Thursday, April 30, 2009
>>>Mencari Stesen - Stesen Syurga !!! <<<
Mencari Stesen- Stesen Syurga
Stesen ini bukanlah stesen untuk semua orang...
Walau kadang bunyi dan pergerakannya disedari orang...
Stesen ini bukanlah mengharapkan secebis kad pelepasan...
Meskipun ramai yang diberi tanpa mengharap balasan...
Stesen - Stesen Syurga...
Hanya hadir pada mata diri yang merasai...
Pasti terbina dihati-hati pencinta-pencintaNya...
Cuma diri ini...
diri ini yang perlu mencari...
mencari walau sejauh mentari...
atau mungkin dekat berada di hati...
Dimanakah letak stesen fantasia ini ...
Walau mungkin berada di sebelah sinar mentari...
Walau mungkin berada di belakang titisan air pelangi...
Diri ini mesti terus mencari...
Mencari Stesen yang tak pasti namun kekal abadi...
Stesen- Stesen Syurga ini...
Pasti terus menanti...
Kepada insan -insan yang terus mencari...
Dimana erti Cinta Sejati ...
Cinta yang membawa ke jalan Syurga hakiki.
Bismillahirrahmanirrahim....
Alhamdulillah.. Setinggi kesyukuran, dengan nikmat yang telah diberikan. Hari berganti hari adalah nikmat yang paling tidak terhingga. Disitulah terletaknya sebuah pengharapan, keampunan dan peluang kearah sebuah impian. Segala puji bagi Mu ya Allah atas kurnia yang sungguh bernilai ini.
Apa khabar akhi? Sahabat - sahabat ku ? Putera dan puteri Islam ? Member - member sekelas ? Rakan- rakan sekuliah ? Moga dalam keadaan yang sihat dan sibuk mencari stesen- stesen Syurga ini. Bosan dengan Stesyen Keramat, Wangsa Maju, Setapak, Setiawangsa dan mungkin juga Stesyen Universiti.... Mungkin kita boleh singgah sekejap ke Stesen-Stesen Syurga ini....
Salam Imtihan...Salam Perjuangan dari saya untuk anda Semua !!!
Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sahabatmu
ReplyDeletesalam akhi...
Ramai orang kata... berada dalam dunia kampus adlah sgt berlainan bila kita dah keluar ke lapangan masyarakat dan memang betul...
Bila kita dlm kampus... kita berada dlm situasi selamat dan selesa...
tapi bila berada di luar... tiada siapa nak jaga... cuma kita dan Allah...
jadi betullah... mencari stesen2 syurga... meskipun sendirian... adalah satu keperluan utk seorang penggerak dakwah...
satu lagi akhi...
bila dah bergelar mantan???
ramai kata kita dah berubah... betul kee ?