Thursday, April 30, 2009

>>>Mencari Stesen - Stesen Syurga !!! <<<




Mencari Stesen- Stesen Syurga


Stesen ini bukanlah stesen untuk semua orang...
Walau kadang bunyi dan pergerakannya disedari orang...
Stesen ini bukanlah mengharapkan secebis kad pelepasan...
Meskipun ramai yang diberi tanpa mengharap balasan...

Stesen - Stesen Syurga...
Hanya hadir pada mata diri yang merasai...
Pasti terbina dihati-hati pencinta-pencintaNya...

Cuma diri ini...
diri ini yang perlu mencari...
mencari walau sejauh mentari...
atau mungkin dekat berada di hati...
Dimanakah letak stesen fantasia ini ...

Walau mungkin berada di sebelah sinar mentari...
Walau mungkin berada di belakang titisan air pelangi...
Diri ini mesti terus mencari...
Mencari Stesen yang tak pasti namun kekal abadi...

Stesen- Stesen Syurga ini...
Pasti terus menanti...
Kepada insan -insan yang terus mencari...
Dimana erti Cinta Sejati ...
Cinta yang membawa ke jalan Syurga hakiki.

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah.. Setinggi kesyukuran, dengan nikmat yang telah diberikan. Hari berganti hari adalah nikmat yang paling tidak terhingga. Disitulah terletaknya sebuah pengharapan, keampunan dan peluang kearah sebuah impian. Segala puji bagi Mu ya Allah atas kurnia yang sungguh bernilai ini.

Apa khabar akhi? Sahabat - sahabat ku ? Putera dan puteri Islam ? Member - member sekelas ? Rakan- rakan sekuliah ? Moga dalam keadaan yang sihat dan sibuk mencari stesen- stesen Syurga ini. Bosan dengan Stesyen Keramat, Wangsa Maju, Setapak, Setiawangsa dan mungkin juga Stesyen Universiti.... Mungkin kita boleh singgah sekejap ke Stesen-Stesen Syurga ini....

Salam Imtihan...Salam Perjuangan dari saya untuk anda Semua !!!

Wassalam.

Thursday, April 9, 2009

EXAM datang LAGI !!!


Bismillahirrahmanirrahim…

Segala puji bagiMu ya Alla
h, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda,para sahabat dan semua pejuang yang telah syahid dan masih berjuang sehinggalah kalimah tauhid berada dalam diri kita masing- masing.

08 April 2009- 7 hari telah berlalu dalam bulan April ni.. Bagaimana keadaan anda ? Sudah bersedia dengan pertarungan kita sebagai seorang mahasiswa... Saya rasakan kebanyakkan IPTA dan IPTS akan menghadapi minggu peperiksaan pada hujung bulan ni.

Cuma ingin berkongsi beberapa tips dan siasah peperiksaan seorang mahasiswa, lebih-lebih lagi jika anda merupakan antara mujahid dan srikandi kampus yang sentiasa sibuk dengan kerja dalaman dan luaran. Orang lain sibuk dengan buku dan nota di musim minggu ulangkajii, insan biasa ini masih sibuk merancang dan menggerakkan aktiviti dakwah. Mereka insan biasa dengan keupayaan luar biasa...



I’m Salute to all of you my Friends !!!

Saya akan bahagikan beberapa bahagian. Perkara pertama ialah persiapan diri sendiri. Apa yang perlu ada pada diri kita sebagai seorang mahasiswa disaat genting seperti ini sudah tentulah menyediakan kelengkapan mental dan fizikal dari diri individu itu sendiri, saya dan anda.

Persiapan individu :

1) Hubungan dengan Allah s.w.t - Dalam kata lain kita mestilah mempunyai hubungan yang baik dengan yang Maha Pencipta. Jangan tinggalkan segala perintah yang wajip dan perbanyakkanlah amalan-amalan sunat yang lain. Basahkan lidah dengan zikir-zikir, istiqamah dengan al-Mathurat kerana ia merupakan pelindung diri dan sebagai pelincir ataupun minyak hitam kepada otak untuk menyerap dan menggarap ilmu yang diberikan oleh pensyarah.

2) Apa lagi ? Ini bukan lah tajuk yang kedua...Sudah tentulah menjaga hubungan kita sesama rakan sekelas, sebilik ataupun serumah menjadi perkara penting yang pasti mempengaruhi prestasi dan tahap kualiti hidup kita sebagai seorang manusia. Sebagai seorang mahasiswa, hubungan dengan pensyarah mestilah dalam keadaan yang mantap... bagaimana ukuran mantap..?

Pada pendapat saya mantap apabila anda merasa senang untuk memberikan soalan kepada pensyarah tersebut dan pensyarah mengambil berat dengan segala perlakuan dan perangai dan pael kita sebagai seorang muridnya... Jangan sampai pensyarah tak kenal kita dan kita pun tak tahu nama pensyarah.. Jangan sampai nanti masuk bilik periksa barulah nak sibuk tanya member sebelah siapa nama pensyarah... ceroi lah macam nie... sepatutnya perkara seperti ini tidak patut berlaku pada diri kita yang sedang menuntut ilmu. Keberkatan ilmu akan datang dengan keredhaan pensyarah yang memberikan ilmu kepada kita.

Satu lagi perkara yang saya pun selalu terlepas pandang tapi sangat penting... cuba kita amalkan. Esok bila nak periksa... ataupun seminggu sebelum tu... kita hubungi mak ayah, kalau tak boleh telefon, Yahoo Messenger kan ada, tak canggih lagi kita hantar email.

Mudah-mudahan doa mereka akan membuatkan hati kita tenang untuk menghadapi peperiksaaan nanti. Saya akui... semua ni kita telah selalu dengar.. cikgu bukan main lagi bersungguh-sungguh bagi tahu sebelum solat hajat PMR dan SPM... tapi nak buat macam mana ada juga yang tidur... Tak boleh salahkan mereka dan saya... cikgu buat ceramah lepas Qiam sementara nak tunggu Subuh.. apalagi kami pun buatlah group ceramah kami sendiri.

3 ) Point yang ketiga... hubungan kita sesama rakan-rakan mestilah dalam keadaan yang baik. Bukan bermaksud anda bermessage dengan rakan anda sehingga ke pukul 3 dan 4 pagi menandakan anda mempunyai hubungan yang baik tapi sebenarnya anda sedang mencari penyakit untuk merosakkan diri anda sendiri.

Fokus, sentiasa berfikiran positif (+VE ), bersangka baik dengan orang lain... sudah tentu anda akan mempunyai personaliti dan perangai yang disenangi oleh semua orang. Kita bersaing, bukanlah bersaing dengan rakan atau kawan kita siapa yang paling tinggi markah tetapi sebenarnya kita bersaing dengan diri sendiri. Bagaimana hendak menguruskan diri dalam keadaan genting seperti ini, perbagai persekitaran dan pael kawan-kawan. Inilah dunia Universiti... anda berjaya bila dapat melalui ujian dunia Universiti... lapangan kampus mahasiswa... bukannya semata-mata lulus cemerlang dalam peperiksaan.

Jangan kedekut ilmu...jangan kedekut ilmu... ada sikit kita bagi sikit, ada banyak kita bagi banyak... yang penting kita bersedia untuk berkongsi... percayalah apabila kita berkongsi, ilmu itu akan lebih kita fahami dan kekal dalam diri kita.



Persiapan Individu Bersama Rakan

1) Kenapa ? Sebab kita tidak hidup berseorangan, kita tidak belajar berseorangan dalam kelas. Anda dan saya adalah salah satu watak dalam kehidupan mahasiswa, dan kita saling memerlukan. Kalau pergi program bukan main lagi... tak nak pergi kalau member lain tak nak ikut sekali... tapi bila bab study semua nak study seorang-seorang. Okey boleh, tapi kita perlu pelbagaikan, boleh tak kita buat study group.. sekejap jak... pastikan semua bahan sudah ada. Cara ini akan memberikan kita banyak input dan output yang pastinya memberikan kita keyakinan untuk menghadapi peperiksaan nanti.

2) Mengambil berat... perkara penting yang kita selalu terlepas pandang. Sensitif dengan semua pengumuman tentang peperiksaan... slip periksa dah ambil belum ? Jadual dah tahu belum ? Tempat kat mana... pukul berapa ? kat mana ? Sedar dengan kehadiran member-member sekelas... manalah tahu... sebab terlebih study... member kita nie.. terlajak tak ambil paper esok paginya... rugilah kan.. sedangkan kita boleh bantu... okey fahamkan...



Persiapan Bahan Peperiksaan

1) Carilah kat kedai mana-mana... kalau ada jual soalan periksa terkumpul setiap universiti... macam soalan terkumpul untuk periksa PMR dan SPM. Kalau jumpa minta tolong sangat bagi tahu saya kat mana kedai tue... Tapi setakat nie... kat mana nak cari soalan periksa yang mirip dengan soalan periksa kita nanti? Sudah tentulah soalan periksa yang senior sudah ambil sebelum ni. Jadi, rajin-rajin lah tanya dengan senior, akak-akak kalau ada simpan lagi kertas periksa yang lalu.

Nak lagi senang, terus jumpa pensyarah. Minta tolong kongsikan kalau ada simpan soalan periksa semester lalu... kata kita nak untuk buat exercise sebelum periksa. Mesti dapat punya, kenapa ini penting ? Sebab pensyarah pun tiada masa nak buat soalan-soalan atau format baru kecuali diorang masuk Majlis Peperiksaan Malaysia.. sebab tu bila kita dapat soalan semester lalu, kita dah dapt gambaran macam mana bentuk soalan yang akan keluar... kalau nasib baik... sebiji sama dengan soalan yang lalu... kan best... senyum jeee.. jawab periksa.

Kesimpulannya, perkara ini tidak akan tersimpul... Idea, strategi dan siasah dalam mencari ilmu akan sentiasa hidup dan terus segar. Sesegar ilmu yang Allah kurniakan yang tidak akan padam sehinggalah kiamat nanti.
Kita hanya berusaha dan terus berusaha, kemudian berdoa memohon pertolongan Allah, akhirnya bertawakkal dengan segala ketentuan yang Maha Bijaksana.

Salam sayang, salam ukhwah.... maaf jika sekiranya terkasar bahasa dan terlanjur kata...

Sila kongsikan tips belajar anda bersama saya !!!

Syukron, wassalam.
 

Web Page Traffic Counter
Directory Listing