Showing posts with label inspire me. Show all posts
Showing posts with label inspire me. Show all posts

Al fatihah buat Noormawati Mohd Rasif

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pagi ni dapat tau berita yang mengejutkan. Niat asalnya saja nak bukak FB kak Moon nak tau perkembangan kak Norma tapi ternampak lain pulak.



Al fatihah buat arwah Noormawati Mohd Rasif. Semoga Allah merahmati rohnya dan mengampuni dosa2nya. Moga tenang di sana. Akhirnya dia pergi jugak lepas bertarung dengan penyakitnya lebih setahun. 

Arwah merupakan penghidap kanser otak tahap 4, sakitnya mula kritikal selepas melahirkan anak sulungnya, Rafiq. Seorang guru. Kak Moon seorang blogger dan merupakan biras pada kak Norma selalu bercerita tentang kehidupan keluarganya selepas ditimpa ujian tu.

Kalo ada yg tak pernah kenal atau tau cite pasal dia, boleh tengok kat blog Kak Moon kat SINI

Takziah buat kak Moon sekeluarga.

ps: Kesian Rafiq T_T


 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Tudung bawal terhangat di pasaran




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai kakak cantik, abang kacak, adik comel dan kawan2 yang cool. Dah lama rasanya aku tak bermanja dengan blog. Tak mengulit membelai macam selalu. Aku tetap update tapi nak berkunjung berziarah ke rumah korang masih tak free. Maklum la aku kan bizi mengalahkan PM. 

Selain dari sibuk siapkan draf tesis, esaimen dan test lagi, 9- 12 Mei lepas aku dengan sorang kawan ada menjual tudung kat kawasan asrama sempena Minggu Mahasiswa Kolej Kediaman. Kitorang bukak gerai dari tengah hari sampai la tengah malam.

Kitorang jual tudung bawal. Macam2 ada. Bawal 1,2,3 ton. Bawal Akel bidang 50/60. bawal batu. bawal sulam tepi/atas. bawal corak.  dan tudung yg terbaru, Bawal Rose dan bawal  akel leopard. 



Saje cari pengalaman. Seronok tau walaupun penat. Aku berdua je dengan Nadia. Sama2 angkut tudung yg berat gila tu. Sama2 atur meja. Sama2 jaga gerai. Sama2 melantak. Memang best. Serius. Tak boleh dilupakan.

Laku jugak tudung bawal yang kitorang jual. Orang paling ramai datang masa malam. Kadang2 tak terlayan semua. Budak2 kelas pun ada datang memborong sama. Ada yang saja datang melawat sekejap. Nak bagi meriah la tu. Korang memang cool la. 



Tapi selain dari menjaga gerai, kitorang tak lupa juga menjaga perut dan melayan nafsu. Kiri kanan depan belakang dah la gerai makanan woi. Sape tak tergugat iman. Dalam 4 hari tu, macam2 menu aku. Cendawan goreng, wedges, mutrabak megi, laksa, nasi lemak, sate, burger, jus buah, eskem 3 kali dah hadap. ape lagi ape lagi. 

Gambar hot

Walopon sebelum ni selalu je jaga gerai masa hari usahawan kat skola dan penah jaga pameran masa kat matrik, tapi ni la pestaim buat berdua je dengan kawan. Si pemalu menjual tudung? Tapi kalo bukan sekarang bila lagi kan. 

Aku minat jugak jual2 ni. Kalo jual makanan lagi best. Meriah kan. Kalo orang takda memang bosan la. Kalo ramai, tak terlayan dibuatnya haha... Dan sekarang tengah mencuba menjual online pulak. Oh memang tu dah lama aku nak buat. Dah lama. Tu boleh dijadikan salah satu sebab kenapa aku buat blog eheh..

So, ada sapa2 nak ajak aku meniaga tak? Ada sapa2 nak cari agen? weee~~


ps: aku still lagi jual Kasut Baldu tu. kalo nak bagi tau ye.




 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Harimau mengaum kat stadium!

salam.

kawan-kawan aku tau aku tak layan bola. aku memang tak tengok bola. aku tak tau apa2 pasal bola. yang aku betul2 tengok FIFA world cup. tu pun yang final je.hehe...

tapi tak bermakna aku tak tengok langsung. aku tengok bila Malaysia lawan ngan team dari luar. ya aku ngaku, semangat patriotik aku agak tinggi..kikiki.. semangat waja yang kental ni..haha..macam petang tadi. kitorang satu family lekat depan tv tengok malaysia lawan Liverfool..eh Liverpool. perghh..hilang suara dok sorak dan maki hamun. opss.. yang maki hamun tu bukan aku.. lalalala :p

apa2 pun dorang dah buat yang terbaik tadi. korang memang best la..kasi mengaum kat stadium tadi. bila Safee Sali jaringkan gol, waaa... rasa nak peluk dia..opss terlebih sudah! kalah tak apa asal kan tak buat cincai. ni baru best!

perghh..adat la kan..bila dah menang dijulang. bila kalah dibuang.... :)

Review Movie: Homeless to Harvard


salam.


semalam aku tengok cerita Homeless to Harvard. cerita ni dah lama tapi aku baru nak tengok. cerita ni berdasarkan true story. Kisah si comot dan si busuk Elizabeth Murray yang lebih suka dikenali sebagai Liz Murray. lahir dalam keluarga miskin, kedua orang tuanya penagih dadah yang akhirnya menghidap HIV. Liz ni tak pergi sekolah. mungkin sebab dia nak bersama ngan mak dia. nak jaga mak dia. aku kagum ngan dia. sikit pun dia tak benci mak ayah dia. dalam movie ni nampak dia lebih sayang mak dia. masa mak dia ditahan polis, Liz tak bagi mak dia pergi. oh..masa ni mengalir air mata aku. Liz tetap sayang mak dia. dia la yang menjaga mak dia bila mak dia disahkan sakit HIV AIDS.

Liz dipaksa pergi sekolah. dia budak pandai sebenarnya. tapi dia tak mau sekolah dan esoknya dia tak pergi pun walaupun cikgu dia ugut akan panggil orang kebajikan. memang akhirnya dia dibawa ke sekolah oleh orang kebajikan tu. macam sekolah budak yang ada masalah disiplin jek.

15 tahun, dia mula homeless. merempat ngan kawan dia. atuk Liz yang halau sebab dia tak bagi Liz bawak kawan dia tumpang rumah dorang. tapi dalam merempat pun, Liz tetap balik jenguk mak dia. ada dia kisah kawan dia fikir apa?dia tak kisah langsung bagi tau penagih dadah tu mak dia.

bila mak dia meninggal, kesedaran mula datang dalam diri dia.sampai bila dia nak hidup merempat, kan. dia masuk sekolah walaupun dah agak terlambat untuk umur dia. akhirnya dia dapat biasiswa dan sambung belajar kat Harvard University. ni kisah benar. Liz dah jadi orang berjaya sekarang. semuanya atas kerajinan dan tekad dia. kagum ngan dia. tak ada yang mustahilkan kalau kita nekad nak buat sesuatu tu. ada usaha, ada kejayaan.

Elizabeth "Liz" Murray
ni la Liz Murray..




Teguran Membina

salam.

aku nak cakap terima kasih la pada blogger yang sudi jengah sini dan sudi komen. ada la beberapa orang yang tegur sikit apa yang tak kena kat blog ni. aku terima teguran tu dan aku dah betulkan apa yang patut. terima kasih sangat2. ada apa2 yang kurang atau terkasor bahasa, sila la tegur yek...........

thanks a lot :p

Program penanaman bakau dengan Company Denso

salam. 2 hari dah aku tak berblogging.2 hari bukan 2 tahun.hehe.. dan hari ni macam nak balas dendam lak ek. mentang2 bos tak ada.lalalala.. emm nak cerita apa yang jadi semalam.semalam ada program penanaman pokok bakau kat Pantai Bagan Lalang. program ni involve Syarikat Denso dari Bangi.aku tak sure la Denso ni syarikat apa.automotif rasanya.dan yang mai semalam ada engineer.yang lain2 aku tak tau la. so, EIC tempat aku praktikal ni kena uruskan depa la.

apa yang best?


  • makan free.breakfast and lunch.walaupun masakannya tak ada la best sangat.


  • dapat jumpa macam2 orang.bos dorang orang jepun.dorang ni sporting gak kan.staf2 dorang pun ok la.layan je la.tapi tak dinafikan.ada some of them yang a bit annoying la.whatever la kan.


  • dapat naik bot.ya aku memang suka naik bot.cam jakun kan.haha..ada aku kesah.. kitorang naik bot untuk pergi tanam bakau.


  • pengalaman yang best.aku memang suka kerja kat luar dari dok dalam opis.best apa merayap.
  • dapat la tengok camne orang handle program.


  • tak dinafikan jugak dapat penat.hehe..
programnya bermula pukul 9 pagi.dimulakan dengan talk pasal mangrove.talk disampaikan oleh kak Laila. then ada seed planting kat nursery, nature craft. after zohor, depart to jeti Bagan Lalang. river cruise,planting, beach clean up, penyampaian hadiah.that's all. apa yang bestnya Denso ni buat program ni in the form of competition.ada 4 group semuanya.biasa la kan. bila competition baru orang ada semngat nak buat kerja kan.bagus la tu ada semangat kesukanan.haha..

masa nature craft aku jadi fasilitator group green.dorang ok la.sporting. aku kena ajar dorang buat belalang dan udang guna daun kelapa yang aku baru belaja 3 hari yang lepas.aku tak pandai la ajar orang.tak sabar lak tu.elok gak ek aku tolak interview maktab dulu.lalala.. tau tak ni la first time aku berseni. huhu.aku tak pernah suka pun tau pendidikan seni masa sekolah.tapi masa kecik2 dulu suka gak melukis. rasa cam nak share la camne nak buat belalang ngan udang tu.nanti2 la kot. nak cite ni.dalam group aku tu kan ada la seorang mamat bajet ni.dah la pakai seluar pendek.isy jahatnya mulut.tampar sikit.hehe..nak bagi tau yang muka dia macam hairi othman pelakon tu. tapi hairi othman muka dia lebar sikit kan. then bila dia pakai cermin mata hitam, macam Remy Ishak la.tapi dia bajet sangat.lantak la.

walaupun kepenatan dengan program tu, balik kena cuci baju yang kena lumpur tu pulak.manually tau.hehe..
 lepas asar aku baring2 atas katil.terlena sekejap.aku tak suka tidur lepas asar tapi kalau mata dah berat mana tahan. malam tu aku, ain, kak sashi (bos aku) ngan kak laila merayap pergi LCCT. dinner kat McD. sambil cuci2 mata.hehe..lama jugak kitorang lepak.aku beli Big Mac ngan Oreo McFlurry yang dah lama aku ngidam. aku dapat curik 1 tin glass yang McD kasik free tu.kaler pink.kak Laila punya tapi dia tak mau.

nak share gambar tapi tak upload lagi la.nanti2 la.lagipun aku tak suka upload sangat la..lantak la kan.

ok that's all.macam esei kan?lantak la.



Darin Zanyar, be what you wanna be


Doctor actor lawyer or a singer
Why not president be a dreamer
You can be just the one you wanna be
Police man fire fighter or a post man
Why not something like your old man
You can be just the one you wanna be

I know that we all got one thing
That we all share together
We got that one nice dream we live for
You never know what life could bring
'Cause nothing lasts forever
Just hold on to the team you play for

I know you could reach the top
Make sure that you won't stop
Be the one that you wanna be
Now sing this with me

Doctor actor lawyer or a singer
Why not president be a dreamer
You can be just the one you wanna be
Police man fire fighter or a post man
Why not something like your old man
You can be just the one you wanna be

We may have different ways to think
But it doesn't really matter
We all caught up in the steam of this life
Focus on every little thing
That's what does really matter
Luxury cars and bling that's not real life

I know you could reach the top
Make sure that you won't stop
Be the one that you wanna be
Now sing this with me

Last year I used to dream about this day
Now I'm here I'm singing for you
I hope I could inspire you
'Cause I've got all the love
'Cause I've got all love for you
a song by Darin Zanyar. mai la dengaq sini be what you wanna be
thnx wawa sebab introduce aku lagu ni.melodi yang best dengan lyric yang meaningful. (penyanyinya pun comel..hihihi)
gua macho kan?


macam jambu la pulak..bukan yang muka legend hati cute tu..
ngehehe