CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

15 Julai 2013

resepi :Heavenly Milo with oreo jelly ( puding oreo)

Salam Ramadhan korang, 
cari idea untuk buat pencuci mulut sebagai juadah berbuka?
Jom try resepi ni.
Masa upload gambar kat fb ramai yang tergoda....
Apa lagi moh kita.


resepi asal dari Kak Hana Jepun..Erin ubah dari segi sukatan hihii

Bahan-bahan:
30g agar-agar yang tali-tali tu
1.5 liter air (guna botol mineral)
1 tin susu
1 cawan gula (kami guna 3/4 jer sbab x suka manis)
1 cawan milo.

Cara-cara:
1. Panaskan air dengan agar-agar sampai agar-agar tu hancur.
2. Pastu masukkan gula, kacau, sampai gula larut.
3.Masuk susu cair, kacau.
4. Asingkan separuh dalam periuk lain.
5.Satu periuk, masukkan milo dan kacau.
6. Sampailah masa untuk melapis. Letak yang susu dulu..Sejukkan dalam peti. Kalau nak cepat letak kat peti beku sekejap. Agak-agak dah keras sket, letak biskut oreo yang dah dipatah-patahkan. Tuang bancuhan yang kaler putih. Sejukkan, lepastu lapiskan dengan lapisan milo sekali lagi.


Selamat mencuba uolls dan dijamin sedap..
heaven la sangat.
Upah untuk Eisya di hari pertama berpuasa.

Bonus Raya 2013 ?

Salam Puasa  ualls...
adehhh migrain Pinky Mommy pagi-pagi ni...
(Sila baca entry ni sampai abes yer....sbarang kekeliruan tanggung sendiri muhahaha)

Ape tak nyer pepagi lagi Erin dah Lompat bintang bila baca update dari sorang rakan kat fb.
I pon baca la berita ni ha...(KLIK SINI)


Mau akak tak bergembira bila baca nak dapat bonus raya setengah bulan gaji.
Tu baru setengah bulan. Kalau 1 bulan lagi la best yer tak.

tapi bila hakak teliti news tu.. conpius lak haku.


Artikel tu publish on 29.4.2013...huhuu
bonus bayar on 9 Ogos. bukan time tu dah raya ker?
ni foward berita tahun bila ni?

Tolong la... please la...
Jagan bikin gempak lagu ni weiiiiii...
migrain akak..
Terbantut mood shopping di depan laptop adehhhh...

08 Julai 2013

jom susun ebm dalam peti ais

Salam cantekkkk.
Wak cantik la sangat kan.

Okey semalam Erin dah keluar entry gambar peti aiskrim untuk simpan EBM Erin kan..
Alhamdulillah dalam tempoh sebulan Erin dapat kumpul 280oz.

So semangat untuk meminyahkan EBM ni dari peti ais dua pintu ke peti aiskrim (deepfreezer).

EBM ni peringkat awal ni Erin simpan dalam bekas dadih 3oz.
Sebab awal-awal baby tak minum banyak. Maklum lah perut kecik lagi.

Erin budget sehari Erin akan hantar 3 bekas ke nursery
3bekas X 3oz X 5 hari seminggu.
(erin cikgu so kerja sekerat hari jer)

Jadi, total untuk seminggu 15 bekas.
Erin masukkan dalam satu beg plastik. 
Ikut date yang terawal. Sebab stok ni yang akan keluar dulu
(Yang akan diguna dulu)



Then Erin label kan 
JUN 1 (15 bekas terawal yang dikumpul dalam bulan Jun)
JUN 2
JUN 3
JUN 4
JUN 5
JUN 6
Tutup stok untuk bulan Jun

Nie: keadaan dalam peti aiskrim.
Nanti senang Erin nak keluarkan stok seminggu untuk hantar ke Nursery.

Nanti Erin akan buat cara yang sama untuk susun stok JULAI.
Insyaallah cukup la stok EBM ni untuk tahun 2013.
Bulan 11, 12 nanti dah cuti,
.
Jadi jimat stok hihihi

06 Julai 2013

cikgu erin jual siskrim?

Peti Besi..
Memula peti ni sampai jenuh gak nak menjawab ngan jiran-jiran
(ceh macam la ramai ngat jiran.. sorang dua je pon)

"Cikgu Erin jual aiskrim ke?"


Ha, ni la peti nya.
Confirm la kan peti aiskrim kan.

Ehem... Erin tak jual aiskrim pon.
Cuma guna peti aiskrim ni untuk simpan EBM yang dah penuh kat peti ais..




Nak beli deepfreezer kami belum cukup budget.
Harga untuk deepfreezer pun kurang-kurang RM400 hingga RM600.
Emmm.. pening jugak tu.
Mujur la kawan Mr Jep pinjamkan peti aiskrim ni.
Alhamdulillah...
Semangat ni nak susun stok EBM dalam peti aiskrim ni.

Peti aiskrim ni pon sama kategori dengan deepfreezer kan?
Jadinya susu (ebm) ni akan tahan 6 bulan.

Punyalah besar peti aiskrim ni kan..

Heheheehe..


03 Julai 2013

wordless wednesday

  

Sayang tak perlu di ucapkan.

Tanda Kenangan