Showing posts with label Bosan. Show all posts
Showing posts with label Bosan. Show all posts

Saturday, February 27, 2010

Boringgggggggggg.......

Aku mmg tgh boring...tido...bangun...makan + minum...

Apa nak buat kalau tak nak boring?

Thursday, February 11, 2010

Menghadapi cuti yang panjangggggggggggg...

Lamanya cuti? Dah sihat? bla..bla..bla.. alamak, susah nak jawab soalan tu kerana semua atas kehendak-Nya. Tapi ye aku faham...korang ambil berat hal aku kan..thanks anyway!!

Cuma...bila aku tak boleh aktif mcm selalu, ada pelik sikit la kepada diri sendiri. Sebabnya aku kena minta tolong orang...tolong itu, tolong ini...alahai, sungguh menyusahkan orang lain.

Hujung minggu ni, permintaan aku 1 sahaja, abe tolong kemas umah yea...sakit sgt dah mata ni tengok. Kalau malas, lain kali abe ambil MAID untuk i!!! Hehhehehehehheh....

Ku lalui hari ini dengan kekosongan lagi.....uuuhhhhhhh!!!


Thursday, January 14, 2010

Tip of the day...

Something to share with you readers. I'm feel lonely as not "mumbling" in this page with toink..toink..toink.. in my head!!

Have you experienced any ink drops or spill on to your clothes? Try this:

Put toothpaste on the ink spots generously and let it dry completely, then wash.



No additional RM and/or cent to your shopping list in order to clean the ink stain.

Monday, October 19, 2009

Cerita kelakar di hujung minggu

Alamak, handphone berbunyi dan dah cerah! Mak tepon pagi2 ni sure nak update pasal nak gi kenduri.

Aku: Hello, mak. Kenapa? (control suara supaya mak tak tau baru bangun, kalau idak sure kena tegur)
Mak: Smlm mak dan busu Kiah dah study map nak pegi Kerinchi, tapi tak tahu jalan la. Jadi, mak gi umah kau, kita gi sama-sama.
Aku: Ok, mak nak keluar pukul berapa?
Mak: Dalam 10.30 pagi kitaorang bertolak dari sini. Kau siap2, nanti turun yea!
Aku: Ok.

Terus bangun tuju dapur. Jerang air, masak chicken cocktails dan scramble eggs. Pukul 8.30 pagi dah hadap makanan sambil borak dengan husband. Rahsia la, mana boleh bagi tau semua kat korang.

Tepat pukul 10 pagi, aku pun gosok baju dan mandi. Tengah bersiap, tepon bunyi lagi.

Aku: Mak, kat mana?
Mak: Dah lepas tol 50sen. Mcmana nak ke umah ko?
Aku: Oh, duduk lane kiri sekali. Jangan bawak laju2. Mak baca signboard Taman Desa atau Taman Danau Desa. Nanti belok kiri. First traffic light, belok kiri dan terus. Sampai la rumah kita.
Mak: Ok.

Aku pun kalut keluar rumah, kunci dan terus tunggu mak tepi jalan. Ambil map, tgk betul2 dan terus naik kereta. Wah, panjang betul group aku sbb termasuk keter aku, 3 buah. Sampai kenduri, makan2 dan terus borak2 dengan sedara-mara mak aku. Dah nama pun sedara, mak bising sbb ada 2 kenduri lagi nak pegi.

Dalam kepayahan nak tinggalkan majlis, kami membawa diri ke Ulu Yam. Mula-mula tu aku dah sesat bawak mak and ayah. Bersemangat gila aku usha kad kahwin tu, nak fahamkan peta. Bukan aku tak caya peta, kadang-kadang tu peta yang diberikan amat ringkas smp sesat la aku.
Dah betul jalan ni, tapi hairan kerana takde signboard sementara pun tunjuk arah ke rumah pengantin.

Hum, jalan dah betul sebelah kiri ada sekolah rendah dan menengah, rumah penghulu dan JKR. Buat u-turn di hadapan. Betul ke masak kampung nakhoda ni, belok kiri dan terus. Cari jalan 3, ha...betul ni...terus lagi ke hadapan dan ni jalannya. Tapi???? Tak sibuk pun, masuk je lorong ni. Kenapa takde kemah atau kesibukkan majlis kahwin?

Tengok kad kahwin tu balik dan tersebut la dari hati aku Ya-Allah, macam mana boleh silap tengok tarikh ni. Kendurinya esok, hari ni sebelah perempuan. Inform ayah dan terkejut orang tua tu. Dan dia terus berkata, kita ke Cheras pula. Jauh benar perjalanan ke sini, dengan terpaksa menempuh kesibukan warga kota ke sana sini, rasa kecewa sangat lah!! Ni rumah kawan mak, namaya Aunty Aspalela.

Terus pusing stereng keter bergerak ke Cheras melalui DUKE highway. Tengok peta mak kasi, sikilas tengok aje aku dah tau, tah apa-apa tah peta yang diberi. Suka hati dia nak lukis apa. Bagi direction tu biar betul sikit. Kalau ada banyak highway boleh link pun, bawak2 tulis info yang mudah orang nak faham. Ni bantai tulis dari KL, tiba-tiba dah boleh masuk kawasan perindustrian Cheras tu. Bukan ke sebelum tu ada highway 50sen? Yang heran tu, stesen LRT yang nampak sikit2 di celah-celah pokok tu sibuk nak masukkan, walhal kalau ikutkan dari highway tu bukan senang pun orang nak nampak sbb tak ada direct access dari highway ke LRT. Sebab aku agak familiar dengan kawasan tersebut, senang aje sampai ke rumah pengantin. Yang tak seronok sebab kena jalan agak jauh, dengan guard tak kasi parking dekat2 dan kepala aku bengap kerana kepanasan.

Nasi kenduri di Cheras ok sebab pakai caterer kenduri aku dulu...UBE catering, suasana meriah. Ni rumah kawan ayah, namanya Uncle Rahim (aku rasa la).

Balik kami singgah di RAMLY outlet. Kisahnya sebab aku susah sangat nak dapatkan produk ni di Mid Valley. Dan, yang seronoknya dengan pembelian 3 produk RAMLY, anda layak mendapat harga istimewa. Bayangkan squid ring berharga RM13++ di pasaran tetapi di sini berharga RM11++. Jimat aku RM2.00 lebih kurang la. Penuh peti ais rumah aku dengan produk RAMLY.

Sesiapa nak makan burger, boleh pesan ke husband aku 019-XXXXXXX. :P jangan mare ye bang!

Saturday, May 2, 2009

Branding ke aku ni????

Aku ni bukan le nak demand tapi mmg ada benarnya barang yang berkualiti mesti mahal.

Kasut keje yang aku ada setakat ni snowfly and primavera. Keselesaan dan fashion ketara berbeza. Aku vote snowfly but now i'm thinking of to buy a pair of clarks. Sbbnya dah tua2 ni kena jaga kesihatan kaki yea. Nak pakai kaki ni smp tua yea...

Kasut jalan yang aku ada kickers, crocs dan vincci. Crocs tu sgt ringgan. Kickers tu kasut honeymoon aku. Vincci tu time2 pakai baju kebaya. Aku now mengintai-intai nak beli timberland sandle plak...

Handbag aku byk dari yang takde jenama (ayah aku beli time gi jln2 dengan pak ngah aku), guess dan braun buffel. Tapi, sekarang aku dah tak minat tu semua, aku nak beg ni. Puas pujuk hubby tapi dia tak layan.



Hubby, kalau u baca tolong la beli beg ni utk bini kesayangan u. :)

Jam aku ada 1 aje. Tu pun dah rosak. Aku nak suruh akak aku beli jam utk aku la bezday ni. Harap2 dia bagi yang cantik, aku dah tak minat jam office style. Akak, jgn lupa tau...kesian adik ko ni ha....!!