. Bila dateline? Kau tentukan.
Dan cinta yang gagal?
Hisyamuddin Rais Tukar Tiub kata Cinta yang Agung itu ialah cinta yang gagal.
Dan aku tak mahu komen lebih tentang itu.
Mahu Beli Susu anak
Thursday, November 1, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 laksa penang:
Post a Comment