CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Memaparkan catatan dengan label baby. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label baby. Papar semua catatan

08 Julai 2013

jom susun ebm dalam peti ais

Salam cantekkkk.
Wak cantik la sangat kan.

Okey semalam Erin dah keluar entry gambar peti aiskrim untuk simpan EBM Erin kan..
Alhamdulillah dalam tempoh sebulan Erin dapat kumpul 280oz.

So semangat untuk meminyahkan EBM ni dari peti ais dua pintu ke peti aiskrim (deepfreezer).

EBM ni peringkat awal ni Erin simpan dalam bekas dadih 3oz.
Sebab awal-awal baby tak minum banyak. Maklum lah perut kecik lagi.

Erin budget sehari Erin akan hantar 3 bekas ke nursery
3bekas X 3oz X 5 hari seminggu.
(erin cikgu so kerja sekerat hari jer)

Jadi, total untuk seminggu 15 bekas.
Erin masukkan dalam satu beg plastik. 
Ikut date yang terawal. Sebab stok ni yang akan keluar dulu
(Yang akan diguna dulu)



Then Erin label kan 
JUN 1 (15 bekas terawal yang dikumpul dalam bulan Jun)
JUN 2
JUN 3
JUN 4
JUN 5
JUN 6
Tutup stok untuk bulan Jun

Nie: keadaan dalam peti aiskrim.
Nanti senang Erin nak keluarkan stok seminggu untuk hantar ke Nursery.

Nanti Erin akan buat cara yang sama untuk susun stok JULAI.
Insyaallah cukup la stok EBM ni untuk tahun 2013.
Bulan 11, 12 nanti dah cuti,
.
Jadi jimat stok hihihi

06 Julai 2013

cikgu erin jual siskrim?

Peti Besi..
Memula peti ni sampai jenuh gak nak menjawab ngan jiran-jiran
(ceh macam la ramai ngat jiran.. sorang dua je pon)

"Cikgu Erin jual aiskrim ke?"


Ha, ni la peti nya.
Confirm la kan peti aiskrim kan.

Ehem... Erin tak jual aiskrim pon.
Cuma guna peti aiskrim ni untuk simpan EBM yang dah penuh kat peti ais..




Nak beli deepfreezer kami belum cukup budget.
Harga untuk deepfreezer pun kurang-kurang RM400 hingga RM600.
Emmm.. pening jugak tu.
Mujur la kawan Mr Jep pinjamkan peti aiskrim ni.
Alhamdulillah...
Semangat ni nak susun stok EBM dalam peti aiskrim ni.

Peti aiskrim ni pon sama kategori dengan deepfreezer kan?
Jadinya susu (ebm) ni akan tahan 6 bulan.

Punyalah besar peti aiskrim ni kan..

Heheheehe..


15 Februari 2013

Tips scan untuk tau jantina baby

Berusaha keras ibu untuk tau gender little NJ ni hahahah...
rasanya tips yang orang dulu-dulu bagi tu kekadang dah tak boleh pakai kat erin yang beranak 2 nak masuk 3 ni..
sebab nya aku selalu lawan ngan psikologi... contohnya aku memang nk anak pompuan so... aku cam suka makan ikan skarang ni hahahahahahah.....

contohnya: 
1)Kalo baby boy, kat leher akan ada nampak macam gelang2 hitam n masa pegnen asyik nak gi ludah kat toilet. 

2) Kalo kita rasa berat baby lebih ke kiri, maknanya baby girl..kalo berat baby lebih ke kanan, baby boy.

3)Kalo perut macam bulat n leper, baby girl..kalo perut muncung ke depan n macam tajam sket bentuknya, baby boy.

4)Suka makan daging masa pegnen, confirm anak ko lelaki. kalo ko suka makan ikan n sayur anak  pompuan..

5) Tengok muka si ibu,kalo berseri2, baby boy..kalo muka x berseri, baby girl sebab orang kata anak pompuan tarik seri wajah ibu dia..(gituuu)

6) Kalo ibu suka tido mengiring ke kiri..kemungkinan anak pompuan..kalo tido mengiring ke kanan adalah anak lelaki.

7) Orang kata kalo ibu suka bersolek, kemungkinan anak pompuan..kalo x suka bersolek kemungkinan anak lelaki.

8) Tengok garisan pada perut ibu..Kalo garisan tegak dari bawah ke atas tu jelas/x putus, maybe anak lelaki..tapi kalo terputus garisan, maybe anak pompuan..

#set minda untuk pegi scan sekejap lagi#
La nie nak bagi 
tips camna nak pujuk baby dalam perut ni time scan nanti...

1. Ibu kena rehat cukup, (tidur mesti kena cukup)
sempat kot tidur dalam kereta dari Bukit Ibam ke Kuantan nanti hahahah

2. Makan kena cukup... ok before cari klinik kita cari kedai makan dulu hehheheh...

3. Pujuk baby, cakap baik-baik ngan baby.

4.Doa and tawakal pada Allah (*_*)

5. Ibu kena bekal kan coklat kegemaran dalam handbag untuk rasuah baby hehehehe


tapi ibu yang suka coklat baby ni suka pisang.... takkan aku nak bawak bekal pisangdalam handbag hahhahaaaaa



14 Februari 2013

Mencari klinik untuk scan baby di Kuantan.

Esok plan nk ke Kuantan shopping barang-barang baby...
Kesian lak kat 'little NJ' nie dah 6 bulan duk dalam perut ibu, satu apa belum beli lagi.
Time kakak Eisya dulu over exited, tak sampai 3 bulan lagi, barang-barang dah penuh satu bilik hahahah...

Kali ni plak so relax and stady...
Tapi kena la gak kan standby apa yang patut..
So dalam men list down kan barang-barang yang bakal di beli...

faktor C.O.L.O.U.R sangat mempengaruhi ibu okey...
si ibu harus lah bertanya kepada si babah

"little NJ ni nak beli kaler aper eak abang?"
dan seperti biasa soalan itu haruslah kembali kepada diriku...
"sayang nk kaler ape?"
"PINK" laju jer aku jawab...
en suami kata, kalau boy haruss la TIDAK BOLEH kaler Pink
hahahahhahaha


emmmmm... jadi nya harus scan dulu kan untuk tau BABY GIRL / BABY BOY.
gigih la ibu search kat internet klinik-klinik untuk scan baby..
emmmm mau 2D, 3D, or 4D
macam-macam ado... tepuk poket jer la....
Kalau ikutkan ibu... nk scan 2D jer 
tapi babah kata kalau scan 2D pun sampai RM50 (dah la x confirm 100% tepat / tak), 
baik la scan 3D/4D terus...

emmmm.....
Apa beza eak antara scan 2D, 3D or 4D?

ni pada pendapat erin, yang tak berapa nak jadi doktor hihihih

Scan 2D~ 
yang gambar kaler hitam putih tu... dapat tengok baby secara statik, 2D jer 
kita dapat ukur kepala baby.. 
and kekadang kita tak faham pun apa yang doktor tunjuk (selalu nya aku main belakon jer paham ~ duk aaaaa.... angguk-angguk. Padahal tak nampak pon)
Masa preggie Eisya  scan 2D jer...
(alhamdulillah selamat n sempurna anak ibu babah)

Scan 3D~
yang gambar kaler kuning-kuning tu..
dapat tengok baby dalam 3 dimensi la kan,
jari tangan semua clear, boleh tengok bibir, tulang belakang semua..
cam semua hak milik baby kita boleh tengok dengan lebih tepat la.
Naufal sempat scan 3D masa kna pi jumpa pakar...
Dia siap buat mulut muncung lagi kat ibu huhuhuhu

Scan 4D~
Yang boleh tengok baby bergerak and ada bunyi macam kat dalam air.

Erin rasa la kan, alad untuk 3D and 4D ni sama jer..
Cuma kalau yang 3D doktor cuma akan print gambar 
and 4D bagi video, and mungkin la check up dia lebih detail..

so.... ibu pun searching and mencarilah...
rata-rata ramai yang cadangkan.

W.Y.Ko Specialist Maternity & Gynaecology CentreB-2269 Jalan  Beserah, 25250 Kuantan
Tel : 09 - 566 7809
Faks : 09 - 566 7805

Jadi nya camner?
emmm
Kita tengok esok yerrrrr kawan-kawan
ni time scan free kat klinik kesihatan Gua Musang, alhamdullillah baby sihat
dan kedudukan uri dan baby baik.. (tapi tu masa 3 bulan)
sekarang sudah 6 bulan..


21 Januari 2013

Sidang Akhbar~ NJ Family akan bertambah ahlinya.

Sidang akhbar la sangat kan....
Dengan ini secara rasminya kami mengumumkan bakal baby baru di Pink heART ini...
 Alhamdulillah our 3rd little NJ semakin membesar dalam rahim ku.
Setelah melalui fasa ''morning and night sickness" yang agak mendugakan...
(next entry kita story-mory eak)
Sekarang Erin semakin sihat dan selera makan mula bertambah...
bam-bam sangat la lepas ni yerrr....

Tapi tak kisah la kan asalkan baby sihat.
Nanti pepandai la ibu kembali ramping hihihihihi.....


kad pink sudah pun ditempah khas hahahaahah...
bersama si Naufal bbotak selaku model buku pink hihihih

27 November 2011

Pengalaman Membesarkan Bayi




Hye mommies jom kali ni nak join contest dari Wonder Mum Shoppe kat FB..
Bertemu di Kumpulan Ibu menyusukan (yang sangat best tu)

Tema nya:
pengalaman anda yang paling mencabar ketika membesarkan anak anda yang masih bayi



Bestkan dapat Baby?
dan cabaran nya mestilah sangat best.
Huhhh susah juga nak memulakan..cerita sebab pada saya semua orang melalui pelbagai cabaran.
Yang membezakan sejauh mana kita terima sebagai cabaran...

Bagi saya membesarkan bayi secomel Naufal sama macam ibu-ibu lain..
Alhamdulillah saya tidak diduga dengan dugaan yang tak mampu saya hadapi.

Naufal bayi comel yang sihat, tidak merengek di tengah malam, senang kata tak banyak ragam.

Cuma pada saya, cabaran yang utama ialah dari diri saya sendiri tatkala
HATI SAYA NEKAD DAN BULAT UNTUK MEMBERIKAN NAUFAL SUSU IBU SEPENUHNYA
sehingga 6 bulan dan meneruskannya sehingga 2 tahun insyallah
tanpa susu formula.

Ada masanya si comel saya ni asyik melekat, menyusu sehingga saya sering gagal menyelesaikan tugasan yang lain.
(hahahaha alasan untuk tidak memasak)
tapi memang pun, balik dari kerja
(guru sekolah rendah ~ habis kerja sekitar jam 2)
memang terus Naufal menyusu selalu nya hingga tertidur bersama ibu.
Dan saya pun sering kepenatan selepas itu
"Mujur dikurniakan encik suami yang sangat memahami"
sering melengkapkan, apa yang adakala nya terkurang
Kekadang menjadi tukang masak, ada kalanya ringan tangan membersihkan rumah
(wahh syahdu disitu).




Kekadang tu rasa stress and nak marah-marah kan bila baby tak nak dengan orang lain.
(Orang lain tak ade cik b cam ibu hahahhahahah)
Walaupun dengan babahnya.
Tapi tu la.. banyakkan sabar
(saya sendiri selalu kurang sabar~ jadi makan aiskrim lalalala)

emmm..
saya tak tau nak ceritakan apalagi kat sini.
Serius kekeringan idea.
hiihihihihii.


Apapun saya percaya

segala kepenatan dan keletihan itu terbayar dengan harga satu senyuman dari si comel yang puas menikmati susu ibu



03 Oktober 2011

Naufal with baby fresh food feeder




Naufal sudah mau menjadi si hensem 8 bulan
walaupun belum tumbuh gigi tapi dia dah mula nak masukkan makanan dalam mulut comel nyer
takut la pulak tercekik ker tertelan yang bukan-bukan plak.. so keadaan di rumah sangat-sangat berhati-hati.

hihi..
masa yang sesuai untuk makan buah-buahan yer anak bijak..

ape lagi ibu yang cumil ni shoping online ler di
dan daku telah pun terbeli Munchkin - Fresh Food feeder~


selamat sudah si bam bam Naufal gigit.
Dalam net tu ada epal merah yang dah di buang kulit..
so kita tak yah la risau kot tercekik epal tu ker.
tapi Naufal masih lagi boleh dapat rasa epal tu..
yeehaaa

model sepanjag zaman:


close-up rupa baby food feeder tu:

so.. all mommy yang anak nyer sudah 6 bulan sila beli yer
i tak jual~..

06 Mei 2011

Stok EBM untuk baby naufal

haluuuuu...
skodeng stok EBM dalam peti ais 58oz
syukur alhamdullillah rezeki my brilliant Naufal

tapi dalam masa yang sama risau sesangat.
cukup ke ni?

kalo tak ke mana-mana tahan la stok ni untuk bekal ke rumah Pengasuh 2minggu =10 hari lebih kurang. Kalo keluar jenjalan kurang ler lagi...

sebab erin guna susu yang frozen ni gak kalo pegi jenjalan.
Still ade problem BF in public..huhuhuhu...
kureng ler bab selak-selak in public ni
tapi sangat kagum bagi mereka yang berani n selamber okey.

Kena keep on pumping la kan untuk tambahkan stok.
Production tak seberapa.

paling banyak pon 1 session boleh dapat 5oz jer tu pon jarang.
selalunya 2~3oz jer..
dalam sehari lak boleh pam 2 kali jer
(kat rumah Naufal direct BF)
jadik purata total 1 hari bole la simpam 6oz.

Sedangkan stok yang perlu keluar sebagai bekal kat umah pengasuh 9oz.
1 kali Naufal minum 3oz
dan dari pukul 7.30am sampai 1.30pm tu Naufal minum 3 kali.
ni dari simulasi yang erin buat kat rumah la...

(wahhh cam blajar kat maktab dulu plak kan ada simulasi bagai)
hehehheheeh

berdebar gak kan nak hantar baby kat rumah pengasuh nanti.
heharap pengasuh naufal dapat la handle EBM ni





05 Mei 2011

3 bulan bersama susu ibu


Alhamdullillah
hari ni genap MUHAMMAD NAUFAL JAZLI
(yang fasih dan pemurah)
3 bulan

dan genap juga Naufal 3 bulan bersama susu ibu
kejayaan kecil bagi insan lain tapi SATU KEJAYAAN BESAR pada Erin
Sejujurnya erin tak pernah bercita-cita langsung pun untuk menyusukan baby Naufal secara ekslusif.
(maksudnya 100% susu ibu)

tapi tak sangka plak daku sekuat ini..
alhamdulillah
mungkin disebabkan perangai Mr Jep yang suka bertangguh bila erin suruh beli susu tepung mendatangkan kebaikan
(atau pon tu cara dia sebenarnya untuk elakkan isteri dia ni bagi formula milk (FM) pada baby baru itu.. hehheheh..)

Perjalanan yang bukannya mudah..
saat yang paling mendugakan ialah hari ke 3 selepas Naufal lahir..
korang...korang...korang yang pernah beranak dan menyusukan anak sure taukan sakit hari ke 3 camne... melecet bagai...huhuhuhu... menitik air mata..
masa tu la asyik duk suruk Mr Jep beli FM kat kedai..
dan ayat nya "sabar la.... sabar... sikit jer.. sabar ea" "sabar ea... adik kecik sangat lagi"
kebetulan pulak botol susu yang kami belikan untuk Naufal BPA so.. memang tak la kan..
nak beli botol susu yang BPA Free kat kedai blakang umah ni memang tak ader la...

OK saat tu Erin tanamkan target
"okey 44 hari nak susu kan Naufal secara ekslusif"

then masa otw dari pahang ke gua musang tu..
memang dah tanam hajat nak bagi fm botol kat Naufal
tapi bole plak Mr Jep lupa nak beli
(atau pon buat-buat lupa...hihihi)

okeyla.. dan masa tu daku tanamkan target baru:
90 hari menyusukan Naufal secara ekslusif
memandangkan cuti pon 90 hari kan....


dan hari ni genap 90 hari...
memang targetku sudah totally sampai
tapi sungguh... sayang pulak nak susukan naufal ngan FM..
jadi daku upkan lagi target Bonus:

Susukan Naufal secara ekslusif selagi stok susu dalam peti tu ada dan cukup untuk bekalkan pada pengasuh masa ibu kerja nanti

syukur ada 58oz dalam peti ais.
Tak semewah stok ibu-ibu lain tapi satu kebanggaan pada erin

semoga niat yang baik ni dipermudahkan (^__^)




19 April 2011

Milk Booster

Hi mommies, mau kongi info..

info ni erin dapat ari fb Kump ibu menyusu.

So kiter sharing-sharing la kan. Ni ada list makanan yang boleh tambahkan susu (milk booster)

  1. Oats
  2. longan kering
  3. soya
  4. lobak putih
  5. cheese
  6. daun kucai
  7. daun alfalfa (bukan sprout)
  8. pati ayam
  9. hoclicks
  10. halba
  11. ikan cencaru
  12. tempe
  13. coklat
  14. jantung pisang
  15. pucuk betik
  16. pegaga
  17. Sawi
  18. kurma
  19. Madu lebah asli
  20. sengkuang cina
  21. durian
  22. air glukos (glucolin perisa oren/anggur/original)
  23. Surah al-hujurat
  24. Jintan Hitam (Habbatus Sauda)
  25. Cereal (koko crunch, kellog's conflakes)
  26. Biskut cereal (IKO, Munchy)
  27. Jagung
banyak lagi list nyer kan... ader sape-sape mau tambah?
tapi...
erin rasa milk booster ni bergantung pada diri masing-masing
contoh nyer:

daku dah try soya..
~hasilnya...MUNTAH + pening sehari.. booster nyer ntah kmana hala.. hihih

hari ke 2 try longan lak..

Berangin satu badan... sakit badan wehhh..
~booster nya juga gagal..


so korang kna cuba...cuba... cuba dan terus mencuba...
untuk cari apa "Milk Booster" korang..



18 April 2011

Breast Pump Pureen ~ batery operation ~


Mengupgrade kan diri
dari pam pureen manual yang versi turun naik cam pam beli mingak gas tu..
pinkheArt mengupratekan diri beli 1 lagi pam
Kali ni pam bateri masih lagi jenama pureen
~pada harga mampu milik~
RM96.00
(dalam hati masih ader angan-angan nak yang canggih manggih tapi harga mencecah suku gaji... jadi terpendam hasrat itu)
klo nak gak yang mahal-mahal kena menabung dulu lorr...
klo tak, mau tak berasap dapur ngeh ngeh ngeh...
(hakikat nya dapur memang jarang-jarang berasap)

Okeh citer pasal pam bateri jenama Pureen ni:

1. Tangan ku tidak lenguh lagi menyorong tarik tiub..
bleh pumping sambil rehat-rehat nengok tv.
Tapi x bole baring ler..(kne sambar yg free style lorr)

2. Guna Bateri AA 2 biji je dua biji.
Bunyi tak bising.
tapi bateri cepat abis lorr
dalam usaha mencari rechargble battery

3. Boleh guna elektrik gak. ade pot AC DC tapi plug dier tak disediakan
so guna charger nokia yang lama tu..
Bunyi kuat arr klo guna elektrik.. cam bunyi blander lada.
tooongggggggggggggggg

4. Hasil nyer ok la.. bagi aku.. sebab aku tak ler give up.. santai-santai ajor..

5. bole letak dalam handbag...


so... ok ker?
Pada Erin Ok la..
sebab yang paling penting tangan tak lenguh
dan kata Mr Jep jangan ler banding ngan pump yang harga suku gaji kita tu...
hehehehe


22 Mac 2011

Persiapan Majlis Cukur Jambul Naufal

Okehhh kiter crite lagi
Preparation untuk Majlis Cukur Jambul
Muhammad Naufal Jazli


Yang ibunyer sibukkan menggentel riben bagai tu untuk buat ni ha:
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Bunga Telur Lolipop
(telur nyer tak de pon lolipop semata)

sweet ngat tau
cehhh~ tapi betul simple n sweet.
Hajat nyer nak letak teadybear tapi kat Muadzam ni maner la nak cari teddybear bagai
so buat jer ape yang ade.






DoorGift:
untuk kumpulan berzanji & marhaban

mostly bebarang nyer sponser by puan mama yer
oo.. lupe plak nk snap bunga telur~ telurnyer telur itik a.k.a telur masin



Alat-alat cukur jambul

bunga rampai hand made by zizi
tepung tawar
gunting
kelapa untuk letak rambut yang dah di potong.




Okeh: Singgah sana untuk my prince of da day

Katil lamaku ~ ni katil saya hehehe
dari ibu turun ke anak.
so diberi sikit magic touch heheh
~guna apa yang ada~
dah nama pon budget ciput
Cuma nak bagi nampak sweet

okey la kan?



Makan-makan~
100% urusan cik mama
erin pon tak sempat nak snap bagai..
heheheh


20 Februari 2011

HUSM ohhh HUSM

sambungan entry semalam....
23 Januari 2011
aku di wad kan kat HUSM ni.


.

wad Akik 2 ni tempat ibu-ibu ngandung
ader yang tunggu masa nak bersalin or yang ader problem cam demam ker.. or memacam kes la.. termasuk la kes daku huhuhuhu

di masukkan ke wad tanpa sakit
memang amat-amat la memboringkan..

masuk kol 6.00 petang
malam tu sangat la lama nyer aku raser..




ANTARA UNIK nyer HUSM nie
(lain dari hospital lain)


Yang BEST:

1. Tempat sembahyang memang tip-top..
kat wad ni disediakan satu ruang untuk solat.. kat every partision pon ader tunjuk arah kiblat.
Siap ader doa-doa yg relate ngan ibu mengandung di kepala katil + ader surah yassin ngan al Quran lagi.. memang harus di puji..
sesetengah hospital tu cuma ader surau..jadik kena keluar wad menapak lagi untuk solat.

2. Doktor Pakar
Setiap pesakit akan dirawat oleh seorang doktor pakar dan beberapa orang pelatih tak kira ler kes korang serius atau tak..

3. Nurse Baik + Cun + Wangi
Nurse kat sini baik-baik,... tak kira ler pelatih atau pon nurse yang dah lama.. memang sesangat baik okey.. kalo depa membebel pon sesama depa jer.. tak de lak kes yang terjerit-jerit.


Yang TAK BEST:

1. Penat BERCERITA
KOrang tau.. sesampai nyer kat HUSM.. kat bawah tu(labour room kot) kena cerita pasal kes erin ni kat sorang doktor, memacam ler yang dia tanya..
then lepas check up tu ader sorang lagi doktor.. tag student HUSM (doc pelatih kot)

then masa scan.. doc lain plak.. sekali lagi kener cerita..

masuk wad plak.. dalam kol 8.00 mlm tu
ader sorang doc pelatih mai katkatil.. tanya-tanya pasal kes erin ni..

pastu dalam kol 9.00 kot sorang lagi tanyer.. huhuhuhu...

Baru ku perasan setiap group student ni diberi pesakit-pesakit tertentu kat dorang so dorang kena tau la pasal kes setiap pesakit ni...

wawawawu terasa diri ini TIKUS PUTIH
then erin raser kalo tak sakit pon boleh jadik sakit...
serabut gak ngan student-student yang ramai ni......
kita tengok pon raser sakit bertambah huhuhuhu

Tu blom masuk bab student buat servey lagi...
hehehe...


2. Tak de First Class Wad
Selalu nyer orang govement mesti nak firstclass kan?
selesa sket... dalam 1 bilik ader 6 orang jer.. tapi kat sini takde..
Kena la dok ramai-ramai..
tapi ader bilik berbayar.. boleh duk sesorang dalam bilik tu..
berapa RM mak tak tau..

Yang UNIK nyer:
Pepagi ader orang jual makanan ngan kuih..
unik kan? selalu nyer hospital maner lepas makanan-makanan dari luar ni..
tapi kat sini siap ader yang jual heheheh
tapi pagi jer la..
so anda tidak akan kelaparan heheheheheh


then pagi nyer doc pakar datang untuk check-up..
(baca report ngan dengar report dari doc pelatih)
aku mintak ler di check out kan.. uppss discharge

dan permohonan ku diluluskan walahhh... tamat suda penderitaan..
tapi nak boleh kan keluar wad tu menjangkau angka 3 petang la jugak hehhehehe..

TAMAT la hari-ku di wad 2 akik HUSM
kalo diberi pilihan insyaallah tidah mau ke sini lagi.
kerana walau pon tidak sakit..
aku menjadi sangat sakit dan letih...


13 Februari 2011

Doa untuk Baby NJ

Salam kengkawan~ ni doa untuk baby NJ

"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu. Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah dan bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikanlah dia yang yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranyauntuk membaca Al-Quran dan Hadith dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W. , dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Amin, Ya Rabbal Alamin...

untuk entry baru sila scroll bawah yer


14 Disember 2010

crossteach garfield pulak

Okehhh skarang
sedang mem BUSYkan diri dengan 3rd projek pulak~




Crossteach Garfield
utuk bantal baby lagi

Kali ni tak tau ler berapa minggu pulak
Cuti sekolah dah nak abes ni...

Kalo boleh nak siapkan keperluan Baby NJ ni 100% sebelum sekolah bukak..
Lepas tu nak concentrate Deco-deco cute Castle
ngan buat kerja-kerja sekolah pulak..

Emmm alahai~
Masa yang semakin sempit...

12 Disember 2010

Set tilam baby in purple

Yeaaahhhh
Siap sudah 1 lagi persediaan untuk baby NJ nie..
Selam erin tayang Selimut patchwork yang makan masa 3 minggu
(heheeh~lama banget)

Ari ni kiter tengok plak tilam and bantal eisya yang bakal diperturunkan kepada adiknyer...
Haruslah ditukar sarung nyer kan..

dan sarung tilam dan bantal itu sekali lagi di jahit oleh jejari gold ibu nyer yang lentik ini
Ada rase bangga di situ yer..

Siap 1 set:
Tilam
Bantal kepala
Bantal Peluk
Selimut pathwork



Bantal peluk tu Erin jahitkan riben kat tepi, sebab tak reti nak jahit zip atau pon getah heheheh
ku belasahkan ajer.. lalalllaalla

OKEY TAK?



Yang K.O nyer tengok kat bawah ni..
Si kakak nyer udah rasmi da~

Lalalallallalalalalaallala

Ader yang kater : Baik beli lagi cantik kan?
Tapi sayer mau sentuhan peribadi~
cet peribadi la sangat..
Limited edition weehhhh

11 Disember 2010

Selimut Patchwork Baby



Ingatkan senang nak buat patchwork ni..
Raser cam senang jer... dah cuba baru tau
Skali cuba... mak aiii berpinau bijik mata ku..

Felt transport yang ini telah ditransferkan menjadi selimut baby NJ
Felt Transport tu dijahit tangan jer pada kain purple kotak-kotak tu...
Then, dari kain yang kotak-kotak tu ke kain purple kosong yang ader span tu, memula Erin guna mesin jahit tapi hasilnyer sangat ler hampehhhh...

Adakah salah mesin jahit murah ku?
atau pon aku yang tak pandai sbenarnyer? kuang-kuang kuang
Jadi, proses yang senang tu... menambahkan kerjaku~

terpaksalah ku tetas... dan jahit tangan pulak huhuhu..
Tapi penuh KASEH SAYANG weihhhh

kerja yang memakan masa 3 minggu ni,
akhirnya SIAP~




walou pon tak seCUN mana tapi sangat puas hati,
heharap baby NJ dalam perut ibu ni sukeeeeeeeeeerrrrrrrrr
heehehehhe


dan saat yang paling best ialah saat jahit:

jahit label: PINK HEART collectio ler..
korang ader?~limited edition niehh hehehhe~



05 Disember 2010

30 minggu sudah

Alhamdullilah~
dah 30 minggu bayi ke dua ni dalam rahim ku..

sedikit doa buat anak ibu~


"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu. Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah dan bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikanlah dia yang yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranyauntuk membaca Al-Quran dan Hadith dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W. , dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Amin, Ya Rabbal Alamin...
semoga baby NJ junior ni sihat

Suspen jugak menanti 10 minggu yang tinggal ni.
Walaupun anak ke 2 debarannya masih tetap terasa.
Takoot wooo mau bersalin..
Barang-barang baby pon banyak yang belum complete~cepatnya masa berlalu..


Macam-macam yang bermain di fikiran ni:
huhhhh

untuk ilangkan tekanan.. layan gambar pewot besar ni lagi yer~




Lepas bersalin kena buat program "THE BIGGERS LOSSER" denga encik suami.
Pewut dia pon semakin maju nampak nyer heheheh





Eisya~yang manja.. ibu tetap sayaaaaaaaang kamo..
tapi kamo tak bole mnja-manja sesangat yer sayang
sudah jadi kakak tau..

.Huhh rasa cam mau nangis pulak~ STOP di sini cukup..

Tanda Kenangan