Thursday, December 30, 2010

Dialog....

Assalamualaikum w.b.t....:)

Di suatu pagi yang indah ketika sarapan pagi....

S:Eh, bilo lak abah cabut gigi tu abah...(apabila melihat abah mcm tak selesa menguyah)

A:Entah.....semalam gigi ni goyang.....ni dah hilang pulak deh.....

S:Hehehehehehehe

Di suatu tengahari......(ketika kaki mak dah bersimen..)

Abah: Mak kau ni,apo jenis kasut lah dia pakai...kasut baru ke?besarrrr jer....

Mak:(Menjeling)....maleh nak layan

Saya :Hahahaha...sabar yo lah

Di suatu petang....(ketika masa memberi kucing makan telah sampai)

Saya:Abah buek apo tu bah....

Abah:Bagi kucing makan nih ha.....apo pulak kucing ni tknak makan lak ni...

Saya:La....abah bagi jagung ayam kat kucing,,,mano lah dio nak makan........

Abah:Ooooo bukan makanan dio ko ni........

Adehhhhhh,,,haha....nak tercabut jahitan kt perut ni gelak,,,,,,,abah...abah.......

p/s:abah berumur 82 tahun,,,,,,,

Kawan....

Assalamualaikum w.b.t......:)

Kawan,,,sengaja tajuk itu dipilih kerana pada ketika ini saya sangat merindui kawan2 saya.......semoga semua kawan2 yang saya kenali berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dilindungi oleh Allah s.w.t....bukan senang untuk kita mempunyai kawan,terutamanya kawan yang sejati....sebab itu kadang2 kita kena memilih kawan,,,,pilih yang berperangai elok,yang sentiasa mendorong kita ke arah kebaikan,bukan yang membantu kita melakukan kejahatan......kalau kawan kita jahat,kita pun akan mendapat tempiasnya....jadi berhati2 memilih kawan ye.....

Di sini juga saya ingin berkongsi panduan berguna dalam mencari kawan (info:KeranaMu Aku Berubah,Ruhana Zaki)....Dalam mencari kawan yang baik,Al-Qamah Al-Attaridi(beliau hidup pada zaman Rasulullah s.a.w,,,tolong betulkan kalau tersilap)....pernah berwasiat kepada anaknya:

"Wahai anakku,jikalau kamu dihadapkan pada suatu keperluan untuk bertemankan seseorang,maka bertemanlah dengan:

  1. orang yang apabila engkau melayannya nescaya dia menjagamu
  2. apabila engkau menemaninya,dia mempertimbangkan penghargaanmu
  3. jika engkau memerlukan perbelanjaan,dia menyediakannya
  4. berkawanlah dengan orang yang apabila engkau menghulurkan tangan kepadanya dengan suatu kebaikan,dia akan menghulurkan tangannya juga
  5. jika dia melihat kebaikan padamu,dia akan menghargainya dengan seikhlas hati
  6. jika dia melihat suatu keburukan padamu,dia akan menutupnya
  7. berkawanlah engkau dengan orang yang apabila engkau meminta,dia akan memberi
  8. jika engkau diam,dia memulakan bercakap denganmu
  9. jika engkau ditimpa bencana,dia akan menolongmu
  10. berkawanlah dengan orang yang apabila engkau bercakap,dia membenarkan perkataanmu
  11. jika engkau berdua saling berusaha tentang sesuatu perkara,dia mementingkan urusanmu
  12. jika engkau berdua berselisih faham,dia akan mengutamakanmu..."
Jaafar as-Siddiq berpesan agar mengelakkan diri daripada lima kumpulan manusia untuk dijadikan kawan iaitu:

  1. Pembohong
  2. Orang yang jahil
  3. Orang yang kedekut
  4. Orang yang pengecut
  5. Orang yang fasik dan munafik
Pesanan daripada Ibnu Ata'illah pula berbunyi:

"Janganlah engkau berkawan dengan orang yang perbuatannya tidak membangkitkan semangat untuk taat kepada Allah dan perkataannya tidak menuntun engkau ke jalanNya."

Wallahualam.....

Sunday, December 26, 2010

Tapak kaki pulak kena simen,,,,adehhh

Assalamualaikum w.b.t......:)

Sebut kena simen mcm takut jer dengar........terbayang cmne lah nak ken simen ni.......terbayang jugak la bahan2 bancuhan nak simen tu...ade serbuk ke ape ke.........risau pulak kalo sakit.....

Sekali tengok.....laaaaaaaaaa mcm tu je ke.....takde maknanya bancuhan serbuk ke ape,tkde mcm nak kena simen mcm org buat simen lantai tu de.....rupe bendalah tu mcm tisu/kain yang dilapis2kan......lepas tu dibasahkan dengan air (air ape ntah),then dibalut pada tempat yg patah....lama-kelamaan ia pun mengeras......kalo kena simen kat tapak kaki,jgn lasak2 sgt....jgn jejak tapak kaki kat lantai...nnti lambat elok.........

p/s:sian kat mak.....:(....tergelincir kt bilik air smpai patah 1 tulang kt tapak kaki....

Friday, December 24, 2010

Hidup ini penuh warna......

Assalamualaikum w.b.t.........:)

Mahu menulis,,,,tapi tidak tahu apa yang ingin ditulis.....hehe....

Kita mulakan dengan melihat suasana pagi hari yang sangat indah.....semua makhluk di muka bumi ini berserakan mencari rezeki...........sesekali mendongak lama ke langit,terbentang luas keindahan yang biru bertemankan bulan yang masih setia menanti matahari muncul......cantik!!betapa Agung kekuasaan Allah....
Hari yang sentiasa berlalu tanpa sesaat pun terlewat,terasa seperti sangat pantas meninggalkan kenangan semalam....hari yang sentiasa memaksa kita memikirkan apa yang akan berlaku pada esok hari,entah kan hidup entahkan mati.......

Seperti tercalitnya warna2 pada sebuah lukisan,begitulah rona kehidupan......kehidupan seorang manusia yang bertimbal balik dengan hubungannya sesama makhluk Allah yang lain...juga hubungannya dengan Pencipta Yang Maha Esa.....

Kehidupan kita semakin indah apabila kita melihat orang2 di sekelililng kita sama pentingnya dengan diri kita....apa gunanya hidup kita kaya raya tetapi jiran sebelah rumah daif......apa gunanya menjadi manusia yang bijak pandai andai masyarakat sekitar seperti tiada akal.......apa ertinya sebuah kebahagiaan dan kejayaan kiranya apa yang diperoleh itu hasil penganiayaan terhadap orang lain......

Seperti kita yang ingin berjaya,gembira...begitu juga dengan orang lain......seperti kita yang inginkan perhatian dan kasih sayang...begitu juga dengan org lain.....belajarlah memberi sebelum menadah tangan untuk menerima....kerana yang memberi itu lebih tinggi darjatnya daripada yang hanya menerima......insyaallah setiap pertolongan,perhatian,kasih sayang,belas kasihan yang mampu kita hulurkan kepada seseorang akan dapat kita rasakan balasannya walaupun bukan daripada orang yang kita harap2kan.....belajar juga untuk ikhlas dalam melakukan semua perkara.......tiada ruginya menanam keihklasan dalam diri,kelak kita juga akan merasa nikmatnya...biarlah amalan kita lambat dilihat manusia asalkan sentiasa berada ditempat pertama disisiNya........Jauhilah perasaan hasad dengki dihati....kerana apa yang ada dihati sentiasa diketahui oleh Allah dan sentiasa terpamer pada riak wajah tanpa boleh dibohongi lagi........Sama2 kita berubah ke arah yg lebih baik....insyaallah.........

Wallahualam......:)

p/s:jiwa pesakit sangat sensetif.....(erk???)

Thursday, December 16, 2010

Teringin ambil anak angkat......

Assalamualaikum w.b.t......

Tiba2 perkara di atas terlintas di fikiran........boleh ke wanita (?) seperti saya mengambil anak angkat?maklumlah pada usia sebegini sepatutnya sudah ade keluarga sendiri,,,tapi apakan daya tiada yang sudi mengambil menjadi suri di hati,,,,,,,jadi mcm mana nak ada bayi........kekekekekeke......

Wanita yng dimaksudkan di sini adalah seorang perempuan yang belum berkahwin tetapi inginkan anak......ingin mengambil anak angkat dan ingin menyusukan anak itu sendiri...(supaya menjadi muhrim)...

Pernah saya terbaca (sumber dah lupa)......boleh seorang perempuan melakukan demikian (hukum?).....tetapi ia menjadi haram sekiranya perempuan tersebut memang tidak mahu berkahwin tetapi mahukan anak.........yang dibolehkan adalah sekiranya perempuan itu mmg betul2 mahukan anak tetapi belum mendapat jodoh......

Bagi yang mmg tidak mahu berkahwin tetapi mengambil anak angkat,hukumnya haram dan ia seperti amalan kaum jahiliah dan turut diamalkan di negara2 barat ketika ini.....dan adalah melawan fitrah manusia sekiranya kita tidak mahu berkahwin......

Bagi yang belum sampai jodoh,igin mengambil anak angkat dan menyusukannya sendiri.......bagaimana boleh menyusukan bayi sedangkan tidak mengandung dan melahirkan?sebenarnya terdapat pil penggalak susu yang membolehkan perkara itu berlaku.......erk,geli lah pulak eh-anak dara menyusukan bayi-takper,demi kasih sayang dan buatlah kerana Allah.....

Betul ke nak ambil anak angkat?Erk,taknak lah....belum masanya lagi........masih menunggu jodoh sampai tanpa rasa risau kerana......

Firman Allah : "Dan Allah menjadikan kamu daripada diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu daripada pasangan kamu,anak-anak dan cucu cicit"(Al-Nahl:72)

Wallahualam.....

p/s:harini dah makin pulih,,,,dh start bawak motor......hehe.....hari ni juga menerima kunjungan tuan hj ismail....beliau bawa buah2an dan menghadiahkan Majalah Solusi (Isu 2:Ulang Cetak).....terima kasih Tuan Haji.................

Saturday, December 11, 2010

Alhamdulillah...

Assalamualaikum w.b.t.....

Bangun pagi tadi dikejutkan dengan bunyi te kur kur.....te kur kur......jadi saya anggap bunyi itu daripada burung tekukur....mungkin namanya diambil sempena bunyinya.........sangat indah bunyinya.......mata yang seperti dipaksa2 tidur kembali kerana cuaca yang sangat sejuk tidak mampu terpejam kerana telinga menangkap pelbagai bunyi di luar kediaman.....bunyi burung berkicau riang seperti sedang berbincang ke mana arah hendak dituju untuk mencari rezeki...ataupun mungkin mereka sedang seronok menikmati sarapan pagi......bunyi ayam jantan berkokok tegas menandakan hari sudah pagi....bunyi unggas2 berlagu riang.................dan ditambah dengan bunyi kucing yg meminta diberi makan.........................sangat indah bunyi-bunyian tersebut.....

terfikir sejenak sampai bila nikmat itu dapat saya kecapi.......sudah bersediakah andai nikmat mendengar ditarik kembali.nikmat tidur disentap dan usia bertemu noktah.......sebagai manusia hendaklah kita bersyukur sentiasa dengan segala nikmat yang kita terima daripada Illahi.....nikmat itu bukan hanya pada kejayaan dan kebendaan....tetapi nikmat yang paling besar adalah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah yang luas dengan fizikal yang sihat....masih diberi peluang oleh Allah untuk berubah ke arah yang lebih baik,masih diberi peluang untuk menyucikan hati yang legam....agar dapat kita kembali kepadaNya sesuci kita dilahirkan di dunia.............

dunia bukan pentas sandiwara bagi mereka yang beriman kepada Allah.......tetapi dunia adalah tempat kita mengumpul segala amalan yang baik bagi menyelamatkan diri kita dari terjerumus ke lembah api neraka....dan syurga adalah destinasi kita.........Mohonlah kepada Allah supaya kita tidak leka dengan keseronokan dunia,sentiasalah meminta perlindungan daripadaNya,dan mohonlah kesejahteraan hidup daripadaNya........Dia Maha Pemberi......adat orang menerima,usahlah takbur dengan apa yang kita ada......semua itu adalah "pemberian" atas dasar "belas-kasihan"..............bersyukurlah dan gunakanlah apa yang kita ada ke arah jalan yang diredhaiNya...............ungkapkan alhamdulillah biar pun untuk sekali nafas yang yang kau hirup,sekelip mata yang kau kerdip,sedetik masa yang kau lalui mahupun  untuk  sedikit kesakitan yang terpaksa kau tanggung..............alhamdulillah..............

Friday, December 10, 2010

Sembelih ayam sakit....KEJI tak??

Assalamualaikum w.b.t......

Satu situasi........di kedai menjual ayam hidup.......anda berhajat nak beli seekor ayam untuk di buat lauk tengahari....sementara menuggu turn.....anda lihat ayam yg hampir2 mati disambar oleh pekedai dan terus disembelih....ketika itu pula mmg musim ayam sakit dan mati dengan ramainya.......adekah anda meneruskan hasrat untuk membeli ayam di kedai tersebut???fikir-fikirkan......pada saya...TIDAK!!!

setahu saya lah kan,,,,kalo seseekor ayam kena langgar dan hampir nak mati,kita boleh lah terus sembelih dia untuk dibuat makan.....kalo org pegi mmburu binatang guna senapang pun,dia tembak binatang tu bukan smpai mati,maksudnya dia tembak kat kaki ke...supaya binatang tu tk mati,dan selepas itu barulah disembelih......dan Halal untuk dimakan.........

tapi kes ayam kt kedai tu.....betul ke tak cara pekedai tu eh???bukankah ayam tu sakit???kenapa perlu menjual ayam yg sakit untuk pembeli???AYAM ITU SAKITTTTT.......mmg lah dia sembelih dgn cara yg betul...tp dia menyembelih ayam yg mmg dia tau SAKIT.....bukankah kalo kita memakan sesuatu yg tidak baik akan memudaratkan diri kita?jgnlah asik nak mengejar untung maka hak pembeli dinafikan......wallahualam...

p/s.....di sini musim ayam sakit dan mati.......taktau puncanya...jadi hati2 membeli ayam ye.....:)

Cikgu Kengkang........haha

assalamualaikum w.b.t........

hari ini hari ke-10 operation.......makin sihat...alhamdulillah............fizikal + mental stabil,,,hehe,,,syukur.......masih berusaha melakukan senaman ringan agar cepat cergas.........tapi bosan.....fahmie ngan akak baru jer balik seremban tadi....sunyi dah rumah ni......huhu.....

nak kuar berjalan pun jalan masih terbongkok2 dan sedikit kengkang,,,,haha......kena prektis lagi ni berjalan supaya dapat menghirup udara berdebu di luar sana.........kalo sebulan dok jalan cmni,,,,kalo ade rezki tahun depan,,ofcoz kat sekolah dah tkde dah panggilan "cikgu model".....mesti dh tukar "cikgu kengkang",,,,wahahaha...budak2 ni bukan boleh tgk org pelik sikit,mesti nak sound..........sama la mcm saya (?) semasa bersekolah dulu......"memanggil" seorang guru dengan panggilan "cikgu Giant"....sebab dia mcm Giant dalam citer doraemon(eh lama giler citer doremon ni bertahan ek..)....seriously,smpai sekarang tak ingat nama betul cikgu tu............ape2 pun berharap semoga cikgu tu sentiasa sihat.....kini baru tau perasaan menjadi seorang guru.....walopun cuma GSTT....huhu.....

Tuesday, December 7, 2010

Salam Hijrah!!

Assalamualaikum w.b.t.....:)

Salam hijrah daripada hamba yang hina ini....hijrah...seringkali kita terlupa ttg tahun hijriah mengikut kalendar Islam.....tahun yg ke berapa?1432H.........kenapa umat Islam sendiri pun boleh terlupa?....betapa bijak dan arif2nya mereka2 yg sememangnya mahu menyesatkan kita,,,,,nauzubillah......

Permulaan perkiraan tahun Hijriah telah bermula sejak pemerintahaan Saidina Umar Al -Khatab...Umar r.a telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / taqwim Islam iaitu peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah..

Dalam Takwim Hijrah...terdapat 12 bulan.....Muharam,Safar,Rabiulawal,Rabiulakhir,Jamadilawal,Jamadiakhir,Rejab,Syaaban,Ramadhan,Syawal,Zulkaedah Zulhijjah.....Setiap bulan ada 29 atau 30 hari...hari pertama setiap bulan ditentukan apabila anak bulan kelihatan ketika matahari terbenam.....Bilangan hari adalah kira2 354.....

Pada tahun kesembilan Hijrah, Allah berfirman akan pengharaman mengubah pengharaman bulan seperti tertera dalam al-Quran dalam Surah At-Taubah:36-37
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa.
Pengharaman ini turut diulang baginda Nabi Muhammad s.a.w. dalam khutbah terakhir baginda di Arafah iaitu ketika berlangsungnya Haji Wada’ pada 9 Zulhijjah 10H di Makkah...
Wahai manusia! Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (kehormatan dari satu bulan ke satu bulan yang lain) adalah menambahkan kekufuran yang menyebabkan orang-orang kafir itu tersesat kerananya. Mereka menghalalkannya pada satu tahun dan mengharamkannya pada satu tahun yang lain, supaya mereka dapat menyesuaikan bilangannya. Mereka merendahkan-rendahkan apa yang diharamkan oleh Allah. Oleh sebab itulah mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t. dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya masa telah beredar seperti keadaan hari, kejadian langit dan bumi, setahun adalah dua belas bulan. Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah s.w.t. adalah sebanyak dua belas bulan. Dari bulan-bulan tersebut ada empat bulan haram, tiga daripadanya berturut-turut iaitu: Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, seterusnya bulan Rejab yang berada di antara bulan Jamadilakhir dan Syaaban.
Perbezaan takwim hijrah dengan kalendar kristian adalah perkiraan bulan dikira mengikut peredaran matahari......bilangan hari pula adalah 365 hari....tidak dapat tidak kita terpaksa mengikut kalendar kristian untuk menyelaraskan putaran hidup di bumi......kecuali apabila ada orang Islam yg berkuasa dan mampu untuk mengubah kalendar kepada takwim Islam untuk diikuti oleh seluruh dunia........berasaskan pengaruh Barat,masyarakat Islam nampaknya semakin terpengaruh hinggakan hampir terlupa ttg kehebatan ilmuan Islam berbanding ilmuan Barat........ kita juga seolah2 faham apabila kita terlupa ttg tahun hijrah ke berapa.....jatuh pada bulan mana,,,,,namun kita harus bersyukur apabila masih ada insan2 yang berusaha untuk mengingatkan diri kita yg sering lalai dan hanyut dalam arus Barat............maka hendaklah kita tetapkan dalam diri kita untuk terus memelihara kesucian Islam daripada terus hilang dan hancur ditelan budaya Barat.........Islam itu Agama yang Hebat!!

Sumber:Wikipedia

Monday, December 6, 2010

Rindu pulak.......

Salam Maal Hijrah...............:)

Hari ini merupakan hari ke-3 duduk kat rumah selepas 5 hari di HTAN........nape ntah rindu pulak kt hospital....almaklumlah first time dok wad...hehe.....every people kt situ semuanya baik2 belaka.....semuanya ada perasaan empati,bukan setakat simpati......huhu,,,kalo kena dok hospital smpai pulih pun tak kesah...best....hehe......

Nak cerita sikit ttg pengalaman dok wad...first day 'check in'....ingatkan boring...siap mintak ngan nurse nak keluar g makan ngan mak abah......"tak boleh dik,,,dh register tk leh keluar...g tukar baju...jap lagi doktor nak datang...."....aisehmen,,,ok la.......baju wad 6...kaler pink,,,cantik gitu,,,kuikuikui.....

life kat wad....tak terase masa berlalu walaupun melalui rutin harian yg sama setiap hari....makanan?agak pelik bila org selalu kata makanan kat hospital tak best....aku makan best jerrr......first day tu mmg asik licin jer la pinggan....haha....doktor pun sentiasa melawat....pagi,ptg,malam,,,,,,,,doktor pelatih,dotor betul.doktor pakar semuanya datang.........doktor?muda2 belaka...hensem + cantik.......tu yg rase sakit tp mcm tak sakit tu.........kikiki.....nurse off course la cun2....dan haritu berkesempatan jumpa ngan budak2 praktikal dari KLMU....so nice lah diorang....budak lagi,,,umur baru 18......

napa i kata first day jer makan smpai licin pinggan?hehe...sebab second day dah kena puasa selepas sarapan pagi....bcoz doktor kata nak operate kul 2 ptg....hmm telan air liur jerlah tgk org lain makan.......tp smpai kul 2 tkde pun ape2......last2 lebih kurang kul 3 doktor dtg bagitau tak jd operate ptg...kena gak buat pada esoknya...(1 dis 2010).....aduiii letihnya puasa...."ok.awk makan lah eh....mlm nnti kul 12 baru puasa balik...."

dan pada 1 dis...kena bgn seawal 5 pagi bersiap2 ke dwan bedah...hah,masa ni lah baru berdebar2.....dalam hati cuma bertawakal jer lah,,,apa yg jd nnti semuanya ada hikmahnya dan aku percaya Allah takkan turunkan dugaan kepada hambaNya jika kita tak mampu menanggung.....dan Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....lebih kurang kul 6-6.30.....kena naik troli...hihi...nasib baik pelawat tk ramai time tu...kalo tak sure jadi perhatian........smpai dewan bedah kena berhenti kat beberapa stesen...tgu org tu,,,tgu org ni...last2 baru masuk bilik bedah........kena tgu jugak lagi....tgu doktor......tp kena bius dulu....kini baru faham kenapa tak digalakkan bius satu badan.......bius pinggang ke bawah jer........dan masa kena bedah,,,tk tau lah kenapa ubat tido ttak jalan dalam badan ni...doktor bius tu kata..."awk takut sgt,ubat pun jadi takut ngan awak..."...ceh,redho jer lah...rase macam ade senduk mengacau isi2 dalam perut mase tu.....syukurlah pembedahan cuma mengambil masa 30 minit...kalo tk...tktau lah apelagi aku membebel..........

selepas operation selesai....kita akan dikeluarkan dari bilik bedah...dan badan tiba2 jadi sejuk menggigil2 tanpa boleh dikawal...lepas tu bdan akan dibekalkan dengan oksigen........"nape sejuk sgt nih cik"...."biase lah tu lepas operate..sabar eh,,,jap lagi balik wad......"lepas tu pulak kena tgu nurse wad dtg amik........perghhh tk tahan,,,sejuk.....

smpai wad kul 9 pagi,,,,doktor tgh melawat pesakit...."eh,u first case eh pagi ni?...segarrrr jer,,,,biase org lepas operate tido...."...huhu,,,,tk bleh tido masalahnye.........tak lame lepas tu baru lah terasa akan keburukan bius...........rase rimas + lemas bila kaki tk bleh bergerak....rase lenguh + tak selesa....hanya Allah yg tau perasaan ketika itu.........bgtau nurse.....nurse kata "biase lah tu"......semua sakit adelah biasa....aduiiiiiii........sabar jer lah....then,ptg baru bleh tido hingga lah ke pagi.....kdg2 terjaga gak,,,,,dan rase pening +loya....itupun nurse kata "biase".....kaki kiri kebas lain mcm....itupun "biase" bg org yg dh kena bius.....jd bygkanlah kalo kena bius satu badan,,,huhu tak sanggup.....

pagi esoknya pulak,,,demam,,,,,,doktor kata..."biase" bagi org yg baru lepas kena operate kerana tindak balas tisu2....hari kedua jugak kena bangun g bilik air....aduiii terseksa........dh la katil tinggi.....sabar........

3  dis.....semua ok....discharge........alhamdulillah...syukur semuanya selamat.........terima kasih kepada semua doktor,nurse,budak2 praktikal KLMU,rakan2 pesakit dan semua yg dtg melawat.......hanya Allah sahaja yg mmpu membalas jasa kalian..........:)

Saturday, November 27, 2010

Persediaan Mental dan Fizikal,,,

Relax la,,,,,,orang yang beranak pun boleh selamat,,,,huhuhu...tp stil takuttttt jugak....ape lah yg akan jadi nnti kan,,,,aduiiiiii......

erk?nk kena dok dlm wad,,,,tk penah pun kena dok dlm wad kecuali masa jaga mak dulu,,,itu pun sehari je,,,,ni dgr2 mcm seminggu gak,,,,,,,aduhaiiii...laku ke tak GL aku ni,,,kalo tak kena lah byr bil hospital,,,,ade insurans pun tk bleh pakai gak,,,kecuali kalo mati,,,huhuhu.....

nak kena kemas barang ni,,,,baju tkyah bwk byk kot,mesti kena pakai baju pesakit,,,,eee tak dapat nak byg kan....tp masanya makin hampir,,,,,,,takut lah.....

hidup ni kalo tak menyusahkan org lain tk bleh ke?i mean,,kalo kita sakit mestilah kena ade org lain jaga kita kan,,,,huhuhu.....astaghfirullah,,,inilah kehidupan,,,,:)...harap2 semuanya berjalan lancar dan tak terlalu menyusahkan org lain.....aamin....

Thursday, November 25, 2010

Ntah apo apo ntah,,,?

Huhu....bila tak dapat tengok teringin sangat nak tengok,,,,bila dah dapat tengok,,,hah,ambik ngkau,,,,,rasa menyesal sangat + benci bebenor lah pulak....eee geramnye,,,,,,!!!setiap hari psiko kan diri sendiri supaya tak nak tengok dan setiap hari jugak akan tertengok,,,,aduhhhhh!susah!!sampai bila ni?adoiiiyaiiii........

Monday, November 22, 2010

Berkorban apa saja....

Saat berderai jatuh titisan air mata suci Nabi Ibrahim dalam kesabaran
Melihatkan keteguhan iman, keikhlasan hati anaknya Nabi Ismail
Disitulah bermulanya sejarah agung ERTI SEBUAH PENGORBANAN
betapa seorang bapa yang sangat menyayangi anaknya
berkorban melaksanakan amanat Allah yang diterima melalui mimpinya
amanat menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail
betapa beliau bersungguh-sungguh menjalankan perintah Penciptanya
perlaksanaan perintah daripada hamba yang beriman kepada Yang Maha Esa
betapa seorang anak taat kepada bapa dan Pemerintah Alam Semesta
sanggup mengorbankan diri kerana Allah semata-mata.......
dan betapa Allah menepati janjinya
mengurniakan balasan yang baik kepada hambaNya yang patuh
lalu sembelihan digantikan dengan seekor kibas
betapa Allah mengangkat darjat mereka2 yang beriman.......

Sangat indah kisah pengorbanan yang sepatutnya kita hayati.......sudahkah kita beriman kepada Pencipta,sedangkan kita tidak pernah diuji dengan ujian yang hebat.....sudahkah kita beriman kepadaNya,sedangkan kita lalai akan suruhanNya....sudahkah kita beriman kepada Yang Maha Agung,sedangkan kita selalu kufur akan nikmatnya......???

sedarlah wahai diri........apa yang sudah,sedang dan bakal engkau lalui hanyalah secebis dugaan daripada Allah,sekadar untuk menguji....tabahlah,sabarlah, yakinlah....hanya dia yang mampu menetapkan kesudahan takdir hidupmu........



Tuesday, November 9, 2010

Budaya "Orang Dalam"

Setuju atau tidak budaya orang dalam di negara kita semakin berleluasa sehingga boleh dianggap sebagai 'budaya'??orang dalam bermaksud orang yang kita kenali atau ada bau2 bacang atau pun bau2 kentut dgn anda mahupun dgn org2 yg anda kenali yg berada di sesuatu tempat yang mempunyai pengaruh kepada masyarakat,,,,biase nye dikaitkan dgn proses mendapatkan kerja atau tender atau ape2 jer la,,,yg penting kalau kau ade org dalam kau tk payah beratur panjang tunggu giliran!kalau nak tau maksud yg sebenar korang cek lah kt kamus Dewan Bahasa(kalo ade).....

kalo bab kerja ni,mmg sensitif pada diri saya....kalo lah tau ade org dapat kerja dgn menggunakan org dalam gua mmg hanginnnn,,,,,dah la gunakan jalan mudah lepas tu kerja lak hampeh!boleh tak kau bayangkan perasaan org yg mintak kerja beratus2 kali tapi resume pun tk ditengok oleh syarikat semata2 dia dah ade org untuk jawatan2 tertentu,,,,tak mustahil nak jadi "tea lady" sekarang ni pun kena pakai org dalam!!kalau mcm ni la kan,tak mustahil juga kaum keluarga suku sakat bagai bekerja di tempat yg sama,,,,tolong lah wei,sampai biler nak ade org dalam ni?lain lah kalau syarikat tu kau yg punya,sukati kau la nk amik sape bekeje.......tlg lah kesian kt org yg betul2 berusaha nak dapatkan kerja......huhu,,,,,kes2 biase,bapak tolong anak,ok la tu,,,pakcik tolong anak sedara,ade gak kawan tolong kawan (kawan baik la tu..),bos kakak kau tolong anak jiran kau pun boleh gak,,,,,,,,tp yg pelik nape org dalam tu senang nak  tolong eh?mmg nak tolong atau nak tunjuk yg dia berkuasa??i'm still confius,,,,tp takper lah kan,,rezki masing2,,,,kadang2 kita kehilangan sesuatu semudah kita mendapatkannya,,,,tp kepada sesiapa yg dah berjaya mendapatkan khidmat org dalam tu,buat lah kerja dgn sebaik2 nya,,,itu adalah amanah,kalau tidak dgn izinNya tak mungkin akan dapat kan,,,hmmm....

itu pasal kerja,,,,kalo org sakit nak dapatkan rawatan kat hospital pun kena gak khidmat org dalam,,,,,kalau kau tkde org dalam,walopun ko ade surat appointment dengan doktor pakar pada jam 9 pagi,kau cuma akan dapat jumpa doktor pada pukul 11 pagi sebab ko pun akan diberikan nombor giliran sama dgn org2 lain yg takde surat appoitment....tk payah buat2 tanya "saya ade surat appointment,kena pakai nombor gak ke?"....jgn tanya cmtu!!apabila giliran kau smpai,mmg kt luar bilik doktor tu dia tulis "doktor pakar" tapi bila kau masuk dalam,disebabkan ko tkde "org dalam" maka yg menyambut kau adelah doktor2 pelatih,,,,,semuanya panggil kau "kakak".......dan adik2 itu akan tanya macam2 solan dan ade byk bunyi "erm.erm" sebab memikirkan nak tanya ape lagi smbil buat mimik2 muka yg tak biase dilihat pada seorang doktor pakar...........disebabkan kau tak guna org dalam juga,maka kau akan kena keluar masuk bilik doktor beberapa kali,,,sebab doktor2 pelatih tu kena pulak berbincang semula dgn doktor pakar.....last2 sekali baru ko akan dipertemukan dgn doktor pakar yg kau ingin sekali berjumpa,,,,,tanpa byk soal,doktor tu cek kejap pastu terus confirmkan rawatan......huhu,,,kalau mcm tu dari awal kan senang2,,,,,,,,,itu bezanya kalau ade org dalam,,,,,,lainkali pakai org dalam,,,,nnti kau akan diberikan layanan istimewa walopun "org dalam" itu cuma bos kepada kakak kau!!walaupun ko tak kenal dan tk pernah jumpa ngan org tu,rezki jgn ditolak ok,,,sebab itu adalah budaya,,,,huh!

Sunday, November 7, 2010

Kosong!!!

Kosong,,,bermakna tkde sape view blog ni pada hari ini,,,,huhu,,,lagipun tkde entri yang baru....mmg lost dgn idea untuk ditulis di sini.....biasenye idea diambil daripada bahan bacaan,,,bermakna dah lama tk membaca atau pun tiada bahan bacaan yang menarik untuk dibaca.....selain itu idea juga muncul tiba2 dari hati,,,ini bermakna hati terasa kosong sekali atau pun terasa berat untuk mengeluarkan apa yang terpendam di dalam hati,,,huhu......kadang2 juga idea datang daripada aktiviti harian,,,ini bermakna tiada aktiviti menarik untuk dikongsi,,,bukan tkde langsung aktiviti menarik,,,cuma takde yg nak dikongsi,,,tiba2 termalu sendiri bila ade org membaca apa yg ada di benak fikiran ini,,,,huhuhu ;)

Saturday, October 30, 2010

Unsur2 sesat Lady Gaga......& Siapakah Dajjal

Simbol2 yg sering digunakan oleh Lady Gaga...
  • Nombor 6: Lady Gaga dilihat selalu menunjukkan tanda bulat dengan mnggunakan jarinya...tanda itu merupakan simbol nombor 6 yangdiambil daripada trio 666 yg membawa maksud "nombor keganasan" atau "the number of Beast"...nombor ini terkandung dalam The Book of Revelation..
  • Panahan Kilat: Terdapat sesetengah pakaian yg diperagakan oleh Lady Gaga mengandungi simbol berbentuk panahan kilat..ia membawa maksud kemusnahan serta keganasan Tuhan yg mentadbir alam
  • Kepala kambing: Simbol yg begitu dekat dengan pengabdian syaitan yg sering digunakan untuk upacara pemujaan...simbol ini sering kelihatan dalam video klip Lady Gaga
  • Lingkaran hitam putih: Ia mewakili matahari dan Tuhannya menurut kepercayaan Kaballah Freemason
  • Mata: Dianggap mata Tuhan yg mampu meliuhat sekelian alam menurut kepercayaan Freemason dan Illuminati
  • Salib terbalik: Simbol membawa kepada penyelewengan dan sesuatu yg negatif yakni membawa konsep Satanisme.Sering digunakan dalam ritual kejahatan dan ilmu gelap
  • Sacred Heart: Merupakan pendarahan hati tuhan sebagai memelihara kesejahteraan umat manusia. 
Wallahualam,,,,

 Siapakah Dajjal?

Hadis yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad,"Sesungguhnya dajjal adalah lelaki yang pendek,badan gempal,matanya rosak (mengecut).Kalau kamu masih ragu2 tentang Tuhan kamu.Sesungguhnya Tuhan kamu tidak rosak matanya".

Dajjal adalah manusia biasa yang diberikan Allah kekuasaan luar biasa.Dia telah hidup sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w.Dia digelar al Masihi ad dajal kerana matanya yang rosak dan kebolehan luar biasanya menghidupkan orang mati.Didahinya tertulis 'kafir' dan boleh dibaca oleh semua orang Islam.Ajalnya ditangguhkan oleh Allah untuk menguji keimanan manusia.

Keistimewaan Dajjal:
  1. ada bersamanya syurga dan neraka.apa yg diberikan sebagai syurga sebenarnya adalah neraka,begitulah sebaliknya.
  2. dajjal akan pergi ke daerah yang kemarau,kebuluran dan hasil dagangan tidak menjadi.dia akan menurunkan hujan di daerah itu jika penduduk di situ mengaku beriman kepadanya.bagi daerah yg tidak mengaku beriman kepadanya akan berada dalam kebuluran dan kesusahan.
Hadis yg diriwayatkan Ibnu Majah bermaksud "para sahabat bertanya:Ya Rasulullah,apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu nanti?
 
Rsulullah menjawab,"mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil,takbir,tasbih dan bertaubat.zikir2 itu yang akan menjadi makanan mereka"
 
3. dia boleh menjelajahi seluruh pelusuk bumi ini dalam masa 40 hari dgn kepantasan luar biasa..
Dalam hadis dari Anas bin Malik,Rasulullah s.a.w bersabda "dajjal akan keluar dari kota Yahudi,Khurasan bersama 70,000 Yahudi dari Isfahan"-riwayat Imam Ahmad.

Rasulullah telah memberikan tips kepada umatnya untuk mengelak fitnah dajjal:
  • menghafal 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi
  • membaca :Ya Allah,aku berlindung denganmu dari azab neraka jahannam,azab kubur,ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al  masihi ad dajal
Dajjal akan menjelajah seluruh dunia dan akan berakhir di Baitulmaqdis dan dibunuh oleh Nabi Isa.

Wallahualam......

Sumber:Al-Islam-Nov2010

Thursday, October 28, 2010

Haruskah Percaya,,?

Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya............erm,,tp kata-kata itu dinyatakan oleh seseorang yg suci jiwanya,murni hatinya......namun haruskah aku percaya?ehem,,,ok mmg betul......tepat seperti tanggapannya.......tak perlu berdolak dalih,mmg betul pun,,,,,,tp kenapa aku?y y y ..?

Sunday, October 24, 2010

Tak Kesah la.......

Its ok,it fine and its orait.....tak kesah....tak kesah la orang nak pandang aku ni mcm mane pun,,,yg penting aku tak buat perkara2 yang haram di sisi Allah....tak kesah la kalo masih belum dapat kerjaya yg diimpikan,,,asalkan aku berkemampuan melunaskan tanggungjawab dgn kerjaya sekarang......tak kesah la belum dapat mencapai impian harta benda mcm kawan2 lain,,,asalkan hidup aku ni tak dibebani hutang keliling pinggang.....tak kesah la kalo pakai baju pun murah2 jer,,asalkan hati gembira...tak kesah la kalo takde boifren pun,,,asalkan terlepas daripada perkara2 maksiat....tak kesah la kalo orang nak buli ke haper ke,,,,asalkan aku dapat menimba pengalaman,,,,tak kesah la kalo duduk kat kampung pun,,,asalkan dapat tgk mak abah selalu,,,,,,,tak kesah la kalo tak ramai kawan pun,,,asalkan tak selalu buat dosa ngumpat sana sini.......tak kesah...tak kesah...hamba dah tak kesah......syukur alhamdulillah.....

Friday, October 22, 2010

Semakin hampir,,,,

Tidak semestinya kesakitan itu mmbawa mudarat kepada kita,,,,,,setiap kejadian mempunyai hikmah yang tersendiri....kita sebagai hambaNya hanya menuruti setiap takdir dengan usaha dan tawakal.......harus redha dgn setiap kejadian,tanda kita bersyukur dengan segala yg kita telah nikmati selama ini......kesakitan juga dikurniakan Allah kepada kita untuk menguji keimanan kita,sebagai tanda Dia mengingati kita dan mahu kita mengingatiNya....mungkin kita sudah terlalu jauh daripada Allah,kita sering melupakanNya....dan kesakitan itu lah yg mampu membawa kita kembali mendekatiNya......

"Ya Allah,seandainya apa yang aku alami ini adalah balasanMu terhadap dosa-dosaku,aku redha......asalkan Kau tidak menempatkan aku di dalam neraka jahanamMu atas segala kelalaianku selama ini Ya Allah........namun Ya Allah,Kau kasihanilah aku,Kau bantulah aku,Kau kurniakan aku kekuatan iman dan ketabahan bagi menghadapi ujian Mu ini.....Jauhkanlah aku daripada kekufuran...Kurniakanlah aku kesejahteraan hidup dan keselamatan di dunia dan akhirat.....Aamin Ya Rabbal A'lamin,,,,"

Saturday, October 16, 2010

600 GSTT di Kedah diberhentikan/ditamatkan perkhidmatan 31 Okt 2010

Huhu,,,sedih sedih......lagi2 GSTT...(Guru Sandaran Tidak Terlatih).......kt Kedah jer diberhentikan 600 org.......N9?hehe...tak tau lah pulak,,,kalo kat sekolah aku 2 org jer,,,,,hehe,,,,,tp kot2 akan ada yang diberhentikan lagi bulan depan ke,,,tktau lah kan,,,mintak2 lah tkde,,,hehe.......

Kesian mmg kesian,,,,,,,,,tp SAPE SUOH JADI GSTT?kuikuikui...(soalan ditujukan buat diri sendiri juga,,,hehe)...sebenarnya dlam kontrak pun mmg dh kata boleh diberhentikan bile2 mase especially bile ade guru tetap posting di sekolah yg ade GSTT.....tp dalam kontrak kata gak kena bagi one month notice...inilah yg selalu di abaikan oleh pihak atasan,,,huhu,,,nasib,,,nasib,,,,,sebagai GSTT diorang mmg patut tau pasal hal2 diberhentikan ni,,,,surat kontrak mmg dh jelas,,,tp nape masa mohon dulu tak persoalkan??nape sekarang kena kecoh2 kan kat suatkabar n kat tv?jeng jeng jeng.......sebab masa tu diorang tktau beban kerja guru tu mcm mane,,,,bila dh jadi guru,,,especially GSTT....mmg cnfirm jadi bahan buli n kuli,,,mcm2 kerja kena buat,,,,,sebab tu bile diberhentikan mcm tu jer,rasa khidmat bakti yg dicurahkan kpd sekolah hanya sia2,,,,,tak mustahil juga mereka yg jadi GSTT ni sebenarnya pada awal2 dulu bukan nyer berminat pun nak jadi cikgu,,,tp disebabkan dah tkde kerja lain,,,,,terpakse lah mintak.....tp kalo dah 2 3 tahun berkhidmat,tak mustahil perasaan tak minat tu akan jadi SGT BERMINAT...........sesungguhnya para pelajar itu mmpunyai kuasa tarikan tersendiri sehingga kan ade guru yg tak sedar sudah berkhidmat di sekolah yang sama selama 10 tahun!!

ok,ade lagi faktor yg mmbuatkan seseorang GSTT itu terkilan apabila diberhentikan di hujung2 tahun,,,,,,,yer lah,dia yg dok sibuk2 buat kerja dari awal tahun,,,tetiba cikgu yg baru posting dtg,cuma abiskan saki baki kerja yg sikit,pastu cuti bulan 12,cikgu yg baru posting yg dapat gaji!owh!melampau lah tu,,,kerja tk seberapa,tiba2 cuti panjang,gaji penuh,,,,,,yg GSTT yg dh mencurah keringat ni satu hapak pun tk dapat,bonus jgn harap!SAPE YG PANDAI2 ANTA CIKGU POSTING UJUNG TAHUN TU?uish,,mcm tak berpikir jer diorang ni?kan boleh anta guru tetap posting bulan januari next year,biar GSTT abiskan kontrak smapai ujung bulan 12,,,,,aduiiii so selfish lah!!

tp sekurang2nya kejadian seperti ini menyedarkan diri GSTT sendiri dan juga pihak lain,,,,,inilah kerja yg paling sakai sekali jaminannya!tp di sisi Allah,aku yakin pekerjaan ini sgt mulia sekiranya dilakukan dengan penuh ikhlas untuk mendidik anak bangsa,,,,bersabarlah wahai GSTT......redha lah dgn setiap ketentuan............kalo Allah tak izinkan kita mendapat sesuatu nikmat,lihatlah kembali kepada diri sendiri,,,mane tau ada dosa2 kecil yg dah kita buat terhadap pelajar2 kita.........kdg2 kita rasakan apa yg sedang kita alami adalah perkara paling teruk,tp kita taktau ada lagi insan lain yg mengalami nasib yg lebih teruk daripada kita................bumi Allah ini luas,,,,pasti telah ditetapkan rezki untuk setiap hambaNya......yg penting usaha + doa yg berterusan....good Luck!

Sunday, October 10, 2010

erm,,,,,

setiap kesusahan dan penderitaan org lain pasti akan turut kurasai jua...namun tidak pada kebahagiaan dan kesenangan,,,,,huhu.....

Thursday, October 7, 2010

Abah,u touched my heart,,,,,saya terharu,,,,,my tears falling down.....

every morning macam biase lah kan,,,,,,kul 7.05 a.m or 7.10 am...time bergegas angkat beg masuk keta...nak g keje,,,,,,idup enjin dulu.....sarapan.......

mcm biase jugak,time angkat beg nak g idup enjin keta tu,,abah mesti tegur,,,,,,tak sarapan ke....?aku pun jawab....jap bah.....nk g idup enjin jap.....lepas idup enjin keta baru lah dok sarapan....biasenya nasi goreng...nasi goreng mak den....hehe.......tgh2 makan tu.....

Abah: tu abah dah buatkan air........biar senang ko belajar...ilmu senang masuk....(maksudnya air yaasin,abah letak dlm botol mineral)

Aku:abah ni....org dh tak belajar la.....dh  lame abis sekolah.......

Abah: yer la,,,ko mengajar kan,,,nak mengajar pun kena jugak belajar dulu,,,,baru senang nak bg ilmu kat budak...

Aku: alamak,yer tk ye jugak...pndai lah abah ni,,,(dalam hati)

Abah:abah bc yaasin subuh tadi....abah doakan ko dimurahkan rezki,,,,,dikurniakan kesihatan yg baik......keje pun senang..........

Aku : (dalam hati)...tanpa kusedar abah sangat memahami,,,,,,,mmg aku perlukan sokongan ketika ini....ketika aku melihat diriku keseorangan,,,rupa2 nya ada insan yg sering mendoakan kesejahteraanku di dunia ini....terima kasih abah.........

di akhir perbualan........

Abah: kalau ade kawan nak mintak air tu,,,bg jer lah,,,tp tkyah la cakap abah dh doa air tu...niat sedekah je dalam hati......

Aku:hehe,,,kelakar lah abah ni,,,,,:)(tu pun nak pesan..)

Wednesday, October 6, 2010

Satu Dua Tiga

Hidup tidak semudah menyebut 1,2,3...juga tidak semudah menghafal A,B,C.............ops tkde kaitan dgn entri........

skang dah bulan oktober,,,,,masa untuk buat soklan final exam,,,,sgt malas,,,,,,,,,,mood dh tkde sebbab pk pasal thn depan haha......

thn ni nak surf ntenet jer semua soalan untuk 4 subjek.,,,,,tp biase lah kan kalo dah niat tak baik,,pemalas,,,,,mmg lah susah nak jumpa soalan tu....tkper cuba lagi,,,,,bagi masa smpai hujung mgu ni je,,,,,kalo tk jumpa gak,,buat sendiri!!!paham???hehehe

Monday, October 4, 2010

Bangkitlah,,,,,,

wahai hati bersabarlah dengan setiap dugaan yg terpaksa kau tanggung......wahai diri terimalah apa jua keadaan....wahai tubuh, redholah dengan semua beban........wahai akal,janganlah kau berhenti berfikir,,,,setiap yang Tuhan jadikan pasti ada banyak hikmahnya........andai kau seorang yang beriman,kau pasti akan mampu menempuhinya........wahai hati,kau sering terlupa untuk memahami,,,selagi kau masih bernyawa di muka bumi Tuhan ini selagi itu dugaan takkan berhenti,,,,jangan kau alpa pada kesenangan,,,dan jangan kau kufur pada setiap datangnya dugaan,,,,,,,,,,,sandarkan harapanmu pada doa siang dan malam......andai kau merasakan dirimu seorang diri berjalan di muka bumi,,,,,,,kau ingatlah Tuhan sentiasa menjadi teman,,,pada insan yg memerlukan,,,,,biarkan kata2 yg kau anggap hinaan,berlalu diiringi tiupan angin,,,biarkan mata2 yg mengerling dengan jelingan tajam berkelip tanpa undangan.......biarkan saja mereka,,,,,,,,,,carilah insan yang mmpu menjadi kawan,,,bukannya lawan.......andai kau menemui insan yang kau sayang,,,,,kau pastikan dia jua menyayangimu sepenuh hatinya.........jika hatimu terpaut pada seseorang,,,,,,jangan kau serahkan jiwa dan ragamu tanpa kau mengetahui isi hatinya..........jangan kau berharap pada seseorang insan,,,yg belum tentu memandangmu dengan penuh rasa kasih dan sayang......jangan kau korbankan dirimu berharap pada cinta sesama manusia................wahai hati,,,berkali2 telah kau diingatkan,,,serahkan dirimu kepada Allah,Tuhan Yang Esa...............kau pasti akan bahagia................lupakan segala apa yang kau anggap beban tak tertanggung....kau hadapilah ia dengan penuh rela dan redha.........dengan cekalmu,dengan usahamu, dengan tawakalmu,dengan doamu,,,kau pasti berjaya,,,,,,,,,,,,,,sucikan dirimu wahai hati,terangi ia dengan cahaya iman,,,,,,kau milik Tuhan,,,,,,setiap dugaan dan setiap kesenangan serta kebahagiaan datang daripada Dia......Dia berhak atas segalanya.......jangan Dia dianggap kejam hanya kerana Dia tidak memenuhi permintaanmu,,,,,,,,,,percayalah pada setiap suratan,andai tiada usaha tak mungkin akan menjadi kenyataan,,,,,,,,namun andai kegagalan yg kau tempuh,jangan pula kau berputus asa,,,,,andai kau melihat dunia dengan cahaya keimanan,pasti kau akan lihat bumi terang benderang,,,,,andai kau melihat dunia dengan kekufuran,maka kegelapanlah yang hanya mmpu kau nikmati,,,,,,,bangkitlah,berjalanlah dikau mengharungi perjalanan yang panjang,,,,teruskan perjuangan sebelum kau dipanggil pulang,jangan kau menyerah kalah sebelum mencapai kemenangan,,,,,,,,:)

Sunday, October 3, 2010

Melayan kepale yang sengal

Di pagi ahad yang santai,aku duduk seorang diri,,,,mmg selama ni pun duduk seorang diri...terase lenguh2 badan berjalan semalam pun tak hilang lagi,,,nak jer smbung tidur tp mata tk leh lelap......lagipun tk manis untuk org berstatus belum berkahwin untuk bangun lewat dinihari.....nnti jd andartu pulak,,,(eh,bukan dah jd ke,,,wahahahahahaha,apo lah nasib).....

usai sarapan...(ape lah mksud usai tu)...tgk AMMax...hmm bestnyer dpat g negara org,,,senang2 jer......jarang tgk tv pepagi ni tp disebabkan Ammax, ku gagahkan jua...hehe...........then,kemas2 rumah,bersihkan penginapan kucen.....dan bersiap2 ke pasar,,,,,,,,,,bosan kan idup aku nih........:)

nama jer arini hari ahad....tp semuanya tk menarik,,,,,cuti jer menarik,,,,tv pun ntah ape2 rancangan.....suatkaba pun ntah aper2 isinya....politik,hiburan tak abis2.........nak berjalan pulak tktau nak g mane n tktau nak buat aper,,,huh!kepale dh pening ngadap skrin lptop ni,,,,nk chatting pun tkde org nak melayan,,,,so sad.....sms pun tk dibalas,,,,hw bad.....:(

mcm mane nak digmbarkan idup aku ni eh,,,,,,,ok think positive......lupakan sesuatu yg menyebabkan kita rase tk senang.......air muka melambangkan ape yg ada dalam hati.........jd just buangkan saje yg sedih2 ok,,,,,,,,,p lantak lah!hehe

Wednesday, September 29, 2010

i need a boosssterrrrrrrrrrrrrrr......

i need peransang
otak dah makin beku
semua benda serba tak kena
idup mcm dalam ais...sejuk
i need pencair
yang mmpu memanaskan
tubuh yang layu
i need suntikan
semangat dah makin hilang
arah tuju hidup dah tak keruan
asyik tgk org lain mencapai kejayaan
senyum makin kelat
hati makin sarat
sedih yang teramat...
i need someone
yang mampu menghidupkan
hati yg lara menjadi gembira
yg sedih menjadi tawa
tapi apakan daya
masakan perigi mahu mncari timba......?
ke hulu ke hilir....jawapan tetap sama
Dia penentu segala..........
just be cool......
everything dah siap siaga.......
cuma tunggu kita bersedia....
sampai masa,,,,,,beres semua........!

Wednesday, September 22, 2010

Persoalan Hampir Terjawab

Erm,,,,saat yg paling aku suka adalah memandu ke tempat kerja di pagi yg hening,,,,,nyaman,,,sejuk,,,,,,,perjalanan yg kdg2 mengambil masa 3 minit dgn laju 60km/j......(kalo terlewat)......dan 5-6 minit...laju 40km/j...(kalo awal)......perjalanan diiringi lagu2 best kat Suria fm atau era fm atau hot fm,,,,,,,,pemanduan diselangi tawa jika ade lawak2 kat radio tu,,,,,,indah.......satu perasaan tanpa tekanan....kosong.........aku selalu berharap perjalanan akan lebih jauh,,,jd dpt lah dgr lebih byk lagu...esspecially lagu Sofia Jane-Black,,,,,,hiks!

Perasaan syukur sering menyinggah dibenak ini saat terlihat dan memasuki pagar tmpatku bekerja,,,,syukur Allah masih mengurniakan aku rezki pekerjaan yg baik........namun pada pagi ini.....satu berita nyaris menyentap perasaan tenangku.............bagai mengejutkan aku dari lena,,,,bagai menyedarkan aku untuk memndang ke dunia luar,,,sedih!!benar,,,hidup ini bagai putaran roda.....sekejap kita di atas sekejap kita berada di bawah....kdg2 roda itu berputar di atas jalan tar yg licin,,,kdg2 ia melintasi jalan berbatu, berlumpur,,,,kdg2 ia terhenti minta dibaiki sebelum terus berputar.........mmg itulah kehidupan,,,,,,,

Jauh di sudut hati ini,,,masih mengharapkan perkhabaran itu tidak benar,,,,,,,,,semoga Allah mendengar rayuanku.....agar aku masih diberi ruang di dunia ini untuk membaiki kesilapan,,,mempertingkatkan iman,,,,,jauhkan aku dari perasaan tersisih,,,tersisih darimu Ya Allah,,,berbanding org lain yg sentiasa mendapat kesenangan dan kebahagiaan dalam hidup mereka....jadikan aku hambamu yang sentiasa bersyukur,,,,aamin.....

Monday, September 20, 2010

Betul ke salah?

Isnin,,,,hari yang penuh bererti......syukur kerana masih diberi rezeki,masih boleh bernafas,masih sihat dan masih ada kehidupan,,,,,,,,harini bermakna hari kedua persekolahan selepas cuti hari raye aidilfitri,,,,,,rasa sangat happy dapat bertemu kembali dengan para pelajar....erm.....

Hari dimulakan dengan perhimpunan yg berlangsung dengan lancar sekali,,,,pengetua pun tk cakap byk,,,,,,,masih lagi dalam mood raye agaknya....aku?hmm ok jer,,,walopun baru terase ada mood nak beraya..........hari ni pun kelas cuma 4 masa sahaja = 160 minit = 1 jam 40 minit........memilih topik 'network".....bilangan pelajar 21orang.....perangai mcm 221 orang,,,,,takper,,,sabar,,,,budak2 lah katakan,,,,,,layankan ajer,,,,,

Memandangkan harini semua ckgu dtg ke sekolah dgn penuh semangat,,,maka tkde lah dpt relief kelas.....jadi kegembiraan pada hari ini sgt berlipat kali ganda......:)

Masa terluang yg ade ni mahu digunakan sepenuhnya untuk mencari bahan2 tuk pengajaran,,,,tp adat bila dh online,,,,cursor asik terklik benda2 yg tak sepatutnya,,,,,ok,,hentikan lamunan!!walopun yg bernaung dibawah Cancer mmg suka mengelamun!!ok stoppp.....

*dekat hujung tahun,,,mula terpikir masa depan,,,,,,erm,,,cmne ni,,,,,,?risau........

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raye

Salam,,,(nk jwb cmne eh kalo org bg salam cmtu,,,,,)....Assalamualaikum,,,,,,

Hari ni 30 Ramadhan...means esok adalah 1 Syawal.....Selamat menyambut aidilfitri kepada semua yg terbaca entri ni,,,,,,,mohon maaf kalo ade terkasar bahasa sepanjang sy menulis di sini,,,,hmmm......(sape je la yg terbaca,,,hehe).......

Hati tibe2 teringat kat arwah abang,,,,,terasa sgt kehilangan........dah 10 thn dia pergi.....kalo dia ade lagi,,umur dia sekarang dah 34 tahun,,,,mesti dah beranak pinak kan,,,,hmmm rindunyerrrrr....terasa alangkah indahnya kalo aku masih ada dia,,,,,,,,walopun dulu kami takde lah rapat sgt,,,yer la sebab aku umo 10 thn dah dok asrama smpailah umo 23 tahun,,,,,,,arwah pegi tahun 2000,,masa tu aku br masuk UPM..........sekarang kalo ternampak kwn2 abg,,,pasti syahduuuu jer rase......kita sebagai manusia mmg sering melakukan kesilapan,,,,,tapi alangkah indahnya andai kita dpt mengurangkan kesilapan dan dosa2 di dunia ini dengan kembali padaNya.........zaman sekarang dugaan semakin hebat,,,,,kalau tersilap langkah pasti hancur,,,iman pun cuma senipis kulit bawang,,,ditambah dengan hasutan sahabat2 syaitan,,,,,hmmmYa Allah,,,lindungilah aku dan keluargaku......

Semoga abang tenang dan damai di sana,,,,beruntung abang,,,dpt pergi awal,,,,kurang dosa,,berbanding hidup berpuluh2 tahun kan,,,Al Fatihah untuk abang,,,,,,,Wassalam,,,

Monday, September 6, 2010

Hanya Tudung!!

Assalamualaikum,,,,,,selamat berpuasa,,,,syukur ke hadrat Illahi kerana kita masih berkesempatan menunaikan rukun Islam ketiga ini hingga ke hujungnya........10 hari/malam terakhir Ramadhan jangan dipersiakan kerana di situ akan adanya malam lailatul qadar,,,satu2 nye malam yg mmpunyai limpah rahmat yg tidak terhingga dan tidak akan dapat kita temui pada bulan2 yg lain,,,,,,insyaallah,,,sama2 lah kita berusaha untuk mencarinya.........

dua hari ni asyik dengar berita yg mengingatkan supaya org ramai tk terpengaruh dgn berita 1 syawal akan jatuh pada hari khamis,,,,,,hmm mcm mane org bleh terdengar kabar angin cmtu ek,,,,,kalo berita tu tk benar, hebat betul si pereka cerita,,,kesian kat org2 yg mebi pada hari tersebut masih lagi berada di atas jalanraya,,,,sure cemas!!apa2 pun kepada mereka yg akan memandu jauh untuk pulang ke kampung,di harap memandu dgn berhati2....harini juga angka saman telah meningkt kepada hampir 9 ribu....jumlah kemalangan mencapai seribu lebih......jadi jangan ditambah lagi angka itu ye!

hmm harini juga,baru mula shopping raya,,,memilih untuk keluar dari rumah seawal pagi,pada hari isnin dengan harapan org tak ramai,,,mklumlah belum ramai yg dah start cuti kan,,,,hehe......sangkaanku tepat,,,,mmg tk ramai sgt.....first time dpt parking kt bwh bumbung (open parking) kat jusco seremban,,,,,hehe,,,hujan renyai2 pulak tu,,,,,tetapi hasil yg dibawa pulang-takde-ohh susah pulak nak cari baju labuh/blouse,,,,kang beli baju pendek dan ketat lagi kang!!oppsss tk bleh,,,,,,,hidup ni kena ada perubahan walopun sikit.......:)

destinasi seterunya ke Dataran Senawang,,,,,,tgk suatkabar kata ada byk jualan perayaan kat sana,,,,,,,hmm,,,mmg byk gerai,,,,,tp semuanya jual kain tudung,,,,,,,,semuanya tudung,,,,,,,,tudung2 pulak sepesen jer,,,,,,,alaaa tudung yg sarung2 tu,,,,dan yg terbaru tudung syria,,,,,OMG,,,,,,i want blouse,,,,,,bukan tudung k,,,,,,,,,dan penjual2 tudung tu pun muka sepesen,,,,,,pakistan,,,,,,,,,"mari adik mari murah2 10 ringgit"............tak,tak saya taknak,,,,,last2 terbeli gak tudung sarung 3 helai,,,walopun dah tau muka tak berapa sesuai memakai tudung seperti itu,,,,,,,,Ohh tidakkk,,,nape lah terbeli,,,,,,,nak blouse!!....tibe2 terbayang kedai kat Tampin,,,,,,,,jauh2 berjalan, ke Seremban,,last2 nampak Tmpin gak,,,,,,,,hehe........biler plak nak g Tmpin ni,,,adeiiii...........Wassalam!

Saturday, September 4, 2010

Bercakap sorang2...

No,i'm not crazy,,,,hehe........tp kalo dah hari2 ckp sensorang tak mustahil gak akan jadi crazy,,,,,ish nauzubillah.........

Sekarang pukul 5.31 petang......hari ni dh hari ke 25 Ramadhan....pejam celik dah nak abis puasa.......terasa sekejap sangat berbanding hari pertama puasa.....hmm,,,,semoga ada kesempatan untuk kite berterusan melakukan ibadah dalam sisa Ramadhan yg masih ada ini..........hari ni jugak berbuke kat sini pukul 7.15 p.m.........rasa mcm lambat lagi (?)....tp kalo dah online,5 jam pun terasa sangat sekejap,,,hehe......

Terasa sangat bosan pada hari ini,,,,,dengar lagu raya pun mcm tkde mood nak raye.....hmm,,,kalo dulu2 mood mmg ade sebab kena apply cuti,,,kena menmpuh hiruk pikuk KL beli baju raye,,,kena redah jalan jam......yer la dok kat negeri orang,,time balik kampung haruslah begitu,,,,,,sekarang dok kampung,,,,,,,cuti tk payah apply,,,mmg sah2 dapat cuti panjang kalo raye.......beraya pun dikampung,,,,tgu adik beradik balikkkk jer......ohh sgt bosan,,,,,si Syafiqah ni mane la tk blaik2,,,,kalo dia ade senang sikit nak suruh2 buat keje,,,,huhu......dah ler tk berapa nak sihat,,,nak buat keje tak larat dan tkde geng,,,,,rasa sgt hebat dugaan pada 3 hari kebelakangan ini,,,,,,,,,,maklumlah dh lama tk sakit,,,sekali kena padan muka,,,huhuhu.....

Tuesday, August 24, 2010

Awas Si Rabun......Glaukoma......

Boleh baca Info ini  daripada sini dan sini



*Dikatakan juga bakal pengidap adalah orang yg sukar mengalirkan air mata....hurm,,,tidak dapat dipastikan kesahihannya.......by d way penyakit ni tidak mengenal usia........my sister dah kena penyakit ni masa umur 30++.....dan satu matanya telah dibuang......dan seorang lagi sedang dibedah ketika ini untuk membuat saluran air mata pada matanya........di bulan Ramadhan yg mulia dan penuh keberkatan ini,aku mendoakan agar Akak akan selamat menjalani pembedahan dan cepat sembuh,,,,,,,Ampunkan dosa2nya Ya Allah,,,,,,Aaminn....

Sunday, August 22, 2010

Harapan Ramadhan-Raihan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Thursday, August 19, 2010

Inilah Kehidupan,,,,,,,,,

Assalamualaikum,,,,,,

Tibe2 hati ini tersentuh mendengarkan ttg perjalanan hidup seseorang....rasa sangat bersyukur dengan kehidupan aku yang walopun tak berape nak betul ni tp masih berada berhampiran jalan yg lurus,,,insyaallah,,,,,,

Ttg seseorang,,,kehidupannya agak berliku-liku...mungkin mmg pilihannya untuk berkehidupan seperti itu atau pun pengaruh rakan-rakan terdekat...hmm ntah la ek,,,,,atau mungkin kehidupan manusia mmg mcm tu cuma aku jer yang belum terjebak,,,,nau'zubillah......

Di saat hati ini meronta inginkan kehidupan yang lebih baik,,,,jiwa ini rasa menyesal.......mana taknya...punyer la mengomel ttg kerja yang dirasakan membebankan......padahal kerja ini adalah kerja yg mulia,,,,yg mampu mendidik hati ini supaya lebih bersabar,,,,pergaulan lebih terbatas dengan adanya teguran drpd org lain,,,,,dan insyaallah kehidupan sekarang akan lebih mengeratkan ikatan kekeluargaanku.......berbanding dgn org lain yg berpendapan ribu2an,,,,berpangkat tinggi di bandar2 besar......tp kehidupan mnjurus kepada nikmat dunia dan duit dibazirkan ke tempat2 tidak sepatutnya.........disko,arak,,rokok dan sebagainya..........jiwa pasti terasa lebih kosong dengan dosa yg dicipta dan dihimpun bertimbun timbun.......

Di saat jiwa ini sunyi tanpa teman,,,rasa bersyukur kerana masih di kelilingi ahli keluarga tersayang serta para sahabat yang tidak pernah melupakan,,,,,berbanding dgn org yg berteman....terdedah kepada perkara maksiat,,,,zina,,,,,,dan akhirnya ditinggalkan keseorangan.......mmm

Namun,,,dia tetap tenang,,,,,seolah-olah apa yang dia pernah lalui hanya cebisan daripada kehidupan,,,dan dia nampak lebih bersedia dengan kehidupan yg bakal dihadapinya.....dia kehilangan sesuatu tp mungkin dihadapan sana dia akan mendapat segalanya.......betapa tabahnya dia....tiada kata2 yg mmpu aku luahkan padanya kerana aku tidak sekuat dia.....namun aku pasti akan mendoakan kesejahteraan hidupnya......insyaallah......

Ketika ini,,,aku cuma ada 2 impian,,,,,bukan tidak mahu berusaha untuk mendapatkannya,,,tp tidak mahu terlalu mengharap.....andai kehidupan sekarang adalah yg terbaik,,,aku redha.....asalkan hidup sentiasa mendapat keberkatanNya......sesungguhnya kita harus bersyukur dgn apa yg kita ada dan jangan pernah menyesal dengan takdirNya.......banyak hikmah di sebalik setiap kejadian Tuhan....sabar...:)

Wassalam,,,,

Monday, August 16, 2010

Aper Kes La ni,,,,,,MARAH!!

sELAMAT berpuasa kepada mereka yang berpuasa pada hari ini,,,,,,,jgn puasa hanya setakat menahan lapar dahaga,,,,,,,puasakan juga pandangan mata, hati,fizikal dan rohani kita daripada melakukan perkara2 yg dilarang,,,,,,kepada yg rajin berfacebook tu,kurang2 kan lah,,,lebih baik masa yg ada digunakan untuk melakukan solat2 sunat mahupun bertadarus,,,itu adalah lebih afdal.....Ramadhan yg banyak nikmat dan berkat ni datangnya cuma setahun sekali,,,,,,facebook tu anytime bleh bukak,,,,cehcehceh,,,,,,,ckp psl facebook pulak!!hehe......sorry,,,,,,,

Ok, harini kite rasa mcm nak marah2 jer........ader jer mende2 yg buat kite rasa nak marah,,,,,,,(mcm geli je bahsekan diri "kite"....tp nak ckp cmtu jugak)....patutnya kalo org puasa tak bleh marah2 kan,,,adeiii.....selalu kantoi dlm bab sabar dan marah2.......iman kena polish lagi ni,,,huhu.....Mcm td nak marah pasal budak bwk liquid paper.....hmm kat sekolah mane bleh bwk liquid,,tu bende haram tu.....then dia siap tunjuk2 kat kite n cabar kite,,,mane tak marah kan,,,,,,,lebih buat nak marah biler kite nak amik,then dia sorok kat poket seluar dia,,,,,eeeiiii geram betul.......yg jadi penyebab kite nak marah tu mungkin sebab byk berjalan,,penat.......,kelas ngan bilik guru tu bukan dekat,,perangai budak pulak tk reti nak duduk diam,,,,,harini ujian,,,tp bebudak tk bleh nak bezakan antara ujian ngan kelas biase!perangai sameee jer,,,,,

then, blk skul tgk bilangan anak kucen tak cukup,,,ala mati lagi ke,,,,,,,Puteri nih mmg tk pndai jaga anak la,,,,,eiiii......tk sempat nak bg nama kt anak kucen tu......huh!pastu tgk taik kucen pun berlambak,,,,,si Mok Pet pulak bleh suka2 ati terberak dlm rumah,,,,ayam pun sama!tk bleh la pintu terbukak sikit mula lah masuk buat mcm reban dia!!kalo reti keluar sendiri n tak tinggal jejak(taik) takper jugak,,,,aduii dugaan......nmpak sgt kite mmg cepat naik angin kan?bende kecik2 pun nak marah,,,,adehhh..

ape lagi,,,haaa semenjak dua menjak ni selalu bergaduh,,,,,bergaduh ngan beruk.....berukben.........kalo nak online mesti nk kena naikkan darah baru bleh online,,,,uish tak paham la,,,,,,,,kang buat aduan kat suratkhabar kang baru tau!dh byk kali kol pihak berkenaan tapi dia kata mungkin laptop yg salah!!cesss,,,,

jadi bile kite dah asik nak marah2 jer,,,fikiran pun jadi tk tenang,,,,,,kite tau tak elok nak marah2 ni tambah pulak dgn usia yg makin  hari makin bertambah....kalo asik marah2 jer nnti usia tu naik 5 kali ganda..........marah juga akan menyebabkan manusia menjadi keras hati....mudah dapat penyakit seperti darah tinggi dan sakit jantung.....kite taknak ade penyakit mcm tu,,,jadi kite tknak biasekan diri marah2.......

so kite cepat2 google untuk dapatkan tips elak marah........antara tips yg kite dapat adelah,,,,
(http://almansuqie.blogspot.com)
  • Doa - agar dibimbing oleh Allah.
  • Membiasakan diri dengan zikrullah - Quran, tasbih, istighfar dll.
  • Sentiasa ingat peringatan-peringatan yang diceritakan Allah dalam Quran, pahala orang yang dapat mengawal dirinya - bidadari di Syurga.
  • Ta’wiz dari syaitan / ambil wudhu’.
  • Ubah kedudukan - berdiri - duduk - baring.
  • Berikan hak badan - tidur , rehat dan tidak memenatkan badan.
Sifat marah juga akan menyebabkan Allah murka kepada kita.........oleh itu jgn marah2.....jgn marah2.......namun ade perkara yg membolehkan kita marah seperti apabila melihat kemungkaran dan mempertahankan hak,,,,,,hmm sama2 lah kita meningkatkan kesabaran,,,,,,
terima kasih kepada .....http://almansuqie.blogspot.com.
byk lagi yg boleh dikongsi di website tersebut,,,pergi lah jenguk ye,,,,,,!

*azam Ramadhan,,,,nak khatam Al-Quran bersama para pelajar pada 30 Ogos.....insyaallah,,,,,,,,

Sunday, August 15, 2010

Bila hati semakin layu, rindu tidak bererti lagi

Ehem,,,,rasa sungguh jiwang dengan tajuk di atas,,,kekekekeke

Bila bercakap soal hati, ibarat bercakap tentang sesuatu yg tidak nyata,sesuatu yang bercampur baur seperti spesies pokok2 dalam hutan hujan tropika di Malaysia,,hehe......ade pokok tinggi pokok rendah ade binatang liar dari sekecil2 saiz hingga ke sebesar2 saiz,,,,,hmm related tak nih??hehe....(mentang2 ajar Geografi dah smpai bab hutan).....

Ada pendapat mengatakan....lebih baik kita belajar menyintai kepada org yang ikhlas menyayangi kita,,,daripada kita berterusan berharap kepada insan yang kita sayangi supaya turut menyayangi kita seperti kita menyayangi dia...........sedangkan kita tahu bahawa dia tidak menyimpan sedikit pun perasaan syg malah rindu seperti perasaan kita terhadap dia...........di pendekkan cerita kita hanya bertepuk sebelah tangan.....

Ada juga satu pendapat lain,,,,,,,,,yg aku kurang pasti susunan kata2nya....dan mnyebabkan aku menukar kata2 tersebut......hidup manusia ni ibarat mendaki gunung untuk mencari air terjun yg cntik dan menikmati kepuasan bermandi manda........semakin tinggi kita mendaki kita merasakan akan ada air terjun yg tercantik,,,,,,,kita terus mendaki dan mahu mendaki lagi hingga ke puncak sedangkan kita telah menemui air terjun yg indah di bawah sana sepanjang pendakian..........dan bila kita smpai ke puncak yang tertinggi baru lah kita tersedar bahawa air terjun yg paling atas ini tidak memberi kepuasan kepada kita,,,,,,mmg nmpak cntik kerana airnye deras dan terjun melalui batu batan yg tinggi,tapi dapatkah kita bermandi manda di arus yg deras dan berbatu batan yg banyak?akhirnya kita akur,,,dan turun smula ke bawah dgn harapan mahu menikmati suasana di bawah yg lebih santai....tapi alangkah kecewanya kita apabila tempat yg tadinya tiada org kini telah digunakan oleh org lain dengan begitu gembira sekali...........dan kita hanya mmpu menyesal serta kepenatan.........

begitu lah hakikat hidup........manusia sering mencari yg terbaik..........apabila telah menemui sesuatu,kita yakin kita akan menemui yg lebih hebat,,,,dan kita hanya membiarkan sahaja apa yg telah kita temui begitu sahaja........tanpa kita mengetahui kita tidak akan menemuinya semula......

manusia mmg tamak,,,tidak pernah puas dgn apa yg diperolehinya.......begitu juga dgn cinta...kita sering mencari seseorang yg lebih hebat yg kononnya lebih sepadan dgn kita........tanpa kita tahu kita telah menemui pasangan kita yg sebenarnya.........dan kita telah mengecewakan dia.......

hidup juga ibarat putaran roda, kegembiraan dan kesedihan bukanlah untuk selamanya,,,percayalah, dugaan hanya untuk menguji keimanan,,,,,,,,,namun jangan kita mendongak ke langit apabila mendapat kebahagiaan,seringlah menunduk ke tanah saat berlari laju mahupun berjalan perlahan,,,,,

takdir hidup sarat dengan pengajaran....jangan sesekali kecewa mahupun putus asa......teruskan perjalanan biar perit menanggung seksa,yg pasti semua yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya........usah jua memasang angan2 yg panjang, kerana itu akan membinasakan jiwa kita.......biar hidup kita simple dan humble,jangan diragu pada takdir Tuhan.......

Saturday, August 14, 2010

Adab Berdoa

Got This from Solusi Magazine......22nd edition.....

Sebelum Berdoa
  1. Sediakan hati...bertaubat kepada Allah
  2. Sebaik-baiknya berwuduk
  3. Menghadap kiblat jika tiada halangan
  4. memilih waktu yang mustajab.....hari Arafah, bulan Ramadhan, hari Jumaat dan sebagainya
  5. Memilih keadaan yang baik sperti ketika bersujud, antara dua khutbah, ketika berpuasa dan lain2
  6. Mengangkat kedua dua tangan hingga nampak ketiak dan menyapu kedua tangan ke muka apabila selesai berdoa
  7. Digalakkan solat sunat hajat sebelum berdoa
  8. Pastikan makan dan minum dari sumber yang halal
  9. Utamakan doa untuk diri sendiri sebelum orang lain
SEMASA BERDOA
  1. Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
  2. Berdoa dengan mengucapkan Ya Rab sebanyak 3 kali
  3. Mengakui dan menyesali dosa yang dilakukan
  4. Tidak mengangkat suara ketika berdoa
  5. Berdoa dengan penuh rasa ketakutan dan gerun akan kehebatan dan kebesaran Allah serta khusyuk kepadaNya
  6. Berdoa dengan penuh perhatian dan kesungguhan
  7. Ulangi doa yang dibaca
  8. Tidak berdoa dengan sesuatu keburukan
  9. Menggunakan ayat yang ringkas tetapi padat
SELEPAS BERDOA
  1. Menyapu muka dengan tangan setelah selesai berdoa
  2. Mengaminkan doa yang dibacakan
  3. Bersangka baik bahawa Allah akan memakbulkan doa kita
  4. Bersabar menanti jawapan Allah terhadap doa yang dipohon....

*Selalu gagal dalam bersabar,,,,,,,,bantulah aku Ya Allah,,,,,,,

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan...

Indah
Kugambarkan sebaris kata
Inginku ungkapkan
Khas untukmu

Biar jauh perjalanan ini
Kau tetap kunantikan
Biar perit dugaan
Kau tetap ingin kutemui

Saat jiwaku hambar
Kau menjadi penyeri
Membawa seribu harapan
Mimpi menjadi kenyataan

Andai ini pertemuan kita yang terakhir
Ingin kudampingimu sepenuh hati
Namun
Jauh di sudut hati
Aku ingin bertamu berulang kali
Biar nikmatmu kukecapi
Biar hapus dosa duniawi
Izinkan aku meleraikan beban
Bersamamu bulan yang mulia
Ramadhan...

Jangan kau lemparkan aku
dikalangan orang-orang yang terpinggir
jauh daripada sinarmu
jauh daripada keberkatanmu
terimalah aku
bersama umat-umat yang menerima nikmatmu...

Bawalah aku
Bersamamu
Agar aku dapat menyedari
Segala kekurangan dan kedaifanku
Segala kelalaianku kepada Tuhanku
Segala kesilapanku kepada saudara-saudaraku
Biar lambat masa berlalu
Biar hebat dugaan perjalanan ini
Aku ingin tetap menempuhnya
Setabahmu mengunjungiku
Tanpa jemu...



*Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Monday, August 2, 2010

Syukur

Semalam
Aku menerima dugaan
Disaat keresahan datang tanpa diundang
Namun aku masih tenang dan senang

Hari ini
Aku ditimpa ujian
Disaat aku kepenatan
Namun aku masih tenang dan senang

Ketika ini
Aku selesai menghadapi cubaan
Disaat diri dihimpit emosi
Namun aku masih tenang dan senang

Esok dan lusa
Dugaan dan cubaan tetap hadir
Tanpa perlu dipersila
Namun aku pasti
Aku akan sentiasa tenang dan senang

Akan kuhadapi segalanya
Dengan penuh tabah dan syukur
Kerana ku tahu
Ia datang sekadar menguji keimanan
dan aku juga tahu
Aku mampu menghadapinya
Bersama sisa ketakwaan

Jauhkan aku
Daripada kehinaan dan kekafiran.......
Aaminnn

Sunday, August 1, 2010

Oh My B..............

Ceh,,,,konon malas nak layan blog (B stand for Blog).....akhirnya ke sini jugekkk........baru 3 hari berlalu dah rindu,,,,,,,mmm....tu lah kan kalo dah nama nya sunyi dan takde tempat mengadu maka ke sini jua lah akhirnya,,,,huhu........never mind lah kan,,,,,org kata kalo nak hidup mesti nak kena berteman,,,tak kesah lah teman tu lelaki or perempuan (teman tk bermaksud cinta ya),,,asalkn kita mampu meluahkan sesuatu yg kita pendam..........baru lah idup tak tension,,,,,,,,,meluahkan "sesuatu" bermaksud perkara2 yg kita susah nk kongsi dgn semua org...tk kesah lah perkara2 yg menggembirakan,menyedihkan atau pun memualkan mahupun menjelikkan..........tp nak cari teman kena hati2 ye.......in this way,My B is the greatest friend....i mean ia sentiasa ada di kala saya memerlukan,,,,cehcehceh......

Ok baru jer habis prgoram kat sekolah yg memaksa diri ini bermalam bersama pelajar tercinta.....huahuahua best lah sangat.........ok tkde masalah tentang itu....bukan ape sgt pun, setakat bermalam dan memastikan keselamatan pelajar....alhamdulillah semuanya selamat............yg nak disentuh adalah sikap sesetengah pihak yg hanya pandai bercakap tp sebenarnya dia pun sama......nape eh?nape manusia begitu?ok i'm not a  perfect person.......but at least i buat aper yg sepatutnya i kena buat.....dgn kata lain saya seorang yg patuh pada arahan,,,,,hahaha.....in this way pulak,,,sememangnya kuasa pada seseorang sgt mempengaruhi individu.....jadi yg tidak mempunyai kuasa hanya mampu menurut perintah.........!(seperti saya)

oops lupa,,,,,,telah terbagi URL blog kepada pelajar,,,,jadi tidak boleh berbicara lebih ttg school di sini.....(hmm menyesal bagi).....hehe....

Wednesday, July 28, 2010

Nuffnang oooo nuffnang....

Bagi yg taktau...nuffnang adalah sebuah website di mana kita boleh mempromote kan new entry........so mmg aku selalu la jengah website tu,,,selain post new entry,aku layan website tu tuk baca post org lain,,,,,,

tetapi baru2 ni ku lihat website tersebut berwajah baru.....dan so pening bila taktau cmne nak promote new entry kat situ....dah 2 kali try,,,dan rasa give up plak,,,,,,,,,,

taktau nak buat aper dh ni,,,,,sangat bosan bk fesbuk,,,,,dan nak layan blog pun dah tak syokkk......

jadi,,,layan buku jer lah bagus,,,,,,,hmmm

Monday, July 26, 2010

Isnin yang best...!!Resepi terhebat!!

Hehe...ader ke isnin yg best?ramai org kata isnin tak best........ada org kata bad monday......mood keje mmg tkde kalo isnin....hmm semua terpulang pada masing2.....kan?

so harini kat sekolah tak terasa penat sangat....semua guru hadir so tak payah susah2 pegi relief kelas,,,,,kalo tak,,,muka aku jer la yg g relief klas,,,huh!cuaca harini pun mendung2 sweet jer.....so student tk degil sgt esspecially Form 1...........subjek harini pun yg ringan2 jer,,,,termasuklah kelas Pendidikan Sivik Tingkatan 4.....seperti yg dijanjikan harini diorang kena memasak resepi yg telah diorang cari minggu lepas.......actually diorang nih bebudak Science Stream.....bukan ERT.........kecoh lah jugak time memasak tadi,,,almaklumlahkan,,,jarang2 masuk dapor,,,,huahuahua...........dan lihatlah hasilnya seperti di bawah.....heheee....


 Resepi diberi nama : Daging Black Pepper Jelingan Manja....yg dalam mangkuk tu laici,,,bukan air laici...laici pencuci mulut.....


 Nama Resepi :Tortilla Espanola + Nachos Kentang Goreng,,,,,nama kampung- kentang goreng (fun fries + kerepek nachos),murtabak megi,salad buah...air?air epal lum tuang lagi.....(baju ijau lelaki tu namanya Adzha)


Nama Resepi : Spaghetti BBC Olio Olio.....terbaik la kump ni,,,,,,,,,spaghetti ngan sos Prego........air twister......(yg pegang jag tu namanya Iqbal, sebelah dia Dzul Hairi)(yg buat "Peace" tu namanya Farah Ain)


Ni semua untuk cikgu,,,,silalah makan,,,,,,nyummmmyyyyy....burpppp alahamdulillah...thanks murid2,,,,,hehe.....cikgu jugak yg senang2 dapat makan...hiks.....

Tak sangka bersemangat sungguh diorang merealisasikan resepi yg diorang dh cari......Iqbal tu actually berkerusi roda........dan tempat memasak ni (bilik ERT) kat tingkat satu............dia sanggup naik jugak dgn didukung oleh Dzul Hairi dan Adzha...........hmm syabassss!!Farah Ain tu pulak puasa harini.....tp sanggup dan tak kesah tolong kawan2........syabas Farah........

Ok,dah kenyang boleh terus masuk kelas Fizik pulak..........."alaaaaaaaaa taknak......mgu depan kita masak lagi eh cikgu"..........hehe...tak bleh la cmtu......

Sunday, July 25, 2010

Aktiviti Pendidikan Sivik Tingkatan 4

Yeaaaaa esok sekolah....best pulak rasenye.....sebab dok umah ni bosannnnn....owh baru terase saya punya banyak masa apabila tak obses dgn facebook!!ye,sememangnya facebook membuatkan saya lupa pada alam sekeliling....hehe......jadi kena control sikit masa untuk fesbuk........skejap2 jer boleh......

Ok,berbalik pada tajuk,,,,nmpaknye ramai org view my blog dgn gunakan keyword pendidikan sivik,,,,,hmm mebi tercari2 soalan untuk ujian akan dtg atau pun mencari idea untuk mengajar ape,,,,almaklumlah ramai student yg kata subjek sivik ni busannnnn..........subjek yg bosan tetapi amat pentinggg..............so setakat ni selain menjadikan silibus sebagai panduan,aktiviti yg telah dilakukan adelah seperti mereka kad ucapan bg perayaan kaum lain,kertas kerja rumah terbuka, berlakon,mengecat,teka teki,kuiz dan yg terbaru dan akan dilakukan pada esok hari adelah memasak.....huahua....pandai ke tidak diorang nih.......ayat itu sebenarnya dituju kepada si guru....huhu............

Masakan mcm biase mesti berasaskan satu malaysia....resipi diorang dh buat dah..............simple dan bahan senang cari........namun resepi yg dipilih adelah makanan barat!!satu malaysia ke tu?ape2 jer lah,,,,,,,anggap jer la org kristian kat malaysia ni menjadikan makanan barat sebagai makanan asasi walopun mereka berbangsa india mahupun cina,,,,hehe........ape2 pun tak sabar nak tgu esok,,,,enjoyyy!!

Doa Untuk Kekasih

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir Mu...

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu
yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat
membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...

Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.