::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Saturday, 27 December 2014

::Year End Giveaway by Ftintsha::



Agak lama Eira tak join GA..
So..
Malam ni Eira nak join GA dari Fatin
Ada 5 hadiah untuk dimenangi..
Pada korang yang nak join tu..
Jangan segan2..
Klik banner kat bawah ni..


p/s: Jangan lupa ikut syarat2 yg diberi..

::Throwback 2014 My fav Song ~ Mewangi::



Sedar tak sedar..
Tinggal 4 hari je lagi..
Kita nak melangkah ke tahun 2015..
Eira nak kongsi dengan korang..
Lagu favorite Eira..
Untuk tahun 2014..
Mewangi..
Dari Akim & The Majistret


Lagu ni gak dah jadi ost bagi drama Zahira..
Yang tengah tayang kat TV3..
Layan...

Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu adalah dahagaku

Waktu dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya

Hingga ku menutup mata
Satukanlah hati

Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Selamanya
Adalah cintaku kepada dirimu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu

Waktu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya

Hingga
Ku menutup mata
Satukanlah hati

Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya




::Dah 5 Tahun Rupanya::



Sedar tak sedar..
Hampir 5 tahun Eira berkhidmat kat opis ni..

Sepanjang 5 tahun ni..
Terlampau banyak kenangan..
Ada yang manis..
Ada yang pahit..
Ada yang kelat..
Dari elaun RM 4 sejam..
Sampai dah naik RM 6 sejam..
Dari uniform berwarna hijau..
1st time gi kursus..














Hingga sekarang berwarna biru..
Pic lama sebenarnya


















Ada kalanya Eira rasa rapuh sangat..
Rasa nak berhenti je..
Dari meneruskan perkhidmatan..
Mujur Eira ada keluarga dan kawan2..
Yang cukup memahami..
Nampak kegemukan ku di situ






















Setiap bulan..
Menghadapi masalah yang sama..
Berkenaan elaun..
Tertekan sangat..
Bila ada yang tengking, marah..
Tak kurang jugak maki hamun orang..
Kat Eira..
Bertanya bila elaun dorang nak masuk??
Kenapa lambat masuk??
Kenapa jumlah amaun sikit??
Betapa sukarnya nak menjawab soalan dorang ni..
Sebab soalan2 ni di luar kemampuan Eira..
Eira bukan bekerja dengan bank..
Yang nak tau..
Bila elaun dorang nak masuk..
Sabar je lah..

Sometimes pulak..
Eira tak terima langsung surat2..
Pada hal..
Ada je dalam buku rekod surat..
Orang yang terima surat siap tunjuk gi surat tu kat Eira..
Tapi..
Bila hantar surat kepada yang menguruskan pecahan..
Tak sampai pulak kat Eira..
So..
Salah Eira gak ke??
Kenapa la dorang ni tak de rasa tanggungjawab langsung..
Eira punya la susah nak cari kerja kerajaan..
Yang dah dapat ni..
Tak reti pulak nak hargai..
Kalau datang keje tapi tak buat keje..
Macam mana nak dapat gaji yang halal??
Bila cukup bulan je..
Cakap gaji tak cukup..
Mula ar nak meminjam duit..
Cuba ar kenang kembali..
Apa yang kita buat time keje..
Kita buat keje @ kita dok layan youtube..
Nampak je macam sibuk menaip..
Pada hal semua tu wayang je..

Tak tahu lah..
Sampai bila lagi Eira mampu bertahan..
Selama ni..
Eira bertahan..
Sebab nak cari rezeki untuk keluarga..
Nak bantu mak dan ayah..
Doakan Eira ye kawan2..
Moga2 ada sinar baru tahun 2015 nanti..

p/s: Harap2 tak de yang terasa dengan entry Eira ni..
     Semoga kita berubah menjadi yang lebih baik..

Sunday, 30 November 2014

::RM 20 Je::



Alamak..
Eira cuma de RM 20 je..


Harap2 dapat bertahan sampai Jumaat..
Ni je baki duit yang Eira ada..
Alhamdulillah..
Dah bayar roadtax kereta..
Bebanan dah kurang sikit..
Walaupun cuma tinggal RM 20 je..
Semoga Rm 20 ni dapat dimanfaatkan sepenuhnya..
InshaAllah..

::Parodi Gambar::



Sejak akhir2 ni..
Eira agak ketandusan idea..
Untuk menulis..
So..
Ari ni nak share dengan korang..
Parodi2 gambar yg sempat kitorang buat..
Masa menunggu waktu balik..
Nampak sangat kitorang kat opis ni..
Semuanya giler2..

Ni pic sebenar.. dalam flight
Parodi dari staff bhgn kewangan..
Parodi dari Eira & The Geng


Gempaq tak parodi kitorang..
De lagi satu..
Gambar yang kitorang wat parodi..




Pic Sebenar Kat Lapangan Terbang Kota Kinabalu

Gempaq x??
Apa2 pun..
Eira nak minta maaf..
Kalau de yang terasa hati dengan parodi kitorang ni..
Kitorang juz buat for fun je..
Dan tak menganggu waktu keje pun..
Coz buat time nak balik..
Tq pada semua yang terlibat dengan parodi gambar ni..
Akhir sekali..
Terima kasih sebab bagi ole2 kat Eira..













Tak dapat gi Sabah..
Dapat hadiah dari Sabah pun..
Eira dah bersyukur sangat2..
 TQ again..

Tuesday, 25 November 2014

::Throwback ~ Kisah Seram Timah Tasoh 2 ::



Seperti yang Eira janjikan..
Eira nak story kat korang pasal kisah seram..
Yang Eira alami sendiri..
Kat Resort Timah Tasoh..

(Pic ni Eira snap dari Mr. Google)
Coz lupa nak amik pic..
Cerita seram ni berlaku pada 10 November lepas..
Kira-kira jam 8.30 malam..
Masa tu Eira tengah bz lap gelas..

Tetiba lak gelas tu retak..
Kena betul-betul kat urat belakang tangan..
Apa lagi..
Darah pun menitis dengan lajunya..
Nasib baik Khemah Medik dekat je..
Thanx kat pegawai2 Eira..
Puan Husna & Cik Yatt..
Coz tolong bawa saya ke khemah medik..
Kalau tak..
Makin banyak ar darah yang menitis..
Masa proses rawatan luka tu..
Tetiba je katil berhadapan Eira bergegar..
Mula-mula, Eira ingat pesakit tu demam..
Tapi bila Eira dengar suara dia..
Memang sah dia kena rasuk..
Terus adik yang rawat Eira tarik tangan Eira suruh keluar..
Pada hal, luka tak habis cuci lagi..
Tapi dia terus letak plaster je..
Cam ni lah jadinya kalau ketakutan menguasai diri..
Eira pun tak tau apa yg jadi kat pesakit tu..
Pic ni diambil seharisebelum kejadian berdarah..















Lepas je balik dari khemah medik..
Eira pun teruskan kerja mengelap pinggan dan gelas..
Eira berdiri betul2 kat kerusi sebelah tiang..
(kat gambar atas ni, pegawai Eira pakai baju warna biru tengah duduk)
Time Eira tengah khusyuk tu..
Tetiba de tangan berbulu tarik kaki Eira dari bawah meja..
Masa tu Eira memang terkejut sangat..
Terus selak alas meja..
Memang tak de apa pun kat bawah meja tu..
Bulu roma pun dah naik..
Memang dah rasa seram sejuk..
Eira terus ubah kedudukan tempat..
Bila cerita kat kawan-kawan lain..
Dorang cakap..
Mungkin benda tertarik dengan darah Eira yang menitis..
Sebab tu dia duduk bawah meja..
Alhamdulillah..
Eira tak de apa-apa..
Risau gak kalau masa tu Eira tak sedar..
Mungkin Eira dah tenggelam kat tasik..
Makan masa gak ar untuk sembuhkan luka..













Tangan dah berparut..
Huhuhu..

Sekian je cerita Eira..
Mungkin tak berapa nak seram..
Tapi ni memang kejadian sebenar..











Saturday, 15 November 2014

::Throwback ~ Kisah Seram Timah Tasoh 1::



Eira sebenarnya baru je balik dari Timah Tasoh, Perlis..
So nak citer kat korang sume..
Pengalaman Eira kat sana..
Firstly..
Eira nak minta maaf..
Kalau entry ni tak seram macam yang korang harapkan..
Ni bukan cerita rekaan..
Tapi benar2 terjadi..
Eira gerak gi Perlis pada 6 November..
Stay kat sana sampai 11 November..
Kitorang check in kat satu homestay..
Sorry erk..
Eira terpaksa rahsiakan nama homestay tu..
Homestay bez..
Rasa cam duduk hotel..
Bilik air pun besar..
Satu bilik..
De 2 katil queen size..
Boleh tidur 5 orang sekali..
Tv + Astro (Sure korang tak kan boring)
Siap dapat sarapan free lagi..
Kami duduk berempat dalam bilik tu..
Bilik No. 4..

Petang 6 November..
Cerita seram pun bermula..
Kawan Eira orang pertama yang buka pintu bilik..
Eira orang ketiga yang masuk..
Masa tengah buka kasut..
Eira tetiba je nampak..
Satu kelibat hitam menuju ke tandas..
Pada hal masa tu..
Kawan2 lain tengah bz susun beg..
Nak sedapkan hati..
Takut Eira terlepas pandang..
Eira pun berjalan menuju ke toilet..
Terus basuh kaki..
Keadaan tandas masa tu..
Macam ada orang baru lepas mandi..
Haba pun masih terasa..
Pelik tol..
Pada hal, kitorang baru je sampai..
Sebab terlampau penat..
Eira tidur lena malam tu..
7 November..
Tak de perkara pelik berlaku..
Malam 8 November..
Eira baru je buka pintu bilik..
Tiba-tiba..
Pintu bilik air tertutup dengan sendirinya..
Memang kuat..
Eira jadi cuak jap..
Tanya kat kawan sorang lagi..
Dia pun ada dengar..
Tapi dia tak nampak pintu tu tertutup..
Bila tanya kat 2 orang kawan yang lain..
Dorang cakap tak dengar apa2 pun..
Ketakutan dah menyelubungi diri sebenarnya..
Sebelum tidur..
Eira baca ayat kursi dan 4 Qul..
Nak elak perkara2 tak diingini berlaku..

Alhamdulillah..
Selepas tu tak de apa2 yang terjadi..
Kat homestay tu..
Apa2 pun..
Eira nak ucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan homestay tersebut..
Coz sentiasa menjaga kebajikan pelanggan..

p/s : kat mana2 pun ada kisah seram.. Next entry Eira nak cerita kisah kat Resort Timah Tasoh


::SEGMEN: BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH::



Agak lama Eira tak join segmen..
So..
Malam ni..
Eira nak join segmen dari Ayu Insyirah
Korang yang nak join tu..
Sila klik banner cute kat bawah ni..

Suke sangat tengok banner ayu ni..

Monday, 3 November 2014

::Belajar Hargai Orang::



Bijak pandai pernah berkata..
Bila kita luahkan masalah yang terpendam..
Beban yang ditanggung akan berkurang..
Selalunya orang akan luahkan pada kawan2..
Eira lebih suka luah kat blog..
Biar blog ni jadi diari kehidupan Eira..
Susah sebenarnya..
Nak buat orang faham kita..
Sebab tu kita kena belajar..
Hargai apa yang ada di sekeliling kita..
Cuba kita tanya pada diri sendiri..
Pernahkah kita hargai kehidupan yang diberi?
Kadangkala ucapan terima kasih pun sudah cukup untuk buat Eira tersenyum..
Eira tak minta lebih pun..
Cuma belajarlah menghargai perasaan Eira..
Kalau dengan orang lain..
Boleh berlemah-lembut..
Tengok perempuan sampai tak berkedip mata..
Tapi dengan Eira..
Cakap main ikut sedap mulut je..
Macam Eira ni robot..
Tak de perasaan..
Selama ni..
Eira pendam je..
Apa yang orang buat..
Apa yang orang kata..
Sampai kekadang Eira terfikir..
Apa aku ni tak layak ke hidup?
Ditendang ke sana ke mari umpama bola..
Apa yang Eira buat..
Langsung tak dihargai..
Penat lelah Eira untuk mencari sesuap nasi..
Pernahkah ada orang tanya..
Kesusahan kita?
Langsung tak de..
Orang lebih berminat nak tengok kita jatuh tersungkur..
Alhamdulillah..
Eira masih bertahan..
Walaupun berkali-kali jatuh..
Terima kasih pada teman2..
Yang selalu bagi kata2 semangat..
Sesungguhnya kalian ku anggap seperti keluarga sendiri..
Di saat keluarga sendiri semakin jauh..
Aku mencari kekuatan berbekalkan semangat kalian..
Moga aku akan menemui sinar cahaya dalam kegelapan..
Dan berjaya sampai ke penghujung jalan..
Bersama Redha dari Illahi..

*Hanya sekadar luahan isi hati. Moga kalian juga dapat belajar menghargai orang lain.

Sunday, 26 October 2014

::Lama Tak Menulis::

Alamak..
Sedar tak sedar..
Dekat sebulan gak ar tak update blog..
Sejak kebelakangan ni bz sikit..
Ayah Eira masuk wad..
Kena jaga ayah kat hospital..
Sibuk dgn latihan kawad pulak..
Dah lama tak kawad..
Step pun dah berhabuk..
Bila balik rumah..
Dah kol 10 @11 malam..
Memang tak de masa..
Nak jengah blog..
Harap2 pertengahan bulan 11 ni dah tak bz sangat..
Selamat tahun baru..
1436 Hijrah..

Monday, 15 September 2014

::Mamacita ~ Super Junior::



Selamat tengahari..
Ada ke orang yang amik cuti ari ni??
Eira tak dapat nak amik cuti..
Kena stay kat office..
Tapi tak buat keje apa pun..
Bersembang je lebih..
Nak kongsi dengan korang semua..
Lagu terbaru dari Super Junior..
Sebenarnya..
Eira tak minat pun dengan K-Pop ni..
Tapi..
Lately ni..
Suka lak dengar lagu ni..
Jom kita layan sama2..
Pada korang yang nak download lagu ni..
Silalah klik [link] ni..
Selamat berhibur..

Tuesday, 9 September 2014

::1st Giveaway by Dilakazuha::



GA pertama untuk bulan ni..
Dari Dilakazuha..
Ga ni sempena birthday Mama Dila..
Korang yang nak join tu..
Sila klik banner kat bawah ye..

Eira rasa..
Mama Dila yg pakai tudung bercorak tu..
Umur dalam lingkungan 54 tahun kot..
Eira tag Mummy Ann


::Good Luck Adik-adik UPSR::



Hari ni..
Bermulalah peperiksaan UPSR..
Di kesempatan ni..
Eira nak ucapkan selamat menduduki peperiksaan..
Sis Eira nak kasi tips sikit kat korang..

1. Sebelum pergi sekolah, jangan lupa salam & cium ibu bapa, dapatkan restu dan nasihat
2. Bersalaman dengan guru2 kat sekolah. Minta dihalalkan segala ilmu yg dipelajari
3. Bermaaf-maafan dengan semua orang (saling memaafkan)
4. Sebelum mula exam, baca bismillah dan berdoa
5. Baca soalan betul2
6. Fikir dulu sebelum menjawab
7. Jangan gelabah
8. Kalau boleh, datang awal ke sekolah
9. Buat persediaan awal (alat tulis kena cukup)
10. Bila dah habis satu ujian, jangan bincang jawapan dengan kawan2 (lebih elok buat persediaan untuk ujian seterusnya, dari bincang jawapan)
11. Akhir sekali, Doa dan tawakkal.. (adik2 dah berusaha, yang lain tu, kita serahkan pada yang Maha Kuasa)

InsyaAllah..
Kejayaan pasti akan bersama adik2..



Saturday, 6 September 2014

::Kerana Duit::



Duit @ wang dah menjadi keperluan utama.
Kerana duit, mulut seseorang tu..
Boleh terkunci..
Sampai tak mampu nak marah..
Walau si anak melakukan kesalahan..
Mak & ayah masih mampu tersenyum..
Almaklumlah...
Tiap2 bulan masyuk kan..
Anak yang tak berduit pulak..
Di pandang sebelah mata saja..
Kebaikan yang dibuat pun..
Semua nampak buruk je di mata mereka..
Dunia-dunia..
Cakap orang yang berduit semua dituruti..
Cakap orang yang tak berduit ni..
Hanya dipandang sepi..
Walaupun orang tak berduit tu berilmu..
Tapi seolah-olah dirinya tak berharga je...
Sungguh hebat pengaruh duit ni..
Pada Eira..
Biar Eira tak berharta..
Asal ilmu penuh di dada..
Lagipun..
Duit bukan boleh dibawa mati..
Hanya ilmu yang bermanfaat je..
Dapat membantu kita kelak..
Di alam sana..

Wednesday, 27 August 2014

::Segmen I LOVE MALAYSIA bersama Cik POP::



Agak lama tak buka blog..
Sempena kemerdekaan negara yang bakal menjelma..
lagi 4 hari je gi..
Eira nak join segmen dari Cik Pop
Pada korang yang berminat nak join tu..
Sila rajinkan diri..
Klik banner kat bawah


I Love Malaysia and I am From Penang



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa