Saturday, December 15, 2012

Makbul Bersama Ujian

Ummi saya selalu cerita kalau kita berdoa, sesuatu yang kita minta dengan Allah dengan bersungguh selalunya akan dimakbulkan, antara lambat atau cepat sahaja..

Selepas grad dahulu, sibuk cari kerja sana-sini, setiap kali hantar resume..saya akan berdoa andai dapat kerja ini, "Ya Allah, berikanlah aku pekerjaan yang mudah untuk aku menjaga waktu solatku, dan mengingatkan aku padaMu," sebab selalu dengar bila masuk kerja ni sangat2 sibuk...solat pun jadi akhir2 waktu

Alhamdulillah dimakbulkan doa, surau utama petronas hanya 2 level diatas bilik office saya, tidak sampai 2 minit utk pergi surau dan tidak perlu bertukar-tukar lif mcm staff petronas yang lain terutama dari tower 2....mudahkan? Bukan itu sahaja..menjadi aktiviti wajib di surau utama petronas pada setiap kali waktu lunch antara pukul 1.00 hingga 1.45 akan diadakan tazkirah, dan solat berjemaah pada waktu zohor, asar dan magrib..tahniah jawatan kuasa surau diatas usaha ini...hari jumaat waktu lunch akan  ada kuliah khas untuk kaum muslimat (awesome kan?)...sangat kagum dengan warga petronas yang memenuhi surau petronas setiap kali solat berjemaah walaupun masing2 sibuk dengan kerja...

Semua sudah terjamu didepan mata..Ujian Allah buat saya antara mampu atau tidak saya istiqamah dengan semua ini...Insya Allah moga digerakkan dan dipandu hati ini agar terus istiqamah...Apa ynag saya cuba praktikkan adalah..nak dekat dengan waktu solat..walau pun ada kerja banyak saya akan displinkan diri untuk tingglkan semua seketika dan terus ke surau...make solat as my priority!

Kadang-kadang bila stress dengan kerja, pernah terfikir untuk nak quit..but something cross back my mind and decision..."belum tentu tempat lain akan ada suasana yang macam ni..."

Always say to myself
" Try not to complain about my life, because someone somewhere is fighting to survive"

Monday, September 17, 2012

16 September 2012

Assalamualaikum wbt..

Hari ini cuti umum untuk satu Malaysia... saya juga bercuti macam yang lain... alhamdulillah sudah masuk 2 minggu memasuki alam pekerjaan, semua berjalan lancar.. email sudah diaktifkan, no staf sudah saya miliki..cuma access card untuk masuk tower 1 KLCC masih dalam proses, insya Allah mungkin naik cuti ini dapat la...

Rakan sekerja baik-baik belaka...cuma jadual harian saya berubah, keluar rumah seawal 5.30pg, subuh di ktm atau surau berdekatan..naik ktm sekitar 6.30pg dan sampai klcc dalam 7.20 pagi ( waktu kerja saya bemula jam 8.00pg)....ptg pula keluar pejabat dalam pukul 5 lebih setelah solat asar siap2 atau pun sementara menunggu ktm di kl sentral..dan kebiasaannya saya akan sampai di rumah sebelum azan magrib...

Saya masih dalam proses menyesuaikan diri dalam keadaan dan suasana baru, yang pasti saya akan cuba sebaik mugkin untuk berkerja sepenuhnya mengikut waktu kerja yang diberikan dan meminimakan waktu dan urusan peribadi semasa kerja supaya kerja saya Insya Allah berkat dan gaji diterima juga berkat itu pesanan ummi pada saya tanpa jemu. Jika pulang awal saya akan turut singgah untuk membantu ummi di kelas mengajinya, tempat saya kini di kelas mengaji telah diganti oleh sahabat saya Afiqah. Alhamdulillah.

Nota 1: Saya perlu kuat untuk menjaga syariat keadaan rakan pejabat yang datang dari pelbagai latar belakang dan agama.
Noat 2: Insya Allah nanti saya uploadkan gambar workstation saya.

Wednesday, August 22, 2012

Persiapkan Diri

~Lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara.
Pertama, siapa ibunya. Dan yang kedua, siapa isterinya. (S. Umar)

#Maka perempuan, perlu persiapkan diri.

~Wanita yang berjaya itu dilihat dari banyak perkara.
Antaranya: Lihat siapa abahnya. Kedua, lihat siapa suami yang mendidiknya.

#Maka Lelaki juga, perlu persiapkan diri. ^_^

Friday, August 17, 2012

Ramadhan & Raya 2012

Assalamualaikum wbt,

Apabila Syawal menjelma, boleh dikatakan semua umat Islam di Malaysia mengucapkan antara satu sama lain ‘SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN’. Begitu juga yang kita terima ucapan daripada bangasa lain.
Insyaallah, mulai tahun ini, kita ikut amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi saw., yang diceritakan oleh Al-Hafiz Ibn Hajar Al-‘Asqalani rh. Yang diriwayatkan oleh Jubair bin Nufair ra. Katanya:
“Apabila para sahabat Rasulullah saw. Bertemu di Hari Raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain
"TAQABBALULLAH MINNA WAMINKA"
(Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu)
Wassalam
  
Nota 1:  Terlalu istimewa perasaan yang Allah pinjamkan untuk ramadhan kali ini, rezeki yang tidak pernah putus, Moga ditemukan aku lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan, Insya Allah
Nota 2: Mohon kemaafan atas segala khilaf dari diri yang hina ini, semoga Eidul Fitri kali ini tidak merugikan walau sedikit tarbiyah yang kita perolehi dalam 'Kem Ibadat Ramadhan' 
Nota 3 : Rezeki ramadhan juga, Insya Allah saya akan mula bekerja di iPerintis awal bulan 9 ini, jadi bulan 8 adalah bulan terakhir saya bekerja di tadika.

Wednesday, August 01, 2012

Temuduga Lagi

Assalamualaikum wbt,

Sihat pembaca yang saya kasihi dan rindui kerana Allah swt, rasanya ini post pertama saya kongsi dengan kawan-kawan semua berkaitan temuduga. Hari ini buat pertama kalinya menghadiri temuduga untuk sektor awam untuk jawatan pegawai rekod S41, jujurnya saya sendiri pun tidak pasti gred-gred ni masa memohon melalui laman web SPA, macam-macam gred ada. Saya hanya main agak-agak sahaja. Jika sebelum ini pergi exam PTD tetaapi rezeki saya untuk yang itu tiada rasanya, Peperiksaannya pun saya tidak lepas. Untuk yang terbaru ini hari ini la. Jadi hari ini saya cuti kerja untuk temuduga ini, sampai di pejabat SPA Putrajaya agak awal, dalam 6.30 macam tu. Punyalah bersedia takut keluar lambat dan tersekat dekat jalan sebab jem, dekat kawasan Saujana Utama dengan Sungai Buloh ni pun dan nak dekat sejam, jadi saya dengan abi keluar selepas sahur, kemi berhenti solat subuh di Tol. Sebabkan awal, saya orang pertama yang ditemuduga, memang rasa nak gugur jantung gementar sangat-sangat. Masuk-masuk kena interview dengan En. Shaidin Shafie, dengan orang dari SPA. Ya Allah memang gugup sangat-sangat. Saya punya lah hafal segala nama menteri, term2 yang popular, Akta Arkib Negara 2003, yang dipertuan agong, perdana menteri, puas jari ni dok google isu semasa dan menteri-menteri lain, yang bab rekod pulak habis buku-buku lama saya bukak, memang dua tiga hari lepas kerja dok mengadap nota-nota lama, mana tanya, banyak nak kena ingat balik dan pastikan fakta-fakta yang betul. Lagi-lagi jawatan ini berkaitan saya belajar. 

Alhamdulillah semua nya ok, soalan jawab dengan baik. Cuma saya silap dekat satu ni, penemuduga tanya saya berkaitan humidity (kelembapan udara) yang sesuai untuk simpan rekod. Boleh pulak masa tu saya tak ingat langsung. Agak-agak jawab saya hentam 25% memang salah la. Rupanya 50%. Memang nak jadi sebab betul lah. Rasa geram sebab ambil mudah yang tu masa study balik, sebab tak sangka pun dia akan tanya. Saya sudah cuba yang sebaik mungkin, Insya Allah kalau ada rezeki insya Allah dapat lah, jika tidak usaha lagi. Itu sahaja.

Hari ni sudah masuk Ramadhan ke 14, sekejap je rasanya nak dekat separuh bulan berpuasa. Syahdu menghitung Ramadhan yang akan pergi dan tidak pasti tahun depan saya berkesempatan lagi.


Nota 1: Kadang-kadang rasa macam betul plihan yang dibuat, tetapi kadang-kadang takut pun ada. Ya Allah bantulah hambaMu ini membuat pilihan yang betul.
Nota 2: Setiap hari selalu mendapat ibrah dari mendidik anak-anak kecil ini.

Sunday, July 22, 2012

Ramadhan Kareem 1433 Hijrah

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah hari ini sudah memasuki 4 Ramadhan, begitu cepat masa berlalu. Awal Ramadhan kali ini di sambut bersama nenda tercinta di Pulau Pinang. Alahmdulillah selamat pergi dan selamat pulang. Kini sudah berada dirumah meneruskan ibadah puasa dirumah dan esok insya Allah harus bekerja seperti biasa. Sudah 2 malam berterawih. Alhamdulillah...alhamdulillah moga diberikan kesihatan yang baik untuk terus beribadah semaksima mungkin dan mohon ia terus kekal selamanya, saya rekodkan satu perubahan yang besar untuk ramadhan kami ini.

Ramadhan kareem untuk semua, jangan dibazirkan masa yang ada ini selain mencari keredhaanNya..

Sumber Gambar

Sunday, July 15, 2012

Rehlah Muslimat 2012

 Kak Yan, terharu dengan perubahan, walaupun dia lebih berusia 7 thn, alhamdulillah satu tanggungjawab saya untuk membantunya menjadi insan yang lebih sempurna... moga dipermudah Allah untuk bersama-sama menjadi hamba Allah yang terbaik.
Pertama kali jumpa strawberi kembar, warnanya sangat 'merah'
Perhatikan gambar ini betul-betul
Apa beza dengan yang diatas?
Alhamdulillah selamat pulang dari rehlah, usrah dan qiam perdana selama  2 hari bersama rakan-rakan sekerja, muslimat kawasan saujana utama & puncak alam.. Trip kami tahun ini ke Cameron Highlands.. tiada yang banyak beza berbanding kali terakhir pergi bersama keluarga sekitar 1998, cuma banyak kesan tanah runtuh kecil di bahagian tepi-tepi jalan..dan lereng bukit....

terasa ukhuwah yang sangat indah, walaupun saya ahli rombongan yang paling muda..kerana kebanyakkan sudah ber anak & ber cucu..

pulang dari sana terus menuju himpunan Hijau..moga segalanya dipermudahkan..

esok kerja macam biasa...

Wednesday, July 11, 2012

Right Person?

Don't wait for the right person to come into ur life. Be the right person to come to someone's life!
Nota 1: Maaf, sangat sibuk sejak dua menjak ni..teringin sangat nak update blog panjang lebar dengan mcm2 cerita...

Tuesday, May 22, 2012

Sudah 1 Rejab hari ini, saya ambil keberkatan yang besar dalam bulan Rejab untuk satu perubahan, Insya Allah harap ia akan berterusan...

Doakan kawan-kawan semoga saya terus istiqamah dengan perubahan ini.

Friday, May 18, 2012

Makan Dalam Dulang

Mendidik kerendahan hati, makan dalam dulung menjadikan kita bersifat memikirkan keperluan orang lain juga...masing-masing sentiasa mengingatkn diri yang kita sedang berkongsi, ia juga membuatkan kita makan secara ala kadar kerana takut mengambil hak orang lain..

Wednesday, May 16, 2012

Konvokesyen Uitm Ke 75


Alhamdulillah...Insya Allah planning to further my study in march next year...

Nota 1: I'm fall in love with my career right now, May Allah give His blessing to all my student and pass all their exam with flying colours.
Nota 2: Program Hari Ibu di kawasan perumahan saya hujung minggu ini. Insya Allah saya akan bertugas bahagian pendaftaran.
Nota 3: Kebelakangan ini, ummi kerap sakit...moga ia hanya sementara..Cepat sihat seperti sedia kala ummiku..

Sunday, May 06, 2012

4 tahun yang lalu

Saya bercadang mahu ucap selamat hari lahir pada sorang sahabat ini, log in facebook pergi ke profile dia, cari link untuk private message ...baru perasan yang mesej sebelum ini yang pernah dihantar, rupanya mesej sebelum ini adalah pada 2009, Ya Allah dah 3 tahun lebih tak ucap hari lahir pada sahabat ini...sahabat satu sekolah, masing-masing mungkin sibuk dengan study sepanjang 3 tahun ini.

Pantasnya masa berlalu,

Ucapan Buatmu sahabat di hari lahir,

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi

Nota 1: Semoga dipermudahkan dalam study yang tinggal 2 tahun lagi...
Nota 2: Hari ini saya ada rehearsal convocation, insya Allah pukul 9pagi ini akan gerak ke UiTM Shah Alam.

Tuesday, May 01, 2012

Single?


Well,
Allah is looking at You
right now and saying;

I'm saving for this person someone special ....


Sunday, April 29, 2012

Bersih 3.0 (28 April 2012)

Assalamualaikum wbt

Entry kali ini saya tidak berniat untuk menulis panjang sekadar berkongsi gambar BERSIH 3.0 anda mampu menilai sendiri.















Nota 1: Saya menyokong Bersih 3.0, saya mahukan pilihanraya bersih


Nota 2: Hanya yang pergi tahu cerita sebenar, jadi lebih baik jangan komen sedangkan anda tidak tahu apa-apa

Nota 3: Jumpa saya dalam mana-mana gambar diatas? cepat cari ^_^

Sunday, April 22, 2012

Cerita Temuduga

 
Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah sedikit masa yang ada sebelum melelapkan mata saya gunakan untuk kongsi dengan semua dan juga sebagai catatan saya sendiri mengenai apa yang terjadi seminggu dua ini. Seperti semua tahu pengajian ijazah saya sudah tamat, alhamdulillah tarikh graduasi juga sudah diumumkan yang dokumen yang sepatutunya pun sudah saya sediakan, hanya yuran graduasi sebanyak RM140 masih belum dibayar (dapat gaji bulan 4) saya selesaikan. Menyambung pengajian pula bukanlah agenda utama saya buat masa ini, insya Allah dapat kerja baru saya fikirkan semula.

Sementara mendapat kerja berkaitan bidang yang saya belajar, saya masih meneruskan kelas pengajian Al-Quran, dan alhamdulillah semakin ramai nak-anak murid. Kerja sebagai guru di tadika pun saya masih teruskan sehingga mendapat tawaran kerja yang lebih baik dan bertepatan dengan bidang pengajian saya. Mencari kerja dan melihat jawatan-jawatan kosong yang diiklan di surat khabar mahupun internet menjadi rutin harian sebelum pergi mengajar mahupun selepas kerja. Tidak terkira sudah resume yang dihantar, kebanyakkannya hanya menunggu maklum balas dan panggilan temuduga jika ada rezeki. Sebarang program melibatkan kerjaya saya pasti akan hadiri. Setakat ini alhamdulillah sudah 3 temuduga yang saya hadiri, bermula dengan Proton Edar untuk jawatan Admin Executive kemudian Celcom untuk jawatan Management Trainee dan terbaru di Petrofac untuk jawatan Document Controller. Kesemuanya masih menunggu maklum balas dari mereka. 

Bukan mudah mendapat pekerjaan, lebih-lebih lagi pekerjaan yang betul-betul bersesuaian dengan diri kita dan menjaga batas-batas agama. Masih diingatan lagi ketika saya sedang menjalani praktikal saya menerima tawaran dari Bank OCBC untuk jawatan Customer Servive Executive di KL dengan gaji asas RM 2700 sangat seronok pada mulanya, tetapi saya percaya ada rezeki yang lebih baik buat saya. Sebolehnya saya akan menolak tawaran pekerjaan yang melibatkan bank bagi mengelakkan saya jump into business industry that definitely and obviously involved with RIBA, most of my friends say to me that i'm stupid when reject all the offer. Bukan kerja yang glamour saya cari tetapi rezeki yang berkat. Gaji nanti untuk keluarga dan anak-anak, biarlah dari hasil titik peluh saya dan halalan toyyiba. Oh ya masa temuduga Celcom, pengalaman baru buat saya, saya ditemuduga seorang bos berbangsa cina. Masuk dalam pejabatnya, saya duduk dan soalan pertama yang ditanya pada saya adalah Adakah awak ada masalah untuk bersalaman dengan lelaki? saya menjawab Of course, I'm muslim, i will not shake hand with man. Straightly that chinese guy reply back.  So to settle this matters, i want you to wear thin and skin color of glove during working hour, by the way from your resume I'm interested to hire you as one of management trainee. Saya agak terkejut, dalam hati terus terfikir begini rupanya budaya kerja, Saya terus tidak berminat dengan tawaran Syarikat gergasi tersebut! Akhirnya saya tinggalkan begitu sahaja.....

Apa-apa pun saya tahu untuk permulaan ini bukan lah mudah seindah mimpi, dalam keadaan saya yang Fresh Graduate  tanpa apa-apa pengalaman sudah pasti saya perlu berusaha lebih berbanding yang lain. Apa yang saya harapkan hanyalah semuanya dipermudahkan dan saya diberi peluang bekerja di syarikat yang berseuaian dengan saya.

Wednesday, April 18, 2012

Dear loving Future Hubby

 
Assalamualaikum!

I have taken your hand hoping that you will treat me like a princess. My heart is soft, so don’t break it with harsh words.

As you know women are made of irregular rib, I might not be perfect.
Don’t let me as I’m because I might become a loser. And also don’t try to make me
erect at once because I might break. Try to handle me smoothly In sha Allah I’ll be ok.

As you are my better half, always try to be better In sha Allah, that will give me the impression that you are the best husband in the world. Don’t blame me for my small mistakes. Forget them and forgive me. If you see any mistakes in me, please don’t point out them in front others. Make me recognize them with kind words.


Don’t describe about other ladies with me, because that might make me envy. Compliment me if I do anything that pleases you. If I want to talk to you please listen them carefully. That will give me an impression that you are there to care for me.

Some times I might lost my patience and I might turn wild, at that times kindly make me to recognize that I was wrong. If I demand you for little things, try to fulfill them if you can. If you can’t, explain me kindly. In sha Allah I will understand.

Understand me when no one does. That will give me hope in life. At least spend some hours to know how I feel.
In short be a mother when I’m sick.
Be father when I’m in need.
Be a brother when I want to share.
Be a best friend when I want to talk.

Hold my hands and take me in the path of Jannah! In sha Allah!

Let’s live as an exemplary couple, as another Muhammedh (sal) and Kadheeja (Rali).

And let us live as husband and wife even in Jannathul Firdous In sha Allah.


-Your future wife-
With lots and lots of love!!!

Friday, February 24, 2012

Terkini Secara Pukal

Bismillahirrahmanirahim...

Bilik Rekod Fakulti Perubatan UiTM
Alhamdulillah atas rezeki dan kehidupan yang saya lalui sekarang, nikmatNya sangat mencurah-curah dan tidak ternilai diberikan. Sebetulnya saya berjanji untuk mengemaskini blog pada hujung minggu ini, tetapi disebabkan ada masa terluang sekarang, kerana hari ini saya bercuti. Saya kongsikan dengan pembaca semua. Alhamdulillah minggu ini adalah minggu terakhir saya menjalani attachment  di Hospital, 2 minggu di Hospital UiTM ( Fakulti Perubatan UiTM Kampus Sungai Buloh dan seminggu di Hospital Sungai Buloh. Insya Allah jika tiada masalah minggu depan adalah minggu terakhir saya menjalani attachment. Pengalaman 2 minggu ketika di UiTM tidak banyak yang saya boleh kongsikan dan pesakit pun sangat sedikit, namun dari segi pengurusan bilik rekod bagi hospital yang baru dibuka banyak yang saya dapat belajar, apa yang perlu dibuat dan apa yang tidak perlu. Contohnya pemilihan rak-rak untuk menyimpan fail rekod pesakit dan borang-borang yang melibatkan pesakit serta polisi-polisi yang bersesuaian. Oleh kerana baru kebanyakkan proses di Hospital UiTM ini dijalankan secara manual. Guna borang peminjaman dan pemulangan. Saya disana tidak terlalu sibuk. Kerja lebih kepada merekod data peminjaman dan pemulangan fail pesakit.

Berbeza ketika di Hospital Sungai Buloh, 'tak menang tangan dibuatnya' minggu pertama iaitu dari hari isnin hingga khamis saya diberi tugas menjaga kaunter untuk permohonan rekod laporan perubatan, staff yang bekerja dan mengajar saya adalah Siti Nur Saidah, terima kasih Saidah kerana mengajar saya dengan penuh sabar. Hari pertama banyak kesalahan juga yang saya buat. Huh! takut dan seram jugak sebab kerja ini melibatkan undang-undang dan wang. Kerja di kaunter juga saya perlu mempunyai skill untuk memahami apa yang cuba diceritakan pesakit dan laporan bagaimana yang dimahukan. Hari pertama sahaja sudah ada waris pesakit yang "naik angin/minyak'' di kaunter, gelabah dibuatnya. Hari-hari lain pun masih ada, dan semalam hari terakhir sebelum saya bercuti hari ini. Keluarga si mati yang berbangsa India datang untuk memohon laporan perubatan bagi tuntutan insurans, mereka mahukannya dengan segera, mungkin bagi sesetengah pesakit yang tidak tahu tempoh masa untuk mendapatkan laporan perubatan adalan sebulan dari tarikh permohonan. Apa lagi isteri kepada si mati tadi terus menangis-nangis di kaunter menagih simpati. saya terus kebelakang dan memanggil staff senior minta dia mengendalikan situasi tersebut. Al-maklum, kelemahan saya, saya akan turut menitiskan air mata apabila ada yang menangis di depan saya. Alhamdulillah pihak keluarga si mati memahami prosedur dan mereka pulang.

Jika saya sebelum ini praktikal di IJN, situasinya sedikit berbeza berbanding Hospital Sungai Buloh. Ia tidak boleh dipertikaikan lagi setiap organisasi itu ada culture yang tersendiri. Right?. Yang penting bagi saya, saya perlu bijak memasukkan diri saya dalam setiap situasi yang berbeza. Masih ada seminggu lagi, Insya Allah minggu depan saya bertukar unit statistik dan pengurusan rekod (stor rekod), dah tak jumpa pesakit dah. 

Keputusan Peperiksaan vs Master. 




Status FB  saya selepas mendapat keputusan semester terakhir saya.















Alhamdulillah, saya bersyukur dengan keputusan yang diterima walaupun tidak mencapai apa yang saya inginkan, mungkin hanya sekadar itu yang termampu. Alhamdulillah dengan keputusan yang diterima, secara tidak rasminya tamatlah pengajian saya di Fakulti Pengurusan Maklumat selama 2 tahun sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda ( Kepujian ) Pengurusan Rekod. Insya Allah mengukit khabar angin graduasi kali ini akan dibuat pada bulan 5. Saya sebenarnya agak keberatan untuk hadir ke majlis graduasi nanti, walau apa pun, semua bergantung pada keadaan ketika itu. Doakan segalanya dipermudahkan olehNya. Oh ya, tahniah juga pada kawan-kawan yang lain yang mendapan senarai anugerah dekan double thumbs dari saya, anda semua hebat dan mampu mendapatkannya andai anda berusaha. Oh ya, mengenai pengajian master saya, saya masih lagi dalam kebingungan, sebenarnya halangan utama sya adalah sumber keewangan, dan cita-cita saya untuk menjadi pensyarah,( saya masih kebingungan untuk memilih Master by Research or Master by Coursework) sebab ada khabar angin mengatakan hanya research sahaja yang boleh apply untuk jadi pensyarah kelak.  Tetapi saya lebih berminat untuk mengambil yang coursework punya. Maka keputusannya kekal pending begitu sahaja, lagipun kami tawaran bersyarat masih diberikan kelonggaran untuk mendaftar lambat. 

Sepatutnya saya diminta ke Fakulti untuk mendapatkan surat tawaran asal pengajian Sarjana yang ditawarkan pada saya, tetapi saya masih keberatan. Ya Allah bantulah daku membuat keputusan, tunjukkanlah aku andai ada sesuatu yang masih tersembunyi, dekatkanlah ia andai ia masih jauh.  Sekali lagi tawaran itu dibiarkan tergantung tanpa ada sebarang keputusan. Akhir sekali, maaf pada kawan-kawan yang mesejnya tidak berbalas terumatanya yang menghantar mesej bertanyakan mengenai result exam (rasanya entry saya kali ini sekaligus menjawab persoalan kamu semua). Bukan sombong mahupun kedekut untuk membalas mesej kalian, semenjak bertukar tempat praktikal ke Sungai Buloh, jadual saya berubah 360 darjah.


Seawal 6.15 saya sudah keluar dari rumah untuk ke tempat kerja bagi mengelakkan bersesak dan jem di jalan raya. Alahmdulillah kebiasaannya saya akan sampai Hospital UiTM lebih kurang pukul 7. Sementara menunggu rakan sekerja saya bersiap, kerana saya perlu menumpangkannya sebelum ke Hospital Sungai Buloh, sempatlah saya sarapan dan membaca beberapa helai muka surat ayat-ayat Al-Quran di Surau Hospital ( doakan saya diberikan masa selalu, dan istiqamah  ), selesai sarapan kami akan bersama-sama pergi ke hospital. Kebiasaannya masuk pejabat tepat-tepat pukul 8. Mulalah kerja melayan pesakit yang ingin membuat permohonan. Rehat pula pukul 1 hingga 2, masakan nak makan lagi, kemudian solat. memang masa yang ada itu cukup-cukup sahaja. Masuk kerja semula pukul 2 hinggalah pukul 5. Saya perlu menghantar kawan terlebih dahulu sebelum terus bergegas pulang ke rumah kerana saya perlu mengajar mengaji pada pukul 6, sampai rumah kebiasaannya pukul 5.30ptg, latak beg, mandi, solat dan terus ke kelas mengaji. Memang kena ada x-factor unutk bertahan dengan jadual yang agak padat ini. 

Kebiasaanya kelas mengaji akan habis sekitar jam 9, solat magrib dan Isyak saya tunaikan di kelas siap-siap, takut bila balik terlambat. Alhamdulillah, badan saya masih kuat untuk jadual begini. Sampi dirumah badan saya memang penat dan lemah, ambil masa sekejap untuk santai bersama ahli keluarga bertanyakan tentang sekolah dan pekerjaan mereka, sekitar jam 10.00 mlm saya pasti sudah bersiap-siap untuk tidur kerana saya perlu bangun sekitar jam 4.30 atau 5.00 untuk bersiap ke Hospital pula. Begitulah saya, kadang-kadang dah macam zombi pun ade.Namun itu yang perlu dikorbankan demi mendapatkan pengalaman. Alhamdulillah, itu sahaja untuk setakat ini. Saya mendaoakan sahabat semua dan pembaca blog ini agar sentiasa sihat dan dibawah lindungan Allah SWT.

Nota 1: Buat sahabat muslimah, tutuplah auratmu di dunia, agar di akhirat pintu syurga terbuka untukmu Jangan buka aurat di dunia, kelak takut nanti di akhirat pinti syurga tertutup untukmu.
Nota 2: Maaf, saya menolak kamu buat kali keempat. Saya masih belum  bersedia.
Nota 3: Jangan lupa baca surah Kahfi, Jumaat yang penuh barakah. Insya Allah ^_^

Tuesday, February 21, 2012

Kawan

Persahabatan tidak akan kekal. Ia berubah kerana beberapa faktor besar dan kecil. Bijak pandai ada menyatakan, “persahabatan umpama buku. Membakarnya hanya memerlukan beberapa saat. Menulisnya memerlukan masa yang panjang!”

Namun ada masanya buku-buku tersebut perlu dibakar. Jika tidak, ia mungkin membawa mudarat.
Bijak pandai yang lain juga pernah berkata, “teman-teman lama umpama emas, teman-teman baru umpama berlian. Namun sebutir berlian memerlukan emas untuk diikat. Jadi, ada berlian jangan lupakan emas”.
Namun ada masanya, emas dan berlian tidak lagi menarik minat. Ia sudah tidak bernilai lagi.

Kredit : Prof Kamil

Nota 1: Maaf lama tidak berupdate blog, sangat sibuk dengan praktikal dan kelas mengaji. Sampai dirumah mengadap laptop bukanlah pilihan utama, biasanya selesai solat isyak selepas balik mengajar tanpa perlu dipaksa, sebaik letakkan kepala dibantal saya akan tidur dengan lenanya. Insya Allah saya akan cuba updatekan secara pukal cuti hujung minggu ini. ^_^
Nota 2: Esok keputusan peperiksaan semester akhir saya keluar, macam-macam ada dalam kepala ni. Namun saya redha apa jua result saya dapat kerana ia pantulan kembali atas setakat mana usaha saya. 

Tuesday, January 31, 2012

Master

Asslamualaikum wbt


Semalam, selepas on FB tengok dekat page IPSIS UiTM, semua orang asyik  sibuk cakap pasal keputusan untuk sambung master dah keluar. Saya mulanya tidak la teruja kerana saya tidak memohon. Hanya baca sahaja komen-komen gembira dan sedih dari pemohon yang berjaya mahupun sebaliknya. Namun ketika asyik membaca komen-komen, ada yang menyediakan link untuk sesiapa yang ingin menyemak status mereka. Apa lagi dengan gatal tangan saya pun turut la memasikkan no I/C saya, dalam hati bermonolog, " gatai betulla, memang takkan ade la, apply pun tidak ade hati nak dapat" . Tekan button submit terus keluar offer letter ni. Terkejut. Baca dan baca ade la dua tiga kali. Lepas tu terus senyum kambing sorang-sorang..tak henti-henti ucap syukur pada yang Esa. 

Saya bagitahu, dan tanya pendapat. Dia hanya balas " buatlah, kalau rasa nak sambung just do it bukan semua orang Allah SWT beri rezeki begini, tetapi apa pun fikir sehabis mugkin sebelum membuat keputusan" , kerana dia tahu saya sangat beria-ria untuk menyambung pengajian dalam Master in Health Informatics.


Jika saya menerima jemputan diatas, saya perlu mendaftarkan diri pada 25 Febuari ni, jadi saya sebenarnya buntu, samaada menerima atau pun bekerja dahulu. Hendak dikatakan terdesak untuk bekerja tidak juga kerana saya tidak membuat pinjaman semasa pengajian, jadi tiada la Ah Long berlesen (PTPTN) hendak mengungut. Saya biarkan dahulu tanpa membuat keputusan, biarkan tergantung sehingga keputusan semester 6 saya keluar, Insya Allah 22 Febuari ini. Dengan keputusan yang ada itu saya akan buat keputusan untuk terus menyambung pengajian yang ditawarkan ini atau yang bulan 9, Insya Allah.

Nota 1: Hujung minggu ini, hendak pulang ke kampung dan melawat adik di Bagan Serai.
Nota 2: Alhamdulillah azam untuk mula menabung secara konsisten sudah memulakan langkah, saya dah berjaya memasukkan bagi bulan 1, Insurans pun sudah bayar.

Saturday, January 28, 2012

Kerja - Wan Maisarah - Cuti - Praktikal

Assalamualaikum wbt

Sebelum saya mula menulis, tengok pos entry yang sebelum entry ini. Kali terakhir saya pos entry ialah pada 4 January, lama juga tidak menulis apa-apa disini. Agak sibuk dengan kerja sebagai pembantu di pasti dan sebelah petangnya pula mengajar Al-Quran yang muridnya kian bertambah. Rasanya untuk kelas mengaji muridnya sudah mencecah 70 lebih. Alhamdulillah.

Oh ya, memang sebelum ini saya bagitahu saya mula cuti agak awal berbanding kawan-kawan yang ada final paper exam. Jadi selepas peristiwa sedih yang terjadi pada saya ketika tahun baru saya minta kebenaran dengan keluarga untuk berkerja sementara. Alhamdulillah kebetulan pula pada waktu itu salah sebuah tadika di kawasan Saujana Utama hendak cari pembantu tadika yang kerjanya dari 7.30pg - sampai 12.00 tgh hari. Mulanya ketua guru di tadika tersebut minta saya menjadi guru tadika, tetapi saya menolak kerana keadaan kesihatan yang kurang baik dan saya takut saya tidak dapat kawal budak-budak. Saya mula berkerja selepas beberapa hari sesi persekolahan bermula. Kerja mudah sampai sahaja di sana bancuh air untuk pelajar tadika minum pada waktu rehat, dan makanan yang dihantar dari tukang masak akan saya cedukkan kedalam pinggan. Agak mudah kerjanya. Selesai rehat saya perlu membasuh kesemua pinggan dan cawan. 

Nampak mudah, tetapi sebenarnya jika kurang kesabarannya mungkin tidak bertahan lama, mana tidaknya muridnya keseluruhan adalah 130 orang yang terdiri daripada umur 4-6 tahun. Bayangkan kanak-kanak pada umur tersebut sudah pasti datang ke tadika dengan 1001 kerenah. Hari pertama dan kedua tu agak rimas juga tambahan pula badan belum betul-betul sihat, kemudiannya alhamdulillah saya boleh adapt dengan kanak-kanak disana. Namun ada seorang pelajar 4 tahun ni betul-betul menarik perhatian saya, namanya Wan Maisarah, sangat comel dan petah sangat bercakap. Jika dia kedapur untuk basuh tangan sebelum makan mahupun macam soalan dia akan tanya pada saya, ia sudah pasti budak-budak ingin tahu segalanya, dan kita yang dewasa perlulah berhati-hati dalam memberi jawapan kerana budak-budak ini akan terus rekodkan apa yang kita bagitahu pada mereka. Dan hari demi hari setiap kali sebelum perhimpunan pagi, saya pasti akan mencari Wan Maisarah, tidak tahu kenapa tetapi melihat wajahnya dan senyumannya buatkan hati saya tenang. Betullah wajah kanak-kanak ni bercahaya kerana hati mereka yang bersih. 

Oh yaa.. Wan Maisarah ataupun saya suka memanggil dia hanya dengan nama Sarah, sangat mudah menghafal. Jika ada kelapangan selepas saya siap membasuh semua pinggan dan mengemas dapur. Saya suka tolong Guru yang mengajar 4 tahun iaitu Cikgu Hamizah . Saya akan mengajar doa-doa harian kepada mereka, dan Sarah sangat mudah menghafal. Percaya atau tidak hanya dengan dua kali sahaja dia mengikuti saya membaca doa, dia sudah pun menghafal doa tersebut.

Sarah, saya akan rindukan kamu kerana saya sudah mula bercuti dari 30 Januari - 29 Febuari, kerana saya perlu menjalani praktikal di Fakulti Perubatan UiTM Sungai Buloh, oh ya jika post entry sebelum ini saya berkongsi dengan sahabat semua yang saya akan berpraktikal di KPJ Damansara, namun saat akhir saya menukarnya kerana masalah pengangkutan dan keluarga tidak membenarkan, Saya pasrah. Jika sesudah habis praktikal tadika tempat saya kerja itu masih tiada orang baru, saya akan kembali bekerja di sana sambil menunggu masa untuk menyambung pengajian di peringkat Master yang insya Allah pendaftarannya akan dibuka pada bulan September tahun ini, sempatlah saya kumpul duit untuk Master nanti Insya Allah. 

Saya ada juga cuba-cuba hantar resume kepada dua tiga syarikat, Insya Allah ada rezeki di panggil temu duga saya akan cuba buat sebaik mungkin.

Oh ya.. tadi sebelum semua pelajar pulang saya sempat mengambil gambar Wan Maisarah. Ini dia si kecil yang membuatkan saya jatuh cinta kepadanya, atau mungkin hanya naluri keibuan saya sahaja. Wallahhualam.

Wednesday, January 04, 2012

Belajar Untuk Belajar


Kita belajar daripada Ujian,
Kita belajar daripada Pengalaman
Kita belajar daripada ketentuan
Kita belajar untuk yakin pada janji Allah SWT
Kita belajar untuk faham erti memahami dan kasih sayang
Kita belajar dari segalanya, yang kembali membawa kita kepada Dia

Nota 1: Semakin Allah sayang kita semakin hebat kita diujiNya.

Tuesday, January 03, 2012

Muhasabah Diri

 Saya dapat quote dari sahabat baik saya, menyedarkan saya sesuatu, saya simpan di blog untuk peringatan akan datang.

"Kita nampak bulan, tetapi sebenarnya bulan itu jauh sangat...
Kita tidak nampak Allah, tetapi sebenarnya Allah itu dekat sangat kan?"


Nota sepenjang pengajian di UiTM Puncak Perdana
Nota
Selesai mengemas buku-buku dan nota yang digunakan sepanjang pengajian Ijazah, kecuali nota semasa semester 4 dan 5 yang masih belum dipulangkan junior saya Alhamdulillah semuanya masih elok dan disimpan dengan kemas. Tidak berniat untuk menjualnya kepada adik-adik junior mahupun kitar semula kesemua  nota tersebut. Mungkin ada gunanya dikemudian. Yang menjadi masaalah ialah ruang untuk menyimpan kesemua nota. Insya Allah jika ada masa lapang mungkin cari kotak yang pelbagai guna ( Kotak dan meja pada masa yang sama).

Kedai Baju Sekolah Canggih
Dapat tawaran kerja sementara di Kedai Baju sekolah Canggih, tetapi tidak terima apa-apa tawaran buat masa ini, sebab saya masih lagi terikat dengan program  Finishing School yang Insya Allah akan diadakan 17-19 Januari ini di UiTM Puncak Alam. Mungkin bulan Febuari nanti baru memulakan latihan industri atau mencari pekerjaan sementara. 

Nota 1: Tengah menyiapkan resume. Ade butiran baru yang perlu dibetulkan. Mencari kerja yang besesuaian.
Nota 2: Ada 5 azam untuk 2012  ^__^