HOlla Peeps,
"dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu" (QS. Al-Qasas: 77)
Setiba di Stesen KTM Bandar Tasik Selatan,
"Bang tiket ke Senawang" kata aku kepada penjual tiket.
"Tak dengar ke tadi ada announce PERKHIDMATAN KTM KE SUNGAI GADUT DI HENTIKAN DI SERDANG KERJA BANJIR!" kata si penjual tiket dengan nada tinggi.
aku paham yang tekanan kerja mungkin memaksa dia bernada begitu,
"Err sorry bang, saya baru sampai tadi, jadi tak dengar announcement tu. Ada alternative lain tak nak ke area Seremban coz bas ke Seremban pun dah tak ada time ni" jawab aku
"TAK ADA! PERKIHDMATAN DIHENTIKAN UNTUK HARI INI! ESOK ADA TRAIN PUKUL 6 PAGI, TU PUN KALAU AIR DAH SURUT " kata si penjual tiket, masih dengan nada tinggi..
*bateri phone dah nak kong*
Sending text to Umi, "Esok Pan kena daftar pagi pukul 7.30 kan? Stuck kat TBS sekarang ni, maybe lewat balik or balik sok pagi-pagi on 1st train insyaAllah"
Aku tengok jam, dah dekat pukul 10 malam..
Sementara tu aku ke TBS untuk cari alternative lain untuk balik ke Senawang kerna urusan penting esok pagi untuk adik aku (Jadi driver hantar dia ke SDAR)
Mula temui jalan buntu..?
Cuba dapatkan help kawan tuk balik, tapi diorng terlalu jauh tuk datang.. Abah pula ada dan perlu bangun awal untuk ujian kenaikkan pangkat esok pagi..
Nak naik cab? Berapa pula kena cas ni? Sure mahal giler.. Plus duit dalam pocket pun tinggal sikit.. Batery phone pun dah tinggal sikit.. Mungkin boleh buat beberapa call dan texting lagi.. Badan pun dah makin kurang tenaga selepas penat beraya seharian di rumah kawan-kawan UiTM..
Stuck with a mission to get back home tonight, dalam kepala "nak mintak tolong sapa la ni"
Then aku just tanya random people yang ada di kawasan KTM, kebanyakkan mereka terpaksa bermalam di situ dan ada yang tumpang di rumah kawan..
Then,
Seorang lelaki melambai-lambai kearah aku ketika aku sedang bersandar di dinding memikirkan penyelesaian masalah yang dihadapi..
"Dik Senawang dekat mana?" tanya seorang bro yang aku ada tegur tadi.
"Dekat dengan Giant Senawang bang" jawab aku, di kepala banyak tanda tanya, dan agak blur ketika itu.
"Kalau abang drop dekat tol senawang boleh? Abang duduk kat bangi, abang nak hantar kawan abang ni dekat Seremban, jadi dah dekat la tu kan?" offer bro tu dengan senyuman.
Alhamdulillah, ada Hamba Allah sudi tumpangkan aku kerna kebetulan dia nak hantar kawan dia yang stuck di TBS juga ke Seremban.
"KTM sepatutnya fikirkan alternative lain untuk jika masalah macam ni timbul, not stop kan servis diorang macam tu je. Macam mana dengan penumpang? Kalau perkara macam ni berlaku lagi macam mana? Kalau penumpang yang naik KTM tak kerja tak apa, diorng mungkin boleh tidur di situ, tapi kalau yang kerja? Diornang kena fikirkan solution untuk ni, perlu letak bus ke Seremban di TBS coz yang ada bus ke Seremban just dekat Pudu, itu pun sampai pulul 9 sahaja" kata kawan kepada bro tersebut yang tinggal di Seramban.
Ternyata antara punca sebenar train stuck dan adalah sebab hujan lebat pada siang hari menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan. Dan menyebabkan jem teruk di Kajang dan beberapa jalan keluar dari KL yang lain yang mana menghala ke Selatan..
Dan apabila sampai di Tol Senawang, bro tu offer untuk drop aku di KTM Senawang, tempat dimana aku tinggalakn Nouvo aku. Alhamdulillah.. Terima kasih banyak banyak kepada Bro tu kerna sudi tumpangkan aku. Di dalam kepala aku, mungkin Allah nak uji dan tunjuk yang masih ada manusia yang berhati baik dan suka tolong orang ketika di dalam kesusahan..
..............
Bangun pagi tadi, terus jalankan duty as a brother dengan menghantar adik ke SDAR untuk ujian, kemudian baca beberapa news mengenai;
What a long day for me.. Apa apa pun, Alhamdulillah selamat sampai di rumah..
-zuan-
p.s: counting down days.. back to Arau this Sunday..
click ads to show your support (",)