Showing posts with label love it. Show all posts
Showing posts with label love it. Show all posts

Abahku bukan abahmu

salam.

abah.
ayah.
papa.
daddy.
walid.
bapak.
appa.


tak kisah lah apa panggilan pun tapi yang pastinya dia adalah seorang lelaki yang bawa kita ke dunia ni. yang banyak berkorban untuk kita. seorang yang tinggi tempat dan darjatnya dalam hati kita.


Firman Allah SWT;
“ Dan Kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibu bapanya …  ”  (Al-Ankabut ayat 8 ) 



SELAMAT HARI BAPA kepada semua bapa di luar sana.

entah bila la abah ni nak berambut..hehe
untuk abahku,
memang aku tak pernah cakap aku sayang padamu tapi hanya ALLAH tahu bahawa aku amat menyayangi mu dan bangga mempunyai abah sepertimu. susah payah kau membesarkan aku, berhempas pulas mencari rezeki untukku, aku tak mampu membalas budi mu itu walau hingga akhir hayatku. ketahuilah abah, aku ingin sangat membahagiakan mu.........sayanggggg abah!

abah...hero di hati ku!

Nak shopping...jom2

nak shopping apa? baju?kasut?bag?tudung?mesti la tak! seriously, dah gian sangat nak beli novel ni.hihi...tapi kena kumpul duit dulu ek.ada sapa2 nak belanja aku? hehe...

aku nak beli ni hah...


novel baru HLOVATE. tak baca sinopsisnya lagi.
no worry.Hlovate tak pernah menghampakan!


ni tersangatlah nak beli.sambungan CINTA SUFI. Sunan oh Sunan..
dah la masa pelancaran hari tu kat PWTC tak dapat pergi
=(

tak pernah lagi baca tulisan penulis ni. tapi 
tertarik la bila baca sinopsis.kalau ada sapa2
yang dah baca boleh share ek.

novel ni keluar awal tahun.tak de can lagi nak beli.
suka tulisan novelis ni.sangat best!


ok.buat masa ni, ni je la kot wishlist novel yang aku nak beli.tak tahu apa lagi yang best.kalau hampa tau habaq mai kat cik no..sebenarnya banyak lagi yang aku teringin nak beli tapi tu yang dah lama2 la. yg tu KIV dulu.hihi =p

yang kat rumah tu bila la nak baca ek.lupa la nak bawak dia terbang ke Sepang ni sekali. ada Cinderella, Semangat Hutan, 5 Tahun 5 bulan..ada lagi kot.lupa la..hehe.ah..baca lambat ke cepat ke,lantak la.asal dah ada dalam tangan tu tenang hidup aku.haha

cepat la sesiapa belanja! kemon la...!!emm..sapa tak bagi birthday present lagi ek (senyum jahat)..tak boleh mintak kat abah.abah dah bagi present yang best sangat!

hihik =p


Ini untuk Dhiya Zafira

anak pertama
yang ke 2

yang ke3

yang ke4

ni yang terbaru..baru keluar bulan 2


ni semua adalah karya2 Dhiya Zafira yang gempak dan meletup. setakat ini beliau telah menulis 5 buah novel tapi hanya 4 novelnya yang aku ada. novel pertama beliau, Ku Damba Bahagia masih belum ku miliki (sape nak belanja..hehe). Beliau menulis novel bergenre romance-thriller.percubaan pertama Dhiya Zafira dalam genre ini bermula dengan menerbitkan Rindu Belum Berhenti (RBB), novel yang kedua. novel ni berjaya mengumpul peminatnya yang tersendiri. 


cinta pertama aku dengan karya beliau bermula dengan Rindu Untuk Dia,novel yang ketiga. mula2 aku ingat ni kisah cinta semata-mata.kalau tengok sinopsisnya agak menarik.tengok sinopsis dah buat aku tertanya-tanya. tapi bila dah mula baca tu baru tahu,novel thriller rupanya. aku tak amik masa yang lama untuk menghabiskan novel ni sebab rasa nak tau kan.plot ceritanya agak lain dari yang lain.bukan cerita cinta je tapi aksi jugak.

salah satu sebab aku suka novel Dhiya ni sebab hero2nya teramatlah macho. hero yang kuat dari segi fizikal. tinggi,hensem tu dah konpem la kan.siapa nak baca novel yang heronya hodoh.hehe..seorang tu mafia,ada tentera,polis..( boleh bayang tak machonye mereka itu..huhu). kesemua heronya sanggup berjuang, bergadai nyawa demi melindungi insan tercinta. yang pastinya   tiada adegan salah faham suami isteri,fitnah orang yang dengki ataupun gangguan orang ketiga. tak ada kes paksa kahwin (yang aku dah muak nak baca). semuanya tentang perjuangan untuk hidup, berjuang melindungi yang tersayang disamping berperang dengan konflik diri. heroinnya juga walaupun tak kuat dari segi fizikal tapi punya semangat dan kekuatan diri yang tinggi.sesuatu yang boleh diambil pengajaran,yang hidup ni perlukan kita untuk berjuang dan tak harus mengalah dengan musibah dan ujian.

malas nak cerita panjang lebar, pergi cari ler sendiri novel tu kat kedai.bukan mahal pun. kalau aku mampu, mengapa korang tidak? (ayat ni poyo...abaikan je).

entry ni saja dibuat untuk menghargai penulis novel yang aku sayang ni. aku suka cara penulisannya. nak ulas panjang2 pun aku bukan teror. SPM dulu BM fail.hehe..kalau entry yang sebelum2 ni aku ada cerita tentang Ramlee Awang Murshid (RAM), kali ni aku cerita pulak pasal sorang lagi novelis yang aku suka dan kagum. tabiklah kak dhiya  sebab dia suka tanya pendapat orang lain kalau nak buat novel tu dan dia menghargai peminat2. kalau RAM aku dah dapat jumpa dengan dia dan ada gambar dengan dia, dengan kak Dhiya ni tak ada can lagi. contact kat FB je pun. dan sebab selalu menempelkan diri dan menyelitkan diri kat blog dan FB kak Dhiya, aku kenal kawan2 baru jugak.semuanya peminat2 beliau.Jan, Kak Izan,Kak Intan. 

nak bagi tau ni.siapa yang pernah baca Jauh Kau Pergi, salah satu watak dalam novel tu, Mejar Najmi Hariri aka Jimmy dijadikan hero dalam next novel, Tercipta Buat  Kita. novel tu on the way..tapi adalah ceritanya sikit yang boleh dibaca kat blog kak dhiya. tak sabar nak tunggu aksi si Jimmy yang nakal dan cute tu.hehe.. 

kat sini boleh baca Jimmy's Story tu. Tercipta Buat Kita

satu lagi,kepada siapa yang pernah baca novel2 kak dhiya,ada seseorang ni yang cuba buat cerpen yang menggunakan watak2 novel kak dhiya dan novel yang die buat sendiri. yang tak pernah baca boleh je nak baca cerita pendek tu. boleh baca kat blog die. dia ni peminat setia kak dhiya, Fauzan Abas yang namanya dipinjamkan untuk watak Inspektor Fauzan dalam HBR. tengok lah kat sini ek The Curious Case of Whatever


p/s: ku terharu dengan kata-kata mu!