Sunday, March 02, 2014

Bila Kita Perlu Memilih

Assalamualaikum wbt,

Pernah satu masa Allah akan uji kita untuk memilih, memilh dari dua pilihan yang kedua-duanya punya kebaikkan. Disitu sebenarnya menguji kekuatan kita dan kepercayaan kita meletakkan kuasa istikharah.

Ya Allah aku mohon petunjukmu atas hajatku malam ini.


"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

Nota 1: Apa yang pasti saya harus membuat pilihan untuk keluar dari tempat sekarang. tidak kira la ke terangganu mahupun kekal sekitar Kuala Lumpur.