Monday, September 21, 2009

Tiada Tajuk (II)

:47:Walaupun saya sebenarnya 'kureng sikit' dengan bunga ni." saya rasa awak pun tahu kan?"..saya sangat hargai pemberian ini, mungkin awak tahu apa yang cuba buat ni sebab mungkin dalam diri saya ni saya sendiri tidak tahu tapi awak lebih tahu......terima kasih bg suprise macam ni...''unsangkarable' betul...

very sweet..:44:..thanks again dear...awak selalu sentiasa ada apabila saya memerlukan seseorang untuk duduk disebelah saya dan mendengar segala repekan saya dikala saya menghadapi 'mental illness'

*Maaf, entry ini saya tujukan khas buat "awak", sebab saya tak tahu nak bls apa "awak" dah buat dekat saya, ...bagi pembaca yang lain mungkin anda kurang faham isi kandungan entry saya kali ini..abaikan sahaja nasihat dari saya...

Thursday, September 17, 2009

Kasihku Pada Ramadhan


Ramadhan yang penuh makrifat
Ramadhan ditunggu-tunggu
kembali menjengah hati setiap Muslim
memekarkan keberkatan dan kebesaran
Yang Maha Kuasa

Ramadhan yang menyejukkan hatiku
yang melembutkan kerasku
yang mendamaikan gelodak rasaku
yang menghilangkan amarahku
yang menghadiahkan penghargaanku
buat insan-insan tersayang
yang menambahkan cinta kasihku
pada Yang Satu

Ramadhan
syarul Syiam
berikan aku kekuatan akal, fizikal, hati dan iman
jauhkan aku daripada perkara yang dikeji
yang mengurangkan keberkatan
ya Mutakkabir

Ramadhan
syarul Qiyam
malam-malammu malam terindah dalam hidup
malam-malam yg penuh ibadah
malam-malam yang penuh berkat
lalu,
haruskah aku membiarkan malam-malammu berlalu sepi
tanpa sujud syukurku pada
Ar-Rahman
Ar-Rahim

Ramadhan
syarul Quran
bait-baitmu adalah puisi agung
yang menyuntik penawar terbaik buat hati dan jiwaku
patah perkataanmu adalah keajaiban
adalah mukjizat dengan nikmat yang tertinggi
yang menjadi peganganku
penunjuk arah dalam langkah perjalananku
yang menyalurkan kasih suciku buat Yang Maha Agung

Ramadhan
syarul Tarbiyah
hari-harimu adalah satu didikan buatku
yang menundukkan egoku
yang menghilangkan rasa dendamku
yang menjernihkan segala keruh dihatiku
yang memupuk keinginanku menghayati sifat kekasih Allah
yang mulia disisi-Nya

Ramadhan
syarul Jihad
pada setiap langkahku
setiap degup nafasku
setiap denyut nadiku
setiap detik ingatanku

Islam
adalah matahari bagi hatiku
bulan bagi jiwaku
bintang bagi mataku

Ramadhan
perjuanganku menggapai solehah baru bermula
pertemukan aku pada ketibaan-ketibaanmu yang akan datang
rasa rindu dan kasih ini akan selalu mengiringiku sepanjang waktu
selama mana nafas masih menjadi milikku

YA ALLAH
sesungguhnya Engkau tahu setiap bait puisi hatiku

Tuesday, September 15, 2009

Kasih Allah : Kau Berikan Ku Keyakinan

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan ke hadrat Ilahi atas kurniaan nikmat Iman dan Islam yang kuwarisi, nikmat kesihatan, masa lapang dan akal yang waras. Bukan semua daripada manusia hari ini yang punya kesempatan untuk merasa nikmat yang Kau berikan padaku Ya Rabbi. Lebih-lebih lagi nikmat Iman dan Islam. Biarpun kedua nikmat ini aku warisi daripada kedua orang tuaku, dan sahabat-sahabat ku pernah membincangkan soal Islam warisan yang majoritinya terdiri daripada orang Melayu Islam, aku tetap bersyukur kerana lahirku dalam agamaMu, dan aku harapkan perjalanan hidupku masih dalam agamaMu dan begitu juga akhir hayatku masih tetap utuh peganganku pada agamaMu.

Setiap kejadian yang Kau takdirkan dalam hidupku, begitu banyak mendidik dan mungkin istilah yang lebih tepat adalah mentarbiyah rohani ku yang selalu lupa dan leka. Alhamdulillah Ya Karim…aku amat-amat bersyukur atas kurniaan yang Kau berikan. Alhamdulillah, Kau kurniakan kepadaku umi dan abi yang beragama, lebih-lebih lagi agama yang Kau redhai di sisiMu. Kerana dengan titik tolak umi dan abi mengajarku dan adik-adik ketika kecil kewajipan solat, aku mula kenal akan agamaMu. Kata umi, kita orang Islam perlu solat. Kalau tak, Allah marah. Walaupun ketika itu aku dan adik-adik solat kerana gerun dengan perkataan MARAH yang umi ungkapkan, juga kerana takut dirotan umi dan abi dan bukan sepenuhnya ikhlas keranaMu, aku bersyukur Ya Rabbi kerana itu saatnya aku bersujud padaMu, bertasbih padaMu walaupun aku sedar ketika itu aku masih banyak tinggalkan perintahMu. Namun Ya Rabbi, Kau menjadi saksi bagaimana aku dan adik-adik akan teruk dimarahi umi dan abi jika kami melalaikan solat.



Alhamdulillah… Aku masih ingat bagaimana aku mula mengenal erti menutup aurat. Dan aku percaya itu adalah ketentuanMu kerana setiap apa jua yang berlaku dalam dunia adalah di bawah pengawasanMu. Walaupun umurku hanya 9 tahun, dan tujuanku bertudung bukanlah sepenuhnya kerana menurut perintahMu, hanya kerana malu kepada rakan-rakan sepermainanku yang ketika itu kebanyakannya sudah mula bertudung, aku bersykur Ya Rabbi atas kurniaan detik itu. Kerana itu permulaan hidupku belajar menurut satu lagi tuntutan dalam agamaMu. Zaman kecilku yang penuh dengan cubaan mengajar dan mendidikku menjadi matang seiring dengan peningkatan umurku.

Zaman berganti dan masa terus berlalu. Bagaimana Kau temukanku dengan mereka yang Kau takdirkan kenal akan agamaMu dengan lebih mendalam. Aku dikelilingi dengan sahabat-sahabat yang baik dan beriman, Alhamdulillah. Walaupun aku tahu, aku bukanlah hambaMu yang baik Ya Karim, tapi Kau tetap peliharaku dengan kurniaan sahabat-sahabat yang banyak mengingatkan ku. Walaupun ketika itu, aku ego dan susah untuk terima, namun jauh di sudut hatiku, aku mengakui kebenaran teguran-teguran mereka. Aku tahu yang mereka tegur atas dasar hak sahabat kepada sahabatnya. Alhamdulillah, walaupun aku tidak mahu menzahirkannya, Kau kurniakan aku rasa itu dan cukup dengan rasa itu buat aku berfikir sendiri.

Keputusan perubahanku daripada bertudung biasa kepada bertudung labuh mengejutkan keluargaku, terutama umi. Kau menjadi saksi bagaimana orang sekelilingku meluahkan rasa tidak selesanya kepadaku pada malam itu. Aku hanya diam namun jauh dalam sudut hatiku, aku kecewa kerana tidak mendapat sokongan daripada rakan-rakan pada mulanya. Tapi entah mana datang kekuatan itu Ya Karim…aku terus mempertahankan keputusanku . Kerana aku tahu Kau sentiasa bersamaku. Alhamdulillah..mereka akhirnya dapat menerima walaupun aku perlu menunggu lama. Benarlah soal hidayah bukan urusan manusia, hanya Kau yang berhak ke atasnya. Kau menjadi saksi air mata kesyukuran ku mengalir bila mana sahabatku sendiri menawarkan sarung tangan dan sarung kaki yang sengaja dibelinya ketika pulang dari Bandar. Kau sendiri menjadi saksi Ya Rabbi, hatiku sayu dan sebak bila sahabatku menjelaskan, sahabatku yang meminta seorang lagi sahabatku yang lain membelikanku semua itu. Alhamdulillah…amat besar hadiahMu buatku Ya Rabbi.

Biarpun mungkin bagi mereka yang lain, itu hanya soal yang remeh, namun tidak padaku kerana aku yang Kau takdirkan melaluinya. Namun aku tetap bersyukur Ya Rabbi. Benarlah kurniaan nikmatMu terlalu banyak Ya Allah. Aku tidak mungkin dapat menimbangnya, menulisnya, sekalipun mengingatinya, sejak mula Kau berikanku kehidupan di dunia dan sehinggalah hari ini. Apa yang mampu ku lakukan Ya Karim, terus berusaha menjadi hambaMu yang bertaqwa. Aku akan tetap berusaha Ya Karim. Dan aku yakin, aku tidak punya sesiapa andai aku jauh dariMu biarpun seluruh mereka yang berkuasa di dalam dunia sanggup menolongku. Kerana aku punya memori itu. Ketika aku disisihkan mereka yang paling aku sayangi, Kau berikan aku kekuatan itu. Alhamdulillah…

Kau berikan aku keyakinan yang Kau akan tetap berada di setiap nafasku, di setiap urat nadiku, di setiap alir darahku. Alhamdulillah…Aku yakin setiap yang Kau takdirkan kepadaku adalah sesuai dengan kesanggupanku kerana Kau begitu sayang kepadaku. Aku memohon akan kekuatan itu….. " khaty, cepatlah. Nanti lambat ke kelas.." sapa zati, teman serumahku di ku bila dia melihat aku masih lagi di meja belajar, mengarang sesuatu. " Ye...kejap..." Aku menekan button 'Publish Post' pada Blogku yang kugunakan. Alhamdulillah...selesai. " Mesti dah publish ni" Detik hati kecilku. Dan kini karangan itu menjadi tatapan kalian. Alhamdulillah, Terima kasih.

Monday, September 14, 2009

Perasaan Ini

Terima kasih kerana menerima saya seadanya untuk menjadi sahabat kamu..walau saya tidak lagi bersama kamu semua meneroka dunia ilmu Allah yang begitu luas...kita tetap sahabat, Insya Allah panjang umur dimurahkan rezeki olehNya kita pasti dapat ketemu..buat sahabat yang tidak sempat saya khabarkan pemergian saya, mahupun sebab saya pergi dari anda semua..mohon ampun dan maaf...anda semua adalah antara cebisan memori indah yang pernah saya ada....Semoga sahabat semua berjaya dunia dan akhirat...Jangan lupa saya yang jauh ni...


^-^...rindunya....
tak sabar nak tunggu raya...sebab kita semua akan raya sama2...satu keluarga...
teruskan perjuangan di medan ilmu..
akan ku iringi doa setiap detik dan waktu...

Monday, September 07, 2009

Wanita Berterawih Di Masjid

Ramadhan kembali tiba. Keghairahan dan keseronokkan beribadah dan merebut segala kebaikkan dan keberkatan yang dilimpahkan di dalam bulan ini jelas terlihat dengan kebanjiran jemaah-jemaah yang berterawih di masjid. Dari yang kecil sehingga yang tua , dari kaum lelaki tidak ketinggalan kaum wanita.


Wanita berterawih di masjid?Tetapi, bukankah solat wanita itu sebaiknya adalah di dalam rumah?

InshaAllah, di sini saya akan cuba berkongsi jawapan yang diberikan oleh Ulama' yang terkenal pada masa kini iaitu Syeikh Yusuf Al-Qardhawi tentang hukukm wnaita berterawih di masjid.


Soalan: Adakah lebih baik bagi wanita untuk bersolat terawih di masjid atau di rumah pada bulan Ramadhan?

Jawapan:Solat sunat terawih bagi lelaki dan perempuan adalah harus ditunaikan dirumah dan harus juga ditunaikan di masjid. Dan solat bagi perempuan itu adalah dirumahnya-secara amnya- adalah lebih baik.Tetapi jika wanita itu telah mendapat faedah dan manfaat di masjid dengan kelas-kelas pengajian agama atau mendengar ceramah nasihat dan tazkirah yang memberi manfaat untuk agamanya, maka solatnya di masjid adalah lebih baik baginya. Dan sesungguhnya menuntut ilmu dan memperdalami ilmu agama adalah fardhu ke atasnya,

Dan pada hakikatnya, sesungguhnya saya(Syeikh Yusuf AlQardhawi) melihat kaum wanita pada hari ini dilarang dan diharamkan(disesetengah negara) daripada mendapatkan ilmu agama yang bermanfaat, dan pengajian-pengajian ilmiah yang akan memfaqihkan/menguatkan lagi pemahamannya tentang agamanya yang membolehkan dia mengenali tentang hak tuhannya(Allah) dan kewajipan mentatati dan beribadah kepadanya juga istiqamah dalam melaksanakannya/manjalaninya seperti mana dia mengetahui hak kepda suami dan anak-anaknya yang mana pengetahuan tentang ini(hak-hak Allah) tidak pula suami mengajarinya dan dia pula(wanita itu) juga tidak mengambil berat dan berusaha untuk mempelajarinya.

Maka apabila tiba Ramadhan, boleh baginya(kaum wanita) memperoleh manfaat daripada apa yang disampaikan dari majlis-majli/pengajian ilmu itu maka lebih baik/afdal baginya untuk pergi ke masjid. Dan jika tidak(bukan kerana sebab untuk mendengar pengajian) maka baginya solat dirumah sahaja. Dan jika dia mengkehendaki untuk solat dimasjid di masjid juga, maka janganlah suaminya menghalang. Nabi Sallallahu a'laihi wassalam bersabda: Janganlah menghalang hamba Allah dari kalangan wanita dari masjid-masjid Allah.-riwayat Muslim- .

Dan untuk membolehkannya kemasjid itu juga dengan syarat wanita itu hendaklah berkelakuan sopan dan beradab seperti yang diajar dalam islam dalam berpakaian dan dalam perjalanannnya. Dan janganlah pula bertabaruj dan berlebih-lebih dengan memakai perhiasan-perhiasan yang boleh menarik perhatian dan jangan pula sengaja untuk mendapatkan perhatian orang lain(khususnya kaum lelaki) dimasjid. Dan tidak seharusnya semua ini dilakukan.

Tetapi perginya ke masjid itu adalah niat ikhlas kerana Allah bukan untuk menonjolkan dan membangga diri yang sepatutnya diberi perhatian dan dijaga oleh kaum wanita jika ingin ke masjid.

Kesimpulannya di sini, tidak salah dan tidak pula dilarang bagi kaum itu untuk bersolat di masjid tetapi tidak digalakkan. Jika solat dimasjid itu memberi manfaat yang lebih baik, maka haruslah bagi wanita itu untuk ke masjid. Kerana selalunya di masjid-masjid, sebelum bermulanya solat sunat terawih, biasanya akan ada tazkirah dan ceramah agama di antara waktu maghrib dan isya'(seperti di Maghribi) juga sebelum maghrib/berbuka , dan disamping mendengar ceramah dan pengajian agma itu, bolehlah juga untuk kita terus untuk solat di sunat teraweh di situ.

Ataupun jika hanya teringin untuk bersolat jemaah di masjid(kerana berasa lebih khusyu' solat dimasjid), maka perlu diingatkann, hendaklah kehadiran wanita ke masjid itu tidak menimbulkan fitnah dan juga tidak pula hadir dengan penampilan yang menarik perhatian juga untuk bermegah-bermegah dengan pakaiannya, telekungnya dan juga untuk menunjukkan kerajinannya ke masjid.


Peliharalah diri dari mula keluar rumah, dalam perjalanan, ketika di masjid dan ketika perjalanan pulang ke rumah. Janganlah membuat bising, bergelak ketawa dan sebagainya.Juga peliharalah percakapan dan perbualan di dalam masjid daripada mengumpat dan berkata sia-sia tentang dunia. Walaubagaimana pun, sebaik-baiknya solat wanita itu adalah dirumah. wallahua'lam.